qiraat

144

Upload: nurul-husna

Post on 30-Nov-2015

335 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

qiraat

TRANSCRIPT

Page 1: qiraat
Page 2: qiraat

QURANOLOGY

Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

© 2009 Mohammad Asraff Ayob Hakcipta Terpelihara

Versi 1.0

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan gambar dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis dari MOHAMMAD ASRAFF AYOB. Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan dipertanggunjawabkan di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla nanti.

Untuk mendapatkan ebook ini, sila layari :

www.kaedahjibril.com

Atau e-mel :

[email protected] [email protected]

Page 3: qiraat

5 Bab 1 Dari 'Makhluk cahaya' ke 'kitab cahaya' : Hayati Sejarah penurunan Al-Quran. 5 Gaya penurunan Al-Quran. 6 Bagaimana Nabi menerima wahyu? 8 Asbabun Nuzul : ilmu utama untuk memahami tafsirannya. 8 Mengapa anda perlu mengetahuinya? 9 Bagaimana cara untuk mengetahui keseluruhan Asbabun Nuzul?

1-3 Prakata

4 Dedikasi

12 Pengumpulan zaman Saidina Abu Bakar 14 Projek yang lebih sukar dari 'mengalih gunung' bermula. 15 Pengumpulan zaman Saidina Uthman 19 Seterusnya...

20 Bab 3 Ini 'Mission Not-So- Impossible'nya : 3 Misi utama Al-Quran. 20 Misi pertama : Mengenal 'Yang Maha Kuasa' - Allah S.W.T. 20 Tetapi kenal yang macam mana? 23 Misi kedua : Mengenal Jalan lurus 'Sirotol Mustaqim'. 23 Manusia contoh 'Sirotol Mustaqim'. 24 Misi ketiga : Mengenal hari pembalasan : Hari Kiamat. 25 Apakah 'tentatif' perhimpunan agung tersebut? 26 Terima kasih Ya Allah....

10 Bab 2 Dari pelepah tamar ke kitab resam Uthmani : Kronologi pengumpulan Al-Quran. 10 Zaman Rasulullah : Bermulanya era baru.

Page 4: qiraat

28 Bab 4 Tajwid : cara Al-Quran serlahkan ke'jelita'annya. 28 Pengalaman saya terkena 'pukau' Al-Quran di Mesir. 29 Apakah sebenarnya ilmu tajwid? 30 Dari manakah sumber dalilnya? 31 Adakah ilmu tajwid ini wajib dikuasai? 31 Apakah 'big picture' ilmu tajwid? 32 Cara termudah menguasainya. 33 Sesudah itu....

35 Adakah ia berbeza dengan ilmu tajwid? 35 Memahaminya dengan lebih mendalam. 37 Cara ia diwarisi. 38 Siapakah 10 imam Qiraat yang diiktiraf itu? 39 Apakah perbezaan bacaan antara 10 imam itu? 40 Contoh perbezaannya. 40 Adakah kesemua Qiraat ini sahih dan benar? 40 Mengenali 2 'arkitek' Qiraat yang terunggul. 41 1 : Imam Syatibi : 'Lokomotif' Qiraat dari Andalus. 43 2 : Imam Jazari : Kemunculan 'Bintang' pada Ramadan. 45 Mengapa anda perlu mengetahui kesemua ini?

46 Bab 6 Tafsir : fahaminya melalui cara paling tepat. 47 Mengapa tafsir sangat diperlukan?

34 Bab 5 Qiraat : 'Dialek' bacaan Al-Quran yang sangat mengujakan! 34 Qiraat : warna-warni bacaan Al-Quran.

Page 5: qiraat

49 Bagaimana secara asasnya Al-Quran ditafsirkan? 51 Adakah anda memiliki ruang untuk mentafsir Al-Quran? 52 Cara pentafsiran yang selalu digunakan. 53 Mencari Tafsir yang sesuai. Tafsir At-Tabhari 54 Tafsir Ibnu Kathir Tafsir Al-Zamakhsyari 55 Tafsir Al-Alusi Tafsir Al-Razi 56 Tafsir Al-Qurtubi Tafsir Al-Baidhawi Tafsir Al-Baghawi 57 Tafsir Jalalain Tafsir Al-Manar Tafsir Fi Zilalil Quran 58 Tafsir Al-Azhar Tafsir Al-Munir 58 Terpulang kepada anda...

87 Bab 9 Golongan 'Quranic V.I.P group' : Ini kehebatan mereka! 88 Mengapa Nabi menggalakkan menangis ketika membaca Al-Quran? 90 Interaksi Saidina Umar. 93 Interaksi para solafussoleh : Menangis, menggeletar, pengsan?

60 Bab 7 40 soal-jawab fiqh popular tentang Al-Quran.

79 Bab 8 Bertutur menggunakan ayat Al-Quran 40 tahun? ini kisahnya.

97 Bab 10 27 fakta 'tidak logik' pada akal, logik pada Tuhan dalam Al-Quran. 97 Haiwan sepantas 'roket'. 98 Komando 'elit' yang tidak kelihatan 98 Tangan Nabi yang 'berurat dawai bertulang besi' 98 Gema 'zikir' dari gunung-ganang

Page 6: qiraat

99 Pintu taubat dari perut ikan raksasa 99 Menggigil kesejukan kerana dibakar? 100 'Magic' yang lebih hebat dari 'Harry Potter' 100 Tangan bercahaya… benarkah? 100 'Catch me if you can' versi Firaun 101 Pemuda 'tukang ramal' masa depan 101 Mati hidup semula : Kali ini benar-benar berlaku! 102 Ingin tahu 'menu' hidangan dari syurga? 102 12 mata air kesan mukjizat nabi 102 Ingin tahu doa berkesan perolehi anak dari nabi? 102 Bayi yang pintar berkata- kata 103 Makanan dari langit, sekali lagi

103 Nabi Isa : Bertutur ketika bayi? Banyak lagi! 103 Tentera luarbiasa yang memang luarbiasa! 104 Manusia biasa berkuasa 'luarbiasa'. 104 Nabi yang memahami pertuturan binatang. 104 Nabi yang lebih 'hansome' dari Superman. 105 'Interpertation of dream' versi Nabi Yusuf. 105 Baju 'ajaib' penyembuh buta. 106 Gajah ditewaskan makhluk kecil? Tidak mustahil! 106 Manusia kera memang wujud! 107 Tempoh tidur terpanjang : 309 tahun. 107 Mati hidup semula : Kisah 100 tahun.

Page 7: qiraat

108 Bab 11 9 Cara berkesan 'mengaji dan mengkaji' Al-Quran. 108 Membaca Al-Quran. 109 Mendengar bacaan Al-Quran 110 Membaca tafsir Al-Quran 110 Membaca buku berkaitan Al-Quran. 111 Mengadakan diskusi dan perbincangan. 112 Mempelajari Bahasa Arab. 112 Menghadiri kuliah, wacana dan seminar. 113 Menghafaz Al-Quran. 114 Mengamalkan kandungan Al-Quran dalam kehidupan.

136 Rujukan 137 Istimewa untuk anda.

116 Bab 12 Ingin 'Syok' Baca Al-Quran? : Ini formula rahsianya. 116 Berapa kalikah ia perlu dibaca? 117 Bilakah waktu terbaik membacanya?

117 Bilakah pula hari terbaik membacanya? 118 Persiapan sebelum membacanya. 119 Mencontohi cara bacaan Rasulullah. 120 Ketika membacanya. 121 Al-Quran sebagai kuasa penyembuh dan pelindung. 121 Kelebihan dan fadhilat surah popular yang kerap dibaca.

126 Bab 13 Ingin tahu tahap iman anda? Lengkapkan kuiz ini! 131 Cara pemarkahan 131 Skor 1-93 : Rendah. 132 Skor 94-146 : Sederhana. 133 Skor 147-200 : Tinggi. 134 Sebagai renungan tambahan.

Page 8: qiraat

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum W.B.H.

Para pembaca yang dihormati sekelian, Mengapa ’Quranology’ dipilih sebagai tajuk buku ini? Apa maknanya? Perkataan ’-logy’ pada tajuk buku ini bermakna ’akhiran sebagai pembentuk nama ilmu atau pengetahuan (misalnya psychology, theology atau sosiology)’, atau kata mudahnya ’kajian ilmu-ilmu tentang Al-Quran’. Selalunya dalam bahasa arab, kitab-kitab sebegini diberikan judul ’Ulumul Quran’. Mengapa buku ini ditulis? Ia ditulis kerana beberapa faktor, dan yang utamanya kerana ingin menghadirkan kepada masyarakat buku yang memperkenalkan ‘susuk tubuh’ Al-Quran secara mudah dan santai. Ia juga dimunculkan kerana ingin meluruskan kembali kefahaman masyarakat tentang Al-Quran, dari kitab yang : Kandungannya dijadikan perhiasan di dinding rumah, Dibaca hanya di musabaqah, tahlil dan kematian, Dibaca ketika majlis-majlis rasmi sahaja, Dibaca hanya untuk mendapat berkat, bukan difahami, Surah tertentu seperti ’Yasin’ dijadikan anak emas, yang lain ’anak tiri’, Kepada tahap yang dikehendaki Ilahi, iaitu kitab : Panduan, pedoman, nasihat dan mesej. Rujukan terhadap apa jua kesulitan hidup, menjadi panduan menentukan ’nilai’ dan ’worldview’ kehidupan. diamalkan seluruh kandungannya, dari perintah terkecil hingga terbesar. Mengapa kandungan Al-Quran layak dijadikan panduan hidup kita? Sebabnya ialah kerana ia datang dari ’Pencipta kita’ iaitu Allah S.W.T. Sudah tentu Allah selaku pencipta produk (manusia) tahu bagaimana cara membaikinya jika ia rosak, dan Al-Quranlah ’manual book’ atau ’user guide’ bagi produk manusia itu. Tambahan pula, hanya Al-Quran sahaja dijamin sebagai satu-satunya

Page 9: qiraat

buku/kitab yang tidak ada salah-silap, cacat-cela, kesalahan fakta atau teori, unsur plagiat atau apa-apa jua kelemahan sekalipun. Pendek kata, ia adalah buku ’zero defect’! Lihat jaminannya ini :

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Kitab suci Al-Quran, kitab yang tidak ada didalamnya sebarang bengkang-bengkok (kesilapan).

Surah Al-Kahfi, 1 Bagaimanakah contoh terbaik kita memahami Al-Quran? Melalui proses ’mengkaji dan mengaji’ sekaligus. Saya datangkan satu contoh disini bagaimana interaksi yang diinginkan antara Al-Quran dengan kita. Pengalaman ini diceritakan oleh Jeffrey Lang dalam bukunya “Struggling To Surrender”. Jeffrey Lang merupakan seorang Professor Matematik Amerika yang ateis (kini sudah menjadi muslim), sangat jahil tentang Islam dan Al-Quran. Tetapi dia ingin memahami Al-Quran secara dekat. Ingin tahu apa yang dirasainya? Ini kisah ketakjuban beliau :

Anda tidak dapat membaca Al-Quran begitu sahaja, kecuali jika anda memberikan perhatian yang bersungguh – sungguh. Anda menyerah sahaja kepadanya atau anda memeranginya. Al-Quran akan menyerang dengan kuat, tepat dan tertuju kepada peribadi masing – masing. Al-Quran berdebat, mengkritik, membuat malu, dan menentang. Dari mula lagi Al-Quran menarik garis batasan pentempuran, dan saya berada disisi yang diperangi. Saya berada di posisi yang sangat tidak menguntungkan, kerana menjadi jelas bahawa pengarangnya (Allah S.W.T) mengenali saya lebih baik dari saya mengenalinya. Seorang pelukis dapat membuat mata sebuah potret lukisan seolahnya memandang anda dari satu tempat ke tempat lain, tetapi pengarang mana yang dapat menulis naskhah yang mengetahui perubahan hidup anda seharian? Al-Quran sentiasa mendahului pemikiran saya. Al-Quran menghapus batasan-batasan yang telah saya bangunkan

Page 10: qiraat

bertahun – tahun lalu dan menjawab pertanyaan saya. Setiap malam saya merumuskan pertanyaan dan bantahan, lalu entah bagaimana caranya saya akan menemui jawapannya pada keesokan harinya ketika saya membacanya sesuai dengan

urutan yang ada. Tampak seolah pengarangnya sedang membaca fikiran – fikiran saya dan kemudian menulis baris – baris yang sesuai untuk bacaan saya berikutnya. Saya melihat diri saya sendiri di setiap halamannya dan saya takut akan apa yang saya lihat.

Itulah yang bakal dialami jika kita benar-benar ber’interaksi’ dengan Al-Quran. Sebagai persiapan ke arah itu, buku ini menyediakan 13 bab mengenengahkan kelebihan dan keunikan Al-Quran supaya anda akan lebih mudah ’jatuh cinta’ dengannya. Kesemua bab tersebut dibahagikan kepada 3 kategori iaitu : 1. Fahami dan hayatinya! 2. Wah! Takjubnya! 3. Amalkan sekarang! Saya berharap semoga para pembaca mendapat faedah dan hidayah dari tulisan ini. Jika terdapat sebarang kelemahan dan salah silap didalamnya, saya amat mengalukan teguran, ulasan dan cadangan dari anda semua. Hanya kepada Allah saya memohon keampunan dari segala kesilapan….. Iqra! dan selamat membaca. Mohammad Asraff Ayob New Zealand 1 September 2009 [email protected] [email protected] www.kaedahjibril.com

Page 11: qiraat

Allah ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti

Nabi Muhammad S.A.W

Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya

Ayahanda dan bonda Keranamu berdua angah pergi sejauh ini

Isteriku tercinta, Siti Ujila

Bidadari yang comel & ceria

Tuan Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah, Cikgu Di atas curahan ilmu dan pedoman

Tuan Hj. Raja Azmi Raja Nazuddin sekeluarga

Thank you very much for everything. Semoga perancangan kita berjalan lancar, Amin!

Dan,

Para pembaca ebook ini. Jutaan terima kasih atas pembelian anda.

Page 12: qiraat

T ahukah anda, antara peristiwa besar yang mencorakkan dunia ialah peristiwa

‘Nuzul Quran’ atau turunnya Al-Quran? Mengapa agaknya peristiwa ini

diklasifikasikan begitu penting? Jawapannya tidak lain kerana, sepanjang lebih

1400 tahun sejak Al-Quran bersama kita, ia telah menghasilkan berbagai peristiwa

hebat, dengan kehadirannya banyak mencorakkan kehidupan dan juga pemikiran

manusia.

Maka dalam bab ini, kita ingin mengimbas kembali bagaimana detik-detik

bersejarah itu berlaku, bermula dengan ayat Iqra’ sebagai penanda awal kisah

menarik ini.

Untuk pengetahuan anda, pada awalnya Allah S.W.T menempatkan keseluruhan

Al-Quran di Luh Mahfuz, iaitu satu tempat yang amat mulia dan suci. Ketika ini,

Tuhan sejak awal lagi menunjukkan kemutlakan kebijaksanaanNya dengan

menentukan segala apa yang tercatat disitu akan benar-benar berlaku. Keyakinan

akan kemuliaan Al-Quran di Luh Mahfuz dinyatakan begitu jelas sekali dalam

FirmanNya yang bermaksud :

Bahkan ia adalah Al Qur'an yang tertinggi kemuliaannya, (lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Luh Mahfuz.

Surah Al-Buruj, 21-22

Langkah kedua ialah, ia diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu

Malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan.

GAYA PENURUNAN AL-QURAN

Page 13: qiraat

Hal ini tercatat dalam firmanNya iaitu :

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan

Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza….

Surah Al-Baqarah, 185

Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah itu Lailatul Qadar. Ia lebih baik dari 1000 bulan.

Surah Al-Qadar, 1- 3

Ia kemudiannya diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah melalui perantaraan

Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan

Rasulullah di Gua Hira’, tepatnya ketika Baginda berusia 40 tahun. Bagi kita semua,

Ibnu Abbas menyatakan:

Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatul Qadar dalam

bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, ke-

mudian diturunkan secara beransur-ansur.

Peristiwa penurunan beransur-ansur ini berlangsung selama 22 tahun, 2 bulan

dan 22 hari, bermula dari 17 Ramadan Tahun 610 Masehi hinggalah wakyu terakhir

tiba untuk melengkapkan Al-Quran pada 9 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah.

Baginda Rasulullah memperolehi wahyu melalui 3 cara iaitu :

Melalui Malaikat Jibril yang datang menemui Rasulullah dalam bentuk rupanya yang

asli. Contohnya ketika pertama kali Malaikat Jibril bertemu Rasulullah di Gua Hira’.

Kehadirannya bukan sahaja menghadirkan kejutan yang begitu menggemparkan,

bahkan mencetuskan sedikit rasa gementar kepada Rasulullah. Bayangkan sahaja

BAGAIMANA NABI MENERIMA WAHYU?

Page 14: qiraat

ketika anda keseorangan, tiba-tiba anda didatangi makhluk cahaya yang amat

luarbiasa, tidak pernah dilihat sebelumnya.

Tenyata ‘lawatan mengejut’ Malaikat Jibril itu telah menjadi satu titik tolak

dalam kehidupan Nabi. Melalui ayat Iqra’ yang diterima, ia menjadi semacam

’watikah perlantikan’ Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasulullah, utusan Tuhan

menyebarkan kebenaranNya.

Ada juga kadang-kala, Malaikat Jibril menemui Baginda dengan menyamar sebagai

manusia biasa. Pernah satu ketika dalam hadis yang amat panjang mengenai

Islam, Iman dan Ihsan, Malaikat Jibril datang dengan berpakaian serba putih,

mengajarkan Nabi mengenai ketiga-tiga tonggak agama itu. Ada juga di

kesempatan lain, Aisyah isteri Rasulullah menyatakan pengalamannya

menyaksikan sendiri detik ketibaan Jibril :

Aku pernah melihat tatkala wahyu sedang turun

kepadanya pada satu hari yang amat dingin, Lalu malaikat itu pergi, sedangkan peluh mencucur deras dari dahi

Rasulullah.

Riwayat Bukhari.

Nabi tidak menyaksikan Malaikat Jibril secara zahir, tetapi Baginda menyedari

kehadirannya melalui bunyi seperti suara lebah dan bunyi loceng. Wahyu yang

diterima seperti ini dikira amat berat bagi Nabi hinggakan Baginda menitiskan peluh

yang banyak walaupun dalam cuaca sejuk. Dinyatakan, apabila wahyu sebegini tu-

run kepada Rasul, Baginda terpaksa mengumpulkan segala kekuatannya untuk

menerima, menghafaz dan memahaminya.

Ketiga-tiga bentuk penyampaian wahyu di atas akan berlaku berkali-kali dalam

hidup Baginda hingga selesai semua ayat Al-Quran diturunkan. Walaupun seseten-

gah dari wahyu yang disampaikan Jibril kepada Rasulullah without any appointment

(datang secara tiba-tiba sahaja), tetapi ia lebih berbentuk hadiah kegembiraan yang

amat besar buat Baginda.

Page 15: qiraat

Mungkin ada yang bertanya, adakah ayat Al-Quran turun kepada Rasul tanpa

sebarang sebab? Jawapannya ialah Ya dan tidak. Sebenarnya, sebahagian ayat

Al-Quran turun berdasarkan beberapa kejadian, peristiwa atau sebab tertentu.

Tetapi ada juga sebahagian lain disampaikan tanpa sebarang sebab atau peristiwa

khusus.

Ini disebabkan dalam beberapa situasi, Rasulullah S.A.W. memerlukan

panduan langsung dari Allah untuk menjawab persoalan yang diajukan kepada

Baginda. Contohnya, ada dikalangan mereka bertanyakan Rasulullah tentang

hukum-hakam Islam, maka Allah menurunkan wahyuNya sebagai jawapan.

Peristiwa-peristiwa sebegini dikenali sebagai Asbabun Nuzul, atau kata mudahnya

bermaksud sebab-sebab penurunan ayat Al-Quran.

Jawapannya : agar anda lebih mudah memahami tafsiran ayat Al-Quran

dengan tepat. Saya akan membawakan satu contoh mengenainya :

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah ….

Surah Al-Baqarah, 115

Sekali imbas, ayat ini mengharuskan kita mengadap ke mana-mana arah

ketika hendak solat. Jika kita memahaminya tanpa berpandukan Asbabun Nuzul,

kita akan tersilap besar. Solat kita tidak akan diterima kerana salah satu dari syarat

sah solat ialah mengadap kiblat.

Ternyata melalui Asbabun Nuzul, ia mengkhususkan aplikasi penggunaan

ayat ini hanya dalam konteks mereka yang bermusafir. Mungkin didalam

perjalanannya, mereka tidak mengetahui arah kiblat yang tepat dan terpaksa

ASBABUN NUZUL : ILMU UTAMA UNTUK MEMAHAMI TAFSIRANNYA.

MENGAPA ANDA PERLU MENGETAHUINYA?

Page 16: qiraat

berijtihad sendiri untuk menentukannya. Maka dalam hal ini, ke mana juga arah

mereka, ia dikira sebagai arah kiblat dan solatnya diterima. Ringkasnya, ayat ini

tidak bersifat umum, tetapi hukumnya diaplikasikan kepada mereka yang tidak

mengetahui arah kiblat ketika bermusafir.

Mudah sahaja. Ia banyak dinyatakan dalam tafsir-tafsir yang muktabar.

Bahkan terdapat sebilangan ulama yang mengarang kitab-kitab khusus untuk men-

gumpulkan Asbabun Nuzul sahaja. Antara yang selalu menjadi rujukan ialah :

Asbabun Nuzul, karangan Al-Wahidi (M 427H)

Asbabun Nuzul karangan Ibnu Hajar Al-Asqolani (M

852H)

Lubab Al-Manqul Fi Asbab An-Nuzul, karangan Imam

As-Suyuti (M 911H)

Untuk makluman, kebanyakan kitab di atas terutamanya kitab ketiga sudah

diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Mudah-mudahan, dengan memahami

Asbabun Nuzul, kita akan lebih mudah memahami peta keseluruhan

‘akhbar harian’, itulah dia : Al-Quran Al-Karim.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI KESELURUHAN ASBABUN NUZUL?

Page 17: qiraat

A l-Quran memiliki sejarah yang sangat menarik untuk dikaji dan difahami.

Bermula dengan peristiwa Iqra’, cerita mengenainya terus bersambung-

sambung, mencorakkan tamadun dan mengilhamkan inspirasi : bagaimana 1001

kesukaran yang ditempuhi Rasul untuk menerima dan mengumpulkan Al-Quran,

sehingga sampai ke tangan kita setelah melalui jarak masa yang cukup panjang.

Dan disini akan berlegar tiga nama besar : 1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, khalifah Islam pertama, sahabat terdekat nabi

yang begitu pintar dalam memperkuatkan Islam

2. Saidina Umar Al-Khattab, seorang di mana tiket syurga dalam

genggamannya,

3. Saidina Uthman Al-Affan, sahabat yang tidak asing lagi dalam usahanya

mengumpulkan Al-Quran, menjadikan nama beliau sinonim hingga ke hari ini :

Mashaf Resam Uthmani.

Termasuk juga nama yang wajib disebut ialah Zaid bin Tsabit, penulis wahyu

utama, di mana dari kesungguhan dan ketelitiannya, mengalir kebijaksanaan

Al-Quran dari generasi ke generasi hingga sampai kepada kita.

Kita akan menghayatinya satu persatu, ditandai dengan zaman Rasulullah

sehinggalah ia sempurna dalam satu mashaf yang diiktiraf pada zaman Saidina

Uthman.

Perjalanan meneliti sejarah agung, bagaimana Rasulullah berjaya

‘memasyarakatkan Al-Quran dan meng’Quran’kan masyarakat’ dimulakan dengan

berpandukan ayat ini :

ZAMAN RASULULLAH : BERMULANYA ERA BARU.

Page 18: qiraat

Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan

mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Surah Jum’ah, 2

Al-Quran mula diturunkan ketika baginda berusia 40 tahun.

Bagaimana? : Sedikit demi sedikit.

Tempoh : selama 23 tahun.

Keadaan peristiwa : berdasarkan kejadian dan keperluan, situasi dan

keadaan, soalan yang ditanyakan kepada nabi serta keraguan yang

ditimbulkan oleh musuh Islam.

Di sebalik semua itu, visi utama Al-Quran ialah sebagai gema Tuhan

berbentuk pedoman, guna untuk menguatkan akidah muslim dan syariatnya, selain

misi utama – mentarbiah ummah.

Pada waktu itu, Rasulullah menghafaznya

dan begitu juga para sahabat. Malah, baginda telah

menyuruh beberapa sahabat untuk menulisnya

dengan sabdanya : “Letakkan surah sekian

disebelah surah sekian dan ayat sekian selepas

ayat sekian”. Begitulah seterusnya proses itu berjalan

lancar. Dengan segala kehebatan penurunannya,

proses penulisan itu dibuat secara sangat sederhana. Ada antara sahabat yang

menulisnya pada kulit binatang, kepingan batu, pelepah kurma, perca dan juga

tulang-belulang. Bayangkan tahap kesukaran untuk ‘membaca’ Al-Quran pada

waktu tersebut, zaman di mana komputer dan mesin taip masih belum diciptakan

walaupun dalam mimpi. Mungkin saja ayat 50 Surah Ali-Imran tertulis di pelepah

kurma sementara sambungannya di kepingan batu!

“Ada antara

sahabat yang menulisnya pada kulit

binatang, kepingan batu, pelepah kurma,

perca dan juga

tulang-belulang.”

Page 19: qiraat

Sebagai kesimpulan, penulisan Al-Quran pada zaman nabi telah tertulis semuanya, tetapi ia masih berselerak dan tidak dikumpulkan pada satu

mashaf. Namun Rasulullah S.A.W tidak risau hal ini kerana ramai sahabat yang

menghafaznya, ditambah lagi dengan situasi ayat Al-Quran yang masih turun. Ia

juga merupakan satu hikmah, kerana walaupun mereka digelar ‘masyarakat buta

huruf’ seperti pada ayat di atas, tetapi mereka mempunyai daya ingatan yang amat

tinggi. Maka apabila Al-Quran turun pada masyarakat berlabel sedemikian, nilai

‘kemukjizatannya’ akan semakin ketara.

Yang pasti, untuk menambahkan lagi keyakinan nabi, baginda akan kembali

bertemu ‘mahaguru’nya – Malaikat Jibril untuk menyemak bacaan Al-Quran. Ia

dilakukan sekali setiap tahun kecuali pada ‘Urdatul Akhirah’ – pertemuan terakhir

sebelum baginda wafat di mana ia telah diadakan sebanyak dua kali, dengan Zaid

Bin Tsabit hadir pada semakan terakhir tersebut.

Zaman Saidina Abu Bakar dimulai dengan kejadian huru-hara dan murtad di

sana-sini. Sesetengah umat Islam yang imannya lebih nipis dari kulit bawang

mudah terkoyak dan dicarik imannya. Sekumpulan kecil lain melangkah lebih jauh

dari itu, menggelar diri sebagai ‘rasul baru’. Wira yang tidak diundang ini tentulah

Musailamah Al-Kazzab ‘si penipu’. Gelarannya saja membuatkan dirinya dipenuhi

celaan dan mengundang permusuhan umat Islam.

