terbit pada sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 mpoblancarproduk, buku,bertukar...

11
Oleh Fadzil Ghazali [email protected] Bangi K erajaan menyarankan pihak swasta agar lebih berani menceburkan diri dalam mengkomersialkan inovasi dan teknologi sawit sedia ada sebagai usaha mewujudkan pertumbuhan berterusan di sektor itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Nancy Shukri ber- kata budaya inovasi dan kreativiti perlu disemarakkan bagi menca- pai matlamat menjadikan Malay- sia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. “Memandangkan tahun 2016 telah diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersialan Malaysia, saya berharap agar para pemain indus- tri sawit akan lebih bersemangat dan mengenepikan segala masa- lah remeh dalam usaha menggu- nakan teknologi sawit berkaitan yang telah dihasilkan oleh MPOB,” kata beliau semasa merasmikan Seminar dan Pameran Peminda- han Teknologi MPOB (TOT) 2016 di sini. Beliau juga mengucapkan tah- niah kepada MPOB kerana berjaya menghasilkan lebih 600 teknologi berkaitan sawit dan juga mempa- merkan 22 teknologi serta 10 per- khidmatan baharu pada seminar itu. “Inovasi adalah satu-satunya arah yang akan dapat memajukan industri ke hadapan. MPOB telah menghasilkan lebih 600 teknologi dan perkhidmatan untuk kebaikan industri sawit dan keseluruhan rangkaiannya meliputi sektor hu- luan, pertengahan dan hiliran,” katanya. Jana pertumbuhan ekonomi Nancy berkata industri sawit mem- beri banyak sumbangan dalam menjana pertumbuhan aktiviti ekonomi negara di samping ber- fungsi sebagai tunggak ekonomi masyarakat luar bandar. Pada masa ini sawit merupakan salah satu eksport utama negara dan menjana pendapatan sejumlah RM63.22 bilion pada tahun 2015. Lima pasaran eksport utama untuk minyak sawit Malaysia adalah negara India, China, Kesatu- an Eropah, Pakistan dan Amerika Syarikat. Tahun 2015 menyaksikan Ma- laysia mengeluarkan 19.96 juta tan minyak sawit. Ini adalah 1.5 pera- tus lebih tinggi daripada 19.67 juta tan yang dihasilkan pada tahun 2014. Peningkatan pengeluaran minyak sawit adalah berikutan peningkatan pengeluaran buah tandan segar (BTS) berikutan pertambahan kawasan matang tanaman sawit terutamanya di Sarawak. Beliau berkata industri minyak sawit akan terus mempunyai tempat di sektor minyak dan lemak dunia kerana ia merupakan sumber makanan utama untuk dunia. “Prospek industri sawit akan terus cerah walaupun wujudnya tempoh di mana harganya rendah berikutan kelembapan permin- taan. Beliau berkata industri sawit menawarkan pelbagai peluang strategik untuk pertumbuhan seperti biojisim, oleokimia serta sektor tenaga dan para pengusaha industri perlu merebut peluang ini sebelum ianya dieksploitasikan oleh pesaing-pesaing dari negara lain. Kerajaan turut memberi bantu- an kepada industri kecil dan seder- hana (IKS) berkaitan sawit dalam mengeluarkan barangan oleokimia dan makanan berasaskan sawit; usaha meningkatkan pengelua- ran produk bernilai tambah; dan memperbesarkan kilang di bawah Projek Permulaan 6 dan 8 (EPP 6 dan EPP 8). Bagi syarikat besar pula, mereka boleh memohon geran di bawah EPP 6 dan 8 untuk Projek Pengko- mersialan bagi menampung usaha mengeluarkan makanan bera- saskan sawit dan produk berkhasi- at serta produk oleokimia. “Semasa kita berazam untuk menjadi satu ekonomi berpen- dapatan tinggi, kita tidak boleh leka dan melepaskan peluang sedia ada. Cabaran kini di hada- pan kita dan kita perlu bertindak pantas dan sentiasa berinovasi dan meningkatkan cara kita melaksa- nakan sesuatu,” tambah beliau. Strategi tiga serampang Sementara itu Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May berkata, Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi MPOB 2016 adalah platform penting bagi industri sawit dan para usahawan termasuk IKS untuk menilai tekno- logi, hasil ciptaan, produk dan perkhidmatan baharu daripada MPOB. “Seminar ini membuka peluang perniagaan terutamanya kepada usahawan melalui proses pengko- mersialan,” kata beliau dalam ucapan aluannya. Beliau berkata aktiviti penyeli- dikan dan pembangunan (R&D) MPOB tertumpu kepada strategi tiga serampang, iaitu pendapatan tinggi dan produktiviti; sisa sifar; dan tambah nilai. “Strategi ini telah berjaya men- gukuhkan usaha R&D MPOB serta bersesuaian dengan keperluan dan kehendak industri termasuk ber- tindak sebagai pemangkin kepada usaha mencapai segala sasaran yang ditetapkan di bawah Program Transformasi Ekonomi untuk men- jana pertumbuhan mampan dan pendapatan tinggi kepada sektor sawit,” tambah beliau. » Usaha wujudkan pertumbuhan berterusan sektor komoditi MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 4 JUN 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB lancar produk, buku, bertukar MoA di TOT 2016 MUKA 2 Sektor komoditi kehilangan tokoh gigih perjuangkan pekebun kecil MUKA 3 Swasta disaran komersialkan inovasi, teknologi sawit Inovasi adalah satu-satunya arah yang akan dapat memajukan industri ke hadapan. MPOB telah menghasilkan lebih 600 teknologi dan perkhidmatan untuk kebaikan industri sawit dan keseluruhan rangkaiannya meliputi sektor huluan, pertengahan dan hiliran” Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Nancy Shukri ketika merasmikan Seminar dan Pameran TOT 2016. Turut serta Ketua Setiausaha MPIC, Datuk M Nagarajan dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Upload: lamthien

Post on 20-Jul-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

Oleh Fadzil Ghazali [email protected]

Bangi

Kerajaan menyarankan pihak swasta agar lebih berani menceburkan diri dalam

mengkomersialkan inovasi dan teknologi sawit sedia ada sebagai usaha mewujudkan pertumbuhan berterusan di sektor itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Nancy Shukri ber-kata budaya inovasi dan kreativiti perlu disemarakkan bagi menca-pai matlamat menjadikan Malay-sia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“Memandangkan tahun 2016 telah diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersialan Malaysia, saya berharap agar para pemain indus-tri sawit akan lebih bersemangat dan mengenepikan segala masa-lah remeh dalam usaha menggu-nakan teknologi sawit berkaitan yang telah dihasilkan oleh MPOB,” kata beliau semasa merasmikan

Seminar dan Pameran Peminda-han Teknologi MPOB (TOT) 2016 di sini.

Beliau juga mengucapkan tah-niah kepada MPOB kerana berjaya menghasilkan lebih 600 teknologi berkaitan sawit dan juga mempa-merkan 22 teknologi serta 10 per-khidmatan baharu pada seminar itu.

“Inovasi adalah satu-satunya arah yang akan dapat memajukan industri ke hadapan. MPOB telah menghasilkan lebih 600 teknologi dan perkhidmatan untuk kebaikan industri sawit dan keseluruhan rangkaiannya meliputi sektor hu -luan, pertengahan dan hiliran,” katanya.

Jana pertumbuhan ekonomiNancy berkata industri sawit mem-beri banyak sumbangan dalam menjana pertumbuhan aktiviti ekonomi negara di samping ber-fungsi sebagai tunggak ekonomi masyarakat luar bandar.

Pada masa ini sawit merupakan salah satu eksport utama negara dan menjana pendapatan sejumlah RM63.22 bilion pada tahun 2015.

Lima pasaran eksport utama untuk minyak sawit Malaysia adalah negara India, China, Kesatu-an Eropah, Pakistan dan Amerika Syarikat.

Tahun 2015 menyaksikan Ma -laysia mengeluarkan 19.96 juta tan minyak sawit. Ini adalah 1.5 pera-tus lebih tinggi daripada 19.67 juta tan yang dihasilkan pada tahun 2014.

Peningkatan pengeluaran minyak sawit adalah berikutan peningkatan pengeluaran buah tandan segar (BTS) berikutan pertambahan kawasan matang tanaman sawit terutamanya di Sarawak.

Beliau berkata industri minyak sawit akan terus mempunyai tempat di sektor minyak dan lemak dunia kerana ia merupakan sumber makanan utama untuk dunia.

“Prospek industri sawit akan terus cerah walaupun wujudnya tempoh di mana harganya rendah berikutan kelembapan permin-taan.

Beliau berkata industri sawit menawarkan pelbagai peluang strategik untuk pertumbuhan seperti biojisim, oleokimia serta sektor tenaga dan para pengusaha industri perlu merebut peluang ini sebelum ianya dieksploitasikan oleh pesaing-pesaing dari negara lain.

Kerajaan turut memberi bantu-an kepada industri kecil dan seder-hana (IKS) berkaitan sawit dalam mengeluarkan barangan oleokimia dan makanan berasaskan sawit; usaha meningkatkan pengelua-ran produk bernilai tambah; dan memperbesarkan kilang di bawah Projek Permulaan 6 dan 8 (EPP 6 dan EPP 8).

Bagi syarikat besar pula, mereka

boleh memohon geran di bawah EPP 6 dan 8 untuk Projek Pengko-mersialan bagi menampung usaha mengeluarkan makanan bera-saskan sawit dan produk berkhasi-at serta produk oleokimia.

“Semasa kita berazam untuk menjadi satu ekonomi berpen-dapatan tinggi, kita tidak boleh leka dan melepaskan peluang sedia ada. Cabaran kini di hada-

pan kita dan kita perlu bertindak pantas dan sentiasa berinovasi dan meningkatkan cara kita melaksa-nakan sesuatu,” tambah beliau.

Strategi tiga serampangSementara itu Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May berkata, Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi MPOB 2016 adalah platform penting bagi industri sawit dan para usahawan termasuk IKS untuk menilai tekno-logi, hasil ciptaan, produk dan perkhidmatan baharu daripada MPOB.

“Seminar ini membuka peluang perniagaan terutamanya kepada usahawan melalui proses pengko-mersialan,” kata beliau dalam ucapan aluannya.

Beliau berkata aktiviti penyeli-dikan dan pembangunan (R&D) MPOB tertumpu kepada strategi tiga serampang, iaitu pendapatan tinggi dan produktiviti; sisa sifar; dan tambah nilai.

