rancangan akademik bio t4 new

19
RANCANGAN AKADEMIK BIOLOGI 4551 PANITIA SAINS (SPM) SMK LONG LAMA BARAM, SARAWAK

Upload: peah-j-jambu

Post on 12-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rpt bio 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Akademik Bio t4 New

RANCANGAN AKADEMIK

BIOLOGI

4551

TINGKATAN 4

2015

Disediakan oleh:

NOOR ZAMATUL SHIMA AHMAD

PANITIA SAINS (SPM)SMK LONG LAMA

BARAM, SARAWAK

Page 2: Rancangan Akademik Bio t4 New

ISI KANDUNGAN

1.0Pendahuluan

2.0Objektif Mata Pelajaran Biologi

3.0Matlamat Rancangan Tahunan

4.0Penilaian Prestasi Dan Perbincangan

5.0Pelan Tindakan Pemajuan Biologi

6.0Sasaran Pencapaian Kimia Tingkatan 4 2015

7.0Penutup

1.0 PENDAHULUAN

Page 3: Rancangan Akademik Bio t4 New

Mata pelajaran Biologi ditawarkan kepada pelajar yang mengambil aliran

Sains Tulen menjadi salah satu mata pelajaran elektif bagi Tingkatan 4

dan Tingkatan 5. Mata pelajaran ini merangkumi ilmu hayat yang lebih

mendalam daripada aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam

kehidupan harian.

Kertas peperiksaan Biologi di peringkat SPM merangkumi tiga bahagian.

Bahagian-bahagian tersebut terdiri daripada Kertas 1 (4551/1) yang

merupakan 50 soalan pelbagai pilihan, Kertas 2 (4551/2) merupakan

soalan respon subjektif dan Kertas 3 (4551/3) merupakan soalan

penilaian kerja amali dan proses sains.

Pada tahun ini, seramai 25 orang pelajar yang mengikuti mata pelajaran

ini dan mengikut tapisan pengambilan pelajar ke kelas Sains berdasarkan

pencapaian PT3.

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN BIOLOGI

I. Memperoleh pengetahuan Biologi dan menghubungkaitkan

pengetahuan ini dengan alam sekeliling dan mengaplikasikannya

dalam kehidupan seharian.

II. Memahami pengetahuan Biologi yang berkaitan dengan

perkembangan bidang sains dan teknologi, pengurusan alam semula

jadi dan sumbernya serta proses industri dalam pelbagai bidang.

III. Menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.

IV. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif

berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian

masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.

Page 4: Rancangan Akademik Bio t4 New

V. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

VI. Menilai maklumat berkenaan dengan bidang kimia dengan bijak dan

berkesan.

VII. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia

memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.

VIII. Menyedari kepentingan pengurusan alam semula jadi serta sumbernya

dengan bijaksana untuk keberterusan hidup manusia sejagat.

IX. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan

negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

X. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah

usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami

fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia

sejagat.

3.0 MATLAMAT RANCANGAN TAHUNAN

Rancangan Tahunan 2015 ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan

pemupukan minat mendalalm pelajar terhadap mata pelajaran Biologi.

Bukan itu sahaja, Rancangan Tahunan ini juga berperanan dalam

merancang dan mengatur segala aktiviti yang berkaitan supaya dapat

menghasilkan suatu persekitaran pengajaran dan pembelajaran kimia

yang lebih kondusif. Justeru, Rancangan Tahunan ini dapat dijadikan

rujukan utama dalam memastikan program-program yang dirancang

berjalan dengan lancar.

Page 5: Rancangan Akademik Bio t4 New

4.0 PENILAIAN PRESTASI DAN PERBINCANGAN

Prestasi mata pelajaran Kimia (SPM) menunjukkan pada pola yang

sentiasa berada di paras kelulusan 75% dari tahun 2012 sehingga 2014.

Terdapat beberapa perkara yang menyumbang ke arah pencapaian ini

yang akan dibincangkan.

4.1 Permasalahan Guru

Guru kurang didedahkan teknik membina soalan dan

penyemakan kertas soalan.

Guru mempunyai pengalaman yang kurang dari 3 tahun.

Kekurangan kemudahan alat bantu mengajar.

Teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang kurang

berkesan dan juga tidak memfokus kepada pelajar yang

bermasalah.

Penyemakan buku yang tidak berkala dan latihan yang tidak

terancang.

Soalan-soalan yang diramal tidak menepati soalan SPM sebenar.

5.2 Permasalahan Pelajar

Kebanyakan pelajar tidak mempunyai buku rujukan dan latihan

sendiri dan banyak bergantung kepada guru.

Kebanyakan pelajar mempunyai asas Sains yang lemah.

Terdapat beberapa pelajar yang tidak hadir ke kelas tambahan

dan tidak menunjukkan minat dalam pelajaran.

Pelajar kurang berminat berfikir aras tinggi apabila diajukan

soalan KBAT,

5.3 Kekuatan

Kelas tambahan bermula awal dan segala sukatan pelajaran

dapat diselesaikan dengan lebih awal.

Page 6: Rancangan Akademik Bio t4 New

Sumber soalan yang berkualiti tetapi guru tidak berapa mahir

untuk menyemak kertas soalan.