Maka Saidina Abu Bakar tidak menunggu lama. Perang Yamamah

diisytiharkan. Bangkitlah beribu-ribu umat Islam yang dadanya berkobar-kobar den-

gan semangat untuk mempertahankan Islam menyahutnya. Mungkin juga mereka

ternampak peluang ‘syahid’ – mendapat tiket syurga percuma dengan pelepasan

ruh suci dari tubuh ke langit.

Secara pasti untuk disebutkan disini, Musailamah Al-Kazzab dan pengikutnya

berjaya dihapuskan. Pemberontakan telah dipatahkan dengan jayanya. Tetapi umat

PENGUMPULAN ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR.

Page 20: qiraat

Islam terpaksa membayar harga yang agak mahal. Puluhan sahabat, dikatakan

seramai 70 orang yang kesemuanya hafaz Al-Quran telah gugur syahid dalam

pertempuran itu.

Saidina Umar menyedari sesuatu buruk akan berlaku jika ramai penghafaz

Al-Quran gugur di medan-medan perang seterusnya. Masa depan Al-Quran sedang

berada di hujung tanduk. Akhirnya, beliau mengesyorkan kepada Saidina Abu

Bakar agar Al-Quran dikumpulkan.

Ketika ini, Saidina Abu Bakar sedang dihadapkan pilihan yang sulit :

membukukan Al-Quran atau tetap berpegang pada ’status quo’. Saidina Umar

sudah menjangkakan, cadangannya tidak akan mendapat persetujuan mudah.

Mengapa agaknya? Ini kerana Saidina Abu Bakar sangat bimbangkan satu

perkara : “bagaimana kita hendak membuat sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah?” Beliau menyanggah Saidina Umar.

Tetapi Saidina Umar, yang terkenal dengan

ketegasannya, tetap bertenang. Kali ini, gelaran

Al-Farouq yang disandang, bermakna pemisah

antara hak dan batil lebih menguasai dirinya.

Beliau lantas meyakinkan sang Khalifah : itulah

realiti yang sedang berbicara. Dikala menghadapi

situasi sukar seperti peperangan ini, kita terpaksa

membuat keputusan-keputusan sukar

membukukan Al-Quran untuk mengelakkan

akibat yang lebih sukar kemudian hari.

Akhirnya, kedua sahabat besar ini bersetuju.

Mereka lantas membentuk satu ‘jawatankuasa’

yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit untuk melaksanakan tugas suci itu. Pemilihan

Zaid sebagai ’pengerusi’ amat tepat. Dalam diri Zaid, Khalifah melihat iman dan

komitmen keIslaman yang tinggi, penghayatan Islam yang amat mendalam, serta

penguasaan ilmu penulisan ayat Al-Quran yang begitu sempurna yang

Dikala menghadapi

situasi sukar seperti peperangan ini, kita

terpaksa membuat keputusan-keputusan

sukar membukukan

Al-Quran untuk mengelakkan akibat

yang lebih sukar

kemudian hari.

Page 21: qiraat

memungkinkan beliau dianggap sebagai ’the right man’ untuk mengetuai projek

raksasa itu. Dan sebagai bonus tambahan, Zaid juga mengiringi Rasulullah S.A.W

dalam pertemuan terakhir bersama Malaikat Jibril untuk menyemak bacaan

Al-Quran.

Zaid, ketika menerima tugasan membukukan Al-Quran merasa ia amat sukar

sehingga terkeluar kata-kata darinya : “Demi Allah, jika engkau menyuruhku

untuk mengalihkan gunung, kurasakan ia lebih mudah dari menulis dan

membukukan Al-Quran”. Zaid menyedari hakikat ini. Ia adalah projek raksasa

berbentuk amanah, satu amanah yang jika diletakkan pada langit, bumi dan gunung

pun, tidak ada yang sanggup memikulnya, Mungkin ketika itu, suara amaran

Al-Quran jelas terngiang-ngiang :

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya

enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.

Surah Al-Ahzab, 72

Kemudian, setelah beberapa sesi perbincangan yang agak panjang dan

sedikit diplomasi, Allah telah membuka hati Zaid untuk menyanggupinya. Demi

ketaatan kepada Khalifah, dan – ini alasan sebenarnya – demi kelangsungan ’masa depan’ Al-Quran, Zaid telah memulakan tugasnya dengan begitu teliti,

menjadikan iman sebagai pedoman dengan tidak mencampurkannya dengan

urusan ’nafsu’, serta keazaman untuk melaksanakannya sesempurna mungkin.

Maka Zaid, dengan bantuan Khalifah mula mengumpulkan segala catatan

Al-Quran temasuk yang dihafaz sahabat. Saidina Abu Bakar pula memerintahkan

seluruh kaum muslim untuk membawa naskah tulisan ayat Al-Quran yang mereka

PROJEK YANG LEBIH SUKAR DARI ’MENGALIH GUNUNG’ BERMULA.

Page 22: qiraat

miliki ke Masjid Nabawi untuk diteliti oleh Zaid dan jawatankuasanya. Dalam hal ini,

Zaid telah menegaskan, beliau tidak akan menerima satu ayat kecuali 2 syarat :

1. Ia harus sesuai dengan hafazan para sahabat. 2. Tulisan tersebut benar-benar ditulis atas perintah

dan di hadapan Rasulullah.

Sebagai langkah ketelitian, untuk membuktikan syarat kedua tersebut, ia harus

berdasarkan dua orang saksi yang sangat dipercayai. Proses pengumpulan ini pada

mulanya berjalan lancar. Tetapi seperti biasa, kesulitan tetap muncul di tengah

jalan. Kali ini datangnya dari ayat 128, Surah At-Taubah. Hampir majoriti sahabat

termasuk Zaid sendiri menghafaznya, tetapi ia tidak ditemukan pada mana-mana

tulisan yang ada pada waktu tersebut. Pada saat yang begitu merisaukan itu,

penyelamat yang ditunggu-tunggu tiba. Ayat yang berbunyi ‘Laqad ja'akum Rasul

min anfusikum 'azizun 'alaihi ma 'anittum harisun 'alaikum bil mu'minina Ra'uf

al-rahim’ telah ditemukan pada tulisan sahabat yang bernama Abu Khuzaimah

Al-Ansari.

Demikianlah, Al-Quran telah dibukukan dan dikenali sebagai ‘suhuf’. Dan

tentunya Zaid merupakan manusia paling gembira, kerana tugas berat ‘yang lebih

sukar dari mengalih gunung’ telah berjaya dilaksanakan. Al-Quran itu telah disimpan

oleh Saidina Abu Bakar sepanjang pemerintahannya, dan apabila beliau wafat, ia

telah disimpan oleh Khalifah kedua, Saidina Umar Al-Khattab. Apabila giliran beliau

pula dijemput bertemu Tuhan, ia telah beralih ke dalam simpanan anaknya, Hafsah

binti Umar. Kita akan menyambung lagi perkembangan cerita menarik ini pada

masa Saidina Uthman Al-Affan.

Saidina Uthman telah mengambil takhta pemerintahan Khalifah Islam dari

Saidina Umar yang telah wafat. Ditangannya Islam mula berkembang dan semakin

meluas. Walau bagaimanapun, tidak beberapa lama dalam pemerintahannya,

kejadian yang menakutkan mana-mana pemerintah telah tiba : kerusuhan sosial

PENGUMPULAN ZAMAN SAIDINA UTHMAN.

Page 23: qiraat

dan rasukan peperangan serta ketaksuban.

Peperangan yang berlaku sebenarnya telah membuka pintu beberapa

masalah lain. Kali ini ia mula dikesan pada tahun kedua atau ketiga dari

pemerintahan beliau, iaitu bermula pada tahun 25 hijrah. Walaupun semua umat

Islam memegang akidah yang sama, tetapi wajah pengamalannya sudah agak

berbeza. Pada zaman di mana Islam semakin meluas dan pengikutnya bertambah

ramai, perbezaan bacaan Al-Quran semakin ketara.

Bayangkan sahaja, penduduk negeri Syam misalnya mengambil bacaan

menurut kaedah sahabat Nabi iaitu Ubai bin Kaab, manakala penduduk Kufah lebih

sesuai dengan bacaan Abdullah bin Mas’ud, sementara yang lain lebih

menggemari bacaan Abu Musa Al-Asy’ari. Begitulah terus-menerus, sehinggalah

mereka berkumpul semasa memerangi negeri Armenia dan Azerbaijan, perbezaan

ini telah bertembung dan mengakibatkan perselisihan yang dasyat.

Kita mungkin boleh memahami perbezaan

bacaan antara para sahabat kerana Al-Quran

sendiri diturunkan mengikut 7 lahjah (dialek) yang

berbeza. Tetapi tidak pada mereka. Masing –

masing menegakkan bacaan kelompok masing-

masing. Pada waktu ini, kelapangan hati serta

diplomasi sudah tidak ada dalam kamus

pemikiran mereka. Yang ada hanyalah

bentakan-bentakan keras disusuli dengan

caci-mencaci yang menyakitkan telinga,

seterusnya mengundang api kemarahan.

Hero kita pada kali ini ialah Abu Huzaifah Al-Yamani. Beliau menyedari bahaya ‘api dalam

sekam’ yang semakin merebak. Terfikir dihatinya,

jika perkara ini dibiarkan, umat Islam mungkin berpecah-belah. Bagi beliau,

perbezaan dialek bacaan itu akan menimbulkan masalah yang lebih besar dari

“Kita mungkin boleh

memahami perbezaan bacaan antara para

sahabat kerana Al-Quran sendiri

diturunkan mengikut 7

lahjah (dialek) yang berbeza. Tetapi tidak

pada mereka. Masing –

masing menegakkan bacaan kelompok

masing-masing.”

Page 24: qiraat

peperangan yang sedang dihadapi.

Abu Huzaifah tidak menunggu lama. Usai saja perang, beliau terus mengadu-

kan perkara itu Khalifah Uthman. Mungkin lebih kurang tuturnya “Wahai Amirul

Mukminin, Buatlah sesuatu untuk umat ini sebelum mereka berselisih faham

dengan lebih teruk sebagaimana yang telah berlaku di kalangan orang-orang Yahudi dan Nasrani !”.

Disebalik ketenangan dan

kelembutannya mendengar kebimbangan

tersebut, Saidina Uthman sebenarnya amat

peka dan mengambil berat masalah ini.

Beliau terus menerima cadangan bernas

Abu Huzaifah dan memulakan kembali

projek raksasa yang pernah dilaksanakan

oleh Saidina Abu Bakar. Tetapi kali ini

memakan tuntutan amanah yang lebih

besar dan berat. Untuk itu, ‘arkitek Al-Quran terulung’ – Zaid bin Tsabit sekali

lagi dipilih untuk mengetuainya. Beliau telah

ditemani oleh sahabat yang lebih

berketerampilan seperti Abdullah bin Zubair,

Said bin Al-As dan Abdul Rahman bin Harith

untuk menyalin Al-Quran kepada beberapa

mashaf.

Walaupun mereka menjadikan suhuf yang ditulis pada zaman Saidina Abu

Bakar sebagai rujukan utama, tetapi masih ada alasan lain untuk berhati-hati.

Perintah Saidina Uthman :

“Jika kamu berselisih pendapat dengan Zaid bin Thabit pada sesuatu

dalam penulisan Al-Quran itu, maka tulislah menurut loghat Quraisy, kerana sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan menurut lidah mereka”. Begitulah

antara lain pesanan Khalifah.

Khilaf dan perselisihan

pendapat mula berlaku. Kali ini, ia mengambil tempat pada

perkataan ‘tabut’ dalam ayat 248, Surah Al-Baqarah.

Menurut pendapat Zaid, huruf

Ta’ terakhir ditulis dengan Ta’

Marbutah, (Ta’ simpul),

sementara sahabat lain

berpendapat sebaliknya. Ia lebih tepat ditulis dengan

Ta’ Maftuhah (Ta’ terbuka).

Page 25: qiraat

Ternyata pesanannya benar. Khilaf dan perselisihan pendapat mula berlaku.

Kali ini, ia mengambil tempat pada perkataan ‘tabut’ dalam ayat 248, Surah

Al-Baqarah. Menurut pendapat Zaid, huruf Ta’ terakhir ditulis dengan Ta’

Marbutah, (Ta’ simpul), sementara sahabat lain berpendapat sebaliknya. Ia lebih

tepat ditulis dengan Ta’ Maftuhah (Ta’ terbuka). Akhirnya titah Khalifah telah

dijunjung. Perkataan itu ditulis dengan Ta Maftuhah kerana begitulah bunyi

bacaannya menurut loghat Quraisy.

Akhirnya, tugas ‘memindah gunung’ buat kali kedua itu selesai dilaksanakan.

Zaid merasa lebih tenang kerana kali ini ia bukan ditulis sekali sahaja seperti

sebelumnya, tetapi ditulis sebanyak 6 mashaf! Setiap satu darinya dihantar ke

kota besar Islam sebagai panduan mashaf Al-Quran utama iaitu Basrah, Kufah,

Syam, Mekah, Madinah dan senaskhah lagi yang digelar sebagai ‘Mashaf Imam’,

berada dalam simpanan Khalifah.

Sebagai langkah berhati-hati, setiap mashaf yang dihantar diiringi oleh ‘Tuan Guru’ yang berkaliber untuk mengajarnya. Mereka ialah :

1. Abdullah bin Saaib menjadi tuan guru di Mekah, 2. Mughirah bin Syihab mengiringi mashaf Syam 3. Abu Abdul Rahman As-Salami pergi bersama mashaf

Kufah

4. Amir bin Qais mendampingi mashaf ke Basrah. 5. Zaid sendiri menjadi mahaguru utama di Madinah

Munawwarah.

Boleh kita bayangkan, bagaimana bahagianya Saidina Uthman kerana poses

penulisan itu mendapat restu dan pengiktirafan dari lebih 12,000 para sahabat. Dan

kini, para malaikat akan sentiasa menyampaikan pahala ‘amal jariah’ kepada beliau

selagi umat Islam membaca Al-Quran Resam Uthmani – jolokan kepada

pengasasnya.

Page 26: qiraat

Begitulah seterusnya Al-Quran telah kekal bersama manusia hingga ke hari

ini. Perlahan-lahan, Al-Quran telah mengalami sedikit proses evolusi dengan

beberapa penambahan yang diwajarkan seperti tanda mad, baris, harkat, tanda waqaf dan saktah, pembahagian juz sehinggalah yang terkini, ditandakan dengan kod warna bagi mengenali sebahagian hukum tajwidnya.

Dan ia akan tetap memainkan peranannya sebagai kitab yang menawarkan ‘total solution’, jawapan penyelesaian yang akan terus diikuti, dicintai dan

didampingi umat Islam keseluruhannya.

SETERUSNYA…

Page 27: qiraat

A l-Quran merupakan kitab yang mengandungi begitu banyak hikmah dan

pengajaran. Setiap hikmah tersebut disampaikan kepada kita melalui berbagai

teknik seperti perumpamaan, kisah pengajaran, dialog, hukum-hakam dan

sebagainya. Dengan begitu banyak hikmah, cerita dan fakta tersebut, ia membawa

kita kepada satu pertanyaan besar, apakah sebenarnya misi utama Al-Quran?

Bab ini akan menerangkan 3 misi utama penurunan Al-Quran kepada

manusia. Ketiga-tiga misi ini perlu difahami dan dihayati bersungguh-sungguh agar

setiap kali membaca Al-Quran, ketiga-tiganya sentiasa ’menangkap’ minda

kefahaman kita.

Ini misi paling utama penurunan Al-Quran : memperkenalkan kepada kita

siapakah Allah. Bermula ayat pertama Surah Al-Fatihah lagi, Allah S.W.T.

memperkenalkan dirinya sebagai Tuhan yang sangat ‘gentleman’, lemah-lembut

dan mudah dibawa berunding.

Dari 99 sifatnya, Allah S.W.T. lebih suka menonjolkan sifat ‘Rahman dan

Rahim’ (Maha Pengasih dan Penyayang) untuk menambat hati manusia. Malah

ayat pertama Iqra’ juga membawa mesej sama, iaitu Allah memperkenalkan diriNya

sebagai Tuhan pencipta manusia.

Tetapi, kita perlu mengenali Allah dengan ‘kenal’ dalam ertikata sebenarnya.

Ini kerana, jika ‘kenal’ itu diertikan dengan pemahaman biasa : kenal Allah yang

mencipta langit dan bumi, kenal Allah pemilik 99 nama dan, itu hanyalah ’kenal’ tahap permulaan sahaja. Pengetahuan seperti itu jarang membantu meningkatkan

iman dan mendatangkan rasa takut.

MISI PERTAMA : MENGENAL ‘YANG MAHA KUASA’ – ALLAH S.W.T.

TETAPI, KENAL YANG MACAM MANA?

Page 28: qiraat

Jika takrif ‘kenal’ sebegini berterusan, tidak hairanlah mengapa ramai umat

islam tanpa segan-silu menjadikan maksiat sebagai ‘jadual harian wajib’ kerana

’kenal’ mereka dengan Allah hanya bersifat ilmu sahaja bukannya penghayatan.

Oleh itu, kita perlu mencari makna ‘kenal’ yang sebenarnya. Tahap kenal

sehingga dapat mencetuskan rasa kehadiran Allah. Saya akan mendatangkan

contoh hebat dari Al-Quran, bagaimana orang yang betul-betul mengenal Allah. Ke-

semuanya berubah seratus peratus, perangainya berubah, pandangan hidupnya

berubah dan keyakinannya juga berubah. Untuk itu, kita perlu meneliti Surah Toha, ayat 65 – 76 dan Surah As-Syuara’, ayat 37 – 51. Maksudnya amat

panjang untuk dituliskan disini, dan saya amat menggalakkan anda menatapnya

sendiri dalam kitab tafsir.

Secara ringkas, ayat-ayat tersebut

menceritakan perjuangan Nabi Musa menghadapi

Firaun. Melaluinya, kita mengetahui Firaun sanggup

hendak membunuh Nabi Musa, anak angkatnya

sendiri untuk mempertahankan egonya. Tetapi

bukan itu yang hendak ditekankan disini. Ada watak

kecil lain yang hendak di’highlight’kan, watak

sampingan tetapi menjadi contoh luarbiasa insan

yang benar-benar mengenal Allah. Ini watak ’hero’nya :

Dalam pertarungan ‘temasya sihir’

besar-besaran antara Firaun dan Nabi Musa,

Firaun telah mengerahkan ‘ayam tambatan’nya

yang sangat istimewa : ‘Royal Magician’ atau ahli

sihir diraja untuk melawan Nabi Musa. Ganjaran

yang diberikan bukan calang-calang, dinaikkan

taraf menjadi kerabat diraja jika dapat mengalahkan Musa (lihat Surah Syuara’,42).

Untuk memendekkan cerita, dalam perlawanan ‘sihir’ tersebut, keputusannya

Cuma yang

menghairankan ialah, ahli

Sihir Firaun telah ‘masuk

Islam!’, beriman kepada

Tuhan Nabi Musa.

Disela-sela

kekalahan itu, mereka

dengan bangganya men-

gumumkan : ‘Aamanna

Birobbil Aalamin,

Robbi Musa Wa Haruun’ –

Kami beriman kepada

Tuhan Musa

dan Harun!

Page 29: qiraat

seperti yang diduga : Nabi Musa menang mudah, dan Firaun diaibkan dengan

kekalahan yang sangat memalukan. Cuma yang menghairankan ialah, ahli Sihir

Firaun telah ‘masuk Islam!’, beriman kepada Tuhan Nabi Musa. Disela-sela

kekalahan itu, mereka dengan bangganya mengumumkan :

‘Aamanna Birobbil Aalamin, Robbi Musa Wa Haruun’ –

Kami beriman kepada Tuhan Musa dan Harun .

(Syuara, 47 & 48) .

Bayangkan betapa beraninya mereka berpaling tadah di hadapan Firaun,

manusia yang paling ditakuti ketika itu. Boleh dibayangkan juga, betapa merah-

padamnya air muka Firaun menahan marah dan malu. Dia terus mengugut :

‘Amantum lahu kobla an aazana lakum?’ - berani kamu

beriman dengan Musa sebelum beta izinkan?

(Surah Syuara, 49)

Seperti biasa, dia menggunakan taktik lamanya iaitu ugutan maut :

sesungguhnya aku akan memotong tanganmu dan kakimu dengan bersilangan dan

aku akan menyalibmu semuanya.

Walaupun berhadapan dengan ugutan bunuh, iman ahli sihir tersebut

langsung tidak goyah. Mereka telah bertukar seratus-peratus dari menyembah

Firaun kepada menyembah Allah. Kematian pada waktu itu sangat dinantikan

kerana ia merupakan tiket untuk bertemu dengan ‘Sang Pencipta Agung’. Lalu

keluarlah dari mulut mereka jawapan sinis “buatlah apa yang mahu kamu buat” (Surah Toha,72). Mungkin ketika itu mereka terfikir “Engkau boleh cincang

jasad kami, tetapi engkau tidak boleh mengusik hati kami, kerana hati ini telah

menjadi milik mutlak Allah”.

Bagi saya, inilah maksud sebenar ‘kenal’ Allah, tahap kesedaran hakiki

sehingga sanggup mengorbankan diri kerana Allah. Dan tugas kita ketika

membaca Al-Quran ialah memberi tumpuan supaya lebih mengenal Allah, rasai

Page 30: qiraat

perasaan kasihNya, kenal tanda kemurkaanNya dan fahami sifatNya. Apabila

semua ini dapat dirasai, kita akan mencapai ketenangan hati ahli sihir tersebut yang

tidak takut apapun selain Allah, malah kita akan lebih bersungguh-sungguh

menjalankan suruhan dan perintahNya.

Jalan yang lurus : misi kedua penurunan Al-Quran. Kita boleh menemuinya

pada ayat ke 6 Surah Fatihah – “Ihdinas Sirootol Mustaqiim”. Bermaksud

‘tunjukkanlah kami jalan yang lurus’. Setelah Allah memperkenalkan diriNya melalui

misi pertama, kali ini Allah memperkenalkan kita cara hidup yang diredhoi. Ia

termasuklah amalan yang disukai dan dimurkai Tuhan, sebab manusia

dicampakkan ke neraka serta cara dan teknik mudah menempah tiket ke syurga.

Inilah antara intipati ‘Sirotol Mustaqiim’.

Antara cara mudah memahami ‘Sirotol Mustaqim’ ialah dengan meneliti kisah

Nabi Ibrahim. Sebenarnya, cerita baginda menampilkan satu dimensi lain tentang

rancangan Tuhan yang kadang-kala sukar ditafsirkan. Maksud ’jalan lurus’ telah

digambarkan dengan begitu sempurna sekali melalui kisah klasik berupa arahan

untuk menyembelih anaknya.

Begini jalan lurusnya : Nabi Ibrahim sangat yakin dengan perintah ’tak

masuk akal’ tersebut walaupun ia disampaikan melalui cara yang ’langsung tak

logik’ iaitu mimpi. Ini kerana, jika difikirkan secara logik akal, mimpi tidak diterima

sebagai medium yang sah, apatah lagi arahannya pula sangat ’gila’ iaitu ’sembelih

anak sendiri’! Tentu mereka yang waras akan terfikir ‘harimau pun tidak bunuh

anaknya, inikan pula manusia bertaraf Nabi!’ .

Maka untuk memahami kisah sebegini, akal tidak perlu banyak beraksi. Cerita

tersebut perlu dihayati dengan bahasa iman. Itulah yang difahami oleh Nabi Ibrahim

kerana baginda sangat yakin itu merupakan arahan Allah. Dan moral ‘jalan

MISI KEDUA : MENGENAL JALAN LURUS ‘SIROTOL MUSTAQIM’.

MANUSIA CONTOH ‘SIROTOL MUSTAQIM’.

Page 31: qiraat

lurus’nya ialah : walaupun Nabi Ibrahim sangat sayangkan anaknya, namun

baginda sanggup mengorbankan sayang tersebut kerana lebih kasihkan Allah. Hati

Nabi Ibrahim telah dipenuhi dengan emosi bersifat positif ekstrem, sesuatu yang

lebih tepat saya nyatakan sebagai cinta kepada Allah.

Begitulah contoh terbaik yang dibawa oleh

Nabi bergelar ‘kekasih’ Allah, iaitu satu tahap di

mana Allah dilihat bukan lagi sebagai zat yang

hanya diketahui melalui ayat-ayatnya, tetapi

disaksikan dan dirasakan sendiri kehadiranNya.

KeagunganNya tidak lagi dibaca, tetapi dihayati. KeindahanNya tidak lagi dibuktikan, tetapi dinikmati

oleh iman dan perasaan.

Dan melalui cerita tersebut, Nabi Ibrahim

telah lulus ujian ‘Jalan Lurus’. Baginda telah

memperoleh kembali anaknya dengan arahan

menyembelih kambing sebagi ganti. Kita pula selaku pengkagum cerita itu akan

berterusan mengabadikannya melalui ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha.

Semoga dengan setiap korban yang dilakukan, kita mampu mengenal ‘jalan lurus’

melalui kacamata pandangan Nabi Ibrahim, Insya Allah.

Misi ketiga pula ialah mengenal hari pembalasan, di mana Allah menunjukkan

kita tempat kembali yang kekal iaitu Hari Kiamat. Dalam kehidupan ‘sebenar’ ini,

kita hanya mempunyai dua pilihan, samada syurga atau neraka. Terdapat ratusan

ayat dalam Al-Quran yang memperihalkan tentang alam akhirat dengan beberapa

surah telah direka khas untuk memperincikan keadaannya.

Surah Qiamah, Waqiah, Haqqah, Naba’, Takwir dan Insyiqaq adalah antara

surah khusus memperihalkan hari kiamat dengan gambaran, fakta dan kisah yang

sangat memeranjatkan.

MISI KETIGA : MENGENAL HARI PEMBALASAN : ‘HARI KIAMAT’.

Dan moral

‘jalan lurus’nya ialah :

walaupun Nabi Ibrahim

sangat sayangkan

anaknya, namun baginda

sanggup mengorbankan

sayang tersebut

kerana lebih kasihkan

Allah.

Page 32: qiraat

Ia bermula dengan tiupan sangkakala, kemudian sesi soal-jawab yang begitu

panjang, neraca keadilan, telaga ’Kausar’ milik Rasul, titian sirot, syafaat, neraka

bersama para malaikat yang ber’wajah’ bengis – sedia memasukkan sesiapa sahaja

kedalamnya, syurga beserta bidadari menggiurkan sedang menanti, dan yang pasti,

mengadap Allah S.W.T.

Di sana, kita akan mengikuti sesi tayangan

khas, di mana berbilion manusia akan

berkerumun di hadapan semacam ‘layar besar,’

menonton tayangan perilaku setiap insan tanpa

sebarang tapisan. Ketika ini, perkataan malu

sudah tidak lagi wujud. Masing-masing terpaku

dan terdiam, memikirkan nasib diri sendiri.

Pada hari huru-hara tersebut, saat yang paling mendebarkan ialah ketika sesi

soal-jawab di mahkamah Tuhan bermula. Kita

akan dihadapkan soalan sukar, dan sepasukan

saksi ‘anggota badan’ yang sangat adil

mendedahkan segalanya serta banyak lagi.

Pendek kata, hujung dari semua ini sudah boleh diduga : inilah dunia ‘kehidupan’ sebenar. Kehidupan yang akan berpanjangan tanpa pengakhiran.

Memang setengah dari kebenaran ini akan menakutkan kita. Tetapi dengan

persiapan yang teliti, kita akan dapat mengharunginya dengan tersenyum. Dan jika

bernasib baik, kita dengan mudah ‘terbang’ ke Syurga, menghirup udaranya,

mencium wangi tanahnya, dan merasakan hembusan angin sepoi-sepoinya yang

sangat lembut.