“Strategi ini telah berjaya men-gukuhkan usaha R&D MPOB serta bersesuaian dengan keperluan dan kehendak industri termasuk ber-tindak sebagai pemangkin kepada usaha mencapai segala sasaran yang ditetapkan di bawah Program Transformasi Ekonomi untuk men-jana pertumbuhan mampan dan pendapatan tinggi kepada sektor sawit,” tambah beliau.

» Usaha wujudkan pertumbuhan berterusan sektor komoditi

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

− SABTU − 4 JUN 2016

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

MPOB lancar produk, buku, bertukar MoA

di TOT 2016 ≤ MUKA 2

Sektor komoditi kehilangan tokoh gigih perjuangkan

pekebun kecil ≤ MUKA 3

Swasta disaran komersialkaninovasi, teknologi sawit

Inovasi adalah satu-satunya arah yang akan dapat memajukan industri ke hadapan. MPOB telah menghasilkan lebih 600 teknologi dan perkhidmatan untuk kebaikan industri sawit dan keseluruhan rangkaiannya meliputi sektor hu luan, pertengahan dan hiliran”

Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Nancy Shukri ketika merasmikan Seminar dan Pameran TOT 2016. Turut serta Ketua Setiausaha MPIC, Datuk M Nagarajan dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Page 2: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

2

MPOB lancar produk,buku, bertukarMOA di TOT 2016» Empat bahanpenerbitan, satuproduk sertaperjanjianpengkomersialanteknologi MPOBdimeterai

Oleh [email protected]

Bangi

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) telah melan-carkan empat bahan pener-

bitan dan satu produk serta ber-tuka r dua memorandumperjanjian berkaitan teknologisawit di Seminar dan PameranPemindahan Teknologi MPOB2016.Bahan terbitan yang dilancar-

kan adalah merupakan dua ma-nual Standard Operating Proce-dures (SOP); satu bukumengenaipengkomersialan teknologi sawitMPOB dan satu siri komik.Manual yang dilancarkan ada-

lah SOP untuk pengurusan pe-nyakit Ganoderma dan SOP un-

tuk mengawal jangkitan ulatbungkus.Siri komik yang dilancarkan

pula lebih ke arah menarik mi-nat generasi muda kepada in-dustri sawit. Siri pertama mem-bawa dua tajuk iaitu Balik Kam-pung dan My Science Teacher.Majlis turut menyaksikan pe-

lancaran satu produk baru iaituSantan Sawit Plus.

Santan Sawit PlusSantan Sawit Plus adalah evolusiproduk asal iaitu santan yangberasaskan sawit atau lebih di-kenali sebagai santan sawit.Selain memiliki kebaikan san-

tan sawit biasa iaitu kaya denganVitamin E terutamanya tokotri-enol, Santan Sawit Plus mem-punyai tahap simpanan yang le-bih lama pada suhu bilik. Inimenjadikan ia lebih sesuai un-tuk dieksport.Dua memorandum perjanjian

juga ditukarkan antara MPOBdan syarikat tempatan di Semi-nar dan Pameran PemindahanTeknologi MPOB 2016.Perjanjian pertama adalah an-

tara MPOB dan TRP Technolo-gies (M) Sdn Bhd.

Teh daripada daun sawitDi bawah perjanjian ini, TRPTechnologies bersetuju untukmengkomersialkan teknologi

MPOB dalam pembuatan teh da-ripada daun sawit.Perjanjian kedua adalah an-

tara MPOB dan Husqvarna Ma-laysia Sdn Bhd.Di bawah perjanjian ini, Hu-

sqvarna Malaysia bersetuju un-tuk mengkomersialkan teknolo-gi MPOB bagi mengeluar danmemasarkan alat pemotong tan-dan sawit bermotor atau CAN-TAS.Seminar dan Pameran Pemin-

dahanTeknologiMPOB 2016 ada-lah merupakan acara ke-22 yangdianjurkan oleh MPOB.Ianya merupakan acara tahu-

nan di mana MPOB mempamer-kan segala teknologi dan per-khidmatan yang dihasilkannyakepada pemain industri sawit;usahawan; syarikat tempatan;dan institut penyelidikan untukpengkomersialan.Ia dirasmikan oleh Menteri di

Jabatan Perdana Menteri me-rangkap Pemangku Menteri Pe-rusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Nancy Shukri.Sehingga kini, MPOB telah

menghasilkan 609 teknologi dan165 perkhidmatan berkaitan sa-wit untuk membantu industrisawit negara dalam meningkat-kan dan mempelbagaikan ope-rasi sebagai usaha meningkat-kan produktiviti masing-ma-sing.

Di Kesatuan Eropah (EU), minyak sawit kerap dihujani pelbagaitohmahan mengatakan bahawa minyak sawit menyebabkan ke-musnahan hutan dan biodiversiti, memudaratkan kesihatan dansebagainya.Atas alasan ini, Perancis, sebuah negara yang hanya mengimport

sebanyak 11,156 tanminyak sawit pada tahun 2015,mengemukakanrang undang-undangmengenakan cukai progresif terhadapminyaksawit pada 21 Januari 2016.Usahamemperkenalkan cukai ke atas minyak sawit ditumpaskan

berkali-kali sejak 2012.Mantan Menteri Perusahaan Perladangan

dan Komoditi, Datuk Amar Douglas UggahEmbas telah menghantar surat bantahanrasmi kepada Kerajaan Perancis mengenaicukai itu kepada Mr.Jean-Paul Chanteguet,President of the Commission for SustainableDevelopment and Territorial Planning of theFrance National Assembly dan juga H.E.Segolene Royal, French Minister of Envi-ronment, Energy and Maritime.Pada 17 Februari 2016, National Assembly of

France telahmenerimapakai cadanganuntukmemperkenalkan cukai tambahan kepadaminyak sawit tidak mampan yang digunakansebagai bahan mentah di dalam penyediaanmakanan bermula pada tahun 2017.Cukai sedia ada ialah €104 satu tan dan

akan dinaikkan sebanyak €90 satu tan se-hingga 2020 menjadikan jumlah cukai se-banyak €194 satu tan menjelang 2020. RangUndang-Undang ini dikaji semula oleh SenatPerancis pada bulan Mei 2016.Memandangkan perkembangan ini, Kementerian Perusahaan

Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) mengadakan misi bantahan terhadap cukai prog-resif yang dikenakan ke atas minyak sawit.Misi ke Perancis dan Belgium diketuai mantan Pengerusi MPOB,

AllahyarhamDato’ Ar. WanMohammad Khair-il AnuarWan Ahmaddiadakan dari 24 hingga 28 April 2016.Misi ini turut disertai mantan Ketua Setiausaha MPIC, mendiang

Datuk Dr Sundaran Annamalai dan pegawai Kanan MPIC, MPOB,dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).Misi kali ini amat istimewa kerana disertai lima Ahli Parlimen

Malaysia yang turut memperjuangkan kepentingan minyak sawitMalaysia.Usaha gigih dan semangat yang jitu dari semuapihak yang terbabit

dalam misi ini berjaya meyakinkan kerajaan Perancis untuk mem-batalkan cadangan kenaikan cukai progresif pada 4 Mei 2016.Ini adalah satu kemenangan bagi industri sawit Malaysia danmisi

ini adalah sumbangan terakhir mantan Pengerusi MPOB danmantan Ketua Setiausaha MPIC.Industri sawit Malaysia terhutang budi kepada kedua-dua pe-

mimpin yang sungguh prihatin terhadap perkembangan industrisawit negara. Pemergian kedua-dua pemimpin ini amat dirasai olehindustri sawit negara.Sekali lagi, pada12Mei2016, SenatPerancis (commissionmixteparitaire

– CMP) mengundi rang undang-undang ini pada bacaan kedua secaratertutup.Walaubagaimanapun ia gagal disebabkankedua-duaparti tidakdapat mencapai kata sepakat semasa sesi pengundian bersama.Keputusan rasmi dikeluarkan pada 25 Mei 2016. Dengan itu, teks

rang undang-undang ini akan kembali dibahaskan di French Na-tional Assembly pada awal Jun, dan seterusnya kepada SenatPerancis dan akan kembali ke National Assembly pada bulan Julai.Oleh kerana cukai minyak sawit masih belum diputuskan Ke-

rajaan Perancis, kita patut terus memantau perkembangan se-lanjutnya dan mengambil tindakan perlu.Dalam hal ini, MPOB akan terus melaksanakan penyelidikan dan

pembangunan untuk mendapatkan data saintifik bagi membuk-tikan pengeluaran minyak sawit yang mampan dan minyak sawitadalah baik untuk kesihatan.Di samping itu,MPOBjugaakanterusmemantauperkembanganterkini

terutamanya dalam penggubalan rang undang-undang di peringkatantarabangsa untuk memastikan pasaran minyak sawit tidak terjejas.MPIC, MPOB dan industri sawit negara sentiasa bekerjasama

untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi menjamin kese-jahteraan industri sawit negara memandangkan industri sawitadalah tunggak ekonomi negara yang penting.

Isu-isu berhubungminyak sawitdi Kesatuan Eropah

Nancy Shukri, Datuk M Nagarajan dan Datuk Dr Choo Yuen May menunjukkan buku yang dilancarkanpada TOT 2016.

Page 3: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

M Nagarajan dilantikKetua Setiausaha MPIC

Oleh Noor Asmawati AbdulSa m a dwatie@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Datuk M. Nagarajan dilantiksebagai Ketua SetiausahaKementerian Perusahaan

Perladangan dan Komoditi (MPIC)berkuat kuasa 16 Mei 2016.

Perlantikan diumum KetuaSetiausaha Negara, Tan Sri DrAli Hamsa.

Datuk Nagarajan, 58, meng-gantikan mendiang Datuk DrSundaran Annamalai, yang ter-babit dalam nahas helikopterdi Sarawak pada 5 Mei lalu.

Beliau sebelum ini adalahTimbalan Ketua Setiausaha (Per-ladangan dan Komoditi) MPIC.

Di kementerian yang sama,beliau sebelum ini pernahmenjawat jawatan SetiausahaBahagian Perhubungan Anta-rabangsa dan Setiausaha Ba-hagian Industri Sawit dan Sa-gu.

“Beliau mempunyai penga-laman yang luas dalam bi-dang perancangan, penyelidi-

kan dan dasar, hubungan an-tarabangsa, industri komoditidan ekonomi melalui kerjayap erkhidmatannya,” kata TanSri Ali dalam satu kenyata-an.

Datuk M. Nagarajan telah ber-khidmat dalam perkhidmatanawam selama lebih 32 tahunsejak menyertai perkhidmatansebagai Pegawai Tadbir dan Dip-

lomatik pada 9 Jan 1984.

