membudayakan maqasid syariah dalam pentadbiran …

17
1 MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA Oleh: Prof. Madya Dr Arieff Salleh bin Rosman 1 1 PENDAHULUAN Allah SWT mengutus para Rasul berserta dengan SyariatNya untuk membina sistem kehidupan untuk seluruh manusia, sebagaimana firmanNya: Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti dan mukjizat yang jelas nyata. Dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menggunakan kekuatan handalnya itu untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya). Sesungguhnya Allah maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah al-Hadid, ayat 25) Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad merupakan Syariat yang terakhir yang berkuatkuasa sehingga berlakunya kiamat. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang Yahudi dan Kristian yang diberikan Kitab 1 Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia; Felo Penyelidik Fatwa, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor; Karyawan Tamu Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia. Email: [email protected]

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

1

MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA

Oleh:

Prof. Madya Dr Arieff Salleh bin Rosman1

1 PENDAHULUAN

Allah SWT mengutus para Rasul berserta dengan SyariatNya untuk membina sistem kehidupan untuk seluruh manusia, sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti dan mukjizat yang jelas nyata. Dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menggunakan kekuatan handalnya itu untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya). Sesungguhnya Allah maha kuat, lagi maha kuasa.”

(Surah al-Hadid, ayat 25)

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم merupakan Syariat yang

terakhir yang berkuatkuasa sehingga berlakunya kiamat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang Yahudi dan Kristian yang diberikan Kitab

1 Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia; Felo

Penyelidik Fatwa, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia; Ahli

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor; Karyawan Tamu Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia

(INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia. Email: [email protected]

Page 2: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

2

itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya. Perselisihan itu pula semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

(Surah Ali ‘Imran, ayat 19)

Syariat Islam diperundangkan oleh Allah SWT bagi memenuhi maslahah seluruh manusia; di dunia dan akhirat (Ibnu’ Ashur, 1998). Apabila syariat Islam diabaikan dalam kehidupan manusia, pasti mafsadah dan kerosakan akan berlaku. Allah SWT menjelaskan bahawa peranan Pemimpin adalah untuk melaksanakan segala perintah Allah SWT dalam bidang kuasanya, sebagaimana

firmanNya:

Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

(Surah al-Haj, ayat 41)

Maslahah yang menjadi teras kepada maqasid Syariah adalah sesuai untuk semua manusia pada setiap tempat dan zaman; untuk Muslim dan selain Muslim. Ini berasaskan konsep Islam rahmat untuk sekalian alam dan Syariatnya adalah selari dan menepati fitrah manusia. Fitrah bermaksud sistem yang dicipta oleh Allah yang ada pada setiap makhlukNya (Ibnu ‘Ashur, 1998). Firman Allah SWT:

Maksudnya: “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan. (Turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu. Itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah al-Rum, ayat 30)

Menurut Ibnu ‘Ashur (w1973M), objektif umum Syariat Islam ialah memelihara kestabilan sistem kehidupan manusia dan mengekalkan kebaikan padanya (1998: 273), dan memelihara kestabilan sistem Dunia dan memberikan

Page 3: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

3

garis panduan bagi tindakan manusia untuk mengelak daripada kerosakan dan kehancuran (1998: 299).

Memahami dasar dan prinsip yang terdapat dalam Islam merupakan teras dalam urus tadbir Islam. Umar bin al-Khattab berkata,

دوا» «تفقهوا قبل أن تسو

Maksudnya: “Pelajari dan fahami ilmu agama sebelum kamu menjadi pemimpin.” Athar sahih direkod oleh Imam al-Bukhari (2002: 1/25)

Menurut Sains Politik Moden, perbincangan tentang urus tadbir biasanya merujuk kepada teori yang diperkenalkan oleh pelbagai sarjana seperti Max Weber, Frederick Winslow, Taylor, Luther Gulick, Mary Parker Follet, Chester Barnard,

Herbert A. Simon, Dwight Waldo dan seumpamanya. Teori pentadbiran awam tersebut sering dibincangkan secara selari dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow (Bitonio, 2012). Namun, kertas kerja ini mengemukakan dimensi yang berbeza. Perbincangan tentang Pentadbiran Awam akan dibincangkan melalui konsep siyasah Syar’iyah yang menjadikan maqasid Syariah sebagai asas hierarki keperluan. Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan mengurus berdasarkan maqasid Syariah dan mengemukakan Model Pembentukan Budaya Penghayatan Maqasid Syariah Dalam Urus Tadbir Kerajaan Malaysia.

2 MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

Allah SWT menjelaskan dalam al-Qur'an bahawa perutusan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah untuk membawa kebaikan dan rahmat bagi sekalian alam. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah al-Anbiya', ayat 107)

Al-Syatibi (w790H) menjelaskan, kefahaman daripada ayat 107 surah al-Anbiya’, rahmat yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tercemin pada memenuhi

keperluan (maslahah) dan menghindari keburukan (mafsadah) di sebalik tujuan misi kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ke dunia (al-Syatibi, 1997)

Urus tadbir Negara menurut kerangka Sains Politik Islam termasuk dalam konsep siyasah Syar’iyah. Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah (w751H), siyasah Syar’iyah bermaksud tindakan pemimpin untuk memastikan maslahah dan manfaat rakyat dipelihara dan menjauhkan mereka daripada mafsadah dan kemudaratan, walaupun tindakan itu tidak dinyatakan dalam sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم atau diwahyukan oleh Allah SWT (Ibnu Qayyim al-Jauziyah, 1961). Menurut sebahagian ulama, siyasah Syar’iyah juga bermaksud kelonggaran bagi para pemerintah melakukan apa sahaja yang boleh membawa kebaikan selagi ianya tidak bertentangan dengan prinsip agama, walaupun tidak ada dalil khusus yang membolehkan ia dilakukan (Bahansi, 1965; Khallaf, 1984).

Page 4: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

4

Berdasarkan definisi siyasah Syar’iyah tersebut, menunjukkan bahawa urus tadbir menurut Islam adalah tindakan pemimpin yang berteraskan maqasid Syariah. Siyasah Syar’iyah yang diaplikasi dalam sistem urus tadbir Islam adalah bersifat fleksibel dan dinamik. Islam hanya memberikan garis panduan umum kepada para pemimpin, manakala pelaksanaan detil diserahkan kepada kebijaksanaan pemimpin (Sharifah Hayaati & Asmak, 2011).

Abdul Wahhab Khallaf (w1956M) menjelaskan konsep siasah Syar’iyah dalam pemerintahan negara sebagai melaksanakan pentadbiran awam negara Islam dengan cara yang boleh memberi kebaikan dan menolak kemudaratan dalam lingkungan batas-batas syariat dan prinsip umumnya, walaupun tidak selaras dengan pandangan para imam mujtahidin yang terdahulu atau tanpa mengikut jejak langkah salaf dalam mengambil kira kepentingan dan perkembangan semasa.

