rancangan pengajaran harian pkjr (pendidikan keselamatan jalan raya)

6
PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU Tarikh: 1 April 2010 Masa: 60 minit Tahun: 2 Mawar Bilangan murid: 30 orang Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema / Tajuk: Semua Orang Pejalan Kaki Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Aras 1: i) Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas. Fokus Sampingan: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1: i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan. PKJR :

Upload: siti-nurdiyana

Post on 24-Jun-2015

3.153 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PKJR (PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA)

PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Tarikh: 1 April 2010Masa: 60 minitTahun: 2 MawarBilangan murid: 30 orangMata Pelajaran: Bahasa MelayuTema / Tajuk: Semua Orang Pejalan Kaki

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.Aras 1: i) Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.

Fokus Sampingan: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu

tajuk.Aras 1: i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan.

PKJR :7.2.2 Mengetahui terdapat 5 langkah untuk menyempurnakan tugas melintas jalan dengan selamat7.2.3 Menggambarkan prosedur melintas dan menerangkan setiap langkah

Objektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan lima langkah melintas dengan betul menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.2. Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis tentang langkah-langkah melintas jalan raya yang betul

berdasarkan perkataan yang diberikan.

Page 2: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PKJR (PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA)

Sistem Bahasa:Tatabahasa : Morfologi - ayat tunggal dan ayat majmukKosa kata : berhenti,mendengar,melihat, berwaspada, berfikir

Pengisian Kurikulum:Ilmu - Pendidikan Muzik.Nilai - Kerjasama, kepatuhanKemahiran Bernilai Tambah : Belajar Cara Belajar (menyusun maklumat), Kemahiran Berfikir, Kemahiran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kecerdasan Pelbagai(muzik, verbal lingusitik, kinestatik), Kemahiran Intrapersonal, Kemahiran Interpersonal, Kajian Masa Depan.

Bahan Bantu Mengajar:Lirik lagu, lembaran kerja, LCD, layar skrin, laptop.

Pengetahuan Sedia Ada Murid:Murid pernah mendapat maklumat mengenai langkah-langkah melintas menerusi media cetak atau elektronik mahupun mempunyai pengalaman sendiri melintas.

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi(5 minit)

Lagu yang bertajuk ”Melintas Jalan.” 1. Guru mengedarkan lirik lagu yang bertajuk ”Melintas Jalan” kepada murid.

2. Murid menyanyikan lagu ”Melintas Jalan” sambil melakukan gaya melintas.

3. Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pelajaran hari ini.

Bahan bantu:LCD, laptop, layar skrin dan lirik lagu

Kemahiran Bernilai Tambah:Kecerdasan pelbagai (muzik dan kinestatik).Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Langkah 1(20 minit) Simulasi melintas jalan dengan

selamat.

1. Murid melakukan simulasi prosedur melintas jalan dengan selamat.

Beberapa orang murid dipilih untuk

Teknik:Simulasi

Page 3: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PKJR (PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA)

menjadi orang dewasa dan kanak-kanak yang hendak melintas jalan raya.

Murid lain akan menjadi pemerhati dan menilai sama ada lima langkah melintas dilakukan dengan betul.

2. Setelah tamat aktiviti simulasi, murid menyatakan lima langkah melintas dengan selamat berdasarkan simulasi yang dilihat.

Nilai:Bekerjasama

Kemahiran Belajar Cara Belajar: (mencatat nota)

Langkah 2(15 minit)

Sesi kuiz antara kumpulan:

1. Mengapakah kita perlu melintas dengan orang dewasa?2. Mengapakah kita berhenti sebelum melintas?3. Di manakah kita perlu berhenti?4. Apakah yang perlu kita buat sebelum melintas?5. Arah manakah yang perlu kita lihat?6. Mengapakah kita perlu berwaspada semasa melintas?7. Apakah yang mungkin berlaku?

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil dengan saiz kumpulan yang sama banyak.2. Setiap kumpulan perlu menetapkan nombor giliran kepada setiap ahli kumpulan untuk menjawab mengikut nombor soalan yang telah disediakan oleh guru.3. Semasa kuiz berlangsung, ahli kedua-dua kumpulan yang mendapat nombor giliran yang pertama akan bersaing untuk menjawab soalan yang pertama. Begitu juga seterusnya. Persaingan hanya berlaku antara dua peserta tersebut tanpa bantuan ahli-ahli kumpulan yang lain.4. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi dikira sebgai pemenang. 5. Pada akhir sesi kuiz, guru membimbing murid menjawab soalan-soalan yang kurang tepat.

Teknik:kuiz

Nilai:Kepatuhan, kerjasama.

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir,Kajian Masa Depan, Kemahiran Interpersonal, Kecerdasan Pelbagai(verbal – linguistik)

Langkah 3(15 minit)

Tatabahasa : Morfologi – ayat tunggal dan ayat majmuk

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

2. Guru memberikan arahan berdasarkan lembaran kerja yang telah diberikan.

3. Murid diminta untuk memilih dan menyusun perkataan yang diberikan dalam lembaran kerja untuk

Nilai : Berdikari Bahan Bantu Mengajar:Lembaran Kerja

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Intrapersonal, Kemahiran Berfikir,

Page 4: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PKJR (PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA)

membentuk ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis tentang langkah-langkah melintas jalan raya yang betul.

4. Murid menulis ayat tunggal dan ayat majmuk di hadapan kelas.

Kemahiran Belajar Cara Belajar.

Penutup(5 minit)

Rumusan: Kognitif 1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

2. Murid diminta menghantar lembaran kerja kepada guru.

Refleksi: ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________