Gambaran yang paling menggerunkan pula ialah azab seksa neraka. Ia

APAKAH ‘TENTATIF’ PERHIMPUNAN AGUNG TERSEBUT?

”Gambaran yang paling

menggerunkan pula ialah azab seksa neraka.

Ia digambarkan secara fizikal sebagai sebuah

’gaung raksasa’, di

mana seribu satu ’modus operandi’

penyiksaan yang

canggih dan menyeramkan akan

digunakan.”

Page 33: qiraat

digambarkan secara fizikal sebagai sebuah ’gaung raksasa’, di mana seribu satu

’modus operandi’ penyiksaan yang canggih dan menyeramkan akan digunakan.

Siksaan neraka lebih keras dari pusat Tahanan Auschwitz pada zaman Hitler,

dan keadaannya lebih dasyat dari Penjara Abu Ghraib di Iraq. Cuma bezanya

ialah, ia adalah ’pusat seksaan’ kekal. Dikatakan, antara jenis seksaan yang paling

ringan ialah kasut khas, jika dipakai, kepala kita akan menggelegak!

Saya kira, anda atau sesiapa sahaja

berhak merasa takut dengan gambaran ini.

Tetapi kita tidak boleh mengelakkannya

kerana ia adalah salah satu dari fasa

kehidupan. Seperti yang diperihalkan ulama’,

kehidupan ini terbahagi kepada 5 fasa : alam ruh, alam rahim, alam nyata (dunia), alam barzakh (kubur), dan yang terakhir alam

Akhirat. Alam terakhir inilah merupakan alam

kehidupan yang kekal.

Jadi, bagaimana untuk ’survive’ di alam

tersebut? Banyakkan ’melabur saham akhirat ’ dari sekarang! Saham yang paling

bernilai kerana harga jualan ’termurahnya’

dilipatkan 700 kali ganda dari ’harga

pokok’ (Al-Baqarah, 261), manakala harga

’tertinggi’ tidak lain tidak bukan : bertemu

Tuhan, Rasulullah, sahabat dan para auliya’ di Jannatul Firdaus kelak!

Terima kasih Ya Tuhan kerana telah mendedahkan kisah sebenar dan misi

utama kehidupan ini. Maka kita perlu memberi sepenuh tumpuan kepada 3 mesej

tersebut ketika membaca Al-Quran : Mengenal Allah, mencari petunjuk jalan lurus dan mengenalpasti keadaan hari Kiamat, tempat kita bertemu Allah.

Jadi, bagaimana untuk

’survive’ di alam tersebut? Banyakkan ’melabur saham

akhirat ’ dari sekarang! Saham yang paling bernilai

kerana harga jualan

’termurahnya’ dilipatkan 700 kali ganda dari ’harga

pokok’ (Al-Baqarah, 261),

manakala harga ’tertinggi’ tidak lain tidak bukan :

bertemu Tuhan, Rasulullah, sahabat dan para auliya’ di

Jannatul Firdaus kelak!

TERIMA KASIH YA ALLAH....

Page 34: qiraat

Perlu disemat dalam hati, pencarian ini tidak mudah didapati dengan

pembacaan sehari dua sahaja. Ia memerlukan latihan rohani, amalan dan penelitian

berterusan serta menjelmakannya dalam praktikal kehidupan seharian. Ketika itu,

kesan luarbiasa mengenal Allah akan mula dapat dirasakan dalam bentuk

kemanisan iman.

Untuk itu, kita perlu sentiasa berdoa dengan doa ini :

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.

Surah Al-Baqarah, 201.

Dan kita juga memohon agar Allah sentiasa memberkati kehidupan kita,

memudahkan usaha kita, memberi kemudahan kepada segala yang kita

diusahakan, dan membimbing kita kepada jalan yg diredhoinya...

Allahumma amin.

Page 35: qiraat

S aya akan mulakan bab ini dengan satu kajian kes :

Jam sudah menunjukkan hampir 10 malam, tetapi ribuan makmum yang

mengikuti solat tarawikh di Masjid Amru Al-As, Kaherah Mesir masih setia

walaupun setelah hampir 4 jam solat berlangsung. Saya pula dicelah ribuan jemaah itu, terpukau dan terpesona dengan pengalaman yang tak pernah

dirasai di Malaysia. Takjub dan meremang bulu roma rasanya hadir secara

’live’, bagaimana dewan solat bergema dengan kemerduan bacaan imam arab

muda sambil diselangi dengan esakan tangisan para jemaah yang begitu menderu-deru. Nampaknya, bacaan imam yang amat mendayu-dayu itu

sangat beremosi hingga meruntun jiwa.

Walaupun mengakui bacaannya agak panjang, sangat panjang

sebenarnya, saya tetap bertenaga untuk

mengikuti keseluruhan solat terawikh itu. Benar, kami telah ’terpukau’ dengan

suara bacaan imam yang amat menusuk

jiwa. Alunan ayat Al-Quran itu telah

mewujudkan suasana ‘tenang’ yang begitu mendamaikan walaupun kami dicengkam kesejukan musim sejuk

Kaherah serendah 5 celcius! Memang ’gila’ bagi sesetengah orang, tetapi

tidak bagi saya. Habis, siapa yang sanggup menolak dari mendengar ‘irama

lagu’ yang paling mengasyikkan? Mungkin ini adalah antara pengalaman solat yang terindah dalam hidup saya.

Ketika pulang, saya terfikir, apakah faktor penyebab yang menyebabkan

ribuan jemaah setia bertahan, menggigil selama 3 ke 4 jam hanya untuk solat

PENGALAMAN SAYA TERKENA ’PUKAU’ AL-QURAN DI MESIR.

Memang ’gila’ bagi

sesetengah orang, tetapi tidak

bagi saya. Habis, siapa yang

sanggup menolak dari

mendengar ‘irama lagu’ yang

paling mengasyikkan?

Page 36: qiraat

sunat di masjid itu? Mengapa ia jarang berlaku di masjid lain? Adakah suara dan kemerduan imam tersebut memiliki kuasa ‘pukau’ dan ‘menyihir’ mereka?

Ya benar. Mereka telah ’terpukau’ dengan bacaan imam tersebut. Bacaan

menusuk kalbu yang datang dari kombinasi suara serta ilmu tajwid yang tepat

dan sempurna.

============================

Maka dalam bab ini, kita akan membicarakan salah satu ‘kejelitaan’ Al-Quran,

iaitu Ilmu tajwid.

Ilmu tajwid sebenarnya hendak membahaskan betapa halusnya kaedah pem-

bacaan Al-Quran. Rasanya tiada buku atau bahasa di dunia ini yang mempunyai

kod-kod bacaan yang begitu terperinci seperti Al-Quran. Seseorang akan menjadi

‘khayal’ dan ‘meny anyi’ bersama bacaanya jika dia dapat menyesuaikan segala

‘panjang pendek’ harakat dengan lenggok suaranya.

Lihat sahaja kemerduan suara beberapa imam terkemuka seperti Syeikh Jibril,

Syeikh Husairi, Syeikh Ajmi, Syeikh Huzaifi dan bacaan yang paling saya minati,

Syeikh Saad Said Al-Ghamidi. Mereka yang disebutkan di atas telah berjaya

mempamerkan ‘kejelitaan’ Al-Quran, menepati kata-kata Rasulullah S.A.W :

‘Hiasilah Bacaan Al-Quran dengan suaramu’.

Para pembaca tentu memiliki definisi asas tentang ilmu Tajwid. Tetapi untuk

menyusun lagi pengetahuan anda, saya datangkan disini definisi penuh ilmu Tajwid

iaitu :

APAKAH SEBENARNYA ILMU TAJWID?

Page 37: qiraat

Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, serta memberi hak sifat yang asli serta hak sifat

yang mendatang kepadanya.

Ini pula perinciannya : Maksud sifat asli dalam pengertian Tajwid di atas

ialah sifat lazim yang ada pada huruf itu dan tidak dapat diceraikan seperti

Ghunnah, Jahr, Syiddah, Istifal dan sebagainya. Manakala maksud sifat mendatang

ialah sifat yang timbul dari hak sifat asli seperti Tafkhim dan Tarqiq.

Segala ilmu tajwid yang digunapakai sekarang ini adalah bersumberkan

bacaan Imam Hafs An’ Aa’sim, salah satu bacaan dari Qiraat bersepuluh. Saya

akan menerangkan selanjutnya dalam bab Qiraat. Pada waktu ini, biarlah kita

meneliti persoalan seterusnya iaitu :

Ia mengambil asas dari sumber utama umat islam iaitu Al-Quran. Surah

Al-Muzammil, ayat 4 menjelaskan : Maka bacalah Al-Quran secara tartil. Cara

bacaan ’tartil’ yang dikehendaki dalam ayat itulah yang dinamakan sebagai tajwid.

Salah seorang sahabat iaitu Saidina Ali bin Abi Talib jugaada menyatakan

bahawa maksud ’tartil’ adalah mentajwidkan bacaan Al-Quran dan mengetahui

tempat berhenti.

Malahan Rasulullah S.A.W membaca Al-Quran mengikut kadar bacaan

panjang dan pendek yang tertentu. Cara bacaan Baginda ini dinyatakan dalam

hadisnya yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya membaca

Al-Quran secara tepat sepertimana ia diturunkan.

DARI MANAKAH SUMBER DALILNYA?

Page 38: qiraat

Jawapannya Ya, jika anda benar-benar mengambil berat kesempurnaan

bacaan. Ini kerana, ilmu tajwidlah yang akan menyerlahkan kecantikan bacaan

Al-Quran. Melaluinya, kita akan berinteraksi dengan ’jiwa’ Al-Quran, dan melaluinya

juga Al-Quran akan menyerlahkan segala ’hati perasaannya’. Kerana itulah, Imam

Jazari, seorang ulama Tajwid dan Qiraat terkemuka ada menyatakan kepentingan

tajwid menerusi ungkapan syair yang bermaksud

”barangsiapa yang membaca Al-Quran tanpa tajwid akan berdosa, kerana begitulah

ia diturunkan oleh Allah, dan begitulah juga ia sampai kepada kita”

Syair ini memahamkan kita bahawa jika Al-Quran tidak dibaca secara

bertajwid, pasti pembacaannya akan menjadi keras dan beku. Melalui tajwid,

keindahan Al-Quran berjaya diserlahkan sehingga kita mampu menangkap sinaran

’mukjizat’nya.

Itu antara kelebihan ilmu tajwid. Tetapi setelah mengetahuinya, tentu kita

tertanya-tanya, apakah ’big picture’ ilmu ini?

Secara mudahnya, ilmu tajwid membahaskan beberapa topik utama iaitu :

Perbahasan tentang cara kita menyebut 28 huruf Hija’iyyah secara tepat. Untuk memahaminya, kita perlu menguasai 2 bab khusus iaitu Makhraj Huruf dan

Sifat Huruf. Segala cabang persoalannya seperti Al-Jaufu, Al-Kholqu, Al-Hamas,

Asy-Syiddah, Al-Isti’la dan lain-lain akan lebih difahami melalui praktikal secara

berguru.

Huruf ’bertemu’ huruf, iaitu apa yang akan berlaku apabila dua huruf yang sama

atau berlainan bertemu? Contohnya, bagaimanakah bunyi yang tepat untuk huruf

APAKAH ’BIG PICTURE’ ILMU TAJWID?

ADAKAH ILMU TAJWID INI WAJIB DIKUASAI?

Page 39: qiraat

Nun bertanda mati bertemu dengan huruf Ba’? Dari sini akan timbul pula hukum

lain seperti Ikhfa’, Idgham, Izhar, Iqlab dan lain-lain.

Hukum Mad, iaitu hukum yang akan muncul apabila sesuatu perkataan

dipanjangkan kadar panjang bacaaannya (harakat). Mad terbahagi kepada dua iaitu

Mad Asli dan Mad Far’ie. Mad Asli sangat mudah dikenali kerana ia melibatkan 3

huruf sahaja iaitu Alif, Wau dan Ya’. Walaupun mudah dikenali, ia tidak begitu

mudah dikuasai kerana ia sangat banyak bertaburan dalam Al-Quran. Bagi

sesetengah orang, ia umpama jerangkap samar yang sukar untuk dielakkan, kerana

anda boleh begitu mudah terperangkap untuk membuat kesalahan jika tidak berhati-

hati menelitinya

Bagi Mad Far’ie pula, pembahagiannya amat banyak sehingga 19 jenis, sesuai

dengan makna gelaran ’far’ie’nya iaitu cabang atau ranting. Saya akan

menyebutkan sebahagian darinya sahaja disini : Mad Arid Lissukun, Mad Lazim,

Mad Muttasil serta berbagai lagi. Anda boleh merujuk kepada buku tajwid untuk

mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Dari sudut ini, kita agak takjub kerana apa yang diperkatakan di atas hanyalah

separuh dari keseluruhannya. Masih banyak lagi yang belum dibincangkan seperti

cara Waqaf dan Ibtida’, bacaan ganjil seperti Tashil, Isymam, Raum, Imalah dan

berbagai lagi. Semua ini boleh anda dalami melalui buku tajwid yang sesuai, dan

sudah tentu, melalui guru yang benar-benar berkemahiran .

Jika anda mempelajari ilmu tajwid melalui bacaan buku teori tajwid sahaja,

mungkin anda akan kecewa. Ini kerana, ilmu tajwid lebih bersifat praktikal berbanding teoritikal. Mengenali dan menghafaz kesemua 15 huruf Ikhfa’ Haqiqi

tidak membuatkan anda mampu membunyikannya secara tepat tanpa bantuan guru

yang terlatih. Beza antara langit dan bumi ini, sama seperti seseorang yang ingin

menjadi pakar bedah melalui pembacaan buku, dengan seorang yang diiktiraf

kepakaran bedahnya melalui tunjuk ajar dan amali dari pakar bedah yang

CARA TERMUDAH MENGUASAINYA.

Page 40: qiraat

berpengalaman. Begitu juga perumpamaannya dengan tajwid Al-Quran.

Maka anda perlu mempelajarinya secara Talaqqi, iaitu memperdengarkan

bacaan dihadapan guru yag berkemahiran. Melalui cara ini, sebutan huruf anda

akan lebih tepat seperti ‘lahjah arab’, dan anda juga boleh mengenalpasti dan

membezakan 2 jenis kesalahan (Lahnun) membaca Al-Quran iaitu :

Lahnun Jaliy. (kesalahan jelas).

Kesalahan bentuk ini ialah kesalahan yang terlalu nyata sehingga boleh dikesan

oleh orang awam seperti kesalahan baris yang boleh mengubah makna perkataan.

Lahnun Khofiy (Kesalahan tersembunyi).

Kesalahan kecil yang tidak mengubah makna seperti kesalahan mendatangkan sifat

dan makhraj huruf. Ia hanya dapat dikesan oleh mereka yang benar-benar pakar

dalam ilmu tajwid Al-Quran.

Begitulah secara mudahnya penerangan mengenai ilmu tajwid. Saya yakin,

dengan beberapa fakta ringkas di atas, ia akan terus menggugah rasa ingin tahu

dan minat anda untuk terus ‘kemaruk’ membaca Al-Quran. Selepas ini, anda

bolehlah memperdalamkan ilmu Tajwid anda, memperkemas dan mempercantik-

kannya, agar segala hak bacaan Al-Quran itu didatangkan secara sempurna.

SESUDAH ITU....

Page 41: qiraat

B ercerita mengenai ilmu Qiraat, mungkin ramai yang tidak mengetahui

periciannya. Ini kerana masyarakat kita kurang didedahkan dengan ilmu ini,

kecuali pelajar-pelajar tahfiz dan ’tugasan’ dalam rancangan ‘Akademi Al-Quran’

terbitan sebuah syarikat televisyen.

Ternyata ketidaktahuan ini kadangkala

boleh menimbulkan salah faham besar. Ini

terbukti menerusi pengalaman rakan saya

yang bereksperimen membaca Qiraat riwayat Warash dalam solat beliau ketika

menjadi imam, beliau telah mengalami satu

pengalaman yang agak menakutkan iaitu

dituduh ’sesat’ oleh seorang jemaah.

Memang tuduhan itu sangat mudah

di’lemparkan’ lebih-lebih lagi apabila

berhadapan dengan sesuatu yang baru, luar

dari ilmu yang diketahui serta bertentangan

dari kebiasaan yang diamalkan.

Itulah risiko memperkenalkan sesuatu ilmu baru kepada masyarakat yang

telah berakar umbi bacaannya dengan satu Qiraat sahaja iaitu Qiraat Hafs An’ A’sim. Tanpa sesi penerangan yang menyeluruh dan sistematik, kita bakal menjadi

mangsa kepada ketidaktahuan masyarakat. Maka disini, saya akan

memperkenalkan satu lagi keunikan Al-Quran, iaitu kepelbagaian bacaannya

menerusi ilmu yang dikenali sebagai Qiraat.

Qiraat ialah satu ilmu yang membincangkan cara membaca lafaz-lafaz setiap perkataan Al-Quran, di mana sesetengah darinya memang berbeza. Perbezaan tersebut diakui sendiri oleh Rasulullah S.A.W, kerana Baginda sendiri

yang memulakannya. Hal ini dinyatakan Nabi dalam hadisnya yang berbunyi :

QIRAAT : WARNA-WARNI BACAAN AL-QURAN.

Itulah risiko

memperkenalkan sesuatu

ilmu baru kepada masyarakat

yang telah berakar umbi

bacaannya dengan satu

Qiraat sahaja iaitu

Qiraat Hafs An’ A’sim. Tanpa sesi penerangan yang

menyeluruh dan sistematik,

kita bakal menjadi mangsa

kepada ketidaktahuan

masyarakat.

Page 42: qiraat

Ibnu Abbas telah menyampaikan bahawa Rasulullah

bersabda : Jibril telah membaca Al-Quran kepadaku

dengan satu huruf (jenis bacaaan), maka aku membaca

huruf tersebut, dan setiap kali aku meminta tambahan lalu

ia mengajarkan kepadaku sehingga terkumpul tujuh huruf. Riwayat Bukhari.

Ilmu Qiraat telah membuatkan bacaan Al-Quran lebih beragam dan berwarna-

warni. Melalui Qiraat, ia telah menyerlahkan lagi kepelbagaian koleksi ’mukjizat’

Al-Quran untuk terus menarik hati dan minat pembacanya.

Memang ia agak berbeza. Tajwid seperti yang kita fahami adalah ilmu

memperelokkan bacaan Al-Quran dan ia disusun berdasarkan bacaaan riwayat

Imam Hafs An’ A’sim. Sementara Qiraat pula ialah kepelbagaian cara bacaan

Al-Quran dari Rasulullah yang dikumpulkan melalui 10 gaya bacaan imam Qiraat.

Setiap imam memiliki teknik bacaan atau ’tajwid’nya tersendiri yang agak berbeza

dengan tajwid yang kita kuasai.

Ada baiknya jika saya datangkan satu perbandingan yang akan membuatkan

ia difahami lebih mudah : tajwid diibaratkan seperti Matematik moden, sementara

Qiraat pula lebih seperti Matematik Tambahan atau ’Add Math’.

Jika ada yang beranggapan bahawa ilmu tajwid sudah agak kompleks untuk

dikuasai, saya ingin memberitahu, ilmu tajwid dengan segala keserba-

serbiannya itu hanyalah 5 peratus sahaja dari ilmu Qiraat. Besar bezanya

bukan?

Pada perenggan di atas, saya telah membawakan satu hadis yang

ADAKAH IA BERBEZA DENGAN ILMU TAJWID ?

MEMAHAMINYA DENGAN LEBIH MENDALAM.

Page 43: qiraat

menceritakan secara ringkas akan asal-usul kewujudan ilmu Qiraat. Tetapi kali ini,

ada satu lagi hadis yang menjelaskan lebih ’detail’ tentang perbezaan cara

bacaan itu :

Umar Al-Khattab berkata : aku mendengar Hisyam bin

Hakim membaca Surah Al-Furqan pada zaman Rasulullah. Ketika aku mengikuti bacaannya , tiba-tiba ia membaca

dengan huruf (jenis bacaan) yang banyak, di mana

Rasulullah tidak pernah mengajarkannya kepadaku.

Hampir saja aku menariknya ketika solat, tetapi aku

bersabar sehingga ia memberi salam.

Kemudian aku menarik bajunya dan berkata : Siapakah yang mengajar bacaan surah ini kepadamu? Ia

menjawab : Rasulullah yang membacakannya kepadaku.

Lalu aku berkata : engkau menipu, kerana Rasulullah tidak

pernah mengajarkannya kepadaku. Aku terus membawanya menemui Rasulullah, dan mengadu bahawa

Hisyam telah membaca Surah Furqan dengan bacaan

yang tidak Baginda ajarkan.

Kemudian Baginda Rasul bersabda : bawakan Hisyam kemari, dan Rasulullah menyuruhnya membaca dengan

bacaan yang telah dibacakan di hadapanku sebelum ini.

Selepas Hisyam habis membacanya, Rasulullah bersabda : begitulah ia (Al-Quran) diturunkan. Selepas itu

Baginda menyuruhku membacanya pula. Dan aku pun

membacanya dengan bacaan yang pernah aku pelajari

dari Baginda. Lalu Rasul bersabda : begitulah juga ia

diturunkan. Sesungguhnya Al-Quran diturunkan dengan

tujuh huruf, maka bacalah apa yang mudah darinya. Hadis Riwayat Bukhari.

Page 44: qiraat

Nampaknya hadis ini menjadi ‘lampu spotlight’ terang untuk menjadi bukti

wujudnya perbezaan bacaan Qiraat kepada kita. Sebagai kiasan untuk

memudahkan kefahaman mengapa perbezaan ini timbul, saya bawakan satu contoh. Lihat sahaja Bahasa Melayu. Walaupun bahasanya sama, tetapi ia

memiliki loghat dan dialek berlainan di setiap negeri. Contohnya perkataan ‘air’. Ada

sesetengah loghat yang menyebutnya sebagai ‘ayor’, manakala yang lain lebih

memahami ‘ayak’. Bunyi sebutannya berbeza tetapi

maknanya tetap sama.

Malah, untuk menunjukkan betapa beragam

dan berbezanya dialek bahasa Melayu, cukup untuk

kita temukan antara orang Negeri Sembilan dan orang Kelantan. Jika keduanya mengekalkan

dialek masing-masing, maka kejadian bak kata

pepatah ‘seperti ayam dan itik bercakap’ akan

berlaku walaupun secara asasnya, kedua-duanya

bertutur ‘bahasa Melayu’.

Begitulah juga keadaannya dengan Qiraat. Memang Al-Quran diturunkan

dalam Bahasa Arab, tetapi menurut Al-Wasiti dalam kitabnya Qiraat Al-Asyara’, mereka mempunyai 40 lahjah dan loghat yang berbeza-beza. Maka ketika

Al-Quran mula ditulis pada zaman Saidina Uthman, setiap perbezaan bacaan Qiraat

ini telah diraikan kewujudannya. Disebabkan itulah, penulisan Al-Quran pada waktu

tersebut tidak diletakkan baris dan titik, agar setiap para sahabat boleh memilih

Qiraat yang sesuai untuk mereka amalkan.

Ilmu yang cukup istimewa ini telah diperturunkan oleh Rasulullah S.A.W

kepada sahabat, seterusnya para tabi’in dan tabi’ tabi’in. Kemudian, ia diwarisi

dengan cara yang cukup teratur dari generasi ke generasi hinggalah sempurna

dikumpulkan dan disandarkan kepada 10 orang Imam Qiraat yang sangat terkenal,

CARA IA DIWARISI.

Contohnya perkataan

‘air’. Ada sesetengah

loghat yang menyebutnya

sebagai ‘ayor’, manakala

yang lain lebih

memahami ‘ayak’. Bunyi

sebutannya berbeza

tetapi maknanya

tetap sama.

Page 45: qiraat

mendalam ilmunya, wara’ dan dipercayai. Disebabkan wujud jarak masa dan

keilmuan yang cukup panjang antara kita dengan setiap bacaan Rasulullah itu,

maka untuk ’menyeberanginya’, kita memerlukan 10 Imam Qiraat yang berautoriti

tinggi itu untuk mengetahuinya.

Pada merekalah terkumpul bacaan Qiraat yang paling sahih dan tepat dari

Rasulullah. Bagi memudahkan ia dikuasai, kesemua bacaan 10 imam beserta

rawinya ini telah disusun secara sistematik oleh 2 ulama Qiraat yang sangat

terkenal, iaitu Imam Syatibi dan Imam Jazari.

Qiraat yang dikumpulkan oleh kedua imam ini dikira sebagai Qiraat

mutawatir, iaitu Qiraat yang diiktiraf serta diterima secara kolektif dari Rasulullah, di

mana tidak mungkin berlaku pendustaan secara beramai-ramai pada cara

pembacaan tersebut. Untuk memudahkan ia difahami, kedua imam tersebut telah

menghasilkan 2 kitab matan induk utama yang merupakan himpunan formula cukup

sempurna untuk menguasai bacaan ilmu Qiraat. Saya akan menyatakan tajuk

kitabnya. Kitab matan yang dikarang oleh Imam Syatibi diberi nama ‘Hirzul Amaani Wa Wajhut Tahaani’, sementara kitab yang dikarang oleh Imam Jazari pula digelar

sebagai ‘Toyyibatun Nashr’.

Jika kita mempelajarinya dari aliran Imam Syatibi melalui kitabnya ‘Hirzul

Amaani Wa Wajhut Tahaani’, beliau menyenaraikan 7 imam Qiraat, di mana setiap

darinya mempunyai 2 orang rawi atau anak murid yang terkenal. Secara

ringkasnya, mereka ialah :

1. Imam Nafi’, mempunyai 2 rawi yang bernama Qolun dan Warasy. 2. Imam Ibnu Kathir, mempunyai 2 rawi yang bernama Bazzi dan Qunbul. 3. Imam Abu Amru, mempunyai 2 rawi yang bernama Durri dan Suusy. 4. Imam Ibnu Amir, mempunyai 2 rawi bernama Hisyam dan Ibnu Zakwan.

5. Imam Aa’sim, mempunyai 2 rawi yang bernama Syu’bah dan Hafs. 6. Imam Hamzah, mempunyai 2 rawi yang bernama Khalaf dan Khallad. 7. Imam Kisa’i, mempunyai 2 rawi yang bernama Abu Al-Harith dan Durri.

SIAPAKAH 10 QIRAAT YANG DIIKTIRAF ITU ?

Page 46: qiraat

Perhatikan, Imam bacaan yang kita amalkan terletak pada kedudukan kelima,

iaitu bacaan Qiraat Hafs, anak murid kedua dari Imam Aa’sim. Sementara itu,

menurut Aliran Imam Jazari di dalam kitabnya ‘Toyyibatun Nashr’, beliau telah

menambah 3 lagi imam untuk mencukupkannya kepada 10 iaitu :

8. Imam Abu Ja’far, mempunyai 2 rawi yang bernama

Ibnu Wardan dan Ibnu Jammaz 9. Imam Ya’kub, mempunyai 2 rawi yang bernama Rauh dan Ruwais. 10. Imam Khalaf Al-Bazzar, mempunyai 2 rawi yang

bernama Ishaq dan Idris.

