tajuk 13 pkjr

46
Pengaplikasian PKJR dalam Pengajaran & Pembelajar an Bahasa Melayu Ahli kumpulan : Siti Mazlifah binti Mahamadan Siti Zakarah binti Ibrahim Zalilah binti Md Mohtar Zuliza binti Zakaria

Upload: zuliza-zakaria

Post on 11-Oct-2015

372 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Pengaplikasian PKJR dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa MelayuAhli kumpulan :Siti Mazlifah binti MahamadanSiti Zakarah binti IbrahimZalilah binti Md MohtarZuliza binti Zakaria

PENGENALAN Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) melibatkan pembelajaran tentang persekitaran jalan raya : Papan tanda, isyarat dan penanda jalan raya Kemahiran untuk menggunakan persekitaran jalan raya dengan selamat dan undang-undang jalan raya.

Melibatkan pemahaman akibat dari pengambilan risiko di jalan raya atau berdekatan dengannya.Bagaimana untuk menghormati pengguna jalan raya yang lain.Berkongsi persekitaran jalan raya supaya semua orang selamat semasa melakukan perjalanan.Semua pengguna jalan raya perlu menjadikan keselamatan jalan raya sebagai keutamaan. PKJR ialah kunci untuk memastikan semua pengguna jalan raya memiliki sikap yang betul, pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain serta untuk mengelakkan risiko.KONSEP PKJRDilaksanakan hasil keputusan MesyuaratJawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya bil. 1/2006 dipengerusikan Perdana Menteri pada 15 Mei 2006.Perlunya satu inisiatif jangka masa panjang diwujudkan.Penglibatan kanak-kanak penting untuk melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang akan mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati ketika di jalan raya.Jun 2008 dilaksanakan untuk murid Tahun Satu di sekolah rendah seluruh negara.RasionalMerupakan usaha sama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.Atas kesedaran terhadap peningkatan kes-kes kemalangan jalan.2007 merekodkan sebanyak 6282 kematian akibat nahas jalan raya. Menyamai purata 17 kematian sehari atau satu kematian setiap 1 jam 25 minit.TUJUANTujuan PKJR di sekolah secara keseluruhannya ialah untuk membantu kanak-kanak dan ibu bapa / penjaga untuk:Mempelajari dan menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain,Menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang, sabar dan bertimbang rasa.Memahami bahaya dan risiko yang terdapat di dalam persekitaran jalan raya.

Matlamat Pelaksanaan PKJRPKJR bermatlamat memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah.Murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.Objektif Pelaksanaan PKJRTahap 1 (Tahun 1 hingga 3)Menunjukkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.Mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya.Memahami bahagian jalan dan persekitaran yang selamat.Mampu untuk melintas di jalan raya dengan bantuan dan selamat.Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6)Memahami konsep keselamatan jalan raya.Mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya.Mampu melintas di jalan raya dengan selamat secara bersendirian. Memahami kegunaan alat keselamatan. (topi keledar, dll) dan kepentingan penyelengaraan basikal. Sikap dan tanggungjawabMemberikan tumpuan kepada sikap positif dan kelakuan baik yang harus diamalkan ketika berada di jalan raya.Membolehkan murid menyedari bahawa merekalah yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.PersekitaranWaktu dan keadaan cuaca memerlukan pendekatan dan memastikan keselamatan diri ketika berjalanMurid harus memahami tahap penglihatan berubah mengikut keadaan waktu dan cuaca serta hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai.Kenal pasti bahayaMengenal pasti keadaan bahaya yang terdapat di jalan raya dan mempelajari cara-cara mengatasinya.Murid harus memahami bahawa cara berjalan dan melintas tidak semestinya sama dalam semua keadaan.Melintas dengan selamatMurid tahu cara yang baik dan betul untuk melintas jalan raya secara selamat dalam situasi yang berlainan. Perlaksanaan di sekolah PKJR diajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Memperuntukkan satu waktu Bahasa Malaysia dalam seminggu iaitu 30 minit.AndaiJadual waktu dan RPH ditadbirkan seperti biasa dan tiada perubahan besar.Fokus pengajaran ialah Bahasa Malaysia tetapi kandungan pengajaran tersebut hendaklah berkaitan dengan PKJR. Kandungan PKJR merupakan satu tema pengajaran pada hari tersebut.SURAT PEKELILING http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1259549141.pdf

HURAIAN GARIS PANDUAN

PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA :

KEMAHIRAN1414Tema ada 11 :Persekitaran jalan rayaKenderaanPeraturan dan undang-undang jalan rayaSebagai pejalan kakiSebagai penunggang basikalSebagai penumpangMelintas jalan raya dengan selamatBermainKenderaan awamTingkah laku yang berisiko apabila melakukan perjalananPengaruh media dan budaya popular dalam keselamatan jalan raya 15

15Fokus Hasil pembelajaran 1.1 Jenis-jenis jalan raya1.1.1 Memahamijalan raya tempat yang kompleks dan berbahaya.

