rashman_skema sejarah 1 kedah 2012

57
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com BAHAGIAN A 1. Jelaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh ahli arkeologi untuk membezakan corak kehidupan masyarakat pada zaman Paleolitik dan Neolitik. A. Pendahuluan (3 markah) 1. Konsep Prasejarah- Frank Hole dan Robert F. Heizer dalam karya mereka yang bertajuk Prehistoric Archeology: A Brief Introduction mentakrifkan prasejarah sebagai sebahagian dari masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan, iaitu sebelum sejarah. Zaman yang belum wujud rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti diperoleh melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi. 2. Maksud Paleolitik dan Neolitik – Paleolitik ialah zaman prasejarah awal ( 500,000 SM hingga 10,000 SM) manakala Neolitik pula ialah zaman prasejarah akhir ( 7,000 SM hingga 3500 SM ). 3. Tokoh ahli arkeologi – Golden Child dan Lernard Waalley. 4. Ahli arkeologi telah mengenal pasti beberapa tapak prasejarah di benua Afrika (kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan), kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia, dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun yang lalu, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu (Perancis dan Sepanyol Utara), Asia sejak sejuta tahun lalu (Choukoutien, China Utara- Sinanthropus Pekinensis) dan Jawa ( Pithecanthropus Erectus), Fontechevade di sebuah gua di Charente, Perancis, di Lembah Neander(Homo Neanderthalensis) di Jerman, Cro- Magnon di gua Cro-Magnon, Perancis, di Rusia sejak 100,000 tahun lalu, di Australia sejak 40,000 tahun lalu, dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun lalu. Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. 5. Penegasan soalan

Upload: lim-chin-guan

Post on 31-Jul-2015

1.008 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

1

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

BAHAGIAN A

1. Jelaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh ahli arkeologi untuk membezakan

corak kehidupan masyarakat pada zaman Paleolitik dan Neolitik.

A. Pendahuluan (3 markah)

1. Konsep Prasejarah- Frank Hole dan Robert F. Heizer dalam karya mereka yang

bertajuk Prehistoric Archeology: A Brief Introduction mentakrifkan prasejarah sebagai

sebahagian dari masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan, iaitu

sebelum sejarah. Zaman yang belum wujud rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti diperoleh

melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi.

2. Maksud Paleolitik dan Neolitik – Paleolitik ialah zaman prasejarah awal ( 500,000 SM

hingga 10,000 SM) manakala Neolitik pula ialah zaman prasejarah akhir ( 7,000 SM

hingga 3500 SM ).

3. Tokoh ahli arkeologi – Golden Child dan Lernard Waalley.

4. Ahli arkeologi telah mengenal pasti beberapa tapak prasejarah di benua Afrika

(kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan), kebudayaan Fauresmith di

Afrika Timur, Rhodesia, dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun yang

lalu, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu (Perancis dan Sepanyol

Utara), Asia sejak sejuta tahun lalu (Choukoutien, China Utara- Sinanthropus

Pekinensis) dan Jawa ( Pithecanthropus Erectus), Fontechevade di sebuah gua di

Charente, Perancis, di Lembah Neander(Homo Neanderthalensis) di Jerman, Cro-

Magnon di gua Cro-Magnon, Perancis, di Rusia sejak 100,000 tahun lalu, di Australia

sejak 40,000 tahun lalu, dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun lalu. Homo

sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene.

5. Penegasan soalan

Page 2: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

2

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

B. Isi-isi penting ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )

1. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitik

melalui kaedah cari gali untuk mendapatkan maklumat

kaedah cari gali dan kaedah mengesan usia secara radio carbon dating – C14. Ahli

arkeologi mengkaji tapak ekskavasi yang telah ditemui di sesuatu tempat seperti di

benua Afrika, Jerman, Jawa, Perancis, Australia ,dan Amerika Syarikat. Fosil-fosil dan

artifak yang ditemui seperti batu, kayu, tulang haiwan, tembikar, alat perhiasan, senjata

,dan lain-lain akan diuji di makmal dengan bantuan ilmu sains iaitu kaedah mengesan

usia secara radio carbon dating - C14

2. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitik

melalui kaedah mengkaji petempatan

Pada zaman Paleolitik, manusia telah muncul sebagai parasit persekitaran.

Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan

bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua,

lubang bawah tanah, dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting

kayu. Sebagai contoh, petempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah

(Sarawak), Kota Tampan (Perak), dan Gua Tingkayu (Sabah). Di Perancis dijumpai di

Gua Charente. Pada peringkat awal dikuasai persekitarannya tetapi pada tahap

Paleolitik akhir mulai mempelajari bagaimana menyesuaikan dirinya kepada

persekitarannya. Terbukti dengan munculnya alat-alat batu seperti “pebble” dan “flaked

tools” yang dibuat untuk memenuhi fungsi-fungsi ekonomi.

Sebaliknya, masyarakat Neolitik pula tinggal secara tetap (menetap) di kampung-

kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan

aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman ini sudah pandai

membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu.

Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan. Sebagai contoh, Gua

Gomantung (Sabah), Jenderam Hilir (Selangor), Asia Barat seperti di Tepe Yahya(Iran),

Jarmo(Iraq), Jericho (Palestin), dan Hacilar(Turki), di Timur Laut China (Yungshao), di

Amerika Tengah dan Selatan.

Page 3: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

3

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

3. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitik

melalui kaedah mengkaji peralatan atau penggunaan alat perkakas

Manusia pada zaman Paleolitik awal mempunyai kemahiran membuat pelbagai jenis

alatan daripada batu, kayu, dan tulang haiwan. Alat-alat batu ini digunakan sebagai

senjata atau pun barang-barang perhiasan. Alat-alat batu yang digunakan kasar dari

segi pembuatannya. Hanya satu bahagian alat batu tersebut ditajamkan untuk tujuan

memotong. Alat-alat batu dipegang dengan tangan dan dikenali sebagai fist hatchet

atau kapak tangan yang digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai

gergaji, pisau, dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil

hutan, dan senjata serta mungkin untuk perhiasan. Kemunculan manusia Neanderthal

menyebabkan perubahan berlaku dalam penggunaan alat batu. Mereka meninggalkan

penggunaan kapak tangan dan menggunakan kaedah merepih batu untuk

menghasilkan alat-alat batu baru seperti anak panah, pisau, dan scrapper. Pada zaman

Paleolitik akhir, alatan selain batu digunakan dan lebih baik dihasilkan seperti tulang,

tanduk, dan gading binatang. Antara alatan yang dihasilkan ialah kail ikan,

tempuling(serampang/tombak), lembing, anak panah, dan jarum.

Sebaliknya peralatan masyarakat Neolitik telah mengalami perubahan yang ketara.

Mereka telah mempunyai kemahiran menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih

halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang

terdiri daripada sabit, cangkul, dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai

teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda

misalnya, telah meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan

harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu perubahan baru

dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin,

makanan, air, dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah

menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat.

4. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitik

melalui kaedah mengkaji kegiatan ekonomi – Masyarakat pada zaman Paleolitik

ialah pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan

mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti

mengutip hasil hutan, memburu binatang, dan menangkap ikan. Mereka memburu

Page 4: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

4

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

dalam kumpulan kecil dan hasil buruan akan dikongsi bersama-sama. Secara

umumnya, mereka merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi

bercorak sara diri. Sebaliknya, dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik

pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan

masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam

sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah

mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang.

Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap

di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya

revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian

dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem

barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan

dengan masyarakat luar dan ini telah membawa kepada berlakunya pertukaran dan

perkembangan idea dan teknologi baru.

5. Kaedah mengkaji organisasi sosial - Masyarakat pada zaman Paleolitik belum lagi

mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam

keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi atau sumber

makanan, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan

beberapa keluarga asas. Masyarakat Paleolitik seperti Cro-Magnon tinggal dalam

kelompok kecil dalam gua. Mereka mempunyai struktur sosial yang lebih teratur

berbanding masyarakat sebelumnya. Sebaliknya, pada zaman Neolitik telah mula

pembentukan organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah

menyebabkan masyarakat zaman ini telah mula hidup secara menetap dan bilangan

penduduk di sesuatu kawasan semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua

keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua

kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta

menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya.

Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan

masyarakat kelas atasan dan bawahan.

Page 5: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

5

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

6. Kaedah mengkaji kepercayaan dan agama – Masyarakat berkebudayaan Paleolitik

mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini,

mereka beranggapan bahawa semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai

kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat

bahawa unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu,

mereka mula menyembah unsur-unsur alam dan cuba berdamai dengan unsur-unsur

animisme ini. Sebaliknya, Agama dan kepercayaan masyarakat Neolitik mula berubah

dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat ini mula belajar untuk menguasai

alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Pelbagai amalan atau upacara

ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam

sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak

penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi

bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang

mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka mula mengetahui cara

untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-

mayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini

menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek

kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan

zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politeisme.

7. Kaedah mengkaji kesenian –kajian masyarakat zaman Paleolitik seterusnya ialah

kesenian dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian

bercorak realisme. Dalam hal ini, mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran,

melukis, dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di

dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok ialah gambar-gambar yang datangnya

daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau, dan gajah. Bentuk-

bentuk kesenian yang dihasilkan oleh masyarakat zaman ini berkaitan dengan

kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik berdasarkan realisme yang

mereka lihat dan alami sendiri. Sebaliknya, kesenian pada zaman Neolitik lebih

bercorak simbolisme dan mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan

ditunjukkan di permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik

dan simbolik dan ini menunjukkan bahawa satu perkembangan baharu yang

Page 6: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

6

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

memperlihatkan pemikiran masyarakat ini semakin maju dan mula berfikir berdasarkan

pemikiran konseptual.

8. Kaedah mengkaji pengkhususan kerja penduduk – Masyarakat zaman Paleolitik

tidak mempunyai pengkhususan kerja mengikut gender. Semua pekerjaan dilakukan

sendiri secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan

sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak

praktikal. Manakala, masyarakat zaman Neolitik telah mula mempunyai pengkhususan

kerja mengikut gender. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pengkhususan

pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan

wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti

mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan

urusan rumah tangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan revolusi pertanian

telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan iaitu telah

lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak

binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan

membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.

C. Kesimpulan ( 2 markah)

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Page 7: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

7

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

2. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Octavius Augustus dalam usaha

mengukuhkan empayar Rom pada zaman Pax Romana.

A. Pengenalan : ( 3 markah )

1. Augustus memerintah Rom dari tahun 27 SM sehingga 14 S.M. Pemerintahannya

berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom, Keamanan yang

wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun dan dikenali sebagai Pax

Romana. Permulaan era "Imperial Rome" ialah pada 27 SM. Sebenarnya, zaman

perluasan empayar ini telah mula sejak zaman republik. Zaman pemerintahan empayar

dimulai oleh Augustus (27 SM - 14 M). Pada zaman pemerintahan baginda, Rom

mencapai zaman kegemilangan dan digelar sebagai keamanan Rom (Pax Roman).

Zaman ini berlangsung selama 200 tahun iaitu dari 27 SM - 180 M.

2. Pada zaman pemerintahan Octavius Augustus, empayar Rom meliputi Afrika Utara,

Mesir, Asia Barat hingga Sungai Euphrates, Sepanyol, Gaul, kawasan Sungai Rhine

dan Danube. Dalam empayar itu, bilangan penduduk dianggarkan sebanyak

70,000,000 yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

3. Bermula dengan Octavius Augustus, sistem pemerintahan Rom telah berubah daripada

Republik kepada sistem Imperial atau empayar. Walaupun tradisi republik masih

dikekalkan, Maharaja sebenarnya adalah berkuasa mutlak dan bertanggungjawab

mengekalkan kestabilan empayarnya terutamanya sempadan-sempadan empayar itu.

