refleksi lari pecut

6
Refleksi Acara Trek Lari Pecut Pada minggu ini, kelas kami menjalankan aktiviti lari pecut. Kami mendapat pengetahuan tentang aktiviti lari pecut terdiri daripada tiga fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa larian dan fasa penamat. Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang. Kami boleh memulakan larian tanpa blok permulaan dengan gaya peluru ianya berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Malah, hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan serta ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Selain itu, bagi fasa permulaan larian tanpa blok permulaan juga terdapat gaya sederhana. Pada mulanya, peserta perlu berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan dan ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Malah, bagi gaya panjang pula, peserta perlu berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Pada masa ini, lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan dan ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Sebenarnya, palari juga boleh memulakan larian dengan blok permulaan dengan gaya peluru, gaya sederhana dan gaya

Upload: pei-see-lps

Post on 17-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Pada minggu ini, kelas kami menjalankan aktiviti lari pecut. Ianya terdiri daripada tiga fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa larian dan fasa penamat. Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.

Refleksi Acara Trek Lari Pecut

Pada minggu ini, kelas kami menjalankan aktiviti lari pecut. Kami mendapat pengetahuan tentang aktiviti lari pecut terdiri daripada tiga fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa larian dan fasa penamat. Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang. Kami boleh memulakan larian tanpa blok permulaan dengan gaya peluru ianya berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Malah, hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan serta ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Selain itu, bagi fasa permulaan larian tanpa blok permulaan juga terdapat gaya sederhana. Pada mulanya, peserta perlu berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan dan ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Malah, bagi gaya panjang pula, peserta perlu berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Pada masa ini, lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan dan ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Sebenarnya, palari juga boleh memulakan larian dengan blok permulaan dengan gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Dalam gaya peluru, blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan. Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Bagi gaya sederhana, peserta perlu meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Malah, bagi gaya panjang, blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan serta blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Di samping itu, dalam fasa larian iaitu pecutan (selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, peserta perlu mengambil tempat diblok permulaan atau dengan gaya bersedia (larian tanpa blok permulaan). Pada masa ini, tangan pelari perlulah lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapandimulakan dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 900. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahaprendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Selanjutnya, kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan dalam fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal atlet tersebut.

Dalam fasa penamat, pelari perlu berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya. Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat dan cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian dada ke hadapan.

Sememangnya, sebelum memulakan aktiviti lari pecut, pelari perlu melakukan latihan ansur maju. Ianya terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan. Latihan mendorong termasuklah berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan, berlari mengutip pundi saga atau pundi kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan dan larian bayang-bayang (secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh), lari berganti-ganti ulang-alik iaitu larian 20 meter berkumpulan.

Secara keseluruhannya, saya mengetahui dan memahami latihan secara saintifik dan bersistematik dilakukan untuk mencapai kecergasan yang optima pada pelari-pelari. Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna. Oleh itu, seseorang itu harus mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai. Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang-ulang dan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diri. Tujuan utama seseorang atlet menjalani latihan fizikal adalah memperbaiki dan meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlet memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang dirancang dan dijalankan secara bersistematik dapat membantu para atlet meningkatkan prestasi. Semasa menjalani latihan fizikal ini atlet-atlet harus mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip latihan supaya apa yang dilaksanakan berkesan dan memberi manfaat kepada diri sendiri.Acara

Trek

Lari Pecut