Sebenarnya tidak ada halangan Syarak untuk mengambil apa sahaja langkah yang boleh menolak kemudaratan dan memenuhi maslahah dalam apa sahaja urusan negara selagi ianya tidak terkeluar daripada batas-batas syarak dan kaedah-kaedah umumnya (Khallaf, 1984).

Menurut Fathi Uthman (w2010M), antara bentuk siyasah Syar’iyah ialah mengambil faedah daripada pengalaman orang bukan Islam dalam bidang pentadbiran selagi ianya boleh menghasilkan keadilan dan menjamin kepentingan orang ramai serta tidak pula bertentangan dengan mana-mana nas Syarak, sama ada secara khusus atau secara umum. Sebagai contohnya, kata beliau ialah tindakan Umar memperbaharui kaedah pentadbiran negara berasaskan pengalaman baru yang diperolehi dari jajahan-jajahan yang baru ditakluki oleh tentera Islam pada waktu itu (Uthman, 1979).

2.1 Kepentingan Menjadikan Maqasid Syari’ah Sebagai Asas Urus Tadbir Negara

Kerajaan yang diamanahkan untuk mengurus hal ehwal rakyat adalah tertakluk kepada Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Kerajaan

berperanan memastikan agama Islam didaulatkan serta mengurus bagi memastikan maslahah umat dipelihara (al-Mawardi, 1996; al-Ghamidi, 1430H).

Kaedah fiqh menjelaskan, “Tindakan pemimpin adalah tertakluk kepada maslahah rakyat” (al-Zarkasyi, 1982: 1/309). Kaedah ini merupakan kaedah umum yang utama dalam perundangan Islam berkaitan siyasah Syar’iyah. Ia berkaitan dengan maqasid utama dalam perundangan Islam iaitu ‘Memenuhi maslahah dan menjauhi mafsadah’ melalui pemeliharaan kepada lima elemen (daruriyat khamsah); agama, nyawa, harta, maruah dan akal. Objektif perundangan Islam ini hanya akan terlaksana apabila para pemimpin melaksanakan amanah rakyat dan memelihara hak mereka dengan adil (al-Ghamidi, 1430H).

Berdasarkan analisa kepada penulisan ulama, terdapat beberapa kaedah yang berkaitan dengan kaedah, “Tindakan pemimpin adalah tertakluk kepada maslahah rakyat”. Antaranya ialah (al-Ghamidi, 1430H):

1) “Peranan pemimpin terhadap rakyatnya adalah seumpama peranan wali terhadap harta anak yatim.” (al-Syafi’i, 1996: 5/351).

2) “Ijtihad pemimpin adalah tertakluk kepada maslahah.”

Page 5: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

5

3) “Pemimpin hanya boleh melakukan sesuatu tindakan yang mendatangkan maslahah kepada orang bawahannya.”

Menurut al-Ghazali (w505H):

“Maslahah pada asalnya bermaksud mendapatkan manfaat atau menjauhkan

mudarat. Namun, bukan ini yang kami maksudkan. Mendapatkan manfaat dan

menjauhkan mudarat adalah objektif kehidupan manusia dan keperluan untuk

memenuhi objektif tersebut. Yang kami maksudkan dengan maslahah ialah

memelihara objektif Syarak iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan

dan harta manusia. Setiap tindakan yang dapat memenuhi lima kepentingan tersebut adalah maslahah. Manakala setiap tindakan yang menjejaskan lima

kepentingan tersebut adalah mafsadah dan menghilangkan mafsadah adalah

satu maslahah.” (1993: 174)

Manakala menurut Ibnu ‘Ashur, maslahah bermaksud tindakan yang menghasilkan kebaikan, sama ada manfaatnya sentiasa diperoleh atau boleh diperoleh dalam kebanyakan keadaan, sama ada untuk masyarakat atau individu. Manakala mafsadah pula sesuatu yang berlawanan dengan maslahah iaitu tindakan yang menghasilkan kerosakan atau mudarat, sama ada kemudaratannya sentiasa diperoleh atau boleh diperoleh dalam kebanyakan keadaan, sama ada untuk masyarakat atau individu (1998: 278-279).

Maslahah dikategorikan kepada tiga (al-Ghazali, 1993):

1) Maslahah yang diiktiraf oleh Syarak iaitu maslahah yang dinyatakan dalam dalil al-Qur’an, sunnah, ijma’, qiyas. Contohnya solat.

2) Maslahah yang tidak diiktiraf oleh Syarak iaitu maslahah yang diharamkan berdasarkan dalil al-Qur’an, sunnah, ijma’, qiyas. Contohnya maslahah yang terdapat pada riba iaitu mendatangkan keuntungan kepada pemberi hutang.

3) Maslahah yang tidak dinyatakan sama ada ia diiktiraf oleh Syarak atau tidak berdasarkan dalil khusus. Namun, berdasarkan dalil umum, ia adalah maslahah yang mendatangkan manfaat untuk manusia. Ia diistilahkan sebagai masolih mursalah.

Maksud kaedah, ‘Tindakan pemimpin adalah tertakluk kepada maslahah rakyat’, segala tindakan pemimpin; sama ada pemimpin umum (Kerajaan dan agensinya) atau pemimpin khusus (keluarga) mestilah mendatangkan maslahah dan menjauhkan mafsadah dan kemudaratan. Setiap pemimpin wajib memastikan setiap tindakannya memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta orang di bawah tanggungjawabnya. Setiap tindakan yang mendatangkan manfaat yang diakui oleh Syarak dan menjauhkan kemudaratan adalah tindakan yang diiktiraf oleh Syarak. Sebaliknya, jika tindakan pemimpin bukan bertujuan untuk mendatangkan manfaat dan menjejaskan lima elemen tersebut, maka ia tindakan yang tidak dibenarkan oleh Syarak (Haydar, t.th.; al-Ghamidi, 1430H). Setiap tindakan pemimpin yang terkeluar daripada maslahah, serta menjurus kepada mafsadah, adalah tindakan yang telah terkeluar daripada kepimpinan yang menepati Syarak serta terkeluar daripada siyasah yang adil (Abu Yusuf, 1399H; al-Zarqa’, 1387H).

Setiap tindakan Pemimpin Kerajaan dan Agensinya hanya berkuatkuasa sekiranya tindakan tersebut mendatangkan manfaat dan memenuhi maslahah rakyat; sama ada ia berkaitan dengan urusan keduniaan atau keagamaan (al-Zarqa’, 1409H). Ini menunjukkan, tidak semua arahan Pemimpin wajib dilaksana oleh rakyat. Tindakan pemimpin yang tidak memenuhi maslahah, yang berlawanan dengan objektif Syarak, serta mendatangkan mafsadah dan

Page 6: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

6

kemudaratan adalah tindakan yang tidak wajib diikuti oleh rakyat. Ini berdasarkan konsep, kuasa kepimpinan adalah amanah Allah kepada pemimpin untuk memastikan maslahah dan manfaat diperolehi oleh rakyat. Pemimpin yang bertindak dengan tindakan yang mendatangkan mafsadah dan kemudaratan adalah suatu pengkhianatan terhadap amanah Allah SWT (Ibnu Nujaym, 1413H; al-Ghamidi, 1430H).