4. Di samping pemerintah Rom menghadapi perang saudara dan pemberontakan tentera

Rom untuk merebut kuasa takhta, masalah terbesar yang mengancam kestabilan politik

Rom ialah serangan musuh dari luar sempadan empayar terutamanya puak-puak gasar

Jerman di bahagian Eropah Barat empayar Rom. Maka, maharaja-maharaja Rom

seringkali cuba mengambil inisiatif untuk membendung punca kekacauan ini.

5. Penegasan soalan

B. Isi –isi Penting -Langkah-langkah ( 5 x4m = 20markah )

1. Menetapkan sempadan semula jadi

Page 8: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

8

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Octavius Augustus, maharaja pertama, meluaskan empayarnya dengan tujuan

menetapkan sempadan yang dapat dipertahankan dengan lebih berkesan. Dasar itu

dilaksanakan dengan empayarnya dikelilingi oleh sempadan semula jadi seperti padang

pasir, lautan dan sungai yang lembahnya membolehkan perhubungan dan gerakan tentera

dengan mudah. Misalnya, di Eropah Barat, Augustus dapat melindungi Gaul daripada

serangan puak Jerman dengan meluaskan empayarnya ke Sungai Elbe. Di Eropah Tengah

dan Eropah Timur, Sungai Danube ditetapkan sebagai sempadan empayar Rom selepas

penaklukan Noricum dan Pannonia (Austria dan Hungary Barat).

2. Pembaharuan organisasi tentera.

Di bawah pemerintahan Octavius, berlakunya pembaharuan organisasi tentera untuk

memperkukuhkan empayar Rom. Buat pertama kali, rakyat Itali yang menetap di tanah

jajahan takluk seperti Sepanyol, Gaul Selatan direkrutkan untuk menjadi tentera simpanan

(auxiliary). Syarat-syarat perkhidmatan dan sistem pembayaran diperkemaskan. Demi

kepentingan keselamatan empayar Rom, sebahagian besar tentera Rom dipindah ke situ

untuk melindungi Sungai Rhine dan Danube. Di Sepanyol dan Mesir tentera garison

diperkukuhkan. Pembaharuan organisasi tentera adalah proses berterusan mengikut

perubahan keadaan dan keperluan baru. Misalnya, Maharaja Diocletian pada kurun ke-3

Tahun Masihi telah menggunakan penduduk Jerman untuk memperkuatkan tentera Rom di

sempadan Eropah Barat.

3. Penubuhan angkatan tentera laut

Walaupun Actium merupakan pertempuran laut terakhir, Octavius terus mengekalkan

angkatan laut di lautan Mediterranean untuk membendung kegiatan melanun dan

melindungi pengangkutan makanan bijirin dari Mesir. Kapal-kapal juga ditempatkan di

Sungai Rhine dan Danube untuk pengangkutan askar-askar dan bekalan makanan.

4. Dasar terhadap wilayah-wilayah empayar

Demi kepentingan keselamatan sempadan empayar, Octavius mengamalkan dasar

pengilhakkan negara naungan (annexation of dependent kingdoms) atau dasar

Page 9: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

9

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

pemecahan wilayah yang sedia wujud. Dasar penglihatan terbukti dalam penubuhan

wilayah Mesir, Galatia dan Judaea manakala dasar pemecahan biasanya diamalkan di

Eropah Barat untuk memperketatkan pengawalan dan pentadbiran wilayh-wilayah di situ.

Kedua-dua dasar terhadap wilayah-wilayah empayar diteruskan oleh maharaja selepas

Octavius. Misalnya, Claudius mengilhakkan wilayah Mauretania di Afrika Barat dan Thrace

di kawasan Danube.

5. Rangkaian Jalan Raya

Maharaja-maharaja Rom juga memberatkan pembinaan jalan raya di seluruh empayar

yang bukan saja menjalinkan hubungan antara ibu kota Rom dengan wilayah-wilayah

tetapi juga dapat memperlicinkan pergerakan tentera untuk mempertahankan sempadan.

Maharaja Cladius meningkatkan sistem jalan raya di wilayah Danube dan Gaul untuk

tujuan pertahanan dengan membina menara pengawal untuk kegunaan tentera garrison.

6. Kubu dan Tembok

Maharaja Rom seperti Trajan mendirikan suatu rangkaian kubu di kawasan antara Sungai

Rhine dan Sungai Danube. Di bawah Maharaja Diocletian dan Constantine, kubu-kubu

didirikan di Rhine dan Danube. Di Britain yang menjadi jajahan takluk Rom, maharaja

Hadrian juga mendirikan suatu tembok yang menghubungkan Tyne dan Selway. Di

sepanjang tembok juga didirikan kubu-kubu. Tentera yang mengendalikan kubu-kubu itu

adalah direkrutkan dari Wales dan sempadannya.

7. Proses Romanisasi/asimilasi

Demi kepentingan menjadikan penduduk wilayah-wilayah di bahagian Eropah empayar

Rom lebih bersetia kepada maharaja dan lebih bersemangat untuk mempertahankan

sempadannya, beberapa maharaja seperti Octavius, Trajan, dan Hadrian telah

melaksanakan dasar Romanisasi iaitu penyebaran budaya dan cara hidup Rom di

kalangan penduduk tempatan. Perancangan pusat bandar di wilayah Rhine dan Danube

dibuat mengikut corak institusi sosial dan politik ibu kota Rom. Pendidikan Latin dan

pemujaan maharaja di perkenalkan.

8. Penubuhan liga bandar-bandar.

Page 10: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

10

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

9. Perlaksanaan Undang-undang Rom :

Perundangan Rom dan hak kerakyatan Rom diberikan kepada penduduk tempatan untuk

memupuk semangat taat setia. Rakyat bukan warganegara Rom diwujudkan undang-

undang.

10. Pengukuhan Ekonomi

Di Rom, perdagangan bertambah maju di bawah pemerintahan Maharaja Augustus.

Keadaan politik yang stabil telah menggalakkan perniagaan bebas antara Laut Hitam

dengan Sepanyol. Barang-barang niaga dibawa masuk ke dalam empayar melalui jalan

raya yang dibina. Bandar-bandar telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria,

Greek, Sepanyol dan Afrika. Laut Mediterranean menjadi lebuh raya penting

menghubungkan kawasan tengah Empayar Rom. Rom telah mengeksport gelas, kain linen

dan emas ke luar negara. Di sebaliknya, Rom mengimport sutera dan lada hitam dari

China, mutiara, minyak wangi dan tekstil dari India. Bagi bidang perindustrian, ia dijalankan

oleh beberapa orang artisan tempatan

C. Kesimpulan ( 2 markah )

Apa saja yang berkaitan.

Page 11: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

11

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

3. Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadun

awal.

A. Pengenalan (3M)

1. Strategi peperangan merupakan suatu kempen peperangan yang merangkumi konsep

perang, penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata, logistik serta membayangkan unsur

perancangan untuk pencapaian objektif atau sasaran peperangan dengan berkesan.

Strategi ialah satu seni dan sains peperangan yang menentukan bahawa kemenangan atau

kekalahan adalah bergantung kepada perlaksanaannya. Strategi akan menentukan taktik-

taktik peperangan yang digunakan seperti taktik pertahanan, perikatan tentera,

penyerangan, pengepungan, dan lain-lain.

2. Latar belakang Tamadun Awal.

3.Prinsip-prinsip perancangan strategi pula merangkumi perkara-perkara berikut:

Objektif perancangan strategi semestinya didasarkan kepada objektif-objektif peperangan.

Antaranya ialah mempertahankan sesuatu sasaran yang strategik, melambatkan kemaraan

tentera musuh, mengatasi sesuatu halangan atau memperkukuh kedudukannya. Strategi

sentiasa berubah mengikut perkembangan terkini, keadaan geografi, kekuatan dan saiz

tentera musuh, dan iklim. Strategi juga terdorong oleh keadaan musuh seperti semangat

perjuangan musuh, kekuatan musuh, dan keupayaannya untuk meneruskan peperangan.

Strategi berdasarkan jangka masa sama ada jangka masa pendek atau jangka masa

panjang dalam konteks perancangan keseluruhan. Strategi tertakluk kepada sokongan logistik

termasuklah bekalan peralatan, pengangkutan, kemudahan-kemudahan, dan perkhidmatan

personel.

4. Penegasan soalan

B. Isi-isi Penting (5 isi x 4M =20Markah)

1.Strategi pertahanan membina kubu. Strategi ini bertujuan mengekalkan status quo.

Mendirikan kubu bertujuan untuk mempertahankan sesuatu tempat yang strategik. Biasanya

kubu didirikan di bukit, lereng bukit atau batu besar seperti acropolis di Yunani. Selain itu,

pembinaan tembok besar bertujuan untuk melindungi sempadan daripada serangan musuh

seperti Tembok Besar China di China dan Tembok Hadrian di Britain pada zaman Empayar

Rom. Strategi pertahanan ini juga sering dirancangkan untuk memperkukuh kedudukan

supaya sasaran lebih mudah dicapai.

Page 12: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

12

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

2.Strategi menjalin perikatan tentera. Strategi ini dijalankan dengan negara jiran atau

negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh-musuh. Contohnya, di

China pada zaman Dinasti Han, tentera Han telah menjalin hubungan rapat dengan Yueh-chi

untuk membendung musuh Hsiung-nu. Di Yunani pula, Athens telah membentuk Liga Delos

untuk menghadapi kuasa Parsi.

3.Strategi penyerangan secara terus untuk meluaskan sempadan-sempadan empayar atau

penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan oleh Greco-

Roman membawa kepada perluasan empayar di Semenanjung Itali dan Lautan

Mediteranean. Tektik penyerangan juga melibatkan pemilihan sesuatu titik masa dan tempat

yang dianggap paling sesuai untuk menjamin kejayaannya.

4.Strategi pengepungan biasanya digunakan pada zaman feudal di Eropah Barat untuk

menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang

strategik. Strategi “cohesion dan dispersion” ialah tentera dalam kumpulan yang besar yang

digunakan di dalam suatu medan pertempuran kian diperluaskan. Strategi ini bertujuan

mengurangkan nyawa yang terkorban.

5.Strategi pembinaan bandar-bandar atau pusat-pusat tentera untuk mengekalkan

kawasan-kawasan yang telah ditakluki (Garrison). Misalnya, strategi yang digunakan oleh

Iskandar Zulkarnain.

6.Strategi menjadikan alam semulajadi sebagai sempadan wilayah. Contohnya, Sungai

Rhine, Sungai Danube, dan bukit sebagai sempadan.

7. Strategi penggunaan binatang Contohnya penggunaan gajah untuk memecahkan

tembok-tembok pertahanan. Penggunaan kuda untuk serangan mengejut. Penggunaan

burung merpati pula untuk tujuan komunikasi dan mendapatkan maklumat.

C. Kesimpulan (2M)

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Page 13: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

13

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

4. Huraikan peranan pelabuhan di Alam Melayu sehingga abad ke-16 Masihi.

A. Pendahuluan. ( 3 Markah)

1. Alam Melayu terdiri daripada kerajaan-kerajaan maritim. Alam Melayu juga terletak

di tengah-tengah perjalanan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan

dunia barat dan dunia timur. Keadaan fizikal kepulauan ini menyebabkan kegiatan

perdagangan melalui jalan laut menjadi sangat penting.

2. Terdapat banyak pelabuhan atau pusat persinggahan pedagang di Alam Melayu.

Pelabuhan-pelabuhan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Antara

pelabuhan yang terkenal di Alam Melayu seperti pelabuhan Oc-eo di Funan,

pelabuhan Ko-ying di Sumatera, pelabuhan Lembah Bujang di Kedah. dan pelabuhan

Melaka

3. Penegasan soalan

B. ISI – ISI PENTING. (7 isi X 3 markah =21Markah )

PERANAN PELABUHAN DI ALAM MELAYU

1. Pusat Persinggahan Jalan Perdagangan.

Pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat persinggahan. Para

pedagang singgah untuk membaiki kapal, mendapatkan bekalan air, bekalan bahan

mentah dan barang dagangan serta mendalami ilmu agama. Misalnya, Srivijaya muncul

sebagai sebuah kerajaan maritim yang unggul dan menguasai perairan di Selat Melaka

dan Laut Sunda. Penguasaan jalan-jalan laut menyebabkan Srivijaya menjadi

pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dari Asia Barat, India, China dan Nusantara.

