ramai melayu salah tanggap mengenai sumsum tulang … and visitors/media... · ramai melayu salah...

2
Ramai Melayu salah tanggap mengenai sumsum tulang Berita Harian (Tuesday, 15 September 2009) By Nurulhuda S. M. Albukhari HARAPAN BARU: Muhamad Reza Ramadhan, 11 tahun, mendapatkan sumsum tulang baru berkat tolongan Program Penderma Sumsum Tulang (BMDP). Bersama beliau Prof Madya Allen Yeoh (kiri) dan bapanya, Encik Alwee Che Daud, 47 tahun. SESETENGAH ibu bapa Melayu segera membawa pulang anak mereka yang dijadualkan menjalani pemeriksaan sumsum tulang di hospital kerana bimbang si anak tidak akan dapat berjalan lagi. Bagi Naib Presiden Program Penderma Tulang Sumsum (BMDP) dan Konsultan Kanan Pusat Barah Kanak- Kanak Viva-University, Profesor Madya Allen Yeoh, tanggapan itu adalah salah sama sekali. “Apabila kami menyarankan keluarga seorang pesakit supaya menjalani pemeriksaan sumsum tulang, mereka akan membantah. Ada yang pulang. Mereka takut jika diperiksa mereka tidak akan dapat berjalan. “Tanggapan salah terhadap pemeriksaan dan pendermaan sumsum tulang ini agak ketara di kalangan masyarakat Melayu,’’ kata Profesor Yeoh ketika ditemui di Hospital Universiti Nasional (NUH) baru-baru ini. Tanggapan salah itu membuat kerja Profesor Yeoh bertambah rumit terutamanya dalam memberi rawatan dan mendapatkan penderma. Beliau menarik perhatian bahawa adalah menjadi satu kemestian bagi seorang pesakit leukemia dan keluarganya untuk menjalani pemeriksaan sumsum tulang. Ini kerana leukemia merupakan penyakit yang menjejas darah dan bagi setiap kerosakan darah, puncanya datang daripada sumsum tulang. Menurut Profesor Yeoh lagi, sumsum tulang keluarga pesakit itu juga dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit jika didapati sesuai untuk dipindahkan. Namun, kadar mendapatkan sumsum yang sesuai daripada salah seorang anggota keluarga adalah rendah - hanya 25 peratus.

Upload: truongngoc

Post on 23-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ramai Melayu salah tanggap mengenai sumsum tulang … and Visitors/Media... · Ramai Melayu salah tanggap mengenai sumsum tulang ... Tanggapan salah itu membuat kerja Profesor Yeoh

Ramai Melayu salah tanggap mengenai sumsum tulang Berita Harian (Tuesday, 15 September 2009)

By Nurulhuda S. M. Albukhari

HARAPAN BARU: Muhamad Reza Ramadhan, 11 tahun, mendapatkan sumsum tulang baru berkat tolongan Program Penderma Sumsum Tulang (BMDP). Bersama beliau Prof Madya Allen Yeoh (kiri) dan bapanya, Encik Alwee Che Daud, 47 tahun. SESETENGAH ibu bapa Melayu segera membawa pulang anak mereka yang dijadualkan menjalani pemeriksaan sumsum tulang di hospital kerana bimbang si anak tidak akan dapat berjalan lagi. Bagi Naib Presiden Program Penderma Tulang Sumsum (BMDP) dan Konsultan Kanan Pusat Barah Kanak-Kanak Viva-University, Profesor Madya Allen Yeoh, tanggapan itu adalah salah sama sekali. “Apabila kami menyarankan keluarga seorang pesakit supaya menjalani pemeriksaan sumsum tulang, mereka akan membantah. Ada yang pulang. Mereka takut jika diperiksa mereka tidak akan dapat berjalan. “Tanggapan salah terhadap pemeriksaan dan pendermaan sumsum tulang ini agak ketara di kalangan masyarakat Melayu,’’ kata Profesor Yeoh ketika ditemui di Hospital Universiti Nasional (NUH) baru-baru ini. Tanggapan salah itu membuat kerja Profesor Yeoh bertambah rumit terutamanya dalam memberi rawatan dan mendapatkan penderma. Beliau menarik perhatian bahawa adalah menjadi satu kemestian bagi seorang pesakit leukemia dan keluarganya untuk menjalani pemeriksaan sumsum tulang. Ini kerana leukemia merupakan penyakit yang menjejas darah dan bagi setiap kerosakan darah, puncanya datang daripada sumsum tulang. Menurut Profesor Yeoh lagi, sumsum tulang keluarga pesakit itu juga dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit jika didapati sesuai untuk dipindahkan. Namun, kadar mendapatkan sumsum yang sesuai daripada salah seorang anggota keluarga adalah rendah - hanya 25 peratus.

Page 2: Ramai Melayu salah tanggap mengenai sumsum tulang … and Visitors/Media... · Ramai Melayu salah tanggap mengenai sumsum tulang ... Tanggapan salah itu membuat kerja Profesor Yeoh

Jelas Profesor Yeoh, jika seorang pesakit mempunyai empat adik-beradik, kadar kesesuaian adalah sekitar 75 peratus ke atas. Nisbah mendapatkan penderma sesuai yang bukan keluarga pula adalah seorang daripada setiap 20,000 orang. Justeru, BMDP terus giat menjalankan program untuk menggalak pendermaan sumsum tulang. Tambah Profesor Yeoh, setelah keluarga, kesesuaian sumsum tulang yang tinggi boleh datang dari bangsa yang sama. “Kesesuaian sumsum tulang adalah lebih tinggi jika pesakit mendapatkan penderma yang sama bangsa. Sebab itu, kami mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran terutama di kalangan masyarakat Melayu,” ujar beliau. Menurut BMDP, daripada 47,500 penderma berdaftar di bawah programnya hanya 3 peratus adalah Melayu. “Ramai yang masih menganggap pendermaan sumsum tulang adalah merbahaya. “Sumsum kita tidak sama seperti organ yang lain. Ia boleh tumbuh semula setelah dikeluarkan dalam sekitar seminggu. “Penderma juga hanya perlu tinggal sehari dua di hospital dan semua perbelanjaan akan didtanggung BMDP,” kata Profesor Yeoh. Antara mereka yang telah memanfaatkan program tersebut ialah Muhamad Reza Ramadhan Alwee, 11 tahun, yang menghidap leukemia sejak tahun lalu. Dia akan menerima derma sumsum hari ini. Bapanya, Encik Alwee Che Daud, 47 tahun, seorang pegawai keselamatan, berkata: “Alhamdulillah, doa kami terkabul terutama sekali dalam bulan yang mulia ini. Walaupun gembira, untuk Raya tahun ini, kami sekeluarga akan beri tumpuan kepada rawatan dan kesihatan Reza.” Bagi mereka yang berminat menderma dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi BMDP melalui nombor 6327-1344.