Punyai kelayakanBeliau juga pernah berkhid-mat di Kementerian Perdaga-ngan Antarabangsa dan Indus-tri (MITI) sebagai Ketua Pe-nolong Setiausaha, BahagianKerjasama Ekonomi ASEANdan Penolong Setiausaha, Ba-hagian Dasar Perindustrian.

Tan Sri Ali berkata, beliaupercaya Datuk M. Nagarajanmempunyai kelayakan, penge-tahuan, pengalaman dan kre-dibiliti serta dapat menerus-kan misi MPIC untuk memas-tikan daya saing Malaysia diperingkat antarabangsa da-lam industri berasaskan ko-moditi dan sumbangan kearah pembangunan negara.

MPOB terimakunjungan AhliParlimen Eropah

MEP, MPICdialog bincangindustri sawitOleh Nor Asliza Semiran@Saring, RafizahMazlan dan Fauziah Arshadnorasliza@mp ob.gov.my,rafizah@mp ob.gov.my,fauziah@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya : Delegasi Ahli Parlimen Kesa-tuan Eropah (MEP) yang diketuai oleh AhliJawatankuasa Industri, Penyelidikan danTenaga, Barbara Kappel telah mengadakansatu sesi dialog dengan Kementerian Pe-rusahaan Perladangan dan Komoditi(MPIC) sempena rangka lawatan delegasiitu ke Malaysia baru-baru ini.

Sesi dialog turut dihadiri oleh SetiausahaBahagian Eropah Kementerian Luar NegeriMalaysia, Dato' Azmil Mohd Zabidi danKetua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sa-wit Malaysia (MPOC), Tan Sri Datuk Dr.Yu-sof Basiron.

Sesi dialog ini telah digunakan sebagaiplatform untuk membincangkan isu-isu ber-kaitan industri sawit di Eropah seperti pe-ngenalan cukai import oleh Perancis, pe-labelan ‘Tanpa Minyak Sawit’ pada produkmakanan dikeluarkan oleh syarikat di Ero-pah, persepsi negatif mengenai minyak sa-wit dan isu kemampanan dalam pemba-ngunan industri sawit di Malaysia.

Delegasi MEP juga diberi penjelasan me-ngenai usaha-usaha yang dilakukan olehkerajaan Malaysia dalam memastikanpenghasilan minyak dan produk sawit se-cara mampan, selari dengan keperluandan permintaan pasaran daripada negaraluar masa kini.

Selain itu, delegasi juga telah diberikanpenerangan mengenai usaha yang dija-lankan dalam membantu meningkatkantaraf hidup pekebun kecil di Malaysia.

» Pe r l a n t i k a ndiumum KetuaSetiausahaNegara

Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Datuk M. Nagarajan.

DelegasiMEPmendengarp eneranganmengenaibio diesels awitketikamengadakanlawatanke IbuPejab atM P O B.

3

Oleh Rafizah Mazlan, Nor AslizaSemiran@Saring dan FauziahArshadrafizah@mp ob.gov.my,norasliza@mp ob.gov.my,fauziah@mp ob.gov.my

Bangi: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) menerimakunjungan delegasi yang ter-diri Ahli-ahli Parlimen Kesatu-an Eropah (EU) baru-baru ini.

Rombongan Ahli Parlimen Ke-satuan Eropah yang diketuaioleh Ahli Jawatankuasa Ekono-mi dan Hal Ehwal Kewangan,Barbara Kappel diberi taklimatberkaitan industri sawit Malay-sia merangkumi aspek kemam-panan serta hasil penyelidikan

khususnya mengenai kebaikandan keistimewaan minyak sawityang dijalankan di MPOB bagimemberi kefahaman yang lebihmendalam.

Delegasi turut diberi penera-ngan tentang Malaysian Standardon Sustainable Palm Oil (MSPO)yang digubal bagi memastikanamalan pensijilan mampan me-liputi semua sektor termasuk pe-kebun kecil sawit.

Pembangunan MSPOPembangunan MSPO sejajar de-ngan perkembangan globalyang semakin memberi tum-puan kepada penghasilan mi-nyak sawit secara mampan, danseterusnya menjamin industrisawit Malaysia diurus secaramampan dan dikawal selia oleh

peraturan yang ketat berkaitanpembangunan tanah dan alams e k i t a r.

Delegasi ini dibawa melawatPusat Kemajuan Bioteknologi danBiak Baka (ABBC). Mereka dide-dahkan dengan hasil penyelidi-kan oleh pakar-pakar dari MPOBdalam usaha menghasilkan bakapokok sawit yang lebih baik.

Ahli-ahli Parlimen Eropah ka-gum dengan kemajuan penyeli-dikan yang dijalankan di MPOB.

Selain itu, para delegasi turutdiberi penerangan tentang tek-nologi biodiesel MPOB dan jenis-jenis produk yang mampu diha-silkan melalui teknologi ini ketikalawatan ke loji rintis biodiesel.

Lawat loji rintis marjerinDelegasi juga sempat melawatloji rintis marjerin MPOB. Se-masa lawatan ini, ahli-ahli Par-limen Eropah ini diberi pene-rangan mengenai sifat semula

jadi minyak sawit yang versatildalam pembuatan produk se-perti marjerin dan lelemak tan-pa melalui proses penghidroge-nan.

Kaedah pembuatan marjerindan lelemak tanpa proses peng-hidrogenan yang dipraktikkanadalah berlainan daripada yangselalu diamalkan di beberapa ne-gara pengeluar minyak kacangsoya, jagung, canola dan bungamatahari.

Page 4: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

SABTU4JUN201644

BELASUNGKAWA

Oleh Mohd Saufi [email protected]

Majlis Transformasi Peke-bun Kecil Komoditi diRumah Panjang Intai

Suri Baroh, Betong adalahmajlisterakhir yang dirasmikan olehTimbalan Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, Al-lahyarhamah Dato’ Noriah Kas-non.Turut serta Pengerusi MPOB, Al-

lahyarham Dato’ Ar. Wan Moham-mad Khair-il Anuar Wan Ahmaddan Ketua Setiausaha KementerianPerusahaan Perladangan dan Ko-moditi (MPIC), mendiang Datuk DrSundaran Anamalai.Mereka berserta tiga yang lain

terlibat dalam nahas helikopterdi Sarawak dalam penerbangandari Betong ke Kuching pada pe-tang 5 Mei lalu.Program Transformasi Pekebun

Kecil Komoditi merupakan prog-ram turun padang yang melibat-kan kepimpinan MPIC dan agensidi bawahnya bersamapekebun ke-cil yang mengusahakan tanamankomoditi seperti sawit, getah, kokodan lada.Program Transformasi Pekebun

Kecil dilaksanakan secara berkalamelibatkan siri ceramah, pame-ran dan penyampaian bantuankepada pekebun kecil.Allayarhamah Dato’ Noriah

Kasnon dan Allahyarham Dato’Ar. Wan Mohammad Khair-ilyang mewakili Parlimen SungaiBesar, Selangor dan Kuala Kang-sar, Perakmempunyai komitmenyang tinggi bagi memperjuangdan memperkasakan sektor ko-moditi dan pekebun kecil.Dalam kesibukan tugas, me-

reka tetap komited dan melu-

angkanmasamenyertai programyang diatur oleh kementeriandan agensi bagi bersua muka de-ngan pekebun kecil dan pendu-duk rumah panjang di pedala-man Sarawak.Menyingkap kenangan bersa-

ma Allayarhamah Dato’ NoriahKasnon, beliau merupakan se-orang pemimpin yang rapat de-ngan pekebun kecil dan masya-rakat luar bandar.Berkelulusan dalam bidang Un-

dang-undang, memulakan kerjayadalam pentadbiran kerajaan seba-gai Setiausaha Parlimen Kemen-terian Penerangan pada tahun2004.Sepanjang karier dalam pen-

tadbiran kerajaan, beliau telahdilantik sebagai Timbalan Men-teri Pembangunan Wanita, Ke-luarga dan Masyarakat pada ta-hun 2008 dan pada Mac 2009beliau telah dipindahkan ke Ke-menterian Tenaga, Teknologi Hi-jau dan Air.Menyertai MPIC pada tahun

2013, beliau terbabit pelbagaiprogram yang melibatkan peke-bun kecil komoditi anjuran ke-menterian dan agensi.Bagi memberi pendedahan ke-

pada penduduk di kawasan Par-limen Sungai Besar, beliau me-ngambil inisiatif menganjurkanprogramJomSemarakkanSawit diSungai Besar yang julung kali di-adakan oleh MPOB.Program yang melibatkan sesi

penerangan kepada pekebun ke-cil, pameran, demonstrasi ma-sakan berasaskan produk sawitmenyedia peluang kepada pen-duduk setempat bagi mendapat-kan maklumat mengenai pena-naman sawit dan kegunaan pro-duk sawit.Malah dalam setiap program

yang dilaksanakan di ParlimenSungai Besar, AllahyarhamahDa-to’ Noriah sentiasa memastikanjamuan yang dihidangkan kepa-da penduduk mengandungi me-nu berasaskan sawit bagi me-ngetengahkan kebaikan dan ke-istimewaan minyak sawit dalampenyediaan makanan kepadaorang ramai.AllahyarhamDato’Ar.WanMo-

hammad Khair-il Anuar berke-lulusandalambidang seni binadiKingston-on-Thames, London. Be-liau menubuhkan firma arkitekpada awal tahun 1980-an.Beliau juga aktif dalam politik

dan memenangi Kerusi DewanUndangan Negeri Bukit Chan-dan pada pilihan raya umum2008 dan seterusnya dipilih se-bagai Ahli Parlimen Kuala Kang-sar semasa pilihan raya umum2013.Sebaik dilantik sebagai Penge-

rusi MPOB, antara fokus utamabeliau ialahmeningkatkankeupa-yaan pekebun kecil sawit danmemperkasakan ekonomi bumi-putera.Dalam konteks pembangunan

pekebun kecil tumpuan pentingialah pendedahan pengunaanteknologi baharu, amalan per-tanian baik dan pensijilan mam-pan yang berupaya menyum-bang kepada peningkatan pro-duktiviti dan pendapatanpekebun kecil.Di bawah teraju beliau sebagai

Pengerusi MPOB, beberapa insen-tif dirancang bagi memperkasa-kan usahawan bumiputera yangterlibat dalam industri sawit se-perti pengusaha tapak semaian,peniaga buah sawit dan usaha-wan yang terlibat dalam peng-komersialan teknologi yang diba-ngunkan oleh MPOB.

