serangan siam terhadap kedah berdasarkan al-tarikh salasilah negeri kedah

9
Tugasan PDIG modul 3 Soalan 4. Serangan Siam terhadap Kedah (senaraikan tarikh serangan, sejarah peperangan, dan reaksi rakyat) Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah serangan Siam terhadap Kedah berlaku sebanyak 3 kali. Serangan pertama dan kedua dilakukan oleh bapa Chao Phya Nongkon Sri Tamrat seperti yang disokong di halaman 145 baris ke 34 seperti berikut: “Pada masa bapa-nya memerentah dahulu sudah dua kali bapa-nya melanggar negeri Kedah akan tetapi tidak berjaya”. Kenyataan di atas adalah merujuk kepada percakapan Raja Ligor Chao Phya Nongkon Sri Tamrat dengan Tengku Ya’kob juga dikenali dengan nama Tengku Embon. Pemergian beliau ke sana adalah untuk mendapatkan kemudahan dan sokongan raja Ligor untuk menyerang Kedah pada masa itu dinaungi oleh Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah berpusat di Kota Kuala. Permintaan Tengku Ya’kob ternyata tidak meleset dengan sukacita raja Ligor itu untuk mendapatkan Kedah. Kenyataan ini diterjemahkan dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah juga di muka suratyang sama baris ke 30 seperti berikut. “Maka raja Ligor sangat suka mendengar perkataan Tengku Ya’akub Raja Muda, itu kerana ia pun sudah lama menaroh hati hendak mengambil negeri Kedah itu”. Maka dengan persiapan perang dilakukan sebaik mungkin dengan membahagikan kepada armada laut dan darat yang masing-masing diketuai oleh anak raja Ligor sendiri iaitu Phya Buri Saknuton dan Phya Sina

Upload: muhammad-aslam

Post on 05-Aug-2015

81 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: serangan siam terhadap kedah berdasarkan al-tarikh salasilah negeri kedah

Tugasan PDIG modul 3

Soalan 4. Serangan Siam terhadap Kedah

(senaraikan tarikh serangan, sejarah peperangan, dan reaksi rakyat)

Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah serangan Siam terhadap Kedah berlaku sebanyak 3 kali.

Serangan pertama dan kedua dilakukan oleh bapa Chao Phya Nongkon Sri Tamrat seperti yang disokong di halaman 145 baris ke 34 seperti berikut:

“Pada masa bapa-nya memerentah dahulu sudah dua kali bapa-nya melanggar negeri Kedah akan tetapi tidak berjaya”.

Kenyataan di atas adalah merujuk kepada percakapan Raja Ligor Chao Phya Nongkon Sri Tamrat dengan Tengku Ya’kob juga dikenali dengan nama Tengku Embon.

Pemergian beliau ke sana adalah untuk mendapatkan kemudahan dan sokongan raja Ligor untuk menyerang Kedah pada masa itu dinaungi oleh Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah berpusat di Kota Kuala. Permintaan Tengku Ya’kob ternyata tidak meleset dengan sukacita raja Ligor itu untuk mendapatkan Kedah.

Kenyataan ini diterjemahkan dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah juga di muka suratyang sama baris ke 30 seperti berikut.

“Maka raja Ligor sangat suka mendengar perkataan Tengku Ya’akub Raja Muda, itu kerana ia pun sudah lama menaroh hati hendak mengambil negeri Kedah itu”.

Maka dengan persiapan perang dilakukan sebaik mungkin dengan membahagikan kepada armada laut dan darat yang masing-masing diketuai oleh anak raja Ligor sendiri iaitu Phya Buri Saknuton dan Phya Sina Nunchit. Hal ini dibuktikan dengan catatan dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah di muka surat 146 perenggan pertama seperti berikut:

“Hatta raja Ligor pun bermuafakat-lah dengan orang besar2 serta menghimpunkan ra’ayat peperangan hendak melanggar negeri Kedah dari laut dan darat, dan juga menetapkan anak-nya yang tua bernama Phya Buri Saknuton menjadi kepala perang bagi pihak laut dan anak-nya yang muda bernama Phya Sina Nunchit menjadi kepala perang begi pihak darat”.

