rancangan perniagaan (rp)

19
EBOOK RANCANGAN PERNIAGAAN Copyright © Info-Niaga.com

Upload: bocah-petir

Post on 12-May-2017

445 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Perniagaan (RP)

EBOOK

RANCANGAN PERNIAGAAN

Copyright © Info-Niaga.com

Page 2: Rancangan Perniagaan (RP)

Pengenalan Rancangan Perniagaan ialah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan tentang perniagaan yang hendak dijalankan secara menyeluruh. Ia merupakan “blue print” perniagaan untuk menerangkan mengenai kajian yang telah dijalankan dan perancangan perniagaan pada masa hadapan. Ia juga menerangkan tentang ramalan dan jangkaan serta kaedah perlaksanaan strategi perniagaan tersebut.Rancangan perniagaan (RP) juga dikenali sebagai kertas kerja, kertas projek atau prospektus. Tujuan penyediaan sebuah rancangan perniagaan Sebuah Rancangan Perniagaan disediakan dengan berbagai-bagai tujuan. Antaranya termasuklah:

1. Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai perniagaan secara objektif,kritikal dan praktikal

Banyak perniagaan gagal disebabkan usahawan membuat perancangan dan keputusan berpandukan kepada cetusan rasa,emosi dan perasaan hati.Ini menyebabkan keputusan yang di ambil tidak objektif dan rasional.dengan menyediakan sebuah Rancangan Perniagaan seorang usahawan akan dapat merancang perlaksanaan perniagaannya dengan lebih teliti dan jelas berasaskan maklumat yang sahih.Ini membolehkan perancangan perniagaan dibuat dengan lebih praktikal.

2. Mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang

akan dijalankan berdaya maju atau sebaliknya Sebuah RP boleh dijadikan alat pengukur daya maju sesebuah perniagaan.Berdasarkan kepada kajian dan analisis yang dilakukan dalam proses penyediaan RP, seseorang usahawan akan dapat menentukan sama ada perniagaan yang bakal dijalankan berdaya maju atau pun tidak. Ini akan dapat membantu usahawan membuat keputusan awal sebelum membuat keputusan awal sebelum membuat apa-apa pelaburan.

3. Meyakini pihak tertentu bagi mendapatkan sumber pembiayaan kewangan. Rancangan Perniagaan merupakan alat komunikasi yang penting bagi usahawan menerangkan daya maju sesuatu idea perniagaan kepada pihak yang lain. Ini akan dapat memberi keyakinan kepada pihak yang berminat untuk membiayai sepenuh atau sebahagian daripada kos perlaksanaan perniagaan tersebut. Antara pihak yang mungkin berminat untuk membiayai perniagaan termasuklah institusi kewangan, pelabur, pembekal dan agensi-agensi kerajaan.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 3: Rancangan Perniagaan (RP)

4. Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan

Seharian

Rancangan Perniagaan boleh dijadikan sebagai garis panduan semasa menguruskan perniagaan seharian. Dalam sebuah RP, perancangan mengenai perlaksanaan perniagaan telah digariskan untuk dijadikan panduan oleh usahawan dan kakitangan. Ini membolehkan usahawan memastikan perlaksanaan perniagaan telah digariskan selaras dengan perancangan yang telah dibuat dalam RP tersebut. Dengan cara ini usahawan dapat mengatur strategi Perniagaan dengan lebih teliti dan mantap.

5. Mengagihkan sumber perniagaan dengan lebih baik

Pada umumnya perniagaan kecil mempunyai sumber perniagaan yang terhad. Oleh kerana itu perlu diagihkan dengan betul untuk mngelakkan pembaziran dan memberi pulangan yang optima kepada perniagaan.

Sasaran Pembaca Rancangan Perniagaan Pada kebiasaannya sebuah rancangan perniagaan diajukan kepada pihak-pihak tertentu untuk tindakan selanjutnya. Sasaran pembaca sebuah Rancangan Perniagaan terdiri daripada golongan yang berikut: 1. Usahawan

Dengan adanya Rancangan Perniagaan usahawan akan dapat memahami perniagaannya dengan lebih jelas dan mendalam. Beliau akan dapat menilai sama ada terdapat pasaran ataupun tidak untuk produk dan Perkhidmatan yang hendak ditawarkan kepada pasaran.Ini dapat membantu beliau membuat keputusan perniagaan dengan lebih baik.