Mengenai perbezaan ini, ia ada diterangkan secara panjang lebar dalam kitab-

kitab Qiraat. Tetapi bagi memudahkan kefahaman anda, saya ringkaskannya

kepada penerangan pendek iaitu :

Perbezaan tersebut adalah dari sudut :

1. Nama (bilangan, atau jenis gender) 2. Perbuatan (Tasrif Fe’el) yang menunjukkan

perbuatan yang telah lepas, sekarang atau suruhan. 3. Wajah I’rab (bahasa Arab) sama ada dibaca dengan

baris atas, bawah atau hadapan. 4. Perbezaan pada Isbat dan Hazaf (kurang atau lebih

huruf) 5. Perbezaan pada Taqdim dan Ta’khir

6. Perbezaan pada Ibdal (pertukaran) 7. Perbezaan pada Lahjah, Fatah Wal Imalah serta lain-

lain.

APAKAH PERBEZAAN BACAAN ANTARA 10 IMAM ITU?

Page 47: qiraat

Sudah tentu untuk memahaminya, anda perlu serta memiliki asas bahasa

Arab yang agak kuat serta mendalaminya dari guru yang pakar. Bukankah seperti dinyatakan sebelum ini, ilmu Qiraat umpama Add-Math?

Untuk menunjukkan perbezaan tersebut, saya datangkan satu contoh

perbezaan Qiraat pada kalimah ‘Alaihim’ yang berulang dua kali pada ayat terakhir dari Surah Al-Fatihah. Kita sering membacanya seperti itu. Tetapi, lihat

perbezaan ini :

1. Qiraat Imam Hamzah dan Ya’qub membaca ‘Alaihum’, dengan baris depan pada huruf Ha.

2. Qiraat Imam Ibnu Katsir dan Abu Ja’far pula membaca ‘Alaihimuu’ dengan menambah baris

depan pada huruf Mim.

Sangat berbeza bunyinya bukan?

Ya, kerana kesemuanya berasal dari sumber yang satu iaitu Rasulullah

S.A.W. Walaupun Qiraat Hafs An’ A’sim merupakan Qiraat yang paling banyak

digunapakai serata dunia, tetapi Qiraat lain juga diamalkan di sesetengah tempat.

Contohnya :

Umat islam Negara Sudan lebih menggemari Qiraat

Abu Amru. Negara Morocco dan Libya mengamalkan Qiraat

Warsy. Qiraat Qalun pula banyak diamalkan di beberapa

tempat di Asia Tengah. Sesetengah tempat di Mesir dan Iraq, mereka

membaca Qiraat selain dari bacaan yang kita kenali.

CONTOH PERBEZAANNYA :

ADAKAH KESEMUA QIRAAT INI SAHIH DAN BENAR?

Page 48: qiraat

Malah, saya sering menemui Al-Quran yang dicetak dengan Qiraat berlainan

di Pesta Buku Antarabangsa Kaherah, Mesir.

Jika anda menguasai kesemua cara bacaan ini, anda boleh mengamalkan

mana-mana darinya mengikut kecenderungan. Kesemuanya betul, tepat dan sahih

kerana datang dari punca yang satu iaitu Rasulullah. Kedudukan setiap Qiraat pula

adalah setaraf, dan tidak ada salah satu darinya yang melebihi dari yang lain.

Cuma, kita dilarang mencampur-adukkan bacaan Qiraat dalam bacaan Al-Quran,

kerana perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Baginda Rasul, para sahabat

mahupun para imam Qiraat selepasnya.

Apabila berbicara mengenai ilmu Qiraat, kita wajib menyebut dua sosok agung

yang telah memberikan sumbangan begitu besar kepadanya. Itulah dia Imam Syatibi dan Imam Jazari. Dari mereka berdualah kita akan menemui punca ‘mata

air’ ilmu Qiraat di mana ilmu ini disusun, dikemaskini dan diperkembangkan. Kita

akan mengenali sedikit sebanyak biografi dan latar belakangnya.

Kata guru saya, siapa yang ingin memasuki pintu ilmu Qiraat, dia perlu

meng’hadam’ kitab ‘Hirzul Amani Wa Wajhut Tahaani’ dahulu. Itulah antara kitab

induk Qiraat yang dikarang oleh Al-Qasim bin Firruh Bin Ahmad bin Khalaf bin Ahmad Abu Qasim Muhammad Asy-Syatibi, atau lebih dikenali dengan gelaran

Imam Syatibi yang lahir pada tahun 538 Hijrah di Andalus (Sepanyol).

Mengenali Imam Syatibi, membuatkan anda akan begitu teruja dengannya.

Keilmuannya dalam ilmu Al-Quran MasyaAllah Tabarakallah! Itu tidak termasuk lagi

dengan kezuhudan, ibadah dan taqwanya yang begitu luarbiasa. Pendek kata, Allah

telah mencampakkan sinar kurniaNya yang sangat terang-benderang kedalam

hatinya untuk menggantikan penglihatan beliau yang buta sejak dilahirkan.

MENGENALI 2 ARKITEK QIRAAT YANG TERUNGGUL.

1 : IMAM SYATIBI – ’LOKOMOTIF’ QIRAAT DARI ANDALUS.

Page 49: qiraat

Sejak kecil lagi, Imam Syatibi sangat meminati ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran.

Ketika ramai rakannya masih bergelut untuk menghafaz Al-Quran, beliau bukan

sahaja sudah menghafaznya, bahkan telah menghadam segala ilmu Qiraat dari

kitab At-Taisir dalam mindanya. Ternyata, penglihatannya yang buta telah

digantikan Allah dengan sinaran hati yang terang untuk menerima dan menguasai

ilmu. Dan pada waktu muda itulah juga, beliau telah menguasai asas ilmu Qiraat

dari seorang ulama terkemuka iaitu Imam Abi Abdullah Muhammad bin Abi Al-‘As.

Pencarian ilmu Imam Syatibi sampai ke kemuncaknya apabila selesai berguru

dengan seorang Syeikh Qiraat bernama Abi Thohir As-Salafi di Iskandariah, Mesir.

Di sana, beliau telah mendapat penghormatan yang begitu tinggi, menjadi ketua

Lujnah Al-Quran bagi Negeri Mesir. Ketika itu, beliau telah dikenali dan diiktiraf

sebagai ulama pakar rujuk Qiraat utama, sehinggakan Imam Hafiz Abu Syammah

Ad-Dimasyqi memujinya sambil bersyair ‘Aku melihat para ulama Mesir yang

terkemuka mengagungkan Imam Syatibi’.

Pada masa keemasannya, kitab yang paling sering menjadi rujukan Ilmu Qiraat ialah Matan

Hirzul Amani Wa Wajhut Tahaani karangannya.

Beliau telah menjadi ’kiblat ilmu’ ilmu Qiraat di

Negeri Mesir. Setiap kali kuliahnya diadakan, ia

akan dihadiri oleh murid-murid unggul bertaraf

’syeikh’ dan ‘tuan guru’.

Mereka yang menggemari kelas pengajiannya

mengetahui peraturan utama dalam kuliah beliau

iaitu : ’keutamaan membaca akan didahulukan

kepada siapa yang datang awal’. Tetapi pernah suatu hari, beliau telah

mengingkari peraturan yang diciptanya sendiri. Anak muridnya yang disisihkan

ketika itu sangat bingung. ’Mengapa Tuan Syeikh tidak mengizinkanku membaca,

sedangkan aku tiba pada waktu terawal sekali?’ Dia berfikir sambil menyisih ketepi,

memberi peluang untuk pelajar lain mengambil giliran untuk membaca. Ternyata,

Beliau telah

menjadi ’kiblat ilmu’ ilmu Qiraat di Negeri

Mesir. Setiap kali kuliahnya diadakan, ia

akan dihadiri oleh

murid-murid unggul bertaraf ’syeikh’ dan

‘tuan guru’.

Page 50: qiraat

setelah beberapa ketika, dia mengetahui masalahnya iaitu masih berada dalam

keadaan berjunub. Dan selepas membersihkan dirinya, Imam Syatibi

mempersilakannya kembali memperdengarkan bacaan.

Kisah di atas hendak memberitahu kita tentang kelebihan luarbiasa kurniaan

Ilahi kepada Imam Syatibi. Antara kehebatannya yang sering diperkatakan juga

ialah, beliau mengetahui waktu masuk solat dengan tepat tanpa mendengar azan.

Imam Syatibi juga merupakan seorang yang sangat zuhud, sentiasa berkekalan

dalam wudhu’ dan sangat tajam fikirannya.

Ternyata, ulama sehebat beliau lebih disayangi Allah. Malaikat maut akhirnya

tiba mengunjunginya pada hari Ahad selepas solat Asar, memintanya berehat,

pulang bertemu penciptaNya. Imam Syatibi meninggal dunia, ’berlari’ bertemu Tuhan pada 28 Jamadil Akhir, tahun 590 Hijrah pada usia 52 tahun, dan dikebumikan di Jabal Muqattam, Mesir. Dan kita selaku pengkagum kepadanya

masih sempat mengutip sinaran ilmu beliau menerusi kitabnya yang terunggul.

Itulah dia kitab yang mengandungi 1173 bait matan : Hirzul Amaani Wa Wajhut

Tahaani. Bagi kita semua, Imam Syatibi meninggalkan pesan ini :

”Sesungguhnya Kitab Allah adalah pemberi syafaat yang terkuat, satu nyanyian yang paling kaya, dan satu pemberian yang paling berharga, kitab

yang tidak membosankan untuk dibaca, setiap kali mengulangnya, akan menyerlahkan lagi kejelitaannya”

161 tahun setelah kewafatan Imam Syatibi, di satu bahagian jazirah arab,

lahirnya seorang yang ditakdirkan Tuhan untuk meneruskan kelangsungan ilmu

Qiraat. Tepat 25 Ramadan tahun 751 hijrah, hajat seorang hamba yang ingin

menimang anak selepas 40 tahun perkahwinan telah dimakbulkan Tuhan. Ternyata,

doa bapa yang panjatkan ketika menunaikan Umrah tidak sia-sia. Caranya yang

berdoa sambil mengambil keberkatan air zam-zam sebagai syafaat telah

2 : IMAM JAZARI : KEMUNCULAN ’BINTANG’ PADA RAMADAN.

Page 51: qiraat

diperkenankan. Tidak sekadar itu, anak yang diberi nama dengan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf Al-Jazari ini menjadi seorang yang

sangat berilmu, paling soleh dan berkemahiran tinggi dalam ilmu Al-Quran dan

Qiraat.

Semasa hidupnya, Imam Jazari dikenali sebagai seorang cendekiawan

sekaligus Syeikhul Qurra’ yang tajam fikirannya khususnya dalam bidang Qiraat.

Sepanjang hayatnya, beliau diibaratkan sebagai ’kaabah ilmu Qiraat’ hingga

berjaya melahirkan kitab Qiraat yang begitu bermanfaat iaitu ’Matan Toyyibatun

Nashr’. Kitabnya itu, sama seperti kitab Qiraat Imam Syatibi telah menjadi naskhah

rujukan utama kepada mereka yang ingin mendalami ilmu Qiraat secara mudah,

tepat dan berkesan.

Disampaikan juga, kisah beliau yang begitu

berinspirasi hingga membuatkan kita teruja

dengan kesungguhan keilmuannya. Antara yang

sempat dicatatkan ialah beliau telah menghafaz

Al-Quran pada umur semuda 13 tahun, waktu

’bertatih’ bagi sesetengah orang dalam

mempelajari Al-Quran. Ketika berusia 17 tahun

pula, beliau telah mendalami ilmu Qiraat dengan

seorang Syeikh yang paling alim dan mahir

dalam ilmu Qiraat ketika itu, iaitu Syeikh Ibnu

Lubban. Selepas itu, kehausan ilmunya dalam

Qiraat telah disempurnakan dengan mengkhatamkan 2 kitab Qiraat iaitu Al-Kafi dan

At-Taisir dengan Syeikh Abi Abdullah Muhammad bin Salih di Masjid Nabawi,

Madinah.

Tidak seperti Imam Syatibi yang meninggal dalam usia yang relatif agak muda,

Imam Jazari telah dianugerahkan umur yang agak panjang. Nampaknya, setiap

1015 bait matan dalam kitabnya itu telah berjaya diterangkan kepada ramai dengan

begitu berkesan. Akhirnya pada tahun 833 Hijrah, atau secara tepatnya ketika

berusia 82 tahun, beliau telah menemui Tuhannya dengan perasaan gembira.

Antara yang sempat

dicatatkan ialah beliau telah menghafaz

Al-Quran pada umur semuda 13 tahun, waktu

’bertatih’ bagi

sesetengah orang dalam mempelajari

Al-Quran.

Page 52: qiraat

Benarlah sepatah kata Imam Jazari seperti yang dinyatakan dalam bait matannya

tentang kemuliaan :

Sesungguhnya manusia tidak akan dimuliakan, kecuali dengan apa yang

dihafaz dan diketahuinya. Maka dengan itu, para penghafaz Al-Quran adalah

semulia umat, manusia yang lebih utama disisi Tuhannya.

Ilmu Qiraat telah mengilhamkan kita bahawa ilmu Islam sebenarnya amat luas,

cukup untuk menyedarkan kita bahawa segala ilmu yang diketahui sekarang hanya

setitik dari lautan pengetahuan Tuhan yang tidak terbatas.

Semoga pengenalan ini akan membuatkan anda lebih teruja untuk menghayati

ilmu Qiraat dengan lebih mendalam, seterusnya jatuh cinta kepada Al-Quran berulang kali!

MENGAPA ANDA PERLU MENGETAHUI KESEMUA INI?

Page 53: qiraat

A pakah fungsi Al-Quran kepada kita semua? Cukup banyak sebenarnya,

jika kita melihatnya sebagai ‘bilik pencawang utama’ kehidupan yang

berkeupayaan untuk “memberi jalan keluar bagi perselisihan dan masalah dalam masyarakat” (Al-Baqarah, 213).

Mengapa solusi dari Al-Quran memiliki autoriti tinggi? Tidak lain kerana ia

datang dari perekabentuk kita iaitu Allah S.W.T. Disebabkan Tuhan mengetahui

‘produk manusia’ ciptaanNya ini boleh rosak (jika menurut nafsu dan syaitan), maka

Allah telah menurunkan sekali ’manual book’ atau buku aturan penggunanya iaitu

Al-Quran.

Walaupun secara asasnya sesetengah

ayat dalam ’manual book’ itu bersifat jelas dan

’D.I.Y’ sifatnya, ada juga beberapa perintah lain

yang memerlukan keterangan lebih lanjut dari

pakar. Al-Quran sendiri menyatakan sedemikian :

‘maka bertanyalah kepada orang yang

mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui’ (Surah An-Nahl, 43)

Perkara ini membawa kita kepada

kewujudan tafsir yang menurut ulama

bermaksud : ilmu yang membahaskan tentang

makna ayat Al-Quran, dengan meneliti setiap pengertiannya untuk mencapai

apa yang dikehendaki Allah, sesuai dengan kadar kemampuan manusia.

Mudahnya, tafsir mampu menunjukkan ‘rupa sebenar Al-Quran’, menjelaskan tujuan

dan maknanya serta membuka pintu-pintu kefahaman akal dan hati.

Tetapi, bukankah kita boleh memahaminya sendiri tanpa memerlukan

’perantaraan’ orang lain? Betul, jika anda benar-benar menguasai ilmu-ilmu

prasyaratnya. Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya ada membuat perumpamaan baik

Tafsir menurut

ulama bermaksud :

ilmu yang membahaskan

tentang makna ayat

Al-Quran, dengan meneliti

setiap pengertiannya untuk

mencapai apa yang

dikehendaki Allah, sesuai

dengan kadar kemampuan

manusia.

Page 54: qiraat

untuk menjawab persoalan ini : perumpamaan orang yang membaca Al-Quran

tanpa mengetahui tafsirnya adalah seperti satu kaum yang memperolehi sebuah

kitab dari raja pada waktu malam. Mereka tidak dapat membacanya kerana tidak

memiliki lampu dan merasa amat ketakutan kerana tidak mengetahui isi kandungan

kitab itu.

Lalu, perumpamaan orang yang mengetahui tafsir ialah seperti seorang yang

datang kepada mereka dengan membawakan lampu sehinggakan dengannya,

mereka dapat memahami kitab tersebut.

Tafsir sangat diperlukan kerana para ulama pakar pun kadang-kadang agak

‘confuse’ dengan beberapa ayat Al-Quran yang agak kabur maknanya. Ini

disebabkan secara asasnya, ayat Al-Quran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

1. Muhkamat, iaitu ayat yang sangat jelas dan tidak kabur maknanya, serta tidak

memerlukan penjelasan lanjut.

2. Mutasyabihat, iaitu ayat yang agak kabur dan bersifat kiasan dalam

maknanya.

Pembahagian ini adalah berdasarkan keterangan dari Al-Quran sendiri iaitu :

Dialah yang menurunkan Al Kitab kepada kamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamaat , itulah pokok-pokok isi Al-Qur'an dan yang lain mutasyabihat . Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada

kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-

orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari

MENGAPA TAFSIR SANGAT DIPERLUKAN?

Page 55: qiraat

sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal.

Surah Ali-Imran, 7

Untuk memahaminya lebih lanjut, saya akan perincikan makna kedua-duanya

iaitu :

Muhkamat : Ayat yang sangat jelas pada maknanya. Dalam ertikata lain,

maknanya hanya mempunyai satu dimensi dan tidak memerlukan penafsiran kedua.

Kebanyakan kod etika perundangan dalam Al-Quran dikategorikan sebagai ayat

muhkamat.

Contohnya, kategori makanan yang haram dimakan. Al-Quran telah

menjelaskan :

Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi

kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka

sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Surah Al-An’am, 145.

Ayat ini sangat jelas maknanya iaitu jenis makanan yang diharamkan Allah.

Ia juga menerangkan kod etika jika ia terpaksa diambil dalam keadaan darurat, iaitu

dengan cara tidak melampaui batas. Terdapat juga contoh ayat lain seperti ayat

Kursi yang menerangkan tentang kehebatan Allah, ayat 23 surah An-Nisa’ yang

menerangkan kategori perempuan yang haram dikahwini serta banyak lagi.

Page 56: qiraat

Mutasyabihat : ayat kiasan atau ayat yang memerlukan penjelasan lebih lanjut dan memiliki lebih dari satu penafsiran. Banyak contoh tentang ayat sebegini

seperti peristiwa hari kiamat, malaikat yang mencabut nyawa, peniup sangkakala

serta banyak lagi. Sebagai contoh, perkataan ‘tangan Allah’ dalam ayat dibawah

banyak membuka ruang penafsiran tentang maknanya :

Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada

kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka , maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa

menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar. Surah Al-Fath, 10.

Termasuk dalam kategori Mutasyabihat ialah permulaan surah yang dimulai

dengan huruf yang cukup misteri, dikenali sebagai Al-Muqatta’aat. Ia ditemui pada

awal 28 surah seperti huruf Alif Lam Mim dalam ayat pertama surah Al-Baqarah.

Walaupun terdapat beberapa model penafsiran terhadapnya, para mufassirin

percaya hanya Allah sahaja yang mengetahui maknanya yang tepat.

Terdapat 4 ‘step’ dalam penafsiran asas ayat-ayat Al-Quran iaitu :

1. Ayat Al-Quran ditafsirkan dengan Al-Quran. Teknik sebegini selalu

digunakan iaitu dengan mengambil beberapa ayat lain untuk menyokong makna

atau menghuraikan maksud ayat lain.

Contohnya makna ’jalan orang yang diberi nikmat’ dalam ayat ke 7 surah

Al-Fatihah telah diterangkan kriteria orangnya oleh ayat 69 dari surah An-Nisa’

iaitu :

BAGAIMANA SECARA ASASNYA AL-QURAN DITAFSIRKAN?

Page 57: qiraat

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah

kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, orang-orang Siddiqiin, orpara syuhada’ serta orang soleh. dan amatlah baik jika mereka itu menjadi teman setia.

2. Ayat Al-Quran ditafsirkan dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Teknik

sebegini akan mengambil keterangan dari hadis Rasulullah sebagai penghurai

maksud ayat Al-Quran.

Setiap keterangan dari Rasulullah sangat ’valid’ untuk menafsirkan Al-Quran

berlandaskan ayat ini :

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai

Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi

pembela para pengkhianat. Surah An-Nisa’ 105.

3. Mentafsir ayat Al-Quran berdasarkan pendapat para sahabat yang

berautoriti setelah tiada penerangannya dari Al-Quran atau hadis.

Ramai para sahabat yang diakui Rasulullah memiliki autoriti dalam ilmu tafsir

seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Ibnu

Mas’ud, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan lain-lain. Bahkan ada diantara mereka iaitu

Ibnu Abbas r.a yang di’doa’kan sendiri oleh Rasulullah untuk menjadi pakar dalam

ilmu tafsir dan ta’wil menerusi sabdanya iaitu :

Ya Allah, fahamkanlah ia dalam ilmu agama dan ajarkanlah ia ilmu ta’wil.

Riwayat Ahmad.

Page 58: qiraat

4. Merujuk penjelasan tafsir kepada generasi selepas para sahabat iaitu para Tabi’iin.

Ramai diantara para tabi’iin yang memang diakui pakar dalam tafsir Al-Quran

seperti Qatadah r.h, Ikrimah r.h, Said bin Jubair r.h, Mujahid r.h, ’Ato r.h, Hassan Al-Basri r.h dan ramai lagi. Banyak pendapat mereka telah diambil untuk

menyokong keterangan dari hadis dan pendapat para sahabat dalam tafsir-tafsir

muktabar.

Jawapannya ialah YA dan TIDAK. ‘Ya’ jika anda memang merupakan seo-

rang ‘alim besar’ dalam ilmu tafsir, dan ‘Tidak’ jika anda seorang awam yang hanya

membaca petikan surah pendek dari juzu’ 30 dalam solat. Saya tidak bermaksud

untuk menyulitkan anda, tetapi anda akan memahaminya jika meneliti kitab tafsir

besar seperti kitab ‘Jami’ Al-Bayan Fit-Ta’wil Al-Quran’ karya Ibn Jarir At-Tabari.

Jika kita ingin membaca kitab tafsir ‘alim besar’

ini, kita terpaksa merujuk kepada ilmuan yang

bertaraf ‘sarjana’ untuk membantu kita. Ini

kerana terlalu banyak perkara ‘tidak tahu’

dibicarakan dalam kitab ini yang membuatkan

sesetengah kita sangat terpinga-pinga.

Tetapi ia tidak bermakna kitab itu terlalu

bersimpang siur. Tidak sekali-kali. Sebenarnya,

ilmu Imam At-Tabari sudah sampai ke tahap

amat mendalam menyebabkan kita tidak

memahami banyak perkara yang diperbahas-

kan. Maka dalam penafsiran Al-Quran, banyak lagi kriteria dan cabang pengeta-

huan yang perlu dikuasai seperti mengenalpasti ayat Aam dan Khas, Wujuh wan

Nazoir, I’rab, Lughah, Nasikh dan Mansukh dan lain-lain.

ADAKAH ANDA MEMILIKI RUANG UNTUK MENAFSIR AL-QURAN?

Jika kita ingin

membaca kitab tafsir ‘alim besar’ ini, kita terpaksa

merujuk kepada ilmuan yang bertaraf ‘sarjana’

untuk membantu kita. Ini

kerana terlalu banyak perkara ‘tidak tahu’

dibicarakan

Page 59: qiraat

Imam As-Suyuti telah menyenaraikan 15 ilmu asas yang perlu dikuasai

sebelum seseorang layak untuk menafsirkan Al-Quran. Anda boleh mengetahui

segala ilmu yang membincangkan Al-Quran secara mendalam dalam kitab beliau

iaitu Al-Itqaan Fi Ulumil Quran. Bagi saya, selepas membaca kitab tersebut, saya

sedar akan keterbatasan diri dan berpegang kepada kitab tafsir muktabar supaya

saya dapat memahami Al-Quran dengan aman dan tenteram.

Yang paling menakutkan ialah, jika kita mentafsirkan Al-Quran berdasarkan

pendapat sambil lewa, tidak mempunyai asas yang kukuh dan tanpa perisai taqwa,

lihat amaran Rasulullah ini :

“dan barangsiapa yang mengatakan sesuatu tentang Al-Quran tanpa ilmu, maka bersiap-siaplah untuk menempah tempat di neraka”.

Riwayat Tarmizi.

Maka beringat dan berhati-hatilah!

Secara umumnya, cara ulama menafsirkan Al-Quran adalah berdasarkan

2 gaya dan kecenderungan iaitu :

1. Tafsir Bil Ma’tsur atau tafsir Riwayah. Tafsir yang dilakukan berdasarkan penerangan dari Al-Quran sendiri, hadis Nabi

Muhammad serta pendapat para sahabat dan ta’biin (golongan selepas sahabat)

sesudahnya. Corak penafsiran begini merupakan cara yang paling sesuai diikuti

kerana berdasarkan sumber penafsiran yang utama dan dipercayai.

Contohnya kitab tafsir Ibnu Katsir, tafsir Ma’alim At-Tanzil dan tafsir Durr

Al-Mansur.

CARA PENTAFSIRAN YANG SELALU DIGUNAKAN.

Page 60: qiraat

2. Tafsir Bir- Rak’yi Tafsir yang diasaskan dari pemahaman tentang bahasa arab, sejarah, ilmu

pengkhususan seperti kedoktoran, undang-undang dan sebagainya. Tafsir ini

juga didasarkan atas sebab berlakunya sesuatu serta pemahaman keilmuan yang

mendalam tentang sesuatu isu, atau lebih dikenali sebagai ijtihad. Tafsir sebegini

perlu diperisaikan dengan pemahaman yang mendalam serta asas taqwa kepada

Allah kerana jika tidak, ia mungkin akan mengikuti hawa nafsu dalam

penafsirannya.

Contoh tafsir aliran ini ialah tafsir Mafatih Al-Ghaib (ilmu kalam) dan tafsir An-

war At-Tanzil wa Asrar at-Takwil (bahasa).

Apapun cara dan gayanya, ulama menyedari bahawa setiap kali ingin

menafsirkan Al-Quran, mereka perlu menjadikan Al-Quran sebagai ‘imam’,

bukannya ‘makmum’. Ia perlu diposisikan sebagai kitab yang menghukum, bukan dihukum, sebagai pokok utama perbincangan, bukannya menjadi ranting

hujungan sahaja. Maknanya, tugas dan tanggungjawab mereka amat berat, kerana

sedang membicarakan kitab yang menjadi autoriti kepada satu agama terulung,

iaitu agama Islam.

Terdapat bermacam-macam jenis kitab tafsir yang berada di pasaran ketika

ini. Anda perlu mengetahui latar belakang serta isi perbahasan setiap kitab tafsir

sebelum membelinya. Disini saya kemukakan beberapa kitab tafsir besar dan

terkenal sebagai rujukan anda.

Tafsir yang berjudul ‘Jami’ Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran’ dikarang oleh

Imam Ibnu Jarir Al-Thabari (wafat 310 H), ulama yang terkenal dengan jolokan

‘Ensiklopedia Ilmu’. Tafsir yang sangat terkenal ini dikarang menurut gaya

MENCARI TAFSIR YANG SESUAI.

Tafsir Al-Thabari

Page 61: qiraat

penafsiran Bil Ma’tsur. Ia selalu menjadi rujukan utama para ulama dan sangat

diakui kehebatannya. Ini tidak menghairankan memandangkan Imam Thabari

sendiri merupakan seorang mufassir, muhaddis dan muarrikh (sejarawan) yang

sangat berwibawa. Ibnu Taimiyyah memperakukan kehebatan tafsirnya sebagai

sebuah tafsir yang paling asli isi kandungannya.

