pembangunan mampan pelancongan maritim · pdf fileperpustakaan negara malaysia data...

184
PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA Book 1.indb 1 28/04/2017 8:55:49

Upload: ngothuy

Post on 03-Feb-2018

314 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

PEMBANGUNAN MAMPAN

PELANCONGAN MARITIM

DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG

MALAYSIA

Book 1.indb 1 28/04/2017 8:55:49

Page 2: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Book 1.indb 2 28/04/2017 8:55:49

Page 3: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

KUALA LUMPUR2017

PENERBITUNIVERSITIMALAYA

ILMU PUNCHA KEMAJUAN

PEMBANGUNAN MAMPAN

PELANCONGAN MARITIM

DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG

MALAYSIA

Hanizah IdrisNorhaslina Hassan

Safiah @ Yusmah Muhammad YusoffAsra Zaliza Asbollah

Muhammad Faiz Ramli

Book 1.indb 3 28/04/2017 8:55:49

Page 4: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Diterbitkan olehPenerbit Universiti Malaya

Universiti Malaya50603 Kuala Lumpur

www.umpress.com.my

Ahli Pengasas Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) No. 196906Ahli Pengasas Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

© Hanizah Idris, Norhaslina Hassan, Safiah @ Yusmah Muhammad Yusoff,Asra Zaliza Asbollah, Muhammad Faiz Ramli 2017

Semua hak terpelihara.Tiada mana-mana bahagian jua

daripada penerbitan iniboleh diterbitkan semula atau disimpan

dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk

dengan apa cara sekali puntermasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,

rakaman atau lain-lain tanpamendapat izin daripada Penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia/ Hanizah Idris, Norhaslina Hassan, Safiah @ Yusmah Muhammad Yusoff, Asra Zaliza Asbollah, Muhammad Faiz Ramli.ISBN 978-983-100-915-41. Tourism—Malaysia. 2. Community development—Malaysia3. Malaysia—Economic conditions.I. Norhaslina Hassan. II. Safiah @ Yusmah Muhammad Yusoff.III. Asra Zaliza Asbollah. IV. Muhammad Faiz Ramli.V. Judul338.479109595

Dicetak olehPenerbit Universiti Malaya

Universiti Malaya50603 Kuala Lumpur

Book 1.indb 4 28/04/2017 8:55:49

Page 5: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

v

Kandungan

Senarai Rajah vii

Senarai Jadual ix

Senarai Foto xiii

Prakata xv

1 Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

1

Kepentingan Sektor Maritim 4

Kajian Pelancongan 5

Pelancongan Maritim atau Pelancongan Pesisir Pantai 8

2 Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar 19

Alam Sekitar 19

Pelancongan Maritim di Malaysia 24

Pelancongan dan Alam Sekitar 26

Impak Pelancongan Maritim Terhadap Alam Sekitar 30

Pengurusan Persekitaran Maritim dan Pesisir Pantai yang Mampan

37

3 Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

41

Pembangunan Ekonomi Malaysia 44

Pembangunan Pelancongan di Malaysia 45

Book 1.indb 5 28/04/2017 8:55:49

Page 6: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan, Demografik dan Pembangunan Ekonomi di Kawasan Pesisir Pantai Timur

49

Pembangunan Ekonomi di Zon Persisiran Pantai 52

Impak Pembangunan Pelancongan Maritim ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat di Pantai Timur

54

4 Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya: Perspektif Komuniti dan Pelancong

61

Senario Semasa 62

Impak ke Atas Sosiobudaya dan Masyarakat Setempat 63

Impak Positif dan Negatif 66

Persepsi Pelancong 74

5 Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus - Kajian Kes di Pulau Perhentian

91

Peranan Kerajaan 92

Pembangunan Prasarana 93

Mempergiatkan Promosi Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Pelancongan

105

Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 108

Pemeliharaan Ekosistem 109

6 Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

113

Kegiatan Pelancongan di Kawasan Persisiran Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Impak dan Cabaran Utama Pelancongan Pesisir Pantai ke Atas Guna Tanah

119

7 Masa Depan dan Cabaran dalam Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

153

Indeks 165

Book 1.indb 6 28/04/2017 8:55:49

Page 7: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

vii

Senarai Rajah

Rajah 1.0: Hubungan antara alam sekitar, ekonomi dan sosial dengan pembangunan mampan

8

Rajah 1.1: Wilayah ekonomi pantai timur Semenanjung Malaysia (ECER)

9

Rajah 1.2: Lokasi pantai-pantai peranginan di pantai timur Semenanjung Malaysia

13

Rajah 2.0: Negara-negara mega biodiversiti 22

Rajah 3.0: Projek pembangunan pelancongan pesisir pantai di Kuala Terengganu (KTCC)

46

Rajah 4.0: Aktiviti pelancongan yang dijalankan yang mempengaruhi sosial dan budaya komuniti

68

Rajah 4.1: Kegiatan vandalisme terhadap kemudahan yang disediakan

71

Rajah 5.0: Kemudahan dan prasarana di Kampung Pasir Hantu 94

Rajah 5.1: Tanah yang boleh dibangunkan dan keperluan infrastruktur di Pasir Panjang

97

Rajah 6.0: Aktiviti ekonomi dan pelancongan persisiran pantai Kelantan: Sempadan Negeri Terengganu-Kelantan – Sempadan Malaysia-Thailand

115

Rajah 6.1 a: Aktiviti ekonomi dan pelancongan persisiran pantai Terengganu: (a) Sempadan Negeri Terengganu-Kelantan – Sempadan Utara Mukim Dungun

116

Rajah 6.1 b: (b) Sempadan Utara Mukim Kuala Dungun – Sempadan Negeri Pahang-Terengganu

117

Book 1.indb 7 28/04/2017 8:55:49

Page 8: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

viii

Rajah 6.2 a: Aktiviti ekonomi dan pelancongan persisiran pantai timur Johor: (a) Jalan 92 (Kota Tinggi) – Sempadan Selatan Mukim Tenggaroh

118

Rajah 6.2 b: Aktiviti ekonomi dan pelancongan persisiran pantai timur Johor (b) Sempadan Selatan Mukim Tenggaroh– Sempadan Selatan Mukim Endau

119

Rajah 6.3: Output utama RFZPPN dan kaitannya dengan rancangan pemajuan

148

Rajah 7.0: Cabaran pembangunan pelancongan maritim di Pulau Perhentian

162

Book 1.indb 8 28/04/2017 8:55:49

Page 9: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

ix

Senarai Jadual

Jadual 1.0: Aktiviti-aktiviti pelancongan maritim di persisiran pantai

13

Jadual 2.0: Produk pelancongan yang ditawarkan di pantai-pantai timur Semenanjung Malaysia mengikut negeri

25

Jadual 2.1: Jenis sampah dan masa berada di dalam laut sebelum lupus

30

Jadual 2.2: Sumber maklumat alam sekitar masyarakat setempat 31

Jadual 2.3: Peratus maklum balas dari masyarakat setempat dan pelancong mengenai impak positif pelancongan maritim ke atas alam sekitar

33

Jadual 2.4: Peratus maklum balas dari masyarakat setempat dan pelancong mengenai impak negatif pelancongan maritim ke atas alam sekitar

34

Jadual 2.5: Kesan pelancongan maritim ke atas alam sekitar masyarakat setempat

35

Jadual 2.6: Tindakan pihak bertanggungjawab ke atas alam sekitar 37

Jadual 2.7: Cadangan pembangunan pelancongan mampan yang lebih berkesan

37

Jadual 3.0: Ketibaan pelancong dan hasil pendapatan, 2000-2014 (RM bilion)

47

Jadual 3.1: Profil demografik responden (n=1000) 51

Jadual 3.2: Pekerjaan di zon persisiran pantai di Semenanjung Malaysia, 2000 dan 2009

53

Jadual 3.3: Peratus peluang pekerjaaan yang disediakan oleh sektor pelancongan maritim

55

Book 1.indb 9 28/04/2017 8:55:49

Page 10: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

x

Jadual 3.4.: Peratus sektor pelancongan maritim berjaya menarik pelaburan

55

Jadual 3.5: Peratus peningkatan pendapatan komuniti akibat aktiviti-aktiviti pelancongan maritim

56

Jadual 3.6: Peniaga tempatan memperoleh banyak faedah dari kegiatan pelancongan di kawasan kajian

56

Jadual 4.0: Aktivit i pelancongan yang dijalankan yang mempengaruhi sosial dan budaya komuniti

67

Jadual 4.1: Kegiatan vandalisme terhadap kemudahan yang disediakan

71

Jadual 4.2: Taburan responden mengikut umur 76

Jadual 4.3: Sebab utama kedatangan pelancong ke destinasi kajian 78

Jadual 4.4: Tahap kepuasan pelancong – keunikan pengalaman 81

Jadual 4.5: Tahap kepuasan pelancong – kemeriahan 81

Jadual 4.6: Tahap kepuasan pelancong – keseronokan 81

Jadual 4.7: Tahap kepuasan pelancong – pengetahuan awal 81

Jadual 5.0: Penglibatan pelbagai agensi dalam program pembangunan pelancongan

93

Jadual 5.1: Kemudahan asas di Kg. Pasir Hantu, Pulau Perhentian (2015)

94

Jadual 5.2: Golongan yang paling banyak menerima manfaat daripada aktiviti pembangunan pelancongan

96

Jadual 5.3: Cadangan polisi pembangunan produk (PD1)PD1 101

Jadual 5.4: Cadangan polisi pembangunan produk (PD2) 101

Jadual 5.5: Cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah sosial akibat aktiviti pelancongan maritim di kawasan kajian

102

Jadual 5.6: Struktur organisasi jawatankuasa kemajuan Kampung Pasir Hantu

102

Jadual 5.7: Kekerapan pihak-pihak bertanggungjawab menangani masalah sosial di kawasan kajian

103

Jadual 5.8: Kekerapan rondaan oleh pihak berkuasa tempatan serta biro kebajikan dan keselamatan Kg. Pasir Hantu

104

Jadual 5.9: Langkah promosi pelancongan yang melibatkan komuniti setempat

108

Jadual 5.10: Kod Etika Pelancongan 111

Book 1.indb 10 28/04/2017 8:55:49

Page 11: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

xi

Jadual 6.0: Perbandaran dan penduduk persisiran pantai mengikut negeri, 2000

121

Jadual 6.1: Polisi dan strategi perancangan guna tanah pelancongan di kawasan persisiran pantai yang terkandung dalam RFN

126

Jadual 6.2: Polisi dan strategi perancangan guna tanah pelancongan di kawasan persisiran pantai yang terkandung dalam RFZPPN

133

Book 1.indb 11 28/04/2017 8:55:49

Page 12: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

xii

Book 1.indb 12 28/04/2017 8:55:49

Page 13: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

xiii

Senarai Foto

Foto 1.0: Pantai Penarik, Terengganu 14

Foto 1.1: Pantai Tok Bali, Kelantan 14

Foto 1.2: Pantai Cherating, Kuantan Pahang 15

Foto 1.3: Pantai Mersing, Johor 15

Foto 2.0: Pantai Cherating, Pahang 22

Foto 2.1: Pantai Batu Buruk, Terengganu 23

Foto 3.0: Perniagaan kuih muih secara kecil-kecilan 57

Foto 3.1: Perniagaan kraftangan dan mainan 57

Foto 3.2: Peniaga kemeja T di kawasan Pantai Cherating, Pahang 58

Foto 4.0: Kegiatan pembangunan menyebabkan kemusnahan fizikal di Pantai Cherating, Pahang

64

Foto 4.1: Keindahan pantai di kawasan kajian 67

Foto 4.2: Suasana gerai penduduk tempatan 72

Foto 4.3: Bercuti bersama keluarga adalah antara aktiviti yang dilakukan oleh pelancong di kawasan kajian

78

Foto 4.4: Kemudahan surau yang disediakan 80

Foto 4.5: Kemudahan chalet yang disediakan di destinasi pelancongan

84

Foto 4.6: Keadaan pantai yang kotor boleh menyebabkan pencemaran ke atas sistem maritim

84

Foto 4.7: Aktiviti perkhemahan yang dilakukan oleh pelancong di kawasan kajian

86

Foto 5.0: Lot-lot kedai baru dalam proses pembinaan 97

Book 1.indb 13 28/04/2017 8:55:50

Page 14: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Book 1.indb 14 28/04/2017 8:55:50

Page 15: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

xv

Prakata

Pembangunan mampan pelancongan maritim merupakan satu persoalan yang penting dan signifikan untuk dibincangkan dalam konteks negara maritim seperti Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai garis pantai yang panjang serta dikelilingi oleh pulau-pulau menarik yang menjadi daya tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Secara umumnya, pembangunan pesat sektor pelancongan di Malaysia bermula sekitar tahun 1980-an apabila pelbagai strategi telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui pelan-pelan pembangunan negara. Pada awal pembangunan pelancongan maritim di Malaysia, persoalan tentang kemampanan sektor tersebut kurang diberi perhatian. Pada ketika itu, destinasi pelancongan maritim di negara ini hanya bertumpu di destinasi-destinasi tertentu di pantai barat Semenanjung Malaysia seperti Pulau Langkawi di Kedah, Batu Feringgi di Pulau Pinang dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

Pembangunan pesat pelancongan maritim yang dilaksanakan tanpa kawalan di pantai barat Semenanjung Malaysia ini telah memberi pelbagai impak ke atas alam sekitar serta sosioekonomi komuniti setempat. Sejak itu, banyak kajian telah dilakukan bagi mengkaji impak pembangunan pelancongan secara umum ke atas alam sekitar dan sosioekonomi komuniti setempat di destinasi-destinasi terpilih. Justeru, satu pelan pembangunan bersepadu telah dibangunkan bagi memastikan pembangunan mampan pelancongan maritim dapat dilaksanakan terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Buku ini disusun kepada tujuh bab utama dan dimulakan dengan perbincangan mengenai konsep pembangunan mampan serta definisi pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini diikuti dengan bab-bab mengenai pelancongan maritim

Book 1.indb 15 28/04/2017 8:55:50

Page 16: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

xvi

dan alam sekitar, impak pelancongan maritim ke atas ekonomi komuniti setempat, pelancongan maritim dan sosiobudaya: perspektif komuniti dan pelancong, pelancongan maritim dan tadbir urus − kajian kes di Pulau Perhentian dan perancangan guna tanah untuk pembangunan mampan pelancongan maritim. Akhir sekali, adalah perlu untuk membincangkan tentang masa depan dan cabaran dalam pembangunan mampan pelancongan maritim dalam bab terakhir buku ini sebagai satu usaha untuk memastikan perlaksanaan dan pemantauan dapat dilaksanakan dan seterusnya dapat meminimakan impak negatif ke atas alam sekitar dan sosioekonomi dan budaya komuniti setempat.

Buku ini tidak akan berjaya diterbitkan tanpa bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama mantan Dekan Kluster Penyelidikan Equitable Society Research Cluster (ESRC), Universiti Malaya, Profesor Dr. Jamilah Mohammad dan Dekan Kluster Profesor Dr. Ainin Sulaiman di atas geran penyelidikan yang diberikan (UMRG RP017A-13SBS) bagi membolehkan kajian ini dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada Profesor Madya Dr. Hanafi Hussin sebagai Ketua Projek bagi projek penyelidikan bertajuk Social Cultural and Economic Sustainability of South China Sea serta kumpulan penyelidik bagi subpenyelidikan bertajuk Pelancongan Maritim ke Arah Pembangunan Pelancongan Mampan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Sabah iaitu Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Mohammad Raduan Mohd Ariff, Profesor Madya Dr. Norhaslina Hassan, Datin Dr. Safiah @ Yusmah Dato’ Muhammad Yusoff, Puan Asra Zaliza Asbollah dan saudara Muhammad Faiz Ramli.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pihak pengurusan tertinggi Universiti Malaya, Ybhg Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Amin Jalaluddin, Naib Canselor Universiti Malaya serta mantan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman dan Profesor Dr. Mad Sidin Ahmad Ishak dan Dekan, Profesor Madya Dr. Hanafi Hussin di atas sokongan yang diberikan dalam memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini termasuk semua responden yang telah memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak Kementerian-kementerian berkaitan seperti Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perangkaan serta Jabatan-jabatan Pelancongan negeri di empat buah negeri yang terlibat iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada penulis-penulis yang sudi menyumbang hasil tulisan mereka serta membenarkan ia diterbitkan dalam

Book 1.indb 16 28/04/2017 8:55:50

Page 17: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Prakata

xvii

buku ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan ditujukan kepada pihak Penerbit Universiti Malaya yang sudi menerbitkan buku Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pembangunan mampan pelancongan maritim khususnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Hanizah Idris

Book 1.indb 17 28/04/2017 8:55:50

Page 18: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Book 1.indb 18 28/04/2017 8:55:50

Page 19: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

1

PENGENALAN

Pelancongan secara umumnya merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia yang melibatkan aspek geografi iaitu pergerakan keluar manusia dari kawasan setempatnya ke destinasi lain. Definisi pelancong mengikut A. Mathieson & G. Wall (1982) adalah pergerakan keluar manusia secara sementara ke destinasi di luar tempat kerja dan tempat tinggal mereka. Berdasarkan definisi tersebut pelancong bukan sahaja melibatkan pelancong dari luar negara, malahan pelancong tempatan yang bermalam di destinasi pelancongan. Orams, M. (1999) telah memperincikan lagi definisi pelancongan maritim yang melibatkan pergerakan keluar manusia dari tempat tinggal ke destinasi yang mempunyai persekitaran marin dengan aktiviti yang dijalankan bukan sahaja bertumpu di laut seperti menaiki kapal layar, selam skuba dan memancing, malahan termasuk juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pesisir pantai.

Sejarah pelancongan maritim telah bermula lebih awal di Barat pada abad ke-18 apabila masyarakat mula menghargai keindahan alam semula jadi seperti pantai dan gunung-ganang. Golongan elit di Eropah mula mengadakan lawatan-lawatan ke destinasi-destinasi indah di Eropah seperti di German, Peranchis dan Belanda dalam tahun 1790-an dan Sepanyol pada tahun-tahun 1820-an dan 1830-an. Negara lain seperti Amerika Syarikat turut mengikut trend yang sama dari segi pembangunan pelancongan maritim. Di England, pelancongan maritim sudah lama berkembang di Brighton pada tahun 1750. Sejak itu, bandar Brighton telah mengalami pembangunan pesat dari segi pelancongan maritim. Ini dapat dilihat dari segi populasi bandar tersebut yang terus meningkat selari dengan perkembangan bandar tersebut sebagai sebuah pusat peranginan pesisir pantai utama di United Kingdom. Menurut Orams, M. (1999)

1Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

Book 1.indb 1 28/04/2017 8:55:50

Page 20: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

2

menjelang awal abad ke-20, terdapat lebih daripada 100 pusat peranginan pesisir pantai yang terdapat di sekitar England yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Pelancongan terus berkembang di Barat pada tahun-tahun 1950-an hingga 1980-an termasuk di Asia. Jumlah ketibaan pelancong antarabangsa terus berkembang sejak tahun 1950-an dari 25 juta pada tahun 1950 kepada 69 juta pada tahun 1960 dan 160 juta pada tahun 1970 sebelum melonjak kepada 405 juta pada tahun 1989 (Inskeep, E. 1991). Walaupun pelancong antarabangsa penting dalam menyumbang kepada pertukaran mata wang asing, namun pelancong domestik tidak kurang pentingnya dalam perkembangan sektor pelancongan secara keseluruhannya.

The Asia and Pacific region will probably continue being the fastest growing one based on its many types of attractions, its overall rapid economic development, which will stimulate expanded business travel and increased domestic and intraregional holiday travel, and the aggressive tourism development and promotion programs of many countries in the region (Inskeep, E., 1991).

Kepesatan sektor pelancongan secara global menyebabkan semua negara di dunia mula membangunkan sektor pelancongan masing-masing dengan andaian ia dapat membantu mempertingkatkan ekonomi negara. Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang tidak ketinggalan dalam membangunkan sektor pelancongan yang dijangka mempunyai potensi yang baik dalam menyumbang kepada pendapatan negara. Di rantau Asia Tenggara, Malaysia, Indonesia dan Thailand adalah antara negara-negara yang awal dalam membangunkan sektor pelancongan. Destinasi-destinasi pelancongan seperti Pulau Bali, Pantai Kuta di Indonesia, Pulau Phuket dan Pantai Krabi di Thailand dan Pulau Boracay di Filipina sudah lama menjadi daya tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Dengan memiliki aset alam semula jadi seperti pantai, gunung-ganang dan hutan merupakan antara daya tarikan utama pelancong ke negara-negara tersebut. Di Malaysia, kepelbagaian bio serta keunikan Malaysia dari segi penduduknya yang berbilang kaum terus menjadi daya tarikan pelancong terutamanya pelancong antarabangsa ke negara ini.

Malaysia merupakan sebuah negara maritim iaitu semua negeri yang terletak di Malaysia Barat dan Malaysia Timur mempunyai zon persisiran pantai. Ketegasan Malaysia sebagai sebuah negara maritim telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-4 dengan pelbagai usaha telah dilakukan ke arah pembangunan sektor maritim di negara ini termasuklah pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai. Pada peringkat awal, tumpuan pembangunan lebih menjurus di kawasan pantai

Book 1.indb 2 28/04/2017 8:55:50

Page 21: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

3

barat Semenanjung Malaysia terutama di destinasi-destinasi pelancong seperti Pulau Langkawi, Kedah, Pulau Pangkor, Perak dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak juga mula dibangunkan sebagai destinasi pelancongan di Malaysia. Usaha ke arah pembangunan sektor pelancongan telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975). Dalam RMKe-2 Kerajaan telah membangunkan sektor pelancongan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur di setiap negeri dan di sepanjang jalan raya utama bagi meningkatkan keselesaan pelancong. Perkembangan sektor pelancongan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-3 (1976-1980), melalui hala tuju pelancongan lebih menuju ke arah mencapai matlamat pembangunan pelancongan sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.

Di samping itu, Kerajaan juga menekankan kepada penghasilan pendapatan, mewujudkan pertambahan guna tenaga dalam perkhidmatan, membaiki taraf hidup rakyat serta mewujudkan peluang pekerjaan seperti urus niaga runcit, pengangkutan dan pembekalan makanan serta lain-lain lagi. Keadaan ini membolehkan peningkatan dalam penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam pembangunan pelancongan. Di bawah RMKe-4 dan RMKe-5, pihak Kerajaan telah memperhebatkan promosi dan menubuhkan Kompleks Maklumat Pelancong Malaysia yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di dunia. Dalam tempoh rancangan pembangunan ini juga pelbagai dana pembangunan pelancongan telah disediakan di samping menggalakkan penglibatan swasta dalam pembangunan negara.

Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7, 1996-2000) telah memfokuskan kepada usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan. Antaranya dengan memberi penekanan terhadap strategi peningkatan jumlah pelancong serta lawatan semula di samping menarik lebih ramai pelancong untuk berbelanja besar dan untuk tinggal lebih lama di Malaysia. Justeru, pembangunan pelancongan di bawah RMKe-7 melihat ke arah mempelbagaikan produk pelancongan bagi memenuhi permintaan dan minat pelancong antarabangsa dan pelancong domestik. Produk baru diperkenalkan bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi membeli belah, kegiatan sukan, konvensyen serta mempunyai tarikan istimewa berkaitan dengan aktiviti berasaskan air. Dalam RMKe-8 pula, teras dasar pelancongan ialah untuk mencapai pertumbuhan pesat yang mampan. Dalam RMKe-8 kesemua promosi yang dijalankan, dijangka dapat meningkatkan penglibatan masyarakat tempatan dan memberi latihan formal, penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih bersepadu. Di samping itu, ia turut menggalakkan pelaburan melalui penglibatan sektor swasta dalam produk pelancongan yang lebih produktif.

Book 1.indb 3 28/04/2017 8:55:50

Page 22: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

4

KEPENTINGAN SEKTOR MARITIM

Sektor maritim memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kepentingan zon persisiran pantai maritim adalah jelas dan sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi negara. Kedudukan geografi zon persisiran pantai yang strategik seperti di Selat Melaka, bukan sahaja berfungsi sebagai laluan perkapalan antarabangsa paling sibuk di dunia, malahan turut menggalakkan pertumbuhan industri maritim terutama pelabuhan dan perkapalan. Zon persisiran pantai merupakan kawasan yang sangat dinamik dan kompleks melalui banyak interaksi antara aktiviti manusia dan proses semula jadi yang sukar difahami (RFZPPN 2012). Secara amnya, aktiviti-aktiviti ekonomi maritim merangkumi pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan laut. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti ekonomi dalam sektor maritim di Malaysia (Nazery Khalid 2009). • Penangkapan ikan dan hidupan laut yang lain• Perlombongan minyak dan gas• Pelancongan dan rekreasi marin• Perkhidmatan pelabuhan• Perkhidmatan perkapalan• Pentadbiran dan pertahanan kelautan• Perkhidmatan sokongan maritim seperti logistik, penghantaran fret,

penyimpanan, perbankan, insurans, perundangan dan perkhidmatan perundingan

Aktiviti-aktiviti dalam sektor maritim di atas merangkumi skop yang luas dan merupakan pemangkin utama kepada pembangunan dan tahap daya saing negara. Malaysia memang terkenal di dunia sebagai sebuah negara maritim apabila sektor pelabuhan dan perkapalan semakin pesat membangun serta mampu mengendalikan sejumlah besar kargo dan kontena di pelabuhan-pelabuhan utamanya seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kedua-dua pelabuhan ini kekal tersenarai dalam senarai 20 pelabuhan kontena utama dunia. Secara keseluruhannya, pelabuhan-pelabuhan kontena di Malaysia telah berjaya mengendalikan hampir 20 juta TEU kontena pada tahun 2012. Dengan itu, Malaysia muncul sebagai pengendali kontena yang kedua terbesar di rantau Asia Tenggara selepas Singapura. Selain daripada sektor pelabuhan dan perkapalan, sektor-sektor maritim lain seperti petroleum dan gas juga menjadi salah satu sektor paling utama menyumbang kepada pendapatan negara. Sehubungan dengan itu, strategi untuk memajukan sektor pelancongan dan rekreasi marin dilihat sebagai satu keperluan memandangkan ia boleh menggalakkan pelaburan asing dalam pelbagai projek pembangunan yang

Book 1.indb 4 28/04/2017 8:55:50

Page 23: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

5

berkaitan dengan pelancongan dan secara tidak langsung boleh memberi manfaat kepada sosioekonomi masyarakat tempatan.

Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis produk pelancongan yang telah diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pasaran pelancong. Antaranya termasuklah pelancongan berasaskan Taman Tema, pelancongan warisan, pelancongan sukan, pelancongan maritim, ekopelancongan, pelancongan pendidikan, pelancongan kesihatan dan pelancongan berasaskan persidangan dan pameran (MICE). Perkembangan pesat sektor pelancongan telah memberi impak yang pelbagai ke atas ekonomi, sosial dan alam sekitar sesebuah destinasi. Oleh sebab terdapat kaitan yang rapat antara aspek ekonomi dan sosial maka sering kali kedua-dua aspek ini dibincang bersama bagi melihat impak pelancongan ke atas sosioekonomi masyarakat di sesebuah destinasi.

Kajian terhadap impak pelancongan ke atas sosioekonomi masyarakat di sesebuah destinasi semakin menjadi keutamaan dalam abad ke-21 ini apabila pembangunan pelancongan dilihat semakin pesat tanpa kawalan lalu memberi kesan bukan sahaja ke atas sosioekonomi masyarakat malahan ke atas aspek alam sekitar sesebuah destinasi. Hal ini seterusnya membawa kepada perancangan yang lebih baik dalam perkembangan sektor pelancongan agar dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada ekonomi negara, malahan masyarakat turut menerima manfaat daripada perkembangan ini dari segi ekonomi dan sosial.

Dalam konteks Malaysia, pembangunan pelancongan pesat di pantai barat Semenanjung Malaysia sebelum ini khasnya di kawasan zon persisiran pantai di Batu Feringgi, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi di Kedah telah banyak memberi kesan negatif ke atas persekitaran fizikal kawasan tersebut. Kekurangan pemantauan secara berterusan di kawasan pantai serta tiada perancangan yang baik telah mengakibatkan kemusnahan di kawasan pantai yang mengalami hakisan yang teruk. Pembangunan yang keterlaluan di zon pinggir pantai turut mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah termasuklah kejadian tanah runtuh berhampiran dengan kawasan pantai dan sebagainya. Selain itu, ketiadaan peraturan yang jelas tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber marin pada ketika itu juga menyebabkan pelancong tidak menghargai kehidupan marin serta flora dan fauna di sesebuah destinasi pelancongan. Untuk itu, perancangan yang rapi perlu dibuat bagi memastikan sektor pelancongan dapat dibangunkan dengan lebih baik di zon persisiran pantai di negara ini.

KAJIAN PELANCONGAN

Kajian terhadap pelancongan telah banyak dihasilkan oleh para sarjana berdasarkan penyelidikan yang dijalankan sebelum ini. Adalah penting

Book 1.indb 5 28/04/2017 8:55:50

Page 24: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

6

untuk memahami apa itu pelancongan kerana ia melibatkan perkaitan antara elemen-elemen tertentu. Menurut N. Leiper (1990), beliau telah menghasilkan satu model yang menjelaskan hubungan di antara pelancong dengan persekitaran sosiobudaya, ekonomi, politik, perundangan dan lain-lain. Leiper turut menekankan bahawa elemen-elemen di destinasi adalah penting dalam menentukan hasil sesuatu lawatan. Antara tahun 1960-an dan 1970-an, pelancongan dibangunkan hanya untuk mencapai objektif pembangunan ekonomi dengan sedikit tumpuan kepada impak atau kesan pelancongan ke atas alam sekitar dan sosiobudaya masyarakat di sesebuah destinasi.

Terdapat banyak penulisan yang memberi tumpuan kepada impak pelancongan ke atas alam sekitar dan sosiobudaya masyarakat di destinasi-destinasi utama di Barat. Antaranya termasuklah karya tulisan A. Mathieson dan G. Wall (2003), J. J. Pilgram (1990), Jonathan R. Edward (1987), dan Jean S. Holder (1988). A. Mathieson dan G. Wall (2003) membincangkan tentang impak pelancongan di pesisir pantai. Ini diikuti dengan beberapa kajian tentang impak negatif pelancongan terhadap sosial dan persekitaran. Menurut Cohen (1978), kesan negatif daripada pelancongan telah dibahaskan dengan berlebih-lebihan sehingga tidak menggambarkan keadaan yang seimbang dari segi peranan sektor pelancongan dalam membangunkan sesebuah komuniti. Sejak itu, kajian yang lebih seimbang telah diadakan bagi mengkaji kesan negatif dan positif sektor pelancongan ke atas komuniti dari segi ekonomi, sosiobudaya dan persekitaran di destinasi-destinasi pelancongan tertentu.

Yahaya Ibrahim (2014) dalam tulisannya mengenai impak globalisasi terhadap pembangunan pelancongan pula menyatakan bahawa pelancongan adalah antara industri yang paling terdedah kepada proses globalisasi. Selain itu, pelancongan turut ditandai dengan peningkatan nyah-sempadan (deterrorialization) manakala fenomena pelancongan moden telah mempengaruhi banyak kawasan di dunia iaitu dari Antartika ke kawasan Amazon dan seterusnya dari gurun Sahara ke kawasan pedalaman Asia. Ini jelas menunjukkan peri pentingnya pengaruh globalisasi terhadap industri pelancongan memandangkan aktiviti pelancongan melibatkan segenap lapisan golongan masyarakat sehingga ke peringkat negara. Oleh itu, yang dibimbangi adalah impak negatif akibat pengaruh globalisasi tersebut ke atas industri pelancongan yang sangat luas.

Kajian impak pelancongan dari segi ekonomi sering menjadi tumpuan para sarjana yang lebih menekankan kepada siapa yang mendapat keuntungan dan peningkatan dalam jumlah pendapatan golongan yang terlibat dalam sektor pelancongan. Dengan itu, sektor pelancongan dilihat mempunyai potensi yang baik untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan sering dikatakan sebagai nadi kepada pembangunan ekonomi

Book 1.indb 6 28/04/2017 8:55:50

Page 25: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

7

negara. Pelancongan menyebabkan sesebuah kawasan baru dibangunkan serta dilengkapi dengan prasarana dan infrastruktur seperti jalan-jalan raya dan tempat-tempat penginapan termasuk resort, rekreasi, pusat peranginan dan hotel-hotel bertaraf antarabangsa. Ini telah menarik ramai pelancong yang ingin menikmati kelainan dari segi keindahan alam semula jadi di destinasi-destinasi yang dikunjungi. Namun, penerokaan kawasan baru untuk tujuan pembangunan pelancongan telah menimbulkan impak lain terutama ke atas bentuk muka bumi fizikal dan alam sekitar kawasan-kawasan yang terlibat termasuk zon persisiran pantai.

Disebabkan oleh impak negatif yang dihasilkan melalui pelancongan masih berterusan, maka wujud kebimbangan di kebanyakan negara pada tahun 1980-an untuk mula memberi tumpuan kepada tindakan pencegahan dan pengawalan impak negatif pelancongan ke atas alam sekitar dan sosioekonomi masyarakat di destinasi-destinasi. Dalam masa yang sama, pelancongan dilihat terus memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi sesebuah negara. Tindakan pencegahan dan pengawalan ini merupakan salah satu aspek penting dalam pembangunan pelancongan mampan yang sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi perlaksanaannya.

Kesedaran tentang pembangunan mampan ini bermula sejak tahun 1987 yang dipengaruhi oleh Laporan Brundtland (UNWCED), yang diiktiraf oleh Rio de Jeneiro Summit pada tahun 1992. Persidangan Dunia mengenai pembangunan lestari di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2002 pula mengukuhkan lagi agenda konsep ini dengan membawa perhatian dunia terhadap cabaran dan kepentingan pembangunan mampan atau lestari. Sejak itu, pelancongan dilihat boleh dibangunkan secara mampan di seluruh dunia. Pada hari ini, pembangunan mampan atau lestari membawa maksud berlainan kepada mereka yang mempunyai kepentingan yang berbeza-beza. Prinsip ini bukan sahaja terhad kepada pemeliharaan alam sekitar dan sumber-sumbernya, malahan merangkumi pengurusan sumber manusia dan kewangan serta pembangunan fizikal. Walaupun konsep ini mula dipakai dalam perancangan aktiviti-aktiviti maritim, namun masih belum diterapkan dalam perancangan dan pentadbiran sektor maritim negara secara menyeluruh dan sistematik (Nazery Khalid 2008). Ilustrasi ringkas tentang hubungan antara pembangunan mampan dengan elemen-elemen lain dapat dilihat dalam Rajah 1.0.

Rajah 1.0 menunjukkan secara ringkas hubungan di antara alam sekitar, ekonomi dan sosial yang perlu dibangunkan secara mampan supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat di sesebuah destinasi. Justeru, perlu ada keseimbangan antara alam sekitar dan keuntungan dari segi ekonomi yang diperoleh melalui pembangunan pelancongan. Begitu juga dari segi sosial dengan memastikan bahawa aspek budaya tempatan

Book 1.indb 7 28/04/2017 8:55:50

Page 26: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

8

tidak diketepikan dalam usaha mempromosikan sesebuah destinasi pelancongan. Ia boleh dilakukan dengan penglibatan masyarakat setempat dalam pembangunan pelancongan itu sendiri supaya masyarakat dan negara akan memperoleh manfaat.

Di samping itu, pelancongan dilihat mampu memberi impak positif melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan seperti jalan raya dan lapangan terbang yang dinaik taraf yang boleh dimanfaatkan juga oleh masyarakat setempat di sesebuah destinasi. Kemudahan yang dibangunkan di bawah pembangunan pelancongan bertindak sebagai serampang dua mata dalam usaha memenuhi keperluan masyarakat dan negara seperti yang sedang dilaksanakan di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Laut Johor. Untuk itu, idea pembangunan mampan dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang seperti yang ditekankan dalam RMKe-9 dan RMKe-10.

PELANCONGAN MARITIM ATAU PELANCONGAN PESISIR PANTAI

Secara umumnya sektor pelancongan di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya sejak tiga dekad yang lalu. Kepentingan pelancongan pesisir pantai amat jelas memandangkan hampir 50% pelancong yang bercuti di Semenanjung Malaysia pada tahun 2007 mengunjungi pantai atau pulau. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah selam skuba, luncur air dan menaiki kapal layar yang sangat popular dalam kalangan

Rajah 1.0: Hubungan antara alam sekitar, ekonomi dan sosial dengan pembangunan mampan

Alam Sekitar

Ekonomi Sosial

PembangunanMampan

Book 1.indb 8 28/04/2017 8:55:50

Page 27: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

9

Rajah 1.1: Wilayah ekonomi pantai timur Semenanjung Malaysia (ECER)Sumber: Laman web rasmi Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur dalam http://www.ecerdc.com.my/master-plan/overview/ diakses 4/2/2016

pelancong yang berkunjung ke destinasi-destinasi pelancongan maritim di pantai timur. Begitu juga dengan kapal persiaran yang lebih popular di pantai barat dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang adalah destinasi persinggahan utama bagi kapal-kapal persiaran antarabangsa. Rajah 1.1 menunjukkan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur Semenanjung Malaysia (ECER) yang merupakan kawasan kajian yang meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Laut Johor.

Book 1.indb 9 28/04/2017 8:55:50

Page 28: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

10

Menurut laporan Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN, Jilid 1 2012), tiada definisi tepat mengenai “zon persisiran pantai”, beberapa definisi pelengkap, yang memfokuskan ketetapan kelebaran garis persisiran pantai, sempadan pentadbiran, sumber asli yang penting atau sistem tadahan yang mengalir ke laut digunakan. Laporan tersebut juga menyimpulkan definisi zon persisiran pantai adalah kawasan tanah daratan yang dipengaruhi oleh laut (iaitu zon riparian terdedah kepada pasang surut) dan kawasan laut yang dipengaruhi oleh daratan (iaitu perairan persisiran pantai yang dipengaruhi oleh pembangunan di daratan). Zon persisiran pantai ini termasuk pulau luar persisiran, iaitu pulau yang berada lebih daripada tiga batu nautika dari tanah besar serta perairan persekitarannya.

Orams, M. (1999) menyatakan bahawa pelancongan maritim mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu pertama ia melibatkan kawasan yang tidak menjadi tempat tinggal manusia seperti laut dan memerlukan peralatan tertentu untuk berada di laut. Kedua, pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai telah mengalami pertumbuhan yang pesat berbanding dengan jenis-jenis pelancongan lain dan ketiga, ia mempunyai impak negatif dan keempat, telah mewujudkan satu bentuk cabaran yang baru dari segi pengurusan pelancongan maritim ini. Jika dilihat dari segi perkembangan pelancongan maritim sebagai sebuah industri, ia melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan seperti operator bot, pelatih dan pembimbing aktiviti selam skuba, agensi-agensi penyewaan bot dan peralatan perikanan.

Manakala dalam skala yang lebih besar pula melibatkan industri kapal persiaran mewah yang singgah di pelabuhan-pelabuhan utama di dunia. Aktiviti pelayaran kapal persiaran ini semakin menjadi salah satu daya tarikan pelancong dalam dan luar negara apabila lebih banyak promosi dan kemudahan infrastruktur telah dibangunkan termasuk menaik taraf pelabuhan-pelabuhan utama di Malaysia seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, perkembangan industri kapal persiaran ini menjadi pemangkin kepada pembangunan destinasi-destinasi pelancongan di daratan termasuk pusat membeli belah barangan bebas cukai dan sebagainya. Kewujudan Taman Laut menunjukkan peri pentingnya memelihara dan memulihara sumber hidupan marin. Dalam masa yang sama, Taman Laut telah berjaya menarik ramai pelancong untuk terus mengunjungi destinasi-destinasi pelancongan maritim di pulau-pulau. Ia merupakan satu strategi pengurusan sumber marin yang baik di samping dapat menggalakkan pembangunan pelancongan mampan.

Pada masa kini, sektor pelancongan muncul sebagai penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan negara. Pembangunan awal sektor pelancongan maritim di Malaysia bermula pada akhir tahun 1970-an

Book 1.indb 10 28/04/2017 8:55:50

Page 29: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

11

dan bertumpu di destinasi-destinasi tertentu di pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di Pulau Langkawi, Kedah, Pulau Pangkor di Perak dan Pantai Batu Feringgi di Pulau Pinang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Manakala pembangunan pelancongan di pantai timur masih terkawal dan dalam skala yang lebih kecil. Pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai amat terkenal di destinasi-destinasi tersebut yang terus mengalami pembangunan pesat dari segi infrastruktur serta kemudahan sepert hotel, resort, kawasan rekreasi dan pelbagai kemudahan lain yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong ke destinasi-destinasi tersebut.

Dari segi bentuk muka bumi fizikal, kawasan pesisir pantai timur adalah berpasir membentuk jaluran persisiran pantai yang berterusan di sepanjang pantai timur. Pantai berpasir adalah sesuai sebagai tapak penetasan yang penting untuk penyu laut. Terdapat empat spesies penyu laut yang terdapat di Malaysia iaitu penyu agar, penyu lipas, penyu karah dan penyu belimbing yang menjadi daya tarikan pelancong untuk melawat destinasi ini terutamanya di Terengganu. Antara tapak penentasan penyu di pantai timur ini termasuklah di Ma’ Daerah, Chagar Hutang (Pulau Redang), Mat Kepit di Terengganu yang diisytiharkan sebagai santuari penyu dan Pantai Cherating di Pahang yang menjadi daya tarikan pelancong (RFZPPN, Jilid 2, 2012). Bagi menyediakan satu bentuk perlindungan kepada penyu laut yang bertelur, kawasan perairan berhampiran Rantau Abang telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Perikanan di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Kawasan Larangan) (Rantau Abang) 1991 yang merupakan perundangan kecil Akta Perikanan 1985.

Berbanding dengan kawasan persisiran pantai dan pulau di pantai timur, kawasan persisiran pantai dan pulau di destinasi pelancongan di pantai barat Semenanjung Malaysia ini telah terlebih dahulu mengalami pembangunan yang pesat sehingga memberi impak negatif ke atas zon persisiran pantai di kawasan yang terlibat. Manakala sebahagian besar daripada kawasan pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia yang meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masih belum dibangunkan sepenuhnya untuk tujuan pelancongan. Ini disebabkan tumpuan aktiviti ekonomi penduduk setempat di pantai timur pada ketika itu adalah lebih kepada aktiviti pertanian dan perikanan. Perkembangan sektor pelancongan dalam tahun 1980-an hingga 1990-an menyebabkan kawasan persisiran pantai timur mula mengalami pembangunan pesat. Ini disebabkan sektor pelancongan dilihat akan mengambil peranan besar dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara tetapi dalam masa yang sama, ia telah memberi impak ke atas sosioekonomi komuniti dan alam sekitar di destinasi-destinasi pelancongan.

Book 1.indb 11 28/04/2017 8:55:50

Page 30: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

12

With the efforts from the Tourist Development Corporation of Malaysia, the east coast developed as a resort coast from the mid-1970s and continued into the 1980s. A wide variety of resort development from village tourism to a resort complex at Desaru can be found. The main areas are Pantai Chinta Berahi (Kelantan), Kuala Terengganu-Marang, Rantau Abang-Tanjong Jara (Terengganu), Cherating, Balok-Kuantan (Pahang) and Desaru (Johore) (P.P. Wong).

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malahan di seluruh dunia sehingga mendesak supaya satu pendekatan menyeluruh dan bersepadu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, dalam RMKe-8 (2001-2005) telah dinyatakan bahawa teras dasar menyeluruh sektor pelancongan adalah untuk mencapai pertumbuhan pelancongan mampan bagi merealisasikan potensi penuh kesan guna tenaga dan penjanaan pendapatan di peringkat negara, negeri dan tempatan. Justeru, perkembangan pesat sektor pelancongan dalam menjana pendapatan negara, penduduk setempat serta pengusaha pelancongan telah meninggalkan impak ke atas zon pinggir pantai di Malaysia terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Zon pinggir pantai merupakan satu zon yang bukan sahaja dinamik, tetapi juga rapuh. Kawasan pesisir pantai timur Sememanjung Malaysia dari Kelantan hingga ke timur laut Johor merupakan sebuah kawasan yang terkenal dengan pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai. Ini disebabkan di kawasan tersebut terletaknya pantai-pantai yang menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Antaranya termasuklah Pantai Tok Bali, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama, Pantai Melawi dan Pantai Seri Tujuh di Kelantan, Pantai Kluang, Pantai Penarik, Pantai Batu Buruk dan Pantai Teluk Bidara di Terengganu, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, Pantai Balok dan Pantai Kuala Rompin di Pahang dan Pantai Desaru, Pantai Mersing dan Pantai Air Papan di Timur Laut Johor seperti yang dapat dilihat pada Rajah 1.2.

Foto-foto 1.0 hingga Foto 1.1 pula menunjukkan sebahagian daripada kawasan pantai yang menjadi tumpuan pelancong di pantai timur. Terdapat pelbagai aktiviti pelancongan maritim yang dijalankan di kawasan pantai dan yang berhampiran dengannya seperti berkelah, berenang, selam skuba, snorkeling, berkayak, menaiki kapal layar dan lain-lain seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 1.0. Dalam masa yang sama, pantai-pantai tersebut seperti Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, Pantai Teluk Bidara di Terengganu, Pantai Teluk Cempedak di Pahang dan Pantai Mersing di timur laut Johor terlibat dalam pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang memberi tumpuan kepada pembangunan pelancongan pesisir pantai.

Book 1.indb 12 28/04/2017 8:55:50

Page 31: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

13

Rajah 1.2: Lokasi pantai-pantai peranginan di pantai timur Semenanjung Malaysia

Jadual 1.0: Aktiviti-aktiviti pelancongan maritim di persisiran pantai

Lokasi Aktiviti-aktiviti pelancongan maritim

Pesisir Pantai Berkelah, berkhemah, acara sukan pantai (bola tampar), menunggang kuda, melihat penyu menetas

Laut Berenang, selam skuba, snorkeling, menaiki kapal layar, berkayak, menyelam sambil mengambil foto keindahan di laut dan sumber marin, pertandingan sukan air tempatan dan antarabangsa seperti Monsoon Cup

Kawasan berhampiran pantai Merentas hutan, memanjat bukit, berbasikal

Sumber: Kajian lapangan, 2015

Book 1.indb 13 28/04/2017 8:55:50

Page 32: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

14

Foto 1.0: Pantai Penarik, TerengganuSumber: Kajian Lapangan, 2015

Foto 1.1: Pantai Tok Bali, KelantanSumber: Kajian Lapangan, 2015

Book 1.indb 14 28/04/2017 8:55:50

Page 33: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

15

Foto 1.2: Pantai Cherating, Kuantan PahangSumber: Kajian lapangan, 2015

Foto 1.3: Pantai Mersing, Johor Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Book 1.indb 15 28/04/2017 8:55:50

Page 34: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

16

Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur meliputi jangka masa antara tahun 2007 hingga 2020 yang melibatkan negeri-negeri di pantai timur serta bahagian Timur Laut Johor iaitu Mersing. Wilayah ini merupakan wilayah koridor ekonomi yang ditubuhkan untuk mewujudkan pengagihan kekayaan secara seimbang di Malaysia, selaras dengan aspirasi nasional ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pembangunan menyeluruh dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur akan dipandu oleh Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERMP) yang dibuat memandangkan wilayah ini masih ketinggalan dalam arus pembangunan berbanding dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sektor pelancongan maritim yang semakin pesat berkembang di kawasan pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia telah meninggalkan kesan positif dan negatif kepada sosioekonomi masyarakat setempat di destinasi-destinasi. Masyarakat setempat mendapat manfaat daripada pembangunan pelancongan ini dari segi penyewaan bot-bot ke destinasi-destinasi terpilih, penginapan di chalet dan resort-resort dengan kos penginapan yang berpatutan, peluang pekerjaan sebagai pelatih selam skuba kepada pelancong serta peluang pekerjaan lain yang disediakan. Kemudahan-kemudahan seperti jalan raya turut disediakan di sesebuah destinasi yang mengalami pembangunan pelancongan. Manakala pelancongan telah memberi impak negatif ke atas alam sekitar termasuk hakisan di kawasan pesisir pantai, pengumpulan sampah-sarap serta bahan buangan lain akibat aktiviti yang dijalankan di daratan.