2. Pelabur

Sebelum membuat apa-apa pelaburan ke dalam sesebuah perniagaan, pelabur perlu mengetahui mengenai perniagaan yang akan dijalankan. Dengan meneliti sebuah Rancangan Perniagaan, seseorang pelabur dapat memahami daya maju tersebut melalui analisis pulangan pelaburan.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 4: Rancangan Perniagaan (RP)

3. Institusi kewangan

Institusi kewangan merupakan salah satu sumber pembiayaan kewangan utama bagi kebanyakan perniagaan. Bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada institusi kewangan, usahawan perlu membuktikan perniagaan tersebut berdaya maju dan mampu membuat bayaran balik ke atas pinjaman kewangan yang bakal diambil. Untuk tujuan ini sebuah RP adalah diperlukan bagi membantu pihak institusi kewangan membuat penilaian ke atas perniagaan tersebut.

4. Pembekal Sebuah perniagaan mungkin memerlukan kemudahan pembekaln secara kredit. Kemudahan kredit ini boleh diperoleh sekiranya pihak pembekal dapat diyakinkan bahwa perniagaan tersebut mampu membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Sebuah Rancangan perniagaan akan dapat membantu meyakinkan pembekal untuk memberi kemudahan kredit.

5. Pelanggan (pengeluar tender)

Dalam usaha mendapatkan tender, pengeluar tender perlu diyakinkan bahawa pemohonan mampu melaksanakan projek yang ditender. Sehubungan itu sebuah Rancangan Perniagaan perlu disediakan bagi meyakinkan pihak pelanggan.

6. Kakitangan Banyak perniagaan kecil beroperasi dengan sumber kewangan yang terhad dan mempunyai masalah untuk mengambil kakitangan yang berkebolehan. Bakal kakitangan akan memerlukan pengetahuan dan maklumat mengenai kemajuan dan prestasi sesebuah perniagaan sebelum menyertai organisasi tersebut. Untuk tujuan ini, sebuah rancangan perniagaan dapat memberi gambaran kepada bakal kakitangan mengenai organisasi perniagaan tersebut.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA RANCANGAN PERNIAGAAN Rancangan Perniagaan disedia berdasarkan data yang dikumpul dan dianalisis secara terperinci.Ketepian ramalan yang dibuat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan bergantung penuh kepada data yang dikumpul dan dianalisis. Memandangkan penyediaan sebuah Rancangan Perniagaan memerlukan data yang tepat dan padat, usahawan perlu mengetahui bagaimana data ini boleh diperolehi. Pada umumnya, terdapat dua jenis data, iaitu Data Prima dan Data Sekunder. Data prima boleh didapati dengan cara menjalankan kajian dan penyelidikan. Antara teknik pengumpulan data prima termasuk

Copyright © Info-Niaga.com

Page 5: Rancangan Perniagaan (RP)

soal selidik, temuduga/temubual serta pemerhatian. Data Sekunder merujuk kepada data yang diperolehi menerusi rujukan bahan-bahan tertentu daripada media cetak dan elektronik seperti laporan tahunan, buletin, keratan akhbar, jurnal dan kajian terdahulu. Oleh kerana Data Prima diperoleh terus daripada sumber asal, data yang diperoleh pada umumnya adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan Data Sekunder. Selain daripada itu usahawan boleh mempastikan bahawa data yang dikumpul merupakan data yang terkini. Walaubagaimanapun, pengumpulan Data Prima sering melibatkan penggunaan masa dan tenaga yang banyak serta melibatkan kos yang tinggi. Data Prima juga di analisis dengan teliti bagi mendapatkan gambaran yang tepat mengenai perkara yang dikaji. Penugumpulan Data Sekunder adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan pengumpulan Data Prima. Olehkerana itu pengumpulan Data Sekunder tidak menggunakan masa dan tenaga yang banyak. Kos yang terlibat adalah lebih murah berbanding dengan kos pengumpulan Data Prima. Data Sekunder juga tidak memerlukan analisis maklumat yang mendalam berbanding Data Prima. Walau bagaimana pun Data Sekunder Cuma mampu memberi gambaran umum mengenai sesuatu hal dan tidak semestinya bertepatan dengan keperluan usahawan. Oleh kerana itu seseorang usahawan mungkin tidak dapat mengumpul data yang tepat dan terkini. Format Rancangan Perniagaan Selain daripada isi kandungan bentuk persembahan sesebuah Perancangan Perniagaan juga adalah penting. Terdapat beberapa format yang sering digunakan dalam menyediakan Perancangan Perniagaan. Bentuk format yang dicadangkan dalam teks ini adalah sepeti berikut:

