rancangan latihan kemahiran olahraga

23
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN OLAHRAGA Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjung : Kemahiran Kemahiran : Olahraga –lompat tinggi Tajuk : lompat tinggi – gaya fosbury flop Tarikh : 23 Mac 2015 Masa : 7.30- 8.00 pagi Tahun : Tahun 5A Bil.Murid : 20 orang Pengalaman Lepas : Murid telah mempelajari lompat tinggi gaya gunting. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Upload: jessica-low

Post on 02-Oct-2015

970 views

Category:

Documents


68 download

DESCRIPTION

rph olahraga lompat tinggi

TRANSCRIPT

RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN OLAHRAGAMata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTunjung: Kemahiran Kemahiran : Olahraga lompat tinggiTajuk: lompat tinggi gaya fosbury flopTarikh: 23 Mac 2015Masa: 7.30- 8.00 pagiTahun: Tahun 5ABil.Murid: 20 orangPengalaman Lepas : Murid telah mempelajari lompat tinggi gaya gunting. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:Psikomotor: melakukan aktiviti lompat tinggi (ketinggian palang 60cm ) mendarat tilam denganmenggunakan tulang belakang dan melompat dengan sebelah kaki. Kognitif: menyatakan secara lisan dua perkara yang perlu diperhatikan semasa melompat tinggi.Afektif : menunjukkan sikap bekerjasama dengan rakan semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Penerapan Nilai: nilai bekerjasama, berani mengambil risikoAlatan : tilam, skitel, bangku, palang tiub getah, bola, kayu

Bahagian/masaAktivitiButiran MengajarOrganisasiAlatan / Catatan/ strategi

Permulaan(5 minit)1. Memanaskan badan dengan permainan kecil Bola Beracun ,

2. Regangan otot

Kepala

Tangan

Pinggang

Kaki

Memanaskan badan bagi meningkatkan suhu badan dan kadar nadi murid untuk menyediakan badan sebelum melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Murid-muird haruslah mengikut arahan guru. Murid berlari untuk mengelakkan bola.

Cara bermain:1. Kawasan permainan dibahagi kepada 2 bahagian: A dan B.2. Bola akan diletakkan tengah garisan dan wakil kumpulan akan merebut bola selepas wisel berbunyi.3. Pihak yang dapat bola akan menyerang pihak lawan. Sekiranya bola terkena kaki maka ia dikira mati dan berdiri di belakang pihak lawan untuk serang pihak lawan dari belakang.4. Permainan ini akan dijalankan selama 3 minit.

Peraturan : Bola yang dibaling oleh pihak lawan mestilah dari paras pinggang ke bawah. Jika bola yang dibaling terkena paras kepala hingga ke paras pinggang, balingan tersebut dikira batal. Pemain tidak boleh melepasi atau keluar dari kawasan yang ditetapkan.

1. mengingatkan murid dalam acara lompat tinggi, banyak mengguna bahagian pinggang dan kaki.2. Regangan otot akan bermula dari kapala sampai kaki.3. Mementingkan regangan pinggang dan kaki.

Berdiri tegak dan membuat regangan kepala dengan pusing kepala atas, bawah, kiri dan kanan.

Berdiri tegak, kaki buka seluas bahu Luruskan kedua belah tangan ke belakang punggung dan siku dihalakan ke dalam Tolak tangan perlahan-lahan ke atas dan kira dalam kiraan 8 Ulang aktiviti sebanyak 3 kali.

Badan ditegakkan dan buka kaki seluas bahu Bengkok badan kesisi kanan sambil tangan mencekak pinggang Kira dalam kiraan 8 Bengkok badan ke sisi kiri dan kira dalam kiraan 8 juga. Ulangan aktiviti sebanyak 3 kali.

Berdiri tegak, kaki dibuka seluas paras bahu Bongkokkan badan dan siku dibengkokkan sedikit Cuba sentuh lantai dengan kedua belah tangan dan tahan dalam kiraan 8 Ulang aktiviti 3 kali.

Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan 10 orang.

X X X

X X X

Simbol :

Bola

XMurid yang dikira mati.

Kumpulan A

Kumpulan B

Skitel

Murid murid berada dalam formasi U.

G

G\

Simbol :G : guru : murid

Alatan :1 Bola getah 6 Skitel

NIlai:Bekerjasama

Penggabungjalinan kemahiran : Koordinasi mata dengan kaki Koordinasi mata dengan tangan

Perkembangan (15 minit)Demonstrasi guru Guru mendemonstrasi cara lompatan tinggi yang betul.

Aktiviti 1:Gerak kerja kumpulan Lompatan kaki dengan melepasi garisan

Aktiviti 2: Lompatan dengan halangan kayu dari arah yang sama.

Lompatan dengan halangan kayu secara zig-zag

Berdiri di garisan kanan, memberi arahan dan sebut satu, dua dan tiga.

Satu : angkat kaki kiriDua : melepasi garisan dengan kaki kiri dan kaki kanan angkat.Tiga : menjatuh kaki kanan melepasi garisan.