KESIMPULAN

Memang tidak dinafikan bahawa sektor pelancongan mempunyai prospek yang baik untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Justeru, tidak menghairankan bagi kebanyakan negara maju dan negara sedang membangun seperti Malaysia berusaha untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai agenda utama pembangunan negara supaya keuntungan dapat diraih daripada perkembangan pesat sektor ini. Peningkatan dalam hasil pendapatan daripada sektor pelancongan ini merupakan antara faktor utama yang mendorong sesebuah negara untuk terus memajukan sektor pelancongan. Sektor pelancongan juga sering dikaitkan sebagai enjin pertumbuhan atau pemangkin ke arah kemajuan sesebuah negara melalui penyediaan pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang dibina. Untuk itu, Malaysia terus komited dalam membangunkan sektor pelancongan seperti yang terkandung dalam RMKe-9 dan RMKe-10 yang memfokus kepada pembangunan mampan pelbagai sektor termasuk pelancongan.

Book 1.indb 16 28/04/2017 8:55:50

Page 35: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Kawasan Pesisir Pantai

17

Pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai merupakan antara produk pelancongan yang telah berjaya menarik ramai pelancong dalam dan luar negara yang tertarik dengan panorama alam semula jadi yang indah di destinasi-destinasi seperti yang terdapat di pantai timur Semenanjung Malaysia. Keindahan alam semula jadi yang terdapat di destinasi-destinasi pelancongan ini tidak akan kekal lama sekiranya tidak dijaga akibat perkembangan pesat sektor pelancongan terutama pelancongan maritim. Sehubungan dengan itu, kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menunjukkan bahawa sektor pelancongan telah memberi impak positif dan negatif ke atas alam sekitar, ekonomi dan sosial di sesebuah destinasi. Oleh itu, pembangunan pelancongan perlu dirancang sebaik mungkin bagi memastikan kemampanannya serta boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

RUJUKAN

Cohen, E. 1978. The impact of tourism on the physical environment. Annals of Tourism Research, 5 (2), 215-237.

Edward, J. R. 1987. The U.K. Heritage coast: an assessment of the ecological impacts of tourism. Annals of Toursim Research, 14(7), 71-87.

Holder, Jean S. C.1988. Pattern and impact of tourism on the environment in the Carribbean. Tourism Management, 9(2), 119-127.

Hunt, John, D. & Layne, Donlynne. 1991. Evolution of travel and tourism terminology and definitions. Journal of Travel Research, 29(4), 7-11.

Inskeep, E. 1991. Tourism planning an integrated and sustainable development approach. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim & Tan Wan Hin. 2014. Pelancongan pulau di Malaysia. Johor: UTHM.

Jamaluddin Md. Jahi. 2009. Pembangunan pelancongan dan impaknya terhadap persekitaran fizikal pinggir pantai. Malaysian Journal of Environmentental Management, 10(2), 71-88.

Leiper, N. 1990. Tourism systems: an interdisciplinary perspective. Palmerson North, New Zealand: Massey University.

Mathieson, A. & Wall, G. 1982. Tourism: economic, physical and social impacts. New York: Longman.

Mohd Nizam Basiron. 1997. Marine tourism industry: trends and prospects. 1-14. Paper presented at the National Seminar on the Development of Marine Tourism Industry in South East Asia, Langkawi, 1-14.

Nazery Khalid. 2009. Perancangan aktiviti-aktiviti ekonomi maritim di Malaysia: ke arah penerapan konsep pembangunan lestari. Jati, 14, 77-88

Orams, M. 1999. Marine tourism, development, impacts and management. USA: Routledge.

Pilgram J. J. 1980. Environmental implications of tourism development. Annals of Tourism Research, 7(4), 554-583.

Book 1.indb 17 28/04/2017 8:55:50

Page 36: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

18

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (Jilid 2). 2012. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Yahaya Ibrahim. 2014. Implikasi pembangunan pelancongan terhadap sosiobudaya komuniti di Pulau Tioman. Dalam Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim, Tan Wan Hin (eds.). Pelancongan Pulau di Malaysia. Johor: UTHM.

Book 1.indb 18 28/04/2017 8:55:51

Page 37: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

19

Beberapa definisi dan kata kunci penting yang berkaitan dengan pelancongan maritim dan alam sekitar dijelaskan terlebih dahulu sebelum membincangkan hubungan antara pelancongan maritim dan alam sekitar dengan lebih mendalam. Perlu juga dijelaskan perkaitan antara pelancongan dengan alam sekitar dari beberapa perspektif supaya akhirnya, hubungan pelancongan maritim dengan alam sekitar dapat difahami dengan mudah. Kemudian, perbincangan menjurus kepada impak pelancongan maritim kepada alam sekitar dan sebaliknya dengan merujuk kepada impak positif dan negatif serta kebergantungan kedua-duanya. Akhir sekali, bagaimana pinggir pantai harus dirancang, diurus dan dipantau bagi memastikannya mencapai pengurusan yang mampan akan dijelaskan.

ALAM SEKITAR

Alam sekitar dikenali juga dengan pelbagai istilah lain seperti alam semula jadi, ekosistem, bumi dan dunia. Terdapat pelbagai sumber berlainan yang memberi maksud dan definisi alam sekitar yang berbeza. Dari segi bahasa, ‘alam’ menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2013) ialah dunia atau bumi dan ‘sekitar’ pula ialah sekeliling. Dari segi istilah pula, ‘alam sekitar’ bermaksud alam sekitar fizikal sebuah kawasan. Manakala Cambridge Advanced Learners’s Dictionary and Thesaurus (2016) pula memberi maksud ‘alam sekitar’ atau environment dari segi bahasanya, sebagai udara, air dan tanah di mana manusia, haiwan dan tumbuhan hidup. Sementara dari segi istilah pula ialah keadaan seseorang itu tinggal atau bekerja dan bagaimana keadaan itu mempengaruhi perasaan dan keberkesanan kerjanya. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974) pula, ‘alam sekitar’ yang juga disebut sebagai alam sekeliling

2Pelancongan Maritim dan

Alam Sekitar

Book 1.indb 19 28/04/2017 8:55:51

Page 38: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

20

bermaksud faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi bagi binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan dan faktor-faktor sosial estetika.

Manakala, definisi yang lain pula mengatakan bahawa ‘alam sekitar’ adalah ekosfera yang mengandungi ekosistem-ekosistem yang saling berinteraksi. Ekosistem pula terdiri daripada faktor-faktor biologi yang saling bergantung sesama sendiri, antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal (Ahmad Badri 1987). Dalam pengertian sains dan teknologi pula, ‘alam sekitar’ bermaksud segala yang ada di sekeliling dan berhubung kait dengannya, sehingga menimbulkan suatu suasana atau keadaan. Justeru, setiap sesuatu yang ada di alam nyata ini mempunyai persekitarannya masing-masing, dan sesuatu itu boleh menjadi persekitaran kepada sesuatu yang lain (Fadil Othman 1996). Alam sekitar terdiri dari empat komponen iaitu biosfera (flora dan fauna), litosfera (mineral dan tanah), hidrosfera (air) dan atmosfera (udara dan angin). Keempat-empat komponen ini adalah saling berinteraksi sesama sendiri; the air, water, and land in or on which people, animals, and plants live.

Alam sekitar maritim

Tiada satu takrifan zon pinggir pantai yang sama digunakan oleh disiplin yang berbeza. Kebanyakannya menggunakan takrifan zon pinggir pantai berdasarkan kepentingan sesuatu bidang ilmu. Umumnya, zon pinggir pantai merupakan pertembungan kritikal antara daratan, laut dan atmosfera. Zon tersebut boleh didefinisikan sebagai suatu jaluran daratan dan ruang laut yang selari dengannya iaitu perairan pinggir pantai dan tanah yang tenggelam yang saling bergantungan di antara satu sama lain (Jamaluddin 2009). Menurut Ketchum (1972), zon pinggir pantai terdiri daripada unsur-unsur yang terdapat di daratan, teluk-muara sungai yang cetek dan marin, iaitu tiga zon utama yang saling bergantungan. Walau bagaimanapun, Inman & Brush (1973) menamakan ketiga-tiga zon tersebut sebagai dataran pinggir pantai, zon pesisir dan zon hampir pesisir.

Zon pinggir pantai mempunyai sifat yang dinamik dan rapuh. Kedinamikan zon pinggir pantai bergantung kepada faktor-faktor fizikal daratan dan lautan. Batuan, pantai dan bentuk-bentuk lain yang terdiri daripada bahan yang tidak terkonsolidat, muara sungai dan paya adalah faktor-faktor fizikal daratan sementara perairan pinggir pantai dan agen-agen yang bertindak terhadap persekitaran fizikal zon pinggir pantai seperti ombak, arus, pasang surut dan angin adalah faktor-faktor fizikal lautan. Sifat pinggir pantai yang dinamik wujud hasil tindakan faktor fizikal lautan serta tindak balas berterusan yang berlaku secara semula jadi. Zon pinggir

Book 1.indb 20 28/04/2017 8:55:51

Page 39: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

21

pantai bersifat rapuh kerana sebarang gangguan boleh mengakibatkan perubahan yang akan mempengaruhi pula tindakan seterusnya. Sekiranya gangguan yang berlaku menyebabkan perubahan yang kecil, keadaan boleh dipulihkan secara semula jadi oleh agen-agen yang bertindak (Jamaluddin Md. Jahi 1996, 2000a, 2000b) tetapi sebaliknya jika gangguan itu berlaku berterusan dan melampaui had kemampuan pemulihan secara semula jadi oleh agen-agen yang bertindak, maka masalah akan timbul dan menurunkan kualiti persekitaran fizikal sesuatu zon pinggir pantai.

Alam sekitar maritim terdiri daripada persekitaran kawasan pantai dan lautan. Mengikut Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (2004), Zon Maritim Malaysia bermaksud perairan pedalaman, laut wilayah, pelantar benua, zon ekonomi eksklusif dan perairan perikanan Malaysia dan termasuk ruang udara di atas zon itu. Ciri alam sekitar maritim Malaysia jelas dapat dilihat dari bentuk fizikalnya iaitu kawasan persisiran pantai yang panjang iaitu 4090km dan jumlah keluasan laut sebanyak 614 000km2. Laut China Selatan memisahkan Malaysia kepada Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak. Malaysia, salah sebuah daripada tujuh belas buah negara Mega Biodiversiti di dunia (Rajah 2.0), terletak di dalam kawasan segi tiga terumbu karang (Coral Triangle) bersama-sama Indonesia, Filipina, Malaysia, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon & Timor Leste. Negara Mega Biodiversiti adalah sekumpulan negara terdapatnya kebanyakan daripada spesies di muka bumi dan mempunyai bilangan spesies endemik yang tinggi. Kebanyakan negara Mega Biodiversiti ini terletak di kawasan tropika dan separa tropika. Kawasan yang kaya biodiversiti marin di dunia ini mempunyai 76% spesies batu karang dan 37% spesies ikan (Sukarno 2013). Dalam skop kajian yang dibincangkan, alam sekitar maritim yang dikaji adalah pinggir-pinggir pantai di timur Semenanjung Malaysia dari Kelantan hingga ke Johor. Antaranya ialah Pantai Cherating di Pahang dan Pantai Batu Buruk di Terengganu yang ditunjukkan dalam Foto 2.0 dan Foto 2.1.

Kepentingan alam sekitar maritim

Alam sekitar maritim sangat penting kepada negara perairan seperti Malaysia terutama dari segi sumbangan dan kemakmuran ekonomi. Hidupan laut menjadi sumber makanan utama dalam bentuk protein dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Galian seperti petroleum dan gas asli yang terdapat di dasar laut diproses menjadi satu sumber eksport negara yang utama yang hasil daripadanya kemudian digunakan untuk membangunkan infrastruktur negara.

Book 1.indb 21 28/04/2017 8:55:51

Page 40: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

22

Rajah 2.0: Negara-negara mega biodiversitiSumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Megadiverse_countries_9 May 2016

Foto 2.0: Pantai Cherating, PahangSumber: http://gcgeografismkkn.blogspot.co.uk

Book 1.indb 22 28/04/2017 8:55:51

Page 41: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

23

Kecantikan pantai, pulau dan dasar lautnya pula menggalakkan aktiviti pelancongan yang juga menjadi salah satu dari sumber kekayaan dan ekonomi negara. Selain daripada sumbangan ekonomi, perairan Malaysia terutamanya Selat Melaka juga amat penting sebagai laluan pengangkutan dagangan yang sibuk dan paling strategik bukan sahaja di rantau Asia Tenggara malahan di dunia. Lokasi strategik Selat Melaka juga memungkinkan perdagangan dijalankan dengan rancak dengan dianggarkan 90% daripada jumlah dagangan negara diangkut melalui lautan. Garisan pantai yang panjang dan lautan yang luas juga menuntut kawalan keselamatan dan pertahanan yang tinggi bagi memastikan keamanan negara (Nazery 2009).

Kepentingan pinggir pantai dan lautan yang berharga dan begitu banyak menuntut pengurusan alam sekitar maritim yang mampan. Oleh itu, aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan di persekitaran maritim perlu dirancang dan diurus dengan bertanggungjawab bagi memastikan kelestarian sumber maritim negara terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan. Aktiviti-aktiviti yang mudah mendatangkan kerosakan dan kemusnahan kepada sumber pinggir pantai dan lautan seperti pelancongan, perlombongan petroleum dan gas asli dan pembangunan perlu dikawal selia dan dipantau agar mematuhi garis panduan dan peraturan pengurusan alam sekitar yang telah ditetapkan.

Foto 2.1: Pantai Batu Buruk, TerengganuSumber: http://gcgeografismkkn.blogspot.co.uk

Book 1.indb 23 28/04/2017 8:55:51

Page 42: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

24

Kesedaran dan kerjasama semua pihak yang berkepentingan diperlukan bagi memastikan sasaran pengurusan sumber yang bersepadu dapat dicapai dan produktiviti serta prestasi ekonomi dapat dipertingkatkan.

Berdasarkan kepentingan sektor maritim sebagai penyumbang yang signifikan kepada kemakmuran ekonomi Malaysia, adalah penting bagi pihak-pihak yang berkepentingan di dalam sektor ini memelihara persekitaran maritim supaya pulangan ekonomi boleh dijana darinya secara berterusan untuk manafaat dan faedah generasi masa hadapan. Oleh sebab itu, pendekatan pengurusan yang bersepadu dengan menggunakan konsep pembangunan lestari perlu diamalkan oleh negara dalam merancang, membangun dan memelihara pertumbuhan sektor maritimnya (Nazery 2009).

PELANCONGAN MARITIM DI MALAYSIA

Industri pelancongan negara telah berkembang dan menjadi semakin pesat sejak lebih tiga dekad yang lalu. Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia kerana merupakan antara sumber pendapatan hasil daripada pertukaran mata wang asing dan memberi sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 7.2% dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun 2013. Dari perspektif makro pula, sektor pelancongan berjaya menjana 12.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 2.1 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan dan menyumbang kepada 16.4% daripada keseluruhan tenaga kerja pada 2012. Pada tahun 2015, ketibaan pelancong asing dianggarkan berjumlah 29.4 juta orang berbanding 27.4 juta orang pada tahun 2014. Hasil perbelanjaan pelancong pada tahun 2015 dianggarkan mencecah RM89 bilion, tambahan sebanyak RM17 bilion daripada hasil pada tahun 2014 (Zulkiply 2014).

Perkembangan kemajuan sektor pelancongan telah menjadikan zon pinggir pantai sebagai daya tarikan utama. Meskipun banyak destinasi dan produk pelancongan lain yang pelbagai telah dimajukan, pelancongan maritim masih mendapat sambutan dan menjadi tumpuan bukan hanya oleh pelancong luar negara, tetapi juga pelancong domestik. Pelancongan maritim melibatkan aktiviti dan rekreasi yang dijalankan di pinggir pantai dan di laut dalam. Secara amnya, antara aktiviti yang menjadi kegemaran ramai pelancong adalah bermain di pantai, mandi laut, bersiar-siar dengan bot atau perahu layar, bermain jet ski, memancing dan menyelam. Jadual 2.0 menunjukkan produk pelancongan yang ditawarkan dalam kategori pelancongan semula jadi di pinggir-pinggir pantai timur Semenanjung Malaysia dengan lebih terperinci.

Book 1.indb 24 28/04/2017 8:55:51

Page 43: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

25

Jadual 2.0: Produk pelancongan yang ditawarkan di pantai-pantai timur Semenanjung Malaysia mengikut negeri

Negeri Nama Pantai Fokus Produk

Johor Desaru Flora dan fauna semula jadi

• Hutan

• Lagun semula jadi

• Sungai

• Paya bakau

• Rezab marin

• Rezab pantai

Air Papan • Lagun semula jadi

• Pantai semula jadi

Teluk Danga • Lagun buatan

• Lagun semula jadi

• Sungai

• Pantai semula jadi

• Kawasan pantai

Mersing • Hutan

• Lagun semula jadi

• Sungai

• Paya bakau

• Rezab marin

• Rezab pantai

Pahang Teluk Cempedak Flora dan fauna semula jadi

• Hutan

• Lagun

• Rizab haiwan

• Paya bakau

• Rezab semula jadi

Book 1.indb 25 28/04/2017 8:55:51

Page 44: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

26

Cherating Flora dan fauna semula jadi

• Hutan

• Lagun semula jadi

• Rizab haiwan

• Paya bakau

• Rezab semula jadi

Balok Flora dan fauna semula jadi

• Hutan

• Lagun semula jadi

• Rizab haiwan

• Rezab semula jadi

Terengganu Bukit Keluang Flora dan fauna semula jadi

• Hutan

• Gunung

• Rizab haiwan

• Paya bakau

• Rezab semula jadi

Penarik Pantai semula jadi • Tiada

Batu Buruk Pantai semula jadi • Tiada

Teluk Bidara Pantai semula jadi • Tiada

Kelantan Cahaya Bulan Pantai semula jadi • Tiada

Irama Pantai semula jadi • Lagun

• Pantai semula jadi

Tok Bali Pantai semula jadi • Tiada

Melawi Pantai semula jadi dan flora dan fauna semula jadi

• Hutan

• Rizab haiwan

Sri Tujuh Pantai semula jadi • Pantai semula jadi

PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR

Sebelum tahun 1977, istilah pelancongan sering kali terkeliru penggunaannya dengan istilah lain seperti perjalanan atau travel. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1987, istilah pelancongan atau tourism adalah istilah yang lebih diterima dan banyak digunakan sehingga kini, berbanding

Book 1.indb 26 28/04/2017 8:55:51

Page 45: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

27

dengan perjalanan atau travel yang banyak digunakan sebelumnya. Definisi pelancongan adalah tidak jelas dan terdapat pelbagai pendapat yang berbeza-beza yang selalunya dikaitkan dengan pelbagai aspek yang lain seperti budaya, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Pelancongan atau tourism adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan aktiviti orang ramai membuat perjalanan keluar dari rumah dan industri yang telah membangun hasil daripada aktiviti tersebut (Hunt & Layne 1991). Pelancongan melibatkan seseorang membuat perjalanan sama ada atas sebab kerja atau bercuti apabila dia meninggalkan persekitaran rumahnya untuk tempoh lebih daripada 24 jam tetapi kurang daripada 365 hari ke suatu tempat lain yang biasanya antara 50-160 km dari tempat kediaman (Craig-Smith 2008). Bidang pelancongan adalah tergolong dalam disiplin sains sosial manakala alam sekitar pula adalah dari sains semula jadi. Walaupun pelancongan adalah satu aktiviti yang sudah lama dijalankan namun tradisi kajian dan penyelidikannya sangat kurang, masih baru, sempit dan bersifat dalaman berbanding tradisi kajian dan penyelidikan aspek alam sekitar yang mendapat tempat dalam jurnal pelancongan berimpak tinggi terutamanya yang berkaitan dengan isu seperti perubahan iklim yang sangat kritikal kepada keadaan masa hadapan dan kelangsungan industri pelancongan (Ballantyne et al. 2009).

Pelancongan sangat berkait rapat dengan alam sekitar kerana menjadikan penerokaan kecantikan alam sekitar sebagai produknya, mewujudkan impak kepada alam sekitar dan menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar (Buckley 2011). Sesuatu kawasan semula jadi yang mempunyai keistimewaan unik seperti landskap pantai yang cantik dan bersih, hidupan laut dan batu karang yang berbagai-bagai jenis dan warna mudah menarik kedatangan pelancong. Secara perlahan-lahan kawasan yang dulunya tersembunyi dan tidak dikunjungi mula dibuka kepada pelawat dan pelancong. Seiring dengan itu, berbagai-bagai kemudahan disediakan untuk kegunaan dan keselesaan pelancong seperti tempat penginapan, restoran, kedai runcit dan cenderamata, pusat aktiviti, pengangkutan dan sebagainya.

Pembukaan kawasan pelancongan baru mendatangkan sumber ekonomi dan pulangan lumayan kepada penduduk tempatan namun pembangunan sedemikian pasti memberi kesan walaupun sedikit kepada sistem ekologi kawasan itu. Selari dengan kemajuan industri ini dan kepentingannya dalam menjana pendapatan penduduk setempat, pengusaha pelancongan dan negara, impak negatifnya terhadap zon pinggir pantai juga meningkat (Jamaluddin 2009). Ini disebabkan zon pinggir pantai merupakan suatu zon yang sangat dinamik dan rapuh. Sehubungan dengan itu jumlah pengunjung ke sesuatu destinasi pelancongan, aktiviti dan jangka masa penggunaan kawasan pinggir pantai hendaklah dikawal

Book 1.indb 27 28/04/2017 8:55:51

Page 46: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

28

dan dipantau kerana sekiranya dilampaui boleh menyebabkan kemerosotan alam sekitar destinasi pelancongan tersebut. Oleh itu, semua pengusaha sektor pelancongan perlu bertanggungjawab untuk memulihara dan mengekalkan keadaan semula jadi kawasan tersebut serta berusaha semaksimum mungkin untuk memulih kembali sistem yang telah terganggu.

Kesan alam sekitar ke atas pelancongan

Malaysia mempunyai banyak keistimewaan yang menjadi daya tarikan dalam sektor pelancongan. Selain daripada kebudayaan yang kaya dan unik, sejarah penduduk dan seni bina yang menarik dan cuaca dan iklimnya yang panas sepanjang tahun, kepelbagaian alam semula jadi yang istimewa dan cantik juga turut menjadi faktor penting yang menarik kedatangan pelancong melawat negara ini. Ekosistem semula jadi yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti adalah kelebihan yang jarang sekali terdapat di negara lain dan menjadi satu produk pelancongan yang boleh ditawarkan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara ini. Walau bagaimanapun, langkah penjagaan dan pemeliharaan perlu diambil dengan tegas bagi memastikan kelangsungan ekosistem yang berharga ini kerana ekosistem sebegini biasanya sangat rapuh dan sensitif. Aktiviti pelancongan yang tidak terkawal mengakibatkan pengunaan sumber daya yang berlebihan boleh mendatangkan masalah seperti kemerosotan alam sekitar. Sedikit sahaja perubahan atau gangguan yang dialami oleh ekosistem ini mampu memusnahkannya dan memerlukan puluhan tahun untuk pulih seperti sediakala. Maka, pemuliharaan ekosistem yang kaya biodiversiti adalah suatu tanggungjawab besar dan harus mejadi keutamaan kerajaan dan pengusaha pelancongan. Banyak tarikan alam semula jadi yang diuruskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Ministry of Natural Resources and Environment) yang sesetengahnya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO seperti Taman Negara Mulu, Sarawak dan Taman Negara Kinabalu, Sabah.

Masalah perubahan cuaca dan iklim di peringkat alam sekitar global yang lazim berlaku boleh memberi kesan serta menjejaskan pelancongan seperti pemanasan global akibat kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon, pengasidan air laut dan pencemaran. Akibatnya, suhu meningkat, jumlah hujan tidak menentu dan musim kering yang lama seterusnya akan memusnahkan sumber maritim dan kepupusan kepelbagaian biologi berlaku. Hubungan pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar perlu seiring kerana industri pelancongan akan berkembang lebih pesat dan maju jika alam semula jadi dapat dikekalkan dalam bentuk sebenarnya. Tetapi jika sebaliknya berlaku, industri pelancongan akan merosot kerana tiada lagi tarikan dan keistimewaan sumber semula jadi yang dapat

Book 1.indb 28 28/04/2017 8:55:51

Page 47: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

29

ditawarkan. Sebagai contoh, fenomena jerebu yang berlaku hampir setiap tahun menakutkan pelancong untuk melawat negara ini. Semua pihak yang berkepentingan, terutama yang terlibat secara langsung dalam industri pelancongan hendaklah memastikan sebarang pembangunan dan kemajuan sektor pelancongan tidak seharusnya membawa kesan buruk kepada alam sekitar.

Kesan pelancongan ke atas alam sekitar

Secara amnya, semua aktiviti ekonomi yang dibangunkan seperti perlombongan, perindustrian, pertanian, pembalakan dan pelancongan jika tidak dirancang dengan teliti pasti akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Malaysia mempunyai banyak produk pelancongan bertemakan alam semula jadi yang unik dan bertaraf dunia seperti pantai, hutan dan sebagainya yang menarik ramai pelancong. Jika tidak dijaga atau dikawal, jumlah pelancong yang ramai akan memberi tekanan kepada daya tampung pinggir pantai dan seterusnya merosakkan serta mencemari produk pelancongan yang sedia ada. Kehilangan habitat, masalah pencemaran, hakisan dan pemendapan adalah impak negatif yang paling biasa berlaku terhadap persekitaran fizikal pinggir pantai. Impak ini sukar dilihat dengan mata kasar dan tidak mudah untuk dinilai dari segi ekonomi dalam suatu jangka masa yang singkat. Tambahan lagi, aktiviti manusia di zon pinggir pantai didapati bukan hanya telah mengganggu, tetapi juga mempercepatkan tindak balas proses fizikal pinggir pantai. Kerja membangunkan sesuatu destinasi pelancongan sendiri telah menyebabkan kepupusan habitat semula jadi. Apabila destinasi tersebut kemudian beroperasi dengan pelbagai aktiviti pelancongan, dengan mudahnya mampu menyebabkan masalah hakisan pinggir pantai, pemendapan juga pencemaran sehinggakan ada kalanya destinasi tersebut tidak lagi dilawati oleh pelancong (Jamaluddin 2009).

Pembuangan sampah seperti botol air dan bekas makanan di pinggir pantai, penggunaan bot dan jet ski secara berlebihan yang mencemarkan pantai dengan sisa minyak dan diesel, pengambilan spesies ikan dan pemusnahan batu karang yang terlarang, pembangunan infrastruktur sokongan pelancongan yang mengakibatkan hakisan adalah contoh-contoh bagaimana aktiviti pelancongan boleh mencemarkan alam sekitar maritim. Pembuangan sampah ke dalam laut mencemarkan laut kerana sampah yang pelbagai mengambil masa yang lama untuk lupus seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Sikap manusia yang negatif dan tidak prihatin kepada alam sekitar maritim yang sensitif memberi kesan sampingan yang buruk kepada industri pelancongan pada jangka masa panjang dan seterusnya merugikan dari segi sumber ekonomi negara. Lebih membimbangkan

Book 1.indb 29 28/04/2017 8:55:51

Page 48: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

30

adalah kerosakan dan pencemaran alam sekitar tersebut tidak dapat dipulihkan sama sekali atau jika pun boleh, memerlukan kos yang tinggi dan tempoh yang lama.

Tindakan pencegahan dan kawalan perlu diambil oleh semua pihak yang berkepentingan, bukan sahaja oleh pengusaha industri pelancongan secara langsung, tetapi juga masyarakat umum. Kempen supaya bersikap positif dan menjaga alam sekitar perlu dipupuk bukan sahaja kepada pelancong tetapi juga masyarakat tempatan.

Jadual 2.1: Jenis sampah dan masa berada di dalam laut sebelum lupus

Jenis sampah Masa berada di dalam laut

Kulit pisang Sehingga 2 tahun

Puntung rokok 1 - 5 tahun

Beg plastik 10 - 20 tahun

Baju nailon 30 - 40 tahun

Pakaian kulit Sehingga 50 tahun

Tin aluminium 80 - 100 tahun

Botol kaca 1 juta tahun

Botol plastik Infiniti

Sumber: Marine Conservation Society, UK.

IMPAK PELANCONGAN MARITIM TERHADAP ALAM SEKITAR

Kepelbagaian jenis dan komponen produk pelancongan menghasilkan impak alam sekitar yang berbeza dan dengan itu memerlukan alat pengurusan alam sekitar yang berbeza. Impak alam sekitar adalah sebarang kesan yang mungkin berlaku sama ada baik atau buruk, disebabkan oleh pembangunan, industri, projek infrastruktur atau pelepasan bahan dalam alam sekitar. Impak tempatan terhasil dari pencemaran udara dan air, dari gangguan bunyi dan visual kepada binatang, dan dari gangguan fizikal kepada tumbuhan dan tanih (Buckley 2004; Buckley 2009).

Merujuk kepada kaji selidik yang telah dijalankan terhadap seribu orang responden di pinggir-pinggir pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu dari Kelantan ke Johor termasuk Terengganu dan Pahang, impak positif dan negatif pelancongan terhadap alam sekitar maritim akan lebih mudah difahami. Dalam konteks ini, bukan sahaja impak dari perspektif pelancong sahaja yang dikaji tetapi juga dari perspektif masyarakat setempat. Maklum balas daripada pelancong dan masyarakat setempat ini penting untuk diperoleh bagi menghasilkan pandangan yang lebih adil dan menyeluruh. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, didapati masyarakat tempatan

Book 1.indb 30 28/04/2017 8:55:51

Page 49: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

31

mempunyai pengetahuan umum mengenai isu dan masalah alam sekitar yang sebahagian besarnya didapati sama ada hasil pengalaman mereka melancong, orang perseorangan, televisyen, buku dan majalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.2. Ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman melancong bukan sahaja dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang isu dan masalah alam sekitar yang sedang berlaku sama ada di peringkat global atau tempatan, tetapi juga dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang betapa pentingnya alam sekitar dipelihara agar keunikan dan kecantikannya tidak musnah serta dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan. Jika mereka pergi melawat produk pelancongan alam sekitar di tempat lain dan mendapatinya terganggu oleh perbuatan manusia, sudah tentulah mereka akan berasa marah dan kecewa serta tidak mahu perkara yang sama berlaku di tempat mereka. Ini secara tidak langsung dapat mencetuskan rasa tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar kepada setiap individu.

Jadual 2.2: Sumber maklumat alam sekitar masyarakat setempat

Sumber Peratus (%)

Melancong 29

Orang Perseorangan 28

Televisyen 21

Buku 11

Majalah 11

Impak positif

Pelancongan mempunyai implikasi positif dari segi ekonomi, sosial, kekeluargaan, budaya, alam sekitar dan sebagainya yang faedahnya bukan sahaja dinikmati oleh para pelancong tetapi juga masyarakat tempatan (Mohd. Azlan et al. 2012). Oleh yang demikian amatlah mudah untuk memahami bagaimana Kerajaan berusaha menyediakan infrastruktur sokongan kepada industri pelancongan bagi menarik pelancong dan memastikan keselesaan mereka apabila bercuti di negara ini. Hampir kesemua masyarakat tempatan (lebih 99%) yang ditemui bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk keselesaan pelancong seperti pengindahan dan pembersihan kawasan sekitar tarikan pelancong, perlindungan terhadap alam sekitar bagi memelihara kawasan persisiran

Book 1.indb 31 28/04/2017 8:55:51

Page 50: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

32

pantai dan sumber maritim dan penggunaan secara optimum tanah dan kawasan terbiar untuk pembinaan chalet, hotel dan kemudahan lain yang berkaitan dengan pelancongan.

Walaupun alam sekitar maritim mempunyai tarikannya yang tersendiri seperti pantai yang cantik, hidupan laut yang unik dan aktiviti rekreasi yang menarik, pengindahan kawasan tersebut dengan landskap tumbuhan dan lampu-lampu aneka warna akan meningkatkan lagi nilai tambah dan keindahan kepada produk pelancongan tersebut. Selain daripada keindahan, kebersihan juga menjadi faktor penarik kepada jumlah pelancong yang mengunjungi pinggir-pinggir pantai timur Semenanjung Malaysia. Masyarakat setempat juga bersetuju bahawa memang wujudnya sistem penjagaan kebersihan yang lebih teratur oleh badan-badan tertentu yang mengendalikan kebersihan di sekitar kawasan pelancongan terutamanya di persisiran pantai. Sistem penjagaan kebersihan ini secara tidak langsung melindungi sumber alam sekitar maritim dan memelihara kawasan persisiran pantai dari sampah sarap dan pencemaran. Selain itu, masyarakat setempat juga menyokong sepenuhnya supaya tanah dan kawasan terbiar digunakan secara optimum dan produktif untuk pembinaan chalet, hotel dan kemudahan lain yang berkaitan dengan pelancongan. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan aktiviti ekonomi seperti menjalankan kedai makan, menjual cenderahati, menyewa peralatan rekreasi yang memberi pulangan yang lumayan selain daripada mengelakkan kawasan tersebut terbiar dan menimbulkan pemandangan yang tidak enak dipandang atau menjadi tempat melakukan aktiviti yang dilarang.

Semua pelancong juga sependapat dengan masyarakat setempat dari segi keperluan pengindahan dan pembersihan di kawasan sekitar tarikan pelancong agar dapat memberi keselesaan kepada mereka. Para pelancong juga sedar dan berpuas hati (96.5%) dengan kewujudan sistem penjagaan kebersihan yang lebih teratur dengan terdapatnya badan-badan tertentu yang mengendalikan aspek kebersihan di sekitar kawasan pelancongan terutamanya persisiran pantai. Lebih daripada 97% pelancong mengatakan yang mereka berpuas hati dengan langkah-langkah pengindahan dan pembersihan yang dijalankan. Pada pandangan dan pengamatan para pelancong juga, mereka sangat berpuas hati (98%) dengan kaedah perlindungan terhadap alam sekitar yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi memelihara dan mengekalkan kawasan persisiran pantai dan sumber maritim sebagai produk tarikan pelancong. Hampir kesemua pelancong (99.1%) juga berpuas hati dan bersetuju serta sependapat dengan masyarakat tempatan agar tanah dan kawasan terbiar digunakan secara optimum untuk pembinaan chalet, hotel dan kemudahan lain yang berkaitan dengan pelancongan. Maklum balas dari masyarakat setempat

Book 1.indb 32 28/04/2017 8:55:51

Page 51: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

33

dan pelancong mengenai impak positif pelancongan maritim ke atas alam sekitar diringkaskan dalam Jadual 2.3.

Impak negatif

Hasil interaksi manusia terhadap alam sekitar fizikal boleh menghasilkan impak yang negatif dan menurunkan kualiti alam sekitar (Southwick 1996). Ia berkait rapat dengan daya tampung sesuatu kawasan bagi sesuatu masa yang tertentu iaitu satu tahap apabila kawasan tersebut tidak dapat menerima jumlah pelancong atau apa-apa pembangunan yang hendak dijalankan lagi. Ini menyebabkan perubahan negatif atau kerosakan alam sekitar yang seterusnya mengubah corak kawasan tersebut. Oleh itu, dalam setiap kajian impak alam sekitar dan pembangunan pelancongan perlulah mengambil kira peranan penting daya tampung yang menentukan hubungan antara kedatangan pelancongan dengan persekitaran fizikal (Jamaluddin 2009).

Jadual 2.3: Peratus maklum balas dari masyarakat setempat dan pelancong mengenai impak positif pelancongan maritim ke atas alam sekitar

Impak positif Masyarakat setempat (%)

Pelancong (%)

Pengindahan dan pembersihan kawasan sekitar tarikan pelancong untuk memberi keselesaan kepada pelancong.

99.6 97.1

Perlindungan terhadap alam sekitar bagi memelihara kawasan persisiran pantai dan sumber marin sebagai tarikan pelancong.

99.7 98.7

Tanah dan kawasan terbiar digunakan secara optimum untuk pembinaan chalet, hotel dan kemudahan lain yang berkaitan dengan pelancongan.

99.3 99.1

Wujudnya sistem penjagaan kebersihan yang lebih teratur seperti badan-badan tertentu yang mengendalikan kebersihan di sekitar kawasan pelancongan terutamanya di persisiran pantai.

96.5 96.5

Impak pelancongan mempunyai kesan yang berbeza kepada setiap masyarakat. Jika masyarakat memperoleh faedah yang banyak daripada kos yang terpaksa dikeluarkan, mereka akan cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti pelancongan. Namun jika masyarakat harus mengeluarkan kos yang lebih tinggi berbanding faedah yang akan mereka peroleh,

Book 1.indb 33 28/04/2017 8:55:51

Page 52: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

34

maka sudah tentulah mereka akan menolak pembangunan pelancongan kerana menghasilkan impak negatif kepada kualiti hidup. Impak negatif boleh dibahagikan kepada dua jenis kesan iaitu kesan langsung seperti pencemaran dan kesan tidak langsung seperti penggunaan bahan kimia yang boleh mengakibatkan pencemaran. Bagi mengkaji impak negatif yang mungkin wujud di pinggir-pinggir pantai timur Semenanjung Malaysia hasil daripada pelancongan maritim, pendapat masyarakat setempat telah diperoleh tentang isu pencemaran yang sering berlaku. Seramai 95.8% responden masyarakat setempat bersetuju bahawa pencemaran udara diakibatkan oleh aktiviti pelancongan maritim seperti perkhemahan di persisiran pantai. Ini disebabkan semasa perkhemahan, api dinyalakan untuk menerangi khemah pada waktu malam, menjalankan aktiviti dan juga memasak. Jika peserta perkhemahan ramai, banyak api yang dinyalakan dan lebih banyak asap yang terhasil daripada pembakaran tersebut yang boleh mencemarkan udara.

Masyarakat setempat (94.4%) juga bersetuju bahawa antara beberapa punca pencemaran air yang berlaku di pinggir-pinggir pantai adalah seperti pembuangan sisa pepejal dan cecair dari hotel dan resort yang berhampiran.

Jadual 2.4: Peratus maklum balas dari masyarakat setempat dan pelancong mengenai impak negatif pelancongan maritim ke atas alam sekitar

Impak negatif Masyarakat setempat (%)

Pelancong (%)

Pencemaran udara akibat aktiviti pelancongan maritim seperti perkhemahan di persisiran pantai.

95.8 98

Pencemaran air akibat pembuangan sisa pepejal dan cecair dari hotel dan resort berhampiran serta aktiviti pelancongan maritim seperti penggunaan bot-bot laju dan lain-lain.

94.4 97

Pencemaran tanah akibat pembuangan sampah yang tidak terkawal.

87.7 86.2

Pencemaran bunyi akibat aktiviti pelancongan maritim seperti menaiki bot laju, jet ski dan acara-acara yang dijalankan.

96.3 97.9

Pencemaran bau akibat sistem saliran dan perparitan yang tidak sempurna serta pembuangan sampah di merata-rata tempat terutamanya di persisiran pantai.

94 94.2

Book 1.indb 34 28/04/2017 8:55:51

Page 53: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

35

Selain itu, aktiviti pelancongan maritim seperti penggunaan bot-bot laju juga menjadi punca pencemaran air. Lebih 87% responden bersetuju bahawa pencemaran tanah berlaku akibat pembuangan sampah yang tidak terkawal kerana kurangnya kesedaran pelancong dan pemantauan daripada pihak berkuasa. Aktiviti-aktiviti pelancongan maritim seperti menaiki bot laju, jet ski dan acara-acara yang dijalankan menghasilkan pencemaran bunyi. Lebih 96% responden bersetuju bahawa ini menghasilkan impak pelancongan maritim yang negatif. Manakala dari segi pencemaran bau pula, 94% daripada masyarakat bersetuju ini berlaku akibat sistem saliran dan perparitan yang tidak sempurna serta pembuangan sampah di merata-rata tempat terutamanya di persisiran pantai.

Apabila diminta pendapat daripada pelancong, secara umumnya, mereka juga bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh masyarakat setempat, malah peratus responden dan peratus masyarakat yang menjawab soalan tertentu hampir sama seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.4. Pelancong bersetuju bahawa impak negatif seperti pencemaran udara, air, tanah, bunyi dan bau adalah terhasil daripada aktiviti-aktiviti pelancongan maritim yang dijalankan.

Selain mengkaji impak positif dan negatif yang terhasil daripada aktiviti pelancongan maritim, kesan pelancongan maritim ke atas alam sekitar masyarakat setempat juga diselidiki dan keputusannya dibentangkan dalam Jadual 2.5. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan 84% mengatakan tidak menerima kesan daripada masalah alam sekitar yang berlaku, khususnya dari segi pencemaran. Hanya sejumlah kecil iaitu 16% sahaja yang mengatakan mendapat kesan dari pelancongan maritim. Lebih daripada separuh iaitu 69.7% masyarakat setempat menyatakan bahawa pembinaan infrastruktur yang berkaitan dengan pelancongan maritim

Jadual 2.5: Kesan pelancongan maritim ke atas alam sekitar masyarakat setempat

Pernyataan Ya (%) Tidak (%)

Adakah memberi kesan kepada alam sekitar masyarakat setempat?

16 84

Adakah pembinaan infrastruktur yang berkaitan dengan pelancongan maritim seperti jeti, marina dan pusat peranginan memberi kesan ke atas alam sekitar seperti hakisan pesisir pantai di kawasan anda?

30.3 69.7

Adakah aktiviti pelancongan maritim seperti perkhemahan, menyelam dan sebagainya menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta sumber marin di kawasan anda?

42.7 57.3

Book 1.indb 35 28/04/2017 8:55:51

Page 54: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

36

seperti jeti, marina dan pusat peranginan tidak memberi kesan ke atas alam sekitar seperti hakisan persisir pantai di kawasan mereka manakala 30.3% menyatakan mendapat kesan. Walaupun peratus yang mendapat kesan hanya sedikit, perhatian perlulah diberi dan langkah-langkah pembetulan perlu diambil. Walau bagaimanapun, hanya 57.3% daripada masyarakat setempat yang bersetuju bahawa aktiviti pelancongan maritim seperti perkhemahan, menyelam dan sebagainya menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta sumber marin di kawasan mereka sementara sebanyak 42.7% lagi tidak bersetuju.

Bagi mengatasi masalah alam sekitar yang berlaku akibat aktiviti pembangunan pelancongan maritim di kawasan persisiran pantai, lebih separuh masyarakat setempat bersetuju supaya kaedah penguatkuasaan undang-undang (50%) dilaksanakan, selain memperbanyakkan tempat untuk logistik (20%) dan melalui pendidikan (25.9%). Walau bagaimanapun, agak menghairankan apabila hanya 35% sahaja masyarakat setempat yang berpendapat bahawa kesan negatif ke atas alam sekitar di kawasan persisiran pantai boleh dikurangkan dengan mengawal bilangan pelancong ke kawasan mereka sedangkan bilangan pelancong boleh memberi kesan kepada daya tampung sesebuah alam sekitar. Ada beberapa kemungkinan kepada jawapan ini iaitu pertamanya, masyarakat setempat mendapat pulangan ekonomi yang lumayan dengan kehadiran pelancong yang ramai dan keduanya ialah tidak banyak kemusnahan alam sekitar yang berlaku meskipun bilangan pelancong ramai disebabkan langkah-langkah kawalan dan pemantauan yang diambil. Jelas sekali jawapannya adalah kemungkinan yang kedua kerana lebih 94.6% daripada masyarakat setempat mengatakan bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab ada menangani masalah alam sekitar yang berlaku seperti dipaparkan dalam Jadual 2.6 dan merasakan usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab itu berkesan (86.3%). Dari perspektif pelancong pula, seramai 94.3% bersetuju bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab telah menangani masalah alam sekitar yang berlaku dan lebih daripada 87% merasakan bahawa usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab adalah berkesan.

Pengurusan pelancongan maritim yang mampan perlu dilaksanakan dan dijelaskan kepada pelancong kerana hampir seratus peratus (99.9%) pelancong bersetuju bahawa melalui konsep pembangunan mampan mereka akan dapat mempelajari dan menimba pengalaman tentang destinasi yang dilawati. Mereka juga bersetuju bahawa program pembangunan pelancongan maritim yang mampan perlu melibatkan pelbagai agensi (99.7%) yang melaksanakan program pembangunan pelancongan mesra alam melalui perlindungan dan pengurusan sumber di kawasan persisiran pantai dan laut (99.6%). Dari sudut kemampanan

Book 1.indb 36 28/04/2017 8:55:51

Page 55: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

37

ekonomi pula, 99.3% pelancong menyokong dan bersedia membeli produk pelancongan tempatan.

Jadual 2.6: Tindakan pihak bertanggungjawab ke atas alam sekitar

Pernyataan Masyarakat Setempat (%)

Pelancong (%)

Ya Tidak Ya Tidak

Adakah pihak-pihak yang bertanggungjawab menangani masalah alam sekitar yang berlaku

94.6 5.4 94.3 5.7

Adakah usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab berkesan?

86.3 13.7 87.5 12.5

Selain itu, pelancong juga bersetuju bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar (97.2%). Oleh sebab pelancong yang dikaji selidik mempunyai pengetahuan tentang konsep pengurusan mampan dan apabila menilai tentang pembangunan pelancongan mampan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, lebih 67% berpendapat bahawa perlaksanaannya adalah berkesan. Walau bagaimanapun, mereka mencadangkan beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pembangunan pelancongan mampan yang lebih berkesan seperti dalam Jadual 2.7.

Jadual 2.7: Cadangan pembangunan pelancongan mampan yang lebih berkesan

Kaedah Peratus (%)

Pendidikan 38

Penerangan 42.6

Kerjasama/penguatkuasaan undang-undang 13.4

Sama seperti masyarakat setempat, lebih daripada separuh pelancong (60.8%) juga tidak bersetuju bahawa peraturan pihak kerajaan dalam mengehadkan jumlah pelancong di destinasi tertentu dapat mengurangkan kesesakan serta membantu memulihara alam sekitar dan sumber marin.