1.1.2 Mendefinisikan lalu lintas dalam bahasa sendiri.

1.1.3 Mengklasifikasikan jalan menggunakan istilah: .Senyap . sibuk.Lebar .sempit

1.1.4 Menerangkan bahawa terdapat hieraki jalan raya di malaysia dan kenderaan bergerak pada kelajuan yang berbeza.

1.1 .5 Mengenal pasti elemen persekitaran pengangkutan.1. Persekitaran jalan raya 1.2 Bahagian-bahagian jalan raya1.2.1 Mengenal pasti tentang jalan raya yang boleh meningkatkan keselamatan sebagai pejalan kaki atau penunggang motosikal. 1.2.2 Menerangkan tentang jalan yang selamat untuk pejalan kaki dan penunggang motosikal.

1.3 Perabot jalan 1.3.1 Mendefinisikan dengan perabot jalan.Contohnya pagar,rel adang,lampu jalan,pasu bunga,batas kebun dan lain-lain.1.4 Tanda jalan, penanda jalan dan isyarat jalan1.4.1 Memahami bahawa tanda jalann digunakan untuk mengawal lalu lintas.

1.4.2 Membincangkan peraturan dan tingkah laku pengguna jalan raya yang berkenaan dengan tanda asas.

1.5 Aliran lalu lintas Arah lalu lintas1.5.1 Kenal pasti arah datangnya lalu lintas.

1.5.2 Menerangkan tentang waktu atau masa boleh mempengaruhi kesesakan trafik.1.6 Laluan / lorong pejalan kaki dan laluan kongsi untuk pejalan kaki dan penunggang basikal1.6.1 Mentakrifkan kegunaan laluan/lorong pejalan kaki dan laluan kongsi.

1.6.2 Membina strategi untuk mengelak atau menguruskan risiko dan bahaya di laluan /lorong pejalan kaki dan laluan kongsi.1.7 Pengguna jalan raya 1.7.1 Mengenal pasti jenis-jenis pengguna jalan raya yang berbeza,contohnya:

-pejalan kaki-penumpang-pembonceng

Fokus Hasil pembelajaran 2.1 Jenis dan ciri-ciri kenderaan 2.1.1 Mengenal pasti jenis kenderaan yang berbeza.Contohnya:

.Kereta LRT/kereta api .Kereta polis.Bas.Lori.Basikal .Motosikal

2.1.2 Mengenal pasti kenderaan sebagai:

Laju, perlahan , dekat ,jauh menjauh,mengundur , membelok.2.Kenderaan3. Peraturan dan undang-undang jalan raya Fokus Hasil pembelajaran 3.1 Mengetahui tentang peraturan dan undang-undang 3.1.1 Menerangkan mengapa peraturan dan undang-undang jalan raya itu perlu untuk keselamatan pengguna jalan raya.

3.1.2 Mengenal pasti perbezaan antara peraturan dan undang-undang jalan raya.

3.1.3 Mereka dan menilai kod tingkah laku untuk:

-pejalan kaki-penunggang basikal-pengguna pengangkutan awam

4. Sebagai Pejalan KakiFokusHasil pembelajaran 4.1 Sokongan daripada orang yang lebih dewasa atau dengan yang lebih tua4.1.1 Menerangkan bahawa berjalan di jalan raya atau berdekatan jalan raya adalah lebih selamat apabila bersama orang dewasa atau yang lebih tua.

4.2 Arah yang paling selamat untuk berjalan kaki4.2.1 Menerangkan kenapa berjalan mengadap lalu lintas adalah lebih selamat daripada berjalan mengikut arah yang sama dengan kenderaan.

4.3 Kebolehlihatan 4.3.1 Menunjukkan kesedaran kesan daripada saiz badan kanak-kanak yang kecil terhadap keselamatan mereka.Fokus Hasil pembelajaran 5.1 Berbasikal dengan selamat5.1.1 Memahami bahawa menunggang basikal di jalan raya di bawah umur 10 tahun adalah berbahaya.