Antara kehebatan Tafsir Al-Thabari ialah, ia merupakan sebuah kitab tafsir

yang menyimpulkan hadis-hadis dan pendapat-pendapat terdahulu. Kemudian

penulisnya iaitu Imam Thabari akan mentarjih (menguatkan) salah satu pendapat di

antaranya. Perkara yang paling mengkagumkan saya mengenai penulisnya ialah,

ketika beliau hendak memulakan penulisan kitab ini, beliau melakukan solat

Istikharah selama 3 tahun untuk memohon hidayah Allah. Saya amat

mencadangkan kitab ini menjadi salah satu dari koleksi tafsir anda. Tetapi jangan

terperanjat jika tafsir ini terdiri dari 30 jilid berbahasa arab!

Tafsir yang sangat terkenal dan berautoriti ini dikenali sebagai Tafsir

Al-Quran Al-Aziim. Ia dikarang oleh Ismail bin Amru bin Kathir Al-Hafiz

Al-Muhaddis Al-Syafie (wafat 774 H). gaya penulisan tafsir ini mirip seperti Tafsir

Tabhari, iaitu menggunakan kaedah Bil Ma’tsur, cuma ia tidaklah setebal kitab

tersebut. Ia banyak menggunakan ayat Al-Quran dan hadis nabi yang sahih untuk

menerangkan setiap ayat serta menyatakannya dengan gaya bahasa yang mudah

difahami.

Jika tidak salah pemerhatian saya, ia telah diterjemahkan dalam Bahasa

Malaysia dan saya amat menggalakkan anda untuk memilikinya.

Kitab Tafsir yang mempunyai judul yang sangat panjang iaitu ‘Al-Kasyaf ‘an

Haqaaiq Hawamid Al-Tanzil wa ‘uyun Al-‘Aqawil fi Wujuh Al-Ta’wil’. Ia dikarang

oleh Abu Al-Qasim Mahmud bin Umar Al-Zamakhsyari (wafat 538 H) dengan

Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Al-Zamakhsyari

Page 62: qiraat

mengambil masa selama 30 tahun. Disebabkan tajuknya begitu panjang, ia selalu

digelar ‘Tafsir Al-Zamakhsyari’ sahaja.

Imam Zamakhsyari merupakan seorang ulama yang sangat mahir dalam

bahasa Arab. Maka tidak hairanlah, penulisan tafsirnya menggunakan bahasa yang

sangat bermutu dan isi perbahasannya banyak membicarakan Al-Quran dari aspek

bahasa. Metod penulisan tafsir ini ialah Bil Rak’y. Maka jika anda membacanya,

anda akan menemukan sejumlah perbahasan yang anda rasakan agak pelik dan

sedikit janggal.

Satu lagi kitab tafsir yang mempunyai nama panjang iaitu Ruh al-Ma’ani fi Tafsir Al-Quran Al-Azim wa Al-Sab’ul Matsani. Kitab yang bermakna ‘Roh

semangat makna-makna dalam tafsir Al-Quran dan 7 ayat yang berulang-ulang’ ini

dikarang oleh Shihabuddin Al-Sayyid Mahmud Al-Alusi (wafat 1270 H), mufti

Baghdad yang amat mahir dalam bidang sastera.

Dikatakan, tafsir ini merupakan antara tafsir yang komprehensif kerana ia

membicarakan bidang tatacara bahasa, fiqh, falsafah, aqidah dan tasauf sekaligus.

Malahan ia juga menggunakan kedua-dua metod dalam penafsirannya iaitu Bil

Ma’tsur dan Bil Rak’y.

‘Pembuka pintu Ghaib’ – begitulah terjemahan makna hebat bagi Tafsir

‘Mafatihul Ghaib’ yang lebih dikenali sebagai tafsir Al-Kabir. Ia dikarang oleh Imam

Muhammad bin Al-Hussain Fakhruddin Al-Razi (wafat 606 H).

Kitab yang terdiri dari 8 jilid ini dianggap sebagai salah satu tafsir Bil Rak’y yang paling komprehensif dan sering menggunakan kaedah logik dalam

perbahasannya. Ia juga banyak membicarakan falsafah, ilmu kaji bintang (zodiac),

astronomi, fizik dan sedikit aspek saintifik.

Tafsir Al-Alusi

Tafsir Al-Razi

Page 63: qiraat

Tafsir yang dikenali sebagai ‘Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran’ ini dikarang oleh

Imam Abdullah bin Ahmad bin Abu Bakar, seorang sarjana bermazhab Maliki.

Tafsir ini lebih dikenali sebagai tafsir bercorak fiqh kerana ia banyak membicarakan

persoalan hukum-hakam.

Ia juga membahaskan ilmu Qiraat, Asbabun Nuzul (sebab penurunan wahyu)

dan I’rab (perubahan perkataan). Keistimewaan tafsir ini ialah, walaupun penulisnya

bermazhab Maliki, namun beliau tidak membataskan perbahasan hukum dalam

kitabnya berdasarkan mazhab Maliki semata. Bahkan beliau juga menggunakan

pendekatan yang agak terbuka dalam setiap perbahasan tersebut.

Tafsir yang dikenali sebagai ‘Anwar Al-Tanzil Wa Israar Al-Ta’wil’ ini

dikarang oleh Imam Abu Khair Abdullah bin Umar Al-Baidhawi (wafat 685 H).

Keistimewaan tafsir ini ialah ia menggabungkan kedua-dua metod Bil Ma’tsur dan

Bil Rak’y dalam penafsirannya. Ia juga dianggap sebagai salah satu tafsir Ahl

Sunnah Wal Jamaah yang paling berautoriti.

Tafsir yang berjudul ‘Ma’alim Al-Tanzil’ ini dikarang oleh Al-Hussain ibn Mas’ud Al-Farra Al-Baghawi, seorang hakim, mufassir dan muhaddis terkemuka

(wafat 510 H). Ia menggunakan metodologi Bil Ma’tsur dalam penafsirannya, dan

dianggap antara kitab tafsir yang lebih baik dan lebih sahih dari kebanyakan kitab

Tafsir Bil Ma’tsur yang lainnya.

Saya tidak mengetahui samada ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa

Malaysia atau tidak, tetapi jika ada, saya tidak teragak-agak untuk menggalakkan

anda memilikinya.

Tafsir Al-Qurtubi

Tafsir Al-Baidhawi

Tafsir Al-Baghawi

Page 64: qiraat

Tafsir yang amat terkenal di Malaysia terutamanya di sekolah agama kerana ia

sering dijadikan sukatan pelajaran tafsir. Ia dikarang oleh 2 orang Jalal, iaitu Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam Jalaluddin As-Suyuti. Tafsir ini sering menjadi

rujukan kerana penerangannya yang ringkas, mudah difahami serta mutu

perbahasan yang agak mendalam.

Tafsir ini juga disukai ulama kerana ia merupakan satu-satunya tafsir yang di-

karang oleh 2 ulama besar, dengan dimulakan oleh Imam Jalaluddin Al-Mahalli yang menafsir dari Surah Kahfi hingga akhir An-Naas termasuk Fatihah.

Setelah beliau wafat, kerja itu disambung oleh Imam Jalaluddin As-Suyuti hingga sempurna.

Tafsir yang disandarkan pada seorang reformis Islam terkenal iaitu Syeikh Muhammad Abduh. Beliau merupakan seorang reformis yang menggerakkan

kebangkitan intelektual dan kesedaran Islam di tengah masyarakat moden pada

zamannya.

Tafsir ini merupakan ucapan kuliahnya di Universiti Al-Azhar yang

kemudiannya disusun oleh anak muridnya yang setia iaitu Muhammad Rashid

Redha. Tafsir yang dinamakan dengan Tafsir Al-Quran Al-Hakim ini lebih dikenali

sebagai Tafsir Al-Manar kerana kandungannya pernah diterbitkan dalam majalah

gerakan pembaharuan Islam yang sangat popular iaitu Majalah Al-Manar. Ia

menggunakan metod Al-Ma’tsur dengan menambah perbicaraan kepada masalah

sosial serta jalan penyelesaiannya menurut perspektif Al-Quran.

Tafsir yang bermakna ‘dibawah lindungan Al-Quran’. Ia dikarang oleh ulama

reformis Mesir terkenal iaitu Sayyid Qutb (wafat 1966 M). Beliau merupakan

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Manar

Tafsir Fi Zilalil Quran

Page 65: qiraat

reformis gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipenjarakan dan akhirnya dihukum

gantung sampai mati oleh pemerintah. Menarik untuk dinyatakan, beliau mengarang tafsir ini ketika dalam tahanan penjara, di mana tafsir ini telah

berjaya menggugah masyarakat dengan tuntutan untuk memperbaharui sistem nilai

dan kepercayaan agar sesuai dengan tuntutan Islam. Penulisan tafsir ini lebih

cenderung menggunakan metod bil-Rak’y dalam upaya penafsirannya.

Tafsir yang bukan dikarang oleh ulama Al-Azhar berketurunan arab, tetapi

ulama melayu Nusantara iaitu Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau yang lebih

dikenali sebagai HAMKA merupakan ulama nusantara yang sangat terkenal dan

keilmuannya diiktiraf ramai. Bagi mereka yang inginkan tafsir yang cocok dengan

pemikiran dan budaya melayu, tafsir ini sangat sesuai bagi mereka.

Salah satu tafsir kontemporari di mana pengarangnya masih hidup hingga kini

iaitu Doktor Wahbah Az-Zuhaily, ulama terkenal dari Syria. Bentuk penafsiran

kitab ini sangat mudah difahami kerana ia menggunakan corak persembahan yang

lebih kontemporari dan terkini.

Kitab ini cuba meneliti secara menyeluruh aspek Aqidah, Syariah dan Man-

haj dengan mengemukakan pendapat yang paling tepat dan sesuai untuk

diamalkan. Proses penterjemahan tafsir ini ke Bahasa Malaysia sedang

diusahakan oleh Persatuan Ulama Malaysia.

Bagi saya, apabila melihat dengan begitu banyak kepelbagaian kitab tafsir di

pasaran, ia telah menyerlahkan lagi nilai kemukjizatan Al-Quran, iaitu sebagai

sebuah kitab induk yang mempunyai perbahasan ilmu yang tidak pernah putus.

Saya juga percaya, tidak ada kitab lain di dunia ini yang paling sering dibahaskan

Tafsir Al-Azhar

Tafsir Al-Munir

TERPULANG KEPADA ANDA….

Page 66: qiraat

tanpa henti kecuali Al-Quran.

Kini, kesemua ‘alat’ dan ‘input’ untuk memahaminya sudah tersedia, dan ter-

pulang kepada anda untuk memilih ‘alat’ yang paling sesuai untuk keperluan rohani

anda memahami ‘manual book’ dari Tuhan. Masuklah ke ‘dunia pengetahuan tidak

terbatas’ itu dengan perasaan aman sentosa. Anda akan diraikan dengan kata

aluan Tuhan “ Udkhuluuhaa Bisalaamin Aaminiin” (Al-Hijr, 46) – Masuklah

kedalamnya dengan perasaan selamat dan aman sejahtera.

Page 67: qiraat

D alam kehidupan harian, kita selalu berhadapan dengan beberapa

persoalan hukum-hakam berkaitan Al-Quran. Maka disini, kami telah

mengumpulkan 41 masalah fiqh berkenaan masalah tersebut untuk memudahkan

anda. Ia diambil dari pendapat ulama Mazhab Syafie yang masyhur dan diiktiraf

kebenarannya.

Anda boleh membaca Al-Quran ketika berhadas kecil dengan syarat, anda

tidak boleh menyentuhnya. Dengan kata lain, anda boleh membaca Al-Quran tanpa

memegang mashaf. Rasulullah pernah berbuat demikian seperti dalam hadis

berikut :

Pernah Rasulullah menunaikan hajat (buang air), selepas itu baginda makan bersama kami (sahabat) roti dan

daging, kemudian Baginda membaca Al-Quran tanpa

memisahkannya (dengan mengambil wudu’ terlebih dahulu).

Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

Imam Nawawi, seorang ulama' besar mazhab Syafie menyatakan dalam

kitabnya 'Al – Majmu' :

"telah bersepakat umat islam terhadap hukum harus membaca Al-Quran bagi

mereka yang berhadas kecil, akan tetapi lebih dituntut kepada mereka untuk

membacanya dalam keadaan bersih – iaitu dengan mengambil air sembahyang

bagi menyucikan hadas kecil "

BAGAIMANAKAH CARA MEMBACA AL-QURAN KETIKA SAYA SEDANG BERHADAS KECIL?

Page 68: qiraat

Maksud situasi di atas ialah mereka yang menderitai penyakit tertentu seperti penyakit tidak dapat menahan kencing, perempuan yang haidnya tidak

begitu teratur dan mereka yang berpenyakit tidak dapat menahan kentut.

Maka hukumnya sama seperti hukum di atas, iaitu mereka boleh membaca Al-

Quran tanpa memegangnya.

Keadaan dan hukumnya agak berlainan. Ketika sedang berhadas besar

(wanita haid dan nifas serta mereka yang belum mandi wajib selepas bersetubuh

atau didatangi mimpi), anda tidak boleh membaca dan memegang Al-Quran sama

sekali. Itulah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya

Al-Majmu’ :

“Pegangan mazhab kami (Mazhab Syafie) ialah haram bagi mereka yang berjunub

dan mereka yang sedang haid membaca Al-Quran samada sedikit ataupun

banyak.”

Mereka berpendapat sedemikian kerana Rasulullah bersabda :

“Orang yang sedang berjunub (hadas besar) dan dalam

keadaan haid tidak boleh membaca Al-Quran”.

Hadis riwayat Tarmizi.

Tetapi anda tidak pula dilarang untuk membacanya jika meniatkannya

sebagai zikir harian seperti membaca doa menaiki kenderaan : Subhaanallazii

Sakkhoro lanaa haza wama kunna lahu muqriniin, wa’inna ilaa robbinaa lamunkoli-

BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA YANG SELALU BERADA DALAM KEADAAN HADAS KECIL?

ADAKAH SAYA BOLEH MEMBACA AL-QURAN KETIKA DALAM KEADAAN HADAS BESAR ?

Page 69: qiraat

buun (Surah Zukhruf, 13 & 14), atau membaca ‘Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roo’jiuun.

(Surah Al-Baqarah, 156) ketika mendengar apa- apa musibah.

Anda juga diharuskan membaca Al-Quran dalam hati atau menggerakkan

mulut tanpa mengeluarkan suara.

Dalam keadaan sedemikian, anda tidak boleh memegang Al-Quran walaupun ketika berhadas kecil, apatah lagi ketika berhadas besar. Ini kerana

Al-Quran dianggap sebagai kitab yang amat suci, kitab yang hanya boleh disentuh

ketika dalam keadaan suci sahaja.

Namun, anda diharuskan membawa Al-Quran dalam beg atau bekas yang

disimpan sekali didalamnya barangan lain, dengan berniat bahawa anda sedang

membawa beg, bukannya Al-Quran.

Anda juga diharuskan memegang sesuatu barang yang ditulis di atasnya

Al-Quran tetapi bukan untuk bacaan seperti barang perhiasan, duit, baju atau kain

yang bersulamkan ayat Al-Quran.

Nampaknya anda sedang dalam keadaan terpaksa. Jangan Risau. Ketika ini,

anda boleh membaca Al-Quran seperti biasa untuk tujuan peperiksaan, kerana ia

termasuk dalam hukum kesusahan dan kesukaran.

Hukum ini boleh digunapakai oleh mereka yang sedang mengajar Al-Quran

atau sedang mempelajari Al-Quran.

BOLEHKAH SAYA MEMEGANG ATAU MEMBAWA AL- QURAN KETIKA HADAS (KECIL DAN BESAR)?

SAYA SEDANG BERHADAS BESAR, SEDANGKAN SAYA PERLU MEMBACA AL-QURAN UNTUK PEPERIKSAAN, APAKAH HUKUMNYA?

Page 70: qiraat

Jawapannya ialah Ya. Ketika dalam keadaan hadas, anda boleh memegang

buku yang terkandung didalamnya tulisan ayat Al-Quran seperti kitab feqh, hadis,

tafsir atau buku – buku agama lain. Ini berlandaskan satu peristiwa di mana

Rasulullah mengutuskan surat kepada Raja Herkel, dan di dalam surat tersebut

tertulis ayat Al-Quran :

Katakankanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu

kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun….

Surah Ali-Imran, 64.

Namun, anda amat digalakkan untuk membaca buku tersebut dalam keadaan

berwudu’ untuk menghormati serta membesarkan ayat Allah S.W.T .

Bagi mereka yang mempunyai anak yang sedang mempelajari Al-Quran,

mereka diharuskan untuk memegang dan menyentuh Al-Quran tanpa wudu’ dengan

niat mempelajarinya. Ia berdasarkan beberapa sebab iaitu :

1. Dalam syariat, kanak – kanak dikira sebagai golongan tidak mukallaf, iaitu

golongan yang tidak diwajibkan syariat keatasnya serta tidak menangggung dosa.

2. Perkara yang terpenting bagi ibu bapa ke atas anak – anak ialah mengajar

Al-Quran kepada mereka. Menurut kajian psikologi perkembangan, waktu kecil

adalah waktu terbaik bagi mereka untuk menguasai sesuatu. Oleh itu, hukum

tersebut disesuaikan untuk mereka kerana Islam sendiri amat mementingkan

pendidikan kepada umatnya.

ADAKAH SAYA BOLEH MEMEGANG BUKU YANG TERKANDUNG DIDALAMNYA TULISAN AYAT AL-QURAN TANPA WUDUK?

SAYA MEMPUNYAI ANAK YANG BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI AL-QURAN. ADAKAH DIA PERLU DALAM KEADAAN BERWUDU’?

Page 71: qiraat

Tetapi sebaiknya, ibu bapa hendaklah memberikan penerangan terperinci

kepada anak-anak tentang cara dan adab menghormati Al-Quran, supaya mereka

dapat membezakan ketinggian martabat Al-Quran dengan bahan bacaan lain.

Seperti yang diketahui, kita dilarang menyentuh Al-Quran tanpa wuduk.

Namun dalam masalah ini, kita diharuskan memegang cd atau kaset bacaan

Al-Quran kerana ia tidak bermaksud Al-Quran sepenuhnya seperti yang ditakrifkan

ulama iaitu sesuatu yang ditulis dan dibaca, sedangkan tulisan Al-Quran tidak

terdapat didalam cd atau kaset.

Bacaan dari cd atau kaset hanya akan wujud jika ia dipasangkan kepada alat

yang membolehkannya beroperasi seperti radio dan computer. Tanpa alat tersebut,

cd dan kaset itu dianggap sekeping bahan biasa dan tidak mencapai maksud

Al-Quran yang perlu diagungkan.

Mazhab Syafie mensyaratkan Surah Al-Fatihah sebagai salah satu rukun

syarat sah solat, dan batal solat seseorang itu jika ia tidak membaca Al-Fatihah

sedangkan ia mampu untuk membacanya. Imam Syafie sendiri menegaskan dalam

kitabnya Al-Umm : jika ia tertinggal walau satu huruf dari Surah Al-Fatihah, maka

tidak dikira solatnya”

Surah Al Fatihah juga tidak boleh diganti dengan bacaan dari surah lain, atau

dibaca mengikut terjemahan ke bahasa selain Arab. Ia wajib dibaca dalam solat

samada solat lima waktu ataupun solat sunat.

Ia juga wajib dibaca dalam setiap rakaat solat, samada solat sendirian atau

solat berjemaah, kecuali makmum masbuq, iaitu makmum yang terlambat mengikut

HUKUM MEMEGANG KASET, PDA ATAU CD YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA BACAAN AL-QURAN.

APAKAH BACAAN YANG DIWAJIBKAN UNTUK DIBACA DALAM SOLAT?

Page 72: qiraat

imam dalam sesuatu rakaat dan tidak sempat menyempurnakan bacaan Al-

Fatihahnya. Maka pada ketika itu, bacaan Fatihahnya ditanggung oleh imam.

Kesemua ini berlandaskan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari :

Tidak sah solat mereka yang tidak membaca Surah Al-Fatihah.

Mazhab Syafie menyatakan hukum menguatkan bacaan Bismillah adalah

sunat jika ia dibaca dalam solat 'Jahr' – solat yang dikuatkan suara bacaan iaitu

solat Subuh, Maghrib dan Isya'. Ini adalah kerana ayat Bismillah itu sendiri

merupakan salah satu dari ayat surah Al-Fatihah.

Ini adalah berdasarkan pengalaman para sahabat seperti Abu Hurairah dan

Ibnu Abbas yang menyatakan Baginda Rasul menguatkan bacaan Basmalah ketika

solatnya.

Para ulama telah bersependapat tentang keharusan pembacaan ayat

Al-Quran selepas bacaan Fatihah didalam solat. Mazhab Syafie menyatakan

bahawa sunat membaca ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah sekurang-kurangnya

3 ayat. Ia hendaklah dibaca dalam :

kedua - dua rakat dalam solat Subuh

rakaat pertama dan kedua dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya'

rakaat pertama dan kedua di dalam solat sunat yang lain.

tidak disunatkan bacaaan ayat Al-Quran didalam rakaat ke tiga dan ke empat .

Sebagai menuruti sunnah perbuatan Baginda Rasulullah, kita amat digalakkan

untuk membaca Surah As-Sajadah pada rakaat pertama dan Surah Al-Insan pada

HUKUM MENGUATKAN BACAAN BISMILLAH DALAM SOLAT 'JAHR' – SOLAT YANG DIKUATKAN BACAAN.

APAKAH HUKUM BAGI BACAAN AYAT AL-QURAN SELEPAS AL-FATIHAH DALAM SOLAT?

Page 73: qiraat

rakaat kedua dalam solat subuh pagi Jumaat. Begitu juga ketika solat Jumaat, kita

disunatkan membaca Surah Al-Jum'ah pada rakat pertama dan surah Munafiqun

pada rakaat kedua.

Dalam solat sebegitu, ulama bersepakat bahawa batal solat seseorang jika

dia sengaja mewujudkan kesilapan bacaan ayat Al-Quran dalam solatnya. Tetapi,

jika kesilapannya wujud secara tidak sengaja seperti lupa, lalai atau

ketidakmampuannya untuk mendatangkan sebutan yang tepat disebabkan

sengau, gagap dan sebagainya, maka tidak batal solatnya.

Perlu juga dijelaskan disini, hukum batalnya solat seseorang itu bergantung

kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya. Jika kesalahan yang dilakukan boleh

mengubah makna ayat yang dibaca seperti menukar huruf Mim pada kalimah

‘Mustaqiim’ dengan huruf Nun, maka batal solatnya. Namun, jika kesalahan tersebut

tidak menjejaskan makna seperti tidak mampu mendatangkan sifat huruf Kho’

dengan sepenuhnya, maka solat seseorang itu tidak batal.

Jawapannya ialah tidak boleh. Jika anda melakukannya maka batal solat

anda. Ini kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab, sedangkan bacaan selain

dari bahasa Arab tidak dikira sebagai Al-Quran. Dalam solat juga, kita hanya

dibolehkan untuk membaca ayat Al-Quran berbahasa arab sahaja. Kita juga sedia

maklum, bahawa solat akan terbatal jika disebut didalamnya apa-apa perkataan

selain bahasa Arab.

Maka, bagi mereka yang tidak boleh membaca walau satupun ayat Al-Quran

ketika solat, mereka hendaklah menggantikannya dengan bacaan zikir, tasbih dan

tahmid.

APAKAH KEADAAN SOLAT SAYA JIKA TERDAPAT KESILAPAN BACAAN DIDALAMNYA?

BOLEHKAH SAYA MEMBACA AYAT AL-QURAN DENGAN BAHASA LAIN KETIKA SOLAT, SEPERTI MEMBACA TAFSIRANNYA SAHAJA?

Page 74: qiraat

Biar saya permudahkannya. Apa yang dimaksudkan ialah anda ingin

membaca Surah An-Naas pada rakaat pertama dan Surah Al-Falaq pada rakaat

kedua ?

Hukumnya seperti yang dinyatakan ulama’ ialah, anda amat digalakkan untuk

membaca surah di dalam solat mengikut tertib susunannya didalam Al-Quran.

Itulah yang terbaik bagi anda. Akan tetapi, jika anda membacanya tidak seperti

mengikut turutan surah, ia tidaklah pula membatalkan solat anda. Tetapi, adalah

lebih baik dan afdhal jika anda tidak mengamalkan cara tersebut.

Menurut mazhab Syafie, bacaan dengan memegang mashaf ketika solat

tidaklah pula membatalkan solat anda, walaupun anda terpaksa membuka

helaian muka surat secara perlahan-lahan ketika membacanya. Bahkan, bagi

mereka yang tidak menghafaz surah Al-Fatihah, mereka wajib membacanya

dengan cara tersebut.

Akan tetapi, adalah lebih baik anda membaca ayat Al-Quran dalam solat

secara hafazan agar solat anda lebih khusyu’. Sekiranya anda terpaksa

membacanya dengan memegang mashaf, setiap gerakan kecil untuk membuka

helaian mukasurat tidak dikira sebagai gerakan yang boleh membatalkan solat

anda.

APAKAH HUKUM JIKA SAYA MEMBACA DALAM SOLAT, AYAT AL-QURAN SELEPAS FATIHAH TANPA MENGIKUT TERTIB SURAHNYA?

BOLEHKAH SAYA MEMBACA AYAT AL-QURAN DENGAN MEMEGANG MASHAF KETIKA SOLAT?

BOLEHKAH SAYA MEMBACA AYAT AL-QURAN KETIKA RUKUK ATAU SUJUD DALAM SOLAT?

Page 75: qiraat

Jawapannya ialah tidak boleh. Anda dikehendaki membaca bacaan khas

yang telah ditentukan ketika rukuk dan sujud seperti yang telah dipelajari dan

diamalkan selama ini. Nabi sendiri dalam salah satu hadis Riwayat Tarmizi, telah

dilarang oleh Malaikat Jibril dari membaca Al-Quran ketika rukuk atau sujud.

Keadaan ini kerapkali berlaku, iaitu imam terlupa ayat bacaannya dalam solat.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh makmum? Sudah tentu makmum perlu

membantu imam mengingatkan kembali sambungan ayat yang telah dilupai.

Akan tetapi, ketika sedang membaca sambungan ayat itu, makmum

hendaklah berniat membaca ayat Al-Quran, bukannya sedang membantu imam. Jika dia berniat untuk membantu imam, maka menurut mazhab Syafie, batal

solatnya. Makmum juga hendaklah memastikan keadaan imam yang benar-benar

terhenti bacaannya kerana lupa. Jika imam masih mampu untuk meneruskan

bacaannya, maka makmum tidak perlu memperbetulkan bacaan imam.

Inilah yang dinamakan sujud tilawah, yang bererti sujud yang dilakukan

ketika membaca ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan Sajdah. Ia sunat dilakukan samada ketika solat atau di luarnya. Begitu juga, jika anda mendengar

orang lain membaca ayat sajdah, anda disunatkan untuk sujud tilawah bersama.

Hal ini mengikuti seperti apa yang dilakukan oleh baginda Rasul :

Daripada Ibnu Umar R.A katanya – Nabi membacakan

surah yang mengandungi perkataan sajdah kepada kami,

lalu baginda sujud dan kami pun turut sujud sehingga ada

di kalangan kami yang tiada tempat untuk meletakkan dahi.