Bagi mempertahankan indus-tri sawit daripada tohmahan dankempenantiminyak sawit di luarnegarakhususnyadi Eropahyangbertujuan menghalang pasaranminyak sawit negara, beliau ber-sama pimpinan kementerianberada di barisan hadapanmem-pertahankan imej minyak sawitMalaysia.Sepanjang April lalu, selain

menghadiri sesi Parlimen, beliausentiasa meluangkan waktu ber-ada di MPOB bagi bersama-samadengan Ahli Jawatankuasa Pena-sihat Program (PAC) yang me-ngadakan mesyuarat tahunan diBangi untuk membincangkanprojek penyelidikan yang akan di-laksanakan oleh MPOB bagi ke-majuan industri sawit.Seminggu sebelum menghadiri

program pekebun kecil di Sarawak,Allahyarham bersama Ketua Setia-usaha MPIC mengetuai delegasiyang disertai Ahli-ahli ParlimenMa-laysia dan pegawai kanan Kerajaanke Paris dan Brussels bagi menga-dakan rundingan dan menyatakanbantahan Malaysia berhubung ca-dangan cukai tambahan ke atasminyak sawit yang boleh memberikesan kepada kemajuan pekebunsawit di Malaysia dan negara pe-ngeluar lain.Walaupun mempunyai jadual

yang padat termasuk mengetuaiperbincangan Ahli Parlimen Ma-laysia bersama Ahli Parlimen Ero-pahyangberadadiKualaLumpur,beliau tetap meluangkan masabersama dengan Ketua Setiausa-ha MPIC untuk hadir di majlisTimbalan Menteri di Betong padakeesokan harinya.Dalam kesempatan masa yang

terbatas sebagai Ahli Parlimendankomitmen lain, Allahyarhamsentiasa hadir memberi soko-

ngan kepada program anjurankementerian dan MPOB terma-suk di Sabah dan Sarawak sepertiPersidangan Pekebun Kecil Ke-bangsaan di Sarawak; ProgramHello Komoditi di Long Lama danProgram Transformasi PekebunKecil Komoditi.Semoga roh Allahyarhamah

Dato’ Noriah dan AllahyarhamDato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar ditempatkan bersamaorang-orang yang beriman danberamal soleh.Mendiang Datuk Dr Sundaran

Annamalai dilantik sebagai Ke-tua Setiausaha MPIC pada 2015dan sempat berkhidmat selamalima bulan di kementerian. Be-liau berpengalaman luas dalamsektor awam khususnya dalamperancangan dasar sektor ke-wangan, perbankan dan ekono-mi.Walaupun masih baharu da-

lam sektor komoditi, ternyata be-liau mempunyai pengetahuanmendalam mengenai sektor ko-moditi termasuk industri sawitdan komited bagi pelaksanaanvisi kecemerlangan sektor komo-diti.Ketika lawatan kerja ke MPOB,

beliaumemperlihatkankomitmentinggi bagi mendalami bidang pe-nyelidikan dalam industri sawityang dijalankan oleh MPOB de-ngan mengikuti lawatan ke lojirintis dan makmal penyelidikansehingga lewat petang.Beliau turutmeluangkanmasa

mengadakan pertemuan denganPengurusSerantauPejabatMPOBdi luar negara yang berada diKuala Lumpur bagi menghadirimesyuarat PAC anjuran MPOBpada April lalu.Pertemuan ini memberi pelu-

ang kepada MPOB memaklum-kan mengenai aktiviti khidmatteknikal yang disediakan kepadapengguna minyak sawit bagimemperluaskan pasaran minyaksawit di luar negara.Dalam tempoh singkat selepas

dilantik sebagai Ketua Setiausaha,beliau turun padang menyertaiaktiviti anjuran kementerian danagensi. Komitmen tinggi terhadaptugas dan usahamemperkasa pe-kebun kecil sawit melalui penyer-taan lawatan projek dan sesi pe-nerangan membawa beliau keceruk rantau termasuk di Sara-wak.PemergianAllahyarhamahDato’

Noriah Kasnon, AllahyarhamDato’Ar. Wan Mohammad Khair-il Anu-ar Wan Ahmad danmendiang Da-tuk Dr Sundaran Annamalai da-lam nahas helikopter AS 350 diSebuyau, Sarawak ketika perjala-nan pulang daripada menghadirimajlis bersama pekebun kecil diBetong ke Kuching pada 5 Mei laluadalah tragedi dan kehilangan ke-pada sektor komoditi dan pekebunkecil.Komitmen tinggi dan tanggung-

jawabmereka terhadap tugas ada-lah pengorbanan pemimpin yangpergi meninggalkan kita dengancita-cita dan harapan tinggi bagikemajuan sektor komoditi danperladangan.

Sektor komoditi kehilangan tokohgigih perjuangkan pekebun kecil

Allahyarhamah Dato’ Noriah Kasnon Allahyarham Dato’ Ar Wan MohamadKhair-il Anuar Wan Ahmad

Mendiang Datuk Dr Sundaran Anamalai

Page 5: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

MPOB juaraITEX 2016» Menang38 pingatkecemerlangan

INFO

SENARAI TEKNOLOGIMPOB YANG MENERIMAANUGERAH DI ITEX 2016

Oleh Fadzil [email protected]

Kuala Lumpur

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) muncul seba-gai juara di Pameran Inno-

vasi dan Ciptaan Antarabangsake 27 (ITEX 2016) setelah me-menangi anugerah kecemerla-ngan terbanyak di majlis itu.MPOBmemenangi 38 pingat ke-

cemerlangan – 23 emas, 12 perakdan tiga gangsa di ITEX 2016.Ini merupakan satu peningka-

tan buat MPOB yang berjayamembawa pulang 34 pingat -- 17emas, 14 perak dan tiga gangsa diITEX 2015. Di ITEX 2014, MPOBmemenangi 32 pingat – 17 emas,14 perak dan satu gangsa.

MPOB juga dianugerahkan 10Malaysian Innovative ProductAward yang mengiktiraf inovasiyang berjaya dikomersialkan.MPOB juga memenangi Anu-

gerah Khas ITEX 2016, iaitu MIN-DS Visionary Award; IFIA Medalfor Best Women Inventor Award;Best Invention – Research Ins-titution Award; Malaysian BestInnovative Product Award; danBest Booth Design Award.Ketua Pengarah MPOB, Datuk

Dr Choo Yuen May memenangiMINDS Visionary Award semen-tara Pegawai PenyelidikMPOB, DrLoh Soh Kheang dan kumpulan-

nya telah dianugerahkan IFIAMe-dal for Best Women InventorAward.Seorang lagi Pegawai Penyelidik

MPOB, Dr Meilina Ong Abdullahdan pasukannya telah memena-ngi Best Invention – Research Ins-titution Award dengan teknologiterbaru iaitu SureSawit Karmayang bertujuan untuk mengenalpasti baka sawit yang produktif.

Teknologi dan inovasi yang di-pamerkan oleh MPOB di ITEX2016 meliputi bidang yang luasuntuk sektor sawit.Ianya termasuk pertanian, bio-

teknologi, proses pembuatan, ke-sihatan, oleokimia, teknologi ko-munikasi dan maklumat, multi-media, alam sekitar, tenaga,peralatan dan barangan kecan-tikan.

Lebih 20 negara telah mengam-bil bahagian di ITEX 2016 yangmempamerkan 23 kategori cip-taan berkaitan inovasi atau tek-nologi dengan matlamat mem-perbaiki kehidupan seharian.Lebih 1,000 hasil ciptaan da-

ripada pencipta tempatan danantarabangsa, saintis, institusipenyelidikan dan badan korporatdipamerkan di ITEX 2016.

ANUGERAH / TEKNOLOGI /PENERIMA

ANUGERAH KHASMINDS VISIONARY AWARD 2016

- Datuk Dr Choo Yuen May

IFIA MEDAL FOR BESTWOMENINVENTOR AWARDPalm-Based Mould Release

Lubricating Oil (Ecomould)- Dr Loh Soh Kheang dan kumpulan

BEST INVENTION – RESEARCHINSTITUTIONSSuresawit Karma – A Diagnostic

Assay For Oil Palm Clonal Conformity- Dr Meilina Ong Abdullah dankumpulan

MALAYSIAN BEST INNOVATIVEPRODUCTRed Palm Oil Biscuits To Combat

Vitamin A Deficiency In Gansu, China- Yoong Jun Hao dan kumpulan

PATRON OF ITEX AWARD – OR-GANISATIONWHICHWON THEMOST ITEX 2016 MEDALSMPOB

BEST BOOTH DESIGN (GOLDAWARD)MPOB

PINGAT EMASPalm-Based Materials For Encaustic

Painting Medium - Dr Lim Wen Hueidan kumpulan

Substitute Of Palm Olein For SoybeanOil Used In Hunan Flour Cooked Food -Dr Ooi Cheng Keat dan kumpulan

Palm Based Vegetable LardSubstitute - Ji Min dan kumpulan

Trans Free Powder Fats For FoodIndustry - Ji Min dan kumpulan

Application Of Palm Oil In Hot Pot SoupStock - Xiao Wenyan dan kumpulan

Application Of Palm Oil In Dog Food -Ma Yinhui dan kumpulan

Palm Based Special Oils For Quick-Frozen Food And Frozen Dough - GeRuihong dan kumpulan

Palm Based Fish Snack - Ji Min dankumpulan

Application Of Palm Oil In FragrantSauce - Ge Ruihong dan kumpulan

Application Of Palm Oil In PickledVegetable Products - Xiao Wenyan dankumpulan

Palm Oil in Sichuan Slice Beef Snack -Hu Mingming dan kumpulan

New Polyols Based On Palm OilDerivatives and Tetrahydrofuran - DrHoong Seng Soi dan kumpulan

Xylo-Oligosaccharides: An EmergingHigh Value Prebiotic From Oil PalmBiomass - Noorshamsiana Abd. Wahabdan kumpulan

Long-Term Storage Of Oil PalmGermplasm Zygotic Embryo ViaCryopreservation - Norziha Abdullahdan kumpulan

Antioxidant Chili Oil - Dr Voon PhooiTee dan kumpulan

Suresawit™ Karma Assay For OilPalm Clonal Conformity - Dr Meilina

Ong Abdullah dan kumpulan

MPOB 24/7 - Norhayati Md Fahimydan kumpulan

Bio-Organic Burkholderia GanoEB2For Controlling Ganoderma Disease InOil Palm - Dr Idris Abu Seman dankumpulan

Molecular RT-LAMP Kit For DetectionOf Orange Spotting Caused By CoconutCadang-Cadang Viroid (OS-CCVD)In OilPalm - Dr Idris Abu Seman dankumpulan