Penilaian Kerja Amali dapat dijalankan dengan optimum.

5.0 PELAN TINDAKAN PEMAJUAN BIOLOGI

Bil

.

Program Sasaran Tempoh Perangkaan

Perbelanjaan

1. Kelas

Tambahan

Pelajar 4Sains

(Pelajar yang

mempunyai

potensi

cemerlang

seramai 5 orang).

Bermula pada

Mac hingga

September.

Melibatkan

pembelian buku

rujukan dan buku

latihan.

2. Kelas

Intervensi

Pelajar 4Sains

(Pelajar yang

berada pada

tahap lemah

seramai 5 orang).

Bermula pada

Mac hingga

September.

Bahan di atas

digunakan untuk

kelas intervensi.

3. Penyemakan

Buku Nota

dan Latihan

Semua pelajar

4Sains.

Akan diadakan

sebanyak 2 kali

setahun.

-

4. Ujian

Diagnostik

Semua pelajar

4Sains.

Sepanjang tahun.

Ujian topical

akan diadakan

selepas sesuatu

bab telah habis

diajar dan

spesifikasi soalan

mengikut

Soalan-soalan

fotostat.

Page 7: Rancangan Akademik Bio t4 New

kehendak LPM.

5. Peperiksaan Semua pelajar

4Sains.

Sepanjang tahun.

Peperiksaan

akan diadakan

sebanyak 4 kali

iaitu pada bulan

Mac, Mei, Julai,

dan Oktober.

Soalan-soalan

fotostat.

6. Penilaian

Kerja Amali

(PEKA)

Semua pelajar

4Sains.

Sepanjang tahun.

Kerja amali akan

dilaksanakan

sebanyak 10 kali

meliputi amali

yang

dicadangkan di

dalam huraian

sukatan

pelajaran.

Pelajar

dikehendaki

menyediakan fail

poket dan kertas

kajang yang

bersesuaian.

7. Minggu

Sains dan

Matematik

Semua pelajar. Minggu Sains

dan Matematik

akan

dilangsungkan

pada bulan Mei.

Perangkaan

perbelanjaan

akan disediakan

oleh

Jawatankuasa

Minggu Sains

dan Matematik

6.0 SASARAN PENCAPAIAN BIOLOGI TINGKATAN 4

Page 8: Rancangan Akademik Bio t4 New

Bil. NamaPeperiksaanPertengahan

Tahun Gred

Peperiksaan Akhir Tahun

Gred

1. ALICE LIVAN ENGAN 53 C 65 B+

2. BRANDON ASHLEY ANAK BATI 40 E

75 A-

3. ELIZABETH LENDA ANAK LANCHANG 43 E

70 A-

4. FELICIA URAI BONIFACE 59 C+ 70 A-

5. GEORGINA YIAP YA WEN 33 G 45 D

6. IVAN YIAP GUO KHAI 35 G 45 D

7. JEFF BONG 44 E 50 C

8. JOANNA JAMES 55 C+ 65 B

9. JONAS ANAK JIRAM 43 E 55 C+

10. MAUREEN BADUT ANAK JEMMY 44 E

57 C+

11. MELISSA PUI SIEW WEN 41 E 55 C+

12. MILDRED UBONG AUGUSTINE 67 B+

75 A-

13. MOK BING RONG 33 G 45 D

14. NOEL UYO 40 E 50 C

15. ORDILIA KALANG 40 E 50 C

16. PAMELA BILLY 34 G 45 D

17. RUFIAH LAWRENCE 35 G 55 C+

18. RACHELLYN AREN LISAH 45 D 55 C+

19. SAFERA JULAN TAJA 38 G 49 D

20. SALVANNOS ANYIE BILLY 24 G 40 E

21. SHARON JOHN 62 B 70 A-

22. SHARON UBONG JOSEPH 37 G 45 D

23. STEPHANIE ROBERT 40 E 50 C

24. TEOFILUS ANYI THOMAS 51 C 60 B

Page 9: Rancangan Akademik Bio t4 New

Julat Markah (Gred) Bilangan Pelajar

90 – 100 (A+) 0

80 – 89 (A) 0

70 – 79 (A-) 0

65 – 69 (B+) 1

60 – 64 (B) 1

55 – 59 (C+) 2

50 – 54 (C) 2

45 – 49 (D) 1

40 – 44 (E) 9

0 – 39 (G) 8

GPMP 7,50

7.0 PENUTUP

Segala program yang telah dirancang merujuk kepada mesyuarat Panitia

Sains dan Matematik pertama 2015. Setiap program perlulah dipantau

dan dikawal selia bagi memastikan program-program berjalan dengan

lancar dan mencapai kehendak program. Selain itu setelah program

dilangsungkan satu laporan perlu disediakan bagi melihat sejauh mana

keberkesanan program dan kelemahan yang wujud bagi tujuan

penambahbaikan. Diharap segala program-program yang dirancang ini

dapat dilaksanakan sebaik mungkin bagi menjamin pencapaian prestasi

yang berkualiti dan ilmu yang diperoleh dapat diguna pakai dalam

kehidupan seharian.