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.”

(Surah al-Nisa’, ayat 58)

Ayat ini, secara jelas menyatakan melaksanakan amanah - termasuk amanah kepimpinan - merupakan suatu kewajipan (al-Razi, 1994: 5/143). ‘Ali bin Abu Talib berkata:

“Seseorang pemimpin bertanggungjawab melaksanakan segala hukum berpandukan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT. Pemimpin juga

bertanggungjawab menunaikan segala amanah. Jika pemimpin

melaksanakan tanggungjawab tersebut, maka menjadi tanggungjawab rakyat

untuk mendengar dan mentaati segala arahannya.” (al-Tobari, 1992: 4/147)

Antara maksud amanah dan adil yang diwajibkan Syarak adalah pemimpin mengurus dan memimpin umat bagi memenuhi segala maslahah mereka dan menjauhkan mereka daripada sebarang kemudaratan dan kerosakan (al-Ghamidi, 1430H).

Al-Tobari (w310H) menjelaskan takwil ayat 58 surah al-Nisa’:

“Sesungguhnya Allah mengarahkan kamu, wahai sekalian pemimpin orang

Islam, agar menunaikan segala apa yang diamanahkan oleh rakyat ke atas kamu; iaitu hak, harta, dan zakat mereka. Kamu wajib menyerahkan segala hak

yang berada dalam tanggungjawab kamu kepada pemiliknya dan jangan sekali-

kali menzalimi mereka. Jangan meletakkan amanah itu pada sesuatu yang

bukan menjadi tempatnya. Jangan mengambil sesuatu melainkan ia diizinkan

oleh Allah. Allah SWT mengarahkan; apabila kamu menghakimi antara rakyat,

hendaklah menghakiminya dengan adil. Itulah ketetapan Allah SWT yang terkandung dalam kitabNya serta dijelaskan pula oleh lidah RasulNya. Jangan

melampaui batasan tersebut. Jika melampauinya, maka kamu sudah menzalimi

rakyat kamu.” (al-Tobari, 1992: 4/147-149).

Sayyid Qutub (w1966M) menjelaskan:

Page 7: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

7

“Amanah terbahagi kepada dua; “Amanah besar” dan amanah yang sebaliknya.

Amanah besar adalah amanah yang diberikan Allah SWT berdasarkan fitrah

manusia, iaitu amanah yang asalnya ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Namun mereka tidak sanggup menerimanya, lantas diterima

oleh manusia. Iaitu amanah hidayah, makrifah dan iman kepada Allah SWT

melalui niat, kehendak, kesungguhan dan fokus. Amanah ini hanya

dikurniakan secara khusus, bersesuaian dengan fitrah mereka. Hidayah,

makrifah, iman dan yang seumpamanya lagi; bagi makhluk selain manusia;

diilhamkan oleh Allah SWT kepada mereka. Mereka mentaati sistem hidup yang disediakan oleh Allah SWT itu tanpa niat, kehendak, dan fokus daripada

mereka. Hanya manusia sahaja; diserahkan berdasarkan fitrah, akal, makrifah,

kehendak, fokus dan kesungguhannya bagi mencapai tujuan beriman kepada

Allah SWT, dengan pertolongan daripada-Nya.

Inilah “amanah besar” yang ditanggung oleh sekalian manusia.

Berpunca daripadanya, maka lahirlah amanah yang lain. Antaranya, amanah

menjadi untuk saksi bagi agama Islam. Yang utamanya ialah, menjadi saksi bagi diri sendiri; iaitu melalui mujahadah mendidik nafsu sehingga segala

tingkah laku seseorang itu menjadi penterjemah kepada keindahan ajaran

Islam. Terjemahan yang hidup dalam perasaan dan tingkah laku,

menggambarkan iman pada diri seseorang Muslim. Sehingga manusia lain

yang melihatnya akan berkata, betapa indah, baik dan sucinya iman itu. Ini

akan memberikan kesan kepada mereka, lantas tertarik untuk menerima Islam sebagai cara hidup. Contoh amanah yang lain ialah mempraktik Islam

dalam kehidupan sebagai cara hidup komuniti orang beriman dan

seterusnya menjadi cara hidup manusia keseluruhannya. Contoh amanah

yang lain lagi ialah menyerahkan barang yang diamanahkan kepada

pemiliknya, menasihati pemimpin dan rakyat dan mendidik generasi muda. Kesemua amanah ini diarahkan oleh Allah SWT agar dilaksanakan dan

dipenuhi. Ia termasuk dalam arahan Allah SWT, “Menyerahkan segala jenis

amanah kepada ahlinya.” (Qutub, 1994: 2/688)

Pemimpin pada setiap peringkat adalah bertanggungjawab atas maslahah individu yang berada dalam tanggungannya. Abdullah bin Umar melaporkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

كم راع فمسئول عن رعيته، فالأمير الذي على الناس راع وهو مسئول »كل

جل راع على أهل بيته وهو مسئول عنهم، والمر أة راعية على بيت عنهم، والر

عنهم، والعبد راع على مال سي ده وهو مسئول عنه، بعلها وولده وهي مسئولة

«ألا فكلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته

Maksudnya: “Setiap daripada kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab atas orang bawahannya. Ketua Negara adalah penjaga dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Suami adalah penjaga dan bertanggungjawab atas ahli keluarganya. Isteri adalah penjaga dalam rumah suaminya dan anak-anak suaminya dan bertanggungjawab atas mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab atasnya. Setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap daripada kamu bertanggungjawab atas orang bawahannya.” Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari (2002: 3/150)

Berdasarkan hadis tersebut, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم menjelaskan, setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang bawahannya dengan mendirikan keadilan sesama mereka dan untuk mereka. Pemimpin juga diberikan amanah untuk memastikan maslahah dan manfaat orang bawahannya dipenuhi, serta menjauhkan mafsadah dan kemudaratan daripada mereka. Semua objektif

Page 8: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

8

kepimpinan ini hanya mampu dipenuhi dengan melakukan tindakan yang dibenarkan oleh Syarak (al-‘Asqalani, 1409H; al-Ghamidi, 1430H).