Extracellular Biopolymer FlocculantFrom Palm Oil Mill Effluent And ItsApplication In Harvesting Microalgae -Nurul Adela Bukhari dan kumpulan

Palm-Based Mould ReleaseLubricating Oil (Ecomould) - Dr Loh SohKheang dan kumpulan

Feed-Grade Palm Kernel Cake ForMonogastric Animals - RohayaMohamed Halim dan kumpulan

Snipper Press: Cutting And PressingMachine For The Oil Palm Biomass - DrRidzuan Ramli dan kumpulan

PINGAT PERAKMycorrhiza In Oil Palm: An

Appropriate Technology Towards ASustainable Industry - Dr ShamalaSundram dan kumpulan

Application of Traction Aid forTransporter on Peat - Abdul RazakJelani dan kumpulan

Improve Palm-Based MicroemulsionsAs All Purpose Liquid Cleaners - DrIsmail Ab. Rahman dan kumpulan

A Powder Substrate Of

PycnoporusSanguineus, GanoBF2 As ABiological Treatment For AcceleratingDegradation Of Oil Palm GeneratedWastes - Dr Idris Abu Seman dankumpulan

Sprayer for Young Palm - AbdulRazak Jelani dan kumpulan

New High Functionality Polyol BasedOn Palm Olein Arniza - Mohd Zan dankumpulan

In Field Oil Palm Loose FruitsSeparator Cum Transporter - AbdRahim Shuib dan kumpulan

Margarine Formulated With Palm Oil-Based Structural Fat ApplicableBetween 15€C To 35€C- Dr SivarubyKanagaratnam dan kumpulan

In-Field FFB Transporter Fitted WithTriangular Track For Improving Mobility- Mohd Ramdhan Mohd Khalid dankumpulan

Palm Oil As Renewable Resource ForPolyurethane Elastomer Applications -Mohd Norhisham Sattar dan kumpulan

Red Palm Oil Biscuits To CombatVitamin A Deficiency In Gansu, China -Yoong Jun Hao dan kumpulan

Enhancing Oil Palm PlantationDesign Using MPOB OPRIS ForSustainable Cultivation - Nordiana AbdAziz dan kumpulan

PINGAT GANGSADevelopment Of Palm Based Dried

Meat Floss - Niu Yueting dan kumpulan

Oil Palm (ElaiesGuineensis) LeavesExtract As A Natural Sunscreen andSkin Lightening Agent for TopicalApplication - Nor Zuliana Yusof dan

kumpulan

Sawmilling Cutting Pattern ForOptimising The Yield Of Oil Palm Sawn-Lumber On Drying - Dr KamarudinHassan dan kumpulan

MALAYSIA INNOVATIVEPRODUCT

Rhamnolipid Biosurfactant FromPalm Oil Mill Waste Discharge and ItsApplication in Bioremediation ofArsenic Contaminated Soil - Dr AbdulRashid M Yatim dan kumpulan

Production Of Short Length And SemiDried Fiber Using Snipper Press - DrRidzuan Ramli dan kumpulan

Palm Based Vegetable LardSubstitute - Ji Min dan kumpulan

Application Of Palm Oil In PickledVegetable Products - Xiao Wenyan dankumpulan

Palm Based Fish Snack - Ji Min dankumpulan

Palm Oil In Sichuan Slice Beef Snack -Hu Mingming dan kumpulan

Red Palm Oil Biscuits To CombatVitamin A Deficiency In Gansu, China -Yoong Jun Hao dan kumpulan

Feed-Grade Palm Kernel Cake ForMonogastric Animals - RohayaMohamed Halim dan kumpulan

Palm-Based Mould ReleaseLubricating Oil (Ecomould) - Dr Loh SohKheang dan kumpulan

Antioxidant Chili Oil - Dr Voon PhooiTee dan kumpulan

Datuk Dr ChooYuen Maymenerima ‘Patronof ITEX Award’daripadaAcademician TanSri EmeritusProfessor Datuk DrAugustine OngSoon Hock selakuagensi yang palingbanyakmemenangianugerah padaITEX 2016.

5

Page 6: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

MPOB tawarperkhidmatan,teknologi baharu

6 7

Loji komersial penghasilan biogasasli termampat (Bio-CNG) daripadabiogas berasaskan efluen sawitOleh Nasrin Abu [email protected]

Pemprosesan buah tandan segar (BTS) bagipenghasilan minyak sawit mentah (MSM) dikilang sawit turut menghasilkan sisa kum-bahan yang dikenali sebagai efluen kilangsawit (POME).Pada tahun 2015, dianggarkan sebanyak

63.42 juta tan POME dihasilkan daripadapemprosesan 97.57 juta tan BTS di 445 buahkilang pemprosesan BTS di seluruh negara.Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar (1977),

POME perlu dirawat sehingga di bawah hadkadar pelepasan keperluan oksigen biologi(biological oxygen demand - BOD) yang di-tetapkan (bergantung kepada kepada ka-wasan tertentu) sebelum dilepaskan ke su-ngai atau pun untuk tujuan pengairan la-dang sawit.Kesemua kilang sawit mengguna pakai

penguraian anaerobik bagi rawatan POMEsama ada menggunakan tangki atau ko-lam.Proses ini menghasilkan biogas yang me-

ngandungi gas metana, CH (65%), karbondioksida, CO (35%) dan hidrogen sulfida, H S

(< 3000 ppm) ke atmosfera.Biogas boleh diperangkap menggunakan

teknologi tangki atau kolam tertutup, danseterusnya berpotensi untuk digunakan se-bagai sumber tenaga diperbaharui (renewab-le energy - RE). Pendekatan ini boleh me-ngurangkan jejak karbon (carbon footprint)penghasilan MSM di kilang sawit seterusnyameningkatkan kelestarian dan pembangu-nan mampan industri sawit negara.Di bawah Projek Permulaan 5 (EPP5) –

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), pi-hak kerajaan mensasarkan kesemua kilangsawit untukmemasang loji pemerangkapan

biogas pada tahun 2020.Sehingga kini sebanyak 88 kilang sawit

telahmemasang loji pemerangkapan biogasini dengan pelbagai bentuk penggunaantenaga termasuk penjanaan elektrik (samaada sambungan ke grid nasional, grid tem-patan dan penggunaan kilang), pembaka-ran bersama biojisim sawit serta bahan apialternatif bagi dandang stim.Dalam usaha mempelbagaikan penggu-

naan biogas sebagai sumber tenaga hijau,satu kerjasama strategik di antara MPOB,Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (FPISB) danSime Darby Offshore Engineering Sdn. Bhd.(SDOESB) telah diwujudkan bagi pemba-ngunan dan pengoperasian loji komersialbiogas asli termampat (Bio-Compressed Na-tural Gas, Bio-CNG) pertama di dunia da-ripada sumber biogas sawit.

Teknologi dan Produk Bio-CNGSecara umumnya, biogas mentah yang ter-hasil daripada rawatan POME boleh diper-tingkatkan kualiti dan spesifikasinya me-lalui proses lanjutan yang melibatkan pe-ny i n g k i r a n g a s CO dan HS ba g imempertingkatkan kandungan CH (>90%),seterusnya dimampatkan bagi tujuan pe-nyimpanan dan logistik menggunakan gassilinder.Proses ini menghasilkan bahan api yang

dikenali sebagai biogas asli termampat atauBio-CNGdimana iamempunyai nilai tenagadan juga spesifikasi yang lebih konsisten,dan hampir sama dengan kualiti gas asliberasaskan petroleum.Sebagai perbandingan, gas asli mengan-

dungi lebih 92% CH dan 6% gas-gas hi-drokarbon lain seperti etana, butana danpropana yang menjadikan kandungan te-naga gas asli sedikit tinggi berbanding Bio-CNG.Teknologi ini banyak digunakan di negara-

negara maju seperti Sweden dan Jer-man.Terdapat beberapa komersial teknologiyang digunapakai untuk tujuan peningka-tan kualiti biogas mentah termasuk waterwash, chemical absorption, membrane dan

pressure swing absorption (PSA).Carta alir bagi penghasilan biogas asli

termampat dan perbezaan spesifikasi ba-han api di antara biogas mentah Bio-CNGdan gas asli (natural gas, NG).Pembangunan loji Bio-CNG yang terletak

di Kilang Kelapa Sawit (KKS) Felda Sg. Tengibermula sejak Februari 2014 dan siap se-penuhnya pada awal tahun 2015.Loji yang bernilai RM 7 jutamenggunakan

600 m /jam sumber biogas yang dihasilkanmenggunakan teknologi kolam penguraitertutup (covered lagoon) untuk mengha-silkan Bio-CNG sebanyak 400 m /jam ataukapasiti pengeluaran tahunan sebanyak80,000 MMBtu.Penghasilan Bio-CNG ini terbahagi kepada

3 proses utama, iaitu pra-rawatan (pretre-atment), peningkatan kualiti biogas (upgra-ding process),pemampatan dan penyimpan

serta pemasaran produk (compress, storageand distribution).Secara purata, biogas mentah yang ter-

hasil mempunyai kandungan 64.8% CH , 35% CO dan 2600 ppm H S akan dirawatterlebih dahulu menggunakan bio-scrubberdan karbon teraktif (activated carbon) bagimenurunkan kandungan H S kepada ku-rang daripada 10 ppm.Ini diikuti dengan proses pemampatan

biogas peringkat pertama ( 1st stage com-pressor) bagi membolehkan biogas melaluiproses pemisahan CO menggunakan tek-nologi membran.PenyingkiranCOakanmempertingkatkan

kandungan CH ( > 94%) sebelum gas inidimampatkan sekali lagi (2nd stage com-pression) untuk tujuan penyimpanan kedalam gas silinder atau tangki penyimpanbertekanan tinggi.Dispenser turut dipasang bagi pengisian

produk Bio-CNG ke trailer tangki penyim-panan sebelum dihantar kepada penggunaindustri. Sama seperti gas asli, Bio-CNG yangdihasilkan adalah tanpa warna, bau danrasa serta tidak beracun.

Manfaat PengkomersialanPotensi pengkomersilan projek ini meliputisemua aspek rantai bekalan (supply chain)Bio-CNG termasuk pembangunan loji Bio-CNG dan pengeluaran produk, pengedaranproduk serta penggunaannya, selain impakpositif kepada industri sawit dari segi pe-ngurangan pelepasan gas rumah hijau keatmosfera.Secara teknikalnya, loji ini boleh diin-

tegrasi bersama loji biogas yang sedia adadengan nilai pelaburan dan pulangan yanglebih ekonomik dan kompetitif.Kejayaan pembangunan loji komersial

Bio-CNG yang pertama seumpamanya inisecara tidak langsung memberi banyak pi-lihan kepada pemain industri untuk mem-bangun danmengguna pakai teknologi yangekonomik bagi penggunaan biogas, sete-rusnyamenjana pendapatan sampingan da-ripada rawatan POME.