5.1.2 Memakai dan mengetatkan topi keledar dengan betul..5.1.3 Melakukan penyelenggaraan Mudah ke atas basikal dan topi keledar.

5.1.4 Belajar dan menunjukkan kemahiran asas menunggang basikal. 5.Sebagai Penunggang Basikal6. Sebagai penumpangFokus Hasil pembelajaran 6.1 Tingkah laku yang selamat dan bertanggungjawab seseorang penumpang 6.1.1 menerangkan kepentingan untuk menjadi penumpang yang selamat dan bertanggungjawab.

6.1.2 menyenaraikan cara penumpang boleh menyumbang keselamatan orang lain.6.2 Penggunaan alat pengekang6.2.1 Mendefinisikan alat pengekang:

a.Tali pinggang keledar b.Tempat duduk kereta c.Tali pinggang riba d.Kapsul bayi

6.2.2 Membandingkan situasi di mana alat pengekang digunakan atau sebaliknya serta membuat kesimpulan tentang alat pengekang dan keselamatan.6.3 Penggunaan topi keledar6.3.1 Membincangkan pemakaian topi keledar dengan betul.

6.3.2 Menerangkan kepentingan topi keledar yang melindungi penunggang jika berlaku kemalangan.6.4 Masuk dan keluar dari kenderaan dengan selamat - Kereta dan motosikal 6.4.1 Membincangkan tingkah laku yang selamat untuk masuk dan keluar dari kenderaan.

6.4.2 Menerangkan mengapa keluar dan masuk kenderaan di bahagian berbendul jalan lebih selamat.

6.4.3 Menerangkan dan menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian untuk masuk dan keluar dari kenderaan.7. Melintas jalan raya dengan selamat. Fokus Hasil pembelajaran7.1 Melintas jalan raya dengan selamat7.1.1 Mengenal pasti tempat yang paling selamat untuk melintas jalan,contohnya:

tempat melintas yang disediakan.b. tempat melintas atau persimpangan yang disediakan atau dikawal.c. blok pertengahan di mana trafik boleh dilihat dengan jelas.d. jejantas

7.1.2 Mengenal pasti tempat yang bahaya untuk melintas.

Fokus Hasil pembelajaran 7.2 Prosedur yang selamat untuk melintas Berhenti lihat dengar fikir berwaspada 7.2.1 Memahami bahawa melintas jalan adalah lebih selamat apabila langkah tertentu diambil untuk menyempurnakan tugas tersebut.

7.2.2 Mengetahui lima langkah untuk menyempurnakan tugas melintas jalan dengan selamat.

7.2.3 Menggambarkan prosedur melintas dengan selamat dan menerangkan setiap langkah.7.3 Pemilihan ruang dan imbasan7.3.1 Memahami apa yang dimaksudkan dengan mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko dan bahaya.

7.3.2 Memahami apa yang dimaksudkan dengan pemilihan masa dan ruang serta impak ke atas keselamatan.7.4 Lebih banyak keputusan mengenai melintas dengan selamat7.4.1 Membincangkan faktor atau pengaruh yang melibatkan keputusan mengenai situasi melintas yang selamat dan tidak selamat.

7.5 Memilih jalan yang selamat7.5.1 Mengenal pasti jalan dan kawasan yang selamat dan bahaya di persekitaran.

7.5.2 Membincangkan pertimbangan (jarak kelajuan dan masa yang) untuk memilih jalan yang selamat.

7.5.3 Menerangkan dan mengikut jalan arah.yang mempunyai tanda

8. BermainFokus Hasil pembelajaran 8.1 Tempat yang selamat untuk bermain8.1.1 Menerangkan akibat yang bakal berlaku jika bermain di jalan raya atau berdekatan jalan raya.

8.1.2 Mengenal pasti kawasan bermain yang selamat dan tidak selamat.8.2 Kenderaan rekreasi 8.2.1 menyenaraikan jenis permainan rekreasi beroda yang berbeza.contohnya:

a. Papan luncur c. Skuterb. Kasut beroda d. Skuter bermotor

9. Kenderaan awamFokusHasil pembelajaran 9.1 Bas, teksi, LRT, dan kereta api9.1.1 Mendefinisikan kenderaan awam dan memberi contoh.

9.1.2 Menyelidik pilihan pengangkutan awam di kawasan tempatan,kelebihan dan kekurangan menggunakannya.

9.1.3 Membincangkan dan membangunkan prosedur yang selamat untuk menunggu,menaiki,melakukan perjalanan dan turun/keluar dari kenderaan awam.

