rancangan pengajaran subjek kesihatan kanak-kanak

Upload: hassan-salleh

Post on 19-Jul-2015

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PERANCANGAN PENGAJARAN DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH SEMESTER 5

A. MAKLUMAT KURSUS Kod Kursus Tajuk Kursus Pensyarah Nilai Kredit : : : : DPP3112K Kesihatan Kanak-Kanak Cik Noradilla Binti Abdul Ghafar 2

B. OBJEKTIF KURSUS Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:

1. Menggalakkan kesihatan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak 2. Mengetahui penyakit-penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak, sebab-sebabpenyakit, impak penyakit ke atas kanak-kanak dan keluarga mereka.

3. Menghuraikan langkah-langkah pencegahan penyakit di kalangan kanak-kanak. 4. Merancang langkah-langkah keselamatan dan asas pertolongan cemas kepada kes-keskecemasan yang berkaitan dengan kanak-kanak

5. Mengetahui asas-asas Pendidikan Gender dan Seksualiti Kepada Kanak-KanakSinopsis Kursus: Subjek ini meneroka pelbagai isu yang berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak daripada konsep kesihatan kanak-kanak hinggalah isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan Gender Dan Seksualiti yang perlu diajar kepada kanak-kanak. Subjek ini tidak meliputi semua sebab penyakit, tapi memadai dengan memberi asas untuk pelajar menyiasat keadaan itu jika diperlukan. Konsep kesihatan dan keselamatan dalam membentuk gaya hidup sihat juga dibincangkan. Di akhir semester ini, para pelajar diharapkan agar dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang telah diajarkan dalam kehidupan seharian.

2C. MAKLUMAT KULIAH

Minggu / Tarikh

Tajuk

Format Pengajaran/ Catatan Penerangan Kuliah

1 09/01 - 13/01/2012 2 16/01 - 20/01/2012

Pengenalan

Konsep & Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak (Takrifan-takrifan berbeza bagi kesihatan, pendekatanpendekatan berbeza terhadap pendidikan kesihatan, kepentingan kesihatan, pemakanan dan keselamatan, konsep, kepentingan dan faktor dalam penjagaan kesihatan diri) Sebab-Sebab Kemerosotan Kesihatan Dan SebabSebab Penyakit. (Impak faktor sosio-ekonomi ke atas kesihatan: kemiskinan, perumahan, dan pengangguran; sebabsebab penyakit: alam sekitar, mikrobiologi (virus, bakteria, protozoa dan parasit) Impak Kemerosotan Kesihatan Ke Atas KanakKanak Dan Keluarga Mereka (Keperluan-keperluan emosi kanak-kanak yang sakit: kesan penyakit ke atas perkembangan kanak-kanak, tingkahlaku, selera, interaksi sosial dan pembelajaran) Penyakit-Penyakit Yang Biasa Menyerang KanakKanak (Demam, batuk, selsema, chicken-pox, measeles (campak), rubella,isu-siu gastrointestinal, penyakitpenyakit kulit) Penyakit-Penyakit Kronik Yang Boleh Menyerang Kanak-Kanak (Kanser Otak, Leukaemia, Thalesemia, HIV,Sawan) Cuti Pertengahan Semester Ujian Pertengahan Semester

3 23/01 - 27/01/2012

Perbincangan Kumpulan

4 30/01 - 03/02/2012

Perbincangan Kumpulan

5 06/02 - 10/02/2012

Perbincangan Kumpulan

6 13/02 - 17/02/2012

Perbincangan Kumpulan

20/02 - 24/02/2012 7 27/02 - 02/03/2012

38 05/03 -09/03/2012 Kesihatan Mental Kanak-Kanak (Bagaimana mengesan penyakit mental kanak-kanak, jenis-jenis penyakit psikologi kanak-kanak) Keperluan-Keperluan Ibu Bapa, Ahli Keluarga Dan Persekitaran Ketika Kanak-Kanak Sakit. (adik-beradik, gangguan terhadap corak normal keluarga, persekitaran penjagaan yang berbeza bagi kanak-kanak yang sakit: di rumah, di hospital) Peranan Dan Tanggungjawab Pekerja Peringkat Awal Kanak-Kanak Terhadap Kanak-Kanak Yang Sakit (memaklumkan kepada ibu bapa, keanjalan penjagaan, kemahiran dan pengetahuan, prosedur dan undangundang untuk memberi ubat dalam persekitaran khasnya di sekolah, di taska, dan di rumah kanak-kanak itu sendiri.) Pertolongan Cemas Untuk Kanak-Kanak (Punca-punca kemalangan, langkah-langkah pencegahan/mengatasi kemalangan, prinsip-prinsip pertolongan cemas, prosedur menangani kejadian kecemasan : Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), tercekik, luka, patah, peti pertolongan cemas) Pendidikan Gender dan Seksualiti Kepada KanakKanak Aktiviti Penjagaan Kesihatan Kepada Kanak-kanak (peranan pendidik-pendidik kesihatan: formal dan tidak formal, media, pendidik kesihatan profesional, majalahmajalah, rakan sebaya, program-program penggalak kesihatan: ciri-ciri kempen semasa atau yang telah lalu, sasaran semasa kerajaan, amalan rutin penjagaan kesihatan diri kanak-kanak ) Rumusan/ Ulangkaji Perbincangan Kumpulan Hantar Tugasan Individu Kuliah

