refleksi perkhemahan pengakap

3
Nama : Mohd Saifu bin Ismail Unit : PISMP Mt 1 Sem 4 Refleksi Perkhemahan Pengakap Pada tarikh 3 Julai 2012 sehingga 6 Julai 2012 yang lalu telah diadakan satu perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 KLM-30 IPG Kampus Dato Razali Ismail bagi unit beruniform pengakap semester 4. Perkhemahan tersebut teleh dikendalikan oleh beberapa orang pegawai pengakap yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam berpengakap seperti Tn Hj Abdullah Kamal, En. Hamidi Salleh, Tuan Hj Hamdan, En. Safri dan Pn. Rosnah. Mereka telah banyak memberi ajaran kepada kami dalam berpengakap. Semasa perkhemahan 4 hari 3 malam tersebut, terdapat pelbagai kebaikan yang telah saya kesan seperti ia memberikan input berkaitan asas yang perlu ada bagi seseorang pengakap kanak-kanak, mengajarkan istiadat bendera dan protokol dalam dewan, peranan sebagai pemimpin pengakap dan bagaimana hendak merancang program bagi pengakap. semua ini telah diajar semasa saya berada dalam sesi perkhemahan tersebut. Ia merupakan pengalaman dan pengetahuan yang amat bernilai. Kebaikan yang pertama ialah memberikan input tentang perkara asas yang terdapat dalam pengakap. Antaranya ialah cogan kata pengakap kanak- kanak yang perlu diingat iaitu buat sehabis baik . Ia akan memastikan bahawa setiap ahli pengakap akan melaksanakan setiap pekerjaan dengan habis baik dan sedaya upaya. Dalam pengakap juga mengamalkan satu sistem yang dapat merapatkan hubungan setiap ahlinya iaitu sistem sekawan. Kebiasaannya 6 orang dalam sekawan yang diibaratkan seperti sebuah keluarga. Mereka akan berkerjasama untuk melakukan setiap aktiviti kerana mereka adalah sekeluarga. Kebaikan yang kedua ialah mengajarkan istiadat bendera dan protokol dewan yang mesti dilakukan dalam setiap sesi yang berkaitan. Istiadat bendera dan istiadat laung agung merupakan dua istiadat yang dilakukan serentak dalam sesebuah perhimpunan pengakap. Ia akan dapat

Upload: saifu-ismail

Post on 07-Aug-2015

913 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Perkhemahan Pengakap

Nama : Mohd Saifu bin Ismail

Unit : PISMP Mt 1 Sem 4

Refleksi Perkhemahan Pengakap

Pada tarikh 3 Julai 2012 sehingga 6 Julai 2012 yang lalu telah diadakan satu

perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 KLM-30 IPG Kampus

Dato’ Razali Ismail bagi unit beruniform pengakap semester 4. Perkhemahan tersebut

teleh dikendalikan oleh beberapa orang pegawai pengakap yang berpengalaman dan

berpengetahuan luas dalam berpengakap seperti Tn Hj Abdullah Kamal, En. Hamidi

Salleh, Tuan Hj Hamdan, En. Safri dan Pn. Rosnah. Mereka telah banyak memberi

ajaran kepada kami dalam berpengakap.

Semasa perkhemahan 4 hari 3 malam tersebut, terdapat pelbagai kebaikan yang

telah saya kesan seperti ia memberikan input berkaitan asas yang perlu ada bagi

seseorang pengakap kanak-kanak, mengajarkan istiadat bendera dan protokol dalam

dewan, peranan sebagai pemimpin pengakap dan bagaimana hendak merancang

program bagi pengakap. semua ini telah diajar semasa saya berada dalam sesi

perkhemahan tersebut. Ia merupakan pengalaman dan pengetahuan yang amat

bernilai.