Riwayat Bukhari.

KETIKA SAYA SEDANG MENGIKUTI IMAM MEMBACA SURAH, TIBA-TIBA IMAM TERLUPA BACAANNYA. BOLEHKAH SAYA MEMBANTUNYA?

KETIKA SOLAT SUBUH PADA HARI JUMAAT, IMAM SERING SUJUD DITENGAH-TENGAH BACAANNYA? APAKAH SUJUD TERSEBUT?

Page 76: qiraat

Untuk pengetahuan anda juga, imam selalu mengamalkan sujud tilawah ketika

solat subuh pagi Jumaat ketika membaca Surah Sajadah yang mengandungi ayat

sujud didalamnya, iaitu ayat yang ke 15.

Terdapat 14 tempat didalam Al-Quran yang mengandungi ayat sujud iaitu :

1 : Surah Al-A’raf, ayat 206

2 : Surah Ar-Rak’d, ayat 15

3 : Surah An-Nahl, ayat 50

4 : Surah Al-Isra’, ayat 109

5 : Surah Maryam, ayat 58

6 : Surah Al-Haj, ayat 18

7 : Surah Al-Haj, ayat 77

8 : Surah Al-Furqan, ayat 60

9 : Surah An-Naml, ayat 26

10 : Surah As-Sajadah, ayat 15

11 : Surah Fussilat, ayat 38

12 : Surah An-Najm, ayat 62

13 : Surah Insyiqaq, ayat 21

14 : Surah Al-Alaq, ayat 19.

Ia amat mudah dilakukan. Anda perlu bertakbir dengan mengangkat kedua

belah tangan seperti biasa, kemudian bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat

tangan, diikuti dengan sujud sekali seperti sujud ketika solat. Selepas itu, anda

bolehlah bangkit dan mengucapkan salam untuk menutupnya.

Disamping itu juga, anda perlu memastikan syarat-syarat lain diikuti seperti

BERAPAKAH BILANGAN AYAT SUJUD DALAM AL-QURAN?

JIKA SAYA SEDANG MEMBACA AYAT SEJADAH INI DILUAR SOLAT, BAGAIMANAKAH CARA MELAKUKAN SUJUDNYA?

Page 77: qiraat

mengadap kiblat dan berada dalam keadaan suci dari hadas. Sujud itu juga

hendaklah dilakukan sebaik sahaja anda selesai membaca ayat sejadah atau

selesai mendengar orang lain membaca ayat tersebut.

Bagi sujud tilawah, ia mempunyai bacaan yang tersendiri iaitu :

Sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa sowwarohuu wa shaqqa sam’ahuu wa basorohuu bihaulihii waquwwatihii fatabaarokallaahu Ahsanul Khooliqiin.

Maknanya :

Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa

baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendak-Nya

dan dengan kekuatan-Nya, Tuhan yang penuh limpah keberkatan-Nya telah

menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.

Sekiranya wujud halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat

sujud seperti berhadas kecil atau kenderaan, maka diharuskan mengucapkan:

SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar.

Boleh dan amat digalakkan. Bukankah Al-Quran diibaratkan sebagai

penyembuh seperti yang Tuhan nyatakan dalam firmanNya :

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi

penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Surah Al-Isra’, ayat 82.

APAKAH BACAAN KETIKA SUJUD TILAWAH SAMA SEPERTI BACAAN KETIKA SUJUD BIASA DALAM SOLAT ?

BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN UNTUK TUJUAN PENYEMBUHAN SEPERTI SIHIR DAN SEBAGAINYA?

Page 78: qiraat

Bahkan Rasulullah sendiri sering menggunakan Al-Quran sebagai medium

utama penyembuhan penyakit seperti sihir dan sebagainya. Pernah juga berlaku

dalam satu hadis yang amat panjang, Surah Fatihah mampu mengubati seseorang

yang disengat binatang. Sangat menakjubkan!

Hukumnya harus, iaitu menulis ayat Al-Quran dibekas, kemudian tulisannya

dilarutkan didalam air dan diminum larutannya. Bahkan anda juga boleh menulis

ayat Al-Quran pada makanan yang kemudiannya dimakan untuk tujuan

penyembuhan. Ini tidak termasuk dalam perkara yang memperolokkan Al-Quran

kerana ia dikira sebagai satu usaha untuk mencari penyembuhan dari penyakit yang

dideritai.

Menurut ulama’, bacaan ayat Al-Quran kepada seseorang yang hampir

meninggal adalah harus dan amat dituntut untuk dilakukan. Bahkan terdapat hadis

yang amat menggalakkan bacaan surah Yasin dan Surah Rak’d, kerana ia akan

memberikan keringanan kepada mereka untuk menghadapi sakaratul maut.

Menurut Mazhab Syafie, sunat dilakukan sedemikian, agar simati

mendapat keberkatan dari bacaan ayat Al-Quran yang begitu suci.

Kita juga dituntut untuk menyampaikan pahala bacaan kepada simati serta

mendoakan keampunan untuknya agar rohnya memperolehi ketenangan ketika

berada di alam barzakh.

JIKA BEGITU, BOLEHKAH SAYA MENULIS AYAT AL-QURAN, KEMUDIAN DIMINUM LARUTANNYA?

SAYA MEMPUNYAI SAUDARA YANG SEDANG NAZAK (HAMPIR MENINGGAL DUNIA). BOLEHKAH SAYA MEMBACA AYAT AL-QURAN UNTUKNYA?

BAGAIMANA PULA JIKA SAYA INGIN MEMBACAKAN AL-QURAN KETIKA MAYAT SEDANG MENUNGGU UNTUK DIKUBURKAN?

Page 79: qiraat

Disunatkan untuk membaca ayat Al-Quran untuk simati di kuburan, kerana ia

menjadi amalan para sahabat seperti Abdullah Ibnu Umar dan Amru bin Al-As.

Bahkan Ibnu Umar menggalakkan untuk membaca Surah Fatihah dan Surah Al-Baqarah. Ia amat membantu simati untuk mendapatkan cebisan rahmat dan

ketenangan dari bacaan ayat Al-Quran.

Ini kerana seperti yang sedia maklum, Al-Quran mempunyai kuasa barokah

yang amat tinggi nilainya. Kuasa ini amat dirasai manfaatnya oleh simati yang

sedang bersiap sedia untuk menerima soalan-soalan sukar dari malaikat penjaga

kubur.

Anda juga boleh melakukan demikian setiap kali menziarahi kubur. Setiap

bacaan ayat Al-Quran, samada dari surah Yasin, Fatihah dan sebagainya akan

memberikan manfaat kepada simati, InsyaAllah.

Amalan ini bukan sahaja boleh, tetapi amat digalakkan. Ia adalah umpama

istighfar dan doa yang kita panjatkan untuk kesejahteraan mereka yang telah

meninggal dunia. Sudah tentu, pahala bacaan Al-Quran yang mempunyai manfaat

berlipat kali ganda besarnya lebih bernilai dari itu, samada kepada pembaca

ataupun mereka yang diniatkan pahala kepadanya. Perbuatan menghadiahkan

pahala ini akan sampai kepada simati dengan izin Allah Taa’la.

Perbuatan mengenakan yuran, atau bayaran perkhidmatan atas ilmu Al-Quran

adalah sesuatu yang dibolehkan dalam Islam. Tambahan pula, ilmu yang sedang

BOLEHKAH SAYA MEMBACAKAN AYAT AL-QURAN PADA KUBUR UNTUK SIMATI?

BOLEHKAH SAYA MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN AYAT AL-QURAN KEPADA SIMATI?

SAYA ADA MENGAJAR AL-QURAN DENGAN MENGENAKAN SEDIKIT BAYARAN. BOLEHKAH SAYA BERBUAT DEMIKIAN?

Page 80: qiraat

anda sampaikan amat tinggi nilainya disisi Allah. Sesuatu yang bernilai tinggi me-

mang perlu dinilai dengan penilaian yang tinggi juga. Dan perbuatan ini disokong

oleh hadis Rasulullah yang bermaksud :

Sesungguhnya perkara yang paling layak untuk kamu

mengenakan bayarannya ialah mengajar kitab Allah. (Riwayat Bukhari).

Majoriti ulama bersetuju dengan keharusan mengambil upah atau bayaran terhadap perubatan dengan menggunakan Al-Quran, atau bahasa arabnya dipang-

gil ‘Ruqyah’. Ia adalah satu perbuatan membaca ayat – ayat tertentu dari Al-Quran

atau hadis untuk tujuan penyembuhan.

Hadis mengenai dalil keharusannya amat jelas, seperti yang dinyatakan

sebelum ini, para sahabat pernah mengubati seseorang dengan bacaaan Fatihah,

lalu orang itu memberikan upah beberapa ekor kambing sebagai ganjaran. Apabila

perkara ini ditanyakan kepada Rasulullah, Baginda memperbolehkannya.

Menyertai pertandingan tilawah Al-Quran, atau pertandingan hafazan Al-Quran

merupakan salah satu cara untuk menghayati Al-Quran dengan lebih mendalam. Ia

juga adalah satu cara yang amat efisien untuk ‘memperkenalkan’ Al-Quran kepada masyarakat. Perkara ini amat dituntut, bahkan digalakkan agar bacaan

Al-Quran mampu dibudayakan di tengah-tengah masyarakat.

HUKUM MENGAMBIL UPAH ATAS RAWATAN PENYEMBUHAN DENGAN AYAT AL-QURAN.

SAYA SANGAT BERMINAT MENYERTAI PERTANDINGAN MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN. ADAKAH IA DIBOLEHKAN DALAM ISLAM?

BOLEHKAH SAYA MEMBELI AL-QURAN UNTUK DIWAQAFKAN DI MASJID-MASJID?

Page 81: qiraat

Oh, perkara ini bukan setakat dibolehkan, bahkan amat dituntut. Anda bukan

sekadar mendapat pahala yang berterusan, bahkan anda juga sedang

menggalakkan masyarakat membaca Al-Quran melalui usaha mewaqafkannya.

Saya sendiri selalu dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh guru-guru saya,

lebih-lebih lagi jika ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. Tidak syak lagi,

perbuatan ini diibaratkan seperti membeli saham akhirat yang tidak akan putus-

putus keuntungannya.

Perkara ini dikira sebagai bersumpah dengan menggunakan Al-Quran, atau

dengan kata lain, menjadikan Kalamullah sebagai sandaran terhadap kesaksian

kata-katanya.

Sumpah ini dilakukan dengan meletakkan tangan kanan ke atas Al-Quran

dan bersumpah dengannya. Ini merupakan perkara yang besar implikasinya dalam

Islam. Walaupun diharuskan ulama’, ia tidak boleh diambil ringan, kerana Islam

telah menyatakan hukum yang berat kepada sesiapa yang melanggar sumpahnya,

iaitu kaffarah. Ia telah diterangkan Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 89 :

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak

dimaksud , tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang

kamu sengaja, maka kaffarat sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada ke-

luargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang

budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffarat-

nya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-

sumpahmu bila kamu bersumpah . Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah

menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur .

SAYA TELAH TERLIBAT DENGAN SESUATU YANG SERIUS. UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARANNYA, SAYA TELAH BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN? ADAKAH PERKARA ITU DIBOLEHKAN?

Page 82: qiraat

Menurut ulama’, hukum bernazar dengan membaca sebahagian atau keseluruhan

Al-Quran adalah harus dan dibenarkan. Ia dikira nazar untuk kebaikan, iaitu nazar

yang dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah.

Oleh itu, anda wajib untuk menyempurnakan nazar itu jika permintaan anda

dimakbulkan Allah. Nabi sendiri mengarahkan sedemikian dalam hadisnya :

Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka penuhilah nazar itu. Hadis riwayat Bukhari.

Saya kira anda sendiri mengetahui jawapannya. Ia perupakan satu dosa

besar, bahkan jika anda tidak mempercayai walau satu ayat darinya, anda dikira

murtad (Nauuzubillahi min Zaalik). Bayangkan, betapa besar kemurkaan yang

sedang diundang, jika seseorang beriman kepada Allah, tetapi mempermain-

mainkan kata-kata dan perintahNya ?

Ulama telah bersepakat dalam hal ini, iaitu seseorang dikira gugur imannya jika dia menghina atau tidak mempercayai apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Disebabkan itulah, Islam amat menghormati kesucian kitab suci ini, membacanya,

mengamalkan ajarannya dan mempertahankannya dari sebarang perubahan dan

penghinaan dari sesiapa sahaja. Ia memang berada di kedudukan yang tertinggi

kerana Al-Quran adalah wahyu Ilahi, petunjuk suci untuk manusia menyucikan diri.

SATU PERSOALAN BESAR. APAKAH HUKUM MENGINGKARI AL-QURAN, ATAU MERENDAH DAN MEMPEROLOK-OLOKKANNYA?

SAYA TELAH BERNAZAR UNTUK MENCAPAI SESUATU, DAN JIKA IA BERJAYA, NAZARNYA IALAH MENGKHATAMKAN AL-QURAN. ADAKAH IA DIBOLEHKAN?

BOLEHKAH SAYA MENCIUM AL-QURAN DAN MELETAKKANNYA PADA DAHI SELEPAS MEMBACANYA ?

Page 83: qiraat

Apa yang anda lakukan itu sangat diharuskan kerana ia termasuk dalam

amalan untuk menghormati dan membesarkan Al-Quran. Ia pernah diamalkan

oleh seorang sahabat yang bernama Ikrimah dengan berkata ‘ini adalah Kitab

Tuhanku’ sebanyak 2 kali. Tidak syak lagi perbuatan tersebut diharuskan, malah

diamalkan oleh para sahabat sebagai satu tanda memuliakan Al-Quran.

Menurut ulama, kita diharuskan untuk mempercantikkan mashaf dengan

menghiasnya melalui hiasan yang sepadan dengan kemuliaannya. Bahkan ada

ulama yang meletakkan bau-bauan wangi ke atas Al-Quran dan membalutinya

dengan kain sutera yang bermutu tinggi.

Ada juga ulama yang mengharuskan untuk memperindahkan Al-Quran dengan

emas dan perak, kerana ada para sahabat yang memperindahkan Al-Quran

dengan hiasan perak pada zaman Saidina Uthman.

Tulisan Al-Quran yang sudah lusuh, terkoyak atau hampir binasa perlu dijaga

kehormatannya kerana masih tertulis padanya ayat Al-Quran. Cara untuk

menghapuskan tulisan Al-Quran yang sudah lusuh itu ialah menanamnya. Ia

adalah berdasarkan cara manusia yang ditanam ketika mati untuk memuliakannya.

Ada juga ulama yang menyarankan agar cebisan Al-Quran lusuh itu dibakar. Teknik ini berpandukan apa yang pernah diamalkan oleh Saidina Uthman yang

mengarahkan tulisan selain Mashaf Uthmani pada zamannya untuk dibakar.

HUKUM MEMPERCANTIKKAN MASHAF.

SAYA MEMILIKI MASHAF YANG SUDAH LUSUH DAN TIDAK BOLEH LAGI DIBACA. APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN TERHADAPNYA?

HUKUM MEMBAWA AL-QURAN ATAU TULISAN AYAT AL-QURAN DI TANDAS.

Page 84: qiraat

Anda dilarang untuk membawa Al-Quran atau sebarang buku yang

mengandungi tulisan ayat Al-Quran ke dalam tandas. Ini berdasarkan apa yang

pernah dilakukan oleh baginda Nabi, dimana baginda akan menanggalkan

cincinnya yang tertulis perkataan ‘Muhammad Rasulullah’ setiap kali ingin

masuk ke tandas. Berdasarkan peristiwa inilah, ulama menyatakan haram

membawa Al-Quran masuk ke tandas untuk memuliakannya.

Begitu juga anda dilarang untuk membaca ayat Al-Quran ketika sedang

berada dalam tandas. Larangan ini pernah ditegaskan oleh para sahabat besar

seperti Saidina Ali dan Ibnu Umar R.A.

Resam Uthmani merupakan satu kaedah penulisan ayat Al-Quran yang

diwarisi dari zaman Saidina Uthman. Pendapat yang termasyhur dikalangan

ulama ialah kita dilarang dari menulis ayat Al-Quran selain dari kaedah penulisan

resam Uthmani.

Ini kerana, teknik penulisan ini merupakan satu kaedah yang telah

dipersetujui oleh ribuan sahabat yang hidup semasa waktu tersebut. Sudah tentu

para sahabat lebih memahami dan mengetahui setiap rahsia penulisan ayat

Al-Quran, tambahan pula Baginda Rasul sendiri amat memuji mereka. Antara

kata-kata Baginda seperti yang terakam dalam hadis :

Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah para Khulafa’ Rasyidin selepasku, ikutilah mereka dengan kuat dan yakin - Riwayat Tarmizi.

Melupai ayat Al-Quran yang sudah dihafaz secara sengaja termasuk dalam

salah satu dosa besar. Tetapi, perbuatan ‘terlupa’ dengan tidak sengaja adalah

BOLEHKAH SAYA MENULIS AL-QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TULISAN SELAIN RESAM UTHMANI?

HUKUM MELUPAI SESUATU AYAT AL-QURAN YANG SUDAH DIHAFAZ.

Page 85: qiraat

dimaafkan, dengan syarat, seseorang itu sentiasa berusaha untuk mengekalkan

ingatan hafazannya.

Memang penyakit lupa beberapa ayat Al-Quran pada waktu-waktu tertentu

tidak dapat dielakkan, kerana Rasulullah sendiri mengakui sukarnya mengekalkan

ingatan ayat Al-Quran dengan sempurna. Pernah Baginda menyifatkan Al-Quran itu ‘lebih mudah hilang dari unta yang diikat’. Maka, kita selaku umat penghafaz

Al-Quran hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan setiap ayat

yang sudah dihafaz.

Page 86: qiraat

K ali ini kita akan menempuhi perjalanan mencari hikmah dengan

menyusuri jejak para solafussoleh di sepanjang sejarah di mana darinya

kita akan temui berbagai – bagai cara interaksi manusia dengan Al-Quran. Dari

ribuan kisah tersebut, kita akan meneliti satu kejadian luarbiasa yang sangat

berinspirasi, bagaimana seorang manusia yang bertutur dengan menggunakan ayat

Al-Quran dalam 40 tahun. Ini adalah suatu yang cukup menghairankan untuk

dilakukan oleh manusia.

Cerita tersebut saya susun kembali dari buku Hikayatus Sufiyyah, hasil karya

Muhammad Abu Al-Yusr Abidin. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai

cerita ‘biasa-biasa’ sahaja, tetapi kisah ini boleh menginspirasikan para pemimpin,

para ilmuan, ahli fiqh, hinggalah golongan awam tentang ‘hidup bersama Al-Quran’ dengan cara yang amat halus. Hayati sendiri kisah yang sangat

mengasyikkan ini :

------------------------------------------------------

Suatu hari, Abdullah bin Mubarak telah keluar dari rumahnya untuk

menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah. Di dalam perjalanannya, dia telah

bertemu dengan seorang perempuan tua yang melalui jalan yang sama. Lalu

Abdullah bin Mubarak menyapanya dan memulakan perbualan :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perempuan tersebut menjawab:

رب رحیم ن سالم قوال م (Kepada mereka dikatakan): 'Salam', sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang

Maha Penyayang' (Surah Yaasin: 58).

Kemudian saya bertanya kepadanya 'Semoga Allah mengasihimu, apa yang

engkau lakukan di tempat ini?

Page 87: qiraat

Perempuan tersebut menjawab :

م في طغیانھم یعمھون ي لھ ویذرھ اد یضلل هللا فال ھ من Barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada orang yang memberikan

petunjuk kepadanya' (Surah Al-A’raaf: 186).

Saya terfikir 'Sesungguhnya dia telah tersesat jalan’. Saya bertanya : Ke manakah

engkau hendak pergi?

Perempuan tersebut menjawab :

االقصى الحرام إلى المسجد المسجد ن ه لیال م ي أسرى بعبد الذ سبحان Mahasuci Zat yang memperjalankan hamba-Nya di malam hari dari Masjid al-

Haram ke Masjid al-Aqsa (Surah Al-Isra’: 1).

Saya berkata 'Sesungguhnya dia telah menunaikan ibadah haji dan ingin ke Baitul

Maqdis.' Saya bertanya kepadanya, 'Sejak bila engkau berada di sini?

Perempuan tersebut menjawab :

قال آیتك أال تكلم الناس ثالسث لیال سویا 'Selama tiga malam dalam keadaan sehat (Surah Maryam: 10).

Saya bertanya 'Saya tidak melihat engkau membawa makanan yang dapat kau

makan’.

Perempuan tersebut menjawab :

مني ویسقیني و یطع ي ھ والذ ‘Dia memberikan makan dan minum kepadamu' (Surah As-Syuara’: 79).

Saya bertanya 'Dengan apakah engkau berwudhu?

Page 88: qiraat

Perempuan tersebut menjawab :

ا طیبا ید وا ماء فتیمموا صع فلم تجد 'Bila kalian tidak menemukan air, maka bertayamumlah dengan debu yang

bersih' (Surah An-Nisa’: 43).

Saya berkata kepadanya 'Saya membawa makanan, apakah engkau hendak

makan?

Perempuan tersebut menjawab :

ثم أتموا الصیام إلى اللیل 'Kemudian mereka menyempurnakan puasa hingga malam' (Surah

Al-Baqarah : 187).

Saya berkata 'Ini bukan bulan Ramadhan’.

Perempuan tersebut menjawab :

هللا شاكر علیم تطوع خیرا فإن ومن 'Dan barangsiapa mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka

Sesungguhnya Allah Maha mensyukuri kebajikan lagi Maha Mengeta-

hui' (Surah Al-Baqarah : 158).

Saya berkata 'Dalam perjalanan, kita dibolehkan untuk berbuka’.

Perempuan tersebut menjawab :

كنتم تعلمون تصوموا خیر لكم إن وأن 'Dan berpuasa adalah lebih baik bila kalian semua mengetahui.' (Surah Al-

Baqarah : 184).

Page 89: qiraat

Saya bertanya 'Mengapa engkau tidak berbicara kepada saya sebagaimana saya

berbicara kepadamu?

Perempuan tersebut menjawab :

یھ رقیب عتيم قول إال لد ن ا یلفظ م ◌ 'Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya

malaikat pengawas yang selalu hadir.' (Surah Qaaf : 18)

Saya bertanya 'Dari golongan apakah engkau?

Jawabnya :,

عنھ مسئوال كل أولئك كان السمع والبصر والفؤاد لم إن وال تقف ما لیس لك بھ ع "Janganlah engkau mengikuti sesuatu yang tidak engkau ketahui ilmunya.

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan

dipertanggungjawabkan ' (Surah Al-Israa’ : 36).

Saya berkata 'Saya telah melakukan kesalahan, maafkanlah saya.

Perempuan tersebut berkata:

, ین و أرحم الراحم قال ال تثریب علیكم الیوم یغفر هللا لكم وھ

'Pada hari ini tiada cercaan buatmu. Mudah-mudahan Allah mengampunimu.' (Surah Yusuf :92).

Saya berkata 'Apakah engkau mahu untuk menaiki untaku, sehingga engkau dapat

bertemu dengan kafilah?

Perempuan tersebut berkata:

خیر یعلمھ هللا, ن وما تفعلوا م 'Dan apa yang kau kerjakan berupa kebaikan diketahui Allah.' (Surah Al-

Baqarah : 197).

Page 90: qiraat

Abdullah bin al-Mubarak melanjutkan "Kemudian kurendahkan untaku”.

Perempuan tersebut berkata:

أبصارھم ن یغضوا م نین قل للمؤم "Katakan kepada orang-orang yang beriman, tundukkanlah pandangan

mereka" (Surah Nuur : 30).

Saya tundukkan pandangan darinya dan kukatakan kepadanya "Naiklah." Ketika dia

hendak kenaiki unta tersebut, unta itu melompat sehingga pakaiannya terkoyak.

Perempuan tersebut berkata:

یكم یبة فبما كسبت أید مص ن وما أصابكم م "Dan musibah yang menimpa kalian semua adalah karena usaha

kalian." (Surah Syura : 30).

Saya berkata kepadanya "Sabarlah, sehingga unta ini kuikat.

Perempuan tersebut berkata:

لما وكال آتینا حكما وع ا سلیمان ففھمناھ "Mak kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum

(yang lebih tepat)." (Surah Anbiyaa’ : 79).

Saya mengikat unta itu dan berkata "Naiklah!'

Tatkala menaiki unta, dia berkata:

ذا وما كنا لھ مقرنین الذي سخر لنا ھ سبحان )13( وإنا إلى ربنا لمنقلبون "Mahasuci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami

sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan

kembali kepada Tuhan kami" (Surah Zukhruf : 13-14).

Page 91: qiraat

Abdullah berkata "Kemudian saya mengambil tali unta itu dan saya bergerak dan

menjerit.

Perempuan tersebut berkata:

صوتك ن في مشیك واغضض م د واقص "Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah

suaramu." (Surah Luqman : 19).

Kemudian saya berjalan perlahan - lahan dan mendendangkankan syair.

Perempuan tersebut berkata:

القرآن, ن فاقرءوا ما تیسر م "Maka bacalah apa yang mudah dari Alquran." (Surah Al-Muzammil : 20).

Saya berkata "Sungguh engkau telah diberi kebaikan yang banyak.

Perempuan tersebut berkata:

وما یذكر إال أولوا االلباب "Dan tidak ada sentiasa berzikir. kecuali ulul albab." (Surah Ali-Imran : 7).

Dalam perjalanan saya bertanya "Apakah engkau telah berkahwin?

Perempuan tersebut menjawab :

لكم تسؤكم تبد أشیاء إن آمنوا ال تسألوا عن ین یاأیھا الذ "Wahai orang-orang yang beriman janganlah menanyakan sesuatu yang bila

dijelaskan kepadamu niscaya menyusahkanmu." (Surah Al-Maidah : 101).

Saya terdiam dan tidak berkata lagi sehingga kami menjumpai kafilah. Saya berkata

"Kita telah sampai di kafilah. Di manakah rombonganmu?

Page 92: qiraat

Perempuan tersebut menjawab :

نیا زینة الحیاة الد المال والبنون "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia." (Surah Kahfi : 46).

Dari sana saya tahu bahwa dia mempunyai anak. Saya bertanya "Bagaimana

keadaan mereka dalam haji?

Perempuan tersebut menjawab :

ون م یھتد وعالمات وبالنجم ھ "Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (petunjuk jalan) dan dengan bintang-bintang

itulah mereka mendapat petunjuk." (Surah An-Nahl : 16).

Sehingga saya tahu bahawa mereka adalah para penunjuk jalan. Saya menuju ke

khemah,. Kemudian saya bertanya "Kita telah sampai di tempat perkhemahan. Dari

golongan manakah engkau?

Perempuan tersebut menjawab :

یم خلیال واتخذ هللا إبراھ Allah telah menjadikan Ibrahim sebagai kekasih." (Surah An-Nisaa’ : 125).

وكلم هللا موسى تكلیما Dan Allah telah berfirman kepada Musa dengan firman yang

sebenarnya." (Surah An-Nisaa’ : 164),

تاب بقوة یایحیى خذ الك Hai Yahya, ambillah kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh."

(Surah Maryam : 12).