9 12/03 - 16/03/2012

10 19/03 - 23/03/2012

Kuliah

11 26/03 - 30/03/2012

Perbincangan Kumpulan

12 02/04 - 06/04/2012 13 09/04 - 13/04/2012

Kuliah

Perbincangan Kumpulan

14 16/04 - 20/04/2012

4D. PENILAIAN

Penilaian Berterusan Kehadiran Kuiz : : 5% 5% 15% 20% 15% (tidak ditetapkan, sila bersedia) Minggu 7 (akan ditetapkan kemudian) Minggu 8

Ujian Pertengahan Semester : Tugasan Kumpulan Tugasan Individu : :

Peperiksaan Akhir

:

40%

5A. TUGASAN INDIVIDU (15%)

Diari JERIS Saya Melalui tugasan ini, para pelajar dikehendaki menyediakan satu log book (buku tebal seakanakan diari harian) dan diminta mengisi setiap helaian dalam diari tersebut dengan maklumatmaklumat berkenaan aktiviti harian para pelajar, berdasarkan komponen-komponen yang terdapat dalam falsafah JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosial). Contoh menulis aktiviti-aktiviti harian tersebut adalah seperti berikut: Tarikh : 30 Disember 2011 Hari : Jumaat

Perkara Jasmani (J)

Aktiviti/Catatan Catatkan apa saja aktiviti yang berkaitan dengan fizikal, termasuklah senaman yang dilakukan, permainan, pemakanan dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Contoh: Hari ini diisi dengan aktiviti mengemas bilik hostel bersama rakanrakan sebilik dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Memang memenatkan namun berbaloi apabila melihat keadaan bilik hostel yang bersih dan tersusun setelah 2 bulan ditinggalkan. Aku sempat menyapu, mengelap habuk, mencuci bilik air, mengelap cermin tingkap dan menyapu sawang yang terdapat di penjuru-penjuru bilik. Pada sebelah petang pula bersiar-siar mengambil angin sambil berjalan kaki dari hostel ke pantai Ixora.

Emosi (E)

Catatkan keadaan keseluruhan emosi anda sepanjang hari tersebut. Sekiranya ada perkara-perkara yang menjejaskan kestabilan emosi, tuliskan puncanya dan bagaimana anda mengatasi emosi tersebut. Contoh: Secara keseluruhannya, hari ini adalah hari yang menenangkan.Namun adakalanya terselit rasa rindu kepada keluarga di rumah. Maklumlah, setelah 2 bulan berada di rumah membuatkan aku berat hati untuk berpisah dengan mereka. Namun aku harus menguatkan semangat demi meneruskan perjuangan untuk membela nasib keluargaku. Semester ini aku serumah dengan junior-junior yang langsung tidak aku kenali. Kekok juga rasanya, namun sebagai pelajar senior, aku harus mengatasi kejanggalan itu kerana adik-adik juniorku pasti memerlukan aku untuk membantu mereka menyesuaikan hidup di sini.

6Catatan berkenaan aspek pengisian dalaman, termasuk segala aktiviti dan amalan keagamaan mengikut budaya dan agama masing-masing. Contoh : Alhamdulillah, hari ini aku direzekikan Allah kekuatan untukberpuasa sunat Nisfu Syaban, dan pada sebelah malamnya sesudah Maghrib, aku sempat membaca Surah Yaasin, dan kusedekahkan pahala bacaan itu kepada semua keluargaku dan Muslimin Muslimat saudara seagamaku yang telah mendahuluiku pergi menghadap Ilahi.