Page 2: serangan siam terhadap kedah berdasarkan al-tarikh salasilah negeri kedah

Persiapan rapi yang telah dibuat oleh raja Ligor dengan tipu helah untuk mengaburi mata Kedah dari niat jahat mereka dengan menghantar utusan kononnya meminta bantuan beras untuk pergi berperang dengan Burma. Hal ini direkodkan kemas dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah halaman 146 baris 19 seperti berikut:

“Ia minta bantuan beras dan bekalan2 lain dari Kedah untok peperangan dengan Burma itu”.

Episod serangan Siam terhadap Kedah yang ke-3 menjadi kenyataan pada 13 jamadilawwal 1240 hijrah dengan segala perancangan jahat mereka berjalan lancar seperti yang direncanakan. Ia direkodkan pada halaman 147 perenggan ke-2 seperti berikut:

“ Maka pada tiga belas hari bulan Jamadi’l-awwal tahun Hijrah sa-ribu dua ratus empat puloh (1240) sampai-lah angkatan langgaran Phya Buri Saknuton di-Kedah, dan sakalian-nya pun masok ka=Kuala Bahang lalu rapat ka-darat. Maka kenaikan Phya Buri Saknuton pun rapat-lah ke balai ayer. Maka dipersilakan-nya oleh Dato’Seri Paduka Raja Sura dan Dato’Seri Paduka Raja Laksamana naik ka-atas kenaikan-nya. Maka di-sangka oleh Dato’Seri Paduka Raja Sura dan Dato’Seri Paduka Raja Laksamana bahawa angkatan yang datang itu singgah hendak mengambil beras seperti tersebut di-dalam surat raja Ligor sebelum itu”.

Berlanjutan ke perenggan ke-3 halaman yang sama merekodkan tipu daya Ligor iaitu untuk mengambil bantuan beras dari Kedah untuk berperang dengan Burma berhasil dan sangat mudah mematahkan tampuk pemerintahan Kedah. Ia adalah seperti berikut:

“Maka sekalian orang2 Siam pun naik-lah ka-darat pergika-merata-rata tempat, dan satengah2 pula nampak laku-nya seperti hendak mechari makanan. Maka Dato’Seri Paduka Raja Laksamana pun dudok-lah berkata-kata dengan Phya Buri Suknaton di-dalam kenaikan-nya. Sa-ketika kemudian di-isharat oleh Phya Buri Suknaton kapada segala orang2-nya supaya mereka berdua”.

Reaksi rakyat menangkap dalam episod serangan Siam ini telah mengundang rasa marah rakyat dan menyebabkan kejadian amuk besar-besaran sehingga menyebabkan ramai ketua-ketua masyarakat terkorban seperti diceritakan dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dapat dilihat di halaman 148 baris 3. Antaranya seperti berikut:

“Maka Wak Panji dan Wak Sadik dan lain2 Dato’ pun mengamuk dengan terkejut. Pada ketika itu ramai-lah Dato’2 yang mati dan akhir-nya berpechah-belah-lah sekalian orang2 kedah, membawa dirimasing2 oleh kerana tiada lagi ketuha2 mereka pada ketika itu”.

Page 3: serangan siam terhadap kedah berdasarkan al-tarikh salasilah negeri kedah

Sejarah juga merakam dalam halaman 148 perenggan 2, episod serangan Siam ini sungguh berniat jahat sehingga tahap ingin menghancurkan Baginda Yang Maha Mulia dan seluruh ahli istana. Tetapi izin Allah tidak bersama Siam kerana semasa serangan Baginda Yang Maha Mulia berada di Pulau Tiga dan Baginda Yang Maha Mulia telah menerima berita dan telah mengumpul orang untuk serang balas tetapi malangnya tidak bilangan mencukupi. Maka, jalan paling baik adalah menyelamatkan Baginda dari kepayahan ini dengan berangkat ke Pulau Pinang. Pilihan yang dibuat Baginda Yang Maha Mulia tepat kerana setelah rombongan baginda menyeberang ke Pulau Pinang, tentera Siam telah sampai ke Pulau Tiga.

Kronologi ini telah merakam di halaman 148 hingga 150 merupakan plot penting dalam serangan Siam terhadap Kedah juga turut diselitkan perbuatan merampas harta dan menawan Tengku Jam Jam yang baru kehilangan Tengku Long Puteh.