PENGURUSAN PERSEKITARAN MARITIM DAN PESISIR PANTAI YANG MAMPAN

Pelancongan maritim adalah salah satu daripada komponen ekopelancongan (ecotourism). Menurut TIES (2015), definisi ekopelancongan sebagai

Book 1.indb 37 28/04/2017 8:55:51

Page 56: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

38

perjalanan dengan penuh tanggungjawab ke kawasan semula jadi yang memelihara alam sekitar, mengekalkan kesejahteraan penduduk tempatan, dan melibatkan tafsiran dan pendidikan. Oleh itu jelaslah bahawa ekopelancongan adalah berkenaan menyatukan pemeliharaan, masyarakat dan perjalanan yang mampan. Ini bermakna mereka yang melaksanakan, mengambil bahagian dan memasarkan aktiviti ekopelancongan seharusnya berdasarkan kepada prinsip-prinsip ekopelancongan. Sejak beberapa tahun yang lepas, terdapat cadangan untuk menggalakkan pelancongan yang lebih bertanggungjawab dan bersepadu. Ini termasuk ekopelancongan yang berusaha untuk menghormati integriti ekosistem sepenuhnya dan menghasilkan peluang ekonomi yang memulihara sumber daya alam yang memberi manfaat penduduk tempatan. Pemuliharaan alam sekitar adalah faktor yang terpenting sekali di dalam model kemampanan pelancongan. Oleh sebab industri pelancongan merupakan penyumbang besar terhadap pendapatan negara, dengan itu perlu diwujudkan suatu sistem pengurusan zon pinggir pantai bersepadu yang mampu memandu ke arah pembangunan pelancongan yang berterusan dan mampan (Jamaluddin 2009). Keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap pemeliharaan alam sekitar mendorong kelulusan banyak undang-undang pemuliharan dan Strategi Pemuliharaan Nasional (National Conservation Strategy) bagi memandu ke arah pengurusan pelancongan maritim yang mampan.

KESIMPULAN

Malaysia dianugerahkan sumber semula jadi maritim yang mempunyai nilai yang tinggi dan kepentingan yang banyak. Sumbangan besar sumber semula jadinya bukan sahaja kepada ekonomi malahan kepada kebudayaan, sosial dan alam sekitar. Alam sekitar maritim yang terdiri daripada pinggir pantai dan laut menjadi tarikan kepada sektor pelancongan dan menggalakkan ekonomi penduduk tempatan. Oleh sebab itu, tempat-tempat menarik dan sesuai akan segera dibangunkan dengan infrastruktur seperti hotel, tempat rekreasi, restoran dan lain-lain bagi menyokong kemajuan pelancongan maritim dan menggalakkan kedatangan pelancong. Hasil kemajuan produk pelancongan memberi kesan yang positif dan negatif kepada alam sekitar. Sektor pelancongan maritim sangat bergantung kepada alam sekitar yang cantik dan bersih. Impak positif boleh dilihat jelas daripada sumbangannya kepada ekonomi. Namun, jika pembangunan yang dijalankan tidak terkawal ia boleh mendatangkan impak negatif dan mengakibatkan masalah alam sekitar seperti pencemaran, hakisan dan kepupusan biodiversiti. Ini akhirnya akan mempengaruhi kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Oleh itu adalah penting alam sekitar maritim dibangun, dikawal dan dipantau menggunakan sistem pengurusan yang mampan agar sumber

Book 1.indb 38 28/04/2017 8:55:51

Page 57: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Alam Sekitar

39

semula jadinya terpelihara dan kekal boleh dinikmati bukan sahaja oleh generasi sedia ada tetapi juga generasi masa hadapan.

RUJUKAN

Ahmad Badri, M. 1987. Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Buckley, R. C. (ed.). 2004. Environmental Impacts of Ecotourism. Wallingford,

UK: CABI Publ.Buckley, R. C. 2009. Ecotourism: Principles and Practices. Wallingford, UK: CABI

Publ. Cambridge Advanced Learner’s Dictionary & Thesaurus © Cambridge University

Press Cambridge Advanced Learner’s Dictionary & Thesaurus © Cambridge University Press Cambridge Advanced Learner’s Dictionary & Thesaurus © Cambridge University Press Cambridge Advanced Learner’s Dictionary & Thesaurus © Cambridge University Press Cambridge Advanced Learner’s Dictionary & Thesaurus © Cambridge University Press Cambridge University. 2016. Cambridge Advanced Learner’s Dictionary and Thesaurus. Cambridge: University Press.

Craig-Smith, S. 2008. Tourism. M. Luck (ed.). The Encyclopedia of Tourism and Recreation in Marine Environments. Oxford: CABI Publ.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2013. Kamus Dewan. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fadil, O. 1996. Permasalahan Alam Sekitar. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Jamaluddin, M. J. 1996. Impak pembangunan terhadap alam sekitar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaluddin, M. J. 2000a. Zon pinggir pantai Malaysia: Antara kegunaan, tekanan penggunaan dan pengurusannya. Jamaluddin, M. J. (ed.). Pengurusan Persekitaran di Malaysia: Isu dan Cabaran. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. 257-280.

Jamaluddin, M. J. 2000b. Pembangunan di zon pinggir pantai: Menangani konflik dan kemerosotan kualiti persekitaran. Mohd Yusof, H., Nor Azizan, I. dan Lukman, Z. M. (ed.). Isu-isu pembangunan di awal Abad ke-21. Bangi: Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 147-165.

Ketchum, B.H. (ed.)1972. The water’s edge. Massachusettes: MIT Press. Orams, M. 2002. Marine Tourism: Development, Impacts and Management.

Taylor & Francis. Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia. 2006. Akta Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Ballantyne, R., Packer, J. & Axelsen, M. 2009. Trends in Tourism Research. Annnual Tourism Research, 36(1): 149–152.

Buckley, R. C. 2011. Tourism and Environment. Annual Review of Environment and Resources, 36: 397-416.

Hunt, J. D. & Layne, D. 1991. Evolution of Travel and Tourism Terminology and Definitions. Journal of Travel Research, 29(4): 7-11.

Book 1.indb 39 28/04/2017 8:55:51

Page 58: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

40

Inman, D.L. & Brush, B.M. 1973. The coastal challenge. Science 6: 22.Jamaluddin, M. J. 2009. Pembangunan Pelancongan dan Impaknya Terhadap

Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management, 10(2): 71-88.

Mohd. Azlan, A., Noraziah, A., Rosniza Aznie, C. R., Mohd Fuad, M. J. & Azahan, A. 2012. Industri Pelancongan dan Alam Sekitar di Port Dickson: Menyorot Titik Keseimbangan antara Permintaan dan Penawaran. GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of Society and Space, 8 (7): 135 – 146.

Nazery, K. 2009. Perancangan Aktiviti-aktiviti Ekonomi Maritim di Malaysia: Ke Arah Penerapan Konsep Pembangunan Lestari. Jati, 14: 77-88.

Sukarno, W. 2013. Alam Sekitar Marin Isu dan Cabaran. Wadi Ilmu. Bil. 2. Jabatan Taman Laut Malaysia.

Zulkiply, O. 2014. Sumbangan Sektor Pelancongan Terhadap Ekonomi. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/DrZul14_12_2015.pdf

http://www.mot.gov.my/my/maritim/perkhidmatan-perkapalan/cruise-tourism (10 Mei 2016)

http://gcgeografismkkn.blogspot.co.ukhttps://www.ecotourism.org/what-is-ecotourism

Book 1.indb 40 28/04/2017 8:55:51

Page 59: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

41

Sektor pelancongan merupakan antara sektor yang mengalami pertumbuhan pantas di dunia. Sektor ini telah berkembang dengan pesatnya di Barat sejak abad ke-18 terutama pelancongan maritim yang melibatkan persisiran pantai dan pulau (Orams, Mark 1999). United Nation World Tourism Organisation (UNWTO) 2020 telah mensasarkan ketibaan pelancong seluruh dunia akan mencapai 1.6 bilion menjelang tahun 2020. Manakala dari segi ketibaan pelancong mengikut kawasan menjelang tahun 2020 menunjukkan tiga kawasan utama yang akan mempunyai ketibaan pelancong yang tinggi iaitu Eropah seramai 717 juta pelancong, Asia Timur dan Pasifik seramai 397 juta dan Amerika seramai 282 juta pelancong. Ini diikuti oleh kawasan-kawasan lain seperti Afrika, Timur Tengah dan Asia Selatan. Pelancongan merupakan satu sektor yang dinamik serta banyak dipengaruhi oleh ekonomi, politik, sosial, alam sekitar dan juga perubahan teknologi. Pada hari ini manusia mula membincangkan tentang pelancongan di dasar laut dan di angkasa lepas yang melibatkan teknologi moden. Apapun jenis produk pelancongan yang akan diperkenalkan, perlulah dilihat bukan sahaja dari segi keuntungan ekonomi semata-mata tetapi dalam masa yang sama dapat memberi manfaat kepada sosioekonomi masyarakat setempat.

Terdapat banyak kajian pernah dilakukan berkaitan pelancongan iaitu dari pembangunan pelancongan secara umum sehinggalah kepada kajian yang melihat kepada kesan atau impak pelancongan ke atas destinasi sama ada dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Kajian mengenai impak pelancongan ke atas ekonomi, sosial dan persekitaran telah dijalankan sejak dua dekad yang lalu. Hasil karya tulisan Mathieson, A. dan G. Wall (1982), merupakan antara karya utama yang membincangkan tentang impak pelancongan terutama impak ekonomi. Kemudian, terdapat

3Impak Pelancongan Maritim Ke Atas

Ekonomi Komuniti Setempat

Book 1.indb 41 28/04/2017 8:55:51

Page 60: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

42

beberapa karya lain yang turut membincangkan impak pelancongan ke atas sosial dan persekitaran seperti yang dihasilkan oleh Young (1973), Page S.J. (1999) dan Farrel (1978).

Sejak berabad lamanya sektor pelancongan mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi penyumbang terpantas kepada pertumbuhan ekonomi dunia. Ini terbukti apabila pada hari ini sektor pelancongan telah muncul sebagai penyumbang tertinggi melepasi sektor-sektor lain seperti automobil dan makanan. Sektor ini menjadi pemangkin utama dalam perdagangan antarabangsa dan menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi negara-negara sedang membangun sehingga wujud persaingan antara destinasi-destinasi pelancongan. Selain itu, sektor ini juga berjaya mencipta peluang-peluang pekerjaan yang berkaitan termasuk pembinaan, pertanian dan telekomunikasi.

Di rantau Asia Tenggara, pembangunan pelancongan mula dikesan seawal tahun 1950-an. Namun pembangunan pelancongan pada ketika itu adalah pada tahap minimum (Wong P.P. 1990). Ciri-ciri tertentu yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara seperti kepelbagaian kaum, etnik dan budaya telah menjadi daya tarikan utama pelancong pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an memandangkan produk pelancongan pada ketika itu adalah umum. Kini, terdapat pelbagai produk pelancongan diperkenalkan oleh negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia seperti pelancongan pendidikan, pelancongan kesihatan, pelancongan rekreasi dan Taman Tema, pelancongan maritim, ekopelancongan dan lain-lain. Namun pelancongan maritim adalah antara produk pelancongan yang berjaya menjadi daya tarikan utama pelancong domestik dan antarabangsa untuk melancong ke destinasi-destinasi tertentu di rantau ini seperti di Phuket dan Krabi di Thailand, Pulau Bali di Indonesia dan Pulau Boracay di Filipina.

Sektor pelancongan di Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat sejak tahun 1980-an. Sejak itu sektor pelancongan dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk menyumbang kepada pendapatan negara. Sektor pelancongan telah menyumbang selama 30 tahun dalam pembangunan ekonomi Malaysia terutama dalam pertukaran wang asing dan penyediaan peluang pekerjaan. Melalui sektor pelancongan, kawasan-kawasan tertentu telah dibangunkan termasuk pembinaan prasarana dan infrastruktur serta pelbagai kemudahan lain. Di samping itu, peningkatan dalam pendapatan serta perubahan gaya hidup penduduk negara ini mendorong permintaan terhadap hiburan dan pelancongan turut meningkat. Destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia semakin bertambah dan berkembang dengan pesatnya sehingga berjaya menarik ketibaan pelancong ke destinasi-destinasi tersebut.

Book 1.indb 42 28/04/2017 8:55:51

Page 61: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

43

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai garis pantai sepanjang 4,809 kilometer yang kaya dengan pelbagai sumber dan hidupan marin yang menjadi tarikan utama para pelancong untuk ke negara ini. Kawasan pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sabah berhadapan Laut China Selatan kaya dengan sumber hidupan marin dan terumbu karang serta gugusan pulau yang menjadi daya tarikan pelancong dan merupakan aset yang penting untuk dipelihara dan dipulihara. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada taburan pasir sepanjang 860 km menyediakan destinasi-destinasi pelancongan maritim menarik dan sering menjadi tumpuan pelancong ke negara ini. Melalui pelancongan maritim ini pelancong lebih gemar menghabiskan masa menikmati keindahan pantai di samping menyelam skuba serta terlibat dalam permainan air yang ditawarkan seperti jet ski, papan luncur, kapal layar dan lain-lain. Malaysia merupakan sebuah negara di rantau Asia Tenggara yang menjadi pilihan destinasi pelancong dari seluruh dunia terutama di kawasan pesisir pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Sektor pelancongan di Malaysia telah membangun seiring dengan pembangunan ekonomi negara. Ekonomi terbuka yang diamalkan oleh Malaysia menyebabkan negara ini turut menerima kesan akibat perkembangan ekonomi dunia. Malaysia terpaksa bergelut dengan pertumbuhan ekonomi yang lembab akibat krisis ekonomi Asia 1997/1998, serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, serangan wabak serantau, Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) pada tahun 2003 dan krisis ekonomi global 2008/2009 yang telah menyebabkan KDNK negara merosot. Seperti negara-negara Asia Tenggara yang lain, Malaysia terpaksa mengkaji semula sasaran pertumbuhan pembangunan dengan menurunkannya kepada satu tahap yang lebih realistik iaitu 4.2% di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RFZPPN, Jilid 2, 2012). Strategi ini perlu diambil bagi mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang betul bagi mencapai Wawasan 2020.

Pengaruh persekitaran global seperti penyebaran wabak penyakit, krisis ekonomi global dan lain-lain telah memberi kesan ke atas ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia. Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mempromosi pelancong domestik pada tahun 2008 di bawah Tahun Melawat Malaysia 2008. Pelbagai aktiviti telah diadakan di beberapa buah negeri bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2008 seperti Tahun Melawat Kedah, Kelantan dan Terengganu yang bermula pada bulan Januari 2008. Di samping, itu pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk merancakkan lagi pelancongan domestik iaitu melalui pembangunan di koridor-koridor terutama pembangunan pelancongan yang bakal dilaksanakan di Koridor Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Laut Johor.

Book 1.indb 43 28/04/2017 8:55:51

Page 62: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

44

PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA

Ekonomi Malaysia telah mencapai pembangunan sejak kemerdekaan seperti yang dapat dilihat pada pencapaian melalui kadar pertumbuhan yang memberangsangkan. Dalam tempoh tahun 1970 hingga 2014, KDKN benar meningkat secara purata sebanyak 6.4% setahun, manakala pendapatan per kapita meningkat lebih 25 kali ganda daripada USD347 pada tahun 1970 kepada USD10,677 pada tahun 2014 (Laporan Ekonomi Malaysia, 2016). Selepas kemerdekaan, Malaysia merupakan negara pertanian berpendapatan rendah yang bergantung sepenuhnya kepada komoditi utama, iaitu getah dan bijih timah. Walau bagaimanapun, ekonomi berasaskan komoditi ini tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi bagi populasi penduduk yang berkembang pesat. Turun naik pendapatan eksport yang tinggi disebabkan ketidaktentuan harga komoditi menyebabkan negara sukar mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Peralihan struktur ekonomi Malaysia daripada pertanian kepada pembuatan dicerminkan melalui perubahan komposisi KDNK. Kesannya, sektor pembuatan berjaya menjadi pemacu pertumbuhan antara tahun 1987 dan 1996 dengan peratusan kepada KDNK meningkat kepada 29.1%, melebihi sektor pertanian. Sektor pembuatan juga berjaya menyediakan peluang pekerjaan bagi kira-kira 22% daripada tenaga kerja. Namun, krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998 telah mengganggu pertumbuhan pesat yang dinikmati oleh negara pada tahun 1990-an. KDNK benar menguncup 7.5% pada tahun 1998, manakala pelaburan swasta menyusut 55.2%. Walau bagaimanapun, langkah proaktif telah diambil oleh kerajaan untuk merangsang ekonomi termasuk kawalan modal dan tambatan ringgit kepada dolar Amerika Syarikat pada RM3.80.

Semasa krisis kewangan Asia, Kerajaan menyedari keperluan untuk beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Ini membawa kepada pelancaran Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan yang telah dilancarkan pada tahun 2002. Pelan ini bertujuan untuk mengubah negara menjadi sebuah ekonomi berasaskan inovasi bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, perlaksanaan pelan tersebut terbantut akibat krisis kewangan global 2008/2009 yang memberi impak kepada negara terutamanya melalui saluran kewangan dan perdagangan. Untuk mengukuhkan daya tahanan ekonomi domestik dan memesatkan peranan sektor swasta dalam memacukan ekonomi negara, pihak Kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Negara (NTP) pada tahun 2010. Perlaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada tahun yang sama pula berjaya memberi kesan kepada sektor swasta yang telah muncul semula sebagai pemacu utama pertumbuhan dan menyumbang 68.5% kepada KDNK pada tahun

Book 1.indb 44 28/04/2017 8:55:51

Page 63: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

45

2014. Dalam masa yang sama pada tahun 2014, negara-negara seperti China, India dan ASEAN telah menyumbang 44.1% daripada jumlah eksport manakala bahagian ekonomi G3 iaitu merujuk kepada Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun telah mengecil kepada 29%.

Sejajar dengan usaha Malaysia ke arah negara maju, terdapat perubahan dasar ke arah pembangunan bersepadu sektor perkhidmatan yang dilihat boleh merangsang pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih pesat. Oleh itu dalam Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) yang dilancarkan pada tahun 2010, pihak kerajaan telah memberi tumpuan kepada subsektor perkhidmatan termasuk pelancongan, pendidikan, kesihatan, kewangan dan insurans. Pada tahun 2014, sektor perkhidmatan telah menyumbang 54% kepada KDNK dan 59% daripada tenaga kerja negara.

PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI MALAYSIA

Pada hari ini pembangunan di Malaysia dilihat dalam konteks koridor pembangunan iaitu Koridor Utara-Selatan yang merentasi dari Kangar di utara ke Johor Bahru di selatan, Koridor Pantai Timur merentasi dari Kota Bharu di utara ke Johor Bahru di selatan dan Koridor Tengah Timur-Barat dari Kuala Lumpur ke Kuantan di timur. Koridor-koridor ini menempatkan kebanyakan aktiviti ekonomi termasuk pusat bandar utama, pelabuhan-pelabuhan utama dan lapangan terbang utama serta pusat pelancongan. Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara melibatkan pembangunan di empat buah negeri termasuk koridor pulau yang memfokuskan kepada Langkawi dan Pulau Pinang. Beberapa aktiviti ekonomi dikenal pasti bagi tujuan promosi iaitu pendidikan, tangkapan marin dan pertanian, pelancongan berasaskan persisiran pantai dan logistik yang berpusat di terminal kontena di Butterworth. Wilayah Iskandar Malaysia penting kepada Negeri Johor yang menempatkan 43% daripada penduduk negeri dan bertanggungjawab untuk menjana 60% KDNK Negeri dan merupakan pusat pekerjaan utama di Johor.

Manakala Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang meliputi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ini masih ketinggalan dalam arus pembangunan berbanding dengan pantai barat Semenanjung Malaysia. Wilayah koridor ini berhadapan dengan pelbagai isu ekonomi, sosial dan alam sekitar yang merangkumi masalah kemiskinan, pengangguran, banjir dan kekurangan infrastruktur. Pembangunan mampan di sepanjang zon persisiran pantai juga belum diusahakan sepenuhnya yang menempatkan destinasi-destinasi pelancongan terkemuka di dunia. Strategi ekonomi di Wilayah Timur ini adalah berdasarkan pendekatan kluster. Kluster

Book 1.indb 45 28/04/2017 8:55:51

Page 64: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

46

ekonomi yang dikenal pasti adalah pertanian, minyak, gas dan petrokimia, perkilangan, pelancongan dan pendidikan.

Antara semua sektor tersebut, kluster pelancongan, minyak, gas asli dan petrokimia besar kemungkinan akan berlaku di zon persisiran pantai wilayah timur dan dijangka akan memberi impak ke atas kawasan tersebut. Pelancongan merupakan sumber pendapatan penting bagi wilayah ini terutama yang melibatkan pelancongan persisiran pantai. Antaranya termasuklah pembinaan Pusat Bandar Kuala Terengganu/esplanade yang dijangka bakal meletakkan bandar tersebut sebagai Gerbang Pelancongan Pantai Timur seperti yang dapat dilihat pada Rajah 3.0. Sejak tahun 2007 hingga akhir 2013, Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah menarik RM55.8 bilion pelaburan yang mewujudkan kira-kira 55,000 peluang pekerjaan untuk rakyat. Jumlah pelaburan tersebut telah melepasi separuh daripada sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2020 iaitu sebanyak RM110 bilion.

Rajah 3.0: Projek pembangunan pelancongan pesisir pantai di Kuala Terengganu (KTCC)

Pelancongan merupakan kluster ekonomi yang penting bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang bukan sahaja merupakan sumber ekonomi yang penting malahan turut menarik pelaburan dan menyediakan

Book 1.indb 46 28/04/2017 8:55:52

Page 65: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

47

pekerjaan. Sektor pelancongan dijangka akan terus menjana pendapatan negara memandangkan Malaysia terus menjadi destinasi pelancongan utama untuk dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Jadual 3.0 menunjukkan jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia serta jumlah pendapatan yang diperoleh antara tahun 2000-2014 di mana dalam tempoh 14 tahun, sektor pelancongan telah berjaya mengutip sebanyak RM619.24 bilion dengan jumlah ketibaan pelancong seramai 257.49 juta.

Jadual 3.0: Ketibaan pelancong dan hasil pendapatan, 2000-2014 (RM bilion)

Tahun Ketibaan Pelancong (juta) Pendapatan (RM bilion)

2000 10.2 17.4

2001 12.8 25.0

2002 13.3 25.1

2003 10.6 21.3

2004 15.7 29.7

2005 16.4 32.0

2006 17.5 36.3

2007 21.0 46.1

2008 22.0 49.6

2009 23.6 53.4

2010 24.6 56.5

2011 24.7 58.3

2012 25.03 60.6

2013 25.72 65.4

2014 27.44 72.0

2015 29.44 89.0

Jumlah 257.49 619.24

Sumber: Diubahsuai daripada portal Pelancongan Malaysia dan Jabatan Perangkaan dan Statistik

Pada tahun 2014, jumlah pendapatan yang diterima melalui sektor pelancong terus meningkat kepada RM72 bilion. Oleh itu djangkakan pada tahun 2015 kerajaan mensasarkan pendapatan yang akan diperoleh daripada sektor pelancongan adalah sebanyak RM89 bilion dengan tema Tahun Festival Malaysia 2015 atau MyFEST 2015. Daripada Jadual 3.0 tersebut antara tahun 2002 dan 2003 terdapat penurunan dalam jumlah ketibaan pelancong serta jumlah pendapatan diperoleh. Ini disebabkan

Book 1.indb 47 28/04/2017 8:55:52

Page 66: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

48

penyebaran wabak penyakit terutama SARS yang melanda rantau Asia (Hanizah Idris 2009). Sehubungan itu, Malaysia telah mengambil beberapa langkah menyekat kemasukan pelancong asing terutama dari negara China dan Singapura. Ini telah memberi kesan ke atas jumlah ketibaan pelancong yang merosot dari 13.2 juta pada tahun 2002 kepada 10.6 juta pelancong pada tahun 2003. Jumlah pendapatan yang diterima juga merosot dari RM25.1 bilion kepada RM21.3 bilion dalam tempoh yang sama. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat sementara sahaja apabila pada tahun 2004 jumlah ketibaan pelancong ke negara ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu seramai 15.7 juta pelancong dengan jumlah pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM29 bilion. Negara-negara ASEAN mendominasi jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia, diikuti oleh Jepun, China dan Australia.

Industri pelancongan mampu menjana ratusan ribu peluang pekerjaan dan pembahagian pendapatan pada masa akan datang kerana akan melibatkan pembangunan industri lain seperti pembinaan, perhotelan, pengangkutan, industri pembuatan, industri makanan dan pelbagai industri perkhidmatan yang lain (Jamaluddin Md. Jahi 2009). Usaha kerajaan untuk meningkatkan pertukaran wang asing telah mendorong banyak negara untuk membangunkan sektor pelancongan. Pelbagai promosi giat dijalankan untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan utama di dunia. Pelbagai program dan produk pelancongan telah diperkenalkan untuk mempromosi pelancongan di Malaysia. Tema Visit Malaysia Year banyak membantu memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di dunia di samping pelbagai produk yang diperkenalkan seperti program inap-desa (Homestay), Malaysia My Second Home (MM2H), pelancongan warisan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan dan pelancongan yang mengambil kira pembangunan pelancongan mampan seperti ekopelancongan (Hanizah Idris 2009). Penganjuran pelbagai acara bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel 1998, perlumbaan kereta Formula One, Le Tour De Langkawi, Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa (LIMA) serta menjadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan di peringkat antarabangsa (MICE) juga banyak membantu memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dalam tahun 2010, jumlah pelawat MICE telah mencapai 1.2 juta dengan jumlah resip sebanyak RM9.8 bilion. Manakala sejak program MM2H diperkenalkan pada tahun 2002, telah menarik seramai 14,358 peserta termasuk 2,396 dari China, 1779 dari Bangladesh dan 1,586 dari United Kingdom (Laporan Ekonomi 2010).

Di samping itu, sektor swasta digalakkan untuk turut terlibat dalam mempromosi sektor pelancongan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutama dari segi penyediaan kemudahan dan

Book 1.indb 48 28/04/2017 8:55:52

Page 67: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

49

infrastruktur. Untuk menggalakkan lagi peranan sektor swasta dalam pembangunan sektor pelancongan, pihak kerajaan telah menyediakan dua tabung khas iaitu Tabung Pembangunan Infrastruktur dan Tabung Industri Kecil bagi menggalakkan masyarakat setempat terlibat dalam pembangunan pelancongan. Dari segi peluang pekerjaan, sektor pelancongan memberikan sumbangan yang signifikan kepada Malaysia. Sektor pelancongan dan aktiviti yang berkaitan dengannya telah menyediakan sebanyak 492,000 peluang pekerjaan pada tahun 2006 yang mewakili 4.4% daripada jumlah tenaga kerja di negara ini. Ini merupakan satu peningkatan berbanding 390,600 peluang pekerjaan yang ditawarkan pada tahun 2000.

Kejayaan industri pelancongan dalam jangka masa panjang bergantung kepada kejayaan perlaksanaan pembangunan pelancongan mampan. Ini terbukti apabila persekitaran fizikal seperti persisiran pantai dan warisan budaya adalah produk pelancongan yang menjadi tarikan utama dan merupakan aset sensitif yang perlu dipulihara. Keutamaan akan diberi dalam memastikan penglibatan lebih besar masyarakat tempatan dalam sektor pelancongan. Untuk itu pembangunan pelancongan mampan akan menjadi strategi penting yang akan memberi keseimbangan yang diperlukan di antara keperluan ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar dalam semua perancangan dan perlaksanaan aktiviti pelancongan.

PELANCONGAN, DEMOGRAFIK DAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI KAWASAN PESISIR PANTAI TIMUR

Kejayaan sesebuah negara dalam mempromosi pelancongan terbukti memberi kesan ke atas peningkatan pertumbuhan ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan, pertukaran mata wang asing dan menjana pertumbuhan sektor-sektor lain. Antaranya termasuk pengangkutan, perhotelan dan pusat-pusat rekreasi dan membeli-belah yang telah mengalami pembangunan pesat. Prasarana lain seperti jalan raya serta lapangan terbang telah dibina dan dinaik taraf bagi memudahkan kemasukan pelancong ke negara ini. Dengan itu, secara tidak langsung industri pelancongan dapat mempercepatkan proses pembangunan dalam menuju ke arah negara maju dengan adanya sumber ekonomi yang dapat memberi sumbangan kepada pendapatan negara. Selain itu, sektor pelancong turut mewujudkan pekerjaan tidak langsung seperti perniagaan kecil-kecilan, pembuatan kraf tangan, perkhidmatan pelancongan dan yang berkaitan dengannya.

Pembangunan sektor pelancongan juga dilihat sebagai salah satu strategi kerajaan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi yang menyaksikan perubahan daripada sektor tradisi yang dikatakan tidak produktif kepada sektor moden yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada ekonomi negara tetapi juga dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Book 1.indb 49 28/04/2017 8:55:52

Page 68: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

50

Perubahan ini juga selari dengan pembangunan mampan dalam sektor pelancongan yang bukan sahaja memfokus kepada mencari keuntungan semata-mata tetapi turut menitikberatkan penglibatan masyarakat atau komuniti setempat dalam aktiviti pelancongan.

Selain daripada kerajaan, penglibatan swasta dalam membangunkan sektor pelancongan adalah penting, oleh itu pada tahun 2001, suntikan dana telah dilakukan melalui penubuhan dua buah tabung khas iaitu Dana Infrastruktur Pelancongan (DIP) dengan peruntukan sebanyak RM700 juta dan Tabung Khas Pelancongan dan Infrastruktur dengan jumlah peruntukan sebanyak RM400 juta. Pada tahun 2005 berikutan dengan permintaan yang tinggi terhadap dana tersebut maka jumlah peruntukan telah ditambah kepada RM1.2 bilion. Di bawah tabung berkenaan beberapa projek telah menjadi keutamaan seperti projek pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan berkaitan, projek membaik pulih hotel, pembangunan tempat peranginan dan pelaburan sektor awam terutamanya dalam membina kemudahan infrastruktur asas dan untuk tujuan promosi serta pasaran.

Dalam kajian yang telah dijalankan di pantai timur Semenanjung Malaysia, setakat ini tidak ramai komuniti setempat yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan maritim di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor seperti yang dapat dilihat pada Jadual 3.1. Sebanyak 7.2% sahaja responden yang terlibat dalam pekerjaan di sektor pelancongan di Kelantan, 4.8% di Terengganu, 6.0% di Pahang dan 8.0% di Johor. Dari segi lain-lain jenis pekerjaan, sebahagian besar daripada responden terlibat dalam pelbagai jenis pekerjaan iaitu 48% di Kelantan, 54.8% di Terengganu, 49.20% di Pahang dan 42.40% di Timur Laut Johor. Ini berkemungkinan melibatkan sektor perkhidmatan dan yang ada kaitan dengan industri pelancongan secara tidak langsung seperti sebagai pekerja di hotel-hotel, restoran-restoran dan sebagai pemandu pelancong dan lain-lain. Di Kelantan misalnya sektor perindustrian dan pelancongan masih belum berkembang sepenuhnya iaitu berdasarkan kajian, sebahagian besar penduduk masih terlibat dalam sektor perikanan dan perniagaan. Begitu juga dari segi kemahiran dengan kebanyakan pekerja di Kelantan masih memiliki kemahiran yang rendah iaitu sebanyak 60%, pekerja berkemahiran sederhana sebanyak 27% dan pekerja berkemahiran tinggi sebanyak 13% (RFZPPN, Jilid 2 2012).

Berdasarkan Jadual 3.1, kategori umur penduduk tempatan di keempat-empat kawasan kajian adalah hampir sama apabila ramai antara responden berada dalam kategori umur antara 21 tahun hingga 30 tahun. Ini diikuti oleh kategori umur kedua tertinggi iaitu antara 31 tahun hingga 40 tahun. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kategori umur antara 21 hingga 40 tahun mendominasi pelancong yang datang di kawasan

Book 1.indb 50 28/04/2017 8:55:52

Page 69: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

51

Jadual 3.1: Profil demografik responden (n=1000)

Ciri Profil Kelantan Terengganu Pahang Johor (Timur Laut)

Kategori umur Peratus Peratus Peratus PeratusBawah 20 Tahun 0.00 12.00 0.00 0.0021-30 Tahun 33.20 33.20 29.60 32.00 31-40 Tahun 29.20 24.40 34.00 35.2041-50 Tahun 23.20 30.00 25.60 24.4051-60 Tahun 12.00 12.00 10.00 8.0061-70 Tahun 2.40 0.49 0.80 0.40JantinaLelaki 64.00 69.60 67.20 63.00Perempuan 36.00 30.40 32.80 37.00BangsaMelayu 99.60 95.20 89.60 92.00China 0.40 1.60 6.80 4.00India 0.00 3.20 3.60 4.00Status pekerjaanKerajaan 15.20 8.40 15.60 11.20Swasta 25.20 32.00 26.80 30.40Sendiri 42.00 41.60 35.60 33.20Pelajar/Tidak bekerja 17.60 28.00 22.00 25.20Jenis EkonomiPertanian 2.00 0.40 0.40 0.00Perikanan 14.80 15.20 10.80 13.20Pelancongan 7.20 4.80 6.00 8.00Perniagaan 28.00 24.80 33.60 36.40 Lain-lain 48.00 54.80 49.20 42.40Pekerjaan sekarang ada berkait dengan pelanconganSetuju 28.40 24.80 19.20 25.60Tidak setuju 71.60 75.20 80.60 74.40PendapatanKurang RM500 16.80 18.00 15.20 22.00RM501-RM1000 16.40 12.80 15.20 15.20RM1001-RM1500 36.00 40.80 28.00 22.40RM1501-RM2000 13.60 17.20 21.60 19.20RM2001-RM2500 4.40 8.80 10.80 9.60RM2501-RM3000 6.00 1.20 6.00 3.20RM3001-RM3500 3.20 0.40 2.80 4.40Melebihi RM3500 3.60 0.80 0.40 4.00Status perkahwinanBerkahwin 73.20 76.00 80.00 82.00Bujang 26.80 24.00 20.00 18.00

Sumber: Kerja Lapangan, Nov-Dis 2014 dan Mac-April 2015

Book 1.indb 51 28/04/2017 8:55:52

Page 70: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

52

tersebut. Dalam masa yang sama, majoriti responden di kawasan kajian terdiri daripada bangsa Melayu iaitu 99.60% di negeri Kelantan, 95.20% di Terengganu, 89.60% di Pahang dan 92% di Johor, manakala selebihnya terdiri daripada bangsa Cina dan India. Ini disebabkan majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu terutama di Kelantan dan Terengganu, manakala di Johor etniknya agak seimbang antara Melayu dengan bukan Melayu.

Ciri-ciri pekerjaan penduduk ini juga terdapat di Terengganu dengan separuh daripada jumlah pekerja adalah berkemahiran rendah manakala 40% berkemahiran sederhana (RFZPPN, Jilid 2 2012). Ini dapat dibuktikan dengan jumlah pendapatan yang diterima oleh kebanyakan responden yang sebahagian besar daripada mereka memperoleh jumlah pendapatan yang agak rendah iaitu antara RM1001 hingga RM1500 sebulan. Namun begitu, kategori penduduk yang berpendapatan rendah antara RM1001 hingga RM1500 inilah yang ramai melancong dan trend ini agak sama di seluruh negeri yang dikaji dengan Terengganu mencatat peratusan tertinggi dari segi jumlah pelancong dalam kategori pendapatan ini iaitu sebanyak 40.8% seperti yang dapat dilihat pada Jadual 3.1. Ini berkemungkinan disebabkan sebahagian besar daripada mereka merupakan pelancong domestik yang tidak memerlukan perbelanjaan yang agak besar untuk tujuan melancong.

PEMBANGUNAN EKONOMI DI ZON PERSISIRAN PANTAI

Zon persisiran pantai merupakan kawasan yang penting untuk pekerjaan, petempatan dan perniagaan. Kawasan persisiran pantai merangkumi kawasan 5km ke sebelah darat dan 16.1km nautika ke sebelah laut dari paras purata air pasang perbani (Draf garis panduan perancangan pemuliharaan dan pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) 2011). Zon persisiran pantai merupakan kawasan yang paling dinamik dan juga rapuh. Kawasan ini juga telah lama menjadi daya tarikan pelancong dan untuk tujuan pembangunan pelancongan. Kebanyakan zon persisiran pantai di seluruh dunia menjadi tarikan utama pelancong disebabkan terdapat pantai yang cantik, bersih dengan landskap yang menarik dan selamat dikunjungi pelancong. Dalam masa yang sama, kawasan ini juga merupakan kawasan tumpuan penduduk yanag menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi.

Pada tahun 2000, saiz penduduk bandar di zon persisiran pantai adalah kira-kira 4.1 juta dan terus meningkat pada kadar 0.77%. Menurut laporan Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara, kadar perbandaran tersebut berubah mengikut zon persisiran pantai negeri masing-masing. Wilayah Tengah mempunyai kadar perbandaran yang tinggi di kawasan

Book 1.indb 52 28/04/2017 8:55:52

Page 71: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

53

persisiran pantai diikuti oleh Wilayah Utara. Manakala di Wilayah Timur, kadar perbandaran adalah tinggi sebanyak 72% di mana Pahang dan Terengganu mempunyai kadar perbandaran yang tertinggi. Jumlah pekerjaan di zon persisiran pantai pula adalah 1.9 juta pada tahun 2000 dan telah meningkat kepada 2.5 juta pada tahun 2009. Negeri yang mempunyai nisbah pekerjaan penduduk yang tinggi adalah Pulau Pinang, Selangor dan Johor yang terletak di Wilayah Utara dan Tengah seperti yang dapat dilihat pada Jadual 3.2, berbanding dengan negeri-negeri yang terletak di Wilayah Pantai Timur.

Jadual 3.2: Pekerjaan di zon persisiran pantai di Semenanjung Malaysia, 2000 dan 2009

Negeri Pekerjaan2000

Pekerjaan2009

Perlis 11,409 13,900

Kedah 76,835 99,300

Pulau Pinang 382,016 487,600

Perak 80,134 99,300

Wilayah Utara 550,394 700,100

Selangor 312,707 401,900

Melaka 123,086 156,600

Negeri Sembilan 30,558 37,300

Wilayah Tengah 466,351 595,800

Johor 543,899 828,200

Wilayah Johor 543,899 828,200

Pahang 109,539 141,200

Terengganu 145,935 185,100

Kelantan 58,663 74,400

Wilayah Timur 314,137 400,700

Semenanjung Malaysia 1,874,781 2,524,800

Sumber: Diubahsuai dari Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (Jilid 1). (2012). Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 4-11.

Berdasarkan Jadual 3.2, negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Di ketiga-tiga negeri ini zon persisiran pantai merupakan kawasan yang penting untuk pekerjaan, petempatan dan perniagaan dengan aktiviti ekonomi dijangka

Book 1.indb 53 28/04/2017 8:55:52

Page 72: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

54

adalah lebih intensif di kawasan ini. Johor mempunyai garisan persisiran pantai yang luas. Pertumbuhan dan pembangunan intensif masa depan di Iskandar Malaysia berkemungkinan memfokuskan kepada zon persisiran pantai yang dianggap sebagai kawasan utama kerana kedudukannya berdekatan dengan Singapura. Berdasarkan Jadual 3.2 tersebut jumlah pekerjaan yang ditawarkan di Johor menunjukkan peningkatan dari 543,899 pekerjaan pada tahun 2000 kepada 828,200 pekerjaan pada tahun 2009 iaitu berbanding dengan negeri-negeri lain yang terlibat dalam kajian iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dari segi struktur pekerjaan, perkhidmatan merupakan sektor pekerjaan terbesar di zon persisiran pantai yang menyumbang kira-kira 63% daripada pekerjaan di persisiran pantai. Pertanian menyumbang kepada sebahagian kecil daripada pekerjaan persisiran pantai dengan perikanan menjadi subsektor yang dominan iaitu pantai timur mendominasi berbanding dengan pantai selatan. Pusat bandar utama di pantai timur seperti Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu terletak di zon persisiran pantai iaitu sektor perkhidmatan merupakan sumber pekerjaan utama. Tumpuan aktiviti bandar di beberapa pusat bandar utama menunjukkan masih terdapat kawasan tanah di zon persisiran pantai yang masih belum dibangunkan terutama untuk tujuan pelancongan. Oleh itu aktiviti pertanian dan perikanan masih dominan di kawasan tersebut.

IMPAK PEMBANGUNAN PELANCONGAN MARITIM KE ATAS EKONOMI KOMUNITI SETEMPAT DI PANTAI TIMUR

Peluang pekerjaan dan pelaburan

Daripada kajian yang dijalankan hampir semua responden menyatakan mereka sangat setuju bahawa pembangunan pelancongan maritim dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat di destinasi-destinasi terpilih di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 3.3. Ini disebabkan kawasan pesisir pantai di keempat-empat buah negeri tersebut telah mengalami pembangunan pelancongan yang pesat terutama melalui pembinaan hotel-hotel, resort-resort dan kemudahan infrastruktur yang lain seperti jalan raya yang lebih luas. Misalnya di Terengganu kira-kira 59% daripada responden menyatakan sangat setuju, Pahang sebanyak 60% menyatakan sangat setuju, Johor sebanyak 53% menyatakan sangat setuju terutama dalam sektor perhotelan dan perkhidmatan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3.4 apabila sebanyak 73.60% responden menyatakan bahawa pembangunan pelancongan maritim telah menarik ramai pelabur ke kawasan mereka

Book 1.indb 54 28/04/2017 8:55:52

Page 73: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

55

untuk membina hotel-hotel, resort dan kemudahan penginapan lain di Kelantan. Ini diikuti dengan Terengganu sebanyak 60%, Pahang sebanyak 50.80% dan Johor sebanyak 45.20% yang bersetuju.

Jadual 3.3: Peratus peluang pekerjaaan yang disediakan oleh sektor pelancongan maritim

Zon Persisiran Pantai

Sangat Tidak setuju

%

Tidak setuju

%

Tidak pasti %

Setuju %

Sangat Setuju

%

Kelantan 0.40 0.40 0.00 45.60 53.60

Terengganu 0.00 0.00 0.00 41.20 58.80

Pahang 0.00 0.00 0.00 40.40 59.60

Johor 0.00 0.00 0.00 46.40 53.60

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Jadual 3.4.: Peratus sektor pelancongan maritim berjaya menarik pelaburan

Zon Persisiran Pantai

Sangat Tidak

setuju %

Tidak setuju

%

Tidak pasti %

Setuju %

Sangat Setuju

%

Kelantan 0.00 10.40 0.00 73.60 16.00

Terengganu 0.00 0.00 0.00 60.00 40.00

Pahang 0.00 2.00 0.00 50.80 47.20

Johor 0.00 10.80 0.00 45.20 44.00

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Berdasarkan analisis yang dikeluarkan oleh Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan misalnya, ketibaan pelancong yang tinggi setiap tahun telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan masyarakat khususnya dan negeri amnya. Ini dapat dibuktikan melalui Jadual 3.5 iaitu daripada hasil kajian lapangan yang telah dijalankan di keempat-empat negeri yang terlibat menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa perkembangan sektor pelancongan telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan masyarakat setempat terutama di Kelantan dengan 79.20% responden bersetuju manakala 20.80% sangat setuju. Terengganu dan Pahang mempunyai peratusan yang sama iaitu 61.60% responden bersetuju manakala 38.40% sangat setuju dan akhir sekali Johor pula 66% setuju manakala 34% sangat setuju bahawa

Book 1.indb 55 28/04/2017 8:55:52

Page 74: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

56

perkembangan sektor pelancongan maritim telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan mereka. Menurut laporan tersebut pelancong domestik merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah ketibaan pelancong di Kelantan berbanding dengan pelancong antarabangsa.

Misalnya pada tahun 2010, jumlah pelancong domestik di Kelantan adalah seramai 4,464,017 juta atau mewakili 82.88% manakala seramai 922,072 orang atau 17.12% adalah pelancong antarabangsa. Secara tidak langsung, ia merancakkan lagi aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan kajian. Berdasarkan Jadual 3.6 sebahagian besar daripada responden bersetuju bahawa aktiviti pelancongan banyak memberi manfaat kepada golongan peniaga dengan jumlah peratusan tertinggi di Kelantan iaitu 50.80% setuju dan 48% sangat setuju. Antara aktiviti-aktiviti perniagaan yang terdapat di kawasan tersebut termasuklah perniagaan makanan seperti kuih muih, perniagaan kraftangan dan peniagaan pelbagai jenis T-shirt serta seluar panjang yang menjadi trend dan kegemaran golongan remaja pada hari ini seperti yang dapat dilihat pada Foto 3.0, Foto 3.1 dan Foto 3.2.

Jadual 3.5: Peratus peningkatan pendapatan komuniti akibat aktiviti-aktiviti pelancongan maritim

Zon Persisiran Pantai

Sangat Tidak setuju

%

Tidak setuju

%

Tidak pasti %

Setuju %

Sangat Setuju

%

Kelantan 0.00 0.00 0.00 79.20 20.80

Terengganu 0.00 0.00 0.00 61.60 38.40

Pahang 0.00 0.00 0.00 61.60 38.40

Johor 0.00 0.00 0.00 66.00 34.00

Sumber: Kajian lapangan, 2015

Jadual 3.6: Peniaga tempatan memperoleh banyak faedah daripada kegiatan pelancongan di kawasan kajian

Zon Persisiran Pantai

Sangat Tidak setuju

%

Tidak setuju

%

Tidak pasti %

Setuju %

Sangat Setuju

%

Kelantan 0.00 0.00 0.00 50.80 48.00

Terengganu 0.00 0.00 0.00 52.80 47.20

Pahang 0.00 0.00 0.00 45.20 54.80

Johor 0.00 0.00 0.00 46.80 53.20

Sumber: Kajian lapangan, 2015

Book 1.indb 56 28/04/2017 8:55:52

Page 75: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

57

Foto 3.0: Perniagaan kuih muih secara kecil-kecilan

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Foto 3.1: Perniagaan kraftangan dan mainanSumber: Kajian lapangan, 2015

Book 1.indb 57 28/04/2017 8:55:52

Page 76: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

58

KESIMPULAN

Malaysia akan terus mengalami pembangunan yang pesat dari segi sektor pelancongan seperti yang dirancang dalam pelan-pelan pembangunan bersepadu. Kepelbagaian ekonomi menyebabkan sektor pelancongan terus diberi perhatian dengan matlamat untuk mencapai objektif guna tenaga penuh dalam sektor ini serta meningkatkan pendapatan negara. Pembangunan pelancongan yang berlaku di pesisir pantai Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2020 akan bertumpu dalam Zon Pembangunan Persisiran Pantai yang meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Laut Johor terutama di bawah pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Terdapat pelbagai projek pembangunan pelancongan telah dirancang oleh negeri-negeri berkenaan di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang bukan sahaja bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan negara tetapi akan turut melibatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat di kawasan kajian. Sehubungan dengan itu, pelancongan dijangka akan terus menjadi

Foto 3.2: Peniaga kemeja T di kawasan Pantai Cherating, PahangSumber: Kajian lapangan, 2015

Book 1.indb 58 28/04/2017 8:55:52

Page 77: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Impak Pelancongan Maritim Ke Atas Ekonomi Komuniti Setempat

59

sumber pendapatan penting bagi ECER yang akan membawa pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan serta merapatkan jurang perbezaan ekonomi di antara komuniti bandar dengan luar bandar. Namun, secara realiti sama ada pembangunan pelancongan dapat membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat masih belum dapat dibuktikan lagi. Ini disebabkan daripada hasil kajian yang dilaksanakan, sebahagian besar daripada penduduk di kawasan pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia masih berada dalam kategori bekerja sendiri secara kecil-kecilan di samping terlibat dalam sektor perikanan. Justeru, satu anjakan paradigma diperlukan bagi memperkasakan ekonomi masyarakat luar bandar khususnya di pantai timur Semenanjung Malaysia supaya mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

RUJUKAN

Economic Report 2009/2010. 2009. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

Economic Report 2007/2008. 2007. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

Farrel, B. H. 1978. The social and economic impact of tourism on Pacific Communities. Santa Cruz: Centre for South Pacific Studies, University of California.

