refleksi kendiri - sirah

Upload: abdulrazak-jatt

Post on 03-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Refleksi Kendiri - Sirah

    1/2

    REFLEKSI KENDIRI

    Tugasan Pendidikan Sirah Sekolah Rendah ( PIM 3106 ) yang diberikan kepada

    saya banyak memberi cabaran, manfaat dan ilmu untuk saya lebih memahami segala

    teori yang dikehendaki melalui kajian dan pencarian bahan ilmu untuk menyiapkan

    tugasan ini.Banyak pengalaman dan ilmu baru dapat saya temui semasa mencari

    bahan dan juga rujukan.

    Sememangnya tugasan ini memberi cabaran yang agak sukar bagi saya kerana

    faktor kekangan masa, ini kerana sebagai seorang guru, saya perlu melaksanakan

    tugas sebagai pendidik di sekolah dari jam 7 pagi sehingga jam 5 petang melibatkan

    aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum,ini tidak termasuk tugasan memeriksa buku kerja

    murid dan juga soalan peperiksaan. Sebagai seorang suami dan ayah pula, tugasan di

    rumah menanti pula bila tiba di rumah, kewajipan seorang ayah dan suami tidak boleh

    diabaikan, begitu juga kewajipan sebagai seorang anggota masyarakat. Semua

    kewajipan ini saya kena tunaikan menyebabkan saya mempunyai masa yang amat

    terhad untuk menyiapkan semua tugasan terutamanya melibatkan tugasan

    berkumpulan, ini kerana semua anggota kumpulan tinggal berjauhan dan mempunyai

    masalah yang sama.

    Semoga pengalaman yang saya perolehi ini baik dalam penambahan ilmu

    pengetahuan dan juga pengalaman bekerja dengan kekangan masa, banyak memberi

    manfaat untuk diri saya. Semoga tugasan ini mampu memberi impak kepada semua

    pihak terutamanya diri saya dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk memajukan

    Malaysia dengan modal insan yang berilmu, beriman dan bertakwa. InsyaallahAmin.

  • 7/29/2019 Refleksi Kendiri - Sirah

    2/2