qiraat - bacaan tashil

3
BACAAN AL-TASHIL Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Tashil bermaksud suatu bacaan yang diringankan bunyi Hamzah kepada bunyi antara Hamzah dan Alif. Tashil pada bahasa asalnya bererti mudah. Manakala dari sudut istilah, Tashil bermaksud menyembunyikan huruf antara bunyi Hamzah dan Alif. (Mohamad Abd Manaf, 2004) Hassan Mahmud al-Hafiz (1986) pula memberi pengertian Tashil secara bahasa sebagai memberi kemudahan atau keringanan. Dalam segi istilah qiraat, Tashil ditakrifkan sebagai membaca Hamzah kedua (dari dua Hamzah yang beriringan) dengan bunyi leburan Hamzah dengan Alif contohnya kalimah . Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), secara umumnya, Tashil terjadi apabila berhimpunnya dua Hamzah. Hamzah yang pertama berbaris fathah diikuti hamzah kedua yang berbaris: 1. Fathah, contohnya: (Surah Al-Baqarah, Ayat 6) Sebahagian daripada para Imam Al-Qurra’ mentashilkan bacaan tetapi terdapat juga perbezaan antara mereka iaitu: (i) Tashil Hamzah kedua serta memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut bagi Qalun, Imam Abu ‘Amru, Hisyam secara khilaf dan Imam Abu Ja’far. (ii) Tashil Hamzah kedua tanpa memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut bagi Warasy secara khilaf, Imam Ibnu Kathir dan Ruwais. 2. Kasrah, contohnya: (Surah Al-Naml, Ayat 55) Sebahagian daripada para Imam Al-Qurra’ mentashilkan bacaan tetapi terdapat juga perbezaan antara mereka iaitu: (i) Tashil Hamzah kedua serta memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut bagi Qalun, Imam Abu ‘Amru dan Imam Abu Ja’far. (ii) Tashil Hamzah kedua tanpa memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut bagi Warasy, Imam Ibnu Kathir dan Ruwais.

Upload: shazana-binti-muhamed-saad

Post on 13-Jun-2015

3.512 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Qiraat - Bacaan Tashil

BACAAN AL-TASHIL

Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Tashil bermaksud suatu bacaan yang

diringankan bunyi Hamzah kepada bunyi antara Hamzah dan Alif. Tashil pada

bahasa asalnya bererti mudah. Manakala dari sudut istilah, Tashil bermaksud

menyembunyikan huruf antara bunyi Hamzah dan Alif. (Mohamad Abd Manaf, 2004)

Hassan Mahmud al-Hafiz (1986) pula memberi pengertian Tashil secara

bahasa sebagai memberi kemudahan atau keringanan. Dalam segi istilah qiraat,

Tashil ditakrifkan sebagai membaca Hamzah kedua (dari dua Hamzah yang

beriringan) dengan bunyi leburan Hamzah dengan Alif contohnya kalimah .

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), secara umumnya, Tashil terjadi

apabila berhimpunnya dua Hamzah. Hamzah yang pertama berbaris fathah diikuti

hamzah kedua yang berbaris:

1. Fathah, contohnya: (Surah Al-Baqarah, Ayat 6)

Sebahagian daripada para Imam Al-Qurra’ mentashilkan bacaan tetapi

terdapat juga perbezaan antara mereka iaitu:

(i) Tashil Hamzah kedua serta memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut

bagi Qalun, Imam Abu ‘Amru, Hisyam secara khilaf dan Imam Abu Ja’far.

(ii) Tashil Hamzah kedua tanpa memasukkan Alif antara dua Hamzah

tersebut bagi Warasy secara khilaf, Imam Ibnu Kathir dan Ruwais.

2. Kasrah, contohnya: (Surah Al-Naml, Ayat 55)

Sebahagian daripada para Imam Al-Qurra’ mentashilkan bacaan tetapi

terdapat juga perbezaan antara mereka iaitu:

(i) Tashil Hamzah kedua serta memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut

bagi Qalun, Imam Abu ‘Amru dan Imam Abu Ja’far.