Kedudukan geografinya adalah strategik iaitu di tengah-tengah jalan perdagangan

antara timur dengan barat. Penguasaan laluan perdagangan telah menyebabkan

perkembangan pesat aktiviti perdagangan

Pelabuhan Melaka terletak di Selat Melaka yang menjadi laluan pedagang – pedagang

antara Timur ( China ) dengan Barat ( India dan Eropah ).Pertemuan angin Monsun

Timur Laut dan Barat Daya menyebabkan pelabuhan ini menjadi tempat persinggahan

pedagang – pedagang.

Page 14: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

14

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

2. Pusat Pengumpulan bahan Mentah.

Pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat pengumpulan bahan

mentah. Contohnya, Pelabuhan Melaka bertindak sebagai pusat pengumpulan

barangan. Para pedagang China yang singgah di Melaka membawa kain sutera, kain

satin, teh , benang emas, tembaga, kipas, pinggan mangkuk, pasu, dan barang

perhiasan, manakala pedagang India memperdagangkan barang-barang seperti batu

permata, gandum, minyak sapi, kain kasa, kaca, sutera, kayu jati, kapas, buah

pelaga, kayu manis, cendana dan pakaian. Para pedagang dari Timur Tengah dan

barat membawa barang-barang seperti gelas, tembikar, senjata, wain, kain bulu,

gandum, mutiara, kurma, badam, gading, emas dan hamba abdi.

Barang- barang tempatan pula terdiri daripada emas dan lada hitam dari

Sumatera, emas dan bijih timah dari Tanah Melayu. Dan rempah dari Kepulauan

Maluku.

Selain itu, Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui

pelabuhan di Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan

tempatan seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan .

3. Pelabuhan Entrepot.

Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot

ini melibatkan kegiatan perdagangan yang lebih besar , muncul selepas abad pertama

Masihi sehingga abad ke 16 Masihi.

Srivijaya merupakan pusat pelabuhan entrepot yang terkenal abad ke-tujuh hingga

abad ke-13 Masihi. Srivijaya muncul sebagai emporium yang terkenal untuk barangan dari

India, negara China ,Asia Barat dan wilayah-wilayah di bawah takluknya. Ramai pedagang

dari negara China ,India dan Arab mengunjungi pelabuhan Srivijaya.

Melaka menjadi tumpuan pedagang Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat untuk

bertukar barang dagangan. Contohnya saudagar Arab membawa batu permata dan

wangian, saudagar China membawa teh dan sutera, saudagar India membawa kapas dan

sudagar Jawa membawa beras.

Pelabuhan Kedah Tua membeli barangan seramik dari China, gelas, kaca dan manik

dari Timur Tengah, Parsi dan India.

Page 15: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

15

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Selain itu pelabuhan Majapahit, semasa pemerintahan Hayam Wuruk, menjadi

negara yang kaya dan makmur berikutan ramai pedagang-pedagang dari Kemboja,

China, Campa dan lain-lain yang singgah di pelabuhannya

4. Pentadbiran dan Prasarana Pelabuhan

Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat pentadbiran dan prasarana

pelabuhan. Di bawah pentadbiran kesultanan Melayu Melaka, Penghulu Bendahari

bertanggungjawab ke atas pentadbiran pelabuhan. Beliau dibantu oleh Syahbandar.

Pelabuhan Melaka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti tempat

penyimpanan bekalan air, tempat penginapan, tempat membaiki kapal, gudang, dan

kawasan berniaga. Pemerintah Melaka telah membina gudang-gudang di bawah tanah

dengan dikelilingi pagar kayu dan pintu-pintu berkunci. Selain dikawal rapi, para pengawal

akan membunyikan loceng sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti

kekecohan dan kecemasan.

Selain itu pentadbiran pelabuhan Srivijaya Berjaya mengawal orang laut menyebabkan

masalah lanun di selat Melaka dapat diatasi. Sementara itu pemerintah Srivijaya telah

menyediakan pelbagai kemudahan seperti stor,tempat penginapan sementara pedagang

dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan-kemudahan dan layanan yang baik

menyebabkan pelabuhan Srivijaya bertambah maju

5. Dasar Perdagangan.

Dasar perdagangan bebas menyebabkan Pelabuhan Melaka terbuka kepada semua

pedagang untuk bertukar barang. Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan. Contohnya

sebanyak 3% cukai dikenakan kepada pedagang tempatan dan 6% kepada pedagang

asing. Terdapat pedagang yang dikecualikan cukai.

Kerajaan Srivijaya tidak membenarkan pedagang asing mengadakan hubungan

perdagangan secara langsung dengan kawasan pedalaman. Mereka hanya dibenarkan

membeli di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di bawah penguasaan kerajaan pusat

Srivijaya sahaja. Pedagang-pedagang asing dikehendaki mematuhi peraturan yang

ditetapkan oleh kerajaan pusat.

Page 16: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

16

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

6. Peranan pusat penyebaran agama serantau.

Pelabuhan Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam menjelang abad ke-

15 Masihi. Negeri-negeri jajahan takluk Melaka turut memeluk agama Islam. Ramai

pedagang ke Melaka berpeluang melihat ajaran dan amalan agama Islam serta gelaran

baru yang digunakan oleh raja dan pembesar-pembesar Melaka. Sepanjang abad ke-

15 Masihi, Melaka muncul sebagai pusat agama Islam yang dicontohi oleh kerajaan

lain di Nusantara.

Pelabuhan Srivijaya juga terkenal kerana peranannya dalam bidang agama

khususnya sebagai pusat pengajian agama Buddha. Raja Srivijaya juga menjadi

penaung kepada perkembangan agama Buddha. Raja-raja menggunakan kekayaan

yang diperoleh melalui perdagangan untuk membiayai pengajian agama dan membina

yayasan-yayasan agama.

7. Hubungan diplomatik

Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat hubungan diplomatik.

Srivijaya mengukuhkan hubungan diplomatik dengan menghantar duta ke negara

China menyebabkan Srivijaya mendapat perlindungan daripada negara tersebut. Hal

ini membawa kepada perkembangan perdagangan dan menjadikan pelabuhan

Srivijaya sebuah empayar yang kuat dan berpengaruh.

Pelabuhan Majapahit semasa pemerintahan Hayam Wuruk telah menjalinkan

hubungan yang erat dengan Negara China. Ini dapat membantu Majapahit

mengukuhkan kedudukan dan mengelak konflik dengan kuasa besar itu

Parameswara seorang pemimpin yang menitik beratkan keselamatan Melaka.

Beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam. Langkah ini dapat

mengelakkan Melaka daripada diserang kerajaan Siam dan seterusnya mengiktiraf

kedaulatan Melaka. Parameswara juga memohon perlindungan daripada negara China

dengan menjadi negeri naungan dan bersetuju menghantar ufti. Hubungan dua hala

antara Melaka dengan kerajaan China menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani

lagi mengancam dan menyerang Melaka.

Page 17: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

17

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

C. KESIMPULAN. ( 1 Markah)

1. Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 menyebabkan Pelabuhan

Melaka semakin merosot.

2. Kemunculan kerajaan-kerajaan baru seperti Melayu-Jambi telah menyebabkan

kerajaan Srivijaya lenyap pada abad ke-14 Masihi.

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Page 18: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

18

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

5. Bincangkan matlamat pendidikan formal dalam tamadun manusia.

A Pendahuluan (3Markah )

1.Konsep Pendidikan formal - Pendidikan berbentuk formal adalah berkait rapat

dengan pembentukan masyarakat yang semakin kompleks. Pengajaran dan

pembelajaran berlaku di sekolah dan persekitaran sekolah dalam usaha

membentuk keupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya mencapai

kesempurnaan jasmani dan rohani. Pendidikan formal melibatkan kurikulum,

institusi, dan tenaga pengajar yang telah ditetapkan.

2. Latar belakang tamadun manusia

3. Institusi pendidikan formal ditubuhkan untuk memenuhi keperluan

masyarakat dan pemerintah. Antaranya ialah tempat ibadat, istana, rumah guru,

sekolah, kolej dan universiti. Walaupun terdapat perbezaan dari segi organisasi dan

pelaksanaannya tetapi kesemuanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk kebajikan

dan faedah manusia.

4. Penegasan soalan

B Isi Matlamat pendidikan formal ( 5 isi x 4Markah=20Markah)

1. Keagamaan

Mesopotamia dan Mesir melahirkan pendeta, atau paderi. India pula melahirkan

golongan sami dan pemimpin agama. Mereka juga menetapkan kurikulum yang

membayangkan kepentingan upacara agama dan rumah berhala. Di India, pada

zaman Vedic, Maurya dan Gupta, pendidikan formal adalah dikendalikan oleh

golongan berkasta tinggi iaitu Brahman yang mengajar kitab suci Vedas dan

doktrin-doktrin agama Brahmanisme. Doktrin ini membawa kepada sistem kasta

dan kelas. Selain itu, pendidikan di India adalah untuk menyediakan manusia ke

arah kehidupan selepas mati.

2 Birokrasi

Page 19: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

19

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

China melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan kerajaan dan

mewujudkan keamanan. Ajaran dan kefahaman Confucius ditekankan dalam

pendidikan di China yang bertujuan menjalinkan hubungan persaudaraan dan sifat

kekeluargaan demi kepentingan masyarakat di China.

Pada zaman Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti mendirikan sebuah akademia

dengan tujuannya berfokus kepada kajian dan penilaian karya-karya falsafah

Confucius. Di bawah naungan Han Wu Ti fahaman Confucius telah mulai menjadi

ideologi rasmi negara China.

Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan berasaskan ajaran

Confucius untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ia bertujuan

melahirkan pegawai kerajaan yang bermoral dan bertanggungjawab.

3 Ketenteraan.

Dalam tamadun Yunani, Sparta memberi contoh yang begitu jelas tentang hal

pertahanan. Mengikut Lycurgus, pengasas undang-undang pada kurun ke-9 SM,

manusia dilahirkan untuk kepentingan negeri, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Di Sparta, tujuan pemerintahan ialah menguatkan kerajaannya untuk mengawal

rapat orang tawanan yang dikenali Helots. Golongan Helots amat besar jumlahnya

jika dibandingkan dengan rakyat Sparta. Orang Sparta berasa bimbang bahawa

Helots mengancam mereka dan akan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan

Sparta ialah bercorak ketenteraan iaitu setiap kanak-kanak Sparta dikenakan

latihan tentera serta disiplin yang ketat. Sistem pendidikan memang bertujuan

melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin yang kuat untuk mempertahankan mereka

daripada serangan Helots. Pada keseluruhannya pendidikan di Sparta berkisar

kepada ketenteraan kerana golongan peer yang minoriti sentiasa menghadapi

serangan daripada Helots.

4. Pemupukan Kewarganegaraan/kemanusiaan dan tanggungjawab Sivik

Konsep dan amalan pemupukan kewarganegaraan dan tanggungjawab sivik jelas

dibuktikan di negara kota Athens yang pendidikan formalnya dilaksanakan dengan

tujuan menjadikan rakyat lelaki Athens lebih bersedia melibatkan diri mereka dalam

hal-ehwal semasa, perbincangan awam, pengurusan pentadbiran, perkhidmatan

Page 20: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

20

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

sebagai juri dalam mahkamah serta perkhidmatan tentera untuk mempertahankan

negara kota mereka.

