r fp leadership 2009

6
REQUEST FOR PROPOSAL BIDANG : PROGRAM KEPIMPINAN TKC 1.0 Ringkasan Eksekutif Program Kepimpinan TKC bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar terlibat dalam latihan kepimpinan. Program ini merupakan hasrat unggul kolej mahu membuktikan bahawa setiap pelajar yang meninggalkan TKC telah diberi pengetahuan dan kemahiran secara formal sebagai pemimpin. Semua pelajar yang ditawarkan ke TKC merupakan pelajar yang memperolehi pencapaian 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR. Mereka ini turut cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dan tahap kepimpinan yang cemerlang.Oleh itu bakat kepimpinan mereka mesti terus dipupuk dan dimantapkan lagi. Program kepimpinan di TKC dilaksanakan secara terancang dan mengambil kira tahap dan kemampuan pelajar. Oleh itu para guru turut terlibat dalam program ini. Penglibatan pelajar bukan sahaja dalam sesi kursus atau bengkel yang diadakan secara formal tetapi mereka dikehendaki mempraktikkan semua kemahiran dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di TKC. Keadaan ini memerlukan para pelajar melaksanakan program outreach bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Pihak kolej berkeyakinan bahawa kebitaraan ini mampu melonjakkan lagi kemampuan kolej melahirkan bakal-bakal pemimpin Melayu yang berkualiti dan cemerlang dalam segala aspek. Oleh itu pelbagai program telah dirancang melibatkan semua pelajar kolej. Untuk mencapai hasrat tersebut program ini memerlukan peruntukkan sebanyak RM 74065.00 2.0 Latarbelakang Kebolehan memimpin telah dikenal pasti dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti. Dengan memikul wawasan bahawa pelajar TKC bakal mewarisi tugas sebagai pemimpin masyarakat mahupun negara,TKC menyediakan pelajar yang mampu mempamerkan ciri- ciri seorang pemimpin yang berwibawa dan berinovasi. Program kepimpinan di TKC melibatkan semua pelajar dan program-program khas yang hanya melibatkan pengawas, kapten rumah, pemimpin persatuan atau kelab dan badan beruniform, pemimpin sukan dan permainan, ketua kelas, pemimpin Badan Agama Dakwah dan Akhlak (BADA) dan ketua-ketua unit asrama. Pelaksanaan program ini dilaksanakan melalui kursus kepimpinan Kouzer & Posner, sistem rumah yang komprehensif, sistem pengawas yang mempunyai kuasa tertentu, santapan minda, modul program jati diri, pengantarabangsaan dan sekolah berkembar dan menghantar pelajar menghadiri seminar atau kursus kepimpinan di dalam dan di luar negara.

Upload: aimiesk

Post on 20-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

REQUEST FOR PROPOSAL BIDANG : PROGRAM KEPIMPINAN TKC

1.0Ringkasan EksekutifProgram Kepimpinan TKC bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar terlibat dalam latihan kepimpinan. Program ini merupakan hasrat unggul kolej mahu membuktikan bahawa setiap pelajar yang meninggalkan TKC telah diberi pengetahuan dan kemahiran secara formal sebagai pemimpin.

Semua pelajar yang ditawarkan ke TKC merupakan pelajar yang memperolehi pencapaian 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR. Mereka ini turut cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dan tahap kepimpinan yang cemerlang.Oleh itu bakat kepimpinan mereka mesti terus dipupuk dan dimantapkan lagi.

Program kepimpinan di TKC dilaksanakan secara terancang dan mengambil kira tahap dan kemampuan pelajar. Oleh itu para guru turut terlibat dalam program ini. Penglibatan pelajar bukan sahaja dalam sesi kursus atau bengkel yang diadakan secara formal tetapi mereka dikehendaki mempraktikkan semua kemahiran dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di TKC. Keadaan ini memerlukan para pelajar melaksanakan program outreach bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Pihak kolej berkeyakinan bahawa kebitaraan ini mampu melonjakkan lagi kemampuan kolej melahirkan bakal-bakal pemimpin Melayu yang berkualiti dan cemerlang dalam segala aspek. Oleh itu pelbagai program telah dirancang melibatkan semua pelajar kolej. Untuk mencapai hasrat tersebut program ini memerlukan peruntukkan sebanyak RM 74065.002.0Latarbelakang

Kebolehan memimpin telah dikenal pasti dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti. Dengan memikul wawasan bahawa pelajar TKC bakal mewarisi tugas sebagai pemimpin masyarakat mahupun negara,TKC menyediakan pelajar yang mampu mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa dan berinovasi.

Program kepimpinan di TKC melibatkan semua pelajar dan program-program khas yang hanya melibatkan pengawas, kapten rumah, pemimpin persatuan atau kelab dan badan beruniform, pemimpin sukan dan permainan, ketua kelas, pemimpin Badan Agama Dakwah dan Akhlak (BADA) dan ketua-ketua unit asrama.