1. Surat Iringan(CoverLetter)

Usahawan perlu menyeratakan satu surat iringan apabila menyerahkan Rancangan Perniagaan kepada pihak-pihak tertentu. Surat iringan menerangkan tujuan Rancangan Perniagaan disediakan dan kepada siapa ia diajukan. Surat ini disudahi dengan menyatakan kesanggupan pengusaha memberi maklumat tambahan sekiranya perlu.

2. Tajuk muka surat hadapan

• Tajuk Perancangan Perniagaan • Nama dan alamat perniagaan • Nama penulis RP • Tarikh disediakan

Copyright © Info-Niaga.com

Page 6: Rancangan Perniagaan (RP)

3. Muka surat isi kandungan

Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. Senarai isi kandungan memudahkan pembaca membuat rujukan muka surat bagi tajuk-tajuk tertentu.

4. Ringkasan RP

Ringakasan mungkin merupakan bahagian yang paling mustahak Rancangan Perniagaan kerana pembaca akan meneliti bahagian ini terlebih dahulu sebelum meneruskan kebahagian-bahagian lain. Ringakasan perlu disediakan dengan baik supaya mampu menimbulkan minat pembaca dengan meneliti Perancangan Perniagaan yang telah disediakan. Ringkasan RP perlu menonjolkan beberapa perkara penting yang terkandung dalam RP tersebut seperti barangan yang ditawarkan, potensi pasaran, pengurusan, kos projek dan jangkaan keuntugan yang boleh diperoleh.

5. Badan Utama Rancangan perniagaan

Badan Utama Rancangan Perniagaan merupakan bahagian yang paling penting kerana ia mengandungi banyak maklumat mengenai aspek-aspek perniagaan yang akan dijalankan. Aspek-aspek perniagaan yang ditekankan dalam bahagian ini termasuk Rancangan Pentadbiran, Rancangan Pemasaran, Rancangan Operasi dan Rancangan kewangan. Perbincangan lanjut mengenai kandungan badan utama RP akan dijelaskan dalam bahagian berikutnya.

6. Lampiran

Bahagian ini mengandungi dokumen bagi menyokong kenyataan atau maklumat yang terdapat pada badan utama sesebuah Rancangan Perniagaan. Contoh dokumen sokongan ini ialah:

• Sebutharga pembekal • Surat akuan belian daripada pelanggan • Surat perjanjian • Surat rujukan • Data hasil kajian • Pelan tapak

Copyright © Info-Niaga.com

Page 7: Rancangan Perniagaan (RP)

Badan Utama Rancangan Perniagaan Badan Utama Rancangan Perniagaan memuatkan perkara berikut:

• Pengenalan • Tujuan’ • Latar belakang perniagaan • Latar belakng pemilik/ahli kongsi • Lokasi tapak projek • Rancangan pentadbiran • Rancangan pemasaran • Rancangan operasi • Rancangan kewangan • Rumusan

1. Pengenalan

Bahagian ini merupakan pembuka tirai kepada keseluruhan Rancangan Perniagaan. Antara perkara-perkara yang perlu di bincang dalam bahagian ini ialah:

• Nama perniagaan • Jenis perniagaan yang di jalankan • Latar belakang industri yang diceburi • Lokasi perniagaan • Tarikh perniagaan dijalankan • Factor pemilihan jenis perniagaan yang diceburi • Potensi daya maju perniagaan di masa hadapan

Seelok-eloknya perbincangan mengenai perkara-perkara di atas disokong oleh fakta yang realistik dan kukuh.