Hanizah Idris. 2009. Pembangunan industri pelancongan di Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Dalam Hanafi Hussin dan Lili Yulyadi Arnakim (eds.). Dinamika pelancongan Asia Tenggara di alaf baru (11-33). Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Asia Tenggara.

Jamaluddin Md. Jahi. 2009. Pembangunan pelancongan dan impaknya terhadap persekitaran fizikal pinggir pantai. Malaysian Journal of Environmentental Management, 10(2), 71-88.

Mathieson, A. & Wall, G. 1982.Tourism: economic, physical and social impacts. New York: Longman.

Orams, M. 1999. Marine Tourism, development, impacts and management. USA: Routledge.

Page, S. J. & Hall, C.M. 1999. The geography of tourism and recreation, environment, place and space. USA: Routledge.

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (Jilid 2). 2012. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Rancangan Malaysia Ke Lapan.2001-2005. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

World Tourism Organization (UNWTO). 1992. An integrated approach to resort development.

World Tourism Organization (UNWTO). 2009. Tourism highlights http://tourlib.net/wto/WTO_highlights_2009.pdf diakses pada 14 Mei 2106.

Young, G. 1973. Tourism: blessing or blight, Harmondsworth: Penguin.

Book 1.indb 59 28/04/2017 8:55:52

Page 78: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Book 1.indb 60 28/04/2017 8:55:52

Page 79: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

61

Pelancongan maritim secara umum boleh dianggap sebagai sumber yang sangat penting bukan sahaja untuk pembangunan ekonomi tetapi juga pembangunan sosial masa kini. Bagi kebanyakan negara yang dikelilingi laut, kawasan pantai merupakan salah satu aset dan merupakan sumber pembangunan terutama kepada masyarakat tempatan. Di samping itu, kawasan pantai merupakan aset bagi menjaga reputasi negara di peringkat antarabangsa. Bab ini mengkaji persepsi penduduk terhadap kesan positif dan negatif industri pelancongan kepada masyarakat tempatan sebagai tuan rumah dan perspektif pelancong itu. Seterusnya akan membincangkan ciri-ciri utama persepsi masyarakat tempatan dan pelancong terhadap pembangunan pelancongan di destinasi pelancongan maritim serta bagaimana penduduk tempatan menganggap pelancongan sebagai satu aktiviti yang telah dan mampu menjejaskan komuniti mereka dari pelbagai aspek atau sebaliknya. Selain itu, bab ini juga bertujuan membincangkan kelemahan dan kekuatan pelancongan maritim dan impaknya terhadap pembangunan sosial dan budaya masyarakat tempatan dalam kawasan kajian.

Pembangunan pelancongan mampan adalah salah satu bahagian penting dalam pembangunan mampan secara keseluruhan. Secara ringkas, konsep ini timbul daripada pengiktirafan kedua-dua kepentingan ekonomi pelancongan, serta kesannya ke atas sosial, budaya dan alam sekitar. Ini dikaitkan dengan peningkatan terhadap gelombang pembangunan yang meningkatkan lagi skala pelancongan dan mengubah sesebuah kawasan terutamanya dari segi fizikal, alam sekitar dan sosial. Oleh itu, secara tidak langsung aktiviti pelancongan mengakibatkan kesan yang pelbagai dan berbeza untuk semua pihak yang berkepentingan dalam pelbagai bidang di sesebuah destinasi. Secara am, fungsi utama pembangunan pelancongan secara mampan adalah untuk menggabungkan matlamat

4Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya: Perspektif Komuniti dan Pelancong

Book 1.indb 61 28/04/2017 8:55:52

Page 80: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

62

pemeliharaan dan pemuliharaan kehidupan masyarakat tempatan dan ekonomi pelancongan. Oleh yang sedemikian, dengan kata lain, pelancongan mampan memerlukan pengurusan yang bijak terutamanya terhadap sumber semula jadi, alam sekitar dan sosiobudaya masyarakat di sesebuah destinasi.

Mengkaji impak sosiobudaya merupakan komponen penting untuk memahami bagaimana pelancongan memberi kesan secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya kepada masyarakat tempatan. Impak terhadap sosiobudaya masyarakat tempatan yang minimal dalam kata lain amat membantu untuk mencapai pelancongan lestari di sesebuah destinasi. Oleh yang demikian, seperti yang dinyatakan di atas, perancangan dan pengurusan yang bersepadu merangkumi pengurusan sumber manusia, pembangunan fizikal, budaya tempatan dan sumber kewangan perlu dicapai.

SENARIO SEMASA

Diakomihalis (2007) menegaskan bahawa konsep pelancongan maritim adalah pelancongan yang melibatkan aktiviti-aktiviti pelancongan, rekreasi dan kegiatan waktu lapang yang berlaku dalam persekitaran marin. Pelancongan maritim juga adalah suatu bentuk pelancongan apabila pelancong memutuskan untuk menghabiskan masa bercuti di atas kapal, termasuk penginapan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti rekreasi bot. Selain itu, aktiviti pelancongan maritim di persisiran pantai seperti memerhatikan hidupan laut, bersiar-siar di tepi pantai, belayar, selam skuba, berenang dan melawat Taman Laut. Namun, apabila konsep tersebut berkembang ia mempunyai definisi tersendiri iaitu dirujuk kepada perjalanan individu sementara dalam masa yang singkat ke destinasi di luar persekitaran biasa dan melibatkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan laut. Secara ringkas, aktiviti pelancongan maritim adalah aktiviti yang berkaitan dengan pengangkutan laut, pesisir pantai, sukan air dan rekreasi.

Pada awal kemunculan aktiviti pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai ini, aktiviti pelancongan yang ada adalah terhad kepada sukan laut (berkanu, berenang, luncur angin, memancing, menyelam dan snorkeling) dan juga merentas hutan. Bentuk muka bumi berbukit dan berhutan yang berhampiran dengan kawasan persisiran pantai menjadikan aktiviti merentasi hutan antara aktiviti pelancongan maritim yang utama. Selain berenang dan bersantai di bawah matahari, pelancong melibatkan diri dalam aktiviti selam skuba dan menyelam di pulau-pulau berdekatan. Namun ada beberapa destinasi pantai yang menawarkan tarikan dan aktiviti pelancongan menarik yang lain seperti aktiviti membeli-belah dan aktiviti tradisional yang disediakan oleh penduduk tempatan.

Book 1.indb 62 28/04/2017 8:55:52

Page 81: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

63

Dalam masa yang sama, kawasan pesisir pantai sering kali dikaitkan dengan imej yang positif atau menawan kepada pelancong asing mahupun tempatan. Oleh yang demikian pembangunan pelancongan dianggap cadangan yang baik bagi tujuan pengekalan dan pembangunan kawasan serta ekonomi bagi penduduk tempatan. Sebagai contoh, kebanyakan penduduk tempatan di pesisir pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor secara tradisinya merupakan penduduk yang terdiri daripada komuniti nelayan pantai. Hasil pencarian yang kecil sering kali dipengaruhi oleh faktor cuaca seperti musim tengkujuh yang menjadikan mereka tergolong sebagai kumpulan yang berpendapatan rendah. Di Terengganu contohnya, kekurangan modal, teknologi, serta kekurangan pengetahuan mencari pasaran, kemahiran kerja serta kurangnya motivasi adalah antara faktor yang mempengaruhi hasil pencarian golongan nelayan ini. Dengan kata lain, pembangunan pelancongan di kawasan pantai telah dianggap sebagai penawar bagi masalah ekonomi walaupun kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang negatif adalah lebih meluas dan ini sering dikaitkan dengan industri pelancongan itu. Oleh yang demikian, pembangunan pelancongan dianggap sesuatu yang baik yang boleh membantu meningkatkan lagi sumber ekonomi dan seterusnya membaiki struktur sosial mereka.

IMPAK KE ATAS SOSIOBUDAYA DAN MASYARAKAT SETEMPAT

Kedudukan Pantai Timur Semenanjung Malaysia boleh dianggap sebagai penyumbang terbesar kepada aktiviti maritim terutamanya bagi penduduk tempatan. Ia meliputi kawasan yang luas dan sangat strategik dari segi interaksi antara elemen-elemen ekonomi, alam sekitar, kebudayaan dan sejarah. Hubungan ekonomi dan sosial antara negeri sebagai contoh sering menjadi faktor yang sangat penting termasuklah dari aspek ekosistem marin yang sangat berharga dan terdedah kepada pelbagai cabaran alam sekitar. Antara cabaran yang sering dihadapi oleh destinasi maritim adalah seperti peningkatan kawasan perbandaran. Akibat daripada peningkatan ini, telah mengubah fizikal kawasan sedia ada yang menyebabkan kemusnahan kawasan maritim seperti yang dapat dilihat pada Foto 4.0. Namun, apa yang mengejutkan berdasarkan analisis soalan di kawasan kajian, hanya sebahagian kecil penduduk tempatan yang terlibat dalam aspek perancangan dan pengurusan sektor pelancongan. Oleh yang sedemikian, aspek kesedaran, kefahaman dan amalan penduduk tempatan adalah suatu cabaran dalam usaha untuk mengekal dan memulihara kawasan pelancongan maritim terutamanya di kawasan pantai timur di Semenanjung Malaysia.

Persepsi penduduk terhadap kehadiran pelancong di kawasan kajian juga adalah penting dan merupakan faktor utama dalam menjadikan

Book 1.indb 63 28/04/2017 8:55:52

Page 82: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

64

destinasi pelancongan maritim untuk terus mampu dibangunkan dengan mampannya. Pengetahuan tentang pelancongan maritim ini akan mempengaruhi cara mana pelancong akan dilayan, cara mana mereka diuruskan, dan jenis aktiviti yang bakal ditawarkan. Selain itu juga, peningkatan ketibaan pelancong ke destinasi, antarabangsa mahupun domestik sedikit sebanyak akan menyebabkan tekanan kepada komuniti itu sendiri. Aspek sosial sememangnya akan turut berubah, sekali gus mempengaruhi kehidupan dan struktur sosial asal penduduk tempatan.

Lal Mukherjee (2013) dalam kajian beliau menyatakan antara kesan-kesan daripada aktiviti pelancongan terhadap sosiobudaya adalah pertukaran identiti dan nilai-nilai tempatan. Beliau menjelaskan lagi pelancongan boleh mengubah budaya tempatan ke dalam bentuk komoditi apabila adat tradisi dan agama dikurangkan untuk memenuhi jangkaan pelancong dan menyebabkan apa yang dipanggil sebagai “etnik dibina semula” atau dengan kata lain pengkomersialan budaya tempatan. Seterusnya, beliau menyatakan bagi memenuhi standard atau piawaian pelancong dalam usaha memenuhi kehendak dan kepuasan pelancong, keadaan landskap, penginapan, makanan dan minuman, dan lain-lain, mesti menepati kehendak dalam memenuhi jangkaan pelancong. Namun, kesemua elemen ini tidak perlu dipenuhi sepanjang masa kerana terdapat pelancong yang sebenarnya masih mencari sesuatu yang asli (aunthenticity).

Foto 4.0: Kegiatan pembangunan menyebabkan kemusnahan fizikal di Pantai Cherating, PahangSumber: Kajian Lapangan, 2015

Book 1.indb 64 28/04/2017 8:55:52

Page 83: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

65

Dengan kata lain, ini telah merosakkan variasi dan keindahan kepelbagaian budaya tempatan.

Seterusnya, Lal Mukherjee (2013) menyatakan bahawa dalam menyesuaikan kepada permintaan dalam memenuhi keperluan pelancong, dari segi pengumpulan cenderamata, seni, kraf dan budaya, pembuat atau pengedar cenderamata telah membuat perubahan dalam reka bentuk produk mereka. Ini untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelancong di samping untuk menyahut permintaan daripada pelancong yang semakin meningkat. Ketara sekali ini telah menyebabkan hakisan budaya berlaku dalam proses mengkomersialkan tradisi atau elemen budaya tempatan tersebut. Selain itu, antara kajian yang menarik yang cuba diketengahkan oleh Lal Mukherjee (2013) adalah kemungkinan berlaku pertembungan budaya yang mungkin timbul melalui; 1. Ketidaksamaan ekonomi antara penduduk tempatan dengan

pelancong yang berbelanja lebih daripada yang mereka biasa lakukan di rumah.

2. Kejengkelan terhadap kelakuan dan perilaku pelancong yang sering berlaku tanpa disedari, atau disengajakan atau kecuaian, pelancong gagal untuk menghormati adat dan nilai-nilai moral penduduk tempatan.

3. Percanggahan di tempat kerja terutamanya dalam industri yang berkaitan dengan pelancongan. Atas alasan kekurangan latihan profesional, kebanyakan pekerjaan yang menawarkan gaji yang rendah akan diberikan kepada orang tempatan manakala jawatan pengurusan berprestij tinggi dan mempunyai pendapatan yang tinggi sering ditawarkan kepada mereka yang berasal dari luar kawasan ataupun warga asing. Pernyataan di atas ada persamaan dengan kajian yang dilakukan oleh

Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim dan Tan Wan Hin (2014) di Pulau Tioman apabila kajian menunjukkan penduduk tempatan tidak mendapat manfaat daripada perubahan dan pembangunan dengan secukupnya. Masalah ketidaksampaian, sama ada maklumat, infrastruktur atau perubahan dan pembaharuan yang terkini membuatkan penduduk tempatan akan sentiasa dan terus tersisih dari segala segi. Oleh yang sedemikian, penduduk tempatan perlu diberi penerangan tentang perancangan pembangunan dan kesan positif serta kesan negatif daripada pembangunan tersebut seawal mungkin supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan pada masa akan datang. Pendek kata, pelancongan sudah semestinya mempunyai impak sosial terhadap destinasi terutamanya apabila melibatkan pembangunan yang dilakukan secara tiba-tiba atau tiada perancangan yang teliti.

Book 1.indb 65 28/04/2017 8:55:52

Page 84: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

66

IMPAK POSITIF DAN NEGATIF

Kesan positif kepada pembangunan sosial dan pemodenan penduduk tempatan timbul daripada sumbangan, yang antara lain mewujudkan pekerjaan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana. Di samping itu, kesan positif yang dapat dilihat dalam konteks sosial di kawasan kajian adalah pemeliharaan warisan kebudayaan masyarakat tempatan dan kesempatan mempelajari atau memahami kebudayaan pelbagai bangsa yang terlibat. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kesan sosial yang negatif yang dikenal pasti seiring dengan pembangunan pelancongan di kawasan kajian. Antaranya adalah pembangunan yang dijalankan secara tidak langsung meminggirkan penduduk tempatan. Kemasukan pelancong luar mewujudkan pertembungan dua budaya yang berbeza dan gangguan terhadap kehidupan seharian penduduk tempatan.

Kawasan pantai merupakan kawasan peralihan di antara daratan dengan lautan mempunyai ciri-ciri kepelbagaian biologi yang sangat tinggi. Kawasan pantai juga boleh dikategorikan sebagai kawasan yang kaya dengan kepelbagaian ekosistem dan paling rapuh di muka bumi, seperti kawasan bakau dan terumbu karang. Namun begitu, atas alasan pembangunan, pantai sering terdedah dengan tekanan penduduk yang sangat tinggi seiring dengan proses perbandaran yang pesat. Kajian terdahulu menunjukkan lebih separuh daripada penduduk dunia hari ini tinggal di kawasan pantai (dalam jarak 60 km dari laut) dan jumlah ini semakin meningkat. Menariknya, antara semua bahagian lain di dunia, kawasan pantai adalah kawasan yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong. Oleh yang sedemikian, kerajaan telah berlumba-lumba untuk membangunkan kawasan yang mempunyai potensi terutamanya dalam industri pelancongan maritim dengan memperbanyakkan aktiviti bagi menarik lebih ramai pelancong untuk melancong ke sesebuah destinasi seperti yang dapat dilihat pada Foto 4.1.

Sementara itu, Jadual 4.0 pula menunjukkan, secara amnya aktiviti pelancongan yang dijalankan oleh kerajaan sangat mempengaruhi sosial dan budaya komuniti masyarakat setempat di kawasan kajian. Dengan purata min melebihi 5.00, ini membuktikan bahawa impak postif dan negatif yang dibawa oleh aktiviti pelancongan amat dirasai oleh penduduk di kawasan kajian. Susunan pernyataan impak pelancongan ke atas sosiobudaya adalah seperti berikut: 1. pernyataan berkaitan antaranya adalah kesan positif atau negatif, 2. peningkatan komunikasi antara pelancong dengan penduduk

tempatan, 3. kesedaran dalam penjagaan budaya komuniti setempat,

Book 1.indb 66 28/04/2017 8:55:52

Page 85: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

67

4. pengaruh pelancong terhadap golongan muda, jenayah dan vandalisme serta

5. golongan yang mendapat banyak manfaat daripada industri pelancongan ini.

Jadual 4.0: Aktiviti pelancongan yang dijalankan yang mempengaruhi sosial dan budaya komuniti

Aktiviti Pelancongan yang dijalankan oleh Kerajaan Mempengaruhi Sosial dan Budaya

Komuniti Setempat di Kawasan Anda.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju Sangat Setuju

Total

Johor 0 3 137 110 250

Kelantan 0 46 189 15 250

Pahang 0 7 84 159 250

Terengganu 1 24 131 94 250

Jumlah 1 80 541 378 1000

Foto 4.1: Keindahan pantai di kawasan kajianSumber: Kajian Lapangan, 2015

Book 1.indb 67 28/04/2017 8:55:53

Page 86: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

68

Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar penduduk kekal dengan persepsi yang positif dan bersetuju apabila persoalan berkenaan dengan hubungan dua hala antara penduduk dengan pelancong diketengahkan. Responden menyatakan bahawa kedatangan pelancong asing telah mendatangkan kesan positif kepada budaya tempatan dan jelas menolak pernyataan bahawa kedatangan pelancong asing mendatangkan kesan negatif kepada budaya tempatan. Sebahagian responden iaitu dengan purata 5.0 min menyatakan bahawa kedatangan pelancong asing mendorong peningkatan dalam komunikasi antara pelancong dengan penduduk tempatan.

Komunikasi yang baik antara pelancong (tetamu) dan penduduk tempatan sebagai tuan rumah dianggap salah satu aspek yang penting

200

150

100

50

0JOHOR KELANTAN PAHANG TERENGGANU

NEGERI

Bar ChartC

ount

Sangat Tidak SetujuTidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

Aktiviti Pelancongan yang dijalankan oleh Kerajaan

Mempengaruhi Sosial dan Budaya Komuniti Setempat di Kawasan

Anda.

3

137

110

189

46

157 1

84

159

24

94

131

Rajah 4.0: Aktiviti pelancongan yang dijalankan yang mempengaruhi sosial dan budaya komunitiSumber: Kajian Lapangan, 2015

Jum

lah

Book 1.indb 68 28/04/2017 8:55:53

Page 87: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

69

untuk memperoleh pengalaman melancong yang baik. Ini ditambah dengan persekitaran di kawasan kajian yang mempunyai tarikan maritim yang tersendiri. Keunikan keindahan alam sekitar yang berkait rapat dengan kehidupan maritim dianggap aset penting dalam meningkatkan lagi komunikasi dua arah yang terbentuk. Selain itu, komunikasi baik yang wujud telah membentuk pemahaman dalam mengetahui budaya dan adat masing-masing. Ini menggalakkan perpaduan oleh sebab toleransi yang wujud sangat penting terutamanya yang berkaitan dengan sensitiviti budaya yang terlibat.

Dalam kajian-kajian yang terdahulu, kesan buruk utama industri pelancongan sering dikaitkan dengan tekanan ke atas sosial dan budaya. Bagaimanapun, jika dilihat dalam konteks tarikan, budaya dan monumen yang mempunyai nilai sejarah dan sebagainya di destinasi yang terlibat, didapati kedudukan nilai yang positif terhadap pernyataan yang diberikan adalah sangat tinggi. Dalam konteks penjagaan monumen atau tapak sejarah, rumah tradisional dan sebagainya yang berkaitan, responden bersetuju dengan pernyataan bahawa kesemua elemen tersebut perlu dipelihara bagi tujuan pelancongan di kawasan destinasi. Ini untuk menjamin kepuasan pelancong memandangkan tarikan yang unik seperti ini mampu menjadi tarikan utama para pelancong selain daripada keindahan dan kebersihan pantai yang merupakan aset kekuatan untuk destinasi terlibat. Purata nilai pernyataan menunjukkan industri pelancongan maritim yang dijalankan sangat menekankan kesedaran dalam penjagaan tarikan tradisional dan budaya komuniti setempat. Secara tidak langsung, industri pelancongan sedia ada telah diguna pakai dengan baik sebagai alat pemeliharaan warisan tradisional dan kebudayaan masyarakat tempatan.

Kedatangan pelancong dinyatakan juga telah memberi kesan negatif kepada penduduk tempatan. Terdapat segelintir pelancong yang cenderung untuk tinggal lebih lama dengan itu sedikit sebanyak akan memberi pengaruh ke atas penduduk tempatan terutamanya kepada golongan muda. Walaupun ketibaan pelancong jelas disambut baik oleh sebahagian penduduk untuk menambahkan pendapatan mereka, masih terdapat beberapa pihak lain yang membantah kehadiran mereka. Namun, kajian yang dilakukan ini juga menunjukkan suatu perkembangan baru iaitu masyarakat tidak menyalahkan kedatangan pelancong asing, luar mahupun tempatan di atas perubahan sikap penduduk tempatan terutamanya golongan muda.

Antara penjelasan yang mungkin boleh diterima bahawa trend ini adalah hasil daripada peningkatan pemodenan negara ini secara keseluruhannya yang telah menjalar sehingga ke kawasan luar bandar. Perkembangan yang dianggap baik ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa cara hidup

Book 1.indb 69 28/04/2017 8:55:53

Page 88: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

70

pelancong luar yang berbeza akan atau telah mempengaruhi golongan muda di kawasan kajian. Begitu juga dengan pernyataan bahawa pelancongan membawa kepada peningkatan kejadian jenayah di kawasan kajian. Kajian termasyhur oleh Maslow pada tahun 1954 yang menyatakan bahawa aspek keselamatan merupakan aspek kedua terpenting selepas keperluan psikologi bagi mencapai kualiti hidup yang baik. Dengan itu, dalam mengawal gejala jenayah daripada menjadi berleluasa, agensi penguatkuasaan tempatan telah melakukan tugas mereka dengan baik. ini diperakui oleh responden yang terlibat dengan menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan pernyataan ini. Oleh yang demikian keselamatan adalah aspek yang perlu dititikberatkan dalam industri pelancongan. Ia adalah jaminan asas untuk pelancong dan pelawat datang ke sesebuah destinasi dan pada masa yang sama, menjadi jaminan kepada penduduk tempatan untuk terus kekal hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Seterusnya kegiatan vandalisme seperti kemusnahan papan tanda dan kawasan rekreasi yang menjadi kawasan tumpuan masyarakat dan pelancong telah berjaya dikawal. Responden menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa terdapat kegiatan vandalisme yang masih berlaku di kawasan kajian. Dengan purata min melebihi 5.00, ini membuktikan bahawa tiada kegiatan vandalisme yang melampau berlaku dan ini memberi reaksi yang baik kepada para pelancong (rujuk Jadual 4.1). Dinyatakan bahawa tempat-tempat yang baik dan menarik untuk hidup adalah tempat yang baik dan menarik untuk dilawati. Oleh yang sedemikian, pernyataan seterusnya bersetuju bahawa pembangunan yang disediakan telah membawa kepada penyediaan infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan awam yang baik kepada penduduk tempatan.

Secara tidak langsung ini juga bermakna bahawa menguruskan keperluan masyarakat tempatan akan membawa kepada pengalaman yang positif untuk pelancong luar. Ini termasuk mengekalkan watak dan suasana tempatan dan rasa keaslian di sesebuah destinasi, mengurangkan bau dan pemandangan yang kurang baik, menjaga tingkah laku sosial dan memastikan keselamatan di destinasi untuk penduduk juga pengunjung.

Hasil kajian seterusnya menunjukkan, golongan yang paling banyak menerima manfaat daripada industri pelancongan maritim ini adalah peniaga dan juga pengusaha chalet. Sebagai contoh, menurut kajian Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim, Tan Wan Hin (2014) di Pulau Tioman, 85% daripada bilangan resort yang dibangunkan adalah milik komuniti tempatan. Pelbagai peluang pekerjaan seperti perniagaan makanan dan minuman, pengangkutan, barangan dan perkhidmatan telah mendorong penglibatan penduduk tempatan dengan serius. Secara tidak langsung mereka memperoleh pendapat yang lebih baik bagi membantu meningkatkan taraf

Book 1.indb 70 28/04/2017 8:55:53

Page 89: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

71

2728812 18

83

20

47

46

144

186

156

20161511

Sangat Tidak SetujuTidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

Kegiatan Vandalism Berlaku di Kawasan Anda Terutamanya

Terhadap Kemudahan Aktiviti Pelancongan

Seperti Papan Tanda dan Kawasan

Rekreasi.

Bar Chart

NEGERI

Cou

nt

JOHOR KELANTAN PAHANG TERENGGANU

150

200

250

100

50

0

Jadual 4.1: Kegiatan vandalisme terhadap kemudahan yang disediakan

Kegiatan Vandalism Berlaku di Kawasan Anda Terutamanya Terhadap Kemudahan Aktiviti

Pelancongan Seperti Papan Tanda dan Kawasan Rekreasi.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju Sangat Setuju

Total

Johor 12 209 18 11 250

Kelantan 8 144 83 15 250

Pahang 28 186 20 16 250

Terengganu 27 156 47 20 250

Jumlah 75 695 168 62 1000

Rajah 4.1: Kegiatan vandalisme terhadap kemudahan yang disediakanSumber: Kajian Lapangan, 2015

Jum

lah

Book 1.indb 71 28/04/2017 8:55:53

Page 90: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

72

sesioekonomi keluarga (Foto 4.2). Walau bagaimanapun bagi golongan yang tidak bekerja, orang awam mahupun nelayan dan petani, kumpulan ini merupakan golongan yang paling sedikit menerima manfaat daripada industri pelancongan. Boleh dikatakan bahawa mutu pekerjaan yang diwujudkan dalam industri pelancongan maritim tidaklah tinggi. Selain itu, terdapat pendapatan yang lebih baik untuk keluarga berpendapatan rendah menerusi peluang pekerjaan yang lain seperti industri perikanan di kawasan kajian.

Foto 4.2: Suasana gerai penduduk tempatanSumber: Kajian Lapangan, 2015

Namun, oleh sebab skala industri pelancongan meningkat, masyarakat tempatan sudah mula beralih daripada pergantungan ke atas pendapatan seperti nelayan dan bertani kepada pergantungan kepada industri pelancongan yang dikatakan lebih memberikan pendapatan yang pantas dan lumayan. Bagaimanapun, menurut kajian terdahulu, dinyatakan bahawa majoriti daripada perancangan pelancongan yang dibuat untuk membangunkan sesuatu destinasi, tidak memberikan tumpuan secukupnya terhadap pembangunan sumber manusia. Lebih membimbangkan, perancangan pelancongan yang dilakukan juga tidak mengambil kira kesediaan dan kemampuan sumber manusia sedia ada di

Book 1.indb 72 28/04/2017 8:55:53

Page 91: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

73

kawasan setempat. Oleh itu, masih terdapat penduduk tempatan semakin terpinggir daripada pembangunan pelancongan yang dilaksanakan akibat daripada ketidakmampuan mereka untuk memenuhi kehendak pelancong.

Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa perubahan yang baik dan menguntungkan akibat pembangunan pelancongan maritim. Contohnya seperti meningkatkan pendapatan penduduk hasil daripada kekerapan kunjungan pelancong, memberikan pekerjaan kepada golongan muda, menggalakkan pembukaan rangkaian perniagaan yang lebih luas bagi pelbagai premis perniagaan dan penyediaan infrastruktur yang lebih baik terutamanya untuk penduduk tempatan. Dengan kata lain, dapat dinyatakan bahawa industri pelancongan masih memberi kesan yang baik terhadap sosiobudaya tempatan.

Antara intipati utama yang boleh dirumuskan adalah pelancongan maritim yang mampan boleh memperkukuhkan daya hidup masyarakat dalam banyak bentuk. Sebagai contoh, untuk acara dan festival yang dilaksanakan sebagai salah satu program pelancongan, masyarakat tempatan digalakkan untuk menjadi peserta utama dan penonton dalam acara-acara tersebut. Selain itu, pekerjaan yang akan diwujudkan oleh pelancongan boleh bertindak sebagai motivasi sangat penting untuk mengurangkan penghijrahan dari kawasan luar bandar. Penduduk tempatan juga boleh meningkatkan pengaruh mereka ke atas pembangunan pelancongan, di samping meningkatkan pekerjaan dan prospek pendapatan melalui latihan profesional yang berkaitan dengan pelancongan dan pembangunan kemahiran perniagaan dan organisasi.

Aktiviti pelancongan di samping itu juga boleh meningkatkan pemuliharaan etnik tradisi budaya dan sejarah. Menyumbang kepada pemuliharaan dan pengurusan sumber asli biasanya membuka peluang untuk melindungi warisan tempatan serta menghidupkan semula budaya tempatan. Misalnya dengan menjana semula seni dan kraf tradisional. Dalam sesetengah situasi, industri pelancongan juga membantu untuk meningkatkan kesedaran mengenai nilai tapak semula jadi sesebuah budaya. Ia boleh merangsang perasaan bangga terhadap warisan tempatan dan nasional dan kepentingan dalam pemeliharaannya. Lebih menariknya, penglibatan masyarakat tempatan dalam pembangunan pelancongan mampan telah ditonjolkan di destinasi.

Tidak dinafikan, industri pelancongan maritim juga berfungsi sebagai alat untuk mencapai keamanan. Sesebuah perjalanan terutamanya untuk tujuan pelancongan membawa manusia ke satu arah pertembungan perhubungan di antara satu sama lain. Pelancongan yang bersifat lestari secara tidak langsung mempunyai unsur pendidikan yang boleh memupuk persefahaman antara manusia dengan budaya. Seterusnya menyediakan

Book 1.indb 73 28/04/2017 8:55:53

Page 92: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

74

pertukaran budaya antara tetamu dengan tuan rumah. Ini meningkatkan lagi toleransi dan persefahaman antara manusia dan mengurangkan sifat prejudis serta menggalakkan rasa persaudaraan dan perpaduan global. Bukan sahaja kepada penduduk tempatan, manfaat industri pelancongan mampan untuk pelancong luar dan pelawat tempatan juga banyak.

Antaranya adalah pelancong asing boleh menikmati alam semula jadi yang masih belum diterokai, landskap dan alam sekitar yang berkualiti serta barangan atau perkhidmatan (udara dan air) yang bersih, masyarakat yang sihat dengan kadar jenayah yang rendah. Paling menarik ialah pelancong akan disajikan dengan pelbagai budaya tradisi tempatan yang berkembang maju dan dalam masa yang sama masih mengekalkan keasliannya. Bahagian seterusnya akan membincangkan persepsi pelancong kepada pengukuhan pelancongan maritim dan tahap kepuasan pelancong tanpa menjejaskan dan mencemarkan alam sekitar di kawasan yang terlibat. Bahagian ini juga akan memperjelaskan lagi impak pelancongan maritim ke atas sosiobudaya komuniti setempat di kawasan kajian.

PERSEPSI PELANCONG

Dalam keghairahan manusia menjalankan pelbagai pembangunan prasarana dan infrastruktur untuk menjamin kehidupan supaya lebih selesa, keharmonian alam sekitar yang ada tidak patut diabaikan. Kesejahteraan hidup yang dibekalkan oleh alam sekitar yang sempuma akan dapat memberikan kelangsungan hidup yang aman dan sejahtera. Jika terdapat pencerobohan terhadap alam sekitar sudah pastilah wujud ketidakseimbangan dan seterusnya akan memberikan impak yang negatif terhadap kehidupan manusia serta alam yang merupakan nadi kepada kehidupan. Di dalam konteks kajian ini, pencerobohan terhadap kawasan maritim sebagai contoh boleh memberi kesan yang buruk terhadap pelancongan.

Walau bagaimanapun pembangunan adalah tuntutan semasa yang perlu dipenuhi bagi menampung keperluan masyarakat tempatan dan pelancong. Pada masa yang sama industri pelancongan adalah salah satu industri yang semakin berkembang dan mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia. Pembangunan yang berkembang pesat ini ternyata telah memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk. Tetapi pada masa yang sama impak pembangunan terhadap alam sekitar juga turut bertambah terutamanya terhadap kehidupan maritim, penduduk tempatan serta pelancong luar. Ini menunjukkan terdapatnya pertalian di antara

Book 1.indb 74 28/04/2017 8:55:53

Page 93: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

75

pembangunan ekonomi dan perubahan alam sekitar yang kompleks. Oleh yang sedemikian, sebarang bentuk pembangunan yang akan diadakan perlu diteliti dan diperincikan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Keperluan ini adalah bagi mengurangkan kadar kemerosotan alam sekitar sekali gus mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan keperluan alam sekitar. Namun yang sedemikian, impak terhadap golongan pelancong tidak harus diketepikan. Setiap aspek perlu diteliti agar kemakmuran dan pembangunan bergerak seiring dengan persepsi pengguna bagi memastikan setiap pihak mendapat manfaat yang disasarkan.

Dengan itu, bahagian ini akan menerang dan membentangkan persepsi pelancong terhadap budaya dan masyarakat tempatan di samping menyediakan beberapa maklumat terkini mengenai persepsi pelancong itu sendiri terhadap kawasan pesisir pantai teruatamanya dari perspektif kesan pembangunan terhadap alam sekitar di kawasan kajian dalam pengukuhan pelancongan maritim dan peningkatan ekonomi tanpa menjejaskan pencemaran aspek alam sekitar terutamanya di kawasan kajian.

Latar belakang pelancong

Secara am, kawasan pesisir Pantai Timur Semenanjung Malaysia merupakan salah satu daripada destinasi utama pelancongan yang berasaskan alam semula jadi di Malaysia. Dari segi bilangan ketibaan jumlah pelancong ke empat-empat buah negeri yang terlibat, data menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan jumlah pelancong meningkat daripada 4.31 juta pelancong pada tahun 2013 kepada 4.87 juta pelancong pada tahun 2014. Di samping itu juga, purata pengunjung menginap di sesebuah destinasi adalah 2 hingga 3 malam dengan peningkatan ini dirangsang oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah aktiviti promosi yang lebih hebat dan kemudahan yang disediakan yang bertambah baik. Dalam aspek perbelanjaan pula, dianggarkan lebih kurang RM89 bilion telah dibelanjakan oleh pelancong dalam tahun 2015, peningkatan sebanyak RM17 bilion berbanding pada tahun sebelumnya. Secara tidak langsung ini memberi sumbangan pendapatan yang baik kepada industri pelancongan Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat laporan menyatakan lebih separuh daripada jumlah ini adalah dijana oleh pelancong tempatan.

Pelancongan adalah sebuah industri kompleks yang menjadi terlalu sensitif kepada setiap perubahan yang dilakukan. Selain daripada faktor luaran yang secara umum mempunyai kesan negatif terhadap pelancongan, terdapat juga perubahan dalam tingkah laku dan permintaan daripada pelancong itu. Melawat destinasi pelancongan yang baru ataupun yang tidak diketahui telah menjadi ciri motivasi utama keputusan pelancong

Book 1.indb 75 28/04/2017 8:55:53

Page 94: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

76

untuk melibatkan diri dalam aliran pelancong pada ketika ini. Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan untuk sesebuah destinasi pelancongan menyesuaikan dengan senario permintaan yang sentiasa berubah-ubah ini.

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan secara rawak di beberapa lokasi di sekitar pesisir pantai di keempat-empat buah negeri yang terletak di sepanjang pantai Timur Semenanjung Malaysia ke atas 1000 responden. Keputusan kajian menunjukkan kebanyakan responden merupakan pelancong tempatan atau dengan lebih tepat, responden merupakan penduduk asal mengikut negeri yang dikaji. Seterusnya untuk kumpulan jantina yang terlibat, pelancong lelaki menunjukkan peratus kedatangan yang lebih tinggi berbanding pelancong wanita iaitu masing-masing untuk setiap kawasan kajian. Bagi kumpulan umur pula, hampir separuh responden iaitu 43.7% terdiri daripada kumpulan umur 20-30 tahun, sementara 38.8% dari kumpulan umur antara 31-40 tahun, 16.3% daripada kumpulan umur 41-50 tahun dan baki hanya 2.2% responden terdiri daripada mereka yang berumur di antara 51-60 tahun. Jadual 4.2 menerangkan secara ringkas mengenai taburan responden mengikut umur.

Jadual 4.2: Taburan responden mengikut umur

Negeri Umur Total

20-30 31-40 41-50 51-60

Johor 113 84 47 6 250

Kelantan 114 103 28 5 250

Pahang 102 106 38 4 250

Terengganu 108 85 50 7 250

Jumlah 437 378 163 22 1000

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelancong yang melancong terdiri daripada golongan muda dan pertengahan berbanding warga tua. Selain itu, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan pelancong yang melancong adalah mereka yang sudah berkahwin. Data ini disokong dengan maklumat yang didapati iaitu 70% yang melawat pantai di Pahang adalah bersama ahli keluarga, baki 16% bersama rakan-rakan, seterusnya adalah lain-lain seperti balik ke kampung dan melancong secara bersendirian. Begitu juga dengan pantai di negeri Johor, Terengganu dan Kelantan. Data yang didapati hampir menyerupai dengan data di Pahang. Bagi soalan untuk bidang pekerjaan pula, pelancong di kesemua destinasi

Book 1.indb 76 28/04/2017 8:55:53

Page 95: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

77

pantai timur yang terlibat kebanyakannya terdiri daripada para pelajar dan mereka yang bekerja dalam sektor swasta.

Berikut dibincangkan pula mengenai maklumat lawatan, perbelanjaan dan seterusnya persepsi pelancong ke kawasan kajian. Jika dilihat trend bagi tempoh peginapan, kebanyakan pelancong merupakan pelawat harian dan yang lebih menarik kebanyakan mereka telah melawat lebih daripada 6 kali ke destinasi. Ini dapat dirumuskan bahawa kebanyakan pelajar yang melawat merupakan mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi yang berdekatan. Sebagai contoh, di Pahang, kebanyakan pelawat yang melawat pantai Teluk Cempedak adalah pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa cawangan Kuantan dan beberapa istitusi pengajian yang lain. Begitu juga dengan sumber pengetahuan mengenai destinasi. Kebanyakan pelancong mengetahui destinasi menerusi kawan-kawan atau saudara mara. Berperanan sebagai penyumbang utama dalam penyebaran maklumat mengenai destinasi dan jika dikaitkan dengan keputusan di atas, jelas menunjukkan kebanyakan mereka adalah penuntut institusi tempatan yang berdekatan dengan kawasan pantai.

Tujuan utama pelancong melawat kawasan kajian secara amnya adalah untuk bercuti (Foto 4.3). Secara keseluruhan bercuti merangkumi lebih daripada 80%, diikuti dengan urusan lain 6% dan urusan perniagaan iaitu melebihi 3%. Namun yang agak mengejutkan, tujuan untuk melawat saudara mara mempunyai peratusan yang paling sedikit. Ini kerana, kedudukan kawasan kajian yang berada di kawasan luar bandar raya Kuala Lumpur yang boleh dianggap kawasan kampung yang kadar kedatangan pelancong untuk melawat saudara mara sepatutnya tinggi. Namun, keputusan ini sekali lagi boleh dikaitkan dengan andaian bahawa kebanyakan pelancong dan pelawat ke destinasi terdiri daripada mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi berdekatan. Jadual 4.3 seterusnya menunjukkan sebab utama pelancong yang melancong ke destinasi kajian.

Secara purata, keseluruhan pelancong menggunakan pengangkutan sendiri seperti kereta, diikuti dengan motosikal dan seterusnya hanya sedikit menggunakan kenderaan awam. Untuk anggaran perbelanjaan pula, lebih 70% responden tidak mengeluarkan sebarang kos untuk penginapan. Selebihnya pelancong berbelanja mengikut kemampuan di mana kebanyakan mereka memilih penginapan yang “standard” iaitu anggaran RM100 ke RM300 sebilik untuk semalam. Begitu juga untuk pengangkutan, hampir keseluruhan pelancong menyatakan perbelanjaan adalah sekitar bawah RM100. Bagi aktiviti membeli-belah pula, daripada data yang diperoleh, hampir separuh menyatakan langsng tidak melakukan aktiviti ini, namun lebih 70% bagi kesemua destinasi berbelanja untuk makan dan minum. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pelancong yang melancong di destinasi terdiri daripada mereka yang menginap di kawasan sekitar dengan perbelanjaan yang digunakan agak terhad.

Book 1.indb 77 28/04/2017 8:55:53

Page 96: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

78

Jadual 4.3: Sebab utama kedatangan pelancong ke destinasi kajian

Negeri Tujuan Lawatan JumlahUrusan

Profesional/ Perniagaan

Lawatan sambil belajar

Percutian Seminar Melawat kawan / saudara

Urusan lain

Johor 9 5 207 4 5 20 250Kelantan 7 11 202 0 5 25 250Pahang 7 4 213 5 7 14 250Terengganu 8 5 220 4 2 11 250Jumlah 31 25 842 13 19 70 1000

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, tujuan utama pelawat atau pelancong ke destinasi adalah untuk bercuti. Oleh yang demikian, antara tarikan dan aktiviti utama yang dilakukan adalah di pantai dan laut. Ini diikuti dengan tarikan persekitaran atau aktiviti-aktiviti lain yang disediakan. Bagi tarikan alam sekitar dan budaya pula, kedua-dua tarikan tersebut mempunyai kadar tarikan yang seimbang dan memiliki peratus yang paling sedikit. Namun, terdapat percanggahan sedikit dalam tarikan atau tempat yang dilawati atau akan dilawati oleh pelancong di Kelantan.

Foto 4.3: Bercuti bersama keluarga adalah antara aktiviti yang dilakukan oleh pelancong di kawasan kajianSumber: Kajian Lapangan, 2015

Book 1.indb 78 28/04/2017 8:55:53

Page 97: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

79

Untuk peratusan tertinggi, pantai dan laut masih mendahului iaitu hanya 48%, diikuti dengan tarikan persekitaran atau aktiviti yang ditawarkan iaitu 24%. Ini diikuti dengan tarikan budaya dan penduduk iaitu 19% (untuk tarikan ini, lebih separuh daripada kadar peratusan yang dicatatkan di negeri-negeri lain).

Ini menunjukkan, negeri Kelantan amat sinonim dengan tarikan budaya mereka dan cara hidup penduduk yang masih kuat mengamalkan cara hidup tempatan. Bagi tarikan alam sekitar, dicatatkan hanya 9% yang tertarik untuk melihat kawasan sekitar. Kajian secara amnya mendedahkan bahawa pelancong atau pelawat memang tertarik dengan kawasan pantai dan laut yang dimiliki oleh keempat-empat destinasi yang terlibat. Ini dapat dilihat menerusi peratusan tinggi pada komen yang positif untuk setiap aktiviti yang dilakukan. Ini ditambah dengan kesimpulan bahawa destinasi-destinasi tersebut menawarkan keseronokan dan ketenangan yang menjadi antara faktor utama responden memilih destinasi tersebut berbanding kawasan pantai lain di Malaysia.

Untuk menarik lebih ramai ketibaan pelancong, Kementerian Pelancongan dengan kerjasama agensi pelancongan negeri telah mempromosikan kawasan kajian sebagai destinasi yang berpotensi terutamanya untuk pelancongan marin. Sebagai persediaan, antara usaha yang telah dibuatkan ialah pembinaan Lebuh raya Pantai Timur yang menghubungkan kawasan pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia. Pembinaan hotel-hotel dan chalet yang bertaraf antarabangsa juga dilihat membantu menaikkan taraf kawasan kajian seterusnya menarik lebih banyak tempatan mahupun antarabangsa.

Selain itu, antara faktor yang menarik pelancong untuk datang ke kawasan pesisir pantai disebabkan persekitarannya yang cantik, keramahan penduduk tempatan selain daripada mempunyai infrastruktur dan jaringan jalan raya yang baik serta sumber alam semula jadi yang menarik. Kerajaan tempatan dengan kata lain perlu memahami bahawa permintaan yang hampir sama boleh dilihat dalam cara yang berbeza oleh pelancong. Dalam masa yang sama, pelancong mungkin berbeza dalam persepsi mereka berdasarkan lokasi, peringkat pembangunan, atau demografi sosio mereka. Adalah penting bagi kerajaan tempatan untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang persepsi pelancong ini.

Bagi aspek hospitaliti, secara keseluruhan, kepuasan yang ditunjukkan oleh pelancong adalah bersifat memuaskan. Namun ada juga responden yang kurang berpuas hati dengan organisasi yang terlibat dengan pelancongan. Ini mungkin disebabkan oleh segelintir pihak yang tidak ada sifat toleransi dan kurang ilmu pengetahuan terhadap destinasi yang dikelolai. Untuk tahap kepuasan bagi fasiliti yang disediakan pula, tahap kebersihan, keselesaan dan keselamatan amat memuaskan tetapi

Book 1.indb 79 28/04/2017 8:55:53

Page 98: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

80

tidak kepada tandas awam. Tandas awam yang disediakan hanya bersifat memuaskan sahaja malahan tahap penyelenggaraan yang disediakan juga hanya di tahap sederhana. Bagi kemudahan perhubungan, hampir keseluruhan pelancong, berpuas hati dengan kemudahsampaian, papan tanda, keselamatan serta kelancaran perjalanan yang dilalui. Foto 4.4. menunjukkan antara kemudahan yang disediakan di destinasi pelancongan.

Foto 4.4: Kemudahan surau yang disediakanSumber: Kajian Lapangan, 2015

Terdapat juga segelintir pelancong yang amat berpuas hati dengan kesemua aspek kemudahan perhubungan yang disediakan. Ini membuktikan dengan penyediaan Lebuh raya Pantai Timur seperti yang dinyatakan terdahulu, amat membantu memudahkan perjalanan terutamanya mereka yang datang dari ibu negara atau pantai barat Malaysia. Keunikan pengalaman dan pengetahuan mengenai budaya dan hiburan yang disediakan, pelancong menunjukkan tahap kepuasan yang memuaskan. Namun bagi aspek kemeriahan dan keseronokan yang dialami semasa lawatan, tahap kepuasan yang ditunjukkan amat memuaskan. Ini dibuktikan seperti di dalam Jadual 4.4, Jadual 4.5, Jadual 4.6 dam Jadual 4.7.