Rohani (R)

Intelek (I)

Aktiviti dan catatan berkenaan tahap intelek anda pada hari tersebut. Termasuk kejayaan menyelesaikan masalah harian, perkara-perkara yang rumit dan hal-hal yang memerlukan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Contoh : Selepas Isyak, aku sempat meneliti nota-nota kuliah yang bakalkuhadapi semester ini. Mujurlah aku sempat meminjam nota-nota ini dari seniorku yang terdahulu, sekurang-kurangnya aku dapat menyiapkan minda bagi menghadapi semester ini. Subjek Keusahawanan nampaknya menarik kerana aku semua subjek yang kuambil semester ini hendaknya. sememangnya

business-minded orangnya. Semoga aku akan dapat score A dalam

Sosial (S)

Catatan berkaitan aktiviti sosial yang melingkari hidup anda seharian, termasuklah keadaan hubungan dengan rakan-rakan, keluarga, teman wanita/lelaki, pensyarah, masyarakat, dan lain-lain. Contoh : Sesekali sunyi rasanya tanpa seseorang yang bergelar kekasih hati disisi. Namun syukurlah Allah pernah mengurniakan aku kesempatan merasai manisnya bercinta suatu masa dulu. Biarlah aku meneruskan hidup berbakti dan membahagiakan orang-orang yang pernah dan telah membahagiakanku. Seronok rasanya berjumpa semula dengan rakan-rakan sekelas setelah hampir 2 bulan hanya berhubung melalui telefon, sms dan facebook. Mereka mengatakan aku agak kurus berbanding sebelum cuti dahulu. Berkat disiplin yang ketat, dietku sewaktu cuti, berhasil. Tidak sabar rasanya untuk menghadapi kuliah esok hari dan bertemu kembali dengan para pesyarah yang amat kurindui..=)

Kesimpulan : Keseluruhannya, hari ini adalah sebuah hari yang indah bagiku. Terima kasih Ya Allah,kerana memberikan aku sehari lagi kesempatan menghirup udara di bumi pinjamanMu. Semoga hari esok mentari akan terbit dengan sejuta sinar yang lebih membahagiakan..=) Teruskan Perjuangan! Fighting! =) Yang Benar,

Aina Mardhiah30 Disember 2011 @ UV

7

Para pelajar dikehendaki menulis catatan harian dalam diari JERIS ini setiap hari mulai 16 Januari 2012 dan dikehendaki menghantar diari JERIS masing-masing pada 5 Mac 2012 (Isnin, sebelum jam 5.00 petang). Diari masing-masing hendaklah mengandungi catatan harian selama 50 hari. Sehingga tarikh penghantaran, para pelajar hendaklah sentiasa membawa diari masing-masing ke kelas, kerana pensyarah akan memeriksa diari tersebut dari semasa ke semasa. Para pelajar yang diarinya tidak lengkap atau langsung tidak dibuat pada ketika pensyarah ingin memeriksa, markah akan dipotong daripada markah keseluruhan tugasan individu.

Anda mungkin memerlukan ruang dan masa bersendirian untuk menulis catatan harian ini setiap hari, adalah digalakkan anda menulis sebelum tidur setiap malam kerana ianya ibarat refleksi harian tentang apa yang telah anda jalani seharian. Kongsikan apa saja yang terlintas di fikiran dan yang dirasakan sesuai, kerana diari anda hanya akan disemak oleh pensyarah masing-masing.

Selamat Menulis..=)

8B. TUGASAN KUMPULAN (10%)

Pembentangan Kumpulan Mengikut Topik

Para pelajar hendaklah membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli setiap kumpulan. Berdasarkan topik-topik yang disenaraikan akan disampaikan dalam format Perbincangan Kumpulan dalam Rancangan Pengajaran ini, para pelajar hendaklah bersedia dengan maklumat-maklumat dan bahan-bahan yang bersesuaian. Ini kerana, 10% daripada markah keseluruhan bagi tugasan berkumpulan ini akan dinilai berdasarkan penglibatan individu dalam perbincangan berkumpulan sewaktu slot Perbincangan Kumpulan.

C. PROJEK AKHIR (15%)

Projek Khas Sempena Hari Kesihatan SeUNITI

Satu projek akhir akan dijalankan pada suatu ketetapan yang akan diberitahu kemudian. Semua pelajar yang mendaftar untuk Subjek DPP 3112- Kesihatan Kanak-Kanak akan bekerjasama dengan ahli kelas masing-masing untuk menjayakan projek ini.

9D. RUJUKAN

1. Meggit, C., (2001), Baby and Child Health, Heinemann. 2. Keene, A.,(1999), Child Health: Care of the child in health and illness, NelsonThornes.

3. Carter and Dearmun, (1995), Child Health Care Nursing, Blackwell. 4. Nor Hashimah Hashim dan Aminah Ayob (2000), Panduan Pemakanan PraSekolah, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

E. FORMAT PENULISAN Arial,size 11, spacing 1.5, justified Isi Kandungan dan Rujukan

Logo KOLEJ UNITI Port Dickson, Negeri Sembilan PENDIDIKAN PRASEKOLAH (Kod Kursus) (Tajuk Kursus) (Tajuk Tugasan) Disediakan oleh: (Nama) (No Matrik) (Semester) Disediakan Untuk: (Nama Pensyarah)