Tindakan pemimpin yang bertepatan dengan arahan Syarak adalah tindakan yang menepati maslahah. Manakala tindakan yang berdasarkan dosa dan maksiat adalah tindakan yang mengundang mafsadah dan kemudaratan. Mentaati pemimpin yang mentaati Allah adalah wajib. Sebaliknya, jika pemimpin bertindak berlawanan dengan arahan Allah, maka haram mentaatinya (al-‘Iz, 1421H; al-Zarqa’, 1387H).

‘Ali bin Abi Talib melaporkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

«لا طاعة في معصية الله، إنما الطاعة في المعروف »

Maksudnya: “Tiada taat dalam perkara maksiat kepada Allah. Sesungguhnya taat hanya dalam perkara ma’ruf.” Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim (t.th.: 3/1469)

al-Nawawi (w676H) ketika menjelaskan maksud hadis tersebut, mengatakan bahawa tindakan pemimpin yang berlawanan dengan asas adil dan tidak memenuhi maslahah orang bawahannya adalah maksiat yang menjadikan arahan pemimpin itu tidak wajib ditaati. Hadis ini menjelaskan menjadi kewajipan atas setiap pemimpin untuk bertindak dengan adil, benar dan memenuhi maslahah, sehingga melayakkannya untuk wajib ditaati dan permintaannya dipenuhi (1414H: 4/536-539).

Memenuhi maslahah dan menjauhkan mafsadah merupakan asas utama dalam maqasid Syariah. Ia juga merujuk kepada beberapa kaedah lain (al-‘Iz, 1421H; al-Syatibi, 1997; Ibnu Taimiyah, 1429H; Ibnu ‘Ashur, 1998):

1) Syariat Islam diperundangkan bagi mendapatkan maslahah dan menyempurnakannya serta menjauhkan mafsadah dan mengurangkannya.

2) Syariat Islam diperundangkan bagi mendapatkan maslahah yang paling besar jika terdapat pertembungan antara dua maslahah, dengan mengenepikan maslahah yang kurang penting. Serta menjauhkan mafsadah yang paling besar jika terdapat pertembungan antara dua mafsadah dengan membenarkan mafsadah yang lebih rendah risikonya.

3) Allah SWT tidak mengarahkan dalam Syariat Islam melainkan padanya ada maslahah pada keseluruhannya atau padanya terdapat maslahah yang lebih jelas. Allah SWT tidak menghalang dalam Syariat Islam melainkan padanya ada mafsadah pada keseluruhannya atau padanya terdapat mafsadah yang lebih jelas.

Para ulama menjelaskan garis panduan bagi memastikan sesuatu maslahah yang menjadi dasar tindakan pemimpin adalah maslahah yang diiktiraf oleh Syarak (Ibnu ‘Ashur, 1998; al-Buti,1402H; al-Ghamidi, 1430H):

1) Maslahah tidak berlawanan dengan dalil yang qat’i dari al-Qur’an, sunnah atau ijma’.

2) Maslahah yang selari dengan objektif Syarak iaitu tiada konflik dengan asas prinsip, dasar, dan dalil hukum Syarak.

3) Maslahah itu tidak berlawanan dengan maslahah yang lebih penting. 4) Maslahah yang jika diaplikasikan tidak menyebabkan akan berlakunya

mafsadah yang lebih besar atau menyamainya.

Page 9: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

9

5) Maslahah hanya melibatkan urusan adat dan muamalat yang boleh berlaku perubahan pada hukumnya mengikut kesesuaian, bukan melibatkan urusan yang hukumnya kekal dan tidak boleh berubah seperti sesuatu yang diwajibkan, diharamkan, hukuman hudud. Dengan kata lain, maslahah itu hanya melibatkan urusan yang boleh berlaku ijtihad padanya sahaja.

6) Maslahah yang diyakini boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat, bukan maslahah yang kabur.

7) Maslahah untuk masyarakat umum, bukan hanya untuk individu tertentu sahaja.

8) Maslahah yang dibina berdasarkan neraca Syarak, bukan bersumberkan hawa nafsu atau logik akal semata-mata.

Antara prinsip maqasid Syariah yang perlu dihayati dan dipraktik dalam

urus tadbir Kerajaan ialah (Ibnu ‘Ashur, 1998):

1) Memelihara kestabilan sistem kehidupan manusia dan mengekalkan kebaikan padanya.

2) Mengamalkan konsep wasatiyah iaitu bertoleransi dan memberikan kemudahan secara seimbang dan adil.

3) Melakukan proses pembaikan (islah) dan penambahbaikan dalam segenap aspek kehidupan; individu dan masyarakat, secara berterusan untuk kesejahteraan hidup manusia.

Maslahah yang menjadi ukuran urus tadbir Negara dinilai secara hierarkinya kepada tiga kategori mengikut susunan keutamaan (al-Juwaini, 2003; al-Ghazali, 1997; al-Syatibi, 1997, Ibnu ‘Ashur, 1998):

1) Daruriyyah – maslahah asasi yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidak dapat tidak, amat diperlukan oleh setiap manusia melalui kehidupan bermasyarakat. Seandainya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, kehidupan manusia sudah tiada ertinya lagi. Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah (merosakkan).

2) Hajiyyah – maslahah yang diperlukan melibatkan keperluan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan dan pada masa yang sama menghindarkan kesusahan serta kesukaran. Walaupun ia tidak sampai ke tahap keperluan asasi yang boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia, tetapi ia diperlukan bagi mengelakkan kesusahan hidup di dalam masyarakat. Ketiadaan maslahah ini tidak akan menjejaskan kehidupan tetapi akan menyebabkan kesulitan.

3) Tahsiniyyah – maslahah yang diperlukan untuk menjaga kehormatan hidup manusia yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik serta meninggalkan keadaan yang buruk menurut akal yang waras. Semua itu diperlukan bagi menjamin kelancaran hidup manusia dalam masyarakat. Ketiadaannya tidak memberi implikasi besar terhadap kehidupan manusia.

Pelaksanaan urus tadbir berasaskan memenuhi maslahah dan menjauhi mafsadah akan turut sama memastikan nilai urus tadbir yang dinyatakan dalam al-Qur’an terlaksana. Antara nilai good governance yang digariskan dalam al-Qur’an adalah (Arieff Salleh & Yahaya, 2015):

1) Konsep akauntabiliti politik menurut al-Qur’an merujuk kepada khalifah atau ketua negara bertanggungjawab melaksanakan amanah Allah SWT dan amanah rakyat dalam sesebuah negara Islam. Mereka dipertanggungjawabkan

Page 10: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

10

ketika di dunia dan akan disoal di akhirat nanti. Begitu juga tanggungjawab seluruh jentera Kerajaan wajib membantu Ketua Negara untuk melasanakan amanah tersebut mengikut bidang kuasa masing-masing.

