lari pecut-aspek anatomi dan fisiologi
DESCRIPTION
Lari Pecut-aspek anatomi dan fisiologiTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN – LARI PECUT
Lari pecut bermaksud berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi
bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah
acara olahraga jarak dekat yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik
untuk membuat larian sepantas mungkin.
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk
menempa kejayaan. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu
faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.
Terdapat tiga fasa utama dalam lari pecut, iaitu fasa permulaan, fasa larian
dan fasa penamat. Seseorang pelari akan dapat melakukan larian yang baik jika dia
dapat menguasai keempat-empat fasa tersebut. Setiap fasa mempunyai teknik yang
tertentu untuk melakukannya. Ketiga-tiga fasa tersebut akan diterangkan dengan
menganalisis otot-otot, tulang-tulang, sendi-sendi, aksi pergerakan, satah
pergerakan dan sebagainya.
1
Rajah 1: Kedudukan fasa larian
2.0 FASA PERMULAAN LARIAN SECARA DEKAM
Dalam larian pecut, permulaan merupakan prinsip dan aspek terpenting yang
harus diberikan perhatian. Ianya terbukti menerusi acara 100 meter dan 200 meter.
Manakala dalam acara 400 meter, aspek permulaan tidaklah diberikan tumpuan
yang mendalam. Dalam kebanyakkan kejohanan olahraga terbesar dunia, pelari
pecut memberikan perhatian penting dalam aspek permulaan ini. Permulaan juga
menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelari pecut. Setidak-
tidaknya, dengan melakukan permulaan yang baik, akan memberikan kesan
psikologi kepada pelari itu dibandingkan dengan pelari lain.
Teknik permulaan larian secara dekam mempunyai tiga cara. Antaranya ialah
gaya peluru ( jarak blok ialah 27.5 cm ), gaya sederhana ( jarak blok ialah 40 cm )
dan gaya panjang ( jarak blok ialah 52 – 65 cm ).
Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke
hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat
tinggi dan badan dicondong ke hadapan.
2
2.0.1 Otot, Sendi Dan Tulang Yang Terlibat Ketika Fasa Permulaan:
1. BAHAGIAN TANGAN Kedudukan tangan
Tangan diletakkan di bahagian
garisan permulaan.
Tangan didepakan seluas bahu.
Ibu jari dan jari telunjuk dibuka luas.
Jari-jari lain dirapatkan.
Otot
Biseps: Ektensor
Triseps: Fleksor
Sendi
Sendi lesung. Sendi ini terdapat di
sendi bahu yang membenarkan
gerakan di dalam banyak arah.
Sendi pelana bagi persendian pada
ibu jari tangan Sendi ini dapat
bergerak ke dua arah, iaitu ke
samping dan ke depan.
Sendi kondil bagi persendian antara
tulang pergelangan tangan dengan
tulang telapak tangan.
Tulang
Lengkungan pektoral ( skapula dan
klavikel)
Tulang lengan (terdiri daripada
humerus,ulna, radius, karpus,
metakarpus dan falanks).
3
2. BAHAGIAN KAKI Kedudukan Kaki
Lutut kaki dibengkokkan ke
hadapan.
Lutut dalam kedudukan lebih kurang
45 .⁰Otot:
Hamstring : ektensor
Kuadriceps : fleksor
Sendi:
Sendi lesung yang terdapat di
punggung membolehkan
pergerakan dalam banyak arah.
Sendi engsel yang terdapat di lutut
kaki yang membenarkan gerakan ke
belanga dan hadapan.
Sendi kondil di bahagian
pergelangan kaki yang
membenarkan pergerakan dalam
dua arah.
Tulang:
Lengkungan Pelvis
Tulang Kaki ( femur, tibia, fibula,
tarsus, metatarsus, dan falanks).
4
3. PERSEDIAAN Kedudukan punggung
Diangkat sehingga lutut kaki
hadapan adalah 90 ⁰ dan
kedudukan punggung lebih tinggi
sedikit daripada bahu.