Model pembangunan loji Bio-CNG jugadilihat sesuai sebagai alternatif bagi kilang-kilang sawit yang tidak berpotensi mem-bangunkan loji biogas untuk penjanaanelektrik bagi sambungan ke grid nasional,dengan syarat pembangunan loji Bio-CNGini perlu disokong dengan model pengang-kutan dan logistik bagi penghantaran pro-duk secara terus kepada pengguna mahupun dibekalkan ke sistem perpaipan gasyang sedia ada.Dari segi penggunaan komersial, Bio-CNG

ini boleh digunakan secara terus sebagaibahan api alternatif untuk sektor peng-angkutan (natural gas vehicles, NGV) danjuga sektor industri, terutamanya bagi peng-hasilan tenaga haba dan stim. Sungguh punpotensi penggunaan Bio-CNG di dalam ke-dua-dua sektor ini sangat besar, namununtuk menggantikan penggunaan gas aslibuat masa ini adalah tidak kompetitif di-sebabkan harga pasaran gas asli sama ada distesyen minyak dan juga yang dibekalkanoleh Gas Malaysia (untuk sektor industri)adalah jauh lebih rendah.Oleh itu sebagai permulaan, penggunaan

Bio-CNG disasarkan di kilang-kilang yangpada masa kini menggunakan bahan apifosil seperti diesel, medium fuel oil (MFO)dangas petroleum cecair (LPG).Pendekatan ini dilihat lebih praktikal di

mana pengguna dapat menikmati penji-matan kos penggunaan bahan api dan padamasa sama mengurangkan pelepasan gasrumah hijau daripada penggunaan bahanapi fosil.Sehubungan itu, bagi projek ini, Bio-CNG

dibeli dan dipasarkan oleh syarikat usahasama Sime Darby dan Gas Malaysia untukpasaran industri.Kilang OMI Alloy (M) Sdn. Bhd (OMI) yang

terletak di Serendah, merupakan penggunaindustri pertama yang bakal mengguna pa-kai Bio-CNG bagi menggantikan penggu-naan LPG.Kilang sawit berkapasiti 60 tan sejam ber-

potensi menghasilkan 3.14 juta m Bio-CNGsetahun atau 102,109 MMBtu.

» Rangkumi pelbagaisegmen industri sawitbantu tingkatproduktiviti, tambahbaik operasi

Loji komersial Bio-CNG pertama di dunia menggunakan biogas sawit dibangunkan oleh MPOB, FPISB dan SDOE di Kilang Kelapa SawitFelda Sg. Tengi, Selangor

Oleh Noor Asmawati Abdul [email protected]

LembagaMinyak SawitMalaysia (MPOB)menawarkan 22 teknologi dan 10 per-khidmatan baharu yang dibangunkan

oleh penyelidik MPOB untuk dikomersial-kan oleh pihak industri dan usahawan tem-patan.Semua teknologi dan perkhidmatan ba-

haru berkenaan dilancarkan MPOB semasaSeminar dan Pameran Pemindahan Tek-nologi (TOT) MPOB 2016 yang diadakan diibu pejabatnya di Bangi, Selangor baru-baruini.Teknologi dan perkhidmatan yang dita-

warkan merangkumi pelbagai segmen in-dustri sawit bagi membantu meningkatkanproduktiviti, menambah baik operasi danmeluaskan kegunaan sawit.Teknologi dan perkhidmatan baharu yang

ditawarkan untuk pengkomersialan me-rangkumi pengurusan perladangan, biotek-nologi dan biak baka, pengilangan dan pem-prosesan, penjenteraan ladang, teknologimakanan dan fitonutrien, sektor biojisimdan oleckimia.Untuk maklumat lanjut mengenai tek-

nologi dan perkhidmatan yang ditawarkanoleh MPOB bagi tujuan pengkomersialan,sila lawati laman sesawang MPOB diwww.mpob.gov.my

2

4

2

2 2

4

4

3

3

4

2 2

2

2

2

4

3

Page 7: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

OFIC 2016 agenda utama mesyuarat ISF» Lawatan bukamata delegasisistem mapanp erladangan,p enghasilanminyak sawit

Oleh Nor AslizaSemiran@Saring ,Rafizah Mazlandan Fauziah [email protected] /[email protected] /fauziah@mp ob.gov.my

Teluk Intan: Ahli ParlimenKesatuan Eropah (MEP) me-ngadakan kunjungan keUnited Plantations Bhdsempena rangka lawatankerja ke Malaysia baru-baruini.

Lawatan ke United Plan-tations Bhd di Jenderata Es-tate, Teluk Intan adalah ini-siatif Lembaga Minyak Sa-w i t M a l ays i a ( M P O B )bertujuan agar MEP dapatmerasai dan melihat secaradekat amalan perladangansawit di Malaysia.

Ketika kunjungan, dele-gasi diberi penerangan ten-tang sejarah penubuhanUnited Plantations Bhdoleh Naib Pengerusi dan Ke-tua Pengarah Eksekutifnya,D a to ’ Carl Bek-Nielsen.

Dapat persijilan RSPOAhli Jawatankuasa Indus-tri, Penyelidikan dan Tena-ga yang juga ketua delegasi,Barbara Kappel, sangat ka-gum dan berpuas hati de-ngan sistem perladangan,pemuliharaan alam sekitar,inovasi dalam meningkat-kan produktiviti industrisawit serta keprihatinan ke-pada tanggungjawab sosialkepada pekerja.

United Plantations Bhdadalah syarikat perlada-ngan sawit pertama di du-nia yang mendapat persi-

jilan Roundtable on Sustai-nable Palm Oil (RSPO).

Neilsen turut menjelas-kan perkembangan indus-tri sawit Malaysia serta pel-bagai inisiatif dan usahayang dilakukan untuk me-ningkatkan pengeluaranminyak sawit Malaysia yangmampan.

Lawatan itu memberi pe-luang kepada delegasi me-lawat ladang sawit serta ki-lang pemprosesan dan pe-napisan minyak sawit.

Delegasi juga melawat se-kolah yang dibina bagi me-nyokong pendidikan anakpekerja ladang.

United Plantations Bhdjuga menyediakan infrast-ruktur seperti rumah, hos-pital dan rumah ibadat bagimenjaga kebajikan peker-j a nya .

8

Ahli MEP mendengar penerangan mengenai sistem perladangan yang diamalkan UnitedPlantations Bhd daripada Nielsen sempena lawatan kerja ke Malaysia, baru-baru ini.

Ahli MEP kagum industri sawit

Datuk Dr Choo Yuen May ketika mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif ISF di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat,baru-baru ini.

Oleh Johari Minaljohari@mp ob.gov.my

Amerika Syarikat

Ketua Pengarah LembagaMinyak Sawit Malaysia(MPOB), Datuk Dr. Choo

Yuen May melaksanakan tang-gungjawabnya sebagai PresidenInternational Society for Fats Re-search (ISF) dengan mempenge-rusikan mesyuarat Lembaga Ek-sekutif ISF di Salt lake City, Utahdi sini, baru-baru ini.

ISF yang ditubuhkan pada 1954adalah kesatuan antarabangsa ter-

diri daripada pertubuhan saintifikserantau dan kebangsaan aktif da-lam bidang minyak dan lemak danpenyelidikan lipid, termasuk Ame-rican Oil Chemists’ Society (AOCS);European Federation for the Scien-ce and Technology of Lipids (Euro-Fed Lipid); Japan Oil Chemists’Society (JOCS); Royal NetherlandsChemical Society; Korean Societyof Food Science and Technology;

Malaysian Oil Scientists’ and Te-chnologists’ Association (MOSTA);Oil Technologists’ Association ofIndia (OTAI); National ResearchCentre of Egypt dan lain-lain.

Antara agenda mesyuarat ada-lah berkaitan penganjuran Oilsand Fats International Congress(OFIC) 2016 yang akan berlang-sung pada 19-21 Oktober ini diKuala Lumpur.

Bangkit penyertaan ChineseOils and Oilseed AssociationTurut dibangkitkan adalah pe-nyertaan Chinese Oils and OilseedAssociation sebagai ahli ISF. Walaubagaimanapun, beberapa maklu-mat penting perlu diperoleh ter-lebih dahulu sebelum persatuanitu diterima sebagai ahli ISF.

Datuk Dr Choo turut menjem-put semua ahli Lembaga Ekse-

kutif ISF untuk hadir ke OFIC 2016di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir pada me-syuarat berkenaan ialah MabelThomas, Dr. Shigehoshi Tanaka,Masaki Tsumadori, Dr. Pierre Vil-leneuve, Dr Rodney Mailer, DrFrank Amoneit dan Jeffry New-man yang mewakil persatuanprofessional ahli kimia minyakdan lemak seluruh dunia.

Page 8: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

KPSM Bera satukan pekebun kecil

Penyampaian piala pusingan dan dividen kepada ahli KPSM.

» Pe n u b u h a nseb agaip enggerakkelomp okp engeluaransawit mampam

10 P E R AT U Sdividen diterima ahliKPSM Daerah Bera

Oleh NorhananiMohd Baharimhanani@mp ob.gov.my

Koperasi Penanam SawitMampan (KPSM) DaerahBera Berhad telah didaf-

tarkan di bawah Suruhanjaya Ko-perasi Malaysia (SKM) pada 27April 2012 dengan tujuan uta-manya menyatukan pekebun ke-cil sawit setempat bagi menja-lankan aktiviti ekonomi dan so-sial untuk kepentingan bersama.

KPSM Daerah Bera Berhad ada-lah KPSM yang terawal di Seme-nanjung memperoleh lesen penia-

ga buah yang beralamat di GM2486 LOT 642, Mukim Triang 28200Bera Pahang.

Tawar dividenPenubuhan KPSM Daerah BeraBerhad ini juga bertujuan sebagaipenggerak kelompok pengeluaransawit mampan di kawasan ber-ke n a a n .

Aktiviti KPSM untuk anggotanyameliputi tawaran khidmat belianbuah tandan segar (BTS) terbaik disamping belian input pertaniandengan harga lebih rendah ber-banding harga di pasaran.