2) Konsep ketelusan dalam al-Qur’an merujuk kepada konsep syura, di mana masyarakat umum mengetahui serta percaya kepada dasar dan niat kerajaan dalam melaksanakannya. Ketelusan terlaksana melalui sifat bertanggungjawab kerajaan, menyediakan ruang bagi penyertaan awam dalam menggubal dasar kerajaan dan pelaksanaannya, serta membenarkan bantahan dilakukan oleh masyarakat awam dalam perkara yang boleh memberikan kesan negatif terhadap kehidupan mereka.

3) Antara nilai good governance yang terkandung dalam al-Qur’an adalah keadilan. Allah SWT mengarahkan setiap hambaNya agar melaksanakan

keadilan dalam kehidupan mereka; sama ada berkaitan dengan keperluan individu, keluarga, masyarakat atau negara.

4) Al-Qur’an menjelaskan, bahawa integriti merupakan antara nilai teras yang perlu ada dalam sesebuah urus tadbir. Kerana itu, Islam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerana ia merosakkan kehidupan.

5) Atas dasar persamaan, maka good governance menurut al-Qur’an memberikan hak dan peluang yang sama untuk semua warganegara; tanpa mengira bangsa, warna kulit, keyakinan atau pegangan politik.

6) Kerajaan Islam turut mengamalkan dasar kebebasan. Setiap warganegara diberi kebebasan memilih agama masing-masing dan melaksanakan ajaran agama mereka. Islam tidak membenarkan paksaan ke atas orang bukan Islam agar menerima Islam. Namun, Islam menggalakkan umatnya agar berdakwah kepada orang bukan Islam dan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan kerosakan. Kerajaan Islam juga memberikan hak kebebasan berfikir dan bersuara kepada setiap rakyat. Rakyat perlu berani menegur kesilapan pemimpin dan pemimpin pula mesti bersedia menerima teguran tersebut.

Segala tindakan dalam urus tadbir Kerajaan yang menjadikan maqasid Syariah sebagai teras dan rujukan, memastikan segala urusan bertujuan untuk memelihara lima maslahah; agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta mengikut urutan tiga hierarki; daruriyyah, hajiyyah, dan tahsiniyyah. Tindakan tersebut akan menyumbang kepada memelihara keamanan, menjaga kestabilan sistem,

mengekalkan kebaikan untuk individu dan masyarakat dengan memelihara diri, maruah, keturunan, harta, pemilikan, keadilan dan kebijaksanaan (al-Syatibi, 1997; al-Ghamidi, 1430H)

2.2 Contoh Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Urus Tadbir Negara

Para pemimpin yang dididik oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam kalangan Khulafa’ al-Rashidin telah membudayakan maqasid Syariah dalam urus tadbir mereka. Beberapa contoh tindakan mereka ialah:

1) Abu Bakar; ketika menjadi khalifah, bersetuju dengan cadangan Umar agar al-Qur’an dikumpulkan dalam satu mushaf bagi mengelakkan mafsadah iaitu hilangnya tulisan dan hafalan al-Qur’an kerana ramai para hafiz al-Qur’an yang mati syahid dalam perang (al-Bukhari, 2002; al-Ghamidi, 1430H).

Page 11: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

11

Walaupun Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak mengarahkan para sahabat

mengumpulkan penulisan al-Qur’an dalam satu mushaf, namun, jika ia tidak dilakukan, kelak umat Islam selepas ketiadaan generasi para sahabat tidak mampu membaca al-Qur’an dengan sempurna. Oleh itu tindakan Abu Bakar tersebut merupakan satu maslahah besar untuk umat manusia.

2) Abu Bakar telah menjatuhkan hukuman bakar ke atas seorang pesalah liwat. Walaupun membakar manusia adalah diharamkan oleh Syarak, namun, tindakan Abu Bakar tersebut dibuat bagi memenuhi maslahah umum masyarakat iaitu memberikan hukuman keras ke atas penjenayah liwat yang jika ia berleluasa dalam masyarakat, maka kerosakan akan berlaku (Ibnu Qayyim al-Jawziah, 1961).

3) Umar, ketika menjadi khalifah telah mengadaptasi sistem pemerintahan Tamadun Rom dalam sistem pentadbiran Negara Islam untuk memenuhi maslahah umum iaitu mengurus Negara dengan lebih baik dan berkesan (Sharifah Hayaati & Asmak, 2011).

4) Umar berijtihad berkaitan talak tiga dengan satu lafaz. Pada zaman Nabi

Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Abu Bakar, talak tiga yang diucapkan dengan satu lafaz

adalah talak satu (raj’i). Namun, apabila mafsadah berlaku, iaitu umat Islam pada zaman Umar berleluasa menggunakan talak tiga untuk melampiaskan marah mereka kepada isteri, maka Umar berijtihad, talak tiga yang diucapkan dengan satu lafaz adalah talak tiga (ba’in baynunah kubra, iaitu suami tidak boleh kembali berkahwin dengan bekas isteri, melainkan isteri itu terlebih dahulu berkahwin dengan lelaki lain dan kemudian diceraikan oleh suami barunya itu). Tindakan Umar ini adalah untuk mengelakkan mafsadah berlaku dalam kalangan umat Islam iaitu meremehkan isu talak, khususnya talak tiga (Muslim, t.th.; al-Ghamidi, 1430H).

5) Umar melakukan penyamaran bagi melihat dan menghayati sendiri situasi hidup rakyatnya. Beliau melakukan pemerhatian pada waktu malam dengan berjalan sendirian bagi memastikan tiada rakyatnya yang kelaparan (Sharifah Hayaati & Asmak, 2011). Beliau pernah berkata, “Jika saya mampu hidup lebih lama, sudah pasti saya akan pergi dan meneroka ke seluruh kawasan Negara Islam untuk meninjau keperluan rakyat saya. Saya tahu, mereka mempunyai pelbagai keperluan yang tidak mampu dipenuhi melainkan dengan kehadiran saya. Dengan itu, saya dapat mengenalpasti masalah yang berlaku dalam kehidupan rakyat saya dan mengenalpasti adakah Gabenor yang saya lantik berjaya atau gagal melaksanakan amanahnya. Saya pergi ke Syam dan tinggal di sana selama 2 bulan. Kemudian saya pergi ke Jazirah dan tinggal di sana juga selama 2 bulan. Kemudian saya ke Mesir, Kufah dan Basrah. Setiap tempat itu saya tinggal selama 2 bulan. Saya berdoa, mudah-mudahan dengan usaha saya ini, saya layak memperoleh balasan yang baik daripada Allah SWT.” (Ibnu al-Jawzi, 1987) Tindakan Umar ini adalah untuk memastikan amanah beliau sebagai Ketua Negara untuk memenuhi maslahah dan menjauhkan mafsadah untuk rakyatnya terlaksana.

6) Umar menghadkan pemilikan tanah yang diusahakan hanya untuk 3 tahun.