Kedudukan lutut
Lutut dalam kedudukan lebih 90⁰
Hamstring : fleksor
Kuadriceps : ektensor
Kedudukan tangan
Tangan dalam kedudukan lebih
kurang 180⁰
Kedudukan tangan ke belakang
sedikit daripada bahu
Biseps : ektensor
Triseps : fleksor
5
2.1 FASA LARIAN LARI PECUT
Dalam acara lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95%
daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira- kira 18 meter. Apabila seseorang
atlit mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap
daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlit tidak mungkin boleh berlari pada
kelajuan maksimum lebih dari jarak 14-18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit
ialah mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan
kehadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan
dibengkokkan 90 darjah.
Lutut belakang digerakkan ke belakang dengan cepat dan pada tahap
rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian
dalam jarak di antara 30-60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke
condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
6
2.1.1 TULANG YANG TERLIBAT DALAM FASA LARIAN
Ketika fasa larian ini, hanya tulang dan sendi di bahagian tangan serta tulang dan
sendi bahagian kaki yang terlibat secara langsung.
i. Bahagian Tangan
Lengkungan pektoral ( skapula dan klavikel)
7
Tulang Skapula Dan Klavikel
Bahagian tangan terdiri daripada 2 tulang, iaitu klavikel di anterior dan
skapula di posterior. Klavikel berbentuk rod dan diletak secara mengufuk di bawah
leher. Di satu hujung, tulang klavikel bersendi dengan sternum dan satu hujung lagi
bersendi dengan skapula.
Skapula ialah tulang leper yang berbentuk segi tiga. Satu hujung skapula
mempunyai lesung glenoid (ball and socket joint) untuk bersendi dengan kepala
humerus tulang lengan. Persendian yang terbentuk disebut sendi bahu.
Tulang lengan (terdiri daripada humerus, ulna, radius, karpus, metakarpus dan
falanks).
Tulang Lengan Dan Tulang Humerus
Humerus merupakan tulang lengan atas yang panjang. Di hujung anterior,
humerus bersendi dengan skapula melalui sendi lesung. Di hujung posterior, alur
yang disebut troklea pada humerus bersendi dengan tulang radius- ulna melalui
sendi engsel (pivot joint).
Radius-ulna merupakan dua batang tulang lengan bawah yang tersusun
hampir selari dan berpaut di kedua-dua hujungnya. Bahagian atas ulna bersendi
dengan troklea dan fosa olekranon, manakala hujung bawah radius-ulna pula
bersendi dengan tulang karpus.
8
Karpus merupakan tulang pergelangan tangan. Metakarpus atau tulang tapak
tangan bersendi dengan falanks (sendi gelongsor/ saddle joint), iaitu tulang jari dan
karpus. Metakarpus terdiri daripada 5 batang tulang jari.
Falanks terdiri daripada 14 batang tulang. Ibu jari mempunyai 2 tulang falanks
manakala jari-jari lain setiap satunya mempunyai 3 batang tulang falanks
ii. Bahagian Kaki
Lengkungan Pelvis
Terdiri daripada 2 tulang punggung ( pelvic girdle) serupa yang bercantum
dengan turus vertebra di bahagian posterior. Setiap tulang punggung terdiri daripada
3 bahagian iaitu illium, iskium dan pubis.
Obturator foramen merupakan satu bukaan yang dilingkungi iskium dan
pubis. Bukaan ini membenarkan salur darah, saraf dan ligamen melaluinya. Pada
kedua-dua sisi lengkungan pelvis, terdapat lesung asetabulum yang membentuk
sendi lesung dengan tulang femur.
Tulang Kaki ( femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus, dan falanks)
9
Femur merupakan tulang paha dan mempunyai satu kepala berbentuk bebola
yang bersendi dengan sendi asetabulum pada sisi lengkungan pelvis. Hujung bawah
femur bersendi dengan tulang tibia melalui sendi engsel/ Hinge joint (sendi lutut).
Sendi ini ditutup oleh tulang tempurung lutut yang disebut patela.
Tibia-fibula merupakan tulang kaki bawah yang terdiri daripada percantuman
tulang tibia dan tulang fibula. Hujung bawah tibia-fibula bersendi dengan tarsus.
Sendi ini dikenali sebagai sendi pelana (plane joint). Tibia mempunyai saiz yang
lebih besar daripada fibula.