Dengan perkembangan demokrasi yang memuncak semasa pemerintahan Pericles

pada kurun ke-5 SM pendidikan formal Athens adalah bertujuan mengeratkan

hubungan rakyat Athens dengan Acropolis (pusat kerajaan), membolehkan

perkembangan keperibadian seseorang individu supaya ia lebih berperanan kepada

negara serta bersedia meningkatkan kecemerlangan Athens dalam alam Yunani.

Soal tanggungjawab sivik juga dibuktikan dalam Empayar Rom yang akibat

penaklukan yang meluas terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka, pendidikan

formal adalah dirancang dengan tujuan memupuk nilai-nilai murni seperti virtus

(kelakuan baik) dan pictus (obligasi sosial) untuk mengekalkan empayar dan

meningkatkan semangat patriotisme.

5. Ideologi dan Pengukuhan Kerajaan

Pendidikan formal sering kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan kerajaan.

Matlamatnya ialah memperkukuhkan asas kerajaan yang memerintah. Maka, boleh

dikatakan bahawa pendidikan formal itu merupakan suatu proses sosialisasi untuk

membina pemikiran rakyat, khususnya, para pegawai birokrat supaya mereka

memberi sokongan kepada kerajaan. Jadi, kurikulum pendidikan formal biasanya

dirancang mengikut kehendak ideologi kerajaan. Ideologi sebagai alat propaganda

adalah jelas dalam pendidikan China yang berasaskan ajaran Confucius. Ajaran

Confucius dianggap sesuai bagi tujuan memupuk kesetiaan rakyat dan para

pegawai kerana Confucianisme memberatkan keharmonian sosial dan

ketaatsetiaan kepada keluarga, maharaja dan negara.

Dengan objektif itu, pemerintah-pemerintah China sejak Dinasti Han telah

menjadikan ajaran Confucius sebagai teras, sistem pendidikan formal di peringkat

daerah, wilayah dan ibu kota. Di peringkat ibu kota dan wilayah, terutamanya

kerajaan China telah menjalankan sistem peperiksaan imperial dengan tujuan

menghasilkan segolongan cerdik pandai yang boleh menjadi pegawai-pegawai

birokrat di ibu kota dan wilayah. Akhirnya, boleh dikatakan bahawa fahaman

Confucius merupakan suatu teras perpaduan masyarakat dan negara China.

Page 21: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

21

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

6. Keintelektualan

Selain itu matlamat pendidikan formal tamadun awal manusia ialah melahirkan

tokoh-tokoh ilmuan, kelahiran golongan sophist seperti phytagoras, dan ahli

falsafah yang seperti Socrates, Plato, dan Aristotle.

Pendidikan formal telah menyebabkan lahirnya tokoh-tokoh yang menolak agama

sebagai asas pemikiran. Akibatnya ilmuan di Rom dan Yunani mula mengubah

pemikiran mereka dari God Centred kepada cosmos ( alam sekeliling ) dan

humanisme.

Jelasnya, matlamat pendidikan tamadun Yunani dan Rom ingin melahirkan

warganegara yang berfikiran tajam dan kreatif berdasarkan kebebasan intelektual

manusia.

7. Melahirkan golongan scribes dan membasmi buta huruf.

Pengenalan sistem tulisan di setiap tamadun bertujuan melahirkan rakyat yang

boleh menulis dan membaca. Di Mesopotamia dan Mesir golongan scribes

berfungsi jurutulis dalam bidang pemerintahan, keagamaan dan ekonomi.

C. Kesimpulan (2Markah)

Dari perbincangan tersebut, dapat dijelaskan bahawa pendidikan formal dalam

tamadun awal dapat berkembang dengan matlamat agama, kerajaan, pertahanan,

dan humanisma. Matlamat tersebut menjadi prinsip sejagat yang mempengaruhi

perkembangan institusi pendidikan tamadun awal.

Apa-apa saja yang berkaitan

Page 22: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

22

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

6 Huraikan perkembangan falsafah dan pemikiran dalam peradaban Melayu

sebelum dan selepas kedatangan Islam.

A. Pendahuluan ( 3 markah )

1. Latar belakang peradaban Melayu

2. Perkembangan falsafah di Alam Melayu dipengaruhi oleh ilmu agama.

3. Sebelum kedatangan Islam, falsafah di kawasan Alam Melayu dipengaruhi oleh agama

Hindu-Buddha.

4. Selepas kedatangan Islam, lahir ilmu tasawuf hasil daripada kegiatan dakwah oleh ahli-

ahli sufi.

5. Penegasan soalan.

B. Isi –isi penting

i) Perkembangan Falsafah sebelum Kedatangan Islam

( 5 isi x 2 markah = 10 markah )

1. Kepercayaan dan agama masyarakat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha.

2. Terdapat banyak karya kesusasteraan Jawa Kuno yang mengandungi unsur-unsur

falsafah seperti Arjunawiwaha, Bharatayayudda, Hariwangsa, Smaradahanan, dan

Samanasantaka.

3. Terdapat lebih 1000 rahib Buddha mempelajari teknologi dan falsafah agama

Buddha di Sumatera.

4. Terdapat tokoh-tokoh falsafah terkenal seperti pendeta Dharmakirti yang mengajar

ilmu agama di Sumatera.

5. Sumatera melahirkan ramai ahli falsafah seperti Atisa yang membawa gerakan

pembaharuan dalam agama Buddha di Tibet.

6. Namun begitu, falsafah Hindu-Buddha tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat

Alam Melayu kerana agama Hindu-Buddha tidak mempengaruhi rakyat jelata

kerana terpengaruh dengan unsur-unsur animisme dan demonisme serta golongan

bangsawan atau pemerintah tidak memahami ajaran falsafah Hindu walaupun

prinsip-prinsip ajaran Hindu mempengaruhi konsep berkerajaan (devaraja).

Page 23: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

23

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

7. Aspek amalan ritual, bahasa, dan seni lebih mempengaruhi kehidupan masyarakat

di Alam Melayu.

ii) Perkembangan Falsafah Selepas Kedatangan Islam

( 5 isi x 2 markah = 10 markah )

1. Selepas kedatangan Islam, pemikiran dan falsafah peradaban Melayu dipengaruhi

oleh agama Islam.

2 Perkembangan pemikiran dan falsafah di Alam Melayu bermula dengan pengislaman

Pasai dan Melaka. Terdapat kitab-kitab agama dari Arab yang dibawa oleh para

ulama seperti kitab Darul Mazlum.

3. Bidang tasawuf berkembang hasil daripada kegiatan dakwah yang dijalankan oleh

tokoh-tokoh sufi.

4. Terdapat dua bentuk ajaran tasawuf iaitu tasawuf falsafah dan tasawuf akhlak.

Tarikat tasawuf juga berkembang.

5. Ajaran tasawuf dipengaruhi oleh kitab Ihya Ulumuddin.

6. Ilmu tasawuf mencapai kemuncak perkembangannya pada zaman Acheh dengan

kemunculan tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri ( Syair Perahu ), Shamsuddin al-

Sumatrani ( al- Shiratul- Mustaqim ), dan Nurudin al- Raniri (Bustanul Salatin).

7. Tasawuf akhlak disebarkan melalui sastera hikayat seperti Hikayat Nur Muhammad,

Qisasul Anbiya’, dan Hikayat Nabi bercukur.

8. Tarekat-tarekat yang berkembang ialah Qadariah, Rifaiyah, dan Satariyyah.

9. Wujudnya polemik pemikiran antara Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud.

Page 24: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

24

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

10. Perkembangan pemikiran dan falsafah terbantut pada abad ke-17 apabila golongan

fuqaha (ahli fekah) mempengaruhi golongan pemerintahan. Hasil penulisan

Wahdatul Wujud dimusnahkan ( dibakar ).

C. Kesimpulan ( 2 markah )

Falsafah di alam Melayu pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam dipengaruhi

oleh agama. Sebelum kedatangan Islam, falsafah dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha.

Pengaruh falsafah ini terhad kepada kepada golongan atasan sahaja. Selepas kedatangan

Islam, ilmu falsafah dikembangkan oleh mubaligh Sufi. Pengaruh agama dalam falsafah di

alam Melayu tidak dapat dinafikan.

Page 25: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

25

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

7. Usaha-usaha pelayaran yang dilakukan oleh kuasa Barat sejak abad ke-15M telah

meninggalkan kesan yang besar dalam tamadun manusia” . Bincangkan.

A. Pendahuluan (3 Markah)

1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

2. Latar belakang penerokaan dan penjelajahan Eropah.

Zaman penemuan dalam Sejarah Eropah Barat menyifatkan kegiatan peneroka

Eropah yang berjaya memperluaskan pengetahuan geografi tentang dunia di luar

Eropah dan Lautan Mediterranean. Negeri –negeri Iberia, iaitu Sepanyol dan Portugal

telah mengambil inisiatif untuk menerokai pantai Benua Afrika pada kurun ke-15M.

Menjelang 1450M peneroka-peneroka Portugal telah bertapak di Azores, sampai ke

Cape Verde dan Senegal dan mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1498M

Vasco da Gama juga berjaya belayar ke Calicut di India Barat. Di lautan Atlantik,

Christopher Columbus telah menyeberangi lautan itu pada tahun 1492 M dan

menemui Hispanola ( Cuba ). Pada 1502M Amerigo Vespucci telah sampai ke Brazil

dan Sungai Plate. Penemuan – penemuan itu menunjukkan bahawa suatu benua

terletak di selatan Wilayah Carribean yang pada ketika itu dinamakan Amerika. Pada

keseluruhannya, Sepanyol dan Portugal berjaya memperkenalkan suatu era baru

dalam sejarah manusia dalam erti kata bahawa mereka telah dapat memperluaskan

pengaruh Eropah ke seluruh dunia.

3. Zaman Renaissans yang bermula pada kurun ke 13 T.M. menggalakkan munculnya

semangat inquiri atau ingin tahu terutamanya tentang wujudnya hal tanah – tanah di

luar Eropah yang belum diketahui. Semangat Renaissans juga mengubah pandangan

dunia (world view) orang – orang Eropah. Pada dulunya, perspektif mental mereka

adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah tertumpu pada Jerusalem dan Lautan

Mediterranean. Dunia pada masa itu, dianggap terdiri daripada Asia, Eropah dan Afrika

yang mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China melalui

Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya.

Page 26: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

26

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

B. Isi-isi penting

Kesan-kesan pelayaran kuasa barat sejak abad ke-15M terhadap tamadun manusia

(7 isi X 3M = 21M)

1- Memperluaskan tanah jajahan.

Buat pertama kali kuasa – kuasa Eropah telah berjaya memperluaskan tanah

jajahannya di luar Eropah. Di benua Asia, Portugal telah menubuh empayar maritim

yang menguasai jalan laut di Lautan India, Asia Tenggara sehingga negeri China.

2- Perdagangan di Asia.

Perdagangan di Asia telah didominasikan oleh Portugal melalui penubuhan satu

jalinan pusat kuasa dan perdagangan di pelabuhan – pelabuhan strategik seperti

Socotra, Hormuz, Aden, Goa, Melaka, Moluccas, dan Macao. Pada kurun ke-16,

Portugal telah muncul sebagai kuasa perdagangan yang dominan di Asia

Tenggara. Portugal merapatkan hubungan dengan Burma, Siam, dan Kepulauan

Asia Tenggara, di Timur Jauh dengan Jepun dan China, dan di Eropah berjaya

mengganti peranan Venice sebagai kuasa perdagangan.

3- Perkembangan agama Kristian di luar Eropah

Dari pusat – pusat itu, agama Kristian juga tersebar terutamanya oleh golongan

Franciscian. Penaklukan dan pemerintahan diikuti dengan penyebaran agama

Kristian. Melalui gereja Katholik, unsur – unsur kebudayaan Sepanyol seperti

bahasa dan cara kehidupan telah diperkenalkan kepada orang-orang tempatan.