2. Tujuan

Setiap Rancangan Perniagaan yang disediakan mempunyai tujuan tertentu. Usahawan yang menyediakan Rancangan Perniagaan perlu menyatakan dengan jelas tujuan penyedian Rancangan Perniagaan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya Rancangan Perniagaan (RP) disediakan untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada BBMB sebanyak RM50,000 bagi membiayai keperluan modal pusingan, tujuan penyediannya boleh dinyatakan seperti berikut : “Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat Fair Once sdn.bhd. bagi memohon pembiayaan kewangan sebanyak RM 50,000 daripada BBMB untuk kegunaan modal pusingan perniagaan”.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 8: Rancangan Perniagaan (RP)

Sekiranya Rancangan Perniagaan disediakan untuk membantu usahawan dalam menguruskan perniagaannya,maka tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan tersebut boleh dinyatakan seperti berikut: “Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat Fair Once sdn.bhd. sebagai garis panduan untuk menguruskan perniagaan”.

3. Latar Belakang perniagaan Bahagian ini mengandungi maklumat asas tentang perniagaan bagi memudahkan pembaca mengenali perniagaan dengan lebih dekat.Maklumat penting yang perlu dimuatkan dalam bahagian ini adalah seperti yang berikut: • Nama perniagaan • Alamat perniagaan • Alamat surat menyuarat (jika berlainan) • Nombor telefon • Bentuk perniagaan • Kegiatan utama • Tarikh memulakan atau hendak memulakan perniagaan • Tarikh pendaftaran perniagaan • Nombor pendaftaran perniagaan • Nama bank • Nombor akaun bank

Maklumat perniagaan perlu diberi dengan betul dan tepat. Penggunaan sebutan ringkas atau perkataan yang tidak serupa dengan buti-butir rasmi boleh merumit atau mengelirukan.

4. Latar Belakang Pemilik atau ahli kongsi

Latar belakang pemilik atau ahli kongsi adalah sama pentingnya dengan latar belakang perniagaan.Maklumat mengenai latar belakang pemilik/ahli kongsi akan membolehkan pembaca Rancangan Rancangan Perniagaan serta kredibiliti mereka. Di samping itu, pemilik /rakan kongsi berpeluang memberi keterangan mengenai diri mereka sendiri bagi membuktikan kepada pihak-pihak tertentu bahawa mereka mampu dan berkebolehan untuk menjalankan perniagaan dengahn jayanya. Maklumat-maklumat tentang pemilik dan setiap rakan kongsi yang perlu dinyatakan ialah:

• Nama penuh • Nombor kad pengenalan diri • Alamat tetap • Alamat surat menyurat • Nombor Telefon • Tarikh lahir • Umur • Taraf perkahwinan • Kelayakan akademik

Copyright © Info-Niaga.com

Page 9: Rancangan Perniagaan (RP)

• Kursus yang pernah dihadiri • Kemahiran • Pengalaman • Pekerjaan sekarang • Perniagaan lain yang pernah diceburi

5. Lokasi Tapak projek

Bahagian ini bertujuan memberi maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan. Maklumat-maklumat yang perlu disertakan termasuk:

• Kedudukan fizikal projek (sama ada lokasi projek berdekatan dengan jalanraya serta premis-premis tertentu)

• Bangunan (jenis, struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)

• Kemudahan asas(air, elektrik, telefon) 6. Rancangan Pentadbiran

Bahagian ini menyentuh aspek-aspek pentadbiran sesebuah organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan bergantung kepada kecekapan usahawan mengurus dan mentadbir perniagaan tersebut. Untuk tujuan ini, organisasi perlu mempunyai satu system gerak kerja yang teratur dan kemas. Perkara-perkara yang perlu disediakan dalam bahagian ini adalah seperti yang berikut:

• Pengenalan Organisasi Pengenalan Organisasi menerangkan secara ringkas mengenai misi dan objektif organisasi.Misi menerangkan tentang hala tuju organisasi serta bidang perniagaan yang diceburi. Objektif pula menerangkan hasil yang perlu dicapai dalam satu-satu jangka masa bagi menyokong misi organisasi.