Maka saya memanggil "Wahai Ibrahim, Musa, dan Yahya.Tiba-tiba muncullah 3

orang pemuda yang amat kacak. Ketika mereka telah duduk, perempuan itu berkata:

Page 93: qiraat

ن ینة فلینظر أیھا أزكى طعاما فلیأتكم برزق م ه إلى المد ذ كم بورقكم ھ فابعثوا أحد ا بكم أحد رن ھ ولیتلطف وال یشع "Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan mem-

bawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih

baik,maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia

berlemah lembut." (Surah Kahfi : 19).

Salah seorang di antara mereka pergi dan membeli makanan, kemudian

dihidangkan untukku.

Perempuan itu berkata:

نیئا بما أسلفتم في االیام الخالیة كلوا واشربوا ھ "(Kepada mereka dikatakan): 'Makan dan minumlah dengan sedap kerana

amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu.'

(Surah Al-Haqqah : 24).

Saya berkata "Saya tidak akan menyentuh makanan yang disediakan sehingga

kamu menceritakan tentang perempuan ini."

Mereka berkata "Dia adalah ibu kami yang sejak 40 tahun yang lalu tidak

berbicara, kecuali dengan ayat Al - Quran kerana takut tergelincir dan mendapat

murka Allah yang Maha Pengasih." Maha suci Zat yang Maha kuasa atas segala

sesuatu.

Saya berkata 'Itu adalah kurniaan Allah yang diberikan kepada orang-orang yang

agung," . Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia segala sesuatu. Semoga

rahmat Allah dan keselamatan sentiasa dicurahkan kepada Nabi Muhammad,

keluarga dan para sahabatnya.

Page 94: qiraat

S alah satu ‘kuasa dalaman ajaib’ Al-Quran ialah, ia mampu menimbulkan

rasa ‘asyik’ dan ‘leka’ terutamanya jika kita cuba ber’dialog’ dengannya.

Selalunya, dialog tersebut akan dimulakan oleh Al-Quran dahulu dengan cara

bertanyakan soalan, menggugah kepercayaan dalaman kita dan kemudian

perdebatan dengan Al-Quran pun bermula. (tentunya kebenaran akan berpihak

pada fakta Al-Quran!)

Kerap juga ketika membacanya, kita akan mengalami beberapa situasi

‘refleks’ seperti tersenyum sendirian, tertawa keseorangan, dan bagi seseten-

gah orang, ia mampu mengalirkan air mata kesyahduan. Kesemua perasaan ini

boleh timbul samada ketika kita ‘mengaji’ atau ‘mengkaji’ Al-Quran. Patutlah

Al-Quran diturunkan kepada makhluk yang mampu memahaminya sahaja, kerana

makhluk lain, walaupun keadaan fizikalnya begitu perkasa, belum tentu mampu

’memikul’ seribu satu kehebatan Al-Quran. Lihat apa yang difirmankan Tuhan

mengenai kehebatan ‘kuasa dalaman’ Al-Quran itu :

Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada

sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Surah Al-Hasyr, 21

Mungkin timbul persoalan, adakah Al-Quran mampu mencetus emosi,

sehingga dalam sesetengah kisah, manusia akan menangis ketika menatapinya?

Saya kira, cukup kebenaran dibawah ini untuk menjawab soalan itu :

Katakanlah: "Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman. Sesungguhnya orang-orang yang diberi

pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka

Page 95: qiraat

sambil bersujud, dan mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi". Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil

menangis dan mereka bertambah khusyu'. Surah Al-Isra’, 107-109

Maka pada kali ini, kita akan berbincang bagaimana kitab ini berinteraksi bersama

Nabi, para sahabat, tabi’in dan para solafussoleh.

Al-Quran amat memuji dan menyanjungi Rasulullah S.A.W. Al-Quran

menyatakan :

Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu contoh

tauladan yang baik bagimu , bagi orang yang mengharap Allah dan hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah.

Surah Al-Ahzab, 21.

Rasulullah S.A.W. merupakan manusia yang memiliki ciri-ciri kesempurnaan,

insan ‘kamil mutakamil’ – manusia lengkap universal. Seluruh umat merasa amat

terpesona dengan ajaran baginda yang mampu ‘mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya’ (Surah At-Talaq,11).

Disebalik kelebihan yang Baginda miliki, kita akan amat tertarik dengan teknik

interaksi baginda bersama Al-Quran yang digambarkan dalam sabdanya iaitu :

Bacalah Al-Quran dan menangislah ketika membacanya, seandainya kamu

tidak mampu menangis, maka buat-buatlah menangis.

Nampaknya, hadis ini menyuruh kita supaya cuba menangis ketika membaca

Al-Quran. Adakah menangis itu bermaksud sedih, pesimis dan longlai? Adakah

umat islam disuruh menjadi umat yang lemah emosinya? Tidak sekali-kali. Jangan

MENGAPA NABI MENGGALAKKAN MENANGIS KETIKA MEMBACA AL-QURAN?

Page 96: qiraat

cepat salah faham dengan hadis ini.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah, Nabi amat tahu sifat-sifat hati

manusia yang keras dan sukar dijinakkan, bahkan menurut Al-Quran lebih keras

dari batu. Maka ia perlu disirami dengan tangisan keinsafan. Tangisan yang keluar

dari keinsafan mendengar bacaan kitab hidayah Tuhan.

Nabi sendiri pernah beremosi sebegitu.

Pernah dalam satu peristiwa, Nabi Muhammad

menyuruh dikalangan sahabatnya untuk

membacakan Al-Quran. Baginda akan

mendengarkannya dengan penuh minat, khusyu’

dan teliti sehingga para sahabat menyaksikan,

perlahan lahan air mata bergenang di sudut mata Rasul yang mulia ini. Dan selalunya, apabila

para sahabat menghabiskan bacaan, tangisan

keinsafan mencucur keluar membasahi wajahnya

yang mulia.

Dalam satu kesempatan lain, isteri baginda

iaitu Aisyah r.a bercerita tentang peristiwa yang disebutnya sebagai ’yang paling mempersona-

kan dalam kehidupan nabi’. Menurut beliau, Nabi ketika itu bangun ditengah

malam, berwudu’ dan melakukan solat malam. Belum sempat beberapa detik

berlalu pada bacaan solatnya, baginda telah menangis teresak-esak. Tangisan itu

telah berpanjangan disepanjang solat sehingga Aisyah mengatakan “baginda menangis hingga janggutnya basah oleh air matanya”.

Ternyata tangisan Nabi bukanlah bermaksud lambang putus asa dan tanda

kelemahan. Dengan tangisan, baginda telah mengungkapkan rasa kelembutan hati

untuk menerima isyarat hidayah Tuhan. Thaabit Al-Bunaani pernah

berpengalaman mendengar sendiri tangisan nabi. Ketika itu beliau ingin berjumpa

dengan Nabi, tetapi Baginda sedang mengerjakan solat. Apa yang didengarinya

Nabi amat tahu

sifat-sifat hati manusia yang keras dan sukar

dijinakkan, bahkan menurut Al-Quran lebih

keras dari batu. Maka ia

perlu disirami dengan tangisan keinsafan.

Tangisan yang keluar

dari keinsafan mendengar bacaan kitab

hidayah Tuhan.

Page 97: qiraat

ialah ‘Aku mendapati baginda Nabi menangis sehingga mengeluarkan bunyi seperti periuk menggelegak’.

Dengan menjadikannya sebagai salah satu sunnah, kebiasaan gaya tangisan

ini telah diteruskan oleh para ulama solafussoleh. Maka kita selaku pencinta

Rasulullah juga amat sangat dituntut untuk mempraktikkannya. Jika tangisan itu

tidak dapat dikeluarkan, cukuplah dengan ‘tabaaki’ atau berpura-pura menangis, kerana percayalah, ia akan memberikan kesan tarbiyah yang cukup mendalam

kepada jiwa.

Saidina Umar merupakan antara ‘hero’ pujaan saya yang sangat dikagumi.

Disebalik memiliki personaliti ‘bergaris serius dan tegas’, beliau diakui sebagai

sahabat yang sangat rapat dengan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Allah

memuliakannya dengan ’bersetuju’ dengannya melalui beberapa perkara. Dalam

hadis riwayat Al-Bukhari, Saidina Umar berkata :

Allah telah bersetuju denganku dalam 3 perkara. Pernah

aku memberi cadangan kepada Rasulullah : Apa kata jika kita menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat?

Maka turunlah ayat “Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat (Al-Baqarah,125).

Aku berkata : Wahai Rasulullah, Sesungguhnya

perempuan-perempuanmu telah mencampur adukkan

antara kebaikan dan keburukan, bagaimana kalau engkau arahkan mereka untuk memakai hijab? Maka turunlah ayat

Hijab,

Dan yang ketiga, pada peristiwa di mana telah terjadi

peristiwa Ghirah pada isteri Rasul, maka aku berkata

kepada mereka “Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi

Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu” Maka turunlah ayat

seperti yang dikatakanku (Surah Tahrim,ayat 5).

INTERAKSI SAIDINA UMAR

Page 98: qiraat

Tetapi jika dilihat perilaku Saidina Umar pada zaman ‘jahiliah’, kita akan

terperanjat dengan personality beliau yang begitu menakutkan dan kejam. Bagi mereka yang ‘mencari geruh’ dengannya, ia samalah seperti berseteru

dengan malaikat Maut. Lalu apabila Umar ketika sebelum keislamannya ingin

membunuh Rasulullah, ia dianggap sebagai bahaya yang paling besar buat utusan

Allah terakhir itu.

Walau bagaimanapun, Allah selaku pemilik

hati dan penentu segala sesuatu begitu mudah

menukarkan suasana cemas menjadi ceria. Dalam kisah interaksi Al-Quran bersama Saidina Umar, Al-Quran telah menunjukkan salah satu dari

kelebihannya - kekuatan melunakkan hati dan

perasaan lelaki keras seperti Saidina Umar menjadi

lembut. Ketika membaca beberapa petikan ayat

Al-Quran, dipercayai dari ayat 1 hingga 5 dari Surah

Toha, hati lelaki ini telah di’cair’kan. Cerita

seterusnya telah menjadi satu lagenda kekal

kepada kita, Saidina Umar memeluk Islam setelah

membaca beberapa ayat Al-Quran yang dirampas

dari tangan adiknya.

Walaupun dikenali sebagai sahabat yang amat tegas, Saidina Umar juga

seperti manusia lain, memiliki hati yang amat lembut dan bersih. Abdullah B. Syadad pernah mendengar tangisan Saidina Umar ketika solat subuh bersamanya.

Tangisan itu semakin kuat ketika beliau membaca ayat 86, Surah Yusuf yang

bermaksud "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan

kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." Hebat bukan Saidina Umar? Patutlah beliau dicalonkan Rasulullah sebagai

salah seorang yang dijamin masuk Syurga. Lelaki yang bukan sahaja menangis

ketika membaca Al-Quran, bahkan kadang kala ketika menghayatinya, beliau terlalu

Dalam kisah interaksi

Al-Quran bersama Saidina Umar, Al-Quran

telah menunjukkan salah satu dari

kelebihannya - kekuatan

melunakkan hati dan perasaan lelaki keras

seperti Saidina Umar

menjadi lembut.

Page 99: qiraat

beremosi hingga jatuh tersungkur, sehingga ramai yang menganggap beliau ditimpa

sakit tenat. Sebenarnya, tahap keimanan dan nilai tangisan beliau sudah sampai ke

tahap yang digambarkan Al-Quran sebagai :

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul , kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui ;

seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi .

Surah Al-Maidah, 83.

Lelaki seperti ini jugalah yang amat cintakan Rasulullah S.A.W. Cinta ekstrem ini dipamerkan dalam kisah menyayat hati, bagaimana berkecamuknya perasaan Saidina Umar apabila mendengar berita kematian Rasul. Beliau tidak

dapat menerima kenyataan tersebut dan terus mengamuk tidak tentu hala. Ketika

itu, tidak ada seorang pun yang berani menenteramkan Saidina Umar. Bagi para

sahabat, mereka sangat kenal Saidina Umar, dan perbuatan menenteramkannya

samalah seperti menjentik singa lapar yang sedang terluka.

Akan tetapi, masih ada sahabat lain yang memiliki kunci untuk menenteramkan

kesedihan Umar ini. Saidina Abu Bakar, sahabat nabi yang paling tenang

menyampaikan nasihat yang terus mencairkan api kemarahan Saidina Umar. ‘Jika

engkau beriman kepada Muhammad, ketahuilah bahawa baginda hanyalah

manusia biasa, dan telah meninggal dunia. Tetapi jika engkau beriman kepada

Allah, ketahuilah bahawa Allahlah Tuhan yang Maha Kekal Abadi’. Begitulah

lebih kurang tutur kata Saidina Abu Bakar untuk menyejukkan hati sahabatnya itu.

Dan Saidina Umar lebih tenang selepas mendengar ayat Al-Quran :

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sama seperti rasul lain sebelumnya. Apakah Jika dia wafat atau

dibunuh kamu berbalik ke belakang ? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan

Page 100: qiraat

mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

Surah Ali-Imran, 144.

Kadang-kadang, apabila kita meneliti cara para sahabat dan solafussoleh

berinteraksi dengan Al-Quran, kita akan merasa hairan sehingga agak sukar untuk mempercayainya. Bagaimana ia boleh terjadi sedemikian? Rasanya tidak

logik mereka berperangai seperti itu? Ini adalah antara secebis persoalan yang

mula berlegar-legar dalam fikiran logik yang memang tidak pernah mengerti ‘bahasa

iman’. Tetapi, pada peringkat kita yang mempunyai ‘iman sebesar debu’ ini, rasanya

sukar untuk memahami dan menyelami pengalaman mereka.

Tercatat dalam satu peristiwa, bagaimana Ibnu Abbas pernah menceritakan

reaksi seorang sahabat, iaitu Abdul Rahman b. Auf ketika berinteraksi dengan

Al-Quran. Beliau berkata : Belum pernah aku melihat seorang lelaki

menggeletar seperti apa yang terjadi pada Abdul Rahman b. Auf ketika

membaca Al-Quran.

Menggeletar ketika membaca Al-Quran. Pelik bukan? Bagi kita yang hanya

menggeletar ketika kesejukan atau ketika ketakutan ini tentulah merasa pelik

dengan tingkahlaku sahabat itu. Sebenarnya, kita telah kehilangan satu definisi lain

tentang menggeletar ketakutan, iaitu ketika menyedari kekuasaan Tuhan. Definisi

inilah yang sedang digunapakai oleh para sahabat sehingga mereka berperilaku

sedemikian.

Seorang sahabat lain iaitu Abu Darda’ pernah mengulang-ulang ayat ini

dalam solat malamnya sehingga sampai waktu Subuh. Ayat tersebut ialah :

Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti

INTERAKSI PARA SOLAFUSSOLEH : MENANGIS, MENGGELETAR, PENGSAN?

Page 101: qiraat

orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, yaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu.

Surah Al-Jaathiyah, 21.

Lihat pula, bagaimana kesan taqwa yang ada pada Khalifah ‘Zuhud’, iaitu Umar bin Abdul Aziz. Beliau begitu khusyu’

ketika mentadabbur ayat Al-Quran, sehingga

melahirkan rasa takut yang bersangatan ketika

membaca ayat 14, Surah Al-Lail yang

bermaksud : Maka, kami memperingatkan

kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Beliau telah menangis tersedu-sedu dalam

solatnya dan terpaksa memberhentikan bacaan,

dan selepas beberapa ketika, dicuba lagi untuk

menyambungnya, tetapi ternyata beliau tidak

mampu sehingga terpaksa menggantikannya

dengan surah lain.

Ada juga kisah lain yang lebih hebat dari

itu. Imam Nawawi pernah merekodkan kisah

luarbiasa, bagaimana seorang tokoh ilmuan ternama di Syam yang bernama

Ahmad B. Abi Al-Hawari telah berteriak dan jatuh pengsan apabila terdengar

bacaan Al-Quran. Mereka ini bukannya sengaja atau berpura-pura berbuat seperti

itu, tetapi itulah kesan nyata yang dizahirkan apabila hati mereka dipenuhi dengan

perasaan takut yang bersangatan kepada Allah.

Malahan menurut riwayat lain, para solafussoleh bukan sahaja pengsan,

bahkan ada yang mati ketika menelaah ayat-ayatnya. Salah satu darinya ialah

Zurarah bin Awfa, seorang yang berpangkat Tabi’in ketika menjadi Imam solat

Subuh. Dalam solatnya, beliau telah membaca ayat 8 dan 9, Surah Al-Muddatsir

yang bermaksud : Apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu hari yang sukar. Lalu dengan tidak semena-mena, beliau terus jatuh tersungkur dan

Beliau telah

menangis tersedu-sedu dalam solatnya dan

terpaksa memberhentikan bacaan, dan selepas

beberapa ketika, dicuba

lagi menyambungnya, tetapi ternyata beliau tidak

mampu sehingga terpaksa

menggantikannya dengan surah lain.

Page 102: qiraat

mati ketika itu juga. Kata Bahz bin Hakim, seorang sahabatnya : saya termasuk

antara mereka yang mengusung mayatnya.

Disampaikan kepada kita juga, satu kisah luarbiasa yang berlaku jauh ditengah padang pasir sana. Kisah yang terjadi 1000 tahun lampau ini mampu

menyentuh perasaan, kerana ia mengajarkan kita perasaan senang dan gembira

bersama Kalam Allah. Di tepi oasis padang

pasir, seorang yang sedang khusyu’ membaca

Al-Quran, tiba-tiba diganggu kesyahduannya dengan tusukan lembing yang dilemparkan kepadanya dari belakang. Matanya yang

sebelum ini begitu tekun menelaah setiap kata

Kalam Ilahi itu tiba-tiba terhenti, terkejut bila

melihat sendiri hujung mata lembing yang telah

menembusi dada, muncul dihadapan dan

menghadang penglihatannya. Tetapi, bagi orang

yang telah memiliki ketenangan rohani yang begitu tinggi, dia hanya tersenyum

gembira. Sambil menyapu darah yang keluar membasahi badannya, dia

mengeluarkan kata-kata terakhir : ‘Fuztu Wa Rabbil Ka’abah’ – Betapa senang

dan gembiranya daku, demi Tuhan yang memelihara Kaabah’.

Ada lagi yang lebih hebat. Hebatnya ialah, jika kita menghadapi sakaratul

maut dengan ketakutan dan kegelisahan, dia menghadapinya dengan senyuman

dan kegembiraan. Imam Syu’bah, salah seorang anak murid terkenal bagi Imam

A’sim, Syeikh Qiraat yang terkemuka, menghadapi kematian dengan perasaan yang

begitu damai dan tenteram. Ketika saudara perempuannya menangis kesedihan,

beliau bertanya ‘Mengapa engkau perlu menangis wahai saudaraku? Jika kau

perhatikan perjalanan hidupku, engkau tentu akan gembira sepertiku juga.

Lihatlah sesungguhnya aku telah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak lapan

belas ribu kali’.

Bagitulah secebis kisah hebat, pengalaman mereka yang menyedari Al-Quran

adalah ‘ibu segala kebenaran’. Kitab yang bukan hanya dibaca menjelang hari tua,

engkau tentu

akan gembira sepertiku

juga. Lihatlah

sesungguhnya aku telah

mengkhatamkan Al-Quran

sebanyak lapan belas

ribu kali’.

Page 103: qiraat

bahkan dihayati pada setiap ketika dan keadaan selagi hayat yang dipinjamkan

Tuhan dikandung badan.

Maka kita juga perlu berperanan seperti itu, membuka lembaran baru dalam berinteraksi bersama Al-Quran. Sekurang-kurangnya, jika kita tidak sam-

pai ke tahap mereka, kita patut merasa bangga dan bersyukur kerana pernah cuba

mengikuti cara penghayatan yang telah mereka wariskan. Semoga dengannya,

iman kita akan meningkat dan kita terus diberikan kekuatan dalam usaha ini.

Allahumma Amin.

Page 104: qiraat

S atu persoalan untuk direnungkan : Benarkah ada kandungan Al-Quran

yang sukar diterima oleh sains? Benar, jika sains yang dimaksudkan itu

seperti makhluk bermata satu yang melihat berbagai kejadian berasaskan sebab

material sahaja. Dan selalunya, bila sebab itu tidak dapat difahami oleh asas

material, sains akan berkata : kejadian ini tidak rasional.

Kefahaman sains tanpa asas tauhid seperti inilah yang perlu dielakkan oleh setiap muslim. Ini kerana dalam Al-Quran, terdapat banyak cerita yang

dikategorikan sebagai mukjizat. Apakah itu mukjizat? Sesuai dengan maknanya

iaitu ’sesuatu yang mencarik adat kebiasaan’, mukjizat boleh difahami sebagai

perkara mencengangkan yang ditunjukkan oleh para nabi atau rasul, dengan

campur tangan dari Yang Mahakuasa.

Jadi, adakah ia logik? Ya, jika asas logik

itu disesuaikan dengan kuasa dan kehendak

Tuhan yang tidak terbatas. Tetapi jika dilihat dari

pandangan manusia yang terbatas, tentu

perkara tersebut tidak logik. Logik menurut

Tuhan ialah menukar perkara ‘impossible’

kepada ‘possible’ dan perkara ‘abnormal’

kepada ‘normal’ tanpa had batasan, atau

bahasa Qurannya ’Kun, Fayakun’.

Maka disini, kami menyenaraikan 27 peristiwa tidak logik pada pandangan

sains, tapi sangat logik pada pandangan iman dalam Al-Quran untuk tatapan anda.

Semoga dengan menghayati peristiwa sebegini, ia mampu membuatkan kita jatuh

cinta berulang kali kepada Al-Quran.

Teknologi kita hanya mampu menyampaikan manusia hingga ke bulan, tetapi

teknologi Buraq tunggangan Rasulullah mampu membawa baginda dari Mekah ke

Logik menurut Tuhan

ialah menukar perkara ‘impossible’ kepada

‘possible’ dan perkara ‘abnormal’ kepada ‘normal’

tanpa had batasan, atau

bahasa Qurannya ’Kun, Fayakun’.

HAIWAN SEPANTAS ‘ROKET’.

Page 105: qiraat

Masjid Aqsa, Palestin, kemudiannya terus menembusi langit ke tempat tertinggi

bertemu Allah, dan balik semula ke bumi dalam masa setengah hari!

Lebih laju dari roket bukan? Awal Surah Al-Isra’ menceritakan kronologinya.

Sekali lagi, Rasulullah dengan bantuan Yang Maha Kuasa telah menunjukkan

kuasa mukjizat tahap tinggi yang dianugerahkan kepadanya. Dalam perang Badar,

semua sahabat sedia maklum bahawa jumlah ketumbukan tentera mereka

hanyalah seramai 313 orang sahaja. Tetapi mereka begitu mudah menewaskan

tentera kuffar yang berjumlah 1000 orang. Perkara ’Impossible’ telah berlaku bukan?

Ingin tahu apa rahsianya? Sebenarnya, tentera Islam diiringi dengan

sepasukan tentera ‘komando elit’ iaitu para malaikat. Jumlahnya seramai lebih

kurang tiga ribu hingga lima ribu malaikat. Kekuatan ketumbukan tentera ‘ghaib’ ini

dinyatakan dalam Surah Ali- Imran ayat 124 hingga 126.

Tahukah anda kelebihan utama Nabi Daud? Selain memiliki kitab Zabur,

baginda juga memiliki mukjizat yang begitu berkuasa. Tangannya mampu

melembutkan besi hinggakan baginda mampu ‘menganyam’ dan melentur-lenturkan

besi itu sesuka hatinya. Nampaknya, tahap kekerasan besi hanyalah seakan tanah

liat sahaja bagi Nabi Daud. Jika anda ingin mengetahui surah yang

menceritakannya, sila rujuk Surah Saba’ ayat 10 dan 11.

Selain dianugerahkan kitab Zabur dan keupayaan melenturkan besi, Nabi

Daud juga memiliki koleksi mukjizat peribadi lain. Disebabkan tahap ketaatannya

begitu tinggi, Allah telah memerintahkan burung-burung dan gunung-ganang ikut

KOMANDO ‘ELIT’ YANG TIDAK KELIHATAN.

TANGAN NABI YANG ‘BERURAT DAWAI, BERTULANG BESI’.

GEMA ‘ZIKIR’ DARI GUNUNG-GANANG.

Page 106: qiraat

sekali berzikir mengiringi setiap ucapan zikir Nabi Daud. Bayangkan jika anda

memiliki kehebatan se’gah’ ini. Tetapi kita hanya mampu membayangkannya

sahaja, kerana tahap sebegitu hanya layak dikurniakan kepada mereka bertaraf

Nabi sahaja. Apapun, anda boleh menghayati moral kisahnya dalam Surah Sood, ayat 17 hingga 19.

Kepada mereka yang mempercayai kewujudan dinasour atau hidupan yang

bersaiz besar, mungkin fakta ini boleh menjadi saksi kebenaran kewujudannya.

Kisah Nabi Yunus yang telah berputus asa dari menyeru kaumnya, di mana

akhirnya Baginda telah ditelan oleh seekor ikan yang sangat besar.

Memang ikan yang digambarkan Al-Quran ini lebih besar dari ikan Paus,

kerana setelah ditelan oleh ikan itu, Nabi Yunus masih hidup didalamnya, bahkan

baginda sempat bertafakkur, menyesal dan berdoa memohon keampunan Tuhan.

Hayati kisah ini dalam Surah Soffat, 141 dan 142, serta Surah Anbiya’ ayat 87.

Cerita kezaliman pemerintah kuffar ke atas Nabi Ibrahim. Pada waktu itu, para

pembesar telah mengeluarkan titah : ‘Ibrahim patut dibunuh kerana ‘dosa’nya

memperolokkan tuhan kita!’ Hukumannya ialah : Bakar hingga mati! Rakyat yang

begitu dirasuk ketaksuban melulu terus berbondong-bondong mengumpul kayu api.

Kemudiannya,

Nabi Ibrahim diletakkan di tengah-tengah ‘timbunan’ kayu api yang

menggunung itu dan proses pembakaran pun bermula. Tiada siapa yang mampu

mendekati ‘neraka buatan’ itu kerana hawanya saja mungkin membuatkan mereka

pengsan, apatah lagi berada di dalamnya. Tetapi bagi Nabi Ibrahim, ia seperti

berada di tengah salji. Baginda telah menjadikan kepanasan api sesejuk ais. Cerita

ajaib ini terakam dalam Surah Anbiya’, ayat 69 dan Surah Soffat, ayat 97.

PINTU TAUBAT DARI PERUT IKAN RAKSASA.

MENGGIGIL KESEJUKAN KERANA DIBAKAR?

Page 107: qiraat

Dalam satu pertandingan sihir ala ’Harry Potter’, Nabi Musa telah membuatkan

sihir juak-juak Firaun serba tak kena. Tongkat baginda telah bertukar menjadi ular sehebat naga, membaham semua ular ‘plastik jadian’ rekaan tukang sihir

Firaun. Akhirnya apa yang telah terjadi? Ahli sihir telah berpaling tadah. Keimanan

kepada Firaun telah bertukar kepada menyembah yang Maha Satu. Kali ini, mereka

tidak akan tertipu atau bersekongkol untuk menipu lagi. Hayati sambungannya pada

Surah Al-A’raf, ayat 107 & 108, Surah Toha, ayat 20 dan 69.