(ii) Tashil Hamzah kedua tanpa memasukkan Alif antara dua Hamzah

tersebut bagi Warasy, Imam Ibnu Kathir dan Ruwais.

Page 2: Qiraat - Bacaan Tashil

3. Dhammah, contohnya: (Surah Shad, Ayat 8)

Sebahagian daripada para Imam Al-Qurra’ mentashilkan bacaan tetapi

terdapat juga perbezaan antara mereka iaitu:

(i) Tashil Hamzah kedua serta memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut

bagi Qalun, Imam Abu ‘Amru secara khilaf dan Hisyam secara khilaf serta

Imam Abu Ja’far.

(ii) Tashil Hamzah kedua tanpa memasukkan Alif antara dua Hamzah

tersebut bagi Warasy secara khilaf, Imam Ibnu Kathir, Imam Abu ‘Amru

(wajah kedua) dan Ruwais.

Menurut riwayat Hafs, hanya terdapat satu tempat dalam Al-Quran yang wajib

dibaca secara Tashil iaitu pada kalimah dalam Surah Fushilat ayat 44.

Cara membacanya ialah Hamzah yang pertama pada bacaan Tashil hendaklah

dibaca seperti biasa, manakala bagi Hamzah yang kedua pula hendaklah

disuarakan antara Hamzah dan Alif secara samar-samar antara Hamzah dan Alif.

Ini kerana antara sebabnya bagi orang Arab, terasa berat untuk melafazkan dua

Hamzah Qatha’ yang berurutan pada satu kalimah. Oleh itu, Tashil bertujuan untuk

meringankan bacaan tersebut. (M. Abdurrahman H. R, 1991)

Ini turut dijelaskan oleh Imam Al-Syatibi:

“Dan mentahqiqkannya (Hamzah Kedua) pada kalimah dalam Surah

Fushshilat bagi Shuhbah (Syu’bah, Imam Hamzah dan Imam Kisa’ie). Dan telah

menggugurkan Hamzah Pertama bagi Hisyam.”

Mafhumnya, baki daripada Imam-imam Al-Qurra’ yang tujuh iaitu Imam Nafi’,

Imam Ibnu Kathir, Imam Abu ‘Amru, Ibnu Dzakuan dan Hafsh membaca secara

Tahqiq Hamzah pertama dan Tashil Hamzah kedua.

Kata Syeikh Ibrahim Al-Samnudi:

“Kalimah ditashilkan (Hamzah) keduanya bagi Hafsh.”

Dalam Al-Quran Mushaf Rasm Uthmani, kalimah diletakkan tanda

titik tumpuk ( ) di atas huruf Hamzah yang kedua sebagai ganti kepada tulisan

Page 3: Qiraat - Bacaan Tashil

asalnya yang telah dihazafkan. Tanda tersebut menunjukkan Tashil (bacaan mudah)

dengan menyembunyikan suatu bunyi antara bunyian huruf Hamzah dan Alif. (Abdul

Qadir Leong, 2003)

Terdapat tiga jenis kalimah yang harus dibaca secara Tashil jika diulang

sebanyak dua kali. Pertamanya dibaca secara Mad Lazim dan yang keduanya

dibaca secara Tashil. Tetapi, jika dibaca sekali sahaja, maka hendaklah dibaca

secara Mad Lazim. Contohnya:

i. (Surah al-An’am: Ayat 143 dan 144)

ii. (Surah Yunus: Ayat 59 dan Surah Al-Naml, Ayat 59)

iii. (Surah Yunus: Ayat 51 dan 91)

Kata Imam At-Tibi:

“Dan Hamzah Washal jika masuk atasnya (sebelumnya) Hamzah Qata’ maka

ibdalkan olehmu akannya serta tashilkan akan dia jika Hamzah Washal itu berada

sebelum Lam Ta’rif.”

Dan kata Imam Al-Syatibi:

“Dan sekiranya Hamzah Washal berada di antara Lam Sukun dan Hamzah Istifham

maka diibdalkan serta dipanjangkan ia (6 harakat), maka inilah yang lebih utama

bagi semua (Imam-imam Al-Qurra’). Dan dibaca pendek oleh mereka yang

mentashilkan akan kesemuanya seperti .”