Kebaikan yang pertama ialah memberikan input tentang perkara asas yang

terdapat dalam pengakap. Antaranya ialah cogan kata pengakap kanak-kanak yang

perlu diingat iaitu “buat sehabis baik”. Ia akan memastikan bahawa setiap ahli

pengakap akan melaksanakan setiap pekerjaan dengan habis baik dan sedaya upaya.

Dalam pengakap juga mengamalkan satu sistem yang dapat merapatkan hubungan

setiap ahlinya iaitu sistem sekawan. Kebiasaannya 6 orang dalam sekawan yang

diibaratkan seperti sebuah keluarga. Mereka akan berkerjasama untuk melakukan

setiap aktiviti kerana mereka adalah sekeluarga.

Kebaikan yang kedua ialah mengajarkan istiadat bendera dan protokol dewan

yang mesti dilakukan dalam setiap sesi yang berkaitan. Istiadat bendera dan istiadat

Page 2: Refleksi Perkhemahan Pengakap

laung agung merupakan dua istiadat yang dilakukan serentak dalam sesebuah

perhimpunan pengakap. Ia akan dapat menunjukkan semangat kepengakapan dalam

diri setiap individu. Protokol dewan juga akan dapat mengajar ahli pengakap supaya

lebih berdisiplin kerana seorang pengakap yang baik hendaklah berdisiplin.

Seterusnya ialah kami diajarkan apa sebenarnya peranan seorang pemimpin

pengakap semasa di sekolah nanti. Seorang pemimpin pengakap perlulah memahami

dan mematuhi persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap yang ada. Dengan

itu akan melahirkan seorang pemimpin pengakap yang sangat baik dan dapat

membimbing ahli pengakap iaitu murid-murid sekolah nanti. Seorang pengakap perlu

mempunyai ciri- ciri seperti patuh kepada tujuan kepimpinan, berminat dan

berkeyakinan serta ikhlas, sentiasa menambah pengetahuan dan berkemampuan.

Kami juga diajarkan cara-cara untuk merancang sesebuah program bagi

pengakap. Perancangan sangat pentin supaya setiap aktiviti yang dijalankan tersusun

dan berjalan lancar. Segala aktiviti juga perlu direkodkan sebagai rujukan pada masa-

masa akan datang. Dengan itu, setiap program dan aktiviti yang dijalankan akan

memberikan kebaikan dan pengetahuan kepada ahli pengakap yang terlibat dan

mereka akan dapat memanfaatkannya kelak.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku semasa perkhemahan iaitu

ketiadaan air yang menyukarkan untuk pembersihan diri dan memasak dan kegagalan

ahli pengakap untuk menepati masa. Ketiadaan air telah berlaku setelah sehari berada

di tapak perkhemahan, ia meyebabkan ahli peserta perkhemahan tidak dapat

menguruskan diri. Namun, kami bernasib baik kerana terdapat sungai kecil yang boleh

digunakan terutamanya untuk memasak. Kami telah mengadakn giliran kepada peserta

perkhemahan lelaki untuk mengambil air sungai bagi tujuan memasak.

Kelemahan yang perlu dan sepatutnya dielakkan ialah tedak menepati masa.

Saya dapat memerhatikan bahawa peserti kurang menepati masa menyebabkan sesi

bagi kursus terpaksa diadakan lebih lewat sehinggakan tidak sempat menghabiskan

sesi tertentu kerana tidak mencukupi masa. Oleh it, para peserta perkhemahan

Page 3: Refleksi Perkhemahan Pengakap

pengakap perlulah berusaha untuk menepati masa dalam perkhemahan dan program

yang akan datang.

Kesimpulannya, perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1

KLM-30 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail yang telah diadakan telah memberikan banyak

pengetahuan dan pengalaman yang penting kepada bakal-bakal pemimpin pengakap.

Di harap setiap yang dipelajari akan digunakan oleh guru pelatih semasa di sekolah

nanti dan disampaikan dengan sebaik mungkin kepada ahli-ahli pengakap yang baharu

kelak.