Tarsus ialah 5 tulang pada pergelangan kaki yang bersendi dengan
metatarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi gelongsor. Tumit kaki merupakan tarsus
yang paling besar. Hanya satu tulang tarsus yang bersendi dengan tibia-fibula
melalui sendi pelana.
Metatarsus ialah tulang pada tapak kaki dan bersendi dengan falanks, iaitu
tulang jari kaki melalui sendi ellipsoid.
Falanks terdiri daripada 14 tulang kecil. Seperti falanks pada jari tangan, ibu
jari dibentuk oleh 2 tulang falanks manakala jari kaki yang lain terdiri daripada 3
tulang falanks.
10
2.1.2 SENDI YANG TERLIBAT KETIKA BERLARI
Gambar Bahagian Tulang Sendi yang
Terlibat
Jumlah Tulang
1) Skapula
(lengkungan
pektoral)
dengan
humerus.
a) Lesung
Glenoid
(ball and
socket joint)
- Skapula- 1
batang tulang.
- Humerus – 1
batang tulang
11
2) Humerus
dengan tulang
radius-ulna.
b) Sendi
Engsel
(pivot joint)
Tulang radius-ulna
mengandungi 2
batang tulang.
3) Metakarpus
dengan falanks
c) Sendi
Ellipsoid
( sendi
Bongol)
- Metakarpus
mengandungi 5
batang tulang
jari.
- Falanks
mengandungi 14
batang jari. 2
falanks pada ibu
jari dan 3 batang
falanks pada
jari-jari lain.
4) Lengkungan
pelvis
(lengkungan
pelvis dengan
tulang femur)
d) Sendi
Lesung
Asetabulum
(ball and
socket joint)
- Terdapat 2
tulang punggung
yang
menyambungkan
lengkungan
pelvis dengan
tulang femur.
5) Tulang kaki
(femur dengan
tulang tibia)
e) Sendi
Engsel
(Hinge Joint)
- 2 tulang pada
tibia dan fibula.
12
6) Di bawah tulang
kering dan tulang
betis dengan
tulang talus
f) Sendi Pelana
( sendi
pergelangan
kaki)
- Hanya 1 tulang
sahaja.
7) Tarsus dengan
metatarsusg) Sendi
Gelongsor
- Mempunyai 5
batang tulang
pada
pergelangan
kaki
8) Metatarsus
dengan falanksh) Sendi
ellipsoid
- 5 batang tulang
pada
metatarsus.
- Falanks terdiri
daripada 14
batang tulang
kecil. Ibu jari
kaki 2 tulang
falanks dan jari-
jari lain 3 tulang
falanks.
13
i. Sendi Lesung Di Sendi Bahu Dan Sendi Pinggul
Sendi bola dan soket (sendi lesung Glenoid) pada menghubungkan tulang
skapula dengan tulang humerus. Sendi bahu ini membantu dalam menggerakkan
tangan ke sisi dan ke atas ketika berlari. Sendi ini dinamakan sendi lesung kerana
Ia boleh menggerakkan tangan pada semua satah. Sendi lesung di bahagian
punggung pula membantu kaki untuk bergerak dengan pantas pada semua satah
ketika berlari. Sendi lesung di punggung ini dikenali sebagai sendi pinggul.
ii. Sendi Engsel Di Sendi Siku Dan Sendi Lutut
Sendi engsel di sendi siku membantu dalam menggerakkan otot pada tulang
humerus dan tibia-fibula ke atas dan bawah secara antagonis. Ia juga mebenarkan
tangan dibengkokkan ke atas dan ke bawah pada pergerakan satu satah sahaja
semasa fasa lari. Fungsi sendi engsel di siku sama dengan sendi engsel di lutut.
Sendi ini dinamakan patella di mana ia menghubungkan tulang femur dengan tibia-
fibula. Sendi lutut ini juga membantu dalam membengkokkan kaki ke atas dan ke
bawah pada satu satah pergerakan.