Book 1.indb 80 28/04/2017 8:55:53

Page 99: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

81

Jadual 4.4: Tahap kepuasan pelancong – keunikan pengalamanNegeri Keunikan Pengalaman Jumlah

Tidak Memuaskan

Kurang Memuaskan

Memuaskan Sangat Memuaskan

Johor 1 3 127 119 250Kelantan 1 9 168 72 250Pahang 1 2 124 123 250Terengganu 2 1 122 125 250Jumlah 5 15 541 439 1000

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Jadual 4.5: Tahap kepuasan pelancong – kemeriahanNegeri Kemeriahan Jumlah

Tidak Memuaskan

Kurang Memuaskan

Memuaskan Sangat Memuaskan

Johor 0 4 105 141 250Kelantan 0 8 138 104 250Pahang 0 2 100 148 250Terengganu 0 1 96 153 250Jumlah 0 15 439 546 1000

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Jadual 4.6: Tahap kepuasan pelancong – keseronokanNegeri Keseronokan Jumlah

Tidak Memuaskan

Kurang Memuaskan

Memuaskan Sangat Memuaskan

Johor 0 0 108 142 250Kelantan 0 11 158 81 250Pahang 0 2 104 144 250Terengganu 0 0 98 152 250Jumlah 0 13 468 519 1000

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Jadual 4.7: Tahap kepuasan pelancong – pengetahuan awalNegeri Mempunyai Pengetahuan Jumlah

Tidak Memuaskan

Kurang Memuaskan

Memuaskan Sangat Memuaskan

Johor 10 52 104 84 250Kelantan 1 76 126 47 250Pahang 5 48 104 93 250Terengganu 16 60 101 73 250Jumlah 32 236 435 297 1000

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Book 1.indb 81 28/04/2017 8:55:53

Page 100: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

82

Sosiobudaya

Sebagaimana industri lain, industri pelancongan juga ada kesan positif dan negatifnya tersendiri, khususnya kepada sosiobudaya tempatan. Menurut kajian yang dijalankan, pelancongan memberi kesan yang positif terhadap budaya tempatan. Pelancong terdedah dengan cara hidup komuniti setempat dan sebaliknya dengan kemasukan pelancong asing mendedahkan kepada penduduk tempatan akan budaya yang diamalkan oleh mereka. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak berpeluang menerapkan dan mencontohi budaya positif yang diamalkan masing-masing, khususnya budaya yang unik sifatnya di samping meningkatkan komunikasi rentas budaya. Ini menunjukkan perbezaan budaya tidak mempengaruhi tingkah laku atau aktiviti responden semasa melancong di destinasi ini. Dapatan kajian juga menunjukkan pelancong turut terlibat dalam penjagaan budaya komuniti di sesebuah destinasi pelancongan. Ini menunjukkan aktiviti pelancongan yang disediakan dapat memupuk kesepakatan dan kerjasama antara pelancong dengan komuniti setempat.

Bagi responden, golongan peniaga merupakan golongan yang paling banyak menerima manfaat daripada industri pelancongan ini. Manakala golongan yang tidak bekerja dan penduduk tempatan merupakan golongan yang paling sedikit menerima manfaat daripada industri pelancongan ini. Seterusnya isu keselamatan di kawasan pelancongan. Secara amnya keselamatan awam dam keselamatan pelancong merupakan isu global yang sememangnya akan mempengaruhi kunjungan pelancong ke kawasan tarikan pelancongan. Lazimnya, pelancong memerlukan jaminan bahawa mereka akan selamat sama ada di dalam perjalanan mahupun ketika berada di destinasi dan berharap pihak berkuasa tempatan akan sentiasa berada di lokasi membantu sekiranya mereka menghadapi sebarang bencana. Dengan kata lain, tahap keselamatan mempengaruhi pelancong untuk mengunjungi sesuatu kawasan. Bagi kawasan kajian, analisis menunjukkan, pelancong kurang pasti tentang kegiatan jenayah atau masalah sosial yang banyak berlaku di destinasi namun, responden menyatakan bahawa agensi penguatkuasa sentiasa menjalankan tugas dalam mencegah jenayah di destinasi pelancongan yang dilawati. Namun, kegiatan vandalisme masih berlaku terutamanya terhadap kemudahan aktiviti pelancongan seperti papan tanda dan kawasan rekreasi yang mengakibatkan ketidakpuasan hati pelancong.

Alam sekitar

Kelestarian dalam pembangunan pelancongan maritim adalah idea yang baru dan mula menunjukkan kepentingannya di seluruh dunia. Bergerak

Book 1.indb 82 28/04/2017 8:55:53

Page 101: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

83

ke arah persekitaran yang lebih bersih sudah menjadi antara isu yang sering diperdebatkan sejak kebelakangan ini. Namun begitu, bukan hanya isu kebersihan yang perlu dilihat, terdapat unsur-unsur seperti keselamatan dan perlindungan alam sekitar maritim yang berkaitan dengan pembangunan pelancongan. Lebih penting adalah penentuan pelbagai instrumen yang memberi kesan kepada pembangunan mampan industri pelancongan. Menurut kajian terdahulu, antara penyumbang kepada kemusnahan alam sekitar adalah ketidaktelusan sektor yang berkenaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang positif demi mengukuhkan liabiliti alam sekitar terhadap industri pelancongan. Dalam konteks serantau, tidak dinafikan bahawa industri yang berbeza perlu bekerjasama untuk meningkatkan lagi prestasi alam sekitar mereka.

Secara am, pembangunan pelancongan yang dijalankan mempunyai kesan positif terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, pengindahan dan pembersihan di kawasan sekitar yang dilaksanakan oleh penguasa tempatan sedikit sebanyak telah memberi keselesaan kepada pelancong. Perlindungan terhadap alam sekitar bagi memelihara kawasan persisiran pantai dan sumber maritim sebagai tarikan pelancong dapat dilihat dan responden amat bersetuju dengan pernyataan ini. Sebagai contoh tanah dan kawasan terbiar digunakan secara optimum untuk pembinaan chalet, hotel dan kemudahan lain yang berkaitan dengan pelancongan (Foto 4.5). Pada pendapat pelancong yang ditemu bual, mengakui wujud sistem penjagaan kebersihan yang lebih teratur oleh agensi-agensi tertentu yang mengendalikan kebersihan di sekitar kawasan pelancongan terutamanya di persisiran pantai. Ini menunjukkan terdapat pihak yang bertanggungjawab menangani masalah alam sekitar yang berlaku di destinasi yang dilawati dengan jayanya. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa kawasan pantai, terutamanya yang berdekatan dengan kawasan penempatan penduduk tempatan, mempunyai kadar pembuangan sampah sarap merata-rata yang tinggi. Jelas kelihatan bertaburan dan tidak dikendalikan dengan baik (Foto 4.6).

Namun, secara amnya pembangunan pelancongan yang dijalankan menurut kajian tidak mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar. Tiada pencemaran udara akibat aktiviti pelancongan maritim, begitu juga dengan pencemaran air. Responden tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa pembuangan sisa pepejal dan cecair dari hotel dan resort berhampiran serta aktiviti pelancongan maritim seperti penggunaan bot-bot laju dan lain-lain telah mengakibatkan kesan negatif terhadap kawasan sekitar. Begitu juga dengan pencemaran akibat pembuangan sampah, kajian mendapati aktiviti yang tidak bermoral ini agak terkawal dan pencemaran bunyi akibat aktiviti pelancongan maritim seperti menaiki bot laju, jet ski dan acara-acara yang dijalankan juga masih boleh diterima dengan baik. Selain itu, kajian juga

Book 1.indb 83 28/04/2017 8:55:53

Page 102: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

84

Foto 4.5: Kemudahan chalet yang disediakan di destinasi pelanconganSumber: Kajian Lapangan, 2015

Foto 4.6: Keadaan pantai yang kotor boleh menyebabkan pencemaran ke atas sistem maritim Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Book 1.indb 84 28/04/2017 8:55:54

Page 103: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

85

mendapati tiada pencemaran bau akibat sistem saliran dan perparitan yang tidak sempurna serta tiada pembuangan sampah di merata-rata tempat terutamanya di persisiran pantai pelancongan.

Oleh yang sedemikian, konsep pembangunan mampan secara tidak langsung telah dipelajari oleh responden melalui pengalaman di destinasi pelancongan yang dilawati. Bagi responden, program pembangunan pelancongan seharusnya melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, masyarakat tempatan, dan individu bagi memastikan semua golongan memperoleh manfaat. Antara program pembangunan pelancongan mesra alam adalah melalui perlindungan dan pengurusan sumber di kawasan persisiran pantai dan laut. Selain itu, pelancong juga bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka seharusnya menyokong dan membeli produk pelancongan tempatan.

Ini secara tidak langsung, mereka (responden) bersetuju bahawa pelancong turut bertanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar serta pemeliharaan dan pemuliharaan sumber marin di kawasan tersebut. Secara keseluruhan, responden menyatakan persetujuan bahawa pembangunan pelancongan mampan di destinasi telah dilaksanakan dengan baik oleh pihak kerajaan. Namun, responden juga turut mencadangkan agar pihak kerajaan dapat memberikan penerangan yang lebih jelas dan berterusan. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu menerapkan aspek kemampanan dalam sistem pendidikan bagi memastikan pembangunan pelancongan mampan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Persepsi pelancong mengenai aktiviti rekreasi yang disediakan

Keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian elemen fizikal negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menjadikan keempat-empat destinasi pelancongan ini wajar dilawati. Aktiviti seperti berkelah, perkhemahan, merentas hutan, bersiar-siar, berenang, fish feeding, snorkelling, permainan pantai dan lain-lain lagi mempunyai tahap kepuasan yang sangat memuaskan bagi setiap reponden yang terlibat (Foto 4.7). Dengan kata lain, persekitaran marin dan persisiran pantai yang telah berkembang dengan kepelbagaian habitat dan spesies yang tinggi, termasuk sebahagian besar daripada elemen endemik yang boleh dianggap sebagai satu elemen dan tarikan pelancongan telah membantu meningkatkan pendapatan kawasan pelancongan marin dan negara secara amnya. Oleh yang demikian, satu rangka kerja mengenai aktiviti rekreasi sedia ada untuk bergerak ke arah persekitaran yang baik dan bagi mewujudkan asas untuk menentukan tindakan ke arah ekonomi yang lebih mampan perlu diwujudkan.

Book 1.indb 85 28/04/2017 8:55:54

Page 104: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

86

Persepsi individu secara umum tentang destinasi yang dilawati

Seperti yang dinyatakan di atas, tempat-tempat yang menarik untuk hidup adalah tempat yang menarik untuk dilawati, bermakna bahawa menguruskan keperluan masyarakat tempatan dengan baik secara langsung akan membawa kepada pengalaman yang positif untuk pelancong. Ini termasuk mengekalkan karakter tempatan dan destinasi, mengurangkan pencemaran bunyi, menguruskan penyalahgunaan dadah dan tingkah laku sosial dan memastikan tempat-tempat selamat untuk penduduk.

Foto 4.7: Aktiviti perkhemahan yang dilakukan oleh pelancong di kawasan kajianSumber: Kajian Lapangan, 2015

Secara ringkas, antara kriteria yang diambil untuk melihat kepuasan pelancong yang mengunjungi kawasan kajian ialah kualiti hidupan laut, kebersihan pantai, keselamatan pengunjung, perkhidmatan yang ditawarkan, keadaan persekitaran kawsan, aktiviti yang disediakan dan pembangunan insfrastruktur kemudahan untuk pelancong. Hasil daripada kajian tersebut mendapati semua responden bersetuju bahawa kemudahan dan produk pelancongan yang ditawarkan perlu dipertingkatkan lagi bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pengunjung.

Book 1.indb 86 28/04/2017 8:55:54

Page 105: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

87

Usaha meningkatkan kualiti dan ketersediaan perkhidmatan utama yang diperlukan dalam pelancongan maritim adalah mustahak bagi membolehkan pelancong menikmati kawasan persekitaran di sepanjang mereka berada di sesebuah destinasi maritim tersebut. Tahap kepuasan pelancong dianggap sebagai salah satu faktor dan tanda aras kejayaan asas dalam pembangunan sesebuah destinasi pelancongan. Perubahan jangkaan dan persepsi pelancong sama ada dapat dipenuhi, bilangan dan kekerapan rungutan, laporan pelancong tentang masalah dan pengalaman baik mereka didapati akan mempengaruhi masa hadapan industri pelancongan di kawasan yang terlibat.

Meskipun keperluan untuk melangkaui jangkaan pelancong diberi keutamaan, namun, perhatian masih perlu diberikan kepada semua aspek dalam setiap produk pelancongan yang ada. Ia meliputi cara penyediaan perkhidmatan, ruang penginapan yang terbuka luas juga kualiti yang terbaik bagi aspek yang dapat diperhatikan atau dilakukan oleh pelancong di kawasan tersebut. Usaha untuk memperbaiki kemudahan pengangkutan ke kawasan pelancongan juga perlu diberikan perhatian. Ini untuk memastikan aksesibiliti yang sempurna dan informasi yang berkualiti tinggi disediakan, seterusnya impak negatif persekitaran pada kunjungan mereka dapat dikurangkan ke tahap minimum.

KESIMPULAN

Pertimbangan terhadap kesan pembangunan pelancongan ke atas penduduk tempatan menjadi semakin penting selaras dengan pertumbuhan sektor tersebut di negara ini. Kesan pelancongan ke atas penduduk tempatan boleh dilihat dari dua sudut yang berbeza iaitu sudut positif dan sudut negatif. Sudut positif yang dimaksudkan sebagai contoh adalah peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan awam. Manakala dari sudut negatif pula adalah (sekadar menyenaraikan beberapa pendapat), mewujudkan konflik dengan penduduk tempatan itu sendiri, meningkatkan harga barangan dan kesan sosial.

Kajian ini antara lain bertujuan untuk melihat aspek-aspek tersebut dan hasil analisis menunjukkan lebih banyak kesan positif yang terhasil daripada pembangunan pelancongan di kawasan kajian. Antaranya seperti yang dinyatakan iaitu penyediaan peluang pekerjaan; peningkatan pendapatan, menggalakkan kegiatan keusahawanan tempatan, meningkatkan nilai tanah, membangunkan kemudahan infrastruktur dan meningkatkan tarak penduduk tempatan. Namun, masih terdapat kesan negatif iaitu economic displacement, mewujudkan konflik dengan penduduk tempatan, kesan persekitaran dan kesan sosiobudaya. Walau bagaimanpun kajian ini menunjukkan penduduk tempatan mendapat lebih banyak kesan positif

Book 1.indb 87 28/04/2017 8:55:54

Page 106: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

88

berbanding kesan negatif. Selaras dengan penemuan-penemuan yang dinyatakan, beberapa cadangan telah dirumuskan bagi memaksimumkan kesan positif dan mengurangkan kesan negatif.

Cadangan umum yang dikemukakan ialah menggalakkan pelancongan komuniti. Keutamaannya adalah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan meningkatkan pertalian antara sektor ekonomi yang berbeza. Cadangan khusus pula ialah menggalakkan penglibatan penduduk tempatan dalam menyediakan kemudahan seperti penginapan, pusat kraftangan, mengusahakan bot pelancong dan sebagainya. Selain daripada penduduk, agensi pembangunan juga perlu memainkan peranan untuk meningkatkan lagi jumlah pengusaha tempatan melalui galakan dari segi modal, nasihat dan bimbingan keusahawanan. Secara amnya, bagi setiap individu pelancong, kesan yang ditunjukkan mungkin tidak besar tetapi kesan yang mendalam dapat dilihat di kawasan maritim sekiranya jumlah kedatangan pelancong adalah sebaliknya. Kesimpulan yang dapat dinyatakan, untuk menguruskan risiko ke atas alam sekitar maritim, data seperti ini boleh dijadikan asas bagi perbandingan masa hadapan dalam aspek perancangan dan pengurusan destinasi.

Rumusan daripada penulisan ini menunjukkan bahawa penduduk tempatan memerlukan industri pelancongan bagi membantu memperkembangkan lagi potensi destinasi. Justeru aktiviti pelancongan dilihat berupaya meningkatkan komunikasi antara penduduk tempatan dengan warga luar di samping menekankan kesedaran dalam penjagaan budaya tempatan. Aspek budaya masyarakat luar juga harus diketahui supaya dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas terutamanya mengenai masyarakat serantau. Selain itu, pemahaman terhadap sosiobudaya ini dijangka dapat membantu para penggubal dasar untuk menggubal dasar-dasar yang lebih berkesan yang berkaitan dengan pembangunan mampan terutamanya di kawasan kajian.

RUJUKAN

Diakomihalis MN. 2007. The Impact of maritime tourism on the Greek economy via the Tourism Satellite Account. Tourism and Hospitality Planning & Development, 4(3), 231-243.

Maslow, H. 1954. Motivation and Personality. New York: Addison-Wesley, 1987.

Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim & Tan Wan Hin. 2014. Pelancongan Pulau Di Malaysia. Johor: UTHM.

Lal Mukherjee, Abir. 2013. Impact of tourism in coastal areas: Need of Sustainable tourism strategy. http://www.coastalwiki.org/wiki/Impact_of_tourism_in_coastal_areas:_Need_of_sustainable_tourism_strategy. Accessed on 8-02-2016.

Book 1.indb 88 28/04/2017 8:55:54

Page 107: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Sosiobudaya

89

Asbollah, Asra Zaliza. 2015. The Muslim Women Tourist Gaze: Narratives from Setiu. In Khalilah Zakariya. The Life of Places: Spaces, Places and Narratives, chapter 7. Kuala Lumpur: IIUM Press.

Asbollah, Asra Zaliza, Lade, Clare., Michael, Ewen. 2013. The Tourist’s Gaze: From the Perspective of a Muslim Woman. Tourism Analysis, 18 (6), 677-690.

Bhuiyan, M. A. H., Siwar C., & Mohamad Ismail, S. 2013. Tourism Development in Malaysia from the Perspective of Development Plans. Asian Social Science, 9 (9) Li, Y. (2000) Geographical Consciousness And Tourism Experience. Annals of Tourism Research, 27, 863-883.

Murphy P. E. & Murphy, A. E. 2004. Strategic Management for Tourism Communities: Bridging the Gaps. Clevedon: Channel View Publications.

Book 1.indb 89 28/04/2017 8:55:54

Page 108: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Book 1.indb 90 28/04/2017 8:55:54

Page 109: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

91

Kepentingan sektor pelancongan pulau terhadap pertumbuhan ekonomi negara telah mendorong kerajaan mengambil langkah yang lebih agresif dalam menggalakkan perkembangan industri ini. Malaysia telah mengambil inisiatif dalam menjamin pemuliharaan ekosistem yang berkaitan dengan pulau. Salah satu langkah awal yang diambil oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan strategi yang dikenali sebagai Strategi Taman Laut yang dikuatkuasa di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317) pindaan 1993. Bermula dengan pewartaan Pulau Redang, pihak berwajib melalui proses penyelidikan dan pengurusan telah mengenal pasti pulau-pulau sekitar Malaysia untuk digazetkan sebagai Taman Laut. Sehingga tahun 2015, sekitar 40 buah pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut iaitu dengan keluasan cantuman keluasan 569,447 hektar. Pihak kerajaan menyerahkan tugas-tugas pengurusan taman-taman laut ini kepada Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).

JTLM ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1997 di bawah Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab dalam kesemua hal ehwal berkaitan dengan taman-taman laut di Malaysia. Hal ini membuktikan Kerajaan Malaysia begitu serius dan komited dalam mengendalikan industri pelancongan pulau yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong, samada pelancong domestik mahupun pelancong antarabangsa. Memasuki tahun 2000 industri pelancongan negara telah dikenal pasti sebagai salah satu sumber pendapatan utama negara yang dapat membantu menambahkan lagi ekonomi negara.

Penubuhan Taman Laut pada dasarnya adalah untuk melindungi dan memulihara ekosistem samudera, namun penubuhan Taman Laut masih perlu menyediakan aktiviti rekreasi, pelancongan serta pembangunan

5Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

Kajian Kes di Pulau Perhentian

Book 1.indb 91 28/04/2017 8:55:54

Page 110: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

92

sosioekonomi kepada komuniti yang menetap di sekitar kawasan taman laut dan pelancong yang datang. Umumnya pembangunan pelancongan akan memberi kesan kepada aspek seperti ekosistem, sosial dan ekonomi penduduk setempat. Oleh yang demikian, kerjasama dari pelbagai pihak amat perlu bagi merancang pembangunan dan penggunaan sumber secara terkawal serta dapat meminimumkan kesan terhadap komuniti setempat bagi kelangsungan pelancongan maritim untuk generasi yang akan datang.

PERANAN KERAJAAN

Proses pembangunan pelancongan mahupun pembangunan lain amat berkait rapat melibatkan pelbagai kumpulan, agensi dan institusi yang mempunyai agenda tersendiri. Penglibatan agensi ini selalunya lebih terarah dan cenderung kepada Kerajaan memandangkan pihak Kerajaan adalah agensi yang bertanggungjawab dalam setiap polisi pembangunan negara. Melalui pihak Kerajaan, program pembangunan pelancongan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan berkesan.

Menurut (Williams 1999), tumpuan perancangan pembangunan pelancongan pula meliputi lokasi (alam semula jadi, warisan budaya, buatan manusia) golongan sasaran (pelancong, kumpulan masyarakat, penduduk tempatan, ahli perniagaan, rakyat) dan pihak terlibat dalam perlaksanaan (kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan). Sehubungan itu, untuk memastikan sesuatu perancangan berada pada landasan yang betul dan menepati syarat pembangunan terancang, perlaksanaan perlu dilakukan secara berperingkat mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan oleh pihak yang diberi amanah melaksanakan pembangunan tersebut.

Pihak pelaksana merupakan pihak yang diamanahkan dalam merealisasikan pembangunan pelancongan secara terancang selari dengan status sesebuah kawasan pelancongan. Contohnya, pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian yang dilakukan oleh kerajaan perlu selari dengan statusnya sebagai sebuah pulau Taman Laut yang amat sensitif terhadap sebarang aktiviti pembangunan. Pembangunan pelancongan perlu dirancang secara berhati-hati kerana sifatnya yang mudah berubah dan terjejas mengikut persekitaran semasa (ekonomi, alam sekitar, sosial) serta melibatkan penggunaan kos, masa dan tenaga yang tinggi dalam pelaksanaannya. Bagi membolehkan kerajaan mendapatkan hasil yang optimum dari industri pelancongan tanpa merosakkan ekosistem yang ada, pelbagai langkah dan perancangan dirangka oleh kerajaan. Jadual 5.0 menunjukkan tahap penerimaan penduduk terhadap penglibatan pelbagai agensi dalam pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian.

Book 1.indb 92 28/04/2017 8:55:54

Page 111: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

93

Jadual 5.0: Penglibatan pelbagai agensi dalam program pembangunan pelancongan

Kategori Kekerapan Peratusan %

Setuju 234 93.6

Sangat setuju 16 6.4

Tidak Setuju 0 0

Sangat tidak setuju 0 0

Jumlah 250 100.00

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Merujuk kepada Jadual 5.0, melalui hasil soal selidik terhadap komuniti setempat, sebanyak 93.6% daripada komuniti setempat bersetuju bahawasanya penglibatan pelbagai pihak amat penting dalam merealisasikan program pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian. Sementara 6.4% pula menyatakan mereka sangat setuju. Hal ini menggambarkan tahap kefahaman komuniti setempat mulai meningkat dan mereka lebih serius dalam memikirkan masa depan melalui inisiatif pembangunan pelancongan yang dilaksanakan. Komuniti setempat mula terdedah dengan aktiviti pembangunan pelancongan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka.

PEMBANGUNAN PRASARANA

Keindahan sumber semula jadi sememangnya menjadi daya tarikan utama bagi pelancong untuk datang ke sesebuah destinasi pelancongan seperti Pulau Perhentian. Namun begitu, untuk menghasilkan pengalaman melawat yang lebih bermakna, pihak pemegang taruh (pemaju) di Pulau Perhentian perlu menyediakan prasarana yang sesuai untuk pelancong. Dalam hal ini, destinasi dilihat sebagai tempat atau lokasi yang perlu diwujudkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung yang meliputi pelbagai kemudahan dan aktiviti yang berkaitan dengan sektor pelancongan. Oleh yang demikian,memang tepat seperti kajian oleh (Fyall & Garrord 2005) jika dikatakan bahawa destinasi merupakan perkara utama dalam sistem pelancongan terutamanya dalam menarik minat dan memenuhi keperluan pelancong.

Secara keseluruhannya, destinasi perlu mempunyai ciri-ciri dan daya tarikan tertentu untuk berdaya saing. Salah satunya adalah sesebuah destinasi perlu mempunyai prasarana yang menarik. Pengkaji pelancongan seperti Cooper, Fletcher, Fyall, Gilbert, dan Wanhill (2005) menegaskan sesebuah destinasi pelancongan berkenaan harus mempunyai tempat tarikan yang dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai dan mencukupi dari segenap aspek. Sehubungan dengan itu, dalam proses mewujudkan

Book 1.indb 93 28/04/2017 8:55:54

Page 112: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

94

sebuah pulau berasaskan pelancongan maka beberapa perkara perlu diberi perhatian dan keutamaan dalam pembangunan Pulau Perhentian antaranya dengan menaik taraf prasarana yang terdapat di pulau berkenaan seperti yang dapat dilihat pada Rajah 5.0.

Jalan raya yang berkualiti, kenderaan, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan kemudahan komunikasi seperti telefon, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu dirancang dengan rapi. Di samping itu, bilangan tempat penginapan yang mencukupi dan berkualiti untuk menampung pelawat, pelancong dan pekerja juga perlu diberi perhatian. Untuk menarik perhatian pelancong dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Pulau Perhentian seharusnya diberi perhatian terhadap landskap penempatan dan keseluruhan pulau berkenaan. Bentuk bangunan, rumah dan resort perlu diberi penekanan supaya dapat menampilkan unsur-unsur kesenian dan kebudayaan komuniti setempat. Jadual 5.1 menunjukkan kemudahan asas yang terdapat di Kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian.

Seterusnya, bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Pulau Perhentian, pihak Kerajaan Negeri Terengganu melalui pihak pengurusan Pulau Perhentian telah menambah baik beberapa prasarana

Rajah 5.0: Kemudahan dan Prasarana di Kampung Pasir HantuSumber: Laporan Akhir Perhentian National Ecotourism Plan 2015, Tourism Planning Research Group (TPRG), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Book 1.indb 94 28/04/2017 8:55:54

Page 113: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

95

tanpa mengganggu aktiviti seharian komuniti bahkan mendatangkan kebaikan kepada komuniti setempat. Contohnya adalah pembinaan jeti baru di Kampung Pasir Hantu. Jeti ini dibina bagi memudahkan komuniti setempat untuk keluar masuk dari pulau dan memudahkan para pelancong untuk ke pulau. Jeti baru dibina dengan saiz yang lebih besar dan dilengkapi

Jadual 5.1: Kemudahan asas di Kg. Pasir Hantu, Pulau Perhentian (2015)

Jenis kemudahan

Bilangan Keterangan

Masjid 2 • Masjid Lama, Kapasiti: 500 Jemaah• Masjid Baru, Kapasiti : 800 Jemaah

Klinik 1 • Taraf Pusat Kesihatan• Wanita bersalin dan kecederaan ringan • Staf : 3 orang * 1 Pemandu bot• Bot : 1 buah

Balai Polis 1 • Taraf Pondok Polis• Staf : 3 orang pegawai

Balai Bomba 1 • Taraf Pondok Bomba• Sukarela Sahaja• Ahli : 60 orang (majoriti pemandu bot)

Sekolah Rendah

1 • Guru 18 Orang• Pelajar (144 orang) –Darjah 1-6

Tadika 1 • Guru 1 Orang• Pelajar (34 orang)

Kedai Runcit 8 -

Kedai Makan 15 -

Chalet 8 • Orang Kampung 6• Orang Luar 2

Stesen Minyak 1 • Pengusaha (3 Orang)

Wifi Kampung 1 • Bantuan KKLW

Pentas Terbuka 1 • Kapasiti : 10 orang pada satu masa

Padang Bola Pantai

1 • Bola sepak pantai dan bola tampar pantai• Acara sukan tahunan

Tandas awam 1 • Kelolaan Pihak Sekolah

Astaka 1 • Kapasiti 10 orang• Di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Sumber: Kajian Lapangan, 2015

Book 1.indb 95 28/04/2017 8:55:54

Page 114: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

96

dengan beberapa lot kedai bagi membantu penduduk menjalankan aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

Selain itu, pihak kerajaan turut memberikan dana untuk membina lot-lot kedai dalam skala yang lebih besar berhampiran jeti lama dan baru. Lot kedai dan restoran ini berkonsepkan restoran dan lot kedai terapung. Lot yang dibina sebanyak 10 kedai. Projek ini dimulakan pada tahun 2014 dan dijangka siap pada 2016 seperti yang dikatakan oleh Ketua Kampung Pasir Hantu (Mohammad 2015). Projek ini diselia sepenuhnya oleh Majlis Daerah Besut dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan Malaysia dalam proses menggalakkan penglibatan penduduk dalam aktiviti perniagaan serta menawarkan keudahan kepada pelancong untuk mendapatkan keperluan harian. Pembinaan lot kedai ini membuka peluang kepada komuniti setempat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang mana perniagaan merupakan sektor yang mampu untuk mengubah taraf hidup penduduk asal di Pulau Perhentian.

Merujuk kepada Jadual 5.2, 96 orang mewakil 38.4% bersetuju peniaga adalah golongan yang paling banyak menerima manfaat daripada aktiviti pembangunan pelancongan yang mewakili 72 daripada kaum lelaki dan 24 daripada kaum wanita. Sehubungan itu adalah bertepatan dengan langkah Kerajaan Negeri Terengganu dalam membina lot kedai/restoran yang baru sebanyak 10 unit kepada komuniti setempat. Bidang perniagaan banyak membantu mereka untuk meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti pembangunan pelancongan bukan sahaja terhadap golongan lelaki bahkan juga melibatkan golongan wanita.

Mereka mampu mendapatkan pendapatan yang lumayan terutamanya pada bulan April hingga Ogos iaitu pada waktu kemuncak aktiviti pelancongan berlangsung. Sementara itu, 77 orang mewakili 30.8% berpendapat pengusaha chalet/resort/homestay merupakan golongan yang

Jadual 5.2: Golongan yang paling banyak menerima manfaat daripada aktiviti pembangunan pelancongan

Jantina Golongan Yang Paling Banyak Menerima Manfaat dari Aktiviti Pembangunan Pelancongan

Peniaga Pengusaha Chalet/ Resort/

Homestay

Penduduk Tempatan

Pelancong Total

Lelaki 72 50 25 22 169

Perempuan 24 27 9 21 81

Jumlah 96 77 34 43 250

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Book 1.indb 96 28/04/2017 8:55:54

Page 115: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

97

Foto 5.0: Lot-lot kedai baru dalam proses pembinaanSumber: Kajian Lapangan 2015

Rajah 5.1: Tanah yang boleh dibangunkan dan keperluan infrastruktur di Pasir PanjangSumber: Laporan Akhir Perhentian National Ecotourism Plan 2015, Tourism PlanningResearch Group (TPRG), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

kedua paling mendapat manfaat. Komuniti setempat pula adalah sebanyak 13.6% (34 orang, 25 lelaki 9 perempuan) mendapat kepentingan melalui aktiviti pelancongan dan pelancong pula sebanyak 17.2% atau seramai 43 orang dari kesemua golongan yang dinyatakan seperti di dalam Jadual 5.2.

Book 1.indb 97 28/04/2017 8:55:54

Page 116: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

98

Rajah 5.1, merupakan kawasan yang boleh dibangunkan bagi memenuhi keperluan komuniti iaitu di Pasir Panjang.Tanah yang ada sesuai untuk dibangunkan dengan prasarana dan infrastruktur yang lebih baik melalui kawalan dan pemantauan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah tersebut. Pelan ini merupakan antara pelan pembangunan pelancongan oleh pihak kerajaan dalam mewujudkan sistem pelancongan yang lebih berdaya maju selari dengan kehendak dan garis panduan pelancongan berbentuk ekopelancongan yang wujud di Pulau Perhentian dalam tempoh 2015-2025.

Selain itu, pihak kerajaan turut menaik taraf persekitaran penduduk melalui bantuan terhadap pembinaan rumah, bantuan dan pembangunan mampan terhadap kemudahan yang dibangunkan tanpa merosakkan ekosistem. Hal ini kerana kehadiran pelancong dalam konteks pelancongan maritim berkait rapat dengan penilaian terhadap destinasi dari sudut alam sekitar dan ekosistem yang menarik. Ini bermakna pelancong datang ke sesebuah destinasi untuk melihat keindahan alam sesebuah destinasi yang selari dengan kemudahan infrastruktur. Pelancong kebiasaannya akan terdedah kepada elemen alam sekitar dan ini boleh menyumbang kepada pengalaman lawatan mereka. Menurut (Nilsson 2001) penilaian pengalaman pelancong perlu diberi perhatian kerana pemasaran destinasi boleh bergantung kepada reaksi pelancong terhadap pengalaman mereka di sesebuah destinasi. Sehubungan itu, kemudahan asas turut diperbanyakkan seperti pembesaran balai polis, klinik kesihatan, tandas awam, dan pelbagai lagi prasarana lain.

Penubuhan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) merupakan salah satu langkah drastik pihak kerajaan dalam menangani isu keselamatan dan menambah kecekapan terhadap sektor pelancongan. Hal ini ekoran setiap kali tibanya musim tengkujuh penduduk dan pelancong sememangnya akan mengalami masalah dari segi pengangkutan dan juga aktiviti keluar masuk dari pulau. Dengan penubuhan JPAM di Pulau Perhentian, sedikit sebanyak telah membantu masyarakat dan pelancong dalam menghadapi musim tengkujuh juga bencana banjir. JPAM mempunyai ahli yang terlatih terutamanya dalam aspek menyelamat dan memberikan khidmat kecemasan. Langkah ini dilihat memberikan jaminan kepada penduduk dan pelancong terhadap sebarang kes kecemasan dan juga bencana.

Menstruktur dan memperkasakan pihak berkuasa yang mentadbir urus Pulau Perhentian

Aspek pengurusan pelancongan memerlukan penelitian yang cukup rapi dalam menilai setiap potensi pelancongan. Program Research and

Book 1.indb 98 28/04/2017 8:55:54

Page 117: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

99

Development (R&D) sangat penting dalam membentuk tadbir urus industri pelancongan. Negeri Terengganu antara negeri di Malaysia yang mampu untuk menguruskan industri pelancongan dengan baik melalui penganjuran program pelancongan peringkat antarabangsa seperti Monsoon Cup, pertandingan melibatkan kapal layar dan lain-lain. Namun begitu, bagi sesetengah tempat dan destinasi pelancongan, masih banyak yang perlu diperbaiki dalam aspek tadbir urus. Contohnya di Pulau Perhentian yang sememangnya mempunyai pelbagai masalah dan kekurangan yang turut melibatkan pihak berkuasa dalam menguruskan segala aktiviti berkaitan dengan program pembangunan pelancongan.

Kebanyakan program pembangunan pelancongan yang dijalankan banyak mengabaikan komuniti setempat. Selain itu, sistem kedatangan pelancong boleh dikatakan amat tidak terurus, perniagaan yang dijalankan pula tidak teratur dan jarang berdaftar serta direkodkan oleh pihak berwajib. Dari sudut alam sekitar pula banyak tempat yang semakin tercemar oleh sebab kurangnya pemantauan daripada pihak berkenaan. Sehubungan itu, bagi memastikan proses pembangunan pelancongan di pulau ini terus maju tanpa menafikan hak penduduk dan ekosistemnya, tadbir urus dan sistem pengurusannya perlu diteliti dan diperkasakan semula.

Pulau Perhentian boleh mengambil beberapa contoh tadbir urus yang telah diamalkan oleh beberapa negara dalam membangunkan pulau tersebut. Salah satu kaedah yang boleh dipelajari adalah daripada Local Agenda 21(21, 1992),yang menggalakkan penyertaan komuniti setempat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang mentadbir urus untuk menyelesaikan masalah mereka. Misalnya kerjasama antara agensi, termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang bergiat di sekitar pulau untuk merancang program pembangunan. Banyak agensi yang boleh dilibatkan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), MARA, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi lain untuk merancang pembangunan pelancongan.

Kerjasama ini sebenarnya telah diamalkan di negara lain seperti China yang pembangunan pelancongannya sangat bergantung kepada pelancong domestik dan penglibatan penduduk tempatan (Xu 1999). Pandangan ini disokong oleh ramai sarjana yang mengatakan bahawa pelancong domestik memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian dan tumpuan lebih seharusnya diberikan kepada golongan ini melalui urus tadbir yang lebih terperinci dan sistematik (UMT 2012).

Bagi memastikan pengurusan Pulau Perhentian lebih terancang, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dalam proses untuk mewujudkan Lembaga Pengurusan Pulau yang akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Besut untuk sebarang aktiviti

Book 1.indb 99 28/04/2017 8:55:54

Page 118: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

100

pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian. Lembaga Pengurusan Pulau Perhentian (LPPP) ini merupakan cadangan yang masih dalam peringkat penelitian.

Cadangan ini dibuat untuk membantu Majlis Daerah Besut dan Kerajaan Negeri dalam segala aktiviti berkaitan pembangunan pelancogan di Pulau Perhentian. Walau bagaimanapun, menurut En. Zainuddin Bin Mohammad selaku Ketua Kampung dan Wakil Pemuda UMNO Pulau Perhentian, segala keputusan adalah tertakluk kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk menerima cadangan ini. Cadangan ini dibuat oleh JKK Kampung Pasir Hantu dalam membantu proses pembangunan pelancongan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Selain itu, pihak Majlis Daerah Besut dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu turut menjalankan pertemuan dengan lebih kerap terutamanya dalam membincangkan soal proses dan program-program pembangunan pelancongan yang akan dilaksanakan di Pulau Perhentian.

Selain itu, pihak JKKK dan pengurusan Pulau Perhentian turut diberikan kebenaran untuk menjalin hubungan dengan universiti-universiti tempatan dan luar negara terutamanya dalam konteks pengurusan dan pembangunan seperti yang telah dilakukan oleh Universiti Malaysia Terengganu. UMT telah mengadakan hubungan dua hala dengan pihak pengurusan Pulau Perhentian terutama dalam aspek pembangunan, pengurusan dan penjagaan ekosistem.

Kepakaran yang dimiliki oleh universiti dan badan bukan kerajaan ini akan membantu kelancaran pengurusan pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian. Sehubungan itu, berikut merupakan cadangan untuk menambah baik perlaksanaan undang-undang dalam mengekalkan proses keharmonian aktiviti pembangunan pelancongan dengan komuniti setempat seperti yang dapat dilihat pada Jadual 5.3 dan Jadual 5.4.

Perlaksanaan undang-undang juga merupakan antara aspek penting yang perlu diambil kira oleh pihak yang mentadbir-urus pulau perhentian. Undang-undang yang ada memerlukan pemantauan susulan bagi setiap aktiviti pembangunan dan perincian adalah amat perlu dalam mengawal kejadian yang tidak sepatutnya berlaku terutamanya permasalahan sosial yang berlaku. Merujuk kepada Jadual 5.5, seramai 142 orang mewakili 56.8% daripada mereka bersetuju penguatkuasaan undang-undang adalah amat perlu sebagai langkah untuk mengatasi masalah sosial yang berlaku akibat aktiviti pembangunan pelancongan maritim. Sementara itu, seramai 95 orang (38%) mengatakan pendidikan adalah aspek yang perlu dalam menangani masalah sosial. Sehubungan itu, pihak berwajib perlu melihat kembali pelbagai aspek utama dalam tadbir urus berkaitan pembangunan pelancongan yang bakal dijalankan bermula dari peringkat akar umbi melalui komuniti sendiri.

Book 1.indb 100 28/04/2017 8:55:54

Page 119: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

101

Jadual 5.3: Cadangan polisi pembangunan produk (PD1)PD1

Memberi Insentif Kepada Komuniti Tempatan untuk Memperluaskan Penglibatan Mereka dalam Perkhidmatan Pelancongan

di dalam Rantaian PenawaranTindakan Agensi Pelaksana

1 Untuk menugaskan Unit Penasihat Teknikal untuk membantu komuniti setempat dalam mendapatkan kemudahan mikro-kredit sebagai modal permulaan.

• Bank Simpanan Nasional

2 Untuk menawarkan teknikal sokongan dan program pembangunan modal insan kepada pelancongan IKS tempatan bagi mengekal dan mengembangkan perniagaan mereka.

• TEKUN

3 Untuk menyediakan latihan amali kepada komuniti tempatan dalam menceburi bidang pembuatan kraftangan, pemprosesan produk makanan laut dan restoran makanan laut.

• Lembaga Kraftangan Malaysia• TEKUN• Universiti Tempatan

4 Untuk mewujudkan sumber rezeki alternatif yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pemuliharaan seperti pemuliharaan terumbu karang dan pemuliharaan penyu.

• JTLM• Pulau Perhentian Community Ecotourism Co-operative (PPCEC)

Sumber: Diubahsuai dari Kajian Penyusunan Semula Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Eko-Pelancongan Perdana

Jadual 5.4: Cadangan polisi pembangunan produk (PD2)

Menggalakkan Komuniti Setempat untuk Menawarkan Pelancongan Kebudayaan Sebagai Salah Satu Produk Pelancongan Sekunder

di Pulau PerhentianTindakan Agensi Pelaksana

1 Untuk menghalang penukaran rumah penduduk setempat kepada rumah penginapan yang tidak berlesen dengan memberi pampasan melalui pengenalan kepada program ‘homevisit’.

• PILA• Eoteer• Tourism Terengganu

2 Untuk mentauliahkan Tarian Ya’abaan dan Silat Tari kumpulan-kumpulan tempatan dan lain-lain. Untuk menjalankan persembahan pada hujung minggu di dewan kampung.

• PPEC• Operator Resort

3 Untuk membantu nelayan tempatan dalam mereka bentuk dan menawarkan program ‘sehari bersama nelayan’ sebagai salah satu program dalam pakej pelancongan.

• Jabatan Perikanan• JTLM• Operator Resort• PPCEC

Sumber: Diubahsuai dari Kajian Penyusunan Semula Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Eko-Pelancongan Perdana.

Book 1.indb 101 28/04/2017 8:55:54

Page 120: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

102

Jadual 5.5: Cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah sosial akibat aktiviti pelancongan maritim di kawasan kajian

Kategori Kekerapan Peratusan %

Penguatkuasaan Undang-undang

142 56.8

Pendidikan Awal/ Penerangan 95 38.0

Tiada Masalah 13 5.2

Jumlah 250 100.0

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Jadual 5.6: Struktur organisasi jawatankuasa kemajuan Kampung Pasir Hantu

Jawatan Nama

Pengerusi Zainuddin B. Mohammad

Timbalan Pengerusi Ali Akhbar B. Abd Rahman

Setiausaha Rozita Aslina Bt. Rahma

Bendahari Nik Zawawi B. Md Nor

Biro Keagamaan Mohammad B. Ismail

Biro Kecerian dan Kebersihan Mohd Karim B. Daid

Biro Ekonomi dan Pelancongan Mohd Zaki B. Abd Razak

Biro Belia dan Sukan (Biro Baru) Nor Hisyam B. Mohammad

Biro Kesihatan Mohd Sabki B. Mohammad

Biro Kebudayaan Zarah Bt. Deraman

Biro Pertanian Md Zaid B. Mustaffa

Biro Wanita Masitah Bt. Rahman

Biro Kebajikan dan Keselamatan Zainuddin B. Mohammad

Ahli JKKK 1. Che Jah Bt. Che Mat2. Che Rahman B. Che Hassan3. Mohammad B. Abdullah4. Nik Azman B. Nasir

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Merujuk kepada Jadual 5.6, organisasi tersusun sememangnya sudah wujud dalam komuniti setempat di Pulau Perhentian bermula dari jawatan Ketua Kampung sehinggalah kepada Ahli Jawatankuasa Kampung yang lengkap dengan peranan masing-masing. Kewujudan organisasi ini akan

Book 1.indb 102 28/04/2017 8:55:54

Page 121: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

103

memudahkan lagi proses pembangunan pelancongan yang dijalankan terutamanya apabila melibatkan beberapa organisasi yang perlu adanya wakil dalam setiap bidang kepakaran masing-masing. Sementara itu, dalam menangani masalah seperti jenayah dan permasalahan sosial, pihak Kerajaan perlu memperhebatkan aktiviti perundangan dengan melaksanakan tanggungjawab sosial dengan lebih baik. Pihak berwajib seperti polis, polis marin, JKK dan orang awam perlu bekerjasama dalam menangani masalah sosial. Pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat akan menjamin kestabilan sosial dalam masyarakat dan pengurangan dalam indeks kadar jenayah serta permasalahan sosial.

Merujuk kepada Jadual 5.7, 132 orang responden (52.8%) menyatakan pihak yang bertanggungjawab tidak menjalankan tugas-tugas menangani masalah sosial yang berlaku di Pulau Perhentian. Sementara seramai 118 orang (47.2%) menyatakan sebaliknya. Hal ini memberikan kebimbangan kepada status sosial masyarakat kerana semakin terdedah dengan ancaman negatif aktiviti sosial sehingga boleh mengganggu ketenteraman komuniti. Langkah menangani masalah sosial yang berlaku di Pulau Perhentian ada dilakukan oleh pihak-pihak berwajib dengan kerjasama komuniti setempat. Namun langkah itu tidak dilakukan dengan berkesan dan memerlukan langkah yang lebih baik seperti jumlah pegawai atau penduduk yang terlibat. Inisiatif seperti elaun rondaan perlu diberikan kepada penduduk bagi menarik lebih ramai menyertai aktiviti ini sekali gus dapat mengelakkan mereka terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat serta memberi pendapatan tambahan. Jadual juga perlu dirangka secara lebih tersusun dan tidak hanya menjalankan rondaan secara pukal tanpa ada jadual yang tersusun. Penglibatan semua pihak amat penting dalam menangani masalah sosial dan aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar pulau.

Jadual 5.7: Kekerapan pihak-pihak bertanggungjawab menangani masalah sosial di kawasan kajian

Kategori Kekerapan Peratusan %

Ya 118 47.2

Tidak 132 52.8

Jumlah 250 100.0

Sumber: Kajian Lapangan 2015.

Selain itu, masyarakat tempatan juga berpendapat bahawa usaha yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab tidak berkesan dalam menangani masalah jenayah dan masalah sosial yang berlaku di pulau berkenaan. Melalui temu ramah yang dijalankan bersama wakil penduduk

Book 1.indb 103 28/04/2017 8:55:54

Page 122: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

104

bagi persatuan RELA, dan JPAM, permasalahan utama dalam menjalankan tugas keselamatan dan tugas sosial oleh sebab kekurangan tenaga mahir dan kekurangan kakitangan bukannya kerana ketidakcekapan atau tidak menjalankan tugas yang sepatutnya dijalankan.