Menurut hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, sesiapa yang mengusahakan tanah terbiar,

maka tanah itu menjadi miliknya (Hadis direkod oleh Imam Abu Daud). Tindakan Umar menghadkan pemilikan tanah terbiar untuk pengusahanya hanya 3 tahun adalah untuk memastikan maslahah ekonomi umat terpelihara (Abu Saqr, 2007).

Page 12: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

12

7) Umar memperkenalkan cukai tanah yang diistilahkan sebagai al-kharaj. Tanah yang diperoleh daripada rampasan perang tidak diagihkan kepada para

tentera, sebagaimana yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan

Abu Bakar. Umar mengekalkan pemilikan tanah itu kepada pemiliknya dan dikenakan cukai. Tindakan ini adalah untuk memenuhi maslahah ekonomi Negara. Hasil kutipan cukai digunakan untuk memenuhi maslahah rakyat.

8) Uthman, ketika menjadi khalifah, bersetuju dengan cadangan Huzaifah bin Yaman agar umat Islam hanya menggunakan satu mushaf sahaja dengan satu bahasa iaitu bahasa Quraish. Tindakan ini bagi mengelakkan mafsadah yang berlaku iaitu umat Islam ketika itu berkonflik tentang bacaan al-Qur’an. Akibat kejahilan, umat Islam saling tuduh menuduh sehingga saling sesat menyesatkan, kesan daripada pelbagai mushaf yang dibaca. Tindakan Uthman

mengarahkan Zaid bin Thabit untuk menyatukan seluruh al-Qur’an dalam satu mushaf yang dikenali sebagai Mushaf Uthman dan seterusnya mengarahkan semua mushaf al-Qur’an yang lain dibakar adalah untuk memelihara maslahah kesatuan umat (al-Bukhari, 2002; al-Ghamidi, 1430H).

3 MEMBENTUK BUDAYA PENGHAYATAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN

Syariah Islam merupakan satu set standard bagi system kerja setiap individu Muslim (Sharifah Hayaati & Asmak, 2011). Oleh itu, dalam urus tadbir, maqasid Syariah perlu dijadikan sebagai ‘Standard of Practice’.

Bagi membentuk budaya penghayatan maqasid syariah dalam pentadbiran awam di Malaysia, elemen berikut perlu wujud:

1) Kepimpinan

Kepimpinan yang berwawasan banyak mempengaruhi ahli dalam organisasi untuk bergerak secara berpasukan dalam mengubah nilai dan menyediakan ruang untuk membangunkan idea baru dalam pasukan mereka (Burningham & West, 1995). Kepimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia telah memulakan langkah ke arah menghayati maqasid syariah dalam pentadbiran. Langkah bijak yang telah dimulakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah melancarkan Indeks Syariah Malaysia perlu difahami dan dihayati di setiap peringkat kepimpinan Pentadbiran Awam di Malaysia. Para pemimpin setiap peringkat perlu menjadikan

maqasid syariah sebagai teras dalam merancang dan melaksanakan aktiviti.

2) Personel

Peranan personel turut memainkan peranan dalam pembentukan budaya organisasi. Terdapat tiga faktor yang menentukan kejayaan membudayakan sesuatu nilai dalam organisasi iaitu sumber, teknik, dan motivasi. Semakin luas ruang persamaan ketiga-tiga faktor tersebut, semakin besar tahap pembudayaan sesuatu nilai (Amabile, 2000). Oleh itu, bagi membentuk budaya penghayatan maqasid syariah dalam pentadbiran awam di Malaysia, setiap lapisan kakitangan awam di Malaysia perlu diberikan pendedahan tentang konsep siyasah Syar’iyah dan maqasid Syariah. Setiap warga pentadbiran awam di setiap peringkat; sama ada penggubal dasar atau pelaksana dasar perlu mendapat latihan yang komprehensif tentang konsep tersebut.

3) Polisi Kerajaan

Page 13: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

13

Polisi dalam organisasi turut memainkan peranan penting dalam memastikan pembudayaan sesuatu nilai mampu diterapkan dalam organisasi. Satu polisi yang jelas perlu diwujudkan bagi memastikan setiap peringkat penggubalan dasar dan pelaksanannya adalah berteraskan konsep siyasah Syar’iyah dan maqasid Syariah.

4) Penerapan nilai murni

Penerapan nilai murni turut mempengaruhi kejayaan pembudayaan sesuatu nilai dalam organisasi. Setiap warga pentadbiran awam di Malaysia perlu menghayati nilai murni dalam pekerjaan seperti bekerja sebagai ibadah, jawatan sebagai amanah Allah, semangat kerja berpasukan, ikhlas dan seumpamanya. Ini bagi memastikan kejayaan usaha membudayakan penghayatan maqasid syariah dalam setiap aktiviti pentadbiran.

Namun begitu, terdapat beberapa halangan ke arah membentuk budaya penghayatan maqasid syariah dalam pentadbiran awam di Malaysia.

1) Dasar dan polisi sedia ada

Dasar dan polisi sedia ada yang tidak selari dengan prinsip siyasah Syar’iyah boleh menjadi penghalang ke arah membudayakan maqasid Syariah dalam urus tadbir Kerajaan. Oleh itu, Ketua Jabatan pada setiap peringkat perlu menganalisa dasar dan polisi sedia ada untuk memastikan tiada elemen yang boleh menghalang pembudayaan ini berlaku. Jika terdapat elemen yang menghalang, penambahbaikan dasar dan polisi sedia ada perlu dilakukan.

2) Sistem sokongan

Sistem sokongan boleh jadi penghalang ke arah membudayakan maqasid syariah dalam urus tadbir Kerajaan. Oleh itu, setiap Ketua Jabatan di setiap peringkat pentadbiran awam perlu menyediakan sistem sokongan yang bersesuaian ke arah kejayaan pembudayaan tersebut.

3) Kepercayaan

Tahap kepercayaan setiap warga pentadbiran awam tentang kewajiban pematuhan maqasid Syariah dalam siyasah Syar’iyah boleh menjadi penghalang ke arah membudayakan maqasid syariah dalam urus tadbir Kerajaan. Oleh itu, usaha bersepadu perlu dilakukan pada setiap peringkat pentadbiran awam bagi

meningkatkan kepercayaan setiap warga sektor awam terhadap tanggungjawab mereka memastikan setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan memenuhi maslahah dan menjauhi mafsadah.

Kertas kerja ini mencadangkan Model Pembentukan Budaya Penghayatan Maqasid Syariah Dalam Urus Tadbir Kerajaan Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Rajah 1. Model tersebut diadaptasi dan diubahsuai daripada Model Pembentukan Budaya Kreatif dan Inovatif di Organisasi yang dikemukakan oleh Martins & Terblanche (2003).