Pelaksanaan program ini dilaksanakan melalui kursus kepimpinan Kouzer & Posner, sistem rumah yang komprehensif, sistem pengawas yang mempunyai kuasa tertentu, santapan minda, modul program jati diri, pengantarabangsaan dan sekolah berkembar dan menghantar pelajar menghadiri seminar atau kursus kepimpinan di dalam dan di luar negara. Malah ketiga-tiga bidang iaitu kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid telah dan akan menerapkan program-program kepimpinan di dalam aktiviti masing-masing. Untuk memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempraktikkan ilmu kepimpinan, mereka perlu mengendalikan aktiviti kolej contohnya pertandingan English Drama,Pendaftaran Pelajar baru,Sukan Tahunan dan semua pertandingan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

Program pengantarabangsaan, TKC - Raffles Girls School, Singapura telah mengadakan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam latihan kepimpinan. Program ini bermula pada tahun 2006 . Seramai 7 orang guru dan 30 pelajar TKC telah menerima pendedahan awal tentang program kepimpinan RGS. Manakala lawatan Akashi Nishi High School Japan ke TKC dikendalikan oleh pelajar.

3.0Objektif3.1100% pelajar diberi kursus dan latihan dalam aspek kepimpinan;3.2 Mendedahkan pelajar kepada program kemahiran kepimpinan yang terkini.

3.3Semua pelajar dapat mempraktikkan ilmu kepimpinan dalam melaksanakan semua aktiviti di TKC;

3.4Melahirkan pelajar yang cemerlang dengan Gred Purata Keseluruhan 3.5 dalam setiap peperiksaan;dan

3.5Meningkatkan tahap disiplin dan penampilan diri pelajar.

4.0Out put dan Faedah 4.1 Semua pelajar TKC mendapat latihan dalam kepimpinan secara sistematik oleh fasilitator

yang terlatih dengan menggunakan modul yang terkini; 4.2 Kursus dan latihan yang sistematik berupaya menghasilkan pelajar yang mempunyai daya

kepimpinan yang tinggi sehingga boleh melaksnakan sesuatu program dengan berkesan;4.3 Pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi berupaya menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah;4.4Pelajar TKC terdedah secara langsung dengan pendekatan kepimpinan yang terkini dan bertaraf dunia;4.5Aktiviti outreach memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar yang terlibat;4.6Guru-guru yang menerima latihan lebih berkeyakinan untuk melaksanakan program kepimpinan dan mempastikan pelaksanaannya memberi faedah kepada negara pada masa akan datang.5.0Justifikasi

5.1Penglibatan murid dalam program ini dapat meningkatkan disiplin dan keyakinan diri serta membentuk personaliti yang unggul.5.2Dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang.5.3Kemahiran pelajar dalam bidang kepimpinan meningkatkan kemahiran sosial mereka. 5.4Program ini berpotensi melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai yang murni.5.5Program ini mampu membentuk pemimpin negara yang bertaraf dunia.5.6Guru lebih berkemahiran dan berkeyakinan untuk melaksanakan objektif program kepimpinan.

6.0Sumber KewanganBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia7.0Anggaran Kos Bagi Kebitaraan KepimpinanBilProgramAktivitiPerbelanjaanKos (RM)

1Kursus Kepimpinan

Kemahiran KendiriKursus Kepimpinan Tingkatan 1

( Pengurusan Diri )oleh Golden Minds Consultant

108 org

a. Kos Konsultan RM 8000.00

8000.00

Kursus Kepimpinan Tingkatan 2

( Komunikasi Berkesan )oleh Zuhairi Mohd Nopiah

MAINS

105 org

a. Kos Penceramah

4 jam RM 200 = RM 800.00b. Kos Pengendalian

Alat tulis RM 200.00

1000.00

Kursus Kepimpinan Tingkatan 3

(Team Building )oleh

Klana Resort Seremban

109 orga.Yuran untuk aktiviti pelajar

109 org X RM 75 = RM 8175.00b. Kos Makanan

109 org RM 10 = RM 1090.00

c. Kos Pengangkutan

2 bas RM 100 = RM 200.009465.00

Kursus Kepimpinan Tingkatan 5

( Self Esteem )oleh Tiram Village Sdn Bhd130 orga. Kos Konsultan RM 13900.0013900.00

Kursus Kepimpinan Tingkatan 4(Grooming & social etiquete ) oleh WHM Consultancy

139 orga. Kos Konsultan RM 4000.004000.00

2

Kursus Kepimpinan Untuk AJK

Kursus Kepimpinan Pengawas80 org

a. Kos Pengendalian

Pengangkutan

2 bas RM 100

= RM 200.00

Makan Minum

80 org RM10 2 hari

= RM 1600.00 Alat Tulis

RM 300.00

Yuran Pendaftaran 80 org RM 5.00

= RM 400.00b. Kos Fasilitator

6 orang RM 50.00 2 hari

= RM 600.00c. Aktiviti `Team Building oleh Klana

Resort Seremban

80 org RM 75 = RM 6000.00

9100.00

3Program Kepimpinan

AntarabangsaProgram pertukaran pelajar TKC RGS, Singapore untuk pertandingan Art Festival 200920 orga. Kos Penginapan

10 bilik RM 500.00 x 3 hari = RM 15000.00b. Kos Makanan 20 org RM 160.00 X 3 hari = RM 9600.00c. Passport berkumpulan

RM 500.00

d. Kos Pengangkutan

1 bas RM 3500.00

= RM 3500.0028600.00

ANGGARAN KOSJUMLAH74,065.00