r pmb2 kumpa2

Upload: amar-jairani

Post on 04-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sembrong

TRANSCRIPT

Mata PelajaranMatematik

Tingkatan2

Tempoh80

BidangSukatan dan Geometri

TajukPembinaan Geometri

Objektif PembelajaranMelaksanakan pembinaan menggunakan alat tepi lurus (pembaris dan sesiku) dan jangka lukis.

Hasil Pembelajaran1. Membina segitiga dan segiempat selari berdasarkan situasi yang diberi.

Pengetahuan Sedia Ada1. Murid sudah memahami konsep garis selari.2. Murid sudah mengetahui ciri-ciri segitiga. 3. Murid sudah memahami dan boleh menggunakan konsep pembinaan sudut-sudut tertentu menggunakan jangka lukis dan pembaris sahaja.

Nilai murniTeliti, yakin dan tabah.

ABMLampiran Kerja 1, 2, 3

Kemahiran BerfikirAplikasi

FASA/MASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASICatatan

Set Induksi( 5 Minit)Seorang pelajar diminta untuk menyatakan bentuk sudut-sudut yang telah dipelajari dalam topik ini.

Pelajar diminta lagi untuk menyenaraikan beberapa contoh binaan yang menggunakan konsep sudut.

Soalan :Nyatakan contoh-contoh sebenar yang mengaplikasikan konsep sudut dalam pembinaan.

Respon Dijangka:Bumbung rumah, Arca berbentuk geometri Papan gelongsorJejantas jalan raya.Tangga atau eskalator

Aktiviti 1(20 minit)1. Guru mengarahkan murid membentuk 8 kumpulan dan Lampiran 1 diedarkan..

2. Murid diberikan masa 10 minit untuk membina sudut-sudut yang diminta dengan hanya menggunakan jangka lukis dan pembaris.

3. Guru memantau hasil kerja murid dengan hanya bertanyakan soalan ke atas setiap hasil kerja murid.

4. Wakil dari setiap kumpulan dipanggil untuk menerangkan jawapan mereka.Semasa memantau hasil kerja murid, guru akan bertanya apakah yang dilakukan oleh murid dan kenapa murid tersebut melakukan jalan kerja yang begitu.

* Lampiran 1

Murid menerangkan jawapan dan melekatkan helaian jawapan mereka di dinding kelas.Pelajar diminta menyatakan bentuk-bentuk yang wujud sahaja.

Aktiviti 2(25 minit)1. Guru mengedarkan Lampiran 2 kepada setiap kumpulan.2. Arahan diberikan oleh guru kepada semua kumpulan.3. Seterusnya diberikan masa 10 minit untuk setiap kumpulan memikirkan jawapan kepada soalan yang dikemukakan.4. Guru akan memantau hasil kerja kumpulan dengan memerhatikan cara setiap kumpulan menyelesaikan soalan.Guru memberikan arahan lisan.

* Lampiran 2Guru meminta murid dari kumpulan lain bertanya kan soalan jika wujud kemusykilan dalam pembentangan.Sesi soal jawab sesama murid dan guru.Guru mencatat beberapa nama murid yang akan dipanggil untuk menunjukkan jalan penyelesaian mereka.

Aktiviti 3Latihan Pengukuhan KBAT(25 minit)1. Guru mengedarkan Lampiran 3 iaitu lembaran kerja yang perlu dijawab secara individu oleh semua murid.2. Murid boleh berbincang sesama rakan untuk menyelesaikan setiap soalan yang diberikan.

Hasil kerja individu. Sesi soal jawab antara murid dengan guru memberikan peneguhan.

Refleksi( 5 Minit)1. Guru bertanya kepada pelajar apa yang telah mereka pelajari pada hari ini.2. Pelajar diminta untuk menyatakan perkaitan antara sudut 90o dengan 45o dan 60o dengan 30o.3. Pelajar diberi latihan sebagai latihan rumah. Soal jawab memberi pendapat terhadap pembelajaran hari ini.

LAMPIRAN 1

Arahan : Bina semua sudut-sudut yang dinyatakan di bawah ini bermula dari titik A. Anda hanya boleh menggunakan jangka lukis dan pembaris sahaja.

PMB2_KumpA21. 6

2. Sudut 90o

AA

3. Sudut 60o

AA

4. Sudut 120o

5. Sudut 45o

6. Sudut 30o

ALAMPIRAN 2

Masalah : Lim ingin membina bumbung rumahnya dengan bentuk segitiga yang baru dengan mengekalkan keluasan dan tinggi asal bumbung tersebut. Perubahan bentuk bumbung tersebut harus bermula daripada bucu A berdasarkan rajah yang diberikan.

Tugasan: Melukis segitiga bermula dari titik A pada segitiga yang dibina dengan ketinggian yang sama menggunakan jangka lukis dan pembaris.

ABC

Jawapan :

LAMPIRAN 3

Menggunakan jangka lukis dan pembaris sahaja, jawab semua soalan yang berikut.

1. Bina sebuah setiga dengan setiap bucu mempunyai sudut yang sama bermula pada titik P dan Q.

PQ

2. Bina sebuah segiempat selari ABCD dengan AB = 5cm, BC 4cm dan ABC = 45o

JAWAPAN :LAMPIRAN 1

7. 1. Sudut 90o

AA

2. Sudut 60o

AA

3. Sudut 120o

A

4. Sudut 45o

5. Sudut 30o

JAWAPAN : LAMPIRAN 2

Semua jawapan ini boleh diterima oleh guru.

AAAAABentuk Asal1200450600300900

JAWAPAN : LAMPIRAN 3

PQ60o60o60o1.

2.

5 cm4 cmABDC45o

Apa yang dipelajari: (Nota pelajar)Tugasan: Melukis segitiga bermula dari titik A pada segitiga yang dibina dengan ketinggian yang sama menggunakan jangka lukis dan pembarisPengetahuan sedia ada / Petunjuk:Melukis garis selari.Mengetahui ciri-ciri segitiga. Membina sudut-sudut tertentu menggunakan jangka lukis dan pembaris.Masalah: Lim ingin membina bumbung rumahnya dengan bentuk segitiga yang baru dengan mengekalkan keluasan dan tinggi asal bumbung tersebut. Perubahan bentuk bumbung tersebut harus bermula daripada bucu A berdasarkan rajah yang diberikanKesimpulan: Keluasan segitiga yang mempunyai tapak sama dan di antara dua garis selari adalah sama.Latihan:Bina sudut setiap yang berikut menggunakan jangka lukis dan pembaris sahaja.1. 90o 4. 4502. 60o 5. 30o3. 120oABCBentuk AsalA1200A600A450A300A900BANSHO PLAN