refleksi seni dalam pendidikan

3
REFLEKSI INDIVIDU NAMA : ZULKIFLI BIN MAT SIRON NO KP : 660525-10-5109 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas kekasih kami, Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat serta muslimin dan muslimat. Bersyukur saya kepada Ilahi kerana berpeluang mengikuti kursus Seni Dalam Pendidikan, WAJ 3109 yang bertepatan dengan semangat Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Negara. WAJ 3109 telah menyelami pembentukan modal insan yang seimbanga meliputi pembangunan intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERIS) Saya dan rakan-rakan PGSR Kohot 2 Ambilan 2009 di IPG KBA sangat berasa suka hati dan terhibur semasa mengikuti kursus muzik yang dikendalikan oleh Puan Khalija bt. Mohamad yang sangat didikasi. Beliau telah menjelaskan prinsip-prinsip muzik beserta contoh-contoh bunyi-bunyian dan pergerakan yang menarik hati saya dan rakan-rakan. Kami akan berusaha memenuhi segala arahan beliau

Upload: zulkifli-zul-siron

Post on 22-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Seni Dalam Pendidikan

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : ZULKIFLI BIN MAT SIRONNO KP : 660525-10-5109

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke

atas kekasih kami, Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat serta muslimin dan

muslimat.

Bersyukur saya kepada Ilahi kerana berpeluang mengikuti kursus Seni Dalam

Pendidikan, WAJ 3109 yang bertepatan dengan semangat Falsafah Pendidikan Negara

dan Dasar Pendidikan Negara. WAJ 3109 telah menyelami pembentukan modal insan

yang seimbanga meliputi pembangunan intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERIS)

Saya dan rakan-rakan PGSR Kohot 2 Ambilan 2009 di IPG KBA sangat berasa

suka hati dan terhibur semasa mengikuti kursus muzik yang dikendalikan oleh Puan

Khalija bt. Mohamad yang sangat didikasi. Beliau telah menjelaskan prinsip-prinsip

muzik beserta contoh-contoh bunyi-bunyian dan pergerakan yang menarik hati saya

dan rakan-rakan. Kami akan berusaha memenuhi segala arahan beliau dengan

gembira. Saya percaya kursus ini akan bermakna jika diajar dan dilaksanakan kepada

murid-murid di sekolah.

Dalam aspirasi itu saya dan rakan-rakan telah diamanahkan untuk membina

Rancangan Pengajaran dengan menggabungjalinkan unsur seni iaitu muzik, lagu, dan

tarian.

Page 2: Refleksi Seni Dalam Pendidikan

Kekuatan

Saya telah menjalankan pengajaran mikro Seni Dalam Pendidikan. Rakan-rakan

PGSR telah menjadi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Untuk

menghasilkan nyanyian yang baik, tip-tip dalam nyanyian dan tarian perlu diikuti dan

diperhalusi.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah menggunakan topik

“Badan Sihat Otak Cergas”. Proses pengajaran ini menyebabkan murid-murid tidak

mudah berasa bosan.

Selain itu, pengajaran ini juga boleh memupuk minat murid untuk belajar melalui

nyanyian dan tarian. Ini juga boleh menyebabkan murid-murid tahun mata pelajaran

Seni Dalam Pendidikan adalah mata pelajaran yang menarik.

Kelemahan

Pada mulanya, saya menunjukkan langkah-langkah menyanyi dan menari.

Tetapi kemungkinan saya tidak dapat cara yang baik dengan menunjukkan langkah-

langkah tersebut, murid saya tidak faham keseluruhannya.

Saya telah menunjukkan seni kata lagu dan langlah-langkah tarian. Saya

mendapati beberapa orang murid tidak dapat menari dengan betul. Ini kemungkinan

saya menerangkan dengan cepat dan murid-murid tidak mendapat langkah yang jelas.

Langkah Mengatasi

Saya rasa, saya seharusnya menyediakan senikata lagu lebih awal supaya

murid dapat membaca dan bersedia dalam pengajaran. Saya perlu mengulang dua

atau tiga kali seni kata lagu dan langkah-langkah tarian kerana ia agak susah.