14
iii. Sendi Jari / Sendi Elipsoid (Bahagian Jari Kaki Dan Tangan)
Dalam fasa larian ini juga, sendi ellipsoid atau sendi jari membantu pelari
menggerakkan jari secara rotasi pada sudut 90 darjah. Sendi jari merupakan salah
satu jenis sendi engsel kerana ia bergerak pada satu satah sahaja. Sendi ellipsoid
ini melibatkan sendi jari di bahagian tangan, metakarpus dengan falankas dan sendi
jari kaki iaitu metatarsus dengan falanks. Sendi-sendi jari ini membantu pelari dalam
mengurangkan rintangan ketika berlari, terutama sekali apbila jari tangan
digenggam.
iv. Sendi Pergelangan Kaki ( Sendi Pelana)
Ketika berlari juga, sendi di pergelangan kaki yang menghubungkan tulang
tarsus dengan tibia dan fibula di kaki juga digunakan. Sendi pelana atau sendi di
pergelangan kaki ini membantu menggerakkan kaki ke atas dan ke bawah ketika
berlari. Ini menyebabkan tumit kaki dapat diangkat ketika berlari. Ia menggerakkan
anggota badan pada dua satah pergerakan.
15
2.1.3 OTOT YANG TERLIBAT KETIKA BERLARI
Bahagian Badan Otot yang
Terlibat
Penerangan
1. Tangan Deltoid
Biseps Bersifat antagonis
Triseps Apabila tangan
diflexikan, otot biseps
akan mengecut dan
otot triseps akan
mengendur.
Apabila tangan dalam
keadaan
16
hyperekstensi, otot
biseps akan
mengendur dan otot
triseps akan mengecut.
2. Badan Pektoralis major Terlibat ketika pelari
menghayunkan tangan
3. Punggung Gluteus Maximus Akan mengecut untuk
menarik tulang femur
4. Kaki Kuadriseps
Hamstring
Gastrocnemius
Mengecut untuk
melurus kaki
Mengecut untuk
membengkokkan kaki
Bersifat antagonis
Bersifat antagonis
Mengecut untuk
menarik tumit
Otot anterior akan
mengendur
17
5. Tumit Akan ada tolakan ke
bawah dan ke
belakang.
i. Otot Tangan dan Pektoralis Major
Otot tangan pada sendi bahu iaitu deltoid akan membantu ketika pelari menghayunkan tangan.
Apabila tangan dalam keadaan fleksi, otot pada sendi bahu iaitu biceps akan mengecut manakala otot triseps akan mengendur.
Apabila tangan dalam keadaan hyperektensi pula, otot biseps akan mengendur dan otot triseps akan mengecut.
Otot triseps dan biseps ini bersifat antagonis ketika pergerakan tangan
Otot pektoralis major pada sendi bahu terlibat apabila pelari menghayunkan tangan.
ii. Otot Kaki
18
Apabila kaki dalam keadaan flexi, otot pada sendi pinggul iaitu hamstring
akan mengecut untuk meluruskan kaki dan kuadriceps akan mengendur.
Apabila kaki dalam keadaan hyperektensi, otot hamstring akan mengendur
dan otot kuadriceps akan mengecut untuk meluruskan kaki.
Otot gluteus maximus yang terletak pada sendi pinggul pula akan mengecut
untuk menarik tulang femur.
Otot gastrocnimius pada sendi lutut akan mengecut untuk menarik tumit
manakala otot anterior iaitu tibialis akan mengendur.
iii. Otot Rangka
Otot rangka merupakan sejenis otot bersitra yang menghubungkan antara
satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur
badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan.
Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf.
Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang.
Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian
tengah gentian otot untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan pergerakan yang
lebih berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada
tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat
kepada tulang yang lain seperti humerus).
19
Bagi fasa larian, otot yang terlibat ialah:
Otot pada sendi bahu iaitu deltoid, biceps dan triceps.
Otot pada sendi siku iaitu brachioradialis dan Flexor carpi radialis
Otot pada sendi bahu iaitu pictoralis major.
Otot pada sendi pinggul iaitu gluteus maximus, hamstring dan Kuadriceps.
2.1.4 AKSI PERGERAKAN
20
Pergerakan didefinisikan sebagai pertukaran tempat atau kedudukan.
FLEXION:
Membengkok pergerakan yang berkurangan sudut antara dua bahagian.
Contohnya: membengkok siku
EXTENSION:
Lawan kelenturan; satu membetulkan pergerakan yang pertambahan sudut
antara bahagian badan.