Murid membuat percubaan lompatan. Semasa kumpulan 1 melompat, kumpulan 2 dikehendaki memeriksa kawan melompat supaya dapat melompat dengan mengikut arahan satu, dua dan tiga. Kumpulan 2 akan menjalankan aktiviti ini selepas kumpulan 1 siap menjalankan.

Lompat dengan halangan kayu. Murid melompat kayu sebanyak 5 kali dari arah yang sama (kanan) Melompat secara bergilir-gilir. Semasa melompat, murid perlulah memberi perhatian terhadap cara kaki melompat sama dengan aktiviti 1. Gruu memperbetulkan murid yang salah laku.

Melompat kayu secara zig-zag sebanyak 3 kali. Murid akan dibahagi kepada dua kumpulan: 1 dan 2. Kumpulan 1 memegang kayu dengan ketinggian tidak melepasi paras dada. Guru memberi perhatian kepada cara murid (kumpulan 2)lompat dan memperbetulkan murid jika cara lompatannya salah. Kumpulan 1 akan melompat selepas kumpulan 2 siap melompat.

Murid mencuba dengan mengikut arahan guru. 1. Angkat kaki kiri

2. Kaki kanan angkat

3. Jatuh kaki kanan melepas garisan.

Simbol: kaki kiri kaki kanan

4. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan .5. Satu kumpulan memegang kayu manakala satu kumpulan melompat dengan halangan kayu.

X X X X X X X X X XKumpulan 1

X X X X X X X X X XKumpulan 2 (memeriksa)

6. Lompat kayu dari arah yang sama(kanan)

memegang kayu

murid melompat

Lompatan kayu secara zig-zag

Alatan :5 kayu1 bangku1 tilam

Nilai:Bekerjasama

Gerak kerja kelas:Demonstarsi guru1. Lonjakkan badan ke atas tilamn dengan mendarat menggunakan belakang badan.

2. Lompat dengan palang tiub getah dan tilam.1. Murid berdiri lurus dan tegak di atas bangku yang terletak di hadapan tilam.

2. Murid berdiri dengan membelakangkan tilam.

3. Murid melonjakkan badan ke atas tilam sambil mendarat dengan belakang badan.4. Tangan dihayunkan ke atas dan lutut dibengkokkan.

5. Murid diberi peluang untuk melompat dengan menggunakan palang tiub getah dengan ketinggiannya 60cm. 6. Semasa melompat, guru akan mengingatkan murid bahawa melompat dengan menggunakan satu kaki sahaja, jika menggunakan dua belah kaki, lompatan tersebut akan dibatalkan.7. Semasa melompat, guru akan mengingatkan murid mendarat dengan belakang tulang dan kakinya seperti gaya gunting. 7. Murid berdiri di atas bangku . 8. Bangku yang digunakan haruslah lebih tinggi daripada tempat pendaratan 9. X XX X X X X X X X X X X

Simbol:

Tilam / tempat mendarat

bangku

Alatan: tilam dan bangku

Nilai: keberanian mengambil risiko

Kemuncak( 8 minit )Pertandingan :1. Palang tiub getah digunakan untuk mengurangkan kecederaan.2. Guru melakukan demonstrasi lakuan aktiviti fasa penujuan sehingga fasa pendaratan.

1. Murid masih dalam kumpulan masing-masing.2. Murid-murid diberikan penerangan tentang aktiviti yang dijalankan.3. Kumpulan 1 dan 2 akan melakukan aktiviti secara berterusan mengikut giliran setiap ahli kumpulan.4. Dalam lompatan sebenar ini, setiap lompatan yang berjaya dikira 5 markah dan lompatan yang gagal 0 markah.5. Ketinggian palang ialah 60 cm.6. Setiap murid akan dinilai oleh guru dan markah akan dimasukkan dalam markah kumpulan.7. Kumpulan yang mengumpul markah yang banyak dikira pemenang.1. Murid melakukan satu lakuan lengkap dalam acara lompat tinggi mengikut lakuan yang didemonstrasikan oleh guru.2. Murid-murid bertindak mengikut arahan guru.

Alatan :1 tilam 1 palang tiub getah

Nilai : Bekerjasama Berani mengambil risiko

Penutup( 5 minit )1. Sesi menyejukkan badan 2. Soal dan jawab.a. Semasa melompat bahagian badan yang banyak guna? (pinggang dan kaki)b. Semasa melompat bahagian mana yang akan mendaratkan pada tilam terlebih dahulu? (belakang tulang)c. Semasa melompat, sebelah kaki atau dua belah kaki akan digunakan? (sebelah kaki)d. Apakah nilai yang perlu semasa menjalankan aktiviti kumpulan?(nilai bekerjasama)3. Refleksi 1. Aktiviti regangan melibatkan: Regangan kaki Regangan paha Regangan pinggang Regangan bahu Regangan tangan Regangan otot leher2. Memastikan penglibatan murid secara aktif dan selamat serta melakukan aktiviti regangan dengan mengikut arahan cikgu.3. Menjelaskan kesalahan-kesalahan biasa dilakukan oleh rakan semasa latihan.

Murid berada dalam formasi U.

Simbol: Guru murid 1. Semasa menjalankan sesi soal jawab, murid duduk mengikut kumpulan masing-masing.

Kemahiran : berfikir dan menjawab

Nilai :Bekerjasama