• Carta Organisasi Sebuah Carta Organisasi menggambarkan struktur organisasi perniagaan yang dirancang. Dalam sebuah Rancangan Perniagaan usahawan perlu menyediakan Carta Organisasi yang sesuai dengan perniagaannya.Terdapat beberapa kaedah menstrukturkan perniagaan.

• Jadual jawatan dan Bilangan Tenaga Pekerja

Senarai jawatan yang perlu serta bilangan kakitangan yang diperlukan bagi setiap jawatan tersebut perlu dinyatakan. Jadual 4.1 menunjukkan contoh jadual tersebut.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 10: Rancangan Perniagaan (RP)

Jawatan Bilangan Pekerja Pengurus Besar Pengurus Pemasaran Akauntan Pengurus Operasi Kerani Am

1 1 1 1 2

Jadual 4.1: Jadual Jawatan dan bilangan Pekerja

• Jadual Harian Bertugas

Bagi setiap jawatan yang diwujudkan, usahawan yang perlu menyediakan Jadual harian Huraian Tugas. Jadual ini menerangkan secara terperinci tentang tanggungjawab dan tugas-tugas yang perlu dilakukan bagi setiap jawatan. Contoh jadual adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual 4.2.

Jawatan Tanggungjawab Utama

Pengurus kewangan

Menyediakan belanjawan tahunan perniagaan Menyediakan laporan kewangan perniagaan Mengawal penggunaansumber kewangan perniagaan Menyelaras kerja-kerja personel di bahagian kewangan

Jadual 4.2: Jadual Huraian Tugas

Copyright © Info-Niaga.com

Page 11: Rancangan Perniagaan (RP)

• Jadual Imbuhan Balas jasa

Seseorang usahawan perlu mengenal pasti imbuhan balas jasa dan intensif yang boleh diberikan kepada kakitangan. Jadual imbuhan balas jasa boleh disediakan seperti Jadual 4.3.

Jawatan Bil Gaji Bulanan KWSP (13%)

PERKESO (2%)

Jumlah

Pengurus Besar Akauntan Kerani

1 1 2

RM4000 RM3000 RM700

RM520 RM390 RM91

RM80 RM60 RM14

RM4600 RM3450 RM805

Jadual 4.3 : Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran

Skim intensif yang boleh dipertimbangkan meliputi kemudahan perubatan, penginapan dan pengangkutan.

• Senarai keperluan Pejabat

Usahawan perlu menyenaraikan aset tetap dan barang-barang keperluan pejabat seperti perabot, peralatan dan lain-lain bekalan pejabat. Contoh jadual adalah seperti di jadual 4.4.

Jenis Bilangan Harga (RM)

Perabot Komputer Printer Mesin Fotostat

2 set 2 buah 1 buah 1 buah

RM4000 RM4000 RM2000 RM2000

Jadual 4.4 : Senarai perabot dan peralatan pejabat

Copyright © Info-Niaga.com

Page 12: Rancangan Perniagaan (RP)

a) Perbelanjaan Pentadbiran

Perancangan Tenaga pekerja, asset serta lain-lain keperluan pejabat mempunyai kos-kos tertentu yang dirumuskan dalam bentuk jadual dan dikenali sebagai Jadual Perbelanjaan Pentadbiran. Kos-kos ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Perbelanjaan Harta merujuk kepada pelaburan yang dibuat bagi memperoleh harta yang digunakan dalam perniagaan.harta ini boleh digunakan dalam jangka masa lebih setahun. Antara perbelanjaan-perbelanjaan harta pentadbiran termasuk binaan premis perniagaan, belian perabot dan peralatan pejabat serta ubahsuai premis perniagaan. Perbelanjaan Bulanan merujuk kepada belanja-belanja yang tiap-tiap bulan bagi menjalankan perniagaan.Antara perbelanjaan bulanan pentadbiran termasuk gaji dan upah kakitangan (termasuk KWSP dan PERKESO), utiliti, sewa pejabat elaun perjalanan dan bekalan pejabat. Perbelanjaan Lain merujuk kepada belanja-belanja lain yang tidak boleh dikategorikan sebagai Perbelanjaan Harta atau Perbelanjaan Bulanan. Perbelanjaan Lain ini termasuk cukai jalan, insuran, lesen, pendaftaran perniagaan, guaman, deposit utility dan deposit sewa.Contoh Perbelanjaan Pentadbiran dapat dilihat pada jadual 4.5. Butir Perbelanjaan

