refleksi individu bmm 3104

2
Refleksi individu (Muhammad Zakwan bin Abdul Rahim) Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyempurnakan tugasan kursus BMM3104 dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sempurna mengikut jadual yang telah disediakan. Walaubagaimanapun, saya mengakui agak tertekan dalam menyiapkan tugasan ini lantaran hambatan masa dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tugasan kali ini agak mencabar minda saya kerana saya perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu yang mesti mengikut kemahiran yang telah ditetapkan, membuat tinjauan bahasa berdasarkan aspek-aspek tertentu dan berdasarkan tinjauan bacaan itu, saya diminta membina kertas kerja konsep. Proses melaksanakan tugasan ini saya mendapatkan sumber melalui pengalaman dan rujukan pada Huraian Sukatan Pelajaran , buku teks, buku panduan guru, buku ilmiah dan sumber internet. Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa dalam menyediakan RPH yang sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan tidak boleh dibuat dibuat samba lewa sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam menyediakan RPH yang sempurna. Saya juga dapati bahawa kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Harus diakui bahawa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, keempat-empat kemahiran tersebut mesti ada. Hanya yang membezakan kemahiran tersebut adalah aktiviti- aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti lisan (dengar dan tutur), bacaan atau tulisan.

Upload: zakwan-abdul-rahim

Post on 31-Oct-2015

339 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Refleksi individu (Muhammad Zakwan bin Abdul Rahim)

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, saya

dapat menyempurnakan tugasan kursus BMM3104 dan tanggungjawab yang telah diberikan

dengan sempurna mengikut jadual yang telah disediakan.

Walaubagaimanapun, saya mengakui agak tertekan dalam menyiapkan tugasan ini

lantaran hambatan masa dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tugasan kali ini agak

mencabar minda saya kerana saya perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa

Melayu yang mesti mengikut kemahiran yang telah ditetapkan, membuat tinjauan bahasa

berdasarkan aspek-aspek tertentu dan berdasarkan tinjauan bacaan itu, saya diminta membina

kertas kerja konsep. Proses melaksanakan tugasan ini saya mendapatkan sumber melalui

pengalaman dan rujukan pada Huraian Sukatan Pelajaran , buku teks, buku panduan guru,

buku ilmiah dan sumber internet.

Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa dalam

menyediakan RPH yang sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan tidak boleh dibuat dibuat

samba lewa sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam

menyediakan RPH yang sempurna.

Saya juga dapati bahawa kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah saling berkaitan dan tidak boleh

dipisahkan. Harus diakui bahawa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, keempat-

empat kemahiran tersebut mesti ada. Hanya yang membezakan kemahiran tersebut adalah

aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti lisan (dengar dan tutur), bacaan atau tulisan.

Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknik-teknik yang

boleh menarik minat pelajar serta menggunakan prinsip-prinsip penyediaan dan penggunaan

bahan bantu bagi merangsang P&P kita. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai

kemahiran berbahasa dan mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu

menjadi murid yang berketerampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan

diri dalam urusan harian, perhubungan sosial dan memperoleh ilmu. Saya juga turut

mengadakan perbincangan dengan rakan kelas saya dan para pensyarah daripada Jabatan

Pengajian Melayu mengenai tajuk tugasan ini. Kesimpulannya, tugasan ini sangat bermakna

kepada saya sebagai seorang bakal guru. Hal ini kerana, melalui tugasan ini dapat memberi

pengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada saya. Terima kasih yang tidak terhingga juga

diucapkan kepada pensyarah BMM 3104 kami iaitu En. Latib Abd Rahman, Pn Jafizah binti

Jaafar dan Pn Arbakyah Hassan yang telah banyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya

sepanjang melaksanakan tugasan ini