4- Pengaliran kekayaan ke Eropah

Berikutan daripada penjelajahan Columbus, orang – orang Sepanyol mulai

menduduki beberapa kawasan di India Barat, iaitu Hispanola dan Cuba dengan

bermotifkan memperolehi tanah untuk pertanian dan emas. Hernan Cortes

merampas Mexico daripada Aztec. Dataran Tinggi Mexico kaya dengan emas dan

sesuai sekali pertanian perladangan. Pada tahun 1531, Pizarro menakluki Peru

yang lombong peraknya di Potosi adalah sumber kekayaan kepada Eropah selama

tiga kurun. Menjelang 1700 T.M. tiga kawasan telah diduduki : Mexico, Peru, dan

Page 27: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

27

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Kepulauan Carribean dan pengendalian ekonominya tertakluk pada kepentingan

Sepanyol.

5- Perpindahan pusat perdagangan ke Eropah Barat

Kesan – kesan ke atas Eropah boleh dilihat daripada beberapa sudut. Pusat –

pusat perdagangan di Eropah yang dulunya bertapak di Eropah Selatan mulai

berpindah ke Eropah Barat, iaitu Lisbon, Bordeux, Liverpool, Bristol, dan

Amsterdam. Antara barang – barang import ialah makanan dari Amerika Selatan

yang dapat menyumbang kepada pertambahan bilangan penduduk di Eropah.

6- Kelahiran ekonomi kapitalisme.

Kekayaan dari koloni – koloni yang mengalir ke Eropah akhirnya memberi suatu asas

yang kukuh untuk kelahiran ekonomi kapitalisme. Kapitalisme bermula dengan

revolusi komersil yang menitikberatkan pasaran eksport, modal persendirian,

keuntungan, dan penindasan tenaga buruh murah. Pada jangka masa panjang,

penjelajahan dan penerokaan menandakan titik perubahan daripada ekonomi feudal

kepada ekonomi kapitalisme.

7- Kesan sosial ke atas Masyarakat Eropah dan Koloni.

Penjelajahan membawa banyak kesan buruk kepada masyarakat Eropah dan

koloni. Di Eropah, kekayaan baru kian meningkatkan kadar kos kehidupan dengan

kenaikan barang – barang keperluan. Selain itu, penjelajahan dapat menyebabkan

jurang perbezaan sosial – memperketatkan stratifikasi masyarakat mengikut

kekayaan. Di koloni, kedatangan orang – orang Eropah telah memperkenalkan

penyakit – penyakit baru yang membawa kepada kenaikan kadar kematian orang

tempatan.

8- Mempercepat kemerosotan pengaruh pedagang Islam.

Penguasaan perdagangan di Laut Mediterranean dan Lautan Hindi oleh pedagang

Islam telah merosot kesan daripada penerokaan kuasa Eropah terutamanya

Portugis.

Page 28: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

28

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

9- Perubahan ekologi

Dari segi flora dan fauna, beberapa jenis pokok dan binatang dari Asia dan Eropah

diperkenalkan ke Amerika Utara dan Selatan dan sebaliknya. Misalnya jagung,

tomato, ubi kentang, dan ayam.

10- Asimilasi antara penjajah dengan penduduk tempatan.

Berlakunya kahwin campur antara penjajah dengan penduduk tempatan seperti di

Amerika Selatan dan Filipina. Bahasa Sepanyol mempengaruhi bahasa tempatan.

11- Perkembangan ilmu pengetahuan dan ilmu pelayaran.

Maklumat baru tentang geografi di luar Eropah serta peta-peta yang lebih saintifik.

Maklumat baru misalnya didapati daripada “ The Travels of Marco Polo”. Buku itu

diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Latin, Sepanyol, German, dan

Inggeris. Columbus sendiri memperoleh buku itu yang memberi perangsang

kepadanya untuk menjelajahi Lautan Atlantik pada tahun 1492 T.M. Terdapat

penyelidikan dalam bidang geografi dan pelayaran ditaja oleh raja – raja yang

mementingkan penerokaan maritim. Munculnya segolongan ahli – ahli kartografi

dan hidrografi yang menghasilkan peta-peta yang jauh lebih tepat daripada peta

Ptolemy.

C. KESIMPULAN (1 Markah)

Apa sahaja berkaitan.

Page 29: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

29

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

8. Jelaskan perkembangan teknologi dalam tamadun Mesopotamia

A. Pendahuluan (3M)

1. Latar belakang tamadun Mesopotamia

2. Konsep teknologi

3. Penegasan soalan

B. Isi (Perkembangan teknologi)

(7isi X3 Markah)

1. Teknologi pertanian

Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk

skala yang lebih besar.Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.Dalam bidang

pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja

pertanian.Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam

hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar. Kincir air –

mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.Terusan- terusan

dibina menghubungkan sungai nil ke kawasan pertanian

2. Teknologi ketahanan dan pertahanan

Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan

semasa peperangan. dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi

sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar. Dalam bidang persenjataan tamadun

Mesopotamia menggunakan peralatan ketenteraan seperti wagon, armor,busur, kasut but

bertali, baju besi dan lain-lain.

3. Teknologi membina kemudahan asas

Pembinaan kolam dalam tamadun Mesopotamia dilengkapi dengan tangga yang menuju

ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan

bitumen. Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam

tersebut. Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi

semula.

Page 30: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

30

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada penduduk pada

zaman tamadun awal. , Dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk

menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.

Pembinaan pintu gerbang Ishtar dan Taman Tergantung Babylon menggambarkan

ketinggian teknologi senibina tamadun Mesopotamia.

5. Teknologi membina rumah-rumah berhala

Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya

sebagai Tuhan.Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-

7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel.

Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang

dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).

6. Teknologi pengangkutan dan pelayaran

Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan

dunia luar. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.

Pedagang-pedagang Mesopotamia menjalinkan hubungan perdagangan dengan tamadun

Indus. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat

roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu serta

menggunakan pedati dalam peperangan.

7. Teknologi Perbandaran

Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong

kepada kemunculan bandar. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam

bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu

dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan

menggunakan batu-bata. Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang

melambangkan kekayaan sesebuah badar. Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi

pada pintu gerbang.Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan

nama Tuhan.

Page 31: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

31

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

8. Intelektual

Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10

dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap

bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang

berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada

12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.

9. Tulisan- Mencipta tulisan pepaku

C. Kesimpulan- (1Markah)

Apa saja yang berkaitan

Page 32: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

32

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Bahagian B

9. Bincangkan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliyah.

A. Pengenalan (3 markah)

1. Pengertian jahiliyah

2. Pengertian manusia. Dalam bahasa latin manusia dipanggil sebagai homospiens.

Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut

kajian arkeologi, manusia sudah pun wujud sejak 500,000 tahun dahulu, iaitu pada zaman

Air Batu.

3. Pengertian Islam

4, Penegasan soalan

B. Isi-isi penting (20 markah)

i) Konsep manusia menurut Islam (5 isi x 2 markah=10 markah)

1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif Islam.

i. Pengertian manusia dari segi bahasa.

ii. Pengertian dari segi Istilah.

2. Manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-

Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para

malaikat (sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t untuk mengabdikan diri kepada

Allah s.w.t agar menjadi seorang hamba yang soleh. Dalam hubungan itu, Allah s.w.t telah

menjelaskan matlamat penciptaan manusia melalui firmanNya: dalam surah al-Zaariyat

ayat 56 yang bermaksud: “Dan aku ciptakan jin dan manusia melainkan beribadah

kepadaKu.”

Page 33: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

33

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur unsur

rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di

antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna,

kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain. Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.

6. Manusia dicipta sebaik baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu

sempurna penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t

telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.

7. Manusia yang paling mulia ialah manusia yang bertakwa.

8. Manusia sebagai pemegang amanah.

9. Semua manusia dari keturunan Adam dan manusia dijadikan dari tanah.

10. Manusia terdiri daripada 5 komponen: jasad, roh, akal, nafsu, dan hati/jiwa.

11. Akal membezakan manusia dengan makhluk makhluk lain.

12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

ii) Konsep manusia menurut Jahiliah. (5 isi X 2markah=10markah)

1.Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak

mempercayai adanya Hari Akhirat and Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan

manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.

2.Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu

sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi,

minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan

Page 34: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

34

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

mudah. Oleh itu, mereka melakukannya. Minum arak pula dianggap satu perbuatan yang

baik dan mulia.

3.Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya

kabilah itu kaya, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia.

Begitulah sebaliknya.

4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

5. Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.

6. Mereka tidak tahu asal usul kejadian manusia

7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata-mata.

C.Kesimpulan (2 markah)

Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah perintah Allah

s.w.t bagi mendapatkan keredhaannya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia

serta akhirat. Sementara manusia menurut pandangan Jahiliah pula mengikut telunjuk

hawa nafsu dengan mengenepikan soal akhirat.

Page 35: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

35

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

10 Nilaikan dasar Muawiyah bin Abu Sufyan dalam pemerintahan Bani Umayyah.

A. Pendahuluan ( 3 markah )

1. Latar belakang kerajaan Bani Umayyah – Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh

Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41H. Sejarah kelahiran kerajaan Bani Umayyah

bukan secara demokrasi tetapi secara monarki. Nama Umayyah diambil sempena

dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umayyah bin Abd. Manaf. Kerajaan Bani

Umayyah memerintah selama 91 tahun ( 41H-132H) oleh dua keturunan, iaitu

keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu al-As.

2. Latar belakang Muawiyah bin Abu Sufyan – Beliau dilahirkan kira-kira 5 tahun

sebelum Nabi SAW menjadi Rasul. Ayahnya, Abu Sufyan ialah seorang pemimpin

Quraisy yang terkenal dan berpengaruh. Beliau memeluk Islam ketika berumur 25

tahun iaitu ketika Kota Mekah dibuka oleh tentera Islam pada tahun 8 H. Beliau dilantik

sebagai penulis wahyu pada zaman Rasulullah SAW dan banyak meriwayatkan hadis.

Pernah menjawat jawatan Ketua pasukan tentera khas pada zaman Abu Bakar as-

Siddiq. Beliau menjadi gabenor di Jordan dan Syam. Pada tahun 41 H beliau dilantik

menjadi Khalifah dan memerintah selama 20 tahun dan wafat pada tahun 60 H.

3. Penegasan soalan – Muawiyah melaksanakan dasar-dasar tertentu semasa

pemerintahannya sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan lain-lain.

B. Isi ( 7 isi x 3 markah = 21 markah )

1. Dasar pelantikan khalifah – Beliau melaksanakan dasar pelantikan khalifah secara

warisan. Pemerintah terdiri daripada kalangan keluarga Bani Umayyah. Khalifah

melantik putera mahkota untuk mewarisi jawatan ketua negara. Contohnya, Muawiyah

telah melantik anaknya Yazid sebagai penggantinya.

2. Dasar pemerintahan- Beliau banyak meniru sistem pentadbiran dan pemerintahan

Parsi dan Byzantine. Oleh itu, ada sarjana sejarah yang mengatakan bahawa

Page 36: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

36

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

pemerintahan dan pentadbirannya bercorak secular walaupun unsur-unsur agama

tetap dikekalkan. Asas pemerintahan dan pentadbirannya terletak di atas bahu

tenteranya yang kuat dan cekap. Beliau telah memindahkan pusat pemerintahan

negara Islam ke Kota Damsyik.

3. Dasar terhadap rakyat- Muawiyah dan kebanyakan khalifah Bani Umaiyyah

melaksanakan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang

Arab terutama keturunan Bani Umayyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam

bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang jawatan penting

dan dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama dengan Bani

Abbasiyah mengadakan gerakan sulit menentang Bani Umayyah.

4. Dasar protokol khalifah- Pentadbiran Muawiyah banyak dipengaruhi oleh

pemerintahan Rom. Khalifah mengutamakan kepentingan dan kedudukan pemerintah.

Khalifah mewujudkan protokol yang menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal

rapi oleh pengawal peribadi. Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara untuk

kemewahan pemerintah dan keluarganya.

