refleksi boneka individu

Upload: faridah-ani

Post on 02-Jun-2018

269 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 REFLEKSI BONEKA INDIVIDU

    1/2

    CT10210186 Enriquez Oribio

    REFLEKSI INDIVIDU - BONEKA

    Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah secara umumnya jika

    dijalankan seperti biasa tanpa alat atau bahan bantu mengajar yang menarik

    boleh menyebabkan kebosanan dikalangan para pelajar. Murid-murid di

    sekolah rendah masih menyukai bahan yang bersifat simbolik, maka adalah

    amat penting guru mengetengahkan atau menggunakan bahan maujud dalam

    sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan puppet atau boneka dalam

    pengajaran dan pembelajaran menjadi pemangkin kepada kreativiti pelajar.

    Sebelum saya menggunakan boneka dalam pengajaran saya dapati sikap

    murid terhadap pembelajaran agak pasif dan kurang penglibatan dalan aktivitipembelajaran. Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan melalui

    pengalaman. Pengalaman merupakan guru yang terbaik, maka dengan itu

    jika pelajar itu sendiri yang melibatkan diri dalam pembelajaran maka pelajar

    akan lebih ingat dan faham pengajaran yang disampaikan oleh guru.

    Saya telah banyak membuat carian mengenai jenis-jenis boneka dan

    cara membuatnya yang bersesuaian dengan murid dan matapelajaran yang

    diajar. Boneka biasanya digunakan untuk menyampaikan cerita atau

    maklumat daripada guru kepada murid, dan boleh juga berlaku sebaliknya.

    Dengan menggunakan boneka sebagai medium perantaraan, murid yang

    malu atau segan untuk mengutarakan pendapat yang kreatif, mula

    manunjukkan respon yang positif apabila diarahkan berkomunikasi

    menggunakan boneka.

    Penceritaan dan penyampaian maklumat menggunakan medium

    boneka didapati lebih menarik perhatian murid. Hal ini demikian, kerana

    boneka dalam apa jenis boneka pun adalah menarik dan berwarna-warni,

    menyerupai bentuk manusia atau binatang yang unik. Murid saya berinteraksi

    dengan bebas tanpa segan dengan boneka yang digunakan. Dengan ini lebih

    banyak pendapat atau idea murid dapat dicungkil dan dikeluarkan mengenai

    topik pembelajaran.

  • 8/10/2019 REFLEKSI BONEKA INDIVIDU

    2/2

    CT10210186 Enriquez Oribio

    Selain menggunakan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran,

    saya juga mengadakan sesi pengajaran dan pembelajarn membuat boneka

    dalam bentuk topeng, boneka sarung tangan, boneka lidi dan boneka jari.

    Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat boneka terdiri daripada bahan-

    bahan yang terpakai dan mudah diperolehi seperti lidi, sarung kaki atau

    tangan terpakai, warna, kertas warna, gam dan gunting. Murid-murid sangat

    teruja dan membuat boneka masing-masing dengan penuh semangat.

    Daripada aktiviti ini murid-murid dapat mengaplikasikan dan mengeluarkan

    idea-idea luar biasa mereka yang terpendam. Aktiviti membuat boneka ini

    turut meransangan motor halus dan motor kasar murid, dengan menggunting,

    melekat dan menghias boneka.

    Saya sangat berpuas hati dengan penggunaan boneka sebagai satu

    alat pedagogi. Ia menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik minat

    pelajar dan lari daripada suasana interaksi terlalu formal antara guru dan

    murid. Hubungan antara guru dan murid juga menjadi lebih erat. Boneka

    boleh digunakan dalam set induksi bagi menarik minat murid dalam mencapai

    objektif pembelajaran yang telah digariskan. Sejak adalahnya tugasan ini,

    saya mula mengimplementasikan penggunaan boneka sebagai alat bantu

    mengajar saya, dan saya dapati tindak balas yang positif dikalangan anak

    murid. mereka bukan sahaja teruja mengikuti pelajaran malah setiap hari

    mereka menanti kehadiran boneka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

    yang saya adakan.

    Saya menciptakan satu watak boneka Cici iaitu watak seekor anak itik

    comel dan lucu yang menjadi teman saya untuk berinteraksi dengan murid.

    jika murid segan berkomunikasi dengan saya mereka boleh berkomunikasi

    dengan watak Cici. Saya dapati hal ini sangat berkesan dalam usaha

    mendekati murid saya bagi membolehkan mereka lebih minat dan

    bersemangat mengikuiti proses pengajaran dan pembelajaran. Saya akan

    terus menggunakan boneka sebagai medium pedagogi saya dari semasa ke

    semasa.