HYPEREXTENSION:
Awalan hyper- kadangkala ditambah untuk menegaskan pergerakan melebihi
kedudukan lumrah, ibarat dalam hyperflexion atau pelurus lampauan
(hyperextensi)
Pengenalan Aksi-Aksi Pergerakan Badan
Terdapat 4 jenis pergerakan:
- Pergerakan linear
- Pergerakan sudut
- Pergerakan putaran
- Pergerakan khusus
21
Jenis
Pergerakan
Diskripsi
Pergerakan
Gambar
Pergerakan
Bersudut
Kedudukan
badan:
Ektensi ke
fleksi
Kedudukan
kaki :
Ekstensi ke
fleksi
Kedudukan
tangan :
Fleksi
ekstensi
hiperekstensi
Pergerakan
khusus
Pergerakan
kaki :
Plantar-fleksi
fleksi-dorsi
fleksi-dorsi
Plantar-fleksi
Pergerakan
bahu :
Elevasi
2.1.5 SATAH PERGERAKAN
22
Pada asasnya pergerakan manusia akan tertumpu kepada pergerakan ke
arah hadapan, belakang, sisi, pegerakan pusingan dan berbagai lagi bentuk
pergerakan.
Dalam biomekanik pergerakan-pergerakan ini dibahagikan mengikut satah
yang telah ditentukan.
Satah-satah ini adalah berbentuk imaginasi.
Walaubagaimanapun ianya menjadi panduan penting bagi menentukan arah
pergerakan yang akan dibuat.
Satah-satah pergerakan ini pula memerlukan paksi atau aksis yang akan
membantu pergerakan tersebut
Istilah satah tubuh
Sagittal:
Satah yang membahagikan tubuh kepada bahagian kiri dan kanan.
Koronal:
Satah yang membahagikan tubuh kepada bahagian depan dan belakang.
Axial:
Satah yang membahagikan tubuh kepada bahagian atas dan bawah.
Kedudukan Satah Badan Semasa Fasa Larian
23
SatahSagittal yang membahagikan badan kepada kiri dan kanan semasa
berlari
2.2 FASA PENAMAT LARI PECUT
24
Fasa penamat merupakan fasa terakhir dalam lari pecut. Perhatian perlu
dititikberatkan semasa menghampiri garisan penamat. Teknik fasa penamat ialah
terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan sehingga melepasi garisan penamat.,
bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan, badan dicondongkan sedikit,
mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.
2.2.1 Otot, Sendi Dan Tulang Yang Terlibat Ketika Fasa Penamat :
1. Tangan ditarik ke belakang
Sudut tangan lebih kurang 180⁰
jari-jari tangan dalam keadaan
terbuka
bahu ke atas dan menarik tangan ke
belakang.
Otot :
biseps : ektensor
triceps : fleksor
Sendi : Sendi lesung (terletak di
kedua-dua belah bahu) – Sendi ini
membolehkan pergerakan yang
banyak.
Tulang : Lengkungan pektoral
( skapula dan klavikel) , Tulang
lengan (terdiri daripada
humerus,ulna, radius, karpus,
metakarpus dan falanks).
25
2. Kaki kanan melangkah ke
hadapan
Sudut kaki lebih 90⁰ dan kurang
daripada 180 ⁰
menonjolkan bahagian tarsal ke
hadapan
Otot :
kuadriseps : ektensor (meluruskan
kaki)
hamstring : fleksor (membengkokkan
kaki)
Sendi : Sendi lesung (terletak di
kedua-dua belah punggung), Sendi
engsel (terletak di kedua-dua lutut )
Tulang : Lengkungan Pelvis, Tulang
Kaki ( femur, tibia, fibula, tarsus,
metatarsus, dan falanks)
3. Kaki kiri diangkat ke belakang Sudut kaki lebih kurang 90⁰
lutut dan kaki diangkat ke belakang
Otot :
kuadriseps : ektensor (meluruskan
kaki)
hamstring : fleksor (membengkokkan
kaki)
Sendi : Sendi lesung (terletak di
kedua-dua belah punggung), Sendi
engsel (terletak di kedua-dua lutut )
Tulang : Lengkungan Pelvis, Tulang
Kaki ( femur, tibia, fibula, tarsus,
metatarsus, dan falanks)
26