5. Dasar pelantikan/kedudukan pegawai kerajaan – Pegawai tinggi kerajaan dan

tentera dilantik dalam kalangan keluarga Bani Umayyah dan golongan yang

menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat. Setiap gabenor yang dilantik di

setiap daerah hanyalah mempunyai kuasa ketenteraan dan urusan yang bersangkutan

dengan politik sahaja. Urusan yang berkaitan dengan pungutan cukai-cukai di daerah-

daerah itu adalah di tangan Sahibul-Kharaj. Pegawai ini dilantik terus oleh khalifah.

Oleh itu, pegawai ini bebas daripada kuasa gabenor. Malahan gabenor sendiri terpaksa

bergantung kepada Sahibul-Kharaj ini dalam masalah kewangan. Tegasnya, Muawiyah

telah berjaya meletakkan pentadbiran negaranya dalam satu bentuk dan corak yang

tersendiri. Asas –asas pentadbiran inilah yang diwarisi oleh khalifah Bani Umayyah

kemudiaanya.

6. Dasar peluasan wilayah- Muawiyah berjaya menubuhkan pasukan tentera darat dan

laut. Oleh itu, beliau Berjaya mengekalkan keamanan di dalam negaranya. Di samping

Page 37: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

37

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

itu, beliau telah berjaya menawan daerah-daerah lain. Di sebelah Timur, tenteranya di

bawah pimpinan panglima Abdullah bin al-Sawwar dan kemudiannya Muhallab bin Abi

Sofrah telah berjaya menawan kawasan-kawasan itu sampai ke Qabul dan kawasan-

kawasan yang berhampiran dengan Khurasan. Beliau menggunakan Majlis Syura untuk

menyelesaikan urusan pentadbirannya. Seluruh negara Islam dibahagi-bahagikan

kepada daerah-daerah tertentu dengan melantik seorang gabenor bagi satu daerah.

Beliau telah melantik Amru bin al-‘As sebagai gabenor bagi seluruh Afrika dan Ziyad bin

Abih sebagai gabenor di seluruh Timur.

7. Dasar terhadap golongan yang menentang khalifah- Khalifah Muawiyah mengambil

tindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang kerajaan Bani Umayyah

terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah. Beliau telah mengambil tindakan

ketenteraan terhadap golongan penentangnya. Angkatan tentera Muawiyah di bawah

pimpinan al-Mughirah bin Syukbah telah berjaya menentang gerakan puak Syiah yang

berpusat di Kufah. Beliau membawa pemimpin puak Syiah, Hujr bin ‘Adi dan 12 orang

penyokongnya ke Syam dan mereka dibunuh di Damsyik.

8. Dasar ekonomi – dasar ekonomi turut berubah iaitu Muawiyah telah melantik pegawai

khas untuk menguruskan pungutan cukai. Sahibul Kharaj ditugaskan memungut cukai

di daerah-daerah dan bertanggungjawab terus kepada Khalifah. Dasar pemungutan

cukainya dikatakan secara berlebihan dan berlaku penyalahgunaan wang Baitulmal

dan berlaku pemborosan.

C. Kesimpulan ( 1 markah )

Apa-apa yang berkaitan.

Page 38: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

38

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

11. Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Bani Umayyah bagi

meningkatkan kekuatan ketenteraannya.

A. Pendahuluan (3 markah)

1. Latar belakang kerajaan Bani Umayyah

Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41H.

Sejarah kelahiran kerajaan Bani Umayyah bukan secara demokrasi tetapi secara monarki.

Nama Umayyah diambil sempena dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umayyah bin

Abd. Manaf. Kerajaan Bani Umayyah memerintah selama 91 tahun ( 41H-132H) oleh dua

keturunan, iaitu keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu al-As.

2. Konsep ketenteraan

3. Penegasan soalan

B. Isi (5 isi X4 markah=20markah)

1. Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera Parsi

Membahagikan tentera kerajaan Umayyah kepada 5 pasukan :

Pasukan tengah, pasukan sayap kanan, pasukan sayap kiri, pasukan hadapan, dan

pasukan barisan belakang

2. Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang

moden. Angkatan tentera juga terdiri dari pasukan berkuda, pasukan

berkenderaan, dan pasukan pejalan kaki

3. Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas

4. Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta

pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, Syria & Iskandariah Tentera laut terbahagi

kepada dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal

besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa

Page 39: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

39

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

besi dan berpaku. Bani Umayyah pada zaman pemerintahan Muawiyah yang telah

melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang Byzantine dan Constantinople pada

54H.

5 Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi

kerahan bagi yang memenuhi syarat

6 Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan Antara

tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka Andalus )

7.Bani Umaiyyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga dan elaun

tambahan pada zaman pemerintahan Yazid sebanyak 100 dirham.

8. Penubuhan bandar-bandar tentera, - Qairawan di Afrika Utara, Basrah, Kufah

C. Kesimpulan- 2M

Apa sahaja yang berkaitan

Page 40: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

40

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

12. Bincangkan peranan dan pelaksanaan zakat pada zaman Khulafa Al Rasyidin

A Pendahuluan ( 3 Markah)

1. Konsep zakat

Zakat berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada kata dasar zaka yang bererti

penambahan atau persucian. Dari segi bahasa zakat bermaksud kesuburan,

kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula zakat merupakan pembayaran

atau cukai ke atas harta apabila sudah sampai nisabnya dan genap setahun (haul) dan ia

akan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Zakat dapat membersih jiwa dan

hati daripada perasaan tamak serta dapat membawa kesuburan harta. Zakat merupakan

rukun Islam yang ketiga dan wajib dilaksanakan mengikut Al-Quran dan Sunnah

2. Sejarah pelaksanaan zakat

Zakat difardukan ke atas umat Islam pada tahun kedua hijrah(632M)

3. Latar belakang khalifah Al-Rasyidin

4. Penegasan soalan

B. ISI – ISI PENTING.

i) Peranan zakat: (5 isi X 2M=10M)

1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan umat Islam. Pada zaman Abu Bakar Al

Siddiq , zakat berperanan sebagai ujian terhadap keimanan dan ketaqwaan umat

Islam kepada Allah. Beliau berjaya menangani golongan yang enggan membayar

zakat dan mengisytiharkan perang ke atas umat Islam yang enggan membayar

zakat.

Page 41: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

41

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

2. Mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala. Orang yang menunaikan

zakat mendekatkan diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara

yang diredhai oleh Allah.

3. Membasmi kemiskinan. Peranan zakat juga ialah membantu golongan yang layak

menerima zakat seperti fakir dan miskin.

4. Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa.

5. Mendamaikan atau mewujudkan kedamaian ( al – salah ).

6. Mendekat atau merapatkan jurang kekayaan dikalangan masyarakat Islam.

7. Menyemai semangat bertanggungjawab untuk tolong menolong.

8. Mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta.

9. Membuktikan semangat sifat mentaati hukum & perintah Allah.

10. Memperolehi keberkatan.

ii) . Pelaksanaan institusi zakat pada zaman khulafa al-Rasyidin

(5 isi X 2Markah=10Markah)

1. Penubuhan institusi Baitulmal. Zakat menjadi sumber pendapatan negara dan

disimpan di Baitulmal pada zaman Khalifah Umar al- Khattab.

2. Perlantikan Amil yang melaksanakan urusan pemungutan dan menguruskan zakat

daripada pihak yang layak berzakat mengikut haul dan nisab tertentu (tempoh dan

kadar).

3. Membahagikan jenis zakat kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Page 42: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

42

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap

tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari

pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri.Kadar zakat fitrah

ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan

asasi penduduk.

Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta

tertentu dengan haul dan nisab yang telah ditetapkan oleh syarak . Contohnya,

hasil tanaman dan buah-buahan jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya

1/10 dan jika diusahakan sendiri 1/20. Zakat binatang ternakan seperti kambing,

unta dan lembu.Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup haul nisab, tidak

digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri. Zakat emas dan perak

dikenakan sebanyak 2.5%.Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan

tetap atau simpanan semasa) kadar 2.5% Barang-barang perniagaan-2.5%

4. Melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hukum

Islam.

5. Menyalurkan hasil pembayaran zakat kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak

menerima antaranya:

a. Fakir

b. Miskin

c. Amil.

d. Muallaf

e. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya.

f. Orang yang berhutang

g. Orang yang berjihad (fi sabilillah)

h. Orang yang merantau ( musafir ) dan kehabisan wangnya semasa dalam

perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak ( termasuk

mencari rezeki yang halal dan menuntut ilmu )

6. Kutipan zakat bertambah semasa pemerintahan Umar Al Khattab kerana beliau

banyak melakukan ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam.

Page 43: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

43

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

7. Kutipan zakat pada zaman khalifah Usman bin Affan semakin bertambah

kerana peluasan wilayah Islam hingga ke Afrika, Asia dan Eropah. Walau

bagaimanapun, pada akhir zaman pemerintahannya berlaku pemberontakan

sehingga beliau terbunuh dan kutipan zakat menghadapi masalah.

8. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pungutan zakat diteruskan. Namun,

hasilnya semakin berkurangan kerana beliau berhadapan dengan masalah

pemberontakan.

C. Kesimpulan: (2markah)

Perlaksanaan institusi zakat pada zaman Khalifah Umar Al – Khattab menjadi asas

dalam perlaksanaan dan pentadbiran zakat hingga ke hari ini. Perlaksanaannya yang

diuruskan secara terpimpin akan membawa kemakmuran

-Apa-apa saja yang berkaitan

Page 44: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

44

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

13.Huraikan pengaruh sistem pendidikan Islam di Timur Tengah terhadap pendidikan

Islam di Alam Melayu.

A. Pendahuluan (3Markah)

1. Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan

budaya dan tradisi keilmuan Islam di dalam sesebuah masyarakat.

2. Pendidikan Islam amat berharga kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan

generasi Islam yang akan datang.

3. Institusi pendidikan Islam bermula di rumah dan masjid masjid pada awal Islam.

Kemudian ditubuhkan Baitul-‘ilm, al-Madrasah al-Baihaqiyyah di Naisabur dan

Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada tahun 1067 M sebagai institusi pengajian

tinggi Islam. Kemuncak perkembangan institusi pendidikan Islam ialah dengan

tertubuhnya Universiti al-Azhar pada tahun 259 H (970 M)

4. Terpengaruh dari sistem pendidikan Islam di Timur Tengah, pengajian berbentuk

halaqah, pondok, dan pesantren lahir di Alam Melayu.

5. Penegasan soalan

B.Isi-isi penting. (5 isi X 4 markah=20 markah)

1. Pengaruh terhadap matlamat pendidikan. Menurut Ibn Khaldun, antara matlamat

pendidikan Islam ialah:

(a) Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya

syiar-syiar agama menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah. Melalui kaedah

sedemikian potensi iman dan dapat diperkuatkan, sebagaiman hanya

dengan potensi potensi lain sekiranya telah menjadi darah daging ia

boleh menjadi fitnah.

(b) Memperlengkapkan akhlak manusia.

(c) Memperlengkapkan sosio-budaya manusia.

(d) Memperlengkapkan seseorang dengan asas kemahiran professional

atau perkerjaan.

(e) Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap

pemilihan yang tinggi seseorang itu dapat membuat berbagai bagai

pekerjaan dan menambah lagi daya kreativitinya.

Page 45: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

45

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

(f) Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik,

syair, khat, seni bina dan lain-lain lagi.

2. Pengaruh terhadap prinsip-prinsip pendidikan. Antara prinsip-prinsip

pendidikan Islam ialah untuk:

(a) Memahami penciptaan manusia dan makhluk seluruhnya, iaitu

mengenal Allah sebagai pencipta dan lain semuanya adalah makhluk

Allah.

(b) Memahami sumber ilmu yang diakui sebagai benar dalam Islam.