Termasuk juga dalam plot siri serangan ini, serangan balas dari pihak Kedah yang dikepalai oleh para menteri, hulubalang dan panglima untuk serangan tanpa putus. Tidak ketinggalan juga dalam perjuangan ini Tengku Kudin atau nama sebenar beliau adalah Syed Zainal Abidin turut memberikan jasa yang banyak walaupun ramai yang tercedera dan gugur tetapi mencapai kemenangan dengan tentera Siam berundur ke padang Alor Ganu di Mukim Bukit Pinang.

Jelas sekali, walaupun telah tumpas tentera Ligor tetap bulat hati untuk menghancurkan Kedah. Dengan ini mereka telah menghantar tentera bantuan dengan adanya bantuan baru dari Ligor ini maka Kedah telah menghadapi saingan yang hebat sehingga Tengku Kudin gugur dalam pertempuran tersebut.dan akhirnya kota Kuala jatuh ke tangan Ligor.

Dalam usaha mendapatkan semula Kota Kuala, halaman 149 perenggan ke-2 telah mencatat Duli Tengku Muhammad Sa’at (sepupu Baginda sultan), Tuan Shaikh Abdul Samad (anak Tuan Shaikh Abdul Jalil Al-Mahdani), Tuan Shaikh Al-Kadir (mufti Kedah), Datuk Kema Jaya Langkawi, hulubalang dan pahlawan bersepakat untuk mengambil semula Kedah dari Ligor.

Berlaku tentangan yang hebat di antara Kedah dan Ligor tetapi semakin lama Ligor semakin lemah. Sedangkan Kedah mendapat hidayah dengan mati perjuangan mendapat kebaikan.

Siri peperangan Ligor - Kedah berakhir dengan Ligor semakin lama semakin berundur hingga ke Songkhla. Tetapi ramai yang gugur termasuk Tuan Shaikh Abdul Samad. Setelah berperang selama20 hari maka berpecahlah anggota tentera kedah dan Tengku Muhammad Sa’at pergi tinggal Pulau Pinang.

Maka tamatlah agenda serangan Ligor keatas Kedah dan disusuli dengan hukuman ke atas tengku Ya’akub dan anaknya dan pujukan Tengku Anum kepada raja Ligor untuk mendapatkan kembali Kedah.

Page 4: serangan siam terhadap kedah berdasarkan al-tarikh salasilah negeri kedah

Untuk menunjukkan serangan Siam terhadap Kedah, tidak terlepas juga kita dalam mengaitkan serangan pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II sekitar tahun 1879-1881 yang juga membabitkan pembunuhan Long Jaafar iaitu sebelum pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah berdasarkan salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah.

Walaupun kisah ini menjadi detik pahit dalam sejarah kesultanan Kedah namun sumber yang boleh disahkan kesahihannya masih sukar didapati. Yang ada cuma sumber yang didapati dari turun-temurun tanpa sebarang catatan. Walau bagaimanapun terdapat sebilangan pihak yang memperjuangkannya dan menyatakan mempunyai perkaitan salasilah dengan mereka. Di antara platform yang boleh dirujuk untuk tujuan itu tetapi yang memerlukan bukti yang jelas kesahihannya adalah http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007_04_01_archive.html yang menceritakan kisah pembunuhan tersebut.

Long Jaafar juga dikenali sebagai Long Jaafar di Perak. Manakala di kedah sebahagiannya

mengenalinya sebagai Sultan Jaafar Mud’azam Syah, berkuasa di Kota Kuala Muda. Baginda disebut-sebut sebagai Orang Kaya atau Penghulu. Penghulu adalah bertaraf raja daerah. Tidak juga disebut bahawa baginda jugalah Bendahara atau bakal pengganti maharaja di zaman dahulu.

Catatan yang dirujuk adalah dari Undang-Undang Kedah dan lisan mengenai kisah pembunuhan Long Jaafar oleh Siam, serangan terhadap kerabat diraja lain dan meruntuhkan aset sejarah kedah bermula seperti kupasan berikut:

“KISAH RAJA WILAYAH KUALA MUDA

Tahun 1876 Masihi Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah dikhabarkan gajah-gajah mabuk memusnahkan harta benda rakyat lantas Raja Daerah Kota Kuala Muda mengundang baginda Sultan Jaafar melawat ke kawasan gajah mabuk itu.Pada ketika itu Raja daerah Kota Kuala Muda ialah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Jemputan pun diterima, baginda Sultan Jaafar tiba tetapi yang meyambut baginda hanya laki-laki sahaja, tiada seorang pun perempuan dan budak-budak. Maka orang-orang yang menyambut itu menangkap Sultan Jaafar dan diikat kemas tangan dan kaki baginda lalu diserahkan kepada tentera Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun di Kampung Ruwat, Yan, Kedah. Tempat menyambut baginda itu dinamakan Bujang atau terjemahannya puak derhaka.

