refleksi pengajaran dan pembelajaran

Upload: zira-syukur

Post on 02-Mar-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.2 Refleksi Pengajaran Dan PembelajaranPada praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Raub Jaya, Raub, Pahang, saya telah membuat pengajaran dalam bidang membentuk dan membuat binaan dimana di dalam bidang ini hasil pengajaran dan pembelajaran saya akan menghasilkan arca mobail yang menggunakan benang atau tali. Apabila aktiviti ini dilakukan, murid didapati mengalami masalah dan lemah dalam kemahiran mengikat tali. Murid lebih memerlukan bantuan daripada guru dan rakan-rakan yang mahir mengikat tali tanpa belajar mengikat benang pada sesuatu objek tersebut. Oleh itu, saya bercadang untuk menjadikan masalah ini sebagai fokus kajian tindakan saya dalam memperkenalkan teknik baru untuk lebih mahir mengikat tali. Saya beranggapan dengan memperkenalkan teknik baru ini kepada murid, murid akan lebih mudah untuk mahir dalam kemahiran mengikat tali. Kajian ini telah saya kaji dan dirancang secara tersusun sewaktu praktikum fasa III lagi dan sekiranya kajian ini telah diluluskan oleh pensyarah penyelia, maka kajian tindakan ini akan saya teruskan dan laksanakan sewaktu internship pada fasa yang ke-4 iaitu di sekolah yang sama; SK Raub Jaya, Raub, Pahang. Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang paraktikum fasa III, di sekolah yang sama, saya mendapati bahawa di awal pembelajaran, murid dapat menguasai kemahiran motor halus yang lain seperti melukis, mewarna, dan menggunting tetapi di akhir pembelajaran terdapat segelintir daripada kalangan murid masih lagi tidak dapat menghantar hasil karya mobail mereka kerana masalah kemahiran mengikat tali mereka lemah. Di sini, saya telah Nampak sebilangan besar murid lemah dalam kemahiran mengikat tali atau benag pada sesuatu objek. Menurut pendapat Schmidt (1982), pembelajaran motor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana kepada perubahan tindakan. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). Oleh yang demikian kerana kelemahan murid terhadap tindak balas mereka sendiri dalam sesuatu kemahiran itu menyebabkan mereka tidak dapat melakukan kemahiran mengikat dengan sempurna.