Harta Perbelanjaan Bulanan

Perbelanjaan Lain

Perabot Gaji Sewa Deposit Sewa Deposit Utiliti

RM4000

RM8050 RM3000

RM9000 RM1000

Jadual 4.5 : Jadual Perbelanjaan Pentadbiran 7. Rancangan Pemasaran

Kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada keupayaan perniagaan tersebut menawarkan barangan yang diperlukan oleh pasaran pengguna. Barangan yang ditawarkan ini mesti bertepatan dengan keperluan dan kehendak pengguna.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 13: Rancangan Perniagaan (RP)

Oleh kerana itu, sebuah Rancangan Perniagaan mesti berteraskan satu Rancangan Pemasaran yang kukuh. Ini kerana maklumat-maklumat yang terkandung dalam Rancangan Pemasaran berkait rapat dengan dengan Perancangan operasi, pentadbiran dan kewangan. Contohnya,ramalan jualan yang dibuat pada bahagian Rancangan Pemasaran berkait rapat dengan keputusan mengenai kadar pengeluaran. Oleh yang demikian, perancangan pemasaran hendaklah dibuat dengan setepat mungkin kerana ia akan menentukan ketepatan ramalan serta kekesanan strategi-strategi perniagaan.

Antara perkara-perkara yang perlu dimuatkan pada bahagian Rancangan Pemasaran termasuk:

a) Penerangan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

Sebuah RP perlu menyatakan dengan jelas jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Produk atau perkhidmatan ini mesti mampu memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

b) Pasaran sasaran

RP juga perlu menyatakan kumpulan sasaran pengguna yang boleh dikenalpasti melalui proses Segmentasi Pasaran.

c) Saiz pasaran

Pengiraan saiz pasaran perlu dibuat bagi membantu proses meramal jualan.Pengiraan ini boleh dibuat berpandukan kepada unit barangan atau nilai barangan dalam ringgit.

d) Persaingan

Dalam menyediakan bahagian Rancangan Pemasaran, usahawan juga perlu menganalisis persaingan yang bakal dihadapi. Untuk tujuan ini, Rancangan Pemasaran perlu menyenaraikan pesaing-pesaing utama yang telah dikenalpasti dan menganalisis kekuatan serta kelemahan mereka. Ini amat penting supaya perniagaan dapat menggubal strategi bagi menghadapi pesaing-pesaing ini.

e) Syer Pasaran

Daripada maklumat di bahagian a) hingga d) di atas, usahawan akan dapat meramal syer pasaran yang mungkin dapat diperoleh daripada keseluruhan saiz pasaran. Syer pasaran akan membantu usahawan membuat ramalan jualan.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 14: Rancangan Perniagaan (RP)

f) Ramalan jualan

Setelah analisis dan pengiraan di bahagian a) hingga e) siap dibuat, pelunjuran jualan bulanan perlu disediakan untuk tahun pertama perniagaan. Ramalan jualan tahunan untuk tahun kedua dan ketiga perniagaan juga perlu disediakan. Ramalan jualan boleh disediakan dalam bentuk jadual seperti yang ditunjukkan pada jadual 4.6.