(c) Memahami martabat dalam Islam.

(d) Menjurus kepada pembinaan tiga fakulti manusia, iaitu akal (minda), roh

(kerohanian), dan jasad(jasmani) dalam pengisian ilmu.

(e) Memiliki dan mengembangkan ilmu berdasarkan kepada tauhid.

3. Pengaruh terhadap struktur kurikulum dan institusi pengajian Islam.

Sejarah perkembangan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan

pengaruhnya di Alam Melayu adalah seperti berikut. Perkembangan institusi

pendidikan Islam di rumah, masjid, Kuttab (pondok), dan sekolah telah

tersebar ke seluruh dunia Islam bersama-sama dengan perkembangan

agama Islam di kawasan-kawasan berkenaan. Perkembangan sistem

pendidikan ini telah menjalar sehingga ke Timur termasuk Alam Melayu.

Struktur kurikulum pengajian Islam dan institusi-institusinya yang ada di

kawasan-kawasan ini adalah sama dengan yang wujud di negeri negeri

Arab di Timur Tengah.

4. Pengaruh sistem pendidikan di Jawa dan Sumatera Di Jawa, struktur

pengajian Islam seperti ini wujud sejak zaman awal kedatangan Islam lagi.

Antara pelopor pengajian Islam ini ialah Wali Songo, dan para ulama lain.

Menurut kebiasaan kaum Muslimin apabila anak-anak mereka mencapai

umur tujuh tahun, mereka akan dihantar ke surau untuk mengaji Al-Quran,

ibadat, tauhid, dan akhlak. Sistem pendidikan Islam dilihat lebih jelas di

Acheh apabila kerajaan Islam Acheh di bawah Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam (T.M 1607- T.M 1636) menyusun sistem pendidikan secara

lebih teratur dengan menubuhkan Munasah dan Rangkang untuk pelajar-

Page 46: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

46

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

pelajar peringkat rendah dan Jamiat Baitur-Rahman sebagai sebuah

universiti yang setaraf dengan universiti yang setaraf dengan universiti-

universiti di Timur Tengah.

5. Di Filipina, kanak-kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun

mula belajar membaca dan menghafaz Al-Quran di rumah guru yang

diadakan di sebelah pagi setiap hari. Pembelajaran sedemikian wujud

sehingga sekarang.

6. Di Brunei, sistem pengajian tradisi oral Islam juga wujud sebelum

penjajahan British. Sistem persekolahan hanya diperkenalkan pada awal

tahun 1950-an.

7. Di Semenanjung Tanah Melayu pendidikan tradisional Islam juga wujud

sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908.

Struktur pendidikan tradisional Islam juga wujud sejak agama Islam

bertapak di sini, sebagaimana yang disebutkan oleh Abdullah Munsyi dalam

Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

C. Kesimpulan (2markah)

Apa sahaja yang bersesuaian.

Page 47: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

47

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

14 Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad

sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyah.

Pendahuluan ( 3 markah )

1. Latar belakang kerajaan Bani Abbasiyah – Kerajaan Bani Abbasiyah berkuasa

selama lima kurun (132 H hingga 565 H / 750 M hingga 1258 M ) dan diperintah oleh

37 orang khalifah bermula dengan Khalifah Abu Abbas as-Saffah hingga Khalifah al-

Mu’tasim al- Mastansir yang dibunuh oleh tentera Moghul pada tahun 565 H/ 1258 M.

Zaman kekuasaannya hamper mencakupi seluruh zaman kemasan Islam kerana

zaman kemasan Islam bermula dari abad ke-7 M hingga abad ke-13 M. Pada zaman

Abbasiyah ini, tamadun Islam telah mencapai kemajuan yang amat gemilang sekali.

2. Latar belakang Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual – Baghdad ialah

ciptaan Khalifah Abbasiyah. Khalifah Jaafar al-Mansur pada tahun 762 M telah

mengasaskan Baghdad sebagai ibu kotanya. Baghdad terletak antara Sungai Tigris

dan Euphrates. Baghdad terletak di tempat yang strategik dan dalam masa yang

singkat telah menjadi pusat kegiatan ekonomi dan politik yang setanding dengan

Konstantinople. Perkembangan Baghdad terdedah kepada pengaruh kebudayaan dan

unsur-unsur politik Parsi. Institusi khalifah yang berbentuk despotisme membayangkan

pengaruh konsep kerajaan Sasanid Parsi. Keseluruhannya, pendedahan sistem politik

Abbasiyah kepada pengaruh politik Parsi menyediakan satu asas untuk perkembangan

satu zaman baharu yang memuncak dengan kegiatan intelektual yang pesat pada

zaman pemerintahan Harun al-Rasyid dan anaknya al-Ma’mun.

3. Penegasan soalan – pelbagai factor yang menyumbang kepada kegemilangan

Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyah.

Isi ( 7 isi x 3 markah = 21 markah )

1. Peranan Bahasa Arab – berbanding dengan Bani Umayyah, Kerajaan Abbasiyah

terdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam, dan kebudayaan. Walaupun masyarakat

Page 48: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

48

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Abbasiyah di Baghdad bersifat kosmopolitan tetapi pada keseluruhannya wujud

perpaduan yang berasaskan agama Islam dan Bahasa Arab. Bahasa Arab dijadikan

bahasa rasmi pemerintahan Abbasiyah.

2. Peranan Pemerintah – Naungan politik mendorong perkembangan ilmu di Baghdad.

Sikap kecintaan para pemerintah Abbasiyah terhadap ilmu telah menggalakkan para

cendiakawan berkumpul di kota Baghdad. Khalifah al-Mansur merupakan perintis

dalam usahanya menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Harun al-Rasyid

telah menarik ramai penuntut ilmu kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu

terpenting dalam dunia pada ketika itu. Sifat kepelbagaian bangsa dan kebudayaan

dalam masyarakat majmuk Abbasiyah dan sifat keterbukaan pemerintahnya terhadap

aliran-aliran pemikiran yang berlainan telah menjadikan kota Baghdad terkemuka di

dunia pada masa itu. Jelas bahawa penyerapan berbagai-bagai unsur daripada

kebudayaan Parsi, Syria, dan Yunani telah memperkayakan pemikiran intelektual

dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.

3. Sistem Pendidikan – perkembangan ilmu digalakkan lagi dengan penubuhan dan

perluasan suatu rangka institusi pendidikan awam. Setakat itu, institusi pendidikan

awam berkisar kepada masjid sahaja dan kurikulumnya hanya merangkumi membaca,

menulis, dan mengira. Tetapi pada zamanal-Ma’mun, pendidikan ditingkatkan lagi

dengan mendirikan pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan institusi

sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal. Buat pertama kali

pendidikan awam dibiayai oleh kerajaan.

4. Kegiatan Penterjemahan – karya-karya Yunani terutama dalam bidang perubatan dan

sains diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Contohnya, karya-karya Galen,

Hippocrates, dan Diescarides telah diterjemahkan. Dalam bidang falsafah, karya-karya

Plato dan Aristotle seperti Republic, Categories, Physics, dan Magna Moralia

diterjemahkan. Al-Fazani juga menterjemahkan karya-karya Sanskrit dalam bidang

matematik. Al-Ma’mun telah mengutuskan wakilnya menemui Maharaja Byzantium

untuk mendapatkan naskah-naskah ahli falsafah dan sains bagi untuk diterjemahkan

Page 49: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

49

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

oleh para penterjemah di Bayt al-Hikmah. Pada keseluruhannya, penterjemahan telah

memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam.

5. Peranan Tokoh-tokoh Terkenal dan Cendikiawan Islam – zaman penterjemahan

diikuti dengan sumbangan asal orang-orang Islam dalam bidang sains dan

kesusasteraan. Bahasa Arab yang dahulunya digunakan dalam bidang puisi dan

agama sahaja sudah menjadi alat untuk melahirkan pemikiran saintifik dan idea-idea

falsafah. Sumbangan asal dalam Bahasa Arab adalah nyata dalam bidang perubatan.

Al-Khawarizmi memberikan sumbangan dalam bidang astronomi. Dalam bidang Kimia

pula, nama terkenal ialah Jabir ibn Hayyan yang Berjaya memajukan pengetahuan

dalam teori dan amalan kimia. Dalam kesusasteraan, keadaan di istana Harun al-

Rasyid di Baghdad memang mengilhamkan penghasilan karya yang terkenal hingga

hari ini iaitu karya alfu lailah wa- Lailah atau dalam bahasa Inggeris “ A Thousand and

One Nights” ( Arabian Nights ) . Tokoh lain ialah Al-Khindi dan Al-Farabi.

6. Perdagangan Antarabangsa – pedagang Islam telah berdagang ke Timur Jauh.

Mereka telah membawa balik hasil dagangan dan ilmu-ilmu seperti teknologi

perkapalan, astronomi, geografi, dan pelayaran. Mereka melalui dua jalan iaitu jalan

darat dan jalan laut. Pada zaman Khalifah Jaafar al-Mansur, kemajuan perdagangan di

Kota Baghdad telah mempengaruhi kemajuan ekonomi di seluruh negara. Tegasnya,

perniagaan dan perusahaan menjadi maju pada zamannya.

7. Peranan Bayt al-Hikmah- Kegiatan penterjemahan berlaku dengan pesat apabila

Harun al-Rasyid mendirikan Bayt al- Hikmah sebagai pusat penterjemahan dan

penyelidikan ilmiah. Bayt al- Hikmah boleh dianggap university pertama di dunia islam

yang merupakan kesinambungan daripada Museum Iskandariah. Al-Ma’mun telah

melantik Munaya bin Ishaq untuk mengetuai Bayt al- Hikmah. Munaya ialah seorang

ahli perubatan berketurunan Nestorian Kristian yang menguasai bahasa Assyrian dan

Arab. Perkembangan ilmu lebih pesat lagi apabila tertubuhnya badan Bayt al- Hikmah

yang khusus untuk kegiatan perbahasan dan penyelidikan. Para pemerintah telah

meletakkan suatu asas yang kukuh bagi kelahiran para ilmuan dan saintis Muslim.

Pemerintah juga berperanan menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam. Para

Page 50: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

50

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

sarjana dikumpulkan dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan manuskrip dan

diterjemahkan ke bahasa Arab.

8. Hubungan Diplomatik - Al-Ma’mun telah mengutuskan wakilnya menemui Maharaja

Byzantium untuk mendapatkan naskah-naskah ahli falsafah dan sains bagi untuk

diterjemahkan oleh para penterjemah di Bayt al-Hikmah.

9. Kestabilan Politik – kegemilangan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual

disokong oleh faktor kestabilan politik kerajaan Abbasiyah. Pada zaman Abu Jaafar al-

Mansur misalnya, beliau Berjaya mewujudkan keamanan Negara dan keyeguhan politik

apabila berjaya menghapuskan berbagai-bagai golongan musuh yang sentiasa

menggugat kestabilan politik dan keamanan. Antara musuh-musuhnya ialah bapa

saudaranya, Abdullah bin Ali yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah di

Bandar Huran. Ia dapat ditangkap oleh panglima Abu Muslim al-Khurasani di Nasibin

lalu dipenjarakan. Selain itu, beliau berjaya menghapuskan pemberontakan Syiah yang

diketuai oleh Mohammad bin Abdullah dan Ibrahim bin Abdullah. Beliau juga telah

dapat menghapuskan pemberontakan Khawarij di Afrika Utara yang diketuai oleh Abu

Haitam al-Kharaji. Di sempadan Negara Islam, beliau dapat menewaskan tentera

Byzantine.

10. Kemakmuran Ekonomi – Pada zaman Khalifah Jaafar al-Mansur, kemajuan

perdagangan di Kota Baghdad telah mempengaruhi kemajuan ekonomi di seluruh

negara. Tegasnya, perniagaan dan perusahaan menjadi maju pada zamannya.

