refleksi seni dalam pendidikan

5
REFLEKSI SENI DALAM PENDIDIKAN Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya perlu ambil bagi semester tujuh ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP menekankan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran menyeronokkan yang akan membuatkan murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi. Antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata, bahkan perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan ilmu dikalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan. SDP pada kali ini telah menambah ilmu pengetahuan saya di dalam bidang seni. Sebagai contoh, saya telah memahami bahawa dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Selain itu, saya turut mengetahui bahawa irama merupakan elemen

Upload: nuwa-ainun

Post on 22-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Seni Dalam Pendidikan

REFLEKSI SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya perlu ambil

bagi semester tujuh ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP menekankan

sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen

tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan

menjadikan sesuatu pembelajaran menyeronokkan yang akan membuatkan murid-murid

mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan ini,

pelbagai ilmu baru telah saya perolehi. Antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan

hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata, bahkan perlu mempunyai elemen

seni agar penerimaan ilmu dikalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan.

SDP pada kali ini telah menambah ilmu pengetahuan saya di dalam bidang seni.

Sebagai contoh, saya telah memahami bahawa dalam seni visual ianya lebih melibatkan

lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti

dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.

Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan

menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik.

Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen

Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam

menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Selain itu, saya turut mengetahui bahawa irama merupakan elemen yang terdapat

dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara

berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang

menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik

tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui

pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan

air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita

tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni,

irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata

yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu

Page 2: Refleksi Seni Dalam Pendidikan

mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,

melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak

untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah

semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan.

Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik

minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan

bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti

melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan murid banyak melakukan

pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen

seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan

pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk

memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, saya sebagai seorang

guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran

supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Walaupun dalam subjek selain pendidikan seni, aktviti pendidikan seni ini boleh wujud

secara pengintegrasian dan boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi dan

kemahiran pelbagai yang dapat membantu murid-murid saya dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang berlaku. Kebolehan saya sebagai seorang guru dalam

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah yang betul ini akan

dapat memenuhi keperluan murid-murid berdasarkan teori-teori yang saya pelajari

sepanjang program PPG ini.

Semasa merancang rancangan pengajaran bagi subjek Dunia Sains & Teknologi ini,

saya menggunakan teori konstruktivisme 5 Fasa Needham dan mengintegrasikan SDP

semasa fasa penstrukturan semula idea dan fasa penggunaan idea. Saya telah

merancang agar pengintegrasian ini terjalin dengan lancar dan dapat membantu murid-

murid Tahun 2A saya agar lebih memahami isi pelajaran selain berasa seronok

sepanjang kelas dijalankan. SDP yang dirancang dalam pengajaran kali ini diharapkan

dapat membantu saya sebagai guru dalam mengaktifkan proses pembelajaran dan

perpindahan pembelajaran kepada murid-murid saya. Saya merancang rancangan ini

supaya saya dapat mencapai objektif dan matlamat pada akhir pelajaran DST iaitu murid

Page 3: Refleksi Seni Dalam Pendidikan

dapat menyatakan cara haiwan bergerak, menjelaskan kepentingan bergerak kepada

haiwan dan melakukan simulasi pergerakan haiwan.

Sewaktu melaksanakan rancangan pengajaran dan pembelajaran, SDP yang

diintegrasikan membantu saya untuk mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran

dan pembelajaran saya. Seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum kerana

manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui

perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, sebagai guru, saya hendaklah menggunakan

pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai

objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-

murid mendapat banyak faedah sewaktu saya melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran sekiranya saya menerapkan SDP dalam proses pengajaran. Antaranya

ialah murid-murid mendapat pengalaman yang menarik dan SDP yang diterapkan dapat

memberi keyakinan kepada murid-murid. Ini dapat diperhatikan semasa murid-murid

menyanyi sambil membuat gerakan. Murid-murid telah dapat menonjolkan diri masing-

masing dan tidak mempunyai perasaan malu untuk belajar kerana merasakan seronok

semasa melakukan aktiviti di dalam kelas.

Walaubagaimanapun, saya sebenarnya mempunyai kekangan masa pengajaran subjek

DST ini kerana jadual waktu saya ialah saya mengajar DST selama tiga puluh minit

sahaja pada hari Khamis dan hari Jumaat. Jadi bagi memenuhi tugasan ini, saya telah

pecahkan fasa pengajaran yang saya rancang selama enam puluh minit untuk diajar

pada kedua-dua hari berkenaan. Hanya ini sajalah cara yang saya dapat lakukan agar

tugasan saya dan juga tanggungjawab saya terhadap pengajaran dan pembelajaran

murid-murid saya di sekolah berjalan dengan lancar. Akan tetapi, kekangan ini hanyalah

halangan yang kecil dan saya berjaya atasinya kerana saya mempunyai ketegasan dan

kegigihan yang baik agar semua yang dirancang berjaya dilakukan dan ternyata

hasilnya murid-murid saya berasa seronok pada kedua-dua hari berkenaan kerana saya

telah menerapkan elemen SDP dan secara keseluruhannya kesemua murid saya dapat

memahami tajuk yang dipelajari dan hanya beberapa orang murid sahaja yang perlu

bimbingan dan aktiviti pengukuhan. Tugasan ini secara tidak langsung telah membuka

mata dan minda saya bahawa seni pada hari ini bukan hanya menjurus kepada hiburan

sahaja, malahan mampu untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih

hidup dan menarik.