DIMENSI PENGUKURAN BUDAYA

PENGHAYATAN MAQASID SYARIAH

DALAM URUS TADBIR KERAJAAN

MALAYSIA

Visi dan misi strategik

Persekitaran Luaran

Page 14: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

14

Strategi pencapaian objektif

Proses pengurusan

Keperluan dan objektif pekerja

Hubungan interpersonal

Kepimpinan

ELEMEN MEMPENGARUHI BUDAYA PENGHAYATAN MAQASID SYARIAH DALAM URUS

TADBIR KERAJAAN MALAYSIA

STRATEGI STRUKTUR MEKANISME

SOKONGAN

KELAKUAN KOMUNIKASI

- Visi & misi

- Tujuan yang jelas

- Fleksibel

- Kebebasan - Berautonomi

- Diberi kuasa

membuat

keputusan

- Kerja berpasukan

- Anugerah &

pengiktirafan - Kewujudan

sumber

- Bagaimana

kegagalan diurus

- Percambahan

idea

- Pembelajaran

sepanjang hayat

- Komunikasi

terbuka

Rajah 1: Model Pembentukan Budaya Penghayatan Maqasid Syariah Dalam Urus Tadbir Kerajaan Malaysia

Bagi memastikan penghayatan maqasid Syariah dibudayakan dalam urus tadbir Kerajaan Malaysia, budaya organisasi berkaitan dengannya perlu diwujudkan. Budaya organisasi bermaksud nilai dan kepercayaan yang dihayati dalam diri setiap personel dalam sesebuah organisasi (Martins & Terblanche,

2003). Bagi mengukur sama ada penghayatan maqasid Syariah dibudayakan dalam urus tadbir Kerajaan Malaysia, terdapat tujuh faktor yang perlu diukur:

1) Visi dan misi strategik: Ketua Jabatan bagi setiap peringkat pentadbiran awam perlu mengenalpasti tahap kefahaman semua staf terhadap visi dan misi Kerajaan bagi menjadikan maqasid Syariah sebagai teras urus tadbir. Setiap kakitangan awam di Malaysia perlu menyelaraskan tujuan dan objektif individu dan kumpulannya dengan visi dan misi tersebut.

2) Persekitaran Luaran: Mengenalpasti persepsi pelanggan (masyarakat) dan pekerja terhadap keberkesanan dasar Indeks Syariah Malaysia.

3) Strategi pencapaian objektif: Mengenalpasti keberkesanan strategi yang dirancang bagi mencapai objektif menjadikan maqasid Syariah sebagai asas urus tadbir.

4) Proses pengurusan: Mengenalpasti amali proses pengurusan yang dilaksanakan dalam setiap peringkat sektor awam di Malaysia. Ia mencakupi

BUDAYA PENGHAYATAN MAQASID

SYARIAH DALAM URUS TADBIR

KERAJAAN MALAYSIA

Page 15: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

15

proses membuat keputusan, menetapkan tujuan, proses inovasi, kawalan proses dan komunikasi.

5) Keperluan dan objektif pekerja: Mengenalpasti wujudnya elemen integrasi antara visi dan misi Kerajaan bagi melaksanakan pembudayaan maqasid Syariah dalam urus tadbir dengan keperluan dan objektif kakitangan awam.

6) Hubungan interpersonal: Mengenalpasti keberkesanan hubungan antara Ketua Jabatan dan pegawai bawahannya, serta strategi pengurusan konflik bagi memastikan pembudayaan maqasid Syariah dalam urus tadbir dilaksanakan dengan betul menepati visi dan misi.

7) Kepimpinan: Mengenalpasti ruang penambahbaikan dan memperkukuhkan kepimpinan.

Selanjutnya terdapat lima elemen yang mempengaruhi budaya penghayatan

maqasid syariah dalam urus tadbir kerajaan Malaysia:

1) Strategi: Bagi memastikan usaha membudayakan maqasid Syariah dalam urus tadbir Kerajaan Malaysia, visi, misi, dan tujuan yang jelas perlu diwujudkan. Dasar dan polisi yang digubal perlu menampakkan peranan maqasid Syariah dalam setiap strategi perancangan dan pelaksanaan.

2) Struktur: Budaya organisasi mempunyai pengaruh kepada struktur organisasi dan sistem operasi dalam organisasi (Armstrong, 1995). Untuk membudayakan maqasid Syariah dalam urus tadbir beberapa nilai dalam struktur organisasi perlu diterapkan antaranya fleksibel, kebebasan, berautonomi, diberi kuasa membuat keputusan dan kerja berpasukan.

3) Mekanisme sokongan: Mekanisme sokongan perlu ada untuk memastikan wujudnya persekitaran pembudayaan maqasid Syariah dalam urus tadbir. Antaranya ialah anugerah dan pengiktirafan bagi staf yang merancang dan melaksanakan aktiviti yang menepati maqasid Syariah. Di samping itu, kewujudan sumber turut mempengaruhi kewujudan budaya tersebut. Kakitangan awam perlu diberikan ruang pendedahan yang mencukupi tentang konsep siyasah Syar’iyah dan maqasid Syariah, termasuk skim latihan yang bersesuaian.

4) Kelakuan: Nilai dan norma tingkahlaku kakitangan awam perlu mencerminkan pembudayaan maqasid Syariah dalam setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Antara elemen yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kegagalan diurus, percambahan idea, dan pembelajaran sepanjang hayat.

5) Komunikasi: Budaya organisasi yang mengamalkan komunikasi terbuka dan telus berasaskan kepercayan, akan memberikan kesan positif ke arah mewujudkan pembudayaan maqasid Syariah dalam urus tadbir. Komunikasi

antara Ketua Jabatan dan pegawai bawahannya mempengaruhi tahap kejayaan usaha pembudayaan tersebut.

4 KESIMPULAN

Urus tadbir awam menurut Islam adalah berteraskan maslahah rakyat. Kakitangan awam pada setiap peringkat perlu memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan adalah untuk memenuhi maslahah dan menjauhi mafsadah. Ini hanya berlaku apabila setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti itu memberikan kesan positif terhadap pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti juga perlu disusun mengikut hierarki keutamaan iaitu untuk memenuhi maslahah daruriyyah, diikuti maslahah hajiyyah, dan seterusnya maslahah tahsiniyyah. Mana-mana perancangan dan

Page 16: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

16

pelaksanaan aktiviti yang memberikan kesan negatif terhadap pemeliharaan lima elemen tersebut adalah suatu mafsadah.

Maqasid syariah yang menjadi teras rujukan siyasah Syar’iyah perlu dibudayakan pada setiap peringkat urus tadbir awam; sama ada pada peringkat penggubal dasar atau pelaksana dasar. Ini bagi memastikan amanah yang Allah berikan kepada setiap kakitangan awam di Malaysia dilaksanakan sebaik mungkin untuk maslahah seluruh rakyat Malaysia, tanpa membezakan bangsa dan agama, berteraskan konsep Islam agama rahmat untuk sekalian alam.