KPSM Bera Berhad juga mena-warkan perkhidmatan penguru-

san kebun bermula dari penye-diaan tanah dan pengurusan ke-bun di samping khidmat nasihatteknikal sawit dengan kerjasamapegawai TUNAS MPOB.

Selain itu, KPSM Bera turut me-nawarkan dividen daripada keun-tungan perniagaan koperasi danrebat langganan serta menyedia-kan pendidikan dan latihan ke-pada pekebun kecil melalui bim-bingan Pegawai Tunas.

Pencapaian terbaik KPSM BeraBerhad apabila menerima Anuge-rah KPSM Terbaik SemenanjungMalaysia bagi tahun 2015.

Selain itu, KPSM itu turut mem-beri dividen 10 peratus kepadaahlinya di samping elaun keha-diran kepada ahli yang menghadiriMesyuarat Agung Tahunan.

Tingkat produktivitiPenubuhan KPSM adalah inisiatifkerajaan melalui MPOB untuk me-nyatukan pekebun kecil sawit in-dividu di bawah satu payung agarmereka dapat menjalankan akti-viti ke arah menjaga kepentinganbersama terutama meningkatkanproduktiviti kebun dan taraf sosio-e ko n o m i .

Pekebun kecil sawit disaran me-nyertai KPSM bagi membantu me-ningkatkan pendapatan mereka.

KPSM menawarkan harga BTSyang lebih tinggi dan lebih telus,kerana tidak memikirkan keuntu-ngan semata-mata.

Sifat sabar, positifbawa kejayaanOleh Nazirah Che Jaafardan Mutiah Mutazar

Beliau sentiasa bersifat sabar danpositif serta yakin berbudi ke-pada tanah akan membuahkanhasil dan akhirnya akan men-capai kejayaan dalam bidang pe-nanaman sawit yang diceburi-nya .

Sarif Bin Azib, 56 tahun men-ceburi bidang penanaman sawitsejak 25 tahun lalu dengan ke-luasana tanaman sawit mencecah8.9 hektar di kawasan Temerloh,Pa h a n g .

Mengimbas kembali di awal pe-nglibatan beliau dalam industri

sawit, dengan menanam secarasambilan sewaktu bekerja di sektorawam dengan keluasan 1.6 hektar.Permulaannya sebagai ingin men-cuba di samping mempunyai ta-nah yang ingin diusahakan supayaberguna pada masa akan datang.

Sikap prihatinKesungguhan beliau meningkat-kan pengetahuan dalam pengu-rusan sawit dapat dilihat melaluipenglibatan beliau dengan aktivitiyang dianjurkan oleh Pusat TU-NAS, MPOB dan agensi kerajaanyang lain.

Di samping itu, sikap kepriha-tinan beliau terhadap pekebun ke-

cil setempat dengan melibatkandiri dalam aktiviti sosial, di an-taranya sebagai Pengerusi PelawatHospital Sultan Haji Ahmad ShahTemerloh, Pengerusi Panel Pena-sihat Klinik Kesihatan Daerah Te-merloh dan Ahli Jawatakuasa Per-tubuhan Peladang Kawasan SriKe r d au .

Pengalaman luas dimilikinyameningkatkan kepercayaan kala-ngan pekebun kecil setempat un-tuk melantik beliau sebagai Pe-ngerusi Koperasi Penanam SawitMampan (KPSM) Daerah TemerlohB erhad.

KPSM Daerah Temerloh Berhadtelah ditubuhkan pada 21 Septem-ber 2011.

Ternyata, semangat dan kesung-guhan beliau dan Ahli LembagaKoperasi (ALK) dalam menjayakanaktiviti koperasi telah membuah-kan hasil apabila aktiviti jualankelompok buah tandan segar (BTS)ahli telah bermula pada Mei 2014dan koperasi memiliki pusat tim-

bangannya sendiri.Katanya, perbezaan pendapatan

yang diperoleh apabila menjualhasil BTS kepada koperasi adalahmelebihi 10 peratus berbanding

sebelum menyertai koperasi.Ini memberikan peluang men-

ningkatan pendapatan pekebunkecil setempat termasuk diri beliausendiri.

Sarif menceburi bidang penamanan sawit sejak 25 tahun lalu.

9

Page 9: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

Minyak sawit Malaysia penuhikeperluan pengguna global» Ke i s t i m e w a a njadi tarikanpengamal dietvegan, golongantitik beratkanmakananselamat

Bila berbicara mengenai mi-nyak masak, mungkin ra-mai yang tidak tahu betapa

minyak sawit Malaysia mempu-nyai pelbagai ciri yang menarikselain daripada keupayaan me-nahan suhu tinggi dan boleh di-dapati pada harga yang berpa-tutan.

Walaupun lebih popular seba-gai minyak pilihan tepat untukpenggorengan (deep frying) baikdi rumah mahu pun untuk in-dustri makanan, minyak sawit ini

juga mempunyai kekuatan lainyang menjadi tarikan bagi pe-ngamal diet vegan dan merekayang mementingkan nutrisi danbahan semulajadi.

Tidak Mengandungi GMOMasyarakat terutama di Barat se-makin menitikberatkan produkmakanan yang selamat untuk ke-gunaan orang ramai.

Ini termasuk makanan yang be-bas daripada GMO.

GMO adalah singkatan bagi ge-netically modified organisms ia-itu organisma termasuklah tana-man yang telah diubahsuai se-cara genetik melalui kaedahbioteknologi yang menghasilkanproduk tanaman yang tidak ter-dapat secara semula jadi.

Tanaman GMO membabitkansebahagian besar tanaman seper-ti jagung dan ka-cang soya.

Makanan yangtelah diproses bo-leh mengandungisehingga 80 pera-tus GMO di Ame-rika Syarikat mana-kala kewujudan-n y a p e r l udilabelkan di Ero-pah.

Makanan yangm e n g a n d u n g iGMO terlalu berle-luasa di pasaranhingga menyukar-kan pengguna un-tuk mendapatkansajian tanpa bahanG M O.

Antara produk-produk lain yangberasaskan GMOtermasuk tomato,minyak kanola, al-falfa dan kacang hi-jau. Terdapat juga GMO yang ter-sembunyi dalam makanan kege-maran ramai. Soya dianggarkanmeliputi 60 peratus daripada ma-kanan disebabkan ianya puncaprotein dan minyak yang mu-ra h .

Di sinilah antara kelebihan mi-nyak sawit Malaysia yang berasaldari tumbuhan bukan GMO. Ciribebas daripada GMO ini mele-takkan minyak sawit di satu ta-hap yang lebih tinggi meman-dangkan pasaran dibanjiri de-ngan pelbagai produk makananyang mengandungi bahan GMO,satu penyebab yang menggusar-kan pengguna yang menekankandiet yang terdiri daripada ma-kanan semula jadi.

Status HalalBagi pengguna Muslim pula, isumencari bahan makanan yanghalal selesai dengan adanya mi-nyak sawit. Tiada lagi keraguanseandainya makanan yang diha-

silkan menggunakan lemak ber-asaskan haiwan yang dikhuatiritidak halal atau tidak disembelihmengikut hukum syarak.

Penganut agama lain yang ti-dak membenarkan pemakananlemak atau minyak haiwan jugaboleh menggunakan minyak sa-wit dan seterusnya yakin dengankandungannya yang hanya ber-asaskan tumbuhan.

Ve g a nPengamal makanan vegan ataumakanan yang berasaskan sayur-sayuran atau buah-buahan sudahtentunya boleh memanfaatkanminyak sawit dalam menu harianmereka. Malahan kandungan Vi-tamin E yang terdapat di dalamminyak sawit membolehkan me-reka mendapatkan nutrisi pen-ting ini.

Bebas Lemak TransLemak trans terhasil apabila mi-nyak sayuran melalui proses hi-drogenasi untuk memejalkannyasebelum digunakan dalam peng-hasilan produk makanan terma-suk biskut dan kek.

Lemak trans telah mendapatliputan meluas kerana pelbagaikajian telah menunjukkan kemu-

daratannya ter-hadap kesiha-tan.

Ia boleh me-nyebabkan pe-ningkatan ta-hap kolesteroldalam badan,serangan sakitjantung, danstrok.

Malahan FDAAmerika Syari-kat telah mene-tapkan untuksemua penge-luar makananm e m a s t i k a ny a n g l e m a ktrans tidak wu-jud lagi dalammakanan yangdihasilkan, da-lam tempoh ti-ga tahun dariJun 2015.

Minyak sawitsering digunakan oleh pengilangmakanan bagi menggantikan mi-nyak sayuran kerana ia tidak per-lu melalui proses hidrogenasi ba-gi tujuan pemejalan. Ini sekaligusmembolehkan makanan yangterhasil bebas lemak trans.

Keunggulan minyaksawit MalaysiaKriteria yang disebutkan sepertibebas GMO dan lemak trans, ha-lal, dan vegan adalah ciri-ciri yangdicari oleh pengguna.

Ini adalah sebahagian daripadakebaikan minyak sawit Malaysiatetapi terdapat lagi ciri-ciri lainyang menyebabkan pengilangcenderung untuk menggunakan-nya. Ini termasuk faktor kos yanglebih menjimatkan serta kemu-dahan untuk mendapatkan be-kalan sepanjang tahun.

Ini menjadikan minyak sawitMalaysia bukan hanya untukpengguna tempatan tetapi men-jadi pilihan dunia!

Ciri bebas daripadaGMO ini meletakkanminyak sawitdi satu tahapyang lebih tinggim e m a n d a n g ka npasaran dibanjiriproduk makananmengandungi GMO,satu penyebab yangmenggus arkanpengguna yangmenekankan dietterdiri daripadamakanan semula jadi”

10

Page 10: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

Perkembangan pesat industri sawit pada masa

ini jika dilihat adalah berti-tik tolak daripada peranan yang dimainkan oleh MPOB dalam memacu kemajuan teknologi sawit negara agar berkembang seiring masa.

Kerajaan melalui MPOB memperkenalkan pelbagai jenis teknologi melalui ino-vasi penyelidikan dan pem-bangunan dalam memper-kasakan lagi industri sawit negara.

Industri sawit sama ada sektor perladangan, pengi-langan, pelumat, penapisan dan pekebun kecil perlu bersedia dan berani mene-rokai teknologi baharu dan meninggalkan teknologi kon-vensional bagi meningkatkat kecekapan dan daya saing industri.

Kerajaan sangat komi-ted mengadakan pelbagai kursus, program dan juga seminar bagi memastikan teknologi sawit berkembang seiring masa.

Seminar Pemindahan Tek nologi (TOT) merupakan antara seminar yang menon-jolkan kepelbagaian tekno-logi dalam industri sawit yang berkembang mengikut peredaran semasa.