Khalifah al-Mansur merupakan perintis dalam usahanya menaungi dan mempelopori

kegiatan intelektual. Harun al-Rasyid telah menarik ramai penuntut ilmu kerana

Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu terpenting dalam dunia pada ketika itu.

C. Kesimpulan ( 1 markah )

Apa-apa yang berkaitan.

Page 51: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

51

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

15. Bandingkan faktor-faktor yang menggalakkan penjelajahan dan penerokaan pengembara-

pengembara Islam pada abad ke-10 hingga abad ke-14 Masihi dengan ahli-ahli pelayaran

Barat pada abad ke-15 hingga abad ke-16 Masihi.

A. Pendahuluan ( 3 M )

1. Definisi penjelajahan dan penerokaan.

Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan

ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan

meneroka dan menerokai.

2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat

Sejarah penjelajahan dan penerokaan orang Islam dimulakan oleh orang Arab Selatan

yang pernah meneroka dan menguasai Lautan Hindi. Manakala orang Barat dimulakan

sejak tamadun Rom hasil daripada penciptaan peta dunia. Tokoh pelayaran Islam ialah

al-Walid bin Abdul Malik, Ibnu Hawkal dan Ibnu Batutah manakala tokoh pelayaran Barat

ialah Marco Polo, Christopher Columbus dan Vasco da Gama.

3. Penegasan soalan

B. Isi-isi penting (20 markah)

i). Faktor-faktor Penjelajahan Dan Penerokaan Islam.

( 5 isi X 2 Markah=10 Markah ).

1. Pengukuhan politik Islam.

Islam telah berkembang dan menguasai hampir dua pertiga dunia .Penerokaan bertujuan

memperkukuhkan kedudukan politik dan meneroka kawasan baru. Contohnya penguasaan

Afrika utara, Sepanyol, selatan Parsi hingga sempadan China dan India.

2. Penyebaran Agama Islam

Page 52: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

52

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Tujuannya untuk menyebarkan agama Islam. Para pendakwah telah menyebarkan Islam ke

seluruh pelosok dunia. Saad bin Ibn Waqqas dihantar ke China untuk menyebarkan Islam

pada zaman Dinasti Tang. Di Alam Melayu, Islam disebarkan oleh pendakwah seperti Syeikh

Ismail, contohnya, ke Sumatera, Acheh dan Pasai ( Alam Melayu )

.

3. Peningkatan Ilmu Pengetahuan

Islam menyeru umatnya supaya menuntut ilmu. Melalui penjelajahan dan penerokaan dapat

menuntut ilmu ke seluruh dunia dan maju dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi,

geografi, matematik, perubatan dan sebagainya.

4. Perkembangan Perdagangan

Melalui penjelajahan dan penerokaan ke China, Eropah dan Alam Melayu, perkembangan

ekonomi berlaku dengan barangan dagangan seperti permaidani, batu permata, kain kapas

dan sebagainya.

5. Memakmurkan Bumi Allah.

Menjaga kebaikan dan keadilan dengan tuntutan ajaran Islam.

6. Menyebarkan Kebudayaan Islam

Penerokaan dan penjelajahan Islam juga bertujuan untuk menyebarkan kebudayaan dan

peradaban Islam dalam aspek kehidupan politik, sosial dan bahasa.

ii) Faktor – faktor penjelajahan dan penerokaan barat (5 Isi X 2 Markah = 10 Markah)

1- Gerakan Renaisans

Semangat Renaisans juga mengubah pandangan dunia (world view) orang – orang

Eropah. Pada dulunya, perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan

bahawa Eropah tertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean.

2- Semangat inkuiri

Semangat inkuiri atau ingin tahu terutamanya tentang wujudnya hal tanah – tanah di

luar Eropah yang belum diketahui. Dunia pada masa itu, dianggap terdiri daripada Asia,

Page 53: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

53

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

Eropah dan Afrika yang mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang

China melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan

pengaruhnya.

3- Maklumat baru

Maklumat baru tentang geografi di luar Eropah serta peta-peta yang lebih saintifik.

Maklumat baru misalnya didapati daripada “ The Travels of Marco Polo”. Buku itu

diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Latin, Sepanyol, German, dan Inggeris.

Columbus sendiri memperoleh buku itu yang memberi perangsang kepadanya untuk

menjelajahi Lautan Atlantik pada tahun 1492 T.M. Terdapat penyelidikan dalam bidang

geografi dan pelayaran ditaja oleh raja – raja yang mementingkan penerokaan maritim.

Munculnya segolongan ahli – ahli kartografi dan hidrografi yang menghasilkan peta-

peta yang jauh lebih tepat daripada peta Ptolemy.

4- Motif kekayaan

Penjelajahan terdorong oleh motif kekayaan dan keuntungan daripada perdagangan

dengan negara – negara timur. Barangan – barangan seperti rempah ratus, sutera, dan

lain – lain ialah keperluan asas masyarakat Eropah tetapi bekalannya dikawal oleh para

saudagar Itali, Venice, dan Genoa. Orang – orang Islam juga menguasai perdagangan

di antara Mediterranean Timur dengan Asia Timur dan India. Jadi, penemuan jalan laut

baru adalah demi kepentingan mengurangkan kos import serta meningkatkan

keuntungan mereka.

5- Penyebaran agama Kristian

Penjelajahan didorong oleh kepentingan penyebaran agama Kristian. Orang – orang

Sepanyol sedang berperang dengan negeri – negeri Islam di Iberia untuk merampas

balik tanah mereka daripada penguasaan Islam. Didasarkan konsep bahawa dunia

pada masa itu haruslah tertakluk kepada kuasa Kristian, maka penyebaran agama

Kristian menjadi suatu motivasi yang begitu kuat. Contohnya, mendapatkan ikatan

politik dengan Prester John di Ethopia untuk menghancurkan kuasa Islam.

Page 54: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

54

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

6- Galakan dan dorongan pihak kerajaan Sepanyol dan Portugal

Penaungan pihak kerajaan Sepanyol dan Portugal seperti Prince Henry the

Navigator dan Raja John III juga mendorong peneroka – peneroka untuk mencari jalan

laut ke Asia Timur dan India. Di bawah penaungan mereka, berlaku kemajuan dalam

sains dan teknologi pelayaran dengan pembinaan kapal – kapal yang lebih sesuai

untuk pelayaran lautan. Masalah pelayaran jarak jauh telah dikurangkan dengan

adanya kompas dan astrolab. Putera Henry telah menubuhkan Akademi Laut.

menyebabkan pendedahan maklumat kepada para pengembara barat.

7- Memecah monopoli perdagangan orang Islam

Orang-orang Eropah memerlukan barang-barang dari timur seperti rempah ratus, ubat-

ubatan dan kapas. Barang-barang dagangan ini dikuasai oleh pedagang-pedagang

Islam dan Itali . Barang-barang dagangan ini dijual dengan harga yang tinggi. Keadaan

ini mendorong pedagang-pedagang Eropah khususnya Portugal dan sepanyol ingin

memecah monopoli perdagangan orang Islam di Laut Mediterranean dan Lautan Hindi.

8- Berkembangnya teknologi kapal , artileri dan kompas

9- Penubuhan kerajaan monarki kebangsaan membawa kepada persaingan kuasa,

pengumpulan kekayaan, dan kemegahan pemerintah.

10- Perkembangan Mekantilisme dan kapitalisme

C. Kesimpulan. ( 2 Markah )

- Secara umumnya, tujuan penjelajahan dan penerokaan Barat dan Islam adalah untuk

peningkatan pengetahuan, penyebaran agama dan perdagangan. Namun begitu, tujuan atau

motif penjelajahan dan penerokaan yang berlaku pada abad yang ke 15 M telah semakin

meluas meliputi aspek perluasan kuasa, tanah jajahan, perkembangan ideologi politik, pasaran

dan sebagainya.

Page 55: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

55

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

16. . “Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga

seorang negarawan.” Bincangkan penyataan ini.

A. Pengenalan (3Markah)

1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w.

2. Pengertian Nabi, Rasul dan negarawan

3. Penegasan soalan.

B. Isi- isi penting (5 isi X 4M=20Markah)

1. Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul. Bukti kenabian dan kerasulan

Muhammad s.a.w. dapat diketahui melalui beberapa cara seperti mukjizat, kitab-kitab,

peristiwa, dan sifat-sifat baginda. Baginda telah diakui sebagai Nabi dan Rasul menerusi

kitab-kitab suci, iaitu Al-Quran, Taurat, Injil, dan Zabur dan menerusi fakta sejarah.

Bahirah, seorang pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan

kerasulan pada diri Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, Nabi Muhammad juga

dianugerahkan mukjizat, menerima wahyu melalui dalil-dalil al-Quran. Nabi Muhammad

s.a.w. juga mempunyai sifat-sifat kenabian iaitu benar, amanah, menyampaikan, dan

bijaksana.

2. Nabi sebagai pemimpin politik. Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya menubuhkan

negara Islam yang pertama di Madinah. Baginda turut berjaya membentuk Piagam

Madinah (Sahifah Madinah), menandatangani perjanjian Hudaibiyah dan mengadakan

hubungan diplomatik. Selain itu, baginda juga memperkenalkan konsep syura dalam

pemerintahan dan pentadbiran Islam.

Page 56: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

56

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

3. Nabi sebagai hakim. Nabi telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah

pemindahan Hajar Aswad sewaktu Kaabah dilanda banjir di Mekah. Setelah itu, baginda

telah diterima sebagai hakim di Madinah. Di samping itu, baginda turut diberi kepercayaan

sebagai penyelesai masalah masyarakat di Madinah sama ada masyarakat Islam mahupun

bukan Islam. Undang-undang Islam dilaksanakan berpandukan al-Quran, Sunnah, dan

Piagam Madinah. Walau bagaimanapun, ketua-ketua kaum dan orang bukan Islam diberi

pilihan untuk mengendalikan sendiri peraturan mereka.

3. Nabi sebagai perancang ekonomi. Baginda telah merancang dan melaksanakan

beberapa projek ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan. Baginda

menggalakkan para sahabat untuk berniaga. Baginda juga memperkenalkan sistem

ekonomi Islam. Sumber ekonomi Islam diperoleh melalui pelaksanaan zakat, jizyah,

ghanimah, derma, wakaf, dan sedekah. Pelaksanaan zakat telah berjaya menyelesaikan

masalah kemiskinan umat Islam. Ekonomi umat Islam telah berjaya mengatasi ekonomi

orang-orang Yahudi. Madinah terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

4. Nabi sebagai pemimpin tentera yang berjaya. Nabi Muhammad s.a.w. telah

menubuhkan pasukan tentera Islam dan menjadi pemimpin tentera dalam peperangan. Di

antara kejayaannya yang terbesar ialah dalam perang Badar, Khandak, dan pembukaan

kota Mekah. Baginda telah memantapkan tentera Islam dengan peralatan, taktik dan

strategi, serta etika peperangan.

5.Pemimpin Agama.

Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin

kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut ialah ibadat seperti solat, zakat, puasa,

Page 57: Rashman_Skema Sejarah 1 Kedah 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

57

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

muamalat, munakahat, jenayat dan hubungan antarabangsa. Baginda menjadi contoh

ikutan dalam semua hal yang berkaitan dengan kehidupan beragama. Masjid dijadikan

tempat baginda menyampaikan ilmu dan amalan agama.

6. Pemimpin masyarakat

Sebagai pemimpin masyarakat , baginda berjaya menyatupadukan masyarakat Madinah.

Baginda juga telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Nabi sebagai pembimbing

kehidupan sosial atau pemimpin masyarakat. Baginda sebagai ketua dalam keluarga dan

telah berjaya menyelesaikan masalah persengketaan antara kaum Aus dan Khazraj dan

antara kaum Arab dengan Yahudi di Madinah. Baginda merupakan role model atau

sebagai contoh kepada masyarakat.

7. Sebagai Diplomat

C. Kesimpulan (2Markah)

Apa-apa yang berkaitan.