BIBLIOGRAFI

Abu Saqr, Muhammad Subhi Husayn (2007). Siyasah al-tasyri’ ‘inda ‘Umar bin al-Khattab.

Tesis Sarjana. Universiti Islam Ghaza, Palestin. Abu Yusuf, Ya’qub bin Ibrahim al-Hanafi (1399H). al-Kharaj. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar (1409H). Fath al-bari bi syarh sahih al-Bukhari. Sunt.

Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi & Muhib al-Din al-Khatib. Cet. ke-2. Al-Qaherah:

Dar al-Rayyan li al-Turath. Al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il (2002). Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-

Kutub al-‘Ilmiyah. Al-Bura’ey, Muhammad A. (1985). Administrative development: An Islamic perspective.

London: Kegan Paul International. Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadhan (1402H). Dawabit al-maslahah. Beirut: Mu’assasah

al-Risalah.

Al-Ghamidi, Nasir bin Muhammad bin Misyari (1430H). Qa’idah al-tasarruf ‘ala al-ra’iyyah manut bi al-maslahah dirasah ta’siliyah tatbiqiyah fiqhiyah. Majallah Jami’ah Ummu

al-Qura li ‘Ulum al-Syari’ah wa al-Dirasat al-Islamiyah, 46: 156-218.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1993). Al-Mustasfa fi ‘ilm al-usul. Sunt. Muhammad ‘Abd al-Salam. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.

Al-‘Iz ibn ‘Abd al-Salam (1421H). Qawa’id al-ahkam fi islah al-anam. Sunt. Nazih Hammad

& Uthman Dumayriyah. Dimashq: Dar al-Qalam. Al-Juwaini, Imam al-Haramayn Abu al-Ma’ali ‘Abd al-Malik bin ‘Abd Allah (2003). Mughith

al-khalq fi tarjih al-qawl al-haq. Beirut: al-Matba’ah al-‘Asriyah. Al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Baghdadi (1996). Al-

Ahkam al-sultaniyah wa al-wilayah al-diniyah. Sunt. ‘Isam Faris al-Harastani dan

Muhammad Ibrahim al-Zaghli. Beirut: al-Maktab al-Islami. Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf (1414H). Syarh al-Nawawi ‘ala sahih Muslim.

Beirut: Dar al-Khayr. Al-Razi, Muhammad Fakhr al-Din bin Diya’ al-Din ‘Umar (1994). Al-Tafsir al-kabir wa

miftah al-ghayb. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Syafi‘i, Muhammad bin Idris (1996). al-Kitab al-'um. Sunt. Ahmad Badr al-Din Hassun.

Jil. 5. Misr: Dar Qutaibah. Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al-Gharnati (1997). al-Muwafaqat fi usul

al-Syari'ah. Sunt. Ibrahim Ramadhan. Cet. ke-3. Beirut: Dar al-Ma'rifah.

Al-Tobari, Abu Ja‘far Muhammad bin Jarir (1992). Jami‘ al-bayan fi ta’wil al-Qur’an. Beirut:

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah. Al-Zarkasyi, Badr al-Din bin Bahar (1982). Al-Manthur fi al-qawa’id. Sunt. Dr. Taysir Fa’iq

Ahmad Mahmud. Kuwayt: Tab’ah Wizarah al-Awqaf. Al-Zarqa’, Mustafa Ahmad (1387H). al-Madkhal al-fiqhi al-‘am. Dimashq: Dar al-Fikr. Al-Zarqa’, Ahmad (1409H). Syarah al-qawa’id al-fiqhiyah. Dimashq: Dar al-Qalam.

Amabile T.M. (2000). A Model of creative and innovative organization. JAI Press Inc.

Arieff Salleh Rosman & Yahaya Jusoh (2015). Tafsir Maudhu’iy: Politik & Urus Tadbir. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Armstrong, M. (1990). A Handbook of personnel management practice. 5th edition. London:

Kgan Page. Bahansi, Ahmad Fathi (1965). al-Siyasah al-jinayah fi al-syariat al-Islam. Mesir: Maktab

Darul al-‘Umdah.

Page 17: MEMBUDAYAKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN …

17

Bitonio, J.B (2012). Theories in public administration. Nota Kuliah Pangasinan State

University, Philippines. Diakses daripada http://www.slideshare.net/ pada 5 Jun

2016. Haydar, ‘Ali (t.th.). Durar al-hukkam syarah majallah al-ahkam. Beirut: Mansyurat

Maktabah al-Nahdah.

Ibnu ‘Ashur, Muhammad al-Tohir (1998). Maqasid al-syari’ah al-Islamiyah. Dlm. Muhammad al-Tohir al-Misawi (1998). Al-Syeikh Muhammad al-Tohir bin ‘Ashur wa kitabihi maqasid al-syari’ah al-Islamiyah. Kuala Lumpur: al-Basa’ir li al-Intaj al-

‘Ilmi. Ibnu al-Jawzi, ‘Abi Farraj ‘Abdul Rahman bin ‘Ali bin Muhammad (1987). Manaqib amirul

mu‘minin ‘Umar al-Khattab. Beirut: Darul Kutub. Ibnu Nujaym, Zayn al-Din Ibrahim al-Hanafi (1413H). al-Ashbah wa al-naza’ir. Sunt. ‘Abd

al-‘Aziz Muhammad al-Wakil. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah. Ibnu Qayyim al-Jawziah (1961). al-Turuq al-hukumiyyah fi al-siyasah. Cairo: Mu’assah al-

‘Arabiyyah. Ibnu Taimiyah, Ahmad bin ‘Abd al-Salam al-Harrani (1429H). al-Siasah al-shar’iyah fi islah

al-ra’i wa al-ra’iyyah. Sunt. ‘Ali bin Muhammad al-‘Imran. Makkah: Dar al-Fawa’id.

Khallaf, Abdul Wahhab (1984). Siasah al-syar’iyyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Martins E.C. & Terblanche F. (2003). Building organisational culture that stimulates creativity and innovation. European Journal of Innovation Management, 6(1):

64-74 Muslim ibn al-Hajjaj Abu al-Hasan al-Qusyairi al-Nisaburi (t.th.). Sahih Muslim. Sunt.

Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Qal’ahji, Muhammad Rawwas (1989). Mawsu’ah ‘Umar bin al-Khattab. Beirut: Dar al-

Nafa’is. Qutub, Sayyid (1994). Fi zilal al-Qur’an. Cet. Ke-22. Beirut: Dar al-Syuruq.

Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy & Asmak Ab Rahman (2011). Effective governance in the era of caliphate ‘Umar ibn al-Khattab (634-644). European Journal of Social

Sciences, 18(4): 612-624

Uthman, Fathi (1979). Usul al-fikr al-siyasi al-Islami. Beirut: Mua’ssasah al-Risalah.