Sehingga kini, melalui pelaksanaan seminar TOT, lebih 600 teknologi yang ber-kaitan dengan industri sawit diperkenalkan oleh MPOB.

Pengenalan produk baru yang lebih moden dilihat mampu menjimatkan masa dan meningkatkan produkti-viti sawit serta menjadi pen-cetus pertumbuhan industri sawit pada masa hadapan.

Antara usaha bagi memastikan industri sawit negara terus berdaya asing

pada masa hadapan ialah dengan wujudnya inovasi baharu bagi menguji dan mengesan bahan cemar, aflatoksin dan mikrobiologi yang menyebabkan pence-maran ke atas minyak sawit tepat pada masanya.

Kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan kaedah baharu mengatasi pence-maran minyak sawit yang diguna pakai industri bagi memastikan minyak sawit dihasilkan bebas bahan pen-cemaran dan selamat seba-gai bahan makanan.

Kajian yang dijalankan ini akan dapat meningkatkan keupayaan MPOB dan indus-tri sawit dalam usaha men-jamin keselamatan produk sawit dieksport dan sekaligus meningkatkan penerimaan dan keyakinan pengguna ke atas minyak sawit di pasaran antarabangsa.

Selain itu, teknologi hasil penyelidikan MPOB untuk terus berdaya saing

ialah pemotong buah sawit bermotor atau Cantas dan penyuntik mekanikal batang sawit untuk kawalan kulat ganoderma.

Cantas berkeupayaan menuai buah sawit sehingga 500 hingga 700 tandan sehari berbanding 200 hingga 300 tandan dengan menggu-nakan kaedah manual. Ini bermakna pengurusan sese-buah ladang sawit berupaya menjimatkan penggunaan dua hingga tiga orang penuai buah sawit serta dapat mem-bantu mengurangkan tenaga buruh serta kos pengeluaran.

Penyuntik mekanikal batang sawit untuk kawa-lan kulat ganoderma pula akan membantu industri sawit mengurangkan kadar kematian pokok sawit akibat serangan kulat Ganoderma dan seterusnya mengekal-kan hasil dan pendapatan.

Teknologi yang diper-kenalkan oleh MPOB merangkumi pelbagai sektor termasuk jentera ladang, pengurusan tanaman, bio-teknologi, pemprosesan dan pengilangan, integrasi ter-nakan dan tanaman dengan sawit, bahan tanaman sawit dan lain-lain lagi yang ber-tujuan untuk meningkatkan produktiviti dan seterusnya pendapatan.

Kesimpulannya, inova-si sememangnya penting dalam memastikan penye-lidikan dan pembangunan yang dijalankan adalah seiring dengan teknologi semasa dan bagi memasti-kan industri sawit negara terus maju dan berdaya saing sekali gus mengekal-kan kedudukan Malaysia sebagai antara pendominasi industri sawit dunia.

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan adalah me -

ngenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN JUN 2016

Keputusan Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Bulan Mei 2016

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: “Teknologi pemangkin kemajuan industri sawit. Bincangkan”.

Kategori 2: AwamTajuk: “Minyak sawit penuhi keperluan indutri minyak dan lemak global. Bincangkan”.

Tiga pemenang utama setiapkategori akan menerima;− Hadiah Pertama: RM250− Hadiah Kedua: RM200− Hadiah Ketiga: RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan JULAI 2016 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1 Pelajar Sekolah Menengah

Hadiah Pertama Nur Afiqah Aziz(No. K/P: 980103-10-6382)SMK Putrajaya Presint 14-1Putrajaya

Hadiah Kedua Muhammad Hami Najmi(No. K/P: 020725-01-0467)SMK Jalan Tiga,Bandar Baru Bangi, Selangor

Hadiah KetigaTiada pemenang

PEMENANG KATEGORI 2 Awam

Hadiah Pertama Fadzilah Mohtar(No. K/P: 730908-08-6380)Jalan Tunku Abd Rahman,Ipoh, Perak

Hadiah Kedua Kamalia Nordin(No. K/P: 870903-08-5770)Manong, Kuala KangsarPerak

Hadiah KetigaAhmad Naqib Salleh(No. K/P: 960620-14-6843)Kg. Melayu Batu 16,Rawang, Selangor

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 − Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas dan bukan kakitangan MPOB − Panjang esei antara 500 - 700 patah kata − Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport − Keputusan juri adalah muktamad − Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Jun 2016 − Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Ibu Pejabat MPOB 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor u/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan

sains dan teknologi, kita dapat saksikan pelbagai teknologi baharu dicipta untuk meningkatkan kua-liti dan taraf hidup supaya lebih produktif.

Bagi industri sawit, kemajuan teknologinya berkembang pesat, pro-duktivitinya berlipat ganda menjadikan sektor ini terus menjadi penyumbang utama ekonomi negara.

Tahun 2016 merupakan Tahun Pengkomersialan Malaysia di mana kera-jaan berusaha mengembe-lingkan agensi-agensinya untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan dari institusi penyelidikan tem-patan.

Bagi industri sawit, ia dipelopori oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Menjadi tang -gungjawab MPOB untuk mengkomersialkan pene-muan-penemuan teknologi atau perkhidmatan hasil penyelidikan dan pemban-gunan (R&D) yang dija-lankannya.

Usaha ini bukan sesua-tu yang baru bagi MPOB. Saban tahun, pelbagai penemuan berkaitan sawit berjaya dirungkai. Ia dita-warkan kepada pihak indus-tri dan usahawan tempatan melalui Seminar Peminda-han Teknologi (TOT).

Teknologi dan inovasi hasil R&D ini telah meru-bah banyak perkara yang mana 100 tahun dahulu sawit hanya sebagai pokok biasa. Kini ia berkembang menjadi industri utama dengan keluasan tanaman 5.6 juta hektar iaitu 70 pera-tus daripada tanah perta-nian.

Tahun 2015 pengelua-ran minyak sawit mentah berjumlah 19.96 juta tan

dengan nilai pendapatan mencecah RM60.11 bilion. Peningkatan ketara pro-duktiviti ini sangat mem-banggakan negara dan terus cekal untuk menjadi peneraju utama industri sawit dunia.

Kemajuan pesat di atas adalah hasil kaedah-kae-dah berteknologi untuk perladangan, pengilangan, perkembangan biak baka, kegunaan sawit dan pro-duk-produk tambah nilai. Ia adalah hasil R&D yang dikomersialkan lalu diapli-kasikan penggunaannya di semua rantaian aktiviti.

Teknologi ini dilihat sangat penting dalam meningkatkan produktivi-ti, menambah nilai produk dan kemampanan sawit Malaysia.

Di bawah RMK-11, Kera-jaan telah memberi perun-tukan kewangan untuk menggalakkan pengkomer-sialan hasil R&D sawit.

Di peringkat hiliran, geran diberikan bagi pengkomersialan teknolo-gi produk oleokimia serta produk makanan dan kesi-

hatan berasaskan sawit. Pada peringkat huluan,

insentif diberi untuk pem-belian jentera ladang serta integrasi tanaman dan ternakan dalam kawasan sawit oleh pekebun kecil.

Insentif ini amat ber-makna kepada pengusaha sawit bagi menambahkan kecekapan kerja, men-gurangkan penggunaan tenaga buruh dan kos pen-geluaran.

MPOB sentiasa menda-pat pengiktirafan pelbagai badan antarabangsa mela-lui pameran yang disertai-nya.

Kredibiliti MPOB terser-lah lagi dengan memenan-gi 17 pingat emas, 14 perak dan 3 gangsa di ITEX 2015. Di MTE 2015, MPOB meme-nangi 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Di SIFF 2015, MPOB dianugerah pingat 3 emas dan 2 gangsa. Pameran ITEX, MTE dan SIFF adalah platform untuk pencipta dan penyelidik mempa-merkan ciptaan dan inova-si masing-masing kepada komuniti perniagaan yang berminat untuk mengko-mersialkan hasil ciptaan tersebut.

Bagi memberi pende-dahan pengkomersialkan teknolgi, MPOB juga men-gadakan forum “Business Talk” untuk menarik minat usahawan meneroka pelu-ang perniagaan industri sawit.

Pelbagai maklumat dikongsi seperti kaedah mendapatkan pembiayaan, khidmat nasihat perni-agaan dan pengalaman usahawan yang berjaya mengkomersialkan tekno-logi MPOB.

Penglibatan usahawan ini akan menyumbang kepada peningkatan pro-duktiviti di setiap rantaian aktiviti pengeluaran sawit.

Nur Afiqah Aziz (No. K/P: 980103-10-6382) SMK Putrajaya Presint 14-1, Putrajaya

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Fadzilah Mohtar (No. K/P: 730908-08-6380) Jalan Tunku Abd Rahman, Ipoh, Perak

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

11

Inovasi pencetus pertumbuhan industri sawit pada masa hadapan

Pengkomersialan teknologi sawit ke arah peningkatan produktiviti

Page 11: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · 2 MPOBlancarproduk, buku,bertukar MOAdiTOT 2016 » Empatbahan penerbitan,satu produkserta perjanjian pengkomersialan

NASIONAL12

Datuk Dr Choo YuenMay dan Academician

Tan Sri EmeritusProfessor Datuk Dr

Augustine Ong SoonHock bergambarbersama pegawai

penyelidik MPOB yangberjaya meraih anugerahpada Pameran Innovasi

dan CiptaanAntarabangsa ke 27 (ITEX

2016).

Balu mantan Pengerusi MPOB, Datin Mastura Dato’ Mohd Yazidbersama Datuk M. Nagarajan, Datuk Dr Choo Yuen May dan TimbalanKetua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MPOB, Dr. AhmadKushairi Din sebaik tamat Majlis Tahlil yang diadakan di Ibu PejabatMPOB.

Delegasi lawatan terdiri Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negara-Negara Afrika dari Congo, Gabon danCameroon yang berkunjung ke MPOB, di Bangi, Selangor. Lawatan dihoskan oleh Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi (MPIC).

Pemangku Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Nancy Shukri yang diiringiKetua Setiausaha MPIC, Datuk M. Nagarajan dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Choo Yuen Maymendengar penerangan berkaitan teknologi MPOB ketika melawat Pameran Pemindahan Teknologi(TOT) 2016.

Nancy Shukri, Datuk M.Nagarajan dan Datuk Dr.Choo Yuen May bergambarbersama wakil TRP Technologies (M) Sdn Bhd dan Husqvarna Sdn Bhd yangbertukar dokumen perjanjian bagi pengkomersialan teknologi MPOB.