qiraat - bacaan imalah

3
BACAAN AL-IMALAH Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), istilah Imalah menurut bahasa ialah condong. Manakala dari segi istilah, Imalah bermaksud menyebut (melafaz) baris fathah cenderung kepada baris kasrah dan Alif cenderung kepada Ya’. Nik Jaafar Nik Ismail (1997) pula mentakrifkan Imalah sebagai suatu bunyi bacaan mencondongkan bunyi baris fathah lebih hampir kepada bunyi baris kasrah. Di sisi ulama qiraat (tajwid), Ismail Tekan (1999) menyatakan istilah Imalah didefinisikan sebagai membunyikan baris di atas (fathah) menjadi bunyi ‘e’ iaitu antara bunyi ‘a’ dan ‘i’ yang dibunyikan menjadi “majreha”. Cara membacanya ialah dengan memiringkan fathah ke dalam kasrah pada perkataan “majreha”, manakala huruf Ra’ (lughat Imalah) harus dibaca tipis. (M. Abdurrahman H. R, 1991) Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), Imalah terbahagi kepada dua iaitu Imalah Kubra dan Imalah Sughra: i. Imalah Kubra ialah bacaan antara fathah dengan kasrah atau antara Alif dengan Ya’. ii. Imalah Sughra iaitu bacaan antara fathah atau Alif dengan Imalah Kubra. Imalah Sughra dikenali sebagai Taqlil. Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), antara imam yang banyak membaca Imalah Kubra ialah Imam Abu Amru Al-Basri, Hamzah Al-Kufi dan Al- Kisa’i Al-Kufi. Manakala riwayat Warasy Al-Madani dan Imam Abu Amru Al-Basri pula merupakan dua orang imam qiraat yang banyak membaca Imalah Sughra dalam bacaan qiraat mereka. Menurut bacaan Imam Hafsh, terdapat satu tempat sahaja di dalam Al-Quran yang wajib dibaca dengan bacaan Imalah (Kubra) iaitu pada kalimah dalam Surah Al-Hud ayat 41, Allah s.w.t berfirman:

Upload: shazana-binti-muhamed-saad

Post on 13-Jun-2015

4.705 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Qiraat - Bacaan Imalah

BACAAN AL-IMALAH

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), istilah Imalah menurut bahasa ialah condong.

Manakala dari segi istilah, Imalah bermaksud menyebut (melafaz) baris fathah

cenderung kepada baris kasrah dan Alif cenderung kepada Ya’. Nik Jaafar Nik Ismail

(1997) pula mentakrifkan Imalah sebagai suatu bunyi bacaan mencondongkan bunyi

baris fathah lebih hampir kepada bunyi baris kasrah.

Di sisi ulama qiraat (tajwid), Ismail Tekan (1999) menyatakan istilah Imalah

didefinisikan sebagai membunyikan baris di atas (fathah) menjadi bunyi ‘e’ iaitu

antara bunyi ‘a’ dan ‘i’ yang dibunyikan menjadi “majreha”. Cara membacanya ialah

dengan memiringkan fathah ke dalam kasrah pada perkataan “majreha”, manakala

huruf Ra’ (lughat Imalah) harus dibaca tipis. (M. Abdurrahman H. R, 1991)

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), Imalah terbahagi kepada dua iaitu

Imalah Kubra dan Imalah Sughra:

i. Imalah Kubra ialah bacaan antara fathah dengan kasrah atau antara Alif

dengan Ya’.

ii. Imalah Sughra iaitu bacaan antara fathah atau Alif dengan Imalah Kubra.

Imalah Sughra dikenali sebagai Taqlil.

Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), antara imam yang banyak

membaca Imalah Kubra ialah Imam Abu Amru Al-Basri, Hamzah Al-Kufi dan Al-

Kisa’i Al-Kufi. Manakala riwayat Warasy Al-Madani dan Imam Abu Amru Al-Basri

pula merupakan dua orang imam qiraat yang banyak membaca Imalah Sughra

dalam bacaan qiraat mereka.

Menurut bacaan Imam Hafsh, terdapat satu tempat sahaja di dalam Al-Quran

yang wajib dibaca dengan bacaan Imalah (Kubra) iaitu pada kalimah dalam

Surah Al-Hud ayat 41, Allah s.w.t berfirman:

Page 2: Qiraat - Bacaan Imalah

Maksudnya: “Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya

yang beriman): “Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ‘Dengan nama Allah

bergerak lajunya dan berhentinya.’ Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Mengenai Imalah, telah dinyatakan oleh Imam Syatibi, kata beliau:

“Dan Hafsh membaca secara Imalah pada kalimah yang berada dalam

Surah Hud.”