Tahun Bulan Ramalan Jualan (RM)

1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

70,000

70,000 70,000 77,000 77,000 77,000 70,000 65,000 65,000 70,000 70,000 70,000 900,000

2 3 1000,000

Jadual 4.6 : Jadual Ramalan Jualan

g) Strategi jualan

Usahawan perlu menggubal strategi bagi membolehkan perniagaan mencapai jualan sepertimana yang diramal.Strategi Pemasaran boleh dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek barangan, promosi, pengedaran dan harga.

h) Perbelanjaan pemasaran

Seperti Rancangan Pentadbiran, Rancangan Pemasaran juga mempunyai Perbelanjaan Harta,Perbelanjaan Bulanan dan Perbelanjaan Lain. Contoh Perbelanjaan Harta untuk Rancangan Pemasarn ialah kenderaan yang dibeli untuk mengedar barangan. Contoh Perbelanjaan Bulanan pula ialah promosi, insuran dan cukai kenderaan. Dalam menyediakan Perbelanjaan Pemasaran ini, usahawan perlu berhati-hati dan memastikan perbelanjaan-perbelanjaan ini belum lagi disenaraikan di bawah Perbelanjaan Pentadbiran. Contoh Jadual Perbelanjaan Pemasaran adalah seperti di jadual 4.7.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 15: Rancangan Perniagaan (RP)

Butir Perbelanjaan

Harta Perbelanjaan Bulanan

Perbelanjaan Lain

Kenderaan (Van) Promosi Insuran kenderaan

RM70,000

RM1,000

RM2000

Jadual 4.7 :Jadual Perbelanjaan Pemasaran

8. Rancangan Operasi

Perancangan yang dibuat pada bahagian Rancangan Pemasaran mempunyai implikasi pada bahagian Rancangan Operasi. Di antara perkara-perkara yang perlu dimuatkan dalam bahagian ini termasuk:

i) Carta Aliran Proses

Langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran atau operasi perlu disediakan mengikut kesesuaian projek yang akan dijalankan.Proses ini perlu dipersembahkan dalam bentuk carta.

j) Unit Pengeluaran/jam operasi

Hasil operasi dalam bentuk unit produk pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan perlu dikira mengikut kesesuaian projek. Kiraan jumlah unit pengeluaran atau jam operasi ini harus dibuat berpandukan kepda ramalan yang telah disediakan dalam bahagian Rancangan Pemasaran.

k) Keperluan Bahan

Bahan Mentah atau stok barangan yang akan digunakan perlu disenaraikan beserta harga dan jumlah belian.Contoh Jadual Keperluan Bahan adalah seperti di jadual 4.8. Dalam menyediakan jadual tersebut, usahawan juga perlu menyatakan sumber atau pembekal bahan-bahan yang diperlukan.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 16: Rancangan Perniagaan (RP)

Jenis Bahan

Kuantiti digunakan

Stok simpanan

Harga seunit(RM)

Jumlah Belian

Pembekal

Tepong

100kg

20kg

RM2/kg

RM240

FZ Trading sdn.bhd

Jadual 4.8 : Jadual Keperluan Bahan

l) Tenaga Pekerja

Keperluan tenaga pekerja perlu disenaraikan. Senarai ini Cuma mengambilkira tenaga pekerja yang terlibat secara langsung dalm operasi pengeluaran. Status pekerja (tetap/sambilan atau kontrak), gaji/upah, KWSP dan PERKESO perlu diambil kira dalam menyediakan Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi. Contoh jadual tersebut adalah seperti di jadual 4.9.

Jawatan Bil Status Gaji/upah bulanan

KWSP (13%)

Perkeso (2%)

jumlah

Penyelia

1

Tetap

RM1,200

RM156

RM24

RM1380

Jadual 4.9: Jadual Gaji dan caruman Pekerja Operasi

NOTA: Pastikan tenaga pekerja yang disenaraikan di sini tidak diambilkira dalam bahagian-bahagian pemasaran dan pentadbiran.

m) Mesin dan Peralatan

Usahawan mesti menyediakan jadual mesin dan peralatan yang diperlukan. Jadual ini menyatakan jenis mesin, harga seunit, bilangan mesin yang diperlukan dan nama pembekal. Jadual senarai mesin dan peralatan boleh disediakan seperti di jadual 4.10. Jadual 4.10 :Jadual mesin dan peralatan

