refleksi psk

4
REFLEKSI ONG YUN FUNG MTE3 Pada 28 & 29 Mac 2015, kelas saya – PPG Matematik 3 Ambilan Jun 2011 telah berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Unit Beruniform di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Melaka. Program Perkhemahan Unit Beruniform ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan sukatan PSK 3043E iaitu Pembelajaran Berkhidmat Dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) merupakan satu agenda yang penting dalam pembentukan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab. Saya masih teringat salah satu ungkapan yang pernah diujar oleh seorang penceramah iaitu Guru yang mendidik bukan sekadar menakluki hati pelajar, tetapi menakluki mindanya dan kita bukan mengajar bangsa sendiri, Malaysia tetapi mendidik individu , sangat bermakna kata-kata tersebut. Ianya menyatakan bahawa sebagai guru, tugas kita bukan hanya mengajar semata-mata tetapi menakluki minda dan hati agar segala yang diajarkan tersemat di hati tidak hanya di minda. Sesuai dengan dasar pendidikan kebangsaan yang berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan, maka program i-Think dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan Program i-Think adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, berpemikiran kreatif dan kritis. Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.

Upload: prime-mdsbr

Post on 21-Dec-2015

3 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

subjek sivik

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Psk

REFLEKSI ONG YUN FUNG MTE3

Pada 28 & 29 Mac 2015, kelas saya – PPG Matematik 3 Ambilan Jun 2011

telah berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Unit Beruniform di Sekolah

Kebangsaan Bukit Beringin, Melaka. Program Perkhemahan Unit Beruniform ini

dianjurkan bagi memenuhi keperluan sukatan PSK 3043E iaitu Pembelajaran

Berkhidmat Dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.

Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) merupakan satu

agenda yang penting dalam pembentukan warganegara Malaysia yang

bertanggungjawab. Saya masih teringat salah satu ungkapan yang pernah diujar

oleh seorang penceramah iaitu “ Guru yang mendidik bukan sekadar menakluki hati

pelajar, tetapi menakluki mindanya dan kita bukan mengajar bangsa sendiri,

Malaysia tetapi mendidik individu”, sangat bermakna kata-kata tersebut. Ianya

menyatakan bahawa sebagai guru, tugas kita bukan hanya mengajar semata-mata

tetapi menakluki minda dan hati agar segala yang diajarkan tersemat di hati tidak

hanya di minda.

Sesuai dengan dasar pendidikan kebangsaan yang berteraskan falsafah

pendidikan kebangsaan, maka program i-Think dirancang sebagai sebahagian

daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi

jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada

kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan

Program i-Think adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang

berwawasan, berpemikiran kreatif dan kritis. Untuk mengekalkan daya saing di

peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara

ekonomi yang dipacu oleh inovasi.

Projek i-Think membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir;

menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan

masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam

kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan

Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya

untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Page 2: Refleksi Psk

. KEKUATAN/ KELEBIHAN

Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti semasa menjalankan Program

i-Think dan bagaimana menjalankan program dengan lebih sistematik. Pengetahuan

ini telah membantu saya untuk mengelola sesuatu projek pada masa akan datang.

Melalui tugasan ini juga, saya mampu meningkatkan kefahaman saya dalam

Program i-Think. Ini adalah kerana semasa sekolah saya menjalankan Program

i-Think, kebetulan saya masih dalam cuti bersalin. Walaupun sekolah saya telah

menjalankan Program i-Think ini, tetapi saya masih belum mendalami program ini.

Dengan adanya peluang sebegini, saya terpaksa dan sanggup untuk meneliti

program ini.

            Semasa menganjurkan Program i-Think, antara kelebihan yang saya dapati

ialah saya sudah benar-benar memahami apakah itu Program i-Think. Sebelum

memulakan ceramah Program i-Think, saya membaca dan memahami tujuan dan

cirri-ciri peta i-Think. Maka, saya dapat menyampaikan Program i-Think dengan baik

dan yakin atas kerjasama dengan rakan sekelas saya. Ini menyebabkan Program

i-Think dapat berjalan dengan lancarnya.

Kelebihan kedua yang saya dapati semasa menganjurkan Program i-Think

ini, para peserta berasa seronok semasa cuba menjawab soalan dengan

menggunakan peta-peta i-Think itu. Oleh sebab kebanyakan peserta sudah diajar

ilmu yang berkaitan, maka mereka seronok bermain dengan mengisi carta aliran i-

Think. Melihatkan peserta berasa seronok, matlamat boleh dikatakan tercapai.

Kelebihan yang ketiga ialah kami menggunakan persembahan power point

untuk menerangkan Program i-Think. Memandangkan kami tidak mempunyai wang

yang berlebihan, ini membantu kami menjimatkan kos. Persembahan power point

yang menarik juga telah menarik perhatian para peserta.

KELEMAHAN

            Sepanjang Program i-Think ini dijalankan, terdapat juga kelemahan yang

timbul. Pertama, dari segi pengalaman mengelola projek di sekolah rakan. Saya

berasa agak kekok kerana sasaran saya bukanlah anak murid saya.

Page 3: Refleksi Psk

CADANGAN

            Bagi penambahbaikan, saya bercadang memberi saya masa yang lebih

panjang untuk mengelolakan program ini supaya saya dapat membuat persiapan

yang lebih baik. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu saya mengenali anak

murid sekolah itu dan komunikasi guru antara murid akan bertambah baik.

            Di sini juga tidak lupa saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah saya yang telah memerah otak memikirkan tugasan ini dan telah banyak

membimbing kami dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhir kata, tugasan ini telah

memberi banyak manfaat dan pengetahuan yang baharu kepada saya dalam

melaksanakan aktiviti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) yang akan

datang secara lebih sistematik, rapi dan berkualiti dan dapat menjamin keharmonian

dan kesejahteraan semua pihak.

Secara keseluruhan, dengan adanya perancangan aktiviti yang lengkap dan

sesuai, maka aktiviti fizikal akan berjalan dengan lancar, sempurna dan berkesan

dalam suatu pelaksanaan sesuatu program oleh seorang guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan(PSK).