Dalam petikan yang lain pula, beliau berkata:

“Imam Hafs bersepakat dengan (Abu Amru, Hamzah dan Al-Kisaie) membaca

dengan Imalah Kubra pada kalimah yang terdapat dalam Surah Hud.”

Bagi Al-Quran Mushaf Uthmani, di bawah huruf Ra’ pada kalimah

diletakkan dengan tanda berupa intan ( ) bagi menunjukkan bacaan Imalah fathah

huruf Ra’ kepada kasrah (mencondongkan bacaan baris di atas hampir kepada baris

di bawah) dan Imalah Alif kepada Ya’ (mencondongkan bacaan Alif Mad hampir

kepada Ya’ Mad). Menurut Abdul Qadir Leong (2003), pada asalnya Ulama’ An-

Nuqqat iaitu Ulama’ Tanda Titik telah meletakkan bulatan merah pada kalimah

tersebut tetapi kemudiannya telah ditukar dengan tanda berupa intan untuk

kemudahan percetakan.

Dalam qiraat Imam Warasy pula, setiap kalimah atau suku kata yang

memakai huruf Alif Maqshurah ( ) seperti atau dan lain-lain

hendaklah dibaca secara Imalah; kecuali untuk nama-nama orang contohnya

seperti Musa ( ), Isa ( ) dan Yahya ( ) tidaklah boleh dibaca dengan

Imalah seperti Muse, Ise dan Yahye (M. Abdurrahman H. R, 1991).

Mohamad Abd Manaf (2004) menyatakan perbincangan mengenai Imalah

adalah sangat luas. Secara umumnya, Imalah juga berlaku pada keadaan berikut:

(a) Ya’ yang berada di akhir kalimah sama ada:

i. Pada Isim. Contoh: , Surah Al-A’raf: ayat 193.

ى

حيىي عيسى موسى

( )

◌ ( )

( )

Page 3: Qiraat - Bacaan Imalah

ii. Pada Fe’el. Contoh: , Surah Al-Insan: Ayat 1.

iii. Pada Harf. Contoh: , Surah Al-Baqarah: Ayat 81.

(Bacaan Imalah bagi Imam Hamzah, Imam Al-Kisa’ie dan Imam Khalaf Al-

‘Aasyir manakala Imam Warsy membacanya secara Taqlil secara khilaf.)

(b) Alif pada Huruf Pembukaan Surah. Contoh: , Surah Taahaa: Ayat 1.

(Bacaan Imalah bagi Syu’bah, Imam Hamzah, Imam Al-Kisaie dan Imam

Khalaf Al-‘Asyir. Manakala Warsy dan Imam Abu ‘Amru membaca Imalah

pada Ha’ sahaja.)

(c) Alif pada kalimah apabila Sin berbaris kasrah. Contoh: , Surah

An-Nas: Ayat 2.

(Bacaan Imalah bagi Duri Abu ‘Amru.)

(d) Alif yang berada sebelum Ra’ yang berada di hujung kalimah serta berbaris

kasrah asli. Contoh: , Surah Al-Fath: Ayat 29.

(Bacaan Imalah bagi Imam Abu ‘Amru dan Duri Al-Kisa’ie.)

(e) Alif yang ditulis dengan Ya’. Contoh: , Surah Al-Naaziaat: Ayat 39.

(Bacaan Imalah bagi Imam Hamzah, Al-Kisa’ie dan Imam Khalaf Al-‘Asyir.)

(f) Alif pada kalimah . Contoh: , Surah Ali ‘Imran: Ayat 100.

(Bacaan Imalah bagi Imam Abu ‘Amru, Duri Al-Kisa’ie dan Ruwais manakala Warsy membacanya secara Taqlil.)

(g) Alif pada kalimah . Contoh: , Surah Al-Maaidah: Ayat 22.

(Bacaan Imalah bagi Duri Al-Kisa’ie manakala Warsy membacanya secara

Taqlil secara khilaf.)

(h) Ha’ Ta’nith serta huruf sebelumnya ketika waqaf dengan syarat huruf sebelum

Ha’ Ta’nith tersebut bukannya Huruf Isti’la. Contoh: , Surah Al-

Humazah: Ayat 6.

(Bacaan Imalah bagi Al-Kisa’ie)