Jenis Pembekal Harga seunit Bil Harga

Mesin Jahit Singer 10-X

Wan Electrnics Sdn.bhd

RM1,800

2

RM3,600

Copyright © Info-Niaga.com

Page 17: Rancangan Perniagaan (RP)

n) Susun Atur Ruang Operasi

Susun Atur Ruang Operasi merujuk kepada kegunaan ruang tempat proses pengeluaran atau opersi dijalankan. Untuk tujuan ini sebuah RP perlu melakarkan susun atur ruang operasi dan menyatakan factor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur tersebut supaya ia sesuai dengan keperluan operasi perniagaan.

o) Lokasi

Lokasi merujuk kepada tempat aktiviti pengeluaran atau operasi dijalankan. Sesetengah perniagaan menempatkan kilang dan pejabat pentadbiran di bawah satu bumbung. Dalam situasi ini lokasi pengurusan dan operasi adalah sama. Oleh yang demikian, sekiranya maklumat ini telah dinyatakan di bahagian Rancangan pentadbiran, ianya tidak perlu dinyatakan sekali lagi. Sekiranya tapak operasi adalah di tempat yang berlainan, usahawan perlu menyatakan tapak operasi tersebut dan sertakan pelannya sekali.

p) Overhed Operasi

Overhed Operasi merangkumi kemudahan bekalan air, letrik, telefon, gas dan lain-lain yang diperlukan untuk menggerak operasi perniagaan.

q) Perbelanjaan Operasi

Perbelanjaan harta di bahagian operasi meliputi perkara-perkara seperti pembinaan kilang dan ubahsuai, pembelian mesin dan peralatan serta kelengkapan kilang yang lain. Perbelanjaan Bulanan meliputi kos bahan mentah, gaji dan upah serta overhed kilang yang lain. Perbelanjaan Lain pula meliputi deposit sewa kilang, deposit utiliti dan insuran.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 18: Rancangan Perniagaan (RP)

Perbelanjaan Operasi boleh ditunjuk seperti di jadual 4.11. Butir Perbelanjaan

Harta Perbelanjaan Bulanan

Perbelanjaan Lain

Mesin/ Peralatan Gaji Sewa Kilang Deposit sewa kilang

RM40,000 RM25,000 RM6,000

RM18,000

9 Rancangan Kewangan

Bahagian ini penting kerana ia mengumpulkan semua maklumat kewangan yang terkandung dalam Bahagian, Pentadbiran, pemasaran, dan Operasi. Maklumat ini perlu untuk:

i. Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui

jumlah keseluruhan kos yang akan terlibat dalam memulakan sesuatu projek.

ii. Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan

bagi membiayai perlaksanaanprojek tersebut

iii. Meramal dan mengetahui kedudukan ketunaian perniagaan dengan menyadiakan Proforma Aliran Wang Tunai

iv. Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir

tempoh perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung Rugi

v. Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan

kewangan pada akhir tahun perakaunan dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-kira.

Copyright © Info-Niaga.com

Page 19: Rancangan Perniagaan (RP)

Dengan menggunakan maklumat-maklumat yang disediakan pada bahagian ini, usahawan boleh membuat penilaian daya maju projek dan membuat keputusan sama ada untuk terus melaksanakan projek tersebut ataupun tidak. Selain daripada itu, usahawan juga boleh menggunakan maklumat-maklumat kewangan sebagai garis panduan dalam mengawal perbelanjaan perniagaan.

Perkara-perkara yang perlu disediakan pada bahagian Rancangan Perniagaan ialah:

• Kos Perlaksanaan Projek

• Sumber Pembiayaan Projek

• Jadual-Jadual Susutnilai asset tetap

• Jadual Bayaran Balik Pinjaman(sekiranya berkenaan)

• Jadual Bayaran Ansuran Sewa beli(sekiranya berkenaan)

• Proforma Aliran Wang Tunai

• Proforma Penyata Untung Rugi

• Proforma Kunci kira-kira

10. Rumusan

Setelah menyediakan kesemua bahagian di atas, usahawan perlu membuat rumusan ke atas keseluruhan perancangan yang dibuat dalam Rancangan Perniagaan tersebut.

Copyright © Info-Niaga.com