Sultan Jaafar dibawa ke tempat yang sudah direncanakan pembunuhannya. Baginda ditikam dengan segala senjata tajam tanpa belas. Namun Allah yang maha ajaib mendatangkan perkara yang ajaib, kulit tubuh baginda tiada luka dimakan besi-besi itu dan cukup membuatkan pihak musuh menjadi hairan.

Musuh tidak berputus asa, baginda dibawa kebelakang Balai polis Gurun dan dihumban kepada gajah-gajah baginda yang telah diberi makan ubi ara hingga mabuk. Habis patah tulang baginda dilumat oleh kaki-kaki gajah baginda sendiri walaupun kulit baginda tiada cedera. Berpindahlah baginda dari alam fana ini ke

Page 5: serangan siam terhadap kedah berdasarkan al-tarikh salasilah negeri kedah

alam baqa. Inna lillah, Wa inna ilaihirajiun. Pembunuhan ini turut disaksikan oleh Thai,Inggeris dan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid.

Kampung Tualang, kedengaran riuh sorak orang-orang mengusung sebuah talam perak berisi jasad Al-Marhum yang hancur berhias tali perut yang bercerai. Al-Marhum dikebumikan disamping ayahanda baginda Sultan Sayid Alang Alaudin. Hingga hari ini makam itu dipanggil orang tualang sebagai makam Tok Nai Long dan makam Tok Nai Lang yang mereka ini lah orang-orang Tualang anak cucu almarhum Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah.

Ngeri peristiwa pembunuhan ini hingga hari ini tempat itu diabadikan dengan bahasa Benua Siam sebagai Khrun, atau pun Gerun maksudnya. Ruat pula bermaksud lubang jalan ke Wat Buddha tentera Thailand di Yan.

Maka Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Halim Syah dianugerah oleh Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun dengan di lantik menjadi Sultan Kedah Darulaman pada tahun 1881 Masihi”.

Juga turut mengaitkan dalam kejadian ini adalah seperti berikut:

“Chulalongkom kemudiannya melantik menantunya Sultan Abdul Hamid yang berkahwin dengan Cik Manjalara menjadi Sultan Negeri Kedah”.

Rujukan

1. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Muhammad Hasssan Bin To’Kerani Mohd. Arshad, 1968, DBP, Kuala Lumpur

2. http://www.mykedah2.com/raja_kita/bm/040000.htm capaian 21 November 2012 . 3.

Page 6: serangan siam terhadap kedah berdasarkan al-tarikh salasilah negeri kedah

LAMPIRAN

Kawasan inilah Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar, Sultan Kedah dibunuh oleh tentera Thai. Flat kakitangan Balai Polis Gurun boleh dilihat dicelah dahan-dahan

pokok

Begini lah teknik yang digunakan oleh Inggeris dan Thai sewaktu membunuh Sultan Jaafar Mad Azam

Syah dalam tahun 1876 dahulu di belakang balai Polis Gurun.Gurun bermaksud 'gerun". Thai kemudiannya menjajah Kedah selama 5 tahun hingga tahun 1881dan memusnahkan 15 istana Maharaja

Benua Islam Nagara Kedah. Chulalongkorn kemudiannya melantik menantunya Sultan Abdul Hamid yang berkahwin dengan Cik Manjalara menjadi Sultan Negeri Kedah.

Di Perak ada dikatakan MakamChe Long Jaafar dan MakamHaji Muhammad Zammani bin Hj Panjang (Tok muda panglima Bukit gantang di Taiping, Perak) adalah satu pembohongan sejarah bangsaMelayu bagi menutup bukti yang ada. Syed Alang Alauddin hanya ada direkodkan sebagai Che Alang Alauddin dalam sejarah Perak tetapi tiada dalam sejarah Kedah.

Page 7: serangan siam terhadap kedah berdasarkan al-tarikh salasilah negeri kedah

Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah.

Boromokot Ekataat V di Ayuthia