10. Tingkah laku yang berisiko apabila melakukan perjalananFokus Hasil pembelajaran 10.1 Kesan daripada tingkah laku yang berisiko10.1.1 Membincangakan bahaya ke atas keselamatan diri atau orang lain apabila mengikut gerak hati atau perhatian teralih semasa atau berdekatan jalan raya. 10.1.2 Mengenal pasti tingkah laku pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.

11. Pengaruh media dan budaya popular dalam keselamatan jalan raya Fokus Hasil pembelajaran11.1 Memikirkan kesan pengaruh tersebut terhadap keselamatan11.1.1 Mengenal pasti pesanan tersembunyi berkaitan keselamatan dan yang tidak berkaitan keselamatan dalam media.

11.1.2 Menggambarkan beberapa teknik yang digunakan oleh pihak media untuk mempengaruhi pemikiran kita berkaitan keselamatan.Apakah yang diajar?Di tahap yang bersesuaian, kanak-kanak dan remaja akan diajar:Tentang bahaya, perkara yang mendatangkan bahaya, risiko dan pengurusan risiko.Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan mereka selamat.Bagaimana untuk membina dan mengekalkan sikap yang positif terhadap keselamatan jalan raya.

Pelaksanaan PKJR di sekolahPKJR diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Memperuntukkan satu waktu Bahasa Melayu dalam seminggu.Jadual Waktu dan RPH ditadbir seperti biasa dan tiada perubahan besar.Fokus pengajaran ialah Bahasa Meayu tetapi kandungan tersebut hendaklah berkaitan dengan PKJR.Kandungan PKJR merupakan satu tema pengajaran pada hari tersebut.Objektif PelaksanaanAspek Bahasa MalaysiaMeliputi kemahiran bahasa, iaitu 75% dalam fokus utama dan 15% dalam fokus sampingan. Diharap dapat menambah kosa kata Bahasa Malaysia melalui ilmu PKJR.Aspek PKJRMeliputi kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan PKJR iaitu 15 %.Bertujuan melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah dalam jangka masa yang panjang.Elemen PelaksanaanPenggabungjalinan Kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Sistem bahasa, iaitu tatabahasa dan kosa kataSebutan dan intonasiSistem ejaanPeribahasa Penyerapan Ilmu NilaiKemahiran bernilai tambahBahan Pengajaran PKJRSetiap sekolah dan guru dibekalkan dengan satu set Kit Pengajaran Khas PKJR.Kandungan kit modul pengajaran guru, buku aktiviti murid, poster dan VCD sebagai rujukan.Boleh digunakan sepenuhnya ketika mengajar di dalam bilik darjah dan guru tidak perlu bersusah-payah mencari bahan tambahan.Kandungan Modul PKJRDisediakan untuk pengajaran guru bagi murid tahun 1, 2 dan 4.Mempunyai 8 unit dan tajuk yang berbeza-beza.Setiap unit mempunyai kemahiran pengajaran tertentu.Mengandungi satu kemahiran fokus dan satu kemahiran sampingan mata pelajaran BM serta tambahan satu lagi kemahiran PKJR pada setiap unit.

Pemantauan dan BimbinganPerlu dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PKJR.4 pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilantik dan diberi tanggungjawab untuk memantau yang merangkumi pelbagai aspek :Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Jabatan Pelajaran NegeriKurikulum dan Penggunaan Modul Bahagian Perkembangan KurikulumPelaksanaan program di sekolah Pegawai Pelajaran DaerahPelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Guru BesarAktiviti pengajaran dan pembelajaran PKJRMenyebut gambarMenyebut perkataan ( kata kunci KJR )Memadankan gambar dengan perkataanMenyenaraikan bahagian-bahagian di jalan rayaMelengkapkan frasaSilang kata Mewarna gambar ibu memimpin anak menyeberangi jalan rayaNyanyian lagu lampu isyaratModul Cadangan AktivitiTahun 1Tahun 2Tahun 3matrikUnit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Tahun 4Tahun 5MatrikUnit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Tahun 6Aktiviti SampinganMatrikUnit 1Unit 2KesimpulanPKJR merupakan satu langkah jangka panjang dan menjadikan kanak-kanak sebagai kumpulan sasaran utama pelaksanaannya. PKJR berharap agar berjaya mencapai matlamat dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah.Murid juga dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

Sekian,Terima Kasih!