Contoh yang boleh diambil adalah dari aspek kekurangan anggota polis iaitu hanya terdapat seorang pegawai yang berpangkat Lans Koperal dan seorang Konstabel pada satu-satu masa. Kekurangan kakitangan ini menyebabkan pihak bertanggungjawab amat sukar untuk mengawal keselamatan pada tahap terbaik (Ali Akhbar 2015).

Jadual 5.8: Kekerapan rondaan oleh pihak berkuasa tempatan serta biro kebajikan dan keselamatan Kg. Pasir Hantu

Bulan Minggu Jumlah/ BulanPertama Kedua Ketiga Keempat

Januari 2 2 2 2 8

Februari 2 2 2 2 8

Mac 3 3 3 3 12

April 3 3 3 3 12

Mei 5 5 5 5 20

Jun 5 5 5 5 20

Julai 5 5 5 5 20

Ogos 3 3 3 3 12

September 3 3 3 3 12

Oktober 2 2 2 2 8

November 2 2 2 2 8

Disember 2 2 2 2 8

Jumlah/ Tahun

148

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Merujuk kepada jadual 5.8, rondaan paling kerap dijalankan adalah pada bulan Mei hingga Julai iaitu 5 kali setiap minggu kerana pada waktu ini merupakan waktu puncak bagi aktiviti pelancongan yang dijalankan di Pulau Perhentian. Rondaan dilakukan secara berkala dan bergilir antara penduduk kampung melalui Biro Kebajikan dan Keselamatan dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Polis, Polis Marin dan Majlis Daerah. Dalam sesetengah kes, turut disertai wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri untuk memantau aktiviti sosial yang berlaku sekitar pulau. Bagi bulan Mac, April, Ogos dan September rondaan sedikit kurang iaitu sebanyak 3 kali seminggu. Sementara pada bulan Oktober sehingga Februari rondaan

Book 1.indb 104 28/04/2017 8:55:54

Page 123: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

105

paling kurang dilakukan iaitu hanya 2 kali seminggu di sekitar pulau kerana ketibaan musim hujan dan monsun serta kurangnya aktiviti pelancongan yang dijalankan.

MEMPERGIATKAN PROMOSI PULAU PERHENTIAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Pelancongan pulau telah memberikan imej yang sangat berbeza dengan pelancongan di tanah besar terutamanya setelah Pulau Capri dibangunkan dan dipromosikan secara meluas sebagai destinasi percutian oleh Rom sejak 2,000 tahun dahulu. Ekoran daripada itu, menurut Conlin & Baum (1995) tarikan pulau sebagai destinasi pelancongan mula berkembang dengan sangat pesat. Sehubungan itu, promosi pelancongan telah dilakukan oleh pihak kerajaan dari pelbagai peringkat. Contohnya, promosi pelancongan yang dilakukan melalui Kementerian Pelancongan Malaysia adalah menerusi Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFest 2015). Kekayaan pelbagai budaya dan juga aktiviti pelancongan yang ada di Malaysia telah membawa kepada perlaksanaan idea MyFest 2015 ini.

Kempen bertemakan Endless Celebrations ini bertujuan untuk menonjolkan dan meraikan kepelbagaian budaya, perayaan dan tempat-tempat yang sangat menarik yang banyak terdapat di Malaysia sebagai tarikan kepada pelancong. MyFest 2015 juga mensasarkan untuk terus meningkatkan momentum pertumbuhan industri pelancongan yang dicapai sepanjang pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2015. Promosi pelbagai perayaan di Malaysia, unsur-unsur kebudayaan dan kepelbagaian bentuk pelancongan ini akan terus dirangsang sebagai tawaran pelancongan dalam kempen MyFest 2015 sama ada di peringkat domestik ataupun antarabangsa. Acara pelancongan terbesar untuk tahun 2015 ini memberi fokus kepada festival perayaan dan kebudayaan termasuklah acara yang bersifatkan kekeluargaan, membeli-belah, ekopelancongan dan banyak lagi (MOTAC 2015).

Bagi pihak kerajaan Negeri Terangganu, pelbagai usaha dan langkah telah dilakukan bagi mempromosikan industri pelancongan terutamanya industri pelancongan pulau di Terengganu. Antara pulau yang diberi penekanan adalah Pulau Redang dan Pulau Perhentian selaku pulau Taman Laut yang menjadi tumpuan pelancong. Pada tahun 2013, Pulau Perhentian telah dipilih berada di tempat ke-13 dalam senarai pantai terbaik dunia oleh Cable News Networks (CNN). Hal ini selari dengan promosi pelancongan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Promosi ini melibatkan pelbagai peringkat sama ada peringkat dalam negeri atau luar negara. Contohnya, promosi dilakukan melalui

Book 1.indb 105 28/04/2017 8:55:54

Page 124: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

106

pengiklanan dalam buku dan jurnal pelancongan dunia yang sentiasa menjadi rujukan para pelancong untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu tempat destinasi pelancongan. Promosi juga dilakukan dengan mengemaskini capaian internet dan website khas untuk mempromosi Pulau Perhentian. Di dalam website ini, dimasukkan promosi pelancongan seperti pakej pelancongan, aktiviti selam skuba dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik minat pelancong untuk datang ke Pulau Perhentian seperti laman web www.perhentianislands.com.my.

Langkah promosi oleh kerajaan terutamanya sekitar tahun 2009 dan 2010 nampak berkesan dengan pengiktirafan oleh The Lonely Planet Travel Book sebagai tempat ke-5 pantai terbaik untuk kegiatan perkhemahan Hammock (Lonely Planet 2010). Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa langkah promosi pelancongan oleh pihak kerajaan adalah berkesan. Keberkesanan ini dapat dilihat apabila ia berjaya menarik minat media luar untuk turut mempromosikan Pulau Perhentian sebagai salah sebuah pulau tumpuan dunia terutamanya dari aspek keindahan pantai dan selam skuba.

Untuk mempergiatkan lagi promosi, Kerajaan Negeri Terengganu bersama 10 agensi kerajaan dan 48 penggiat industri pelancongan (NGO) telah menyertai International Tourismus of Berlin (ITB) pada tahun 2016 di German. ITB ini merupakan salah satu usaha agresif kerajaan dalam mengetengahkan industri pelancongan negara kepada pelancong Eropah. Negeri Terengganu diketuai oleh Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang turut disertai oleh dua orang pegawai kerajaan negeri dan dua orang penggiat industri pelancongan.

Penglibatan itu merupakan penglibatan tahunan untuk membantu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia. Beliau juga merupakan orang yang banyak bertanggungjawab mengangkat industri pelancongan di daerah Besut selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. Beliau begitu menekankan aspek pelancongan domestik seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang demi memperkasakan industri pelancongan di Terengganu selari dengan polisi Kerajaan Negeri yang disuarakan oleh Menteri Besar Negeri Terengganu.

Menyahut seruan menteri besar yang tidak mahu kerajaan negeri bergantung kepada pendapatan industri minyak dan gas, maka dengan penglibatan kerajaan negeri di ITB akan menjadikan sektor pelancongan ini akan bertambah kuat (JHEAT 2015).

Promosi yang dijalankan di peringkat antarabangsa ini turut melibatkan keseluruhan aspek pelancongan merangkumi aspek pelancongan maritim

Book 1.indb 106 28/04/2017 8:55:54

Page 125: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

107

seperti Pulau Perhentian. Selain ITB banyak lagi medium konvensyen dan penyertaan seminar antarabangsa lain yang disertai oleh pihak kerajaan dalam mempergiatkan promosi pelancongan. Dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, badan pelancongan seperti Tourism Malaysia mengendalikan promosi di peringkat antarabangsa manakala agensi pelancongan negeri memainkan peranan di peringkat negeri masing-masing.

Selain itu, peranan memberi perkhidmatan berkaitan pelancongan juga biasanya akan dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta mengikut kawasan atau destinasi yang terpilih. Selain promosi di peringkat antarabangsa, promosi di peringkat komuniti setempat turut dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mendedahkan keunikan Pulau Perhentian kepada dunia sekali gus menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa. Langkah yang paling ketara adalah melalui cara memanfaatkan sumber alam, ekosistem dan kebudayaan yang terdapat di Pulau Perhentian seperti yang terdapat dalam Jadual 5.9. Langkah-langkah mempromosi Pulau Perhentian ini diperoleh dan diubahsuai daripada Kajian Penyusunan Semula Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Eko-Pelancongan Perdana dan melalui pertemuan serta perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung Pasir Hantu pada 31 Oktober 2015 di Dewan Komuniti, Pulau Perhentian. Selain itu, pihak kerajaan turut perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kerjaya pelancongan yang dekat dengan akses komuniti setempat seperti kempen kesedaran kerjaya pelancongan di Kuala Besut (berdekatan jeti Kuala Besut). Kerajaan negeri melakukan kerjasama dengan MOTAC, Kementerian Pendidikan, Institusi-institusi Latihan (UiTM, TESDEC, Kolej Komuniti) dan penggiat-penggiat industri sama ada perhotelan, agensi pelancongan dan sebaginya. Kumpulan sasar pula adalah golongan belia tempatan daripada Pulau Perhentian, Kuala Besut, Jerteh, Kuala Terengganu dan juga sebahagian dari Kelantan.

Jadual 5.9 menunjukkan antara langkah-langkah mempromosi pelancongan di Pulau Perhentian dan antara agensi-agensi yang terlibat. Antara agensi-agensi yang terlibat termasuklah Tourism Terengganu, LKM dan badan-badan bukan kerajaan seperti PILA, MAWSPA dan lain-lain lagi. Langkah mempromosi pelancongan di Pulau Perhentian ini merupakan salah satu agenda penting yang terdapat dalam perancangan jangka masa panjang Tourism Terengganu dan kerajaan negeri Terengganu sendiri. Ini disebabkan langkah-langkah ini akan menjadi garis panduan dan tanda ukur terhadap kejayaan aktiviti pelancongan di Pulau Perhentian secara khusus. Bagi menjayakan langkah promosi ini, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan perlu sepakat dalam menjalankan setiap aktiviti yang dirancang agar objektif asal bagi industri pelancongan di Pulau Perhentian terlaksa.

Book 1.indb 107 28/04/2017 8:55:55

Page 126: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

108

PELAN EKOPELANCONGAN KEBANGSAAN

Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (PEK) dilaksanakan bermula pada tahun 1996. Pada 18 Jun 1996 Pelan Ekopelancongan Kebangsaan telah dibukukan dan menjadi panduan penting dalam setiap urusan berkaitan pembangunan pelancongan yang dijalankan di Malaysia. PEK merupakan pelan yang telah diaturkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dengan kerjasama World Wide Fund (WWF). Mengikut Pelan Ekopelancongan Kebangsaan maksud ekopelancongan ialah:

Perjalanan dan lawatan yang dilakukan ke atas kawasan semula jadi untuk menikmati dan menghayati sifat-sifat semula jadi (termasuk sifat-sifat kebudayaan masakini dan masa lalu), yang menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang rendah serta membolehkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosioekonomi yang positif (FRIM 1996).

Jadual 5.9: Langkah promosi pelancongan yang melibatkan komuniti setempat

No. Langkah Promosi Agensi Pelaksana

1 Untuk menggilap persembahan kebudayaan komuniti tempatan melalui latihan lanjutan oleh jurulatih bertauliah, reka bentuk pakaian dan lawatan pendedahan.

JKKN TerengganuSUKTRA TerengganuKumpulan kebudayaan PerhentianTourism Terengganu

2 Menyediakan prototaip kraftangan tempatan untuk dihasilkan dan dijual oleh komuniti setempat.

Lembaga Kraftangan Malaysia (LKM)PILATourism Terengganu

3 Untuk menggalakkan komuniti tempatan untuk menawarkan perkhidmatan spa dan kesihatan kepada pelancong.

PPCECMAWSPATourism Terengganu

4 Menggalakkan program ‘homevisit’ untuk pelancong antarabangsa untuk mempelajari tentang budaya tempatan, pembuatan kraftangan, makanan tempatan dan kehidupan masyarakat nelayan.

PILATourism Terengganu

5 Menggalakkan wanita tempatan menawarkan kelas masakan kepada pelancong antarabangsa.

PILATourism Terengganu

Sumber: Diubahsuai dari Kajian Penyusunan Semula Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Eko-Pelancongan Perdana.

Book 1.indb 108 28/04/2017 8:55:55

Page 127: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

109

Melalui PEK pelbagai bengkel dan seminar diadakan untuk memberi kefahaman kepada pengusaha pelancongan dalam memahami konsep pembangunan mampan di samping menjaga ekosistem sedia ada. Program penerangan berkaitan diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman PEK yang bersistematik selain meningkatkan kerjasama dalam kalangan pihak Kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pembangunan ekopelancongan. Selain itu, ia juga bertujuan mendapatkan komitmen semua pihak untuk melaksanakan cadangan-cadangan Pelan Tindakan Ekopelancongan Kebangsaan dengan lebih cekap dan berkesan bagi tempoh jangka masa panjang.

PEK diwujudkan sebagai sambungan daripada kajian Strategi Pemuliharaan Kebangsaan (National Conservation Strategy) yang telah dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu. Kajian Strategi Pemuliharaan Kebangsaan telah mencadangkan supaya diadakan kajian yang lebih mendalam bagi mengenal pasti tempat-tempat yang berpotensi sebagai destinasi ekopelancongan. Sementara itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah bersetuju melantik WWF Malaysia sebagai juru perunding bagi menjalankan kajian Pelan Ekopelancongan Kebangsaan ini dalam tempoh masa setahun bermula Disember 1994 hingga Disember 1995.

Objektif utama PEK adalah untuk membantu kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam perkembangan promosi ekopelancongan di Malaysia melalui pembangunan yang mampan dalam pengekalan warisan alam semula jadi dan kebudayaan negara. Selain itu, PEK turut bertujuan mengenal pasti tempat-tempat tarikan ekopelancongan yang utama di Malaysia yang masih belum diterokai dan diberi penekanan. PEK juga bertanggungjawab dalam menyediakan analisis mengenai kedudukan tempat-tempat pelancongan yang dikenal pasti, menyediakan cadangan strategi pembangunan, pelan tindakan serta polisi pembangunan ekopelancongan di negara ini dan menyediakan senarai serta cadangan pembangunan tempat-tempat yang berpotensi untuk dimajukan. Sehubungan itu, PEK merupakan antara titik tolak kepada sistem pembangunan terhadap ekosistem secara mampan dan terancang dalam mewujudkan keharmonian bagi alam sekitar dan proses pembangunan di Pulau Perhentian. PEK ini telah diguna pakai sebagai sumber rujukan asas dalam setiap aktiviti berkaitan pembangunan ekopelancongan di Malaysia.

PEMELIHARAAN EKOSISTEM

Pemeliharaan dan pengurusan flora, fauna, ekosistem dan kawasan pulau dan kawasan pantai amat penting dalam menjamin kesinambungan

Book 1.indb 109 28/04/2017 8:55:55

Page 128: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

110

keunikan biodiversiti pulau dan Taman Laut yang mengelilinginya. Pemeliharaan dan pengurusan termasuklah kualiti air sungai dan laut, kualiti air bawah tanah, kualiti udara dan tahap bunyi yang dibenarkan. Flora yang lazim terdapat di kawasan pulau ialah tumbuhan dari hutan pinggir pantai, hutan bukit berbatu atau bukit curam dan hutan paya bakau. Kesemua jenis hutan ini mempunyai kepentingan tersendiri dalam memastikan ekosistem pulau dapat dipelihara dengan baik bagi mengurangkan kesan kejadian tsunami dan hakisan pantai.

Manakala, fauna yang biasa terdapat di kawasan pulau ialahseperti burung, hidupan marin, termasuk penyu, dan pelbagai spesies terumbu karang. Pembangunan yang dibenarkan perlu merujuk kepada peraturan dan undang-undang yang terpakai untuk memelihara dan melindungi spesies yang hampir pupus dan terancam. Ini termasuklah pengekalan sistem ekologi dan habitat seperti kawasan tanah tinggi, kawasan tadahan air, kawasan terumbu karang, kawasan pendaratan dan pembiakan penyu dan kawasan persisiran pantai.

Dalam melaksanakan aktiviti pembangunan di Pulau Perhentian, beberapa panduan dan kod etika harus diikuti iaitu antaranya mengehadkan dan mengawal pembangunan fizikal di Pulau Perhentian supaya kualiti air marin tidak tercemar. Pembangunan aktiviti pelancongan dan rekreasi di kawasan air hendaklah bersesuaian dengan pemeliharaan kawasan batu karang mengikut garis panduan pulau-pulau peranginan. Selain itu, pembangunan aktiviti pelancongan di kawasan daratan dan di kawasan air hendaklah yang bersesuaian dengan pengekalan kawasan semula jadi.

Elemen kemampanan penting dalam merancang pembangunan pelancongan kerana kebanyakan destinasi pelancongan bergantung kepada keunikan sumber jaya sedia ada seperti persekitaran semula jadi, warisan sejarah dan kebudayaan komuniti setempat. Oleh yang demikian, undang-undang seperti Kod Etika Pelancongan yang dilaksanakan di Pulau Perhentian seperti Jadual 5.10 adalah sangat penting dalam mewujudkan ekosistem yang harmoni. Kod Etika ini akan menjadi garis panduan kepada semua pelancong dalam menjalani setiap aktiviti pelancongan yang disediakan di Pulau Perhentian. Sekiranya mereka melanggar Kod Etika ini tindakan undang-undang boleh diambil. Adalah penting bagi setiap pelancong, bahkan pemaju sendiri untuk mematuhi kod etika ini bagi menjaga kemandirian ekosistem sedia ada tanpa merosakkannya. Ekosistem yang rosak akan mengambil masa yang cukup lama untuk dipulihara kembali. Selain itu, sekiranya sumber jaya ini musnah, sesebuah destinasi pelancongan menemui kegagalan kerana tidak mampu menarik kedatangan pelancong.Persekitaran yang kondusif dan alam sekitar yang menarik menjadi pilihan para pelancong terutamanya bagi golongan pelancong yang memerlukan privasi dan ketenangan.

Book 1.indb 110 28/04/2017 8:55:55

Page 129: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pelancongan Maritim dan Tadbir Urus

111

Jadual 5.10: Kod etika pelancongan

No. Kod Etika Pelancong

1 Menghormati keunikan bumi dan membantu memeliharanya.

2 Dilarang membuang sampah merata-rata dan tidak mengambil “cenderahati” dari kawasan alam semula jadi.

3 Lakukan perjalanan bermakna dengan meningkatkan usaha pemeliharaan.

4 Dilarang membeli produk yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan yang dilindungi.

5 Pelancong perlu mengikut laluan yang ditetapkan, dilarang mengganggu haiwan dan merosakkan tumbuhan daripada habitat asal.

6 Mempelajari dan menyokong program-program berkaitan pemeliharaan dan organisasi yang melakukan program pemeliharaan.

7 Pastikan tapak perkhemahan dalam keadaan bersih sebelum meninggalkannya.

8 Dilarang melakukan pembakaran unggun api di tapak perkhemahan.

9 Sisa makanan yang dibawa perlu dibuang di tempat yang disediakan ataupun membawa keluar sendiri dari kawasan ini.

10 Dilarang memancing di kawasan Taman Laut.

Sumber: Kajian Lapangan 2015

KESIMPULAN

Pembangunan pelancongan yang pesat di pulau peranginan pada masa kini memerlukan tindakan, kawalan dan garis panduan yang kondusif bagi meminimumkan kesan negatif terhadap destinasi pelancongan. Pihak penguasa dan badan bukan kerajaan perlu bersama-sama dalam melakukan tindakan dan bukan hanya menjalankan aktiviti pembangunan pelancongan di sesebuah destinasi pelancongan bagi mendapatkan hasil dan keuntungan semata-mata.

Sudah sampai masanya, penilaian dibuat dari semua aspek terutama bagi mengekalkan sumber alam dan ekosistem sedia ada. Peningkatan kedatangan pelancong juga tahap kesedaran terhadap pengekalan ekosistem perlu berjalan seiring bagi mewujudkan suasana pelancongan yang harmoni. Setiap garis panduan yang dibuat melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia perlu dititikberatkan oleh semua pihak. Kawalan dan perlaksanaan undang-undang pula seharusnya lebih giat dan telus dijalankan oleh pihak berwajib.

Pelancong pula perlu diberi penjelasan dan penerangan agar mereka faham mengenai elemen-elemen yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem. Setiap aktiviti yang dilakukan mesti bersifat mesra alam dan sebaik mungkin mengelakkan daripada merosakkan sumber alam

Book 1.indb 111 28/04/2017 8:55:55

Page 130: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

112

yang menjadi identiti kepada sesebuah destinasi pelancongan. Dengan itu, ia akan dapat membantu pihak berkuasa merancang, mengawal dan membangunkan kawasan pelancongan khususnya di pulau-pulau peranginan seperti Pulau Perhentian dengan lebih efisien supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

RUJUKAN

Conlin, M. V., & Baum, T. 1995. Island Tourism Management: Principle and Practice. Chicester: Wiley and Sons.

Cooper, C., Fletcher, J., Fyall, A., Gilbert, D., & Wanhill, S. 2005. Tourism Principles and Practice. (3rd. ed.). Harlow: Pearson Education Limited.

FRIM 1996. Pelan Ekopelancongan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Fyall, A., & Garrord, B. 2005. Tourism Marketing: A Collaborative Approach. Clevedon: Channel View Publications.

JHEAT. 2015. Retrieved 16 December 2015, from http://jheatweb.terengganu.gov.my/

JTLM. 2015. Jumlah Ketibaan Pelancong ke Taman Laut. Retrieved 16 September 2015, from http://www.dmpm.nre.gov.my/index.php

Lonely Planet. 2010. A Journey Through Every Country In The World. UK: Lonely Planet Publisher.

Nilsson, P. 2001. Tourist destination development: There Are Valley. Scandinavian Journal of Hospitality and Tourism, (1).

UMT. 2012. Laporan Akhir Pelan Pembangunan Penduduk dan Pelancongan Lestari Pulau Perhentian. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Williams, S. 1999. Tourism Geography. London: Routledge.Xu, G. 1999. Tourism and Local Economic Development in China. Case Studies

of Guilin, Suzhou and Beidaihe. Surrey: Curzon Press.21, L. A. 1992. Agenda 21. Paper presented at the EARTH SUMMIT DECLARATIONS,

Rio de Janeiro, Brazil.

Book 1.indb 112 28/04/2017 8:55:55

Page 131: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

113

Ekonomi tempatan di kawasan persisiran pantai terus mendapat faedah besar daripada aktiviti pelancongan melalui pendapatan tinggi relatif, kadar peluang pekerjaan lebih tinggi pelaburan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Kesedaran terhadap kepentingan pelancongan pesisir1 pantai dan pelancongan umumnya kepada ekonomi dunia, seterusnya keprihatinan untuk menjamin daya maju jangka panjang pelancongan, telah membawa kepada trend ke arah pelancongan mampan (Lee & Moscardo 2005; Mycoo, 2006; Sharpley 2006). Menurut UNWTO (2009), pelancongan sebagai satu daripada sektor ekonomi paling dinamik, memainkan peranan utama sebagai salah satu instrumen untuk membasmi kemiskinan dan semakin menjadi kaedah utama dalam mencapai pembangunan mampan.

Di Malaysia, Dasar Pelancongan Negara yang telah digubal untuk membangunkan industri pelancongan menekankan kepentingan pembangunan pelancongan mampan di kawasan-kawasan semula jadi seperti tanah tinggi, taman laut, pulau-pulau, taman negara dan negeri, tapak geologi, tanah bencah dan tapak RAMSAR, tapak pendaratan penyu dan habitat api-api dan pesisir pantai. Dalam konteks ini, Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN) telah mengenal pasti cabaran utama pelancongan mampan kawasan semula jadi persisiran pantai sebagai mencapai keseimbangan antara kegunaan manusia, pemuliharaan biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem serta pengekalan proses semula jadi pantai untuk masa hadapan. Isu yang dihadapi adalah memulihara sumber tarikan pelancongan semula jadi serta melindungi kawasan luar bandar daripada tekanan berterusan bagi pembangunan bandar dan pelancongan. Pembangunan pelancongan yang tidak terkawal telah menimbulkan impak negatif terutamanya kepada bandar pelancongan persisiran pantai, kawasan luar bandar dan sumber semula jadi. Bandar-bandar pelancongan persisiran pantai yang telah lama dimajukan seperti

6Perancangan Guna Tanah untuk

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

Book 1.indb 113 28/04/2017 8:55:55

Page 132: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

114

Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson mengalami pembangunan yang rancak tetapi masih menghadapi banyak masalah yang belum diatasi seperti tahap penyelenggaraan dan kebersihan produk-produk pelancongan yang rendah. Ini mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas, kelemahan aspek keselamatan pelancong, hakisan pantai, pencemaran air laut, tahap aksesibiliti yang rendah pada musim puncak serta kualiti perkhidmatan yang rendah (RFN-2 2011).

Kesemua negeri di Malaysia mempunyai zon persisiran pantai dengan kebanyakan ibu negeri dan pusat pertumbuhan bandarnya terletak di sekitar zon ini. Hampir 31 peratus penduduk di Semenanjung Malaysia tinggal dan bekerja di kawasan zon persisiran pantai. Kepentingan kawasan persisiran pantai dapat dilihat dari beberapa aspek. Kawasan ini merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi negara dan setempat yang pesat membangun dengan kegiatan ekonomi seperti pelabuhan, perdagangan, pengangkutan dan sebagainya. Kawasan persisiran pantai menyediakan banyak peluang untuk pertumbuhan industri maritim, pelancongan, perikanan, perlombongan dan pembalakan. Strategi koridor pertumbuhan bagi mencapai matlamat pembangunan negara ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi telah memberi penekanan dan tumpuan pembangunan kepada kawasan konurbasi pantai timur yang kebanyakannya terletak di kawasan zon persisiran pantai. Ini secara tidak langsung akan memberi tekanan pembangunan terhadap persekitaran zon persisiran pantai tersebut termasuk pelbagai ekosistem semula jadi yang wujud di situ. Zon persisiran pantai juga merupakan kawasan yang sangat dinamik dan kompleks yang banyak interaksi berlaku antara aktiviti manusia dengan proses semula jadi pantai yang boleh menyumbang kepada impak negatif kepada biodiversiti, perkhidmatan ekosistem dan sistem sosioekonomi sekiranya tiada perancangan dilaksanakan (RFZPPN 2012).

KEGIATAN PELANCONGAN DI KAWASAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

Pelancongan di Malaysia sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan dunia, dipakejkan mengikut pelbagai jenis kategori produk tarikan dan dipromosikan secara agresif oleh setiap negeri. Terdapat empat zon pembangunan pelancongan yang dikategorikan dalam Dasar Pelancongan Negara iaitu pelancongan pesisir pantai, ekopelancongan, pelancongan bandar, pelancongan pulau dan pelancongan yang berasaskan kebudayaan dan warisan. Empat ciri penting yang telah dikenal pasti sebagai tarikan utama pantai timur Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian Johor selain daripada kebudayaan, pulau-pulau dan alam semula jadi, adalah keindahan pantainya.

Book 1.indb 114 28/04/2017 8:55:55

Page 133: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

115

Di Kelantan, industri pelancongannya semakin stabil sejak lebih enam tahun lalu dengan kedatangan pelancong di antara 4 hingga 5 juta orang. Kota Bharu merupakan pintu masuk utama kepada pelancong yang datang ke Kelantan melalui udara dan darat. Pelancong tempatan membentuk kira-kira 70% daripada jumlah pelancong manakala pasaran pelancong asing masih terhad pada masa kini. Jelas bahawa potensi pelancongan pantai negeri masih belum dibangunkan sepenuhnya walaupun terdapat banyak pantai di garis pantai negeri, contohnya Pantai Seri Tujuh di utara Tumpat hingga Pasir Irama dan Pasir Malawi di Bachok ke Pantai Tok Bali di selatan (Pasir Puteh) (RSN Kelantan) (Rajah 6.0).

Rajah 6.0: Aktiviti ekonomi dan pelancongan persisiran pantai Kelantan: Sempadan Negeri Terengganu-Kelantan – Sempadan Malaysia-ThailandSumber: RFZPPN, 2012 dan RFN – 2, 2011

Book 1.indb 115 28/04/2017 8:55:55

Page 134: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

116

Negeri Terengganu merupakan negeri yang terkenal di Malaysia dengan aktiviti pelancongan persisiran pantai kerana jaluran pantainya yang panjang dan cantik. Banyak pantai-pantai dan pulau-pulaunya telah dimajukan sebagai kawasan pelancongan. Antaranya adalah pantai di Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Bidara, Pantai Kelulut, Pantai Kemasek, dan juga Pantai Bukit Keluang. Pusat bandar utama ialah Kuala Terengganu yang juga merupakan ibu negeri pentadbiran dan sebuah bandar pelancongan yang penting di pantai timur. Kuala Terengganu merupakan pintu masuk kepada kebanyakan pulau luar pesisir pantai. Pelancongan adalah penting dan potensi pelancongan telah ditekankan di dalam Pelan Induk ECER. Selain daripada pelancongan pulau luar pesisir, pantai berpasir yang panjang dari Kuala Terengganu sehingga Marang dan seterusnya Dungun juga merupakan tarikan pelancong yang penting di situ.

Rajah 6.1 a: Aktiviti ekonomi dan pelancongan persisiran pantai Terengganu: (a) Sempadan Negeri Terengganu-Kelantan – Sempadan Utara Mukim DungunSumber: RFZPPN, 2012 dan RFN – 2, 2011

Book 1.indb 116 28/04/2017 8:55:55

Page 135: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

117

Rajah 6.1 b: (b) Sempadan Utara Mukim Kuala Dungun – Sempadan Negeri Pahang-TerengganuSumber: RFZPPN, 2012 dan RFN – 2, 2011

Aktiviti pelancongan melimpah dari Marang ke Dungun serta Kemaman iaitu terletaknya Kijal yang juga merupakan terminal kapal persiaran pelancongan. Kawasan pelancongan persisiran pantai di sini bertumpu di Rantau Abang (kawasan pendaratan penyu), Pantai Sura, Pantai Tujuh, Pantai Kemasik dan Pantai Kijal (RSN Terengganu) (Rajah 6.1a dan 6.1b).

Pada tahun 2000, sejumlah 3.3 juta pelancong telah melawat Pahang dan angka ini dijangka terus meningkat kepada 13 juta pada tahun 2020 (RSN Pahang). Kuantan yang berhampiran dengan muara Sungai Kuantan dan menghadap ke Laut China Selatan mempunyai banyak pantai yang begitu pesat mengalami arus pembangunan dan dikomersialkan. Pantai Cherating menjadi tarikan utama kerana pembangunan di sekitarnya yang menarik seperti Pusat Santuari Penyu, Pantai Teluk Mak Nik, Cherating Mangrove River Cruise dan Trip Snorkeling ke Pulau Ular. Walaupun terdapat beberapa pantai di daerah Pekan dan Rompin seperti Pantai

Book 1.indb 117 28/04/2017 8:55:55

Page 136: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

118

Sepat, Pantai Nenasi dan Pantai Sungai Miang namun, pantai-pantai ini tidak dibangunkan sebagai kawasan komersial tetapi lebih kepada aktiviti perikanan dan menjadi tempat kunjungan bagi penduduk sekitar.

Ekopelancongan merupakan aktiviti utama di pantai timur Johor dengan tumpuan diberikan kepada pulau-pulau berhampiran Mersing. Pulau Tioman adalah yang paling terkenal dan membangun antara pulau-pulau ini. Pelbagai pusat peranginan kecil telah dibangunkan di sepanjang persisiran pantai di tanah besar dari Mersing ke Penyabong. Pantai-pantai berpasir di sepanjang pantai di Johor telah dipromosikan untuk pelancongan pantai dengan kawasan yang paling terkenal adalah Desaru yang mempunyai banyak tempat peranginan pantai dan padang golf. Pantai berpasir di Desaru adalah lebih kurang 17-22 km dan ini menambahkan lagi tarikannya sebagai kawasan pelancongan pantai di Johor (RSN Johor) (Rajah 6.2a dan Rajah 6.2b)

Rajah 6.2 a: Aktiviti ekonomi dan pelancongan persisiran pantai timur Johor: (a) Jalan 92 (Kota Tinggi) – Sempadan Selatan Mukim TenggarohSumber: RFZPPN, 2012 dan RFN – 2, 2011

Book 1.indb 118 28/04/2017 8:55:55

Page 137: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

119

IMPAK DAN CABARAN UTAMA PELANCONGAN PESISIR PANTAI KE ATAS GUNA TANAH

Impak pelancongan ke atas komuniti pesisir pantai boleh mengancam persekitaran alam semula jadi, sosioekonomi dan budaya. Pelancongan boleh lebih memusnahkan apabila pelancong lebih gemar melawat kawasan semula jadi dan kebudayaan yang amat rapuh (Kanji 2006). Perkaitan antara pelancongan dengan alam sekitar dapat digambarkan sebagai perkaitan pergantungan timbal balas: bukan sahaja pelancongan banyak bergantung kepada kualiti alam sekitar tetapi kualiti alam sekitar juga terdedah kepada pembangunan pelancongan. Satu imbasan tentang impak pelancongan ke atas kawasan persisiran pantai yang boleh terdiri daripada kedua-dua positif dan negatif, diberikan oleh Coccossis dan

Rajah 6.2 b: Aktiviti ekonomi dan pelancongan persisiran pantai timur Johor (b) Sempadan Selatan Mukim Tenggaroh– Sempadan Selatan Mukim EndauSumber: RFZPPN, 2012 dan RFN – 2, 2011

Book 1.indb 119 28/04/2017 8:55:55

Page 138: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

120

Mexa (2004). Komuniti pesisir pantai sememangnya mendapat faedah daripada pelancongan melalui penjanaan peluang-peluang pekerjaan, peningkatan keuntungan, pembangunan infrastruktur, peningkatan tahap kesihatan dan keselamatan, penambahbaikan tahap estetika dan sebagainya. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti pesisir pantai terhadap nilai pantai mereka di bawah pengaruh pelawat dan seterusnya pelaburan untuk pemeliharaan alam sekitar pantai merupakan faedah positif tambahan hasil daripada pembangunan pelancongan.

Walau bagaimanapun, di samping pembandaran, pelancongan besar-besaran merupakan salah satu sebab utama fenomena “littoralisation” (pembangunan jaluran berbentuk reben) dan kehilangan teruk ekologi di kawasan pesisir pantai. Pembangunan pelancongan besar-besaran merubah secara drastik bukan sahaja aspek visual pesisir-pesisir pantai serata dunia malah juga dinamika semula jadi ekosistem pesisir pantai. Rebutan tanah dan permintaan terhadap sumber-sumber merupakan punca kepada fenomena hakisan teruk, kehilangan habitat bernilai (seperti pasir gumuk, terumbu karang, tanah bencah dan hutan paya bakau), kemusnahan kekal kawasan bersih, dan kehilangan spesies flora dan fauna tertentu.

Walaupun pelancongan pesisir pantai selalunya tertumpu di zon sempit sepanjang persisiran pantai, kesannya boleh dirasai sehingga ke kawasan yang lebih luas. Infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong pelancongan pesisir pantai boleh dilanjutkan ke wilayah yang lebih besar kerana merangkumi rangkaian jalan raya dan rel, lapangan terbang, perumahan untuk pekerja sektor pelancongan, pusat beli-belah dan sebagainya. Cabaran utama pembangunan mampan pelancongan di kawasan persisiran berkisar di sekitar peluasan pembangunan pelancongan dari kawasan sempit sepanjang persisiran pantai ke kawasan pedalaman. Oleh itu, mengurangkan ketidakseimbangan sedia ada antara komuniti yang mendiami kawasan yang berhampiran dengan kawasan pembangunan pelancongan, mengurangkan permintaan bermusim terhadap pelancongan, merasionalisasikan penggunaan sumber-sumber, terutama air dan tenaga dan mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar pesisir pantai dan laut, serta ancaman kepada hidupan liar dan habitat-habitat.

Di Semenanjung Malaysia, proses utama yang sedang dihadapi di zon persisiran pantai adalah kadar perbandaran yang pesat. Jadual 6.0 menunjukkan bahawa Johor dan Pahang dikaitkan dengan kadar perbandaran paling tinggi dengan masing-masing mencatatkan 0.85% dan 0.86% kadar perbandaran. Ini dibandingkan dengan Kelantan yang mempunyai kadar perbandaran 0.40% , iaitu kedua terendah selepas Kedah (0.36%).

Kadar perbandaran yang tinggi di kawasan persisiran pantai memerlukan pembangunan seperti penambakan laut pada skala besar untuk pembangunan petempatan, zon komersial dan industri, pelabuhan

Book 1.indb 120 28/04/2017 8:55:55

Page 139: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

121

dan sebagainya yang boleh mengakibatkan kehilangan habitat dan pencemaran. Kawasan perairan dan terumbu karang di taman laut juga mengalami kemerosotan secara berterusan akibat pembangunan dan pencemaran dari pulau-pulau taman laut. Cadangan projek penambakan laut di beberapa negeri juga merupakan satu ancaman kepada sumber pelancongan semula jadi seperti taman laut, kepulauan, hutan, tanah bencah, tempat pendaratan penyu, tempat persinggahan burung-burung migratori dan kawasan tadahan air. Kesemua faktor tersebut menjejaskan nilai perkhidmatan ekosistem yang dihasilkan oleh zon persisiran pantai seperti perikanan dan pelancongan (RFN-2 2011).

Jadual 6.0: Perbandaran dan penduduk persisiran pantai mengikut negeri, 2000

Negeri Penduduk Bandar

Persisiran Pantai

Kadar Perbandaran

(%)

Pusat Bandar Persisiran Pantai Utama

Perlis 17,547 0.44 Kuala Perlis

Kedah 94,559 0.36 Kuala Kedah, Sungai Petani, Kuah

Pulau Pinang 842,851 0.88 George Town, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Ayer Itam, Gelugor, Sungai Ara, Butterworth, Prai

Perak 129,036 0.49 Manjung/Lumut, Sitiawan

Wilayah Utara 1,083,993 0.71

Selangor 641,035 0.79 Klang, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Sungai Besar Sungai Pelek

Melaka 276,531 0.77 Bandar Melaka, Alor Gajah

Negeri Sembilan 66,463 0.77 Port Dickson

Wilayah Tengah 984,029 0.78

Johor 1,233,555 0.85 Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kota tinggi, Mersing

Wilayah Selatan 1,233,555 0.85

Kelantan 91,313 0.40 Kota Bharu, Tumpat

Pahang 273,800 0.86 Kuantan, Pekan

Terengganu 403,594 0.78 Kuala Terengganu, Dungun, Kerteh Marang, Paka, Chukai

Wilayah Timur 768,707 0.72

Semenanjung Malaysia

4,070,284 0.77

Nota: Tahun 2000 diambil daripada Zon Penghitungan Banci Penduduk dan Perumahan 2000Sumber: Jabatan Perangkaan, 2001

Book 1.indb 121 28/04/2017 8:55:55

Page 140: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

122

Ancaman bencana persisiran pantai di Semenanjung Malaysia kebiasaannya adalah dalam bentuk hakisan persisiran pantai dan banjir. Kajian Hakisan Pantai Negara (UPE, 1985) mendapati 1,372 km, atau 28 peratus garis persisiran pantai mengalami hakisan. Hakisan pantai ini sering kali berlaku menjelang musim tengkujuh dan hal ini telah menjejaskan aktiviti harian nelayan di kawasan pantai tersebut. Di Kelantan, peratus hakisan pantai ialah 73.40%. Pantai Cahaya Bulan, Kuala Pak Amat, Pantai Sabak serta Pantai Irama di Bachok dikategorikan sebagai kritikal. Pantai di Kelantan adalah sepanjang 75.5 kilometer dengan 53.5 kilometer daripadanya mengalami hakisan (RSN Kelantan).

Di Kemasek, Terengganu hakisan telah menyebabkan nelayan mengalami kesukaran membawa keluar hasil tangkapan ikan mereka dan membawa masuk ais ke pangkalan apabila jalan pantai di kawasan tersebut musnah dihakis ombak besar (Berita Harian 16 Februari 2015). Banyak rumah juga menghadapi risiko musnah jika bencana melanda dan ini telah menyebabkan penduduk berdekatan pantai berada dalam ketakutan. Antara kawasan persisiran pantai yang terhakis teruk di Johor pula adalah seperti Sungai Pungor, di antara Sungai Rambai dengan Sungai Buntu serta Tanjung Piai, Johor (RSN Johor). Fenomena air laut pasang besar juga mengakibatkan beberapa buah daerah pesisir pantai termasuk Tumpat, Kota Bharu (Pantai Cahaya Bulan) dan Pasir Puteh mengalami banjir (RSN Kelantan). Banjir memberi kesan kepada kawasan peranginan dan pelancongan apabila air pasang yang masuk melalui kuala ke sungai, menenggelamkan jalan utama. Banjir menyebabkan kemusnahan harta benda dan kadangkala mengancam nyawa penduduk. Selain daripada itu, musim banjir juga mengehadkan aktiviti ekonomi dan memberi kesan kepada pengurangan pendapatan penduduk yang terlibat.

Pencemaran di persisiran pantai biasanya dikaitkan dengan longgokan sampah yang berpunca daripada sikap peniaga dan pengunjung pantai itu sendiri yang membuang sampah merata-rata. Antara sampah yang paling banyak dijumpai adalah plastik dan sisa makanan di sekitar kawasan pantai yang telah meninggalkan pandangan yang kurang menarik dan bau yang tidak menyenangkan. Terdapat juga pengusaha pusat-pusat pelancongan dan rekreasi yang membakar sampah secara terbuka dan mewujudkan masalah pencemaran udara. Kesedaran yang rendah tentang pengurusan sisa pembetungan juga menyebabkan sebilangan pengusaha mengambil tindakan membina sistem kumbahan sendiri yang tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan serta tidak menggunakan saluran pembetungan yang disediakan oleh kerajaan.

Penguatkuasaan kawalan pembangunan yang lemah mengakibatkan pencemaran laut berlaku di sepanjang persisiran pantai contohnya di Pantai Batu Buruk apabila pengusaha hotel, motel, restoran mengalirkan air sisa

Book 1.indb 122 28/04/2017 8:55:55

Page 141: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

123

terus ke laut tanpa rawatan. Kesan daripada pencemaran laut menggalakkan pembiakan obor-obor dalam jumlah yang besar serta mampu mengancam keselamatan dan keselesaan pelancong untuk melakukan aktiviti berasaskan air (RSN Terengganu). Aktiviti pelancongan persisiran pantai juga memberi ancaman kepada terumbu karang apabila resort atau rumah-rumah penginapan di kawasan tersebut membuang air kumbahan secara terus ke perairan sekeliling. Terumbu karang luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia sangat dipengaruhi oleh pembangunan persisiran pantai. Penambakan laut dan pembinaan struktur seperti jeti di atas terumbu karang telah mengakibatkan perubahan landskap dan kemusnahan kepada terumbu karang.

Sebahagian besar tanah-tanah yang dibangunkan bagi tujuan pelancongan pula terdiri daripada tanah pertanian dan tidak ditukar kepada kegunaan bangunan atau komersial. Keadaan ini menyumbang kepada perolehan pungutan hasil yang rendah kepada pihak berkuasa tempatan kerana cukai tanah berstatus pertanian adalah lebih rendah berbanding tanah berstatus bangunan dan komersial. Selain itu, ia menyumbang kepada kesukaran pihak berkuasa dalam merancang penggunaan guna tanah masa depan. Tanah rezab kerajaan yang terletak di pesisir pantai telah diceroboh oleh pengusaha pelancongan dengan mendirikan struktur binaan seperti chalet, restoran dan gerai-gerai tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Keadaan ini menyebabkan kawasan pantai untuk kegunaan awam semakin mengecil dan menghalang pelancong melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan air.

Perancangan guna tanah untuk pembangunan mampan pelancongan di kawasan persisiran pantai

Menurut UNWTO (1992), pelancongan harus dilihat sebagai satu sistem yang bersaling gantungan yang terdiri daripada faktor-faktor permintaan (pasaran pelancong antarabangsa, pasaran pelancong tempatan dan kegunaan tarikan, kemudahan dan perkhidmatan pelancong oleh penduduk tempatan) dan penawaran (tarikan dan aktiviti, penginapan, kemudahan lain dan perkhidmatan pelancong, pengangkutan dan infrastruktur). Sering kali, ia menjadi pemacu utama pembangunan lain-lain sektor di sesebuah kawasan tertentu, atau pengaruh yang dapat merangsang integrasi kawasan dalam wilayah yang lebih besar. Sebagai satu sistem yang tersepadu, lebih penting untuk perancangan pelancongan bermatlamatkan pembangunan bersepadu kesemua bahagian dalam sistem tersebut yang merangkumi kedua-dua faktor permintaan dan penawaran serta elemen-elemen fizikal dan institusi. Sistem ini akan berfungsi lebih efektif dan menjana faedah

Book 1.indb 123 28/04/2017 8:55:55

Page 142: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

124

yang diingini sekiranya dirancang dengan cara bersepadu, dengan mengkoordinasi pembangunan kesemua komponen dalam sistem.

Penting juga untuk merancang integrasi pelancongan ke dalam dasar, pelan dan program pembangunan menyeluruh bagi sesebuah negara atau wilayah. Perancangan untuk integrasi luaran ini, sebagai contoh, dapat membantu menyelesaikan konflik yang mungkin timbul daripada penggunaan berlebihan sumber-sumber tertentu atau kawasan-kawasan untuk pelbagai jenis pembangunan yang penting kepada elemen-elemen lain dalam sistem ekonomi atau sumber jaya. Ia juga merasionalisasikan penggunaan pelbagai infrastruktur berharga tinggi untuk memberi khidmat kepada komuniti umum di samping pelancongan. Akhir sekali, alat seperti Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA), indikator pembangunan mampan dan sebagainya perlu diketengahkan dalam perkhidmatan perancangan dan pengurusan pelancongan untuk memastikan pembangunan pelancongan diintegrasikan dengan baik ke dalam pembangunan menyeluruh persisiran pantai. Ini paling relevan untuk destinasi persisiran pantai baru apabila pelancongan sering kali dilihat sebagai pemacu utama pembangunan setempat.

Bagi tujuan perancangan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2000) mendefinisikan persisiran pantai sebagai suatu kawasan sempit dan kawasan yang berpaya bersebelahan (berhampiran) dengan garis pesisir pantai iaitu garis sempadan pertemuan darat dan laut serta satu kawasan yang menganjur ke kawasan pedalaman sejauh kira-kira 1km dari garis pasang surut dan juga menganjur ke laut sehingga ke pinggir luar sempadan negeri. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2010) telah mendefinisikan semula kawasan persisiran pantai iaitu merangkumi kawasan 5km ke sebelah darat (back shore) dan 16.1km nautika ke sebelah laut dari paras purata air pasang perbani (shore front). Kawasan di sebelah darat termasuk sungai dan rizab air sehingga ke kawasan yang dipengaruhi oleh air masin.