Sebelum Nabi Musa menunjukkan kehebatan tongkat menjadi ular raksasa

kepada Firaun, baginda ada dikurniakan satu mukjizat lain. Antara ‘muqoddimah’

mukjizat yang dibekalkan Allah kepadanya ialah tangan yang bersinar. Tapak

tangannya telah mengeluarkan cahaya putih yang begitu terang bersinar setelah ia

dikeluarkan dari poket bajunya. Anda boleh amatinya sendiri dalam Surah Al-A’raf, ayat 107 dan 108, serta Surah An-Naml, ayat 32 dan 33.

Rasanya anda pernah terbaca adengan kejar-mengejar yang cukup

mendebarkan antara bala tentera Firaun dan pengikut Nabi Musa. Ketika itu, Nabi

Musa dan pengikutnya begitu terdesak setelah diasak hingga ke Laut Merah,

sedangkan dibelakang mereka menanti bala tentera Firaun yang siap mencincang

mereka.

Pada saat genting ini, Nabi Musa sekali lagi menunjukkan kuasa mukjizat

‘sakti’nya. Baginda telah membelah laut, menjadikannya umpama kek lapis yang

dipotong dua hanya dengan menggunakan tongkatnya. Rujuk cerita seterusnya

pada Surah Al-Baqarah ayat 50 dan Surah As-Syuara’ ayat 63.

‘MAGIC’ YANG LEBIH HEBAT DARI ‘HARRY POTTER’.

TANGAN BERCAHAYA... BENARKAH?

‘CATCH ME IF YOU CAN’ VERSI FIRAUN.

Page 108: qiraat

Adakah wujud manusia yang mampu ’meramal’ masa hadapan secara tepat?

Ya ada. Anda patut membaca kisah Nabi Musa dan seorang pemuda bijaksana

bernama Khidir. Demikianlah yang dinyatakan oleh ulama tafsir. Membaca kisahnya

akan membuatkan kita terkejut dengan kebenaran, kerana Nabi Khidir mampu menceritakan begitu tepat kejadian masa hadapan tanpa bantuan sebarang

tukang tilik atau ‘time machine’. Tetapi ia tidak menghairankan, kerana semua

maklumat tepat itu diberikan oleh ‘penentu masa hadapan’ iaitu Allah S.W.T.

Ketika itu, kepintaran ‘brilliant’ Nabi Musa telah menjadi begitu kecil. Baginda

telah diajar secara tidak langsung oleh Nabi Khidir melalui bentuk pengajaran yang

begitu pelik, membocorkan kapal yang ditumpangi secara percuma, membunuh

anak yang masih kecil dan mengukuhkan binaan suatu tempat yang penduduknya

tidak menghiraukan mereka. Pelik bagi kita yang tidak mengetahui masa hadapan

bukan? Untuk mendapatkan jawapan mengapa Nabi Khidir melakukan sedemikian,

sila rujuk Surah Kahfi, ayat 65 hingga 82.

Nabi Musa memang memiliki kelas tersendiri dalam memperlihatkan koleksi

‘mukjizat’nya. Kali ini ia ditunjukkan setelah ‘bosan’ melayani karenah kaum Israel

yang begitu berdolak-dalik terhadap arahannya. Bani Israel masih mengajukan

pertanyaan yang tidak masuk akal kepada Baginda walaupun telah diberikan bukti

kukuh setiap masa.

Dan pada akhirnya, Nabi Musa menjadi pengantara ‘kuasa Tuhan’,

menghidupkan orang mati setelah memukulnya dengan ‘lidah’ lembu. Begitulah yang diriwayatkan oleh beberapa pengkaji tafsir. Anda boleh meneliti

karenah dan kedegilan orang Israel (yang sekarang digelar yahudi) ini dalam

Surah Al-Baqarah, ayat 67-73.

PEMUDA ‘TUKANG RAMAL’ MASA DEPAN.

MATI HIDUP SEMULA : KALI INI BENAR-BENAR BERLAKU!

Page 109: qiraat

Mukjizat Nabi Musa lagi. Memang bertuah bagi mereka yang menjadi pengikut

baginda, kerana kali ini mereka mendapat hidangan istimewa bertaraf ’10 bintang’.

Datangnya bukan dari menteri, tidak juga dari raja, jauh sekali dari Firaun, tetapi

dari ‘Raja segala Raja’ iaitu hidangan yang dibawakan khas dari ‘langit’. Apa

menunya? - Dua hidangan istimewa iaitu ‘Manna dan Salwa’. Sila rujuk

Surah Al-Baqarah ayat 57

Jika anda seorang jurutera binaan, anda patut pergi sendiri ke Sinai, Mesir untuk

menyaksikan antara kesan ajaib peninggalan Nabi Musa. Di sana anda akan dapati

kesan batu yang dipukul Nabi Musa dengan tongkatnya sehingga terpecah dan

terpancar darinya 12 mata air. Saya pernah menyaksikannya sendiri di sana. Dan

anda boleh menghayati kisahnya dahulu di Surah Al-Baqarah ayat 60.

Apa perasaan anda jika dalam perkahwinan, anda masih belum dikurniakan

zuriat sedangkan usia telah meningkat sementara isteri pula disahkan mandul?

Tentu ketika itu, harapan untuk memiliki zuriat sudah tiada lagi. Bagi mereka yang

bermasalah sebegitu, kita boleh belajar doa dan petuanya dari Nabi Zakaria.

Setelah bermunajat dengan doa istimewa yang tidak putus-putus, akhirnya

Nabi Zakaria yang berada dalam keadaan serba mustahil untuk mendapat anak

dikurniakan putera bernama Yahya. Anda boleh mengamalkan doa mujarabnya

dalam Surah A’li-Imran, ayat 40 dan Surah Maryam, ayat 4 dan 5.

Kisah berinspirasi dari Maryam wanita yang amat suci. Kelebihan pertamanya

ialah melahirkan anak tanpa suami. Kelebihan berikutnya ditunjukkan oleh anaknya

INGIN TAHU ’MENU’ HIDANGAN DARI SYURGA?

12 MATA AIR KESAN MUKJIZAT NABI.

INGIN TAHU DOA BERKESAN PEROLEHI ANAK DARI NABI?

BAYI YANG PINTAR BERKATA-KATA.

Page 110: qiraat

iaitu Isa bin Maryam. Dalam usia tidak sampai seminggu, Baginda dikurniakan

kelebihan bertutur dengan begitu lancar laksana peguam, mempertahankan

kesucian ibunya yang teruk ditohmah. Dialog dan hujah ‘bayi peguam’ tersebut

masih boleh anda hayati dalam ayat 46 surah Ali-Imran dan surah Maryam sendiri.

Maryam, ibu kepada Nabi Isa memang layak menyandang gelaran gadis suci

yang dilahirkan untuk beribadah. Ini kerana ketika mudanya, beliau telah menerima

anugerah yang begitu hebat. Beliau diberi makan dari langit hinggakan Nabi

Zakaria yang diamanahkan untuk menjaganya ketika itu begitu terperanjat dengan

kelebihan yang diberikan. – Surah Ali-imran, 37

Kelebihan Nabi Isa bertutur ketika kecil hanyalah permulaan dari kehebatan

yang lebih besar. Ketika diangkat menjadi Rasul, Baginda telah menunjukkan

koleksi kehebatan mukjizatnya, dari keupayaan menghidupkan burung hinggalah

kepada menghidupkan manusia yang telah mati. Menyembuhkan penyakit yang mustahil diubati seperti sopak dan buta hanya melalui sentuhan, dan yang

terhebat ialah kelebihan untuk mengetahui setiap yang dirahsiakan. Semuanya

terakam dalam Surah A’li-Imran, ayat 49 dan Surah Al-Ma’idah, ayat 110.

Jika tentera Negara Cina dikatakan berjumlah lebih sejuta orang, angka itu

sangat kecil jika dibandingkan dengan tentera Nabi Sulaiman yang tak terkira

jumlahnya. Ini kerana, ia terdiri bukan sahaja dari manusia, bahkan angin, jin dan

juga syaitan! Kesemua tentera ‘ghaib’ ini diberikan tugas yang khusus.

Ada yang diperintahkan sebagai buruh binaan untuk membina bangunan serta

mahligai yang besar dan indah. Ada juga yang menjadi penyelam professional,

MAKANAN DARI LANGIT, SEKALI LAGI.

NABI ISA : BERTUTUR KETIKA BAYI? BANYAK LAGI!

TENTERA LUARBIASA YANG MEMANG ‘LUARBIASA’.

Page 111: qiraat

menyelam jauh ke dasar lautan untuk mencari segala mutiara perhiasan di dasar

perutnya, manakala yang lain, sekadar pengawal membawa Nabi Sulaiman ke

mana sahaja destinasi yang diinginkan dengan kecepatan yang begitu luarbiasa.

Anda boleh saja mengetahui secara lebih tepat tentera ‘luarbiasa’ ini dalam Surah Al-Anbiya’, ayat 81 dan 82, serta Surah Saba’, ayat 12 hingga 14.

‘Manusia yang mempunyai ilmu dari kitab’ – begitulah jolokan yang diberikan

kepada seorang yang mempunyai kuasa luarbiasa pada zaman Nabi Sulaiman.

Antara kehebatannya yang dirakamkan Al-Quran ialah keupayaannya

memindahkan istana Balqis di hadapan Nabi Sulaiman dalam waktu yang begitu

amat singkat. Tempoh masa pemindahan yang diambil ialah : lebih laju dari 0.5 saat ! (sebelum mata berkelip). Jika anda bercita-cita ingin memiliki ilmu sehebat

ini, hayati kronologi peristiwanya dahulu dalam Surah An-Naml, ayat 40.

Jika kita terkagum-kagum dengan kehebatan seseorang yang menguasai lebih

dari 10 bahasa berbeza, anda patut melihat fakta ini : Nabi Sulaiman mampu bersembang dengan apa jua binatang. Antara yang sempat dicatatkan Al Quran

ialah dialognya dengan burung Hud-Hud dan semut. Anda patut membacanya

sendiri bagaimana telatah dan karenah semut telah membuatkan Nabi Sulaiman

tertawa kesyukuran, sementara Burung Hud-Hud pula nyaris mengakibatkan

kemarahan Nabi Sulaiman meletus. Ingin tahu apa sebabnya? Lihat kisahnya

secara terperinci pada Surah An-Naml ayat 16, 19 dan 21.

Ketampanan adalah ‘tukang sihir yang tidak bermantera’. Itulah kata-kata yang

saya fikirkan apabila membaca kisah ketampanan Nabi Yusuf. Saya boleh

menggunakan perkataan seperti ‘hansome’, ‘lawa’, berseri dan tiada cacat cela

untuk menggambarkan ketampanannya, tetapi ia lebih dari itu. Mungkin

MANUSIA BIASA BERKUASA ‘LUARBIASA’.

NABI YANG MEMAHAMI PERTUTURAN BINATANG.

NABI YANG LEBIH ‘HANSOME’ DARI SUPERMAN.

Page 112: qiraat

ketampanan ‘Superman’ hanya 5 peratus sahaja jika dibandingkan dengan apa

yang dimiliki oleh Nabi Yusuf.

Mana tidaknya? Bayangkan apabila Nabi Yusuf melintas di hadapan rakan-

rakan Zulaikha isteri penguasa Mesir, ia telah membuatkan jantung mereka seakan

terhenti. Mereka telah terpukau dengan bayangan lintasannya. Pisau yang mereka

pegang bukannya menghiris buah, tetapi ia telah melukakan jari mereka sendiri.

Ketampanan Nabi Yusuf telah mem’biuskan’ kesakitan mereka. Mereka bukannya

memandang seorang manusia, tetapi seakan bertemu ’Malaikat yang mulia’. Itulah

luahan kata-kata ketakjuban yang diluahkan. Saksikan kisahnya dalam Surah Yusuf, ayat 31.

Banyak perkara yang boleh diambil pengajaran apabila meneliti Surah Yusuf.

Antaranya ialah kelebihan Nabi Yusuf dalam memberikan interpertasi dan ‘ta’wil’

kepada mimpi. Bagi mereka yang selalu berkiblatkan buku ‘Interpertation of

Dream’ karangan ‘bapa Psikologi’ Sigmund Freud, anda boleh meninggalkannya

kerana Surah Yusuf telah mengemukakan beberapa kaedah yang sangat tepat

untuk mengetahui rahsia mimpi.

Kesemua tafsiran mimpi, bermula dari mimpi rakannya di penjara hingga

mimpi pelik raja Mesir telah diterangkan maknanya dengan begitu tepat. Nabi

Yusuf bukannya menafsir setiap mimpi itu sesuka hatinya, tetapi ia diberikan

petunjuk dari Tuhan. Demikianlah antara salah satu mukjizat yang baginda miliki.

Kelebihan yang dianugerahkan Allah ini terakam dalam Surah Yusuf ayat 21.

Jika seorang buta hidup pada zaman Nabi Yusuf, sudah tentu pakaian

Baginda akan menjadi rebutan. Bajunya memiliki kuasa penyembuhan luarbiasa. Ia

mampu menyembuhkan penyakit buta yang dideritai ayahnya Nabi Yaakub hanya dengan satu sapuan lembut sahaja. Memang Nabi Yusuf ditakdirkan menjadi

‘INTERPERTATION OF DREAM’ VERSI NABI YUSUF.

BAJU ‘AJAIB’ PENYEMBUH BUTA.

Page 113: qiraat

seorang yang cukup mulia dan berkuasa. Dan kemuliaan ini bertambah setelah

Allah S.W.T melalui perencanaanNya yang begitu terperinci dan mengkagumkan,

menjadikan Nabi Yusuf selaku seorang Nabi yang menjawat jawatan ‘Menteri

Kewangan’ Mesir. Segala kehebatan ini boleh dibaca dalam Surah Yusuf, ayat 93 dan 101.

Percayakah anda jika gajah boleh ditewaskan oleh burung kecil? Kali ini, ia

bukan lagi kisah dongeng. Tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah ingin

memusnahkan kota Mekah kerana kedengkian terhadap kemasyhuran Baitullah.

Ketika itu, tiada siapa yang mampu menandinginya. Kelengkapan militer Abrahah begitu kuat dan canggih, dilengkapi dengan gajah yang dilihat umpama kereta

kebal pada masa ini. Penduduk Mekah pula tidak mempunyai sebarang kekuatan,

hanya berlindungkan doa tawakkal serta keyakinan yang Allah sendiri akan

melindungi rumahnya, demikianlah ujar Abdul Mutallib, ketua pemimpin Mekah.

Pertembungan ini bolehlah diumpamakan seperti Amerika dengan segala

kecanggihannya menyerang negara termundur dunia iaitu Afghanistan. Sudah tentu

Amerika menakluk Afghanistan dengan mudah. Tetapi dalam kes ini, hal sebaliknya

berlaku. Kemenangan telah berpihak kepada penduduk Mekah apabila Tuhan

menunjukkan kekuasaannya. Cukup dengan menghantar Ababil, burung kecil yang membawa ‘nuklear kecil’ – batu khas dari neraka, menjadikan Abrahah

dan bala tenteranya umpama ‘daun yang hancur dimakan’. Dan kisah ini juga

sebenarnya merupakan petanda awal mukjizat kepada kelahiran susuk manusia

agung : Nabi Muhammad S.A.W. Hayati sendiri kronologi kisahnya dalam Surah Al-Fiil, juz 30.

Pernah melihat manusia berperangai kera? Anda boleh saja menjumpainya di

mana-mana. Tetapi ada yang lebih hebat dari itu, iaitu kisah manusia yang benar –

benar menjadi kera! Golongan ‘sabtu’ yang cuba memperolokkan Tuhan, akhirnya

GAJAH DITEWASKAN MAKHLUK KECIL? TIDAK MUSTAHIL!!

MANUSIA KERA MEMANG WUJUD!

Page 114: qiraat

diperolokkan kembali oleh Tuhan dengan ditukar menjadi kera. Mungkin dari

mereka berasal kata ‘kera jadian’. – Surah Al-Baqarah, 65 dan Surah Al-A’raaf, ayat 166.

Percayakah anda bahawa kejadian mati dan hidup semula pernah berlaku?

Anda mungkin boleh menemukan formulanya dari ‘Ashabul Kahfi’ atau pemuda gua yang pernah ‘tidur’ selama 309 tahun, kemudiannya hidup semula.

Yang lebih ajaib apabila terjaga, mereka sendiri tidak pernah merasai

panjangnya waktu tidur itu. Mereka hanya merasa seolah – olahnya baru terjaga

dari tidur selama setengah hari. Itupun sudah cukup lama! Begitulah kehebatan

Allah S.W.T apabila kuasaNya dipertunjukkan, menjadikan perkara mustahil dengan

begitu mudah hinggakan makhlukNya sendiri tidak menyedari kejadian tersebut.

Saksikan sambungan dialog pemuda dari gua ini dalam Surah Al-Kahfi ayat 25.

Sekali lagi, fenomena manusia ‘mati sementara’ berlaku. Kali ini tempoh ‘tidur’nya selama 100 tahun. Seperti biasa, setiap kali manusia ini dibangunkan Tuhan,

mereka menjangkakan tempoh tidurnya paling lama hanya setengah hari, tidak

lebih dari itu.

Tetapi pada kali ini, Allah telah menyediakan dua bukti nyata untuk

menunjukkan kebenaran kekuasaanNya. Pertamanya ialah bekalan makanan yang

dibawanya tidak terkesan atau berubah walau sedikitpun. Keduanya, ironis seratus

kali ganda, keldai yang ditunggang hanya tinggal tulang belulang, cukup untuk

menjadi dalil nyata berlalunya tempoh yang cukup lama bagi ‘tidur’nya. Kisah

selanjutnya boleh anda dapati dalam Surah Al-Baqarah ayat 259.

TEMPOH TIDUR TERPANJANG : 309 TAHUN.

MATI HIDUP SEMULA : KISAH 100 TAHUN.

Page 115: qiraat

B ercerita tentang kaedah lebih mudah untuk memahami Al-Quran, saya

suka memulakannya dengan ungkapan yang dinyatakan oleh Abdullah

Darraz iaitu :

Ayat Al-Quran bagaikan intan : setiap sudutnya

memancarkan cahaya yang berbeza dengan yang

dipancarkan dari sudut-sudut yang lainnya. Tidak

mustahil, bila anda mempersilakan orang lain memandangnya, ia akan melihat lebih banyak dari apa

yang anda lihat.

Kelebihan kandungan sehebat inilah yang menyebabkan umat islam sentiasa

menelitinya berkali-kali, cuba mencari hidayah terbaru yang tersirat didalamnya.

Bimbingan dan konsultasi Al-Quran amat penting kerana cabaran yang kita

hadapi sekarang sangat rumit : isu dalam kehidupan moden, masalah berbentuk

kerohanian, interaksi sosial dan lain-lain.

Maka pada bahagian ini, saya akan

mengenengahkan beberapa cara dan teknik berkesan untuk mendampingi Al-Quran dengan lebih berkesan, supaya ia mampu

memberikan jalan keluar kepada masalah

peribadi, professional, politik, intelektual dan

spiritual anda. Lautan kebijaksanaan Al-Quran

perlu diselami agar anda menemukan mutiara

‘hikmah’ yang terpendam di dasarnya.

Anda perlu membiasakan diri berdamping dengan Al-Quran melalui

pembacaan harian. Kelaziman ini amat bermanfaat kerana melalui bacaan, kita

Bimbingan dan konsultasi

Al-Quran amat penting kerana cabaran yang kita

hadapi sekarang sangat rumit : isu dalam

kehidupan moden,

masalah berbentuk kerohanian, interaksi

sosial dan lain-lain.

MEMBACA AL-QURAN.

Page 116: qiraat

akan menyedari bahawa Tuhan sedang ‘berbicara’ dengan kita melalui wahyunya.

Ia boleh dilakukan melalui pembacaan beberapa juzu’ atau surah-surah tertentu,

beberapa rubu’ atau yang termudah, beberapa helai muka surat secara konsisten

setiap hari.

Sekurang-kurangnya anda perlu membaca 10 ayat sehari agar terhindar dari

termasuk dalam golongan mereka yang lalai, demikianlah nasihat Baginda Nabi.

Sebaiknya juga, anda disarankan untuk membuat jadual khatam Al-Quran secara

konsisten, seperti 3 bulan sekali atau mungkin, setahun sekali.

Bacaan anda juga akan semakin bermutu dengan penguasaan ilmu Tajwid. Jika tidak, anda boleh mengemaskini penguasaan ilmu ini melalui guru yang

berkaliber, di kelas atau kuliah yang dianjurkan oleh masjid berdekatan, atau

mengundang sendiri guru Al-Quran peribadi untuk memperbetulkan bacaan anda.

Menyentuh tentang ilmu tajwid, jika ingin ke tahap ’pro’ dengan cepat, anda

perlu mempelajarinya secara Talaqqi, iaitu memperdengarkan bacaan di hadapan

guru. Ini kerana, ilmu tajwid tidak mungkin dikuasai melalui kaset atau membaca

buku tajwid semata-mata kerana ia berbentuk praktikal dan perlu dipelajari dari

mereka yang berkemahiran.

Mesej Al-Quran boleh dihayati dengan cara yang mudah sekali, iaitu melalui

keindahan alunan bacaannya. Malah berdasarkan pengalaman saya, mendengar

bacaan Al-Quran termasuk sebagai satu teknik terapi emosi dan meditasi berkesan

untuk menjinakkan hati. Selalunya ketika memandu, saya sering mendengarnya

menerusi kaset dan cd Al-Quran, atau melalui saluran Radio IKIM (Institut

Kefahaman Islam Malaysia). Kebiasaan sebegini amat baik untuk menurutkan tahap

‘stress’, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan kesesakan yang teruk.

Terdapat banyak bacaan yang sangat bermutu dipasaran ketika ini. Anda

boleh memilih bacaan dari Imam Masjidil Haram seperti Imam Sudaisi, Imam Masjid

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN.

Page 117: qiraat

Nabawi seperti Syeikh Huzaifi dan lain-lain. Jika anda ingin mengetahui bacaan

yang saya minati, sudah tentu jawapannya ialah bacaan Syeikh Saad Said Al-Ghamidi. Alunan suaranya begitu merdu, menusuk kalbu dan menggentarkan jiwa,

disamping kualiti bacaannya sangat bermutu tinggi. Anda boleh mendapatkannya

dalam bentuk kaset dan cd di mana-mana kedai kaset dan kedai buku berhampiran.

Anda boleh memulakan pembacaan tafsir melalui kitab Tafsir bimbingan Ar-Rahman, yang diterbitkan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Agama Islam

Malaysia). Bagi saya, ini adalah terjemahan Al-Quran berbahasa Malaysia yang

paling tepat. Kepada mereka yang menyukai terjemahan dalam Bahasa Inggeris,

saya menyarankan anda membaca terjemahan ini : The Holy Qur’an, English translation of the Meanings and Commentary, by Abdullah Yusuf Ali.

Jika anda inginkan penjelasan tafsir yang lebih mendalam, saya cadangkan

anda beralih kepada kitab tafsir lain seperti Tafsir Ibnu Katsir yang boleh didapati

terjemahannya di kedai buku terkenal. Terdapat juga kitab tafsir yang dikarang oleh

ulama melayu nusantara iaitu Tafsir Al-Azhar, karangan Allahyarham Prof. Dr.

HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah). Ia amat mudah difahami kerana gaya

penyampaiannya yang jelas, mudah dan tersusun.

Kitab Tafsir Al-Munir, karangan Dr. Wahbah Al-Zuhaily pula merupakan tafsir

karangan ulama kontemporari yang sangat terkenal. Kandungan tafsir beliau amat

komprehensif serta disampaikan dengan cara yang sesuai dengan kehendak

masyarakat moden. Sayangnya, proses terjemahan tafsir ini ke Bahasa Melayu

masih perlahan, dan menurut pengamatan saya di sesetengah kedai buku terkenal,

setakat ini terjemahan juzuk 27, 28, 29 dan 30 sahaja yang sudah berlegar di

pasaran.

Terdapat beribu buku yang membincangkan kandungan Al-Quran ketika ini.

MEMBACA TAFSIR AL-QURAN.

MEMBACA BUKU BERKAITAN AL-QURAN.

Page 118: qiraat

Antara buku yang paling terbaik untuk memahami kandungannya ialah :

Al-Itqan Fi Ulumil Quran, Karangan Imam Suyuti. Kitab yang paling lengkap

dalam membicarakan ilmu-ilmu Al-Quran. Saya rasa kitab ini sudah

diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

At-Tibyan fi Adab Hamalatul Quran, karangan Imam Nawawi. Sebuah kitab

yang membicarakan secara panjang lebar adab dan peraturan membaca Al-

Quran. Ia banyak diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk yang pelba-

gai seperti ‘Adab berkaitan dengan Al-Quran’.

Kaifa Nata’amul Ma’al Quranil Azim, bermaksud “Bagaimana berinteraksi

dengan Al-Quran”. Buku terhebat karangan ulama tersohor masa kini :

Dr. Yusuf Al-Qardawi. Ia sudah diterjemahkan ke bahasa Malaysia dan

anda boleh mendapatinya di kebanyakan kedai buku.

Buku yang disebutkan di atas hanyalah sebahagian dari ribuan koleksi yang

tersedia di pasaran. Terdapat banyak buku yang membincangkan Al-Quran

berdasarkan topik tertentu seperti hukum-hakam, tasauf, akidah, kemasyarakatan,

demokrasi dan sebagainya. Anda boleh memilihnya sendiri menurut minat dan

kesesuaian anda.

Diskusi dan perbincangan boleh diadakan dalam bentuk kumpulan kecil di

masjid atau surau. Jika anda ingin menjadikannya lebih menarik, ia boleh

dijalankan dari rumah ke rumah sekitar kediaman anda. Dan untuk menjadikannya

lebih ‘dipandu’, anda boleh menjemput mereka yang berkelayakan agama untuk

menyertainya.

Sebaiknya diskusi tersebut dijalankan dengan minda terbuka dengan cuba

memahami Al-Quran secara perlahan-lahan serta cuba mencari penyelesaian

setiap masalah darinya. Saya yakin mereka yang hadir dalam diskusi sebegini akan

MENGADAKAN DISKUSI DAN PERBINCANGAN.

Page 119: qiraat

mendapatkan sesuatu yang cukup berharga sebagai pedoman kehidupan. Dan

untuk memudahkan perbincangan, anda boleh memilih sebuah buku sebagai

tumpuan perbincangan utama, atau beberapa topik asas berdasarkan surah atau

ayat untuk dibahaskan dalam setiap pertemuan.

Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran. Ia juga adalah bahasa yang digunakan

oleh Nabi Muhammad serta bahasa yang bakal digunakan di syurga kelak. Setiap

muslim tidak mungkin dapat dipisahkan dari bahasa ini kerana ia merupakan

bahasa peribadatan Islam seperti dalam solat dan kebanyakan doa. Malah,

kebanyakan khazanah ilmu islam juga didokumentasikan dalam bahasa Arab.

Berdasarkan kepentingannya, anda perlu menguasainya untuk lebih mudah

memahami Al Quran dan Sunnah nabi – dua sumber utama panduan bagi umat

Islam.

Tambahan pula, dengan menguasai bahasa Arab, anda akan dapat merasai

nikmat membaca Al-Quran kerana pada waktu itu, pemahamannya secara ‘direct’, seolah-olah membaca Al-Quran dalam bahasa ibunda. Sudah tentu ia akan

memberi kesan yang lebih besar dan luarbiasa kepada hati nurani anda.

Ia boleh dipelajari dari kuliah bahasa arab yang