siratan makanan 1.pptx

19
SIRATAN MAKANAN

Upload: norzaibasima

Post on 30-Sep-2015

99 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Slide 1

SIRATANMAKANANPENGENALAN

Haiwan mendapatkan tenaga dan nutrien dengan memakan haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang lain.SIRATAN MAKANANSiratan makananialah gabungan beberaparantai makanan. Siratan makanan wujud kerana sesuatu sumber makanan jarang sekali dimakan oleh hanya satu jenishidupansahaja. Ini penting bagi memastikan kemandirian sesuatu spesies. Seperti rantai makanan, siratan makanan dimulakan dengan hidupan pengeluar (autotrof). Setiap kawasan yang wujud dalam alam ini mempunyai siratan makanan yang tersendiri

PengeluarPengeluar ialah tumbuhan hijau yang menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis

Pengguna ialah haiwan-haiwan yang menggunakan tumbuhan atau haiwan lain sebagai sumber makanannya.

Pengguna primer terdiri daripada haiwan herbivor

Pengguna sekunder/tertier terdiri daripada haiwan omnivor ataupun karnivor

MAKSUD PENGGUNAa) Pengguna PrimerPengguna Primer ialah pengguna yang memakan tumbuhan sahaja

b) Pengguna SekunderPengguna sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna primer

c) Pengguna TertierPengguna tertier ialah pengguna yang memakan pengguna sekunder

PenguraiPengurai ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh diguna semula oleh tumbuhan hijau.

CONTOH HAIWAN PENGGUNA :ALIRAN TENAGADALAM SIRATAN &RANTAI MAKANANMatahari merupakan punca tenaga dan aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan

Hanya 48 peratus sahaja jumlah tenaga cahaya matahari yang sampai secara langsung ke permukaan bumi52 peratus lagi diserap , diserak, dan dibalikkan semula sebelum sampai ke permukaan bumi

Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap tenaga cahaya matahari dengan bantuan klorof.

Klorofil terdiri daripada bahan organik dan magnesium yang terdapat pada kloroplas daun hijau.

Perpindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan adalah penting untuk mengekalkan kewujudan hidupan di bumi

Kepentingan siratan makanan

Memastikan kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.

Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah. Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.

(iv) Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.1. Siratan makanan bermula dengan hidupan pengeluar yang dipanggil A. KlorofilB. klorofC. mikroorganismaD. Autotrof

2. Berikut adalah kepentingan siratan makanan kecualiA. Mengekalkan keseimbangan alam.B. Memastikan kemandirian spesiesC. Sumber tenaga utamaD. Mengekalkan kewujudan hidupan di bumi.

3. _________________ ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas boleh digunakan semula oleh tumbuhan hijauA. PengeluarB. PenguraiC. AutotrofD. Primer

4. Mengapakah perpindahan tenaga dan kehilangan tenaga penting dalam siratan makanan ?A. Mengekalkan pengeluarB. Supaya hidupan berkurang dan bertambahC. supaya cahaya matahari terebasD. Mengekalkan kewujudan hidupan di Bumi

5. Siapakah yang memakan pengguna sekunder?A. pengeluar B. tertierC. PrimerD. Organisma