Kerangka perancangan guna tanah untuk pelancongan mampan di kawasan persisiran pantai di Malaysia

Perancangan bandar dan wilayah merupakan antara bidang yang terlibat secara langsung dalam menyusun strategi pengurusan sumber asli terutamanya tanah. Tanah persisiran pantai adalah sumber terhad yang mempunyai nilai-nilai ekonomi, sosial, kebudayaan dan ekologi yang penting. Secara umumnya, usaha-usaha untuk meningkatkan potensi pembangunan di zon persisiran pantai adalah strategi yang baik bermatlamat untuk menjadikan zon persisiran pantai lebih menarik untuk kediaman, bekerja dan aktiviti pelancongan dan pada masa yang sama mampu mengurangkan kesan negatif terhadap ekosistem persisiran

Book 1.indb 124 28/04/2017 8:55:55

Page 143: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

125

pantai. Sehubungan itu semua pembangunan perlu dirancang dan dikawal terutama di kawasan zon persisiran pantai yang sangat sensitif. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dalam konteks ini, memainkan peranan utama dalam perancangan dan kawalan guna tanah di Malaysia.

JPBD bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan guna tanah melalui penyediaan pelan-pelan pembangunan. Di peringkat negara, perancangan pembangunan adalah berpandukan Rancangan Malaysia Lima Tahun, Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan dasar-dasar sektoral yang diluluskan oleh Kabinet. Di peringkat negeri, panduan pembangunan adalah berdasarkan Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan dasar-dasar sektoral yang dirumuskan dari semasa ke semasa oleh kerajaan negeri masing-masing manakala perancangan pembangunan di peringkat tempatan pula, dilaksana dan dikawal dengan rancangan pemajuan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) melalui penyediaan Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK).

Perancangan guna tanah pelancongan di peringkat negara

Di peringkat negara, Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke-2 digubal bertujuan membentuk satu rangka kerja spatial negara yang efisien, saksama dan mampan untuk memandu pembangunan keseluruhan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. RFN mengandungi pelbagai strategi dan dasar-dasar tertentu bagi menjamin kelancaran perkembangan sesuatu pembangunan. Antara strategi yang direncanakan bagi memperkembangkan ekonomi negara adalah memperkenalkan strategi pembangunan Serakan Tertumpu dalam Koridor Pembangunan. Koridor-koridor pembangunan ini akan dipromosi dan dibangunkan sebagai Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan untuk memenuhi fungsi rangkaian pembekal atau pengeluar dan pasaran yang berbeza. Setiap pembangunan yang dirancangkan mengikut koridor ini adalah berteraskan pembangunan ekonomi termasuklah perkembangan pembangunan dalam sektor pelancongan (RFN-2 2011).

Bagi melaksanakan pembangunan pelancongan mampan, terdapat beberapa langkah yang digariskan mengikut sumber pelancongan yang terdiri daripada sumber pelancongan semula jadi, kepelbagaian budaya dan warisan sejarah negara. Zon pembangunan pelancongan di setiap negeri perlu menekankan produk khusus wilayah berdasarkan kelebihan lokasi dan sumber sedia ada yang merujuk kepada sumber pelancongan semula jadi dan buatan manusia. Selain itu, infrastruktur dan kemudahan pelancongan berkualiti tinggi perlu disediakan bagi mempertingkatkan

Book 1.indb 125 28/04/2017 8:55:55

Page 144: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

126

keselesaan dan keselamatan pelancong tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar (Jadual 6.1).

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN) disediakan susulan penyediaan Rancangan Fizikal Negara (RFN) yang telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 26 April 2005. RFZPPN merupakan satu Rancangan Strategik Guna tanah yang menggariskan hala tuju penggunaan, pemuliharaan dan pengurusan sumber jaya persisiran pantai di Semenanjung Malaysia secara mampan sehingga tahun 2030. Dasar RFN 20 telah menggariskan ekosistem persisiran pantai sensitif perlu dilindungi dan digunakan secara mampan dengan salah satu langkah penting yang telah dikenal pasti ialah keperluan penyediaan rancangan guna tanah kawalan pantai. Dasar ini dikekalkan dalam RFN

Jadual 6.1: Polisi dan strategi perancangan guna tanah pelancongan di kawasan persisiran pantai yang terkandung dalam RFN

RFN 11 SUMBER PELANCONGAN SEMULA JADI, KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN WARISAN SEJARAH NEGARA PERLU DIPULIHARA

Langkah-langkah:i. Langkah-langkah perlindungan dan pengurusan

sumber pelancongan perlu dilaksanakan secara efisien dan efektif di semua kawasan sumber pelancongan. Ini termasuklah:a. Kawasan pelancongan perlu dizonkan secara

teratur berdasarkan merit masing-masing untuk melindungi sumber pelancongan daripada dibangunkan secara berlebihan dan terjejas oleh skala pembangunan yang tidak bersesuaian.

b. Kualiti sumber pelancongan perlu dilindungi, dipantau dan diuruskan secara mampan, termasuk merangka had perubahan yang boleh diterima dan perkongsian sumber dengan negeri-negeri bersempadan, oleh satu jawatankuasa khas mengenai pelancongan.

ii. Biodiversiti negara dan koridor pelancongan perlu dipulihara. Pada masa yang sama, skim-skim pentauliahan dan pensijilan sektor pelancongan perlu diberikan kepada produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa dan negara untuk menambah baik prestasi persekitaran masing-masing.

iii. Promosi mengenai keaslian budaya dan warisan hidup negara ini perlu diiktiraf dan diperkukuhkan. Penglibatan masyarakat dalam sektor pelancongan perlu digalak dan dipromosikan agar mereka boleh menyumbang ke arah persefahaman antara budaya dan saling menghormati sesama masyarakat.

Book 1.indb 126 28/04/2017 8:55:55

Page 145: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

127

iv. Perhubungan saling bergantungan di antara pemuliharaan alam sekitar (termasuk pembangunan di KSAS) dengan pelancongan perlu diiktiraf dan digalakkan.

v. Industri pelancongan akan dipertanggungjawabkan terhadap amalan terbaik dalam pemeliharaan persekitaran, dengan mematuhi peruntukan perundangan alam persekitaran dan menggalakkan pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara mampan.

vi. Semua pihak yang berkepentingan dalam industri pelancongan perlu digalakkan untuk mempraktikkan amalan pelancongan berpandukan kod-kod amalan berikut:

a. Menyumbang kepada ekonomi setempat.b. Menghormati budaya dan melabur dalam modal

sosial.c. Mempromosi lawatan dan aktivit i yang

dikendalikan oleh pemandu pelancong tempatan.d. Menggunakan sumber pelancongan secara cekap

dan mampan.e. Pengurusan sisa buangan yang sistematik. f. Komited terhadap pemeliharaan alam sekitar. g. M e m b a n g u n k a n k e u p a y a a n u n t u k

penambahbaikan secara berterusan.h. Menguruskan tapak-tapak pelancongan dalam had

yang boleh diterima.

RFN 12 ZON PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI SETIAP NEGERI PERLU MENEKANKAN PRODUK KHUSUS WILAYAH BERDASARKAN KELEBIHAN LOKASI DAN SUMBER SEDIAADA (PI 11 : Sumber Pelancongan Semula

Langkah-langkah:i. Dasar Pelancongan Negara 2004 perlu dikaji semula

untuk menerapkan aspek spatial dalam pembangunan pelancongan termasuk cadangan pendekatan yang bersesuaian bagi pembangunan pelancongan mampan. Dasar Pelancongan Negara yang dipinda akan mengandungi garis panduan pembangunan dan amalan pengurusan yang akan diguna pakai untuk semua bentuk destinasi pelancongan. Dasar Pelancongan Negara akan menjadi panduan kepada aspek-aspek berikut:-a. Mengelakkan persaingan yang tidak sihat,

meningkatkan usaha saling melengkapi dalam pembangunan pelancongan dan membentuk pakej pelancongan di antara negeri dan negara jiran.

Book 1.indb 127 28/04/2017 8:55:55

Page 146: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

128

Jadi PI 12: Sumber Pelancongan Buatan Manusia)

b. Mencapai kerjasama dan penyelarasan pembangunan pelancongan dan promosi dalam kalangan sektor awam dan pelbagai sektor berkepentingan (sektor swasta, masyarakat dan orang awam).

c. Menggalakkan pelancongan asas masyarakat (berasaskan warisan dan budaya tempatan) dan memudah cara aktiviti pelaburan dalam industri pelancongan.

ii. Produk pelancongan yang berkualiti tinggi perlu disediakan dan dikekalkan dengan: a. Mengenal pasti destinasi pelancongan yang

mempunyai keunikan tersendiri dan keindahan semula jadi yang unggul dengan potensi pelancongan yang tinggi.

b. Memberi suntikan pembaharuan kepada produk-produk pelancongan sedia ada secara berterusan.

c. Mempelbagai dan memperkenalkan produk gabungan dan infrastruktur baru berdasarkan cita rasa pelancong, termasuk keperluan pelancong domestik melalui kajian pasaran yang berterusan serta analisis kelebihan daya saing negara.

iii. Pembangunan poduk-produk pelancongan dalam Zon Pelancongan perlu digalakkan mengikut kelebihan lokasi masing-masing:- a. Meningkatkan tarikan pelancongan membeli-

belah di pusat bandar utama, bandar sempadan dan zon bebas cukai, bagi memaksimumkan faedah ekonomi dari kemasukan pelancong.

b. Pembangunan pelancongan kes ihatan, kese jahteraan, sukan dan acara per lu dipertingkatkan di semua bandar utama yang mempunyai ketersediaan kemudahan sokongan infrastruktur, manakala lebih banyak zon kesejahteraan yang menawarkan perubatan terapi tradisi perlu dipromosikan di destinasi resort persisiran pantai dan luar bandar.

c. Pelancongan perubatan perlu dipertingkatkan di conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan.

d. Pembangunan pelancongan pendidikan perlu dipertingkatkan di pusat-pusat institusi pengajian tinggi sedia ada, manakala bandar-bandar pendidikan baru akan dibangunkan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi perkembangan para penuntut dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian.

Book 1.indb 128 28/04/2017 8:55:55

Page 147: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

129

e. Kepentingan negara sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Seminar dan Pameran (MICE) perlu disokong dengan pembangunan infrastruktur yang berterusan di bandar-bandar utama.

f. Ekopelancongan berasaskan alam semula jadi perlu dibangunkan secara mampan dan dipromosikan di kawasan semula jadi seperti tanah tinggi, kawasan persisiran pantai, pulau taman laut, taman negara dan negeri, tapak geologi, tanah bencah, tapak RAMSAR, tapak pendaratan burung dan penyu dan habitat kelip-kelip.

g. Sumber dan produk pelancongan kepelbagaian budaya yang asli dan warisan sejarah perlu dibangunkan secara mampan, dipelihara dan dipromosikan di bandar-bandar warisan, zon dan tapak warisan serta daerah luar bandar.

RFN 13 INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PELANCONGAN BERKUALITI TINGGI PERLU DISEDIAKAN BAGI MEMPERTINGKATKAN KESELESAAN DAN KESELAMATAN PELANCONG TANPA MENJEJASKAN KUALITI ALAM SEKITAR

Langkah-Langkah: i. Bandar pintu masuk ke destinasi ekopelancongan dan

kepulauan perlu digalakkan untuk memperluaskan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan seperti kemudahan penginapan, pengangkutan, agensi pelancongan, pemandu pelancong berlesen, makanan dan minuman dan cenderahati.

ii. Industri pelancongan perlu digalakkan untuk bersedia menghadapi krisis dan situasi bencana seperti perancangan kemudahan pemindahan semasa kecemasan, tindak balas kecemasan dan daya ketahanan masyarakat.

iii. Sistem pengangkutan (udara, air, kereta api dan jalan raya) dan aksesibiliti yang cekap dan komprehensif perlu dirancang dan ditambah baik untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan pakej pelancongan bersepadu. Ini termasuk keperluan untuk menyediakan:

a. Laluan persisiran pantai dengan pemandangan yang menarik sebagai tarikan pelancongan bagi kawasan luar bandar.

b. Tahap aksesibiliti yang tinggi bagi semua zon atau produk pelancongan.

c. Laluan kecemasan, kemudahan pemindahan semasa kecemasan serta lain-lain aspek keselamatan perjalanan dan aktiviti pelancong dalam zon-zon pelancongan, yang dipantau secara berkala oleh pihak berkuasa, agensi berkaitan dan pengusaha resort.

Book 1.indb 129 28/04/2017 8:55:55

Page 148: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

130

iv. Kemudahan penginapan yang berkualiti dan bersih dengan harga berpatutan perlu disediakan untuk memenuhi semua segmen pasaran pelancong. Kemudahan ini perlu disediakan dengan skala yang bersesuaian serta berdekatan dengan kemudahan sokongan pelancongan dan infrastruktur, berdasarkan permintaan pelancong dan di dalam had yang boleh diterima bagi kawasan terlibat.

v. Kemudahan sokongan seperti teknologi maklumat, tandas awam yang bersih, kemudahan penukaran wang asing, kemudahan transit, peti keselamatan, serta kemudahan-kemudahan lain untuk keperluan pelancong domestik, pelancong berkeluarga dan pengembara perlu disediakan dalam zon pelancongan.

vi. Penyelenggaraan infrastruktur yang berterusan dan sokongan kewangan yang mencukupi perlu disediakan untuk melindungi produk pelancongan serta memastikan kepuasan para pelancong dapat dipenuhi.

RFN 24 EKOSISTEM PERSISIRAN PANTAI DAN MARIN YANG SENSITIF PERLU DILINDUNGI DAN DIGUNAKAN SECARA MAMPAN (PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif)

Langkah-langkah:

i. Penambakan persisiran pantai tidak digalakkan kecuali untuk pembangunan pelabuhan strategik berkepentingan negara. Penambakan persisiran pantai tidak dibenarkan di dalam atau bersempadan dengan ekosistem yang sensitif seperti taman laut, hutan paya bakau, tanah lumpur, terumbu karang, padang rumput laut, kawasan pendaratan penyu, dan pantai pelancongan utama. Semua cadangan yang melibatkan penambakan persisiran pantai perlu dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara.

ii. Pelan Tindakan Kebangsaan untuk tanah bencah perlu dirumuskan untuk memastikan penggunaan bijak dan pengurusan tanah bencah semula jadi secara mampan. Tukar syarat tanah bencah semula jadi untuk kegunaan lain hanya dibenarkan untuk pembangunan infrastruktur yang kritikal di kawasan tanah bencah yang dikenal pasti memiliki nilai rendah dalam menampung biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem.

iii. Kawasan rumput laut, yang merupakan habitat tanah bencah kritikal untuk perikanan marin dan pemuliharaan dugong, perlu diwartakan sebagai kawasan perlindungan. Pelan Tindakan Rumput Laut Kebangsaan perlu dirumuskan bagi menjamin perlindungan kawasan rumput laut yang penting.

Book 1.indb 130 28/04/2017 8:55:55

Page 149: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

131

iv. Pelan Tindakan Kebangsaan Untuk Penyu Laut perlu dirujuk dan diterima pakai. Tapak penetasan utama bagi penyu dan tuntung perlu dilindungi. Ini termasuklah pantai Pasir Panjang (Perak), Pantai Cherating (Pahang), Chakar Hutang, Penarik, Telaga Papan, Geliga dan Pantai Kijal (Terengganu), Pulau Upeh, Padang Kemunting, Pasir Gembur, Pantai Kem Terendak (Melaka) dan kesemua Pusat Pemuliharaan dan Pengurusan Penyu Marin. Selain itu, tapak penetasan yang lain perlu dikenal pasti dan dikategorikan sebagai KSAS Tahap 1. Kesemua tapak yang mengalami kemerosotan perlu dibaik pulih.

v. Tapak persinggahan beburung air yang berkepentingan antarabangsa perlu dipulihara dan diurus secara mampan. Tapak-tapak ini terletak di pantai barat, khususnya Teluk Air Tawar-Kuala Muda di Kedah dan Seberang Perai, Hutan Paya Bakau Larut-Matang di Perak dan persisiran pantai utara-tengah di Selangor.

vi. Pulau-pulau dalam taman laut perlu diuruskan dengan kaedah yang akan melindungi kekayaan biodiversiti marin di perairan persekitarannya. Pembangunan dan pengurusan pelancongan di pulau-pulau ini perlu selaras dengan Pelan Pengurusan Taman Marin berkenaan. Sistem pengurusan sisa pepejal dan air kumbahan yang bersesuaian perlu dibangunkan.

vii. Perancangan dan pembangunan kawasan persisiran pantai harus mengambil kira strategi dan cadangan yang terkandung dalam Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara, Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) dan lain-lain pelan pengurusan pantai yang berkaitan.

viii.Pengurusan Perikanan Berasaskan Ekosistem (EBFM) digunakan sebagai satu instrumen pengurusan untuk memastikan pengurusan perikanan marin secara mampan. Tindakan pemuliharaan spesifik berdasarkan EBFM perlu merangkumi rancangan pemulihan dan pengurusan perikanan untuk semua ikan-ikan utama serta mewartakan kawasan tambahan bagi Kawasan Larangan Tangkapan Ikan dan habitat perikanan yang penting.

Sumber: RFN – 2 (2011)

Book 1.indb 131 28/04/2017 8:55:55

Page 150: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

132

Ke-2 dengan penambahbaikan kepada langkah pelaksanaan. RFZPPN juga selaras dengan Strategi 6 Draf Dasar Zon Persisiran Pantai Negara yang disediakan pada tahun 2000. Strategi tersebut mencadangkan supaya satu perancangan spatial disediakan sebagai satu alat Integrated Coastal Zone Management (ICZM).

RFZPPN mempunyai 5 Tema dan 10 Strategi yang akan menjadi panduan kepada perancangan, pembangunan dan pengurusan mampan bagi zon persisiran pantai negara (Jadual 6.2). Pelaksanaan rangka kerja RFZPPN akan menggabungkan pelaksanaan Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP2) dengan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Persisiran Pantai (KSASPP) dan Pelan Risiko Bencana Persisiran Pantai serta analisis Unit Perancangan. JPS membentuk ISMP untuk Pahang dan Negeri Sembilan, manakala ISMP untuk Pulau Pinang dan Melaka masih dalam proses pembentukan. Tambahan pula, dua peringkat wilayah ISMP telah disediakan, iaitu bagi Wilayah Iskandar (di Johor) oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Pelan Pengezonan Persisiran Pantai Bersepadu bagi Pelabuhan Klang dan Kuala Langat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). ISMP yang akan disediakan untuk negeri-negeri lain juga perlu konsisten dengan prinsip dan strategi RFZPPN (RFZPPN 2012).

Inisiatif utama yang digariskan di bawah RFZPPN bagi pembangunan mampan pelancongan di persisiran pantai adalah menentukan zon pelancongan untuk memulihara landskap persisiran pantai yang unik dan sumber-sumber kebudayaan, khazanah dan ekologi. Panduan Pengezonan Guna Tanah Persisiran Pantai yang terkandung dalam RFZPPN boleh digunakan untuk semua kawasan sepanjang zon persisiran pantai Semenanjung Malaysia, di dalam 1 kilometer ke arah darat dari purata air surut rendah. Panduan ini disarankan kegunaannya dalam penyediaan dan kajian semula RT yang mempunyai kawasan persisiran pantai sebagai bagi menentukan fungsi dan kegunaan yang sesuai dilaksanakan di kawasan persisiran pantai mengikut jenis lokasi iaitu bandar, separa bandar dan luar bandar dengan mengambil kira prinsip dan strategi RFZPPN dan ciri-ciri unik zon persisiran pantai, ekosistem asli daratan dan marin serta risiko bencana persisiran pantai. Kategori pengezonan guna tanah yang digunakan adalah sama dengan kategori guna tanah yang digunakan di dalam RT. Tiga jenis kawalan panduan diperkenalkan untuk membantu pihak berkuasa perancangan membuat keputusan pembangunan guna tanah di dalam kawasan zon persisiran pantai iaitu:

i. Kegunaan yang disyorkanii. Kegunaan yang tidak disyorkaniii. Disyorkan dengan syarat3

Book 1.indb 132 28/04/2017 8:55:55

Page 151: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

133

Jadual 6.2: Polisi dan strategi perancangan guna tanah pelancongan di kawasan persisiran pantai yang terkandung dalam RFZPPN

TEMA STRATEGI LANGKAH-LANGKAH

TEMA 1: MEMULIHARA BIODIVERSITI Persisiran PANTAI

RFZPPN 1: Biodiversiti Daratan dan Marin di Zon Persisiran Pantai, Termasuklah Spesies, Habitat dan Ekosistem Perlu Dipulihara dan Diuruskan Secara Mampan

i. Sebuah rangkaian habitat persisiran pantai, yang merangkumi semua kawasan yang telah dikenal pasti sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Persisiran Pantai (KSASPP) Tahap 1 dalam RFZPPN akan diwujudkan. Kawasan-kawasan ini yang mengandungi habitat semula jadi kawasan persisiran pantai yang paling penting di Semenanjung Malaysia, perlu dilindungi melalui pewartaan sebagai Kawasan Perlindungan dengan menggunakan undang-undang yang bersesuaian.

ii. Pelan Pengurusan Bersepadu (PPB) perlu disediakan untuk setiap kawasan KSASPP Tahap 1. Butir-butir penting yang diperlukan untuk pemuliharaan, penggunaan dan pengurusan kawasan-kawasan ini seperti saiz, komposisi dan ekologi perlu dikumpul melalui kajian-kajian terperinci semasa penyediaan PPB.

iii. Kawasan KSASPP Tahap 1 yang paling unik dan penting perlu diberi keutamaan untuk diwartakan sebagai kawasan perlindungan dan dicadangkan sebagai tanah lembap yang berkepentingan antarabangsa (tapak RAMSAR). Kawasan-kawasan ini adalah Tanah Lembap Setiu, Tanah Lembap Sedili Kecil, Paya Bakau Matang, Tanah Lembap Sungai Pulai-Merambong, persisiran Teluk Air Tawar-Kuala Muda dan Kepulauan Klang.

iv. Habi ta t semula jad i yang selebihnya perlu diklasifikasi dan diuruskan sebagai KSASPP Tahap 2, di mana tumpuan akan diberikan kepada pemuliharaan dan penggunaan lestari habitat tersebut.

Book 1.indb 133 28/04/2017 8:55:55

Page 152: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

134

v. KSASPP Tahap 1 dan Tahap 2 perlu dikaji dan dipetakan oleh agensi-agensi yang berkaitan untuk mengenal pasti saiz habitat dan lokasi-lokasi penting dalam habitat tersebut (contohnya kawasan pembiakan atau kawasan bekalan makanan bagi spesies terancam). Seterusnya program pemantauan akan dilaksanakan dengan menggunakan Remote Sensing dan tinjauan tapak untuk memastikan kadar perubahan yang telah berlaku.

vi. Zon penampan perlu disediakan di sekeliling kawasan KSASPP Tahap 1 dan Tahap 2. Kelebaran zon-zon penampan yang bersesuaian (di sepanjang daratan dan lautan bersebelahan dengan kawasan-kawasan ini) perlu ditentukan untuk setiap kawasan berdasarkan keperluan ekologi dan halangan di kawasan tersebut.

vii. Hutan Simpan Kekal t idak dibenarkan untuk penyahwartaan.

RFZPPN 2: Nilai Ekonomi Bagi Perkhidmatan Ekosistem Serta Kemerosotannya yang Berpunca daripada Kesan Pembangunan Perlu diambil kira dalam Keputusan Perancangan dan Pembangunan

i. Nilai keseluruhan perkhidmatan ekosistem yang dibekalkan oleh ekosistem persisiran pantai dan biodiversiti yang menyokong perkhidmatan-perkhidmatan ini perlu dinilai dan diambil kira dalam penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan serta dalam sebarang penilaian cadangan pembangunan utama di kawasan persisiran pantai.

ii. In s t rumen ekonomi pe r lu digunakan untuk mengambil kira nilai perkhidmatan ekosistem da lam pembangunan . I n i termasuklah

a. Memasukkan nilai kehilangan perkhidmatan ekosistem ke dalam kos pembangunan. Ini boleh dilakukan dalam bentuk levi pemeliharaan dan penilaian tanah;

Book 1.indb 134 28/04/2017 8:55:55

Page 153: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

135

b. Memasukkan nilai kehilangan perkhidmatan ekosistem (akibat kehilangan mata pencarian) ke dalam pakej pampasan kepada komuniti-komuniti yang telah terjejas.

TEMA 2: MEWUJUDKAN ZON Persisiran PANTAI YANG DINAMIK

RFZPPN 3: Zon Persisiran Pantai dan Aset Ekonominya Perlu dilindungi daripada Ancaman Bencana Persisiran Pantai Melalui Langkah-Langkah Pencegahan.

i. Semua kawasan lain di luar KSASPP Tahap 1 dan Tahap 2, dalam lingkungan 1 kilometer daripada purata paras air surut perbani (tetapi lebih jauh ke dalam di kawasan muara sungai, bergantung kepada rejim banjir tempatan) perlu diklasifikasikan sebagai KSASPP Tahap 3, iaitu kawasan yang terdedah kepada ancaman persisiran pantai.

ii. Pelan Risiko Bencana Persisiran Pantai yang disediakan dalam RFZPPN perlu digunakan sebagai panduan untuk perancangan guna tanah dalam kawasan KSASPP Tahap 3. Pelan Risiko Bencana Persisiran Pantai yang lebih terperinci perlu disediakan di peringkat Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.

iii. Bagi kawasan yang mempunyai risiko bencana persisiran pantai yang tinggi, tindakan perlu diambil sama ada untuk melindungi, menyesuaikan atau mengundur daripada kawasan persisiran pantai. Persisiran pantai yang mempunyai risiko bencana yang tinggi perlu dilindungi dalam situasi yang berikut:

a. Persisiran pantai telah pun dibangunkan dengan pesat dan mengandungi infrastruktur kritikal, di mana kos untuk perlindungan adalah lebih rendah daripada nilai tanah dan harta yang akan hilang a k i b a t k e s a n b e n c a n a persisiran pantai.

b. Ekonomi dan budaya tempatan amat bergantung kepada sumber persisiran pantai dan marin.

Book 1.indb 135 28/04/2017 8:55:55

Page 154: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

136

c. Kaedah perlindungan tidak akan mengakibatkan hakisan tanah yang serius kepada kawasan-kawasan pantai bersebelahan serta kehilangan sumber-sumber semula jadi persisiran pantai dan marin yang menampung ekonomi tempatan. Persisiran pantai yang menghadapi risiko bencana yang tinggi tetapi tahap kerentanan yang rendah (iaitu densiti penduduk rendah dan tiada infrastruktur kritikal) boleh diuruskan dengan menggunakan pengezonan t e r h a d , p e n g u n d u r a n terancang dan pembelian tanah secara sukarela.

iv. Pembinaan bangunan baru di semua kawasan pantai berpasir hanya akan dibenarkan pada jarak minimum 60 meter ke arah daratan dari purata air pasang perbani. Paras minimum anjakan belakang yang lebih lebar akan ditetapkan untuk kawasan tanah rendah yang kurang daripada 2 meter melebihi purata paras air pasang perbani, serta kawasan lain di mana

perlu. Pewartaan rizab depan persisiran pantai perlu digunakan untuk menguatkuasakan anjakan belakang tersebut.

v. Kaedah kawalan pembangunan seperti mengenakan syarat-syarat rekabentuk pembangunan dan pembinaan akan digunakan di kawasan yang menghadapi risiko bencana yang tinggi untuk mengurangkan tahap kerosakan yang bakal berlaku kepada pembangunan baru dan pembangunan semula.

vi. Risiko bencana tsunami perlu dimasukkan ke dalam perancangan spatial dan penilaian cadangan-cadangan pembangunan utama di kawasan KSASPP Tahap 3 di kawasan pantai barat (dari Negeri Perlis ke Pelabuhan Klang) yang terdedah kepada ancaman tsunami.

Book 1.indb 136 28/04/2017 8:55:56

Page 155: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

137

vii. Jaluran paya bakau persisiran pantai yang sedia ada tidak boleh ditukar guna kepada kegunaan tanah yang lain dan aktiviti penanaman semula paya bakau perlu digalakkan.

viii. Strategi Adaptasi Kebangsaan Perubahan Iklim untuk Kawasan Persisiran Pantai perlu dibentuk. Strategi ini akan dibentuk berdasarkan antaranya kajian terperinci ke atas kenaikan paras air laut dan pemetaan digital bentuk muka bumi untuk mengenal pasti dan memetakan kawasan yang mempunyai tahap kerentanan yang tinggi kepada kenaikan paras air laut.

TEMA 3: PEMBANGUNAN MAMPAN ZON Persisiran PANTAI

RFZPPN 4: Pembangunan Petempatan di Persisiran Pantai Perlu di Rancang Untuk Memaksimumkan Manfaat Sosioekonomi dalam Bentuk dan Skala yang Bersesuaian Bagi Melindungi Sumber-Sumber Asli Persisiran Pantai yang Sensitif Serta Berharmoni dengan Proses-Proses Semula Jadi Persisiran Pantai.

i. Perkembangan bandar dan luar bandar tidak boleh mengakibatkan kehi langan atau degradasi kawasan KSASPP Tahap 1 dan KSASPP Tahap2.

ii. Semua pembangunan bandar dan luar bandar baru perlu merujuk kepada Panduan Pengezonan Guna Tanah Persisiran Pantai yang disediakan oleh RFZPPN.

iii. Perkembangan petempatan bandar dan luar bandar perlu mengelakkan kawasan risiko bencana persisiran pantai yang tinggi. Bandar sedia ada yang terdedah kepada risiko bencana persisiran pantai akan dilindungi d e n g a n l a n g k a h - l a n g k a h perlindungan persisiran pantai. Petempatan luar bandar yang terdedah kepada risiko bencana persisiran pantai akan ditempatkan semula di kawasan jauh dari persisiran pantai sekiranya perlu.

iv. Bandar sedia ada perlu dikekalkan padat dan diasingkan secara fizikal melalui pengenalpastian sempadan bandar yang jelas. Pembangunan masa depan bandar-bandar perlu difokuskan kepada pembangunan infill serta pembangunan semula bandar dan bukan pengembangan petempatan.

Book 1.indb 137 28/04/2017 8:55:56

Page 156: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

138

v. Pembangunan industri perlu dihadkan kepada zon industri yang ditetapkan, di mana zon penampan yang secukupnya perlu disediakan untuk memisahkan kawasan industr i daripada petempatan manusia dan kawasan KSASPP.

vi. Pembangunan perlu dijalankan tanpa menjejaskan nilai-nilai identiti yang unik, sejarah dan nilai warisan bagi infrastruktur, petempatan dan landskap. Infrastruktur dan tapak sejarah atau warisan yang signifikan perlu diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Hanya pembangunan yang melibatkan pemulihan dan penggiatan semula kawasan tersebut akan disokong.

vii. Setakat mana yang praktikal, persisiran pantai di luar sempadan bandar perlu dipelihara dalam keadaan semula jadi a tau dikekalkan seperti sedia ada.

viii. Pembangunan guna tanah di pulau-pulau dalam lingkungan Taman Laut perlu mematuhi Pelan Pe n g u r u s a n Ta m a n L a u t . Sehubungan itu, RKK perlu disediakan untuk Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

ix. Pembangunan petempatan di kawasan pantai perlu mematuhi Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Pantai, JPBD Semenanjung Malaysia dan Garis Panduan Kawalan Hakisan Bagi Projek Pembangunan di Kawasan Pantai (JPS 1/97).

Book 1.indb 138 28/04/2017 8:55:56

Page 157: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

139

RFZPPN 5: Pembangunan Infrastruktur Sepanjang Zon Persisiran Pantai Perlu dirancang dan diuruskan dengan Mengamalkan Prinsip Memberi Manfaat Kepada Orang Ramai, Mengelakkan daripada Kemusnahan Alam Semula Jadi dan Meminimumkan Gangguan Proses Semula Jadi Persisiran Pantai.

i. Infrastruktur utama baharu yang tidak perlu diletakkan berhampiran dengan kawasan persisiran pantai, tidak akan ditempatkan dalam kawasan KSASPP Tahap 3. Keutamaan perlu diberi kepada infrastruktur utama baharu yang bergantung kepada persisiran pantai (pelabuhan, limbungan kapal, marina, loji janakuasa) dan juga perkembangan infrastruktur tersebut. Walau bagaimanapun, infrastruktur ini tidak akan ditempatkan dalam kawasan yang mempunyai risiko bencana persisiran pantai yang tinggi.

ii. S e b a r a n g p e m b a n g u n a n infrastuktur utama yang baharu dalam kawasan KSASPP Tahap 3 hanya akan dibenarkan dengan syarat-syarat berikut:

a. Memberi impak minimum kepada keseimbangan semula jadi persisiran pantai dan proses-proses persisiran pantai.

b. Memberi impak minimum kepada kestabilan kawasan tapak projek dan persisiran pantai bersebelahannya, termasuk pantai dan kawasan depan persisiran.

c. Memberi impak minimum kepada habitat semula jadi terutamanya kawasan KSASPP Tahap 1 dan Tahap 2 serta perkhidmatan ekosistemnya.

iii. Tiada pelabuhan baharu boleh dibina sebelum Kajian Pelan Induk Pelabuhan Negara yang dicadangkan dalam Rancangan Fizikal Negara Ke-2 disediakan.

iv. Pembinaan pelabuhan perlu mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar dan dikemukakan ke Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat.

Book 1.indb 139 28/04/2017 8:55:56

Page 158: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

140

v. Pelan pengurusan alam sekitar dan ekologi perlu disediakan untuk pelabuhan persekutuan dan negeri sedia ada, loji janakuasa serta industry petrokimia dan maritim yang terletak di persisiran pantai. Pelan yang akan disediakan dan diguna pakai oleh pihak pengurusan kemudahan ini, akan mengambil kira pemuliharaan hab i ta t semula jad i se r ta menetapkan objektif dan sasaran pemuliharaan tahunan.

vi. Infrastuktur yang berperanan menampung fungsi sokongan hidup kritikal atau diperlukan pada masa kecemasan seperti hospital, balai bomba, infrastruktur komunikasi, lapangan terbang serta infrastruktur komuniti yang penting seperti sekolah dan pejabat daerah perlu ditempatkan jauh daripada kawasan KSASPP 3.

vii. Infrastruktur awam seperti jeti perikanan dan taman rekreasi akan dibangunkan dan dinaik taraf sekiranya perlu.

TEMA 4: PENGGUNAAN MAMPAN SUMBER Persisiran PANTAI

RFZPPN 6:Penambakan Laut di Zon Persisiran Pantai Hanya dibenarkan Sekiranya Dapat dibuktikan bahawa Manfaat Ekonomi yang diperoleh daripada Aktiviti Ini Jelas Mengatasi Kos Sosial dan Alam Sekitar.

i. Semua cadangan penambakan laut perlu dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara.

ii. Penambakan laut tidak akan d iga lakkan kecua l i un tuk pembangunan pelabuhan strategik yang mempunyai kepentingan nasional. Penambakan laut untuk tujuan menghasilkan pulau tiruan baru tidak akan dibenarkan.

iii. Penambakan laut hanya akan dipertimbangkan dengan syarat-syarat berikut:a. Ia adalah penting untuk

mengawal hakisan atau bagi tujuan penambakan pantai, atau mengembalikan tanah yang telah terhakis.

b. Tidak akan menjejaskan rejim hidrologi semula jadi persisiran pantai dan proses persisiran pantai.

Book 1.indb 140 28/04/2017 8:55:56

Page 159: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

141

c. Tidak akan menjejaskan kestabilan kawasan projek dan persisiran pantai bersebelahan, termasuk pantai dan kawasan depan persisiran.

d. Tidak akan menjejaskan habitat semula jadi terutamanya KSASPP Tahap 1 dan Tahap 2 s e r t a p e r k h i d m a t a n ekosistemnya.

e. Faedah projek penambakan l a u t d a l a m b e n t u k pertumbuhan ekonomi dan kebaikan kepada masyarakat nyata sekali melebihi kos sosial dan alam sekitar.

iv. Semua kerja penambakan laut yang meliputi keluasan 20 hektar ke atas perlu mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar.

RFZPPN 7:Kerja-Kerja Pengorekan dan Perlombongan Perlu Dijalankan dalam Bentuk dan Skala yang Memberi Impak Minimum Kepada Ekosistem Semula Jadi Atau Proses Semula Jadi Persisiran Pantai.

i. A k t i v i t i p e n g o r e k a n d a n perlombongan dalam perairan persisiran pantai, termasuk p e m b u a n g a n b a h a n s i s a hanya boleh dilakukan dengan syaratsyarat berikut:a. I a m e s t i l a h d i l a k u k a n

untuk kebaikan masyarakat c o n t o h nya k e r j a - k e r j a pengorekan untuk pendalaman alur pelayaran.

b. Memberi impak minimum kepada rejim hidrologi semula jadi persisiran pantai dan proses-proses persisiran pantai.

c. Memberi impak minimum kepada kestabilan kawasan projek dan persisiran pantai bersebelahan, termasuk pantai dan kawasan foreshore.

d. Memberi impak minimum k e p a d a s e m u l a j a d i t e r u t a m a n y a K S A S P P Tahap 1 dan Tahap 2 serta perkhidmatan ekosistemnya.

Book 1.indb 141 28/04/2017 8:55:56

Page 160: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

142

e. Memberi impak minima kepada kualiti air marin terutamanya akibat gangguan daripada enapan yang telah tercemar.

ii. Setiap negeri perlu mengenal pasti lokasi dan kedalaman yang sesuai untuk perlombongan pasir berdasarkan kajian hidrologi, hidraulik, geologi dan ekologi.

iii. Semua kerja-kerja perlombongan dan pengorekan pasir perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan un tuk kelulusan kebenaran merancang.

RFZPPN 8:Perancangan dan Pengurusan Industri Perikanan Persisiran Pantai Perlu Ditumpukan Ke Arah Memantapkan Kemampanan Ekonomi dan Alam Sekitar.

Penangkapan Ikan di Persisiran Pantaii. Program Pengurusan Perikanan

Berasaskan Ekosistem (EBFM) perlu dimulakan di setiap daerah perikanan persisiran pantai untuk menampung perikanan persisiran pantai. Inisiatif yang perlu dilaksanakan adalah:a. Kajian saintifik dan usahasama

dengan nelayan tempatan.b. Mengenal pas t i habi ta t

semula jadi utama yang akan dilindungi di bawah akta yang bersesuaian untuk mengelakkan penukaran atau tebus guna tanah di kawasan ini kepada jenis guna tanah yang lain.

c. Mengenal pasti rejim perikanan seperti mewujudkan zon larangan tangkapan bermusim yang akan berfungsi sebagai santuari untuk membolehkan stok ikan pulih secara semula jadi.

ii. Di mana perlu, jeti perikanan akan dibangunkan atau dinaik taraf.

Akuakultur Persisiran Pantaii. Pembangunan akuakultur dan

infrastruktur berkaitan tidak mengakibatkan pemusnahan tanah lembap semula jadi.

Book 1.indb 142 28/04/2017 8:55:56

Page 161: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

143

ii. Pe ra tu ran-pera tu ran per lu diwujudkan untuk menjaga dan menguruskan industri akuakultur. Ini termasuklah syarat-syarat yang menentukan had pengeluaran efluen dan pemilihan kawasan.

iii. Kultur sangkar perlu ditempatkan di muara sungai dan kawasan luar persisiran yang telah dizonkan sebagai kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA), jauh daripada pantai pelancongan. Dalam pemilihan kawasan, keutamaan perlu diberi kepada kawasan yang menyediakan pancuran dan penyebaran bahan buangan dan nutrien pada tahap optima. Penilaian alam sekitar dan ekologi perlu dijalankan untuk menentukan kesesuaian tapak cadangan. Tahap tampungan untuk se t iap Zon Indus t r i Akuakultur yang berkaitan dengan jumlah sangkar maksimum perlu dikenal pasti untuk memastikan bahawa pencemaran air daripada aktiviti akuakultur berada pada tahap yang boleh diterima.

iv. Kajian feasibiliti akan dijalankan untuk menentukan langkah-langkah yang bersesuaian bagi kolam-kolam akuakultur yang telah ditinggalkan. Secara umum, kolam-kolam ini boleh dipulihkan dan digabungkan untuk digunakan semula ataupun dikembalikan kepada keadaan asal semula jadi.

v. Semua kawasan akuakultur adalah digalakkan untuk mengambil pendekatan berperingkat untuk dipersijilkan di bawah Skim Persijilan Amalan Akuakultur Te rba i k yang d i i k t i ra f d i peringkat antarabangsa untuk mempromosikan amalan yang mengambil berat tentang alam sekitar dan mesra alam.

Book 1.indb 143 28/04/2017 8:55:56

Page 162: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

144

vi. Dataran lumpur yang penting untuk industri kerang perlu diuruskan sebagai kawasan KSASPP Tahap 2. Tiada pembangunan yang akan dibenarkan di dalam dan di sekitar kawasan ini terutamanya jaluran paya bakau yang berhampiran.

RFZPPN 9: PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN DI ZON PERSISIRAN PANTAI PERLU TERTUMPU KEPADA ASPEK PEMULIHARAAN, PENGEKALAN DAN PENINGKATAN NILAI-NILAI KHAZANAHNYA YANG UNIK, ESTETIK DAN SEMULA JADI YANG MEMBENTUK DAYA TARIKAN UTAMA KAWASAN TERSEBUT.

i. K a w a s a n - k a w a s a n y a n g mempunyai atribut pemandangan, ekologi, kebudayaan atau warisan yang penting perlu dizonkan sebagai kawasan pelancongan persisiran pantai. Zon persisiran pantai yang mempunyai potensi pelancongan besar termasuk:• Kawasan Setiu (Terengganu) • Kawasan di antara Yan dan

Kuala Muda, termasuk Lembah Bujang (Kedah).

• Kawasan di antara Desaru dan Sungai Sedili Kecil (Johor)

• Kawasan di antara Nenasi dan Pekan (Pahang)

• Tumpat, Bachok dan Delta Kepulauan Sungai Kelantan (Kelantan)

• Kuala Selangor (Selangor)

ii. Pembangunan infrastruktur pelancongan atau rekreasi perlu bersesuaian dengan nilai-nilai landskap, kebudayaan, warisan dan ekologi persisiran pantai serta tahap tampungan kawasan tersebut.

iii. H o t e l , g e r a i m a k a n d a n infrastruktur berkait dengan p e l a n c o n g a n t i d a k a k a n dibenarkan di dalam kawasan zon pasang surut. Sebarang infrastruktur pelancongan utama baharu dalam KSASPP Tahap 3 hanya akan dibenarkan dengan syarat-syarat berikut:

a. Tidak akan menjejaskan keseimbangan semula jadi persisiran pantai dan proses persisiran pantai.

Book 1.indb 144 28/04/2017 8:55:56

Page 163: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

145

b. Tidak akan menjejaskan kes tabi lan lokas i tapak projek dan persisiran pantai bersebelahannya, termasuk pantai dan kawasan depan persisiran.

c. Tidak akan menjejaskan habitat semula jadi terutamanya KSASPP Tahap 1 dan Tahap 2 s e r t a p e r k h i d m a t a n ekosistemnya.

iv. Inisiat i f pelancongan yang mendatangkan faedah kepada masyarakat tempatan, alam sek i ta r dan ekolog i per lu disokong. Pengusaha-pengusaha pe lancongan te ru tamanya pengusaha hotel akan digalakkan u n t u k m e n g i k u t K r i t e r i a Pelancongan Mampan Sedunia (GSTC).

v. Pengurusan sisa pepejal bersepadu termasuklah kaedah pengurangan, penggunaan semula, k i ta r semula dan pengomposan akan dilaksanakan di semua pulau pelancongan dan juga pantai-pantai pelancongan seluruh negara. Tapak pelupusan sisa pepejal tidak boleh dibangunkan di zon persisiran pantai.

vi. Laluan awam ke kawasan pantai perlu disediakan dan diselenggara. Kawasan yang mencukupi akan dizonkan untuk tujuan rekreasi awam.

TEMA 5: MEMPERTINGKATKAN KUALITI AIR MARIN

RFZPPN 10:Kualiti air marin perlu dipertingkatkan untuk memastikan ekosistem marin yang sihat dan dapat menyokong pelbagai kegunaan sumber-sumber persisiran pantai.

i. Pemasangan sistem rawatan air buangan domestik adalah diperlukan untuk semua pasar basah dan kedai-kedai makanan yang terletak dalam kawasan persisiran pantai. Langkah-langkah fiskal seperti pengurangan kadar cukai boleh digunakan untuk menggalakkan pemasangan sistem ini.

ii. Sistem rawatan kumbahan yang primitif di kawasan perumahan luar bandar perlu dinaik taraf.

Book 1.indb 145 28/04/2017 8:55:56

Page 164: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

146

iii. Tindakan perlu dijalankan untuk mengkaji Piawaian Interim Kualiti Air Marin Kebangsaan dengan mengambil kira kelas kualiti air yang diperlukan untuk menyokong jenis kegunaan berfaedah perairan persisiran pantai.

iv. Alur limpah marin bawah laut sedia ada di pantai-pantai pelancongan dan rekreasi akan digabungkan di lokasi sesuai supaya ianya tidak menjejaskan nilai rekreasi pantai-pantai tersebut. Reka bentuk dan lokasi untuk semua alur limpah marin bawah laut utama akan tertakluk kepada kajian hidraulik persisiran pantai dan penilaian impak alam sekitar.

v. Kajian perlu dijalankan untuk mengena l pas t i kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan untuk melepaskan air buangan terutama sekali di Taman Laut serta kawasan-kawasan lain yang mempunyai ekosistem sensitif (KSASPP Tahap 1).

Sumber: RFZPPN, 2012

RFZPPN yang disediakan, seperti RFN, adalah sebuah dokumen dasar perancangan dan bukan pelan pembangunan statutori. Oleh itu, semua strategi dan output dalam RFZPPN akan diterjemahkan ke dalam RS, RT dan RKK serta dalam penilaian dan kelulusan permohonan perancangan bagi cadangan pembangunan yang akan memberi asas perundangan untuk pelaksanaan RFZPPN (Rajah 6.3). JPBD sebagai ejen pelaksana RFZPPN juga akan menggabungkan cadangan-cadangan daripada ISMP yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ke dalam pelan-pelan pemajuan melalui kaedah berikut: i. Pengarah JPBD Negeri masing-masing mengkaji peruntukan RFZPPN

(dan ISMP sekiranya wujud), bersama dengan RFN serta dasar-dasar nasional yang lain termasuk dasar ekonomi, sosial, fizikal, alam sekitar dan pemuliharaan semasa menyediakan RSN, RT dan RKK.

ii. Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) merujuk kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat dalam mempertimbangkan sama ada untuk meluluskan Draf RS dan Draf RT.

Book 1.indb 146 28/04/2017 8:55:56

Page 165: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

147

Perancangan guna tanah pelancongan di peringkat negeri dan tempatan

Rancangan Struktur Negeri (RSN) merupakan rancangan pemajuan bagi peringkat negeri yang selaras dengan dasar dan strategi RFN. Oleh kerana RSN adalah dokumen yang diwartakan, ia menyediakan asas perundangan untuk melaksanakan dasar-dasar yang terkandung dalam RFN dan juga RFZPPN bagi pengurusan mampan pelancongan di kawasan persisiran pantai. RSN adalah suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan luar bandar, termasuklah langkah-langkah untuk (1) memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal; (2) memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalu lintas; (3) pembaikan tahap sosioekonomi, penggalakan pertumbuhan  ekonomi; (4) mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan luar bandar; dan (5) memudahkan pembangunan secara mampan. Fungsi Rancangan Struktur adalah:

Output Utama

RFZPPN

Prinsip dan

Strategi

Pelan RisikoBencana

Persisiran Pantai

KSASPersisiran

Pantai

PanduanPengezonanGuna Tanah

Persisiran Pantai

Kajian Semula

RancanganStruktur

Kajian Semula

RancanganTempatan

Polisi dan LangkahZon PersisiranPantai Negeri

Konsep Pembangunan Negeri dan StrategiPembangunan Korido Negeri dan Hierarki Bandar

Projek PerdanaPersisiran

Pantai Negeri

Pelan Pengezonan Persisiran Pantai Negeri Sebagai Sebahagian

Daripada Gambarajah Utama

Kelas KegunaanGuna Tanah

Daerah

Strategi dan Konsep Pembangunan Daerah Persisiran Pantai

PanduanPersisiran Pantai

Tempatan

Mengenal pastiPengezonan

Persisiran Pantai

Program danProjek

PeringkatDaerah

Pelan Pengezonan

Masa HadapanDaerah

PersisiranPantai

Pernyataan Bertulis

RancanganTempatandengan

Mengambil kiraPembangunan

dan Guna TanahKawasan

Persisiran Pantai

Rajah 6.3: Output utama RFZPPN dan kaitannya dengan rancangan pemajuan

Sumber: Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara, 2012

Book 1.indb 147 28/04/2017 8:55:56

Page 166: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

148

• Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN), RFZPPN (dan ISMP sekiranya wujud), serta dasar-dasar nasional yang lain berkaitan pembangunan;

• Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);• Menentukan guna tanah utama negeri; dan• Menentukan projek utama negeri. 

Rancangan Tempatan (RT) yang disediakan di peringkat daerah/

jajahan pula adalah rancangan pemajuan yang mengandungi perincian cadangan-cadangan, dasar serta strategi yang telah dikenal pasti di peringkat RSN. RT disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam RSN. RTD menunjukkan secara berskala besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut. Fungsi Rancangan Tempatan adalah: • Menterjemahkan dasar-dasar RS • Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan Pihak

Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) berkaitan melalui peta cadangan guna tanah

• Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan • Mengenal pasti projek utama daerah; dan • Menyediakan garis panduan pelaksanaan pembangunan

Rancangan Kawasan Khas seterusnya disediakan bagi kawasan-

kawasan khas yang telah dikenal pasti bertujuan untuk menyediakan pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau pengurusan yang merangkumi perancangan sebahagian atau keseluruhan kawasan khas tersebut. Rancangan ini disediakan adalah menyamai dan mengandungi perincian daripada Rancangan Tempatan dan disertakan dengan panduan yang terperinci bagi pelaksanaan dan pengurusannya serta mempunyai kuat kuasa seperti Rancangan Tempatan. Fungsi Rancangan Kawasan Khas adalah sebagai:• Panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan

khas yang telah ditetapkan;• Panduan perancangan dalam membuat keputusan oleh Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan; dan

Book 1.indb 148 28/04/2017 8:55:56

Page 167: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

149

• Panduan perancangan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti orang awam, pemilik tanah, pemilik bangunan, persatuan penduduk, pemaju hartanah dan sebagainya yang berkepentingan.

Di samping itu, pelbagai Garis Panduan (GP) juga disediakan

untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju dalam menetapkan aktiviti pembangunan, keletakan, susun atur dan kepadatan dalam sesuatu pemajuan tanah secara komprehensif dan mampan tanpa menimbulkan sebarang impak negatif. Dua GP yang penting dalam konteks pembangunan kawasan persisiran pantai adalah Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan (Kawasan Pantai) dan Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Kawasan Pesisir Pantai yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Pembangunan mampan pelancongan di kawasan persisiran pantai mendapat perhatian dalam 2 sektor utama rancangan pemajuan di peringkat tempatan iaitu Sektor Ekonomi - Sub Sektor Pelancongan dan Sektor Alam Sekitar. Kesemua RSN yang disediakan bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia (RSN Kelantan, RSN Terengganu, RSN Pahang dan RSN Johor) telah mengiktiraf sumbangan pelancongan kepada ekonomi negeri di samping menekankan potensi sektor tersebut untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara daerah-daerah dalam negeri. Rancangan-rancangan tersebut menetapkan sasaran pencapaian sektor pelancongan beserta strategi bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Strategi yang dirangka bertujuan menangani isu utama pembangunan pelancongan dalam konteks negeri-negeri berkenaan seperti tahap aksesibiliti yang rendah, kekurangan bahan interpretasi (penceritaan), tahap penyelenggaraan yang rendah, promosi dan pemasaran yang kurang berkesan. Matlamat utama pembangunan pelancongan seperti yang terkandung dalam semua RSN pantai timur selaras dengan strategi pembangunan pelancongan seimbang seperti yang disarankan dalam RFN adalah menyediakan kemudahan dan infrastruktur pelancongan yang berkualiti, membangun serta mempromosi dan memasarkan produk dan aktiviti-aktiviti pelancongan secara sistematik, bersepadu dan lebih berkesan di samping memastikan sumber-sumber pelancongan dipulihara dan diselenggara dengan sebaik-baiknya.

Strategi pembangunan bagi pengurusan sumber pantai yang terkawal dan menyeluruh seperti yang terkandung dalam RSN negeri-negeri pantai timur umumnya adalah dengan melaksanakan prinsip Pengurusan Pantai Bersepadu bagi memastikan kualiti pesisir pantai terjamin dari pelbagai aspek. Pengawalan dan pemantauan kesan pembangunan terutamanya kawasan persisiran pantai yang dibangunkan sebagai kawasan pelancongan

Book 1.indb 149 28/04/2017 8:55:56

Page 168: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

150

juga ditekankan bagi memelihara keadaan persekitarannya secara semula jadi. RSN yang disediakan juga menggariskan keperluan untuk memastikan setiap pembangunan persisiran pantai mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu hanya membenarkan pembangunan resort yang berkepadatan rendah sahaja di kawasan persisiran pantai. Ini bertujuan mengelakkan tekanan pembangunan melampau yang seterusnya akan merosakkan kualiti semula jadi kawasan persisiran pantai secara keseluruhannya. Pembangunan yang dijalankan juga mestilah seimbang dengan mengambil kira garis panduan dan piawaian perancangan sedia ada supaya tidak menjejaskan alam sekitar dengan mengekalkan elemen semula jadi kawasan. Ini akan dilaksanakan dengan memastikan bahawa setiap projek yang dijalankan yang melibatkan penerokaan sumber pesisir pantai menyediakan Laporan Kesan Alam Sekitar (EIA).

KESIMPULAN

Pelancongan pesisir pantai merupakan salah satu produk pelancongan yang penting dan perlu diketengahkan terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia yang memang terkenal dengan keindahan pantai-pantainya. Pelancongan pesisir pantai bukan sahaja memberi impak positif dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi semasa malah kawasan persisiran pantai telah dijadikan sebagai tempat untuk membangunkan premis penginapan, kawasan rekreasi, kawasan ibadah, pasar raya besar, restoran dan lain-lain. Pembangunan kawasan pelancongan di kawasan ini telah mewujudkan rangkaian kemudahan awam dan sosial seperti sistem pengangkutan dan infrastruktur lain (hotel, resort dan chalet) sehingga ke kawasan pedalaman.

Trend semasa juga memperlihatkan kepentingan pelancongan terutamanya di kawasan semula jadi termasuk persisiran pantai sebagai berpotensi untuk mencapai pembangunan mampan. Kepesatan aktiviti perbandaran dan pelancongan di kawasan persisiran pantai walau bagimanapun sekiranya tidak dikawal dan diurus dengan baik akan menjejaskan sistem biodiversiti, ekosistem semula jadi, kepupusan khazanah pantai negara (spesies flora dan fauna di laut) dan sebagainya. Cabaran yang dihadapi adalah memastikan aktiviti dan pembangunan di zon persisiran pantai adalah mampan serta dapat menyeimbangkan antara keperluan pembangunan ekonomi dengan aktiviti penduduk dengan keperluan untuk meminimumkan kesan kemusnahan habitat akibat pembangunan di kawasan terlibat.

Book 1.indb 150 28/04/2017 8:55:56

Page 169: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Perancangan Guna Tanah untuk Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

151

Potensi tinggi yang diharapkan daripada perkembangan pelancongan pesisir pantai memerlukan sokongan pelbagai dasar serta perancangan jangka panjang bagi menjadikan kawasan persisiran pantai sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan mampan. Sehubungan dengan itu pelan-pelan pemajuan, garis panduan dan piawaian perancangan kawasan pantai telah disediakan bagi membantu pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemaju dalam menjalankan aktiviti pembangunan, susun atur dan kepadatan dalam aktiviti pemajuan tanah secara komprehensif dan mampan tanpa menimbulkan sebarang kesan negatif. Rancangan Fizikal Negara (RFN-2) menjadi tonggak dalam perancangan guna tanah pelancongan di kawasan persisiran pantai diikuti Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN) manakala Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan (RT) serta Rancangan Kawasan Khas (RKK) selain menterjemah dasar dan strategi yang digariskan dalam rancangan pemajuan peringkat lebih tinggi, juga bertindak sebagai pelan kawalan pembangunan statutori. Jelasnya, pembangunan mampan pelancongan pesisir pantai memerlukan kerjasama dan penglibatan meluas daripada semua pihak yang berkepentingan, kawalan dan pemantauan impak pembangunan pelancongan secara berkala dan pembentukan langkah-langkah pembaikan dari semasa ke semasa.

NOTA1 Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menggunakan istilah persisiran untuk merujuk kepada kawasan dataran di sepanjang tepi laut, tasik atau sungai manakala pesisir pula merujuk kawasan pantai yang datar dan berpasir. 2 ISMP menyediakan garis panduan dan maklumat serta cadangan bagi bahagian persisiran pantai tertentu tetapi bukan keperluan berkanun pada masa ini. Cadangan diperoleh daripada kajian dasar oseanografi dan proses morfologi, guna tanah sedia ada dan persekitaran yang sensitif dan sistem ekologi.3 “Syarat” bermakna guna tanah yang tertentu dibenarkan, asalkan pemaju mematuhi semua panduan dan syarat relevan yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, kawalan guna tanah yang telah dicatatkan di dalam RT dan juga strategi dan dokumen panduan yang diberikan di dalam RFZPPN.

RUJUKAN

Berita Harian, 16 Februari 2015, “Hakisan Pantai Jejas 200 Nelayan Kemasik”.Coccossis, H. and   Mexa, A.(ed). 2004.The Challenge of Tourism Carrying Capacity

Assessment: Theory and Practice. Aldershot: Ashgate Publishing Limited.. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 2000. Garis Panduan Dan

Piawaian Perancangan (Kawasan Pantai).Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Garis Panduan Perancangan

Pemuliharaan Dan Pembangunan KSAS Kawasan Pesisir Pantai. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor. 2010.Rancangan Struktur Negeri Johor.

Warta (J.P.U. 20, Jld. 54 No. 13) pd. (24/06/2010).

Book 1.indb 151 28/04/2017 8:55:56

Page 170: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

152

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan. Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali 2045 (dalam proses diwartakan).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan. 2009.Rancangan Struktur Negeri Kelantan. Warta (No. 1 Jil. 62) pd. (01/01/2009).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan. Rancangan Tempatan Pasir Puteh 2020.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang. 2007. Rancangan Struktur Negeri Pahang. Warta (Jil.60 No. 1281) pd. (22/11/2007).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu. 2007.Rancangan Struktur Negeri Terengganu. Warta (No. 51 Jil. 60 No. 3) pd. (01/02/2007).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 2012.Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara.

JPBD. Rancangan Fizikal Negara 2. 2011.Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Lee, W.H. and G. Moscardo. 2005.“Understanding the Impact of Ecotourism Resort Experiences on Tourists’ Environmental Attitudes and Behavioural Intentions.” Journal of Sustainable Tourism 13(6):546-565.

Majlis Daerah Pasir Puteh. Draf Rancangan Tempatan Pasir Puteh 1999-2010. Retrieved from http://www.mdpputeh.gov.my/draf-rancangan-tempatan-pasir-puteh-1999-2010

Mycoo, M.2006.“Sustainable Tourism using Regulations, Market Mechanisms and Green Certification: A Case Study of Barbados.” Journal of Sustainable Tourism 14(5): 489-511.

Sharpley, R. 2006. “Ecotourism: A Consumption Perspective.” Journal of Ecotourism 5(1-2): 7-22.

World Tourism Organization (UNWTO). 1992. An Integrated Approach to Resort Development.

World Tourism Organization (UNWTO). 2009. Tourism highlights http://tourlib.net/wto/WTO_highlights_2009.pdf diakses pada 14 Mei 2106.

Book 1.indb 152 28/04/2017 8:55:56

Page 171: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

153

Sektor pelancongan di Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat sejak 30 tahun yang lalu. Malaysia yang dahulu kurang dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan utama di peringkat antarabangsa, kini menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Malaysia berada di kedudukan ke-16 dari segi pendapatan pelancongan dan menguasai hampir 2% daripada syer pasaran global pada tahun 2008 (RMKe-10, 2015). Antara tahun 2000-2009, pendapatan industri pelancongan meningkat sebanyak 67.1% kepada RM53.4 bilion dan ketibaan pelancong meningkat sebanyak 43.6% kepada 23.6 juta orang. Industri pelancongan di Malaysia berkembang maju dan menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara dari segi peningkatan pendapatan melalui pertukaran mata wang asing, menyediakan peluang pekerjaan, memajukan kawasan yang berpotensi menarik pelancong dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi. Disebabkan oleh faedah dan manfaat yang banyak didapati daripada sektor pelancongan terutama pelancongan maritim, semakin hari semakin banyak pusat pelancongan yang dibangunkan dengan tema yang pelbagai dan produk pelancongan yang menarik. Hal ini ditambah pula dengan sokongan dan bantuan dari agensi-agensi Kerajaan dan swasta yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan sektor pelancongan terus berkembang pesat dan kekal sebagai penyumbang utama ekonomi negara.

Di sebalik pencapaian ini, beberapa isu dan cabaran perlu ditangani akibat perkembangan pesat sektor pelancongan terutama pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai. Industri pelancongan negara perlu terus mampan dan berdaya maju pada masa hadapan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang datang dari luar mahupun dalam negara. Setiap cabaran yang dihadapi perlu ditangani dengan cekap dan berkesan.

7Masa Depan dan Cabaran

dalam Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

Book 1.indb 153 28/04/2017 8:55:56

Page 172: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

154

Oleh itu beberapa usaha telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan sektor pelancongan terus berkembang di masa hadapan. Ini dapat dilihat dari segi pembentukan pelan-pelan pembangunan negara seperti Rancangan-rancangan Malaysia yang turut menjadikan agenda pembangunan pelancongan sebagai fokus utama pembangunan negara. Pada hari ini, pelancongan pesisir pantai dan pelancongan pulau atau dikenali sebagai pelancongan maritim semakin berkembang dengan pesatnya di Malaysia yang mempunyai destinasi-destinasi pelancongan maritim yang menarik di sepanjang pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia juga di Sabah.

Walaupun industri pelancongan sudah mula diberi penekanan dalam RMKe-6 namun pelancongan maritim hanya mula diberi tumpuan dalam RMKe-7 dan RMKe-8. Dalam RMKe-7, langkah-langkah baru telah dimulakan bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara mampan. Dalam RMKe-8, Kerajaan mula mempelbagaikan produk pelancongan untuk mengatasi produk pelancongan yang terhad di negara ini. Pelancongan maritim atau pelancong pesisir pantai telah dikenal pasti mampu menarik ramai pelancong antarabangsa ke negara ini. Ini disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan aset khazanah alam semula jadinya seperti pantai dan air yang bersih serta hidupan marin dan terumbu-terumbu karang yang menjadi daya tarikan utama para pelancong ke negara ini. Sehubungan dengan itu, pembangunan mampan pelancongan termasuk pelancongan maritim terus diberi penekanan dalam RMKe-9 dan RMKe-10.

Pantai Timur Semenanjung Malaysia kaya dengan keindahan semulajadi yang unik dan tinggalan sejarah masa silam menjadikannya salah satu destinasi pantai yang popular di Malaysia. Pantai Irama dan Pantai Seri Tujuh di Kelantan, Pantai Batu Buruk dan Penarik di Terengganu, Pantai Beserah, Cherating dan Pantai Nenasi di Pahang serta Pantai Air Papan dan Desaru di Timur Laut Johor merupakan antara beberapa lokasi menarik di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang sering menjadi pilihan pelancong untuk beristirahat. Selain daripada melakukan aktiviti mandi laut dan rekreasi pantai, keindahan pantai yang dimiliki telah memberi implikasi positif kepada imej kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia secara keseluruhan. Destinasi pantai ini juga selain daripada dikenali dengan pantainya yang indah dan bentuk muka bumi yang menarik, penempatan penduduk tempatan yang kaya dengan kepelbagaian makanan, kebudayaan dan kemudahan penginapan merupakan tarikan utama ke destinasi.

Namun, kelebihan alam semula jadi yang dimiliki oleh kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia menjadikannya sentiasa perlu dipelihara selain daripada disediakan dengan lebih banyak kemudahan yang sesuai dengan keperluan pelancong dan penduduk tempatan. Pembangunan

Book 1.indb 154 28/04/2017 8:55:56

Page 173: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Masa Depan dan Cabaran dalam Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

155

sedia ada sedikit sebanyak telah membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk tempatan namun dalam masa yang sama mengubah fizikal kawasan sedia ada menyebabkan kemusnahan persekitaran dan sumber maritim di destinasi. Oleh yang demikian, lebih banyak kajian terperinci perlu dijalankan di destinasi pelancongan di pantai timur Semenanjung Malaysia agar terus terpelihara dan terus menjadi tarikan pelancong pada masa hadapan.

Sepanjang tiga dekad perkembangan industri ini pelbagai cabaran telah dihadapi dalam usaha untuk membangunkan industri ini. Cabaran-cabaran ini boleh dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu dalaman dan luaran yang mempengaruhi pembangunan sektor pelancongan di negara ini. Dari segi dalaman seperti negara-negara lain, Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luaran terutama dari segi pembentukan dasar dan polisi berkaitan dengan pelancongan, penyediaan infrastruktur dan kemudahan serta perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan, promosi destinasi, kepupusan sumber marin, kemerosotan alam sekitar dan lain-lain. Untuk itu, adalah penting bagi Malaysia berusaha untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut bagi memastikan industri pelancongan di negara ini terus maju dan kekal berdaya saing di masa hadapan.

Cabaran ekonomi adalah antara cabaran yang bukan sahaja dialami oleh Malaysia malah negara-negara lain di dunia yang mempengaruhi perkembangan sektor pelancongan. Walaupun pada umumnya sektor pelancongan termasuk pelancongan maritim telah memberi impak positif kepada ekonomi negara namun ketidaktentuan ekonomi global pada hari ini turut mempengaruhi pembangunan sektor pelancongan ini. Sebagai sebuah negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, Malaysia tidak terkecuali dalam menerima kesan akibat krisis kewangan yang berlaku. Misalnya kelesuan ekonomi yang berlaku akibat Perang Teluk pada awal tahun 1990-an telah dilaporkan dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMKe-6) sebagai tempoh yang mencabar bagi industri pelancongan negara. Untuk itu, Dasar Pelancongan Negara (DPN) bagi tempoh 1991-2000 telah menyediakan strategi dan dasar jangka panjang yang khusus untuk membangunkan industri pelancongan yang lebih tersusun dan bersepadu.

Antara strategi jangka masa panjang yang diperkenalkan termasuklah membangunkan produk pelancongan baru seperti pelancongan berasaskan kawasan peranginan baru yang mempunyai pemandangan menarik di tasik dan empangan, pulau dan mata air panas. Kawasan-kawasan peranginan baru telah dibangunkan seperti Pulau Redang di Terengganu bagi menarik lebih ramai pelancong. Namun, krisis kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997 menjejaskan ketibaan pelancong ke

Book 1.indb 155 28/04/2017 8:55:56

Page 174: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

156

negara ini. Bilangan ketibaan pelancong di Malaysia berkurangan sebanyak 13% pada tahun 1997 dan 10.6% pada tahun 1998. Ini tidak termasuk kejadian seperti jerebu, tercetusnya wabak virus Nipah dan Coxsackie yang turut menyumbang kepada kemerosotan ketibaan pelancong ke destinasi-destinasi tertentu di Malaysia.

Walau bagaimanapun, industri pelancongan telah memberi respons yang baik terhadap langkah-langkah yang diambil untuk menggiatkan semula industri tersebut. Pembangunan sektor pelancongan ini berterusan sehingga Rancangan Malaysia Ketujuh apabila usaha telah diambil untuk mempertingkatkan lagi strategi sedia ada disamping memperkenalkan strategi baru untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing di rantau ini. Antara strategi yang diperkenalkan adalah untuk meningkatkan penglibatan masyarakat tempatan terutamanya usahawan kecil dalam pembangunan produk dan perkhidmatan pelancongan tempatan yang mempunyai ciri tersendiri. Ini telah menyebabkan sektor pelancongan mengalami peningkatan pesat dari segi bilangan pelancong kepada 7.9 juta pada tahun 1999 yang merupakan peningkatan sebanyak 43.6% daripada jumlah ketibaan pelancong pada tahun 1998. Pada tahun 2000, satu rekod pencapaian dicatatkan apabila ketibaan pelancong mencapai 10.2 juta orang iaitu 3.7 juta orang melebihi sasaran.

Sementara itu cabaran-cabaran dalam industri pelancongan semakin getir bagi jangka masa panjang termasuklah dari segi globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan pembangunan dalam bentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Dalam masa yang sama, RMKe-8 juga terus memberi penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber asli secara bersepadu untuk mencapai pembangunan mampan dan meningkatkan kualti hidup rakyat Malaysia.

Dari segi ekonomi, terdapat beberapa kriteria yang diambil penekanan dalam pembangunan mampan. Antaranya ialah pertama, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan yang melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, penggunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar pengangguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua, adalah kesaksamaan iaitu ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga, adalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap dalam mengawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat. Namun, sejauh manakah ia telah dilaksanakan terutama dari segi impak terhadap alam sekitar dan kesaksamaan ekonomi komuniti setempat masih perlu

Book 1.indb 156 28/04/2017 8:55:56

Page 175: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Masa Depan dan Cabaran dalam Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

157

dipersoalkan dengan wujudnya pelbagai cabaran dalam pembangunan sektor pelancongan maritim pada hari ini.

Hasil kajian menunjukkan bahawa perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang penting di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu. Misalnya di Terengganu, dua daerah di Kuala Terengganu iaitu di Marang dan Setiu mempunyai kedua-dua aktiviti perikanan laut dalam dan luar pesisir. Dalam masa yang sama, kedua-dua daerah ini turut mempunyai aset-aset pelancongan yang unik, untuk itu terdapat keperluan untuk memperkenalkan amalan yang baik dalam pengurusan tanah dan persisiran pantai. Amalan-amalan baik ini akan dapat memaksimumkan lagi potensi kawasan tersebut dan melindungi komuniti nelayan.

Dari segi geografi pula, Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa dan mempunyai garis pantai yang panjang serta alam semula jadi yang unik dan menawan. Jika dieksploitasi dengan baik dan sepenuhnya, industri pelancongan maritim boleh menjadi sumber utama pendapatan negara bagi jangka masa panjang. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin meningkat ke negara ini sejak kebelakangan ini, sektor pelancongan maritim mempunyai potensi besar kerana mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. 

Persaingan antara negara-negara yang mempunyai persamaan dari segi iklim dan alam semula jadi adalah semakin sengit. Oleh itu, hanya negara yang menawarkan produk dan aktiviti pelancongan yang tersendiri dan istimewa akan dapat menarik pelancong dari negara lain. Agensi Kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pelancongan maritim perlu memikirkan dan memperkenalkan produk dan aktiviti pelancongan baru yang unik dan inovatif serta sesuai dengan alam semula jadi pesisir pantai seperti agropelancongan dan ekopelancongan. Penganjuran karnival pelancongan di serata dunia dan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap merupakan antara langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Namun, cabaran tetap wujud dari segi mengimbangi pembangunan produk dengan impak ke atas alam sekitar yang menjadi cabaran utama yang dihadapi oleh pelancongan maritim di pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia.

Walaupun banyak peraturan dan kempen telah dijalankan, masalah pencemaran alam sekitar masih tidak dapat diatasi sepenuhnya. Sikap buruk dan tidak peduli segelintir masyarakat yang membuang sampah sesuka hati merosakkan kecantikan dan menurunkan kualiti landskap alam semula jadi. Persekitaran yang kotor dan busuk akan menjauhkan para pelancong dari berkunjung dan akhirnya akan merugikan industri pelancongan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri yang terlibat khususnya di pantai timur Semenanjung Malaysia dan komuniti setempat perlu bekerjasama dan serius dalam melaksanakan projek-projek pemeliharaan

Book 1.indb 157 28/04/2017 8:55:56

Page 176: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

158

dan pemuliharaan persisiran pantai supaya kebersihan dan keindahannya dapat dikekalkan.

Selain cabaran dari segi pencemaran, pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar adalah satu lagi cabaran penting yang perlu ditangani dengan berkesan. Kebanyakan pelancong yang datang melawat ke pusat-pusat pelancongan pesisir pantai disebabkan oleh tarikan alam semula jadinya seperti pantai, laut dan pasir yang putih dan bersih. Pesisir pantai adalah alam semulajadi yang sangat sensitif dan sering terdedah kepada hakisan, pencemaran dan perubahan landskap akibat pembangunan sekitarnya. Ini boleh memusnahkan alam sekitar tersebut jika langkah-langkah kawalan tidak diambil. Oleh itu, adalah sangat penting agar alam semula jadi dipulihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya dengan menawarkan produk dan aktiviti pelancongan yang mesra alam.

Persaingan yang dihadapi oleh sektor pelancongan maritim sama ada dari dalam atau luar negara menjadi satu lagi cabaran yang perlu ditangani. Persaingan ini adalah dari segi kecantikan alam semula jadi pantai, produk dan aktiviti pelancongan, penginapan dan pengangkutan serta kemudahan lain yang berkaitan. Lebih penting lagi ialah persaingan dari segi kos keseluruhan pelancongan terutama sekali jika dibandingkan dengan negara-negara luar yang alam semula jadinya hampir sama seperti Asia Tenggara tetapi kosnya lebih murah. Pertukaran mata wang yang rendah dan promosi kelebihan destinasi dan produk pelancongan di negara-negara tersebut meningkatkan lagi persaingan dalam sektor pelancongan maritim.

Sementara itu, faktor keselamatan pelancong di kawasan pelancongan pesisir pantai menjadi satu cabaran kepada sektor pelancongan maritim. Kawasan pantai yang terbuka dan luas terdedah kepada ancaman keselamatan tempatan atau dari lautan. Jika pelancong berhadapan dengan ancaman jenayah seperti rogol, cabul kehormatan, merompak, menipu, terlibat dalam dadah, samun dan culik, mereka tidak akan berasa selamat untuk menikmati keindahan semula jadi dengan bebasnya malah akan menimbulkan ketakutan untuk datang semula ke tempat tersebut. Lebih buruk lagi, mereka akan menyebarkan dan mempengaruhi kenalan dan saudara-mara mereka untuk tidak berkunjung ke negara ini.

Kestabilan politik dalam negara akan memberi kesan kepada faktor keselamatan pelancong yang juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi. Politik yang tidak stabil akan menjejaskan imej negara kerana pelancong beranggapan bahawa negara ini tidak selamat untuk dikunjungi. Mereka beranggapan bahawa pertelingkahan dan pergaduhan boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja dan nyawa mereka akan terancam. Akhirnya, imej yang buruk dan tidak dipulihkan akan membawa lebih banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.

Book 1.indb 158 28/04/2017 8:55:56

Page 177: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Masa Depan dan Cabaran dalam Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

159

Selain itu, kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan seperti perkhidmatan bot atau feri perlu ditingkatkan agar memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan pelancong dari satu tempat ke tempat yang lain. Kemudahan penginapan yang bersih dan selesa turut menjadi faktor penarik dan akan menentukan samada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Masalah tandas yang terhad dan kotor selain bekalan air dan elektrik yang kadangkala terputus perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga dengan baik agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sesebuah destinasi.

Dari segi persepsi pelancong, sejak jawatankuasa kebangsaan pertama mengenai pembangunan pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1967 yang menekankan bahawa, “Penyelidikan dalam aspek pelancongan sebagai motivasi untuk perjalanan, kini dan trend masa depan, corak laluan, keutamaan bermusim, kepentingan kumpulan khas, pemilihan media, pengukuran keberkesanan publisiti dan tahap kepuasan pengunjung jelas diperlukan” (Laporan Parti Kerja Pelancongan 1967: 61). Keperluan untuk kajian ini adalah perlu untuk mendidik semua golongan agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang telah berlaku, masa kini, dan masa depan di kawasan tumpuan.  Secara tidak langsung, sebarang jangkaan akibat, serta perubahan masa depan yang sentiasa berubah dapat dikenal pasti dan dimanfaatkan secara maksimum.

Dalam masa yang sama, kajian mendapati bahawa kepentingan penyertaan penduduk tempatan dalam pembangunan destinasi telah mula dititikberatkan. Malangnya, ini amat sukar untuk berjaya, melainkan jika pihak-pihak berkepentingan seperti penduduk tempatan dan pelancong akan dilibatkan dengan lebih aktif dalam proses pembangunan. Halangan tertentu wujud di pihak yang berkepentingan dalam proses pembangunan kerana kegagalan pelaksanaan, terutamanya apabila terdapatnya kelemahan yang berkaitan dengan undang-undang atau sistem pentadbiran.

Cabaran yang sama turut dihadapi di pulau-pulau peranginan. Melalui kajian, kes di Pulau Perhentian, terdapat masalah tadbir urus ketara yang merupakan cabaran terbesar bagi kelangsungan pembangunan mampan pelancongan maritim di pulau tersebut. Rajah 7.0 menunjukkan tiga bentuk cabaran yang dihadapi dalam menguruskan pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian iaitu pertama dari segi tadbir urus, kedua dari segi koordinasi antara agensi/promosi dan pemasaran dan ketiga dari segi alam sekitar. Melalui kajian yang dijalankan memang terdapat masalah tadbir urus yang ketara antara empat pihak penggerak pelancongan iaitu pihak Kerajaan Persekutuan, pihak Kerajaan Negeri, agensi-agensi swasta (Pemaju) dan pihak komuniti setempat.

Komuniti setempat sukar untuk menjalin komunikasi yang berkesan dengan pihak kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana berada jauh dari

Book 1.indb 159 28/04/2017 8:55:56

Page 178: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

160

segi lokasi. Pihak komuniti setempat menguruskan proses pembangunan berdasarkan arahan terus dari pemaju dan jarang mendapat nasihat daripada pihak kerajaan. Hal ini menyebabkan timbul masalah dalam pembinaan infrastruktur dan kemudahan yang tidak mengikut piawaian. Terdapat pihak pemaju yang lebih mementingkan keuntungan berbanding mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengekalkan status Taman Laut dan persekitaran Pulau Perhentian yang begitu sensitif terhadap sebarang perubahan komersial. Perkembangan proses pembangunan pelancongan yang dijalankan di Pulau Perhentian sedikit sebanyak telah menjejaskan ekosistem sedia ada terutamanya terhadap hidupan marin dan alam sekitar. Memelihara dan memulihara sumber asli yang ada di Pulau Perhentian adalah tugas yang sangat kritikal dan sukar kerana sifatnya yang mudah berubah walaupun dengan sedikit gangguan manusia. Sehubungan dengan itu, pemantauan berterusan perlu dilaksanakan di Pulau Perhentian serta taman-taman laut yang lain bagi menjamin kelangsungan ekosistemnya agar mampu menjadi daya penarik utama pelancong untuk ke pulau tersebut di masa hadapan. Selain itu, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas turut dikenal pasti sebagai tapak pendaratan penyu yang penting yang perlu dipelihara.

Rajah 7.0: Cabaran pembangunan pelancongan maritim di Pulau Perhentian

Koordinasi Antara Agensi /

Promosi & Pemasaran

Alam Sekitar

Tadbir Urus / Pembangunan

Produk

Book 1.indb 160 28/04/2017 8:55:56

Page 179: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Masa Depan dan Cabaran dalam Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

161

Masalah koordinasi antara agensi melalui promosi dengan pemasaran juga merupakan salah satu cabaran yang cukup besar dihadapi oleh para pemaju pelancongan di Pulau Perhentian. Koordinasi yang tidak tepat antara agensi akan menyebabkan proses promosi dan pemasaran produk pelancongan maritim yang ada di Pulau Perhentian tidak dapat berjalan dengan baik. Koordinasi antara agensi perlu dilakukan melalui kerjasama semua pihak yang terbabit dalam industri pelancongan maritim di Terengganu. Koordinasi yang tidak mantap akan menyebabkan agensi-agensi pelancongan ini gagal menarik minat pelancong untuk ke Pulau Perhentian.

Namun begitu, cabaran yang lebih besar adalah untuk merangka pelan atau garis panduan tertentu seiring dengan pembangunan mampan pelancongan maritim seperti mewujudkan Zon Pemuliharaan Marin, Zon Pemuliharaan Terestrial, Zon Berkepadatan Tinggi (Pembangunan Semula), Zon Pembangunan Komuniti Tempatan dan lain-lain lagi. Untuk membentuk garis panduan ini, kerjasama bersepadu daripada semua pihak dan agensi pelaksana pelancongan di Pulau Perhentian adalah amat penting. Ia mudah untuk dirancang namun lebih sukar lagi untuk dilaksanakan bagi menjamin kelestarian sumber alam bagi tempoh yang lebih lama. Melalui kajian yang dilakukan masih terdapat pemaju dan pengusaha pelancongan di Pulau Perhentian yang tidak begitu mengendahkan aspek perlindungan sumber marin seperti tindakan menyelam di kawasan yang tidak dibenarkan sehingga merosakkan terumbu karang serta mengancam spesies-spesies hidupan marin yang lain. Pembinaan penginapan seperti chalet di sekitar Coral Bay menuju ke kampung nelayan didapati mengabaikan faktor keselamatan pengunjung serta merosakkan sumber hutan berhampiran kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Menyedari tentang cabaran-cabaran yang dihadapi terutama dari segi penyelarasan dan impak terhadap alam sekitar, beberapa usaha telah dilakukan oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan bagi menangani kesan bencana persisiran pantai. Antaranya seperti Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai (RFZPPN) yang dihasilkan pada tahun 2012. RFZPPN merupakan antara kajian terkini yang menjadi panduan kepada perancangan dan pembangunan mampan persisiran pantai negara selain daripada kajian Intergrated Shoreline Management Plan (ISMP) yang sedang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bagi negeri-negeri tertentu seperti Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Kajian yang dilakukan meliputi guna tanah di zon persisiran pantai di Malaysia termasuk pantai timur Semenanjung Malaysia serta konflik masa hadapan yang akan dihadapi akibat tekanan tinggi yang disebabkan oleh pembangunan berterusan di kawasan tersebut. Sebagai contoh, pembinaan infrastruktur seperti Waterfront Kuala Terengganu, pemecah ombak di

Book 1.indb 161 28/04/2017 8:55:56

Page 180: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

162

Sungai Terengganu, Esplanade Takir dan penambakan laut di persisiran pantai utama di Mersing, Johor berpotensi untuk menimbulkan konflik pada masa hadapan.

Manakala di Kelantan, potensi pelancongan pesisir pantai masih belum dibangunkan sepenuhnya walaupun terdapat banyak pantai di sepanjang garis pantai negeri, contohnya dari Pantai Seri Tujuh di utara Tumpat hingga Pantai Irama dan Pantai Melawi di Bachok sehingga ke pantai Tok Bali di Pasir Puteh. Namun, hakisan teruk berlaku akibat lebih banyak pasir dibawa keluar ke arah barat dan menjejaskan pantai-pantai termasuk Pantai Sabak dan Pantai Cahaya Bulan. Oleh itu, cabaran dalam penggunaan mampan dan pembangunan zon persisiran pantai di Malaysia adalah untuk mencapai keseimbangan antara penggunaan sumber-sumber asli, pemuliharaan biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem. Cabaran ini semakin besar apabila ia perlu diterapkan dalam pembangunan pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai yang berpotensi menjadi daya penarik utama pelancong ke negara ini di masa hadapan.

Kesimpulannya, masih banyak cabaran yang akan dihadapi oleh sektor pelancongan maritim di Malaysia yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Jika tidak, cabaran-cabaran ini akan memberi kesan buruk kepada industri pelancongan dan seterusnya menjejaskan pendapatan negara. Tanggungjawab ini perlu digalas oleh setiap ahli masyarakat melalui bekerjasama agar setiap cabaran dapat diatasi. Dengan ini, sektor pelancongan maritim negara boleh dipertingkatkan untuk terus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Walaupun berlaku kemerosotan dalam jumlah kedatangan pelancong dari tahun 2008 hingga 2010 akibat faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi global, penularan wabak penyakit dan bencana, namun Kerajaan tetap positif dengan mempertingkatkan lagi promosi melalui usaha kempen galakan dan penambahbaikan prasarana dan infrastruktur. Usaha ini telah merangsang pertumbuhan industri-industri lain seperti industri penginapan, kraftangan, penyediaan makan minum, pengangkutan dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Sumbangan industri pelancongan terhadap pembangunan ekonomi negara sangat penting meskipun berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Secara umumnya, kebanyakan cabaran atau masalah sekitar proses pembangunan sudah boleh dijangkakan. Beberapa cabaran perlu diberi perhatian serius dalam usaha untuk mewujudkan kelancaran pembangunan serta untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dan mampan. Mungkin sudah tiba masanya untuk semua pihak yang berkepentingan mewujudkan hubungan yang lebih baik bagi memupuk pemahaman yang baik mengenai keperluan semua pihak terutama penduduk tempatan dan pelancong.

Book 1.indb 162 28/04/2017 8:55:56

Page 181: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Masa Depan dan Cabaran dalam Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim

163

Sehubungan dengan itu, perancangan dan pelaksanaan dalam memajukan industri pelancongan maritim ini terus mendapat tempat dan keutamaan dalam dasar Kerajaan bagi mempertingkatkan ekonomi negara di samping memperkasakan ekonomi komuniti setempat. Kerajaan dan swasta perlu sentiasa berganding bahu untuk sama-sama memulihara dan membangunkan secara mampan alam semula jadi pesisir pantai untuk pelancongan maritim. Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak perlu menawarkan bantuan dan sokongan agar sektor pelancongan maritim mampu membangun dan maju ke hadapan seiring dengan pembangunan pesat ekonomi negara. Di samping itu, khazanah negara seperti pantai, pulau, tasik dan hutan hujan tropika perlu dijaga bukan sahaja untuk mengekalkan kelestariannya, malah dapat menarik kunjungan pelancong untuk terus melawat ke negara ini pada masa hadapan.

RUJUKAN

Economic Report 2008/2009. 2008. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.Economic Report 2012/2013. 2012. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia. Hanizah Idris. 2009. Pembangunan industri pelancongan di Malaysia sebagai destinasi

pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Dalam Hanafi Hussin dan Lili Yulyadi Arnakim (eds.). Dinamika pelancongan Asia Tenggara di alaf baru (11-33). Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Asia Tenggara.

Hanizah Idris et al. 2008. Maritime social and economic developments in Southeast Asia. Monograph Series 4. Universiti Malaya: IOES.

Hanizah Idris et al.2010. The development of the maritime sector in Southeast Asia. Monograph Series 13. Universiti Malaya: IOES.

Lautan Masa Depan Kita, Laporan Suruhanjaya Bebas Kelautan Dunia. Iskandar Sazlan (terj.). 2000. Kuala Lumpur: MIMA.

Laporan Parti Kerja Pelancongan, 1967. 2010. In Kadir Din & Jabil Mapjabil (ed.), Tourism Research in Malaysia: What, Which Way and So What? Sintok: UUM Press.

National Ecotourism Plan Malaysia. Part 1 & 2. 1997. Kuala Lumpur: Ministry of Culture and Tourism, Federal Government of Malaysia.

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (Jilid 1). 2012. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (Jilid 2). 2012. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

World Tourism Organization (UNWTO). 1992. An integrated approach to resort development. http://tourlib.net/wto/WTO_highlights_1992.pdf

World Tourism Organization (UNWTO). 2009). Tourism highlights http://tourlib.net/wto/WTO_highlights_2009.pdf diakses pada 14 Mei 2106.

Book 1.indb 163 28/04/2017 8:55:56

Page 182: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Book 1.indb 164 28/04/2017 8:55:56

Page 183: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

165

Akta Perikanan 11, 91Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim

Malaysia 21Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia 19Alam sekitar 5-7, 11, 16, 19-21, 27, 28,

61, 74, 79, 83, 98, 119Alam Sekitar Marin 21, 29Antarabangsa 2, 3, 4

Bandar 1, 46, 52, 53, 59, 63, 73, 113, 114, 116, 124, 148, 150

Bersepadu 12, 24, 38, 58Biodiversiti 21, 28, 38, 110, 113, 114,

133, 151Biologi 20, 28, 66Budaya 61, 64, 65, 66, 69, 73, 79

Chalet 16, 32, 70, 83, 96, 123, 163

Destinasi 1-3, 5-8, 10, 11, 17, 20, 37, 41, 42, 47, 48, 72, 79, 93, 114, 156, 159, 161

Domestik 2, 3, 4

Ekonomi 2, 4-7, 9, 43-45, 48, 49Ekopelancongan 5, 37, 38, 42, 48, 98,

108, 159Ekosistem 19, 28, 38, 63, 66, 100, 110,

113, 120, 126, 130, 151

Fenomena 6, 12, 120, 122Flora dan fauna 5, 20, 26, 110, 120, 151

Global 2, 28, 31, 43, 155

Indeks

Guna tanah 125, 132, 148

Had daya tampung 29, 33, 36Hakisan 5, 29Hidupan laut 21, 27

Impak 5-7, 16, 10, 11, 30, 33, 41Impak positif 30, 31, 33, 38, 66, 157 Impak negatif 6, 11, 16, 33, 34, 38, 66, 87Infrastruktur 3, 8, 11, 16, 29, 42, 45, 50,

54, 65, 70, 79, 87, 98, 120, 126, 151, 162, 164

Jabatan Taman Laut 91, 101

Kapal layar 1, 8, 12, 13, 99Kapal persiaran 9, 117Keluaran dalam negara kasar 24, 43,

44, 45Kementerian Pelancongan Malaysia 99,

106, 111Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar 28Kemudahan 3, 8, 10, 11, 16, 27, 42, 48,

50, 54, 80, 82, 86-88, 93, 94, 98, 123, 125, 150, 156, 157, 160-162

Kerajaan Negeri 96, 99, 100, 105, 159, 161

Kerajaan Persekutuan 66, 91, 161Keusahawanan 96Kraftangan 65, 88 Komuniti 6, 93Kod etika Pelancongan 110, 111

Book 1.indb 165 28/04/2017 8:55:57

Page 184: PEMBANGUNAN MAMPAN PELANCONGAN MARITIM · PDF filePerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanizah Idris Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur

Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

166

Laut China Selatan 21, 43, 117Luar Bandar 73, 113, 148

Nelayan 63, 72, 122, 159

Mampan 3, 7, 8, 10, 12, 16, 19, 23, 36-38, 44, 45, 48-50, 61, 62, 73, 74, 83, 85, 88, 98, 109, 113, 120, 124-127, 129-132, 147, 149-151, 153, 154, 156, 159, 161-163

Maritim 1, 4, 5, 20, 23

Pantai Cherating 12, 15, 21, 22, 64, 156 Pantai Batu Buruk, 12, 21, 23, 116, 122,

156Pantai Irama 115, 122, 164Pantai Cahaya Bulan 115, 122, 164Pantai Seri Tujuh 115, 122, 156, 164Pantai Barat Semenanjung Malaysia 3,

11, 16, 80, 156Pantai Timur Semenanjung Malaysia 8,

9, 11, 12, 16, 17, 43, 63, 74, 114, 156, 159

Pelancongan 1-13, 16, 17, 26-29, 41, 43, 47, 83, 99, 106, 119, 150, 157

Pelancongan kesihatan 5, 42, 48Pembangunan mampan 3, 7, 8, 16, 24,

36, 37, 45, 61, 62, 85, 98, 109, 113, 124, 138, 150, 158, 163

Pemeliharaan 5, 10, 28, 38, 62, 69, 85, 110, 112, 120, 159

Pemuliharaan 5, 10, 27, 38, 52, 62, 73, 85, 109, 112, 113, 126, 147, 149, 150, 160, 163, 164

Pelancongan maritim 1-12, 17, 19, 24, 36, 42, 43, 54, 61, 74, 155

Pelancongan pesisir pantai 2, 12Pelancongan pendidikan 5, 42, 48Pelancongan Pulau 91, 105Pencemaran 28, 29, 32, 34 Pendapatan 24, 27, 52, 55 Peniaga 56, 70, 96, 122Pengurusan 23, 24Perikanan 10, 11, 21, 50, 72, 118, 121,

159Perkhidmatan 4, 45, 50, 54, 86, 87, 93,

107, 113, 114, 123, 157, 158, 161, 164

Persekitaran 6, 20, 21, 42, 62, 69, 119, 150

Persepsi 30, 61, 63, 68, 74, 75, 77, 87Pertanian 11, 29, 42, 44, 45, 123Perlombongan 4, 29Pelabuhan 4, 10Potensi 2, 6, 12, 42Produk 3, 27, 41, 42, 49

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai 4, 11, 50, 52, 113, 126, 132, 147, 148, 152, 163

Rancangan Fizikal Negara 114, 121, 125, 126, 147

Rancangan Malaysia 2, 3, 8, 12, 16, 43, 152, 156, 157, 158

Resort 16, 54, 55, 83, 94, 96, 123Responden 30, 34, 35, 50, 52, 54-56,

68-70, 76, 82, 83, 85, 86

Sampah sarap 83, 122, 159Selam skuba 1, 8, 10, 12, 13, 16, 62Snorkeling 12, 13, 62, 85, 117Sosiobudaya 5, 6, 62, 64, 73, 74, 82Sosioekonomi 5, 11, 72, 92, 114Sosial 5, 7, 16, 41, 49, 61, 66

Taman Laut 10, 62, 91-93, 110, 113, 121, 162

Tapak warisan dunia 28Tadbir Urus 98, 99, 100, 161 Terumbu karang 21, 27, 29, 123, 156

United Nation World Tourism Organisation 41, 113, 123

Vandalisme 67, 70, 82

Wilayah Ekonomi Pantai Timur 9, 11, 12, 16, 45, 46, 58, 116

Wilayah Iskandar Malaysia 45, 54Wilayah Timur 45, 46, 53

Zon persisiran pantai 4, 5, 7, 10, 11, 16, 20, 52-54, 58, 114, 120, 124, 132, 151

Zon pinggir pantai 12, 20, 21, 24, 27, 29, 38

Book 1.indb 166 28/04/2017 8:55:57