Download - Refleksi individu BMM 3104
Refleksi individu (Muhammad Zakwan bin Abdul Rahim)
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, saya
dapat menyempurnakan tugasan kursus BMM3104 dan tanggungjawab yang telah diberikan
dengan sempurna mengikut jadual yang telah disediakan.
Walaubagaimanapun, saya mengakui agak tertekan dalam menyiapkan tugasan ini
lantaran hambatan masa dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tugasan kali ini agak
mencabar minda saya kerana saya perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa
Melayu yang mesti mengikut kemahiran yang telah ditetapkan, membuat tinjauan bahasa
berdasarkan aspek-aspek tertentu dan berdasarkan tinjauan bacaan itu, saya diminta membina
kertas kerja konsep. Proses melaksanakan tugasan ini saya mendapatkan sumber melalui
pengalaman dan rujukan pada Huraian Sukatan Pelajaran , buku teks, buku panduan guru,
buku ilmiah dan sumber internet.
Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa dalam
menyediakan RPH yang sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan tidak boleh dibuat dibuat
samba lewa sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam
menyediakan RPH yang sempurna.
Saya juga dapati bahawa kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah saling berkaitan dan tidak boleh
dipisahkan. Harus diakui bahawa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, keempat-
empat kemahiran tersebut mesti ada. Hanya yang membezakan kemahiran tersebut adalah
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti lisan (dengar dan tutur), bacaan atau tulisan.
Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknik-teknik yang
boleh menarik minat pelajar serta menggunakan prinsip-prinsip penyediaan dan penggunaan
bahan bantu bagi merangsang P&P kita. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai
kemahiran berbahasa dan mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu
menjadi murid yang berketerampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan
diri dalam urusan harian, perhubungan sosial dan memperoleh ilmu. Saya juga turut
mengadakan perbincangan dengan rakan kelas saya dan para pensyarah daripada Jabatan
Pengajian Melayu mengenai tajuk tugasan ini. Kesimpulannya, tugasan ini sangat bermakna
kepada saya sebagai seorang bakal guru. Hal ini kerana, melalui tugasan ini dapat memberi
pengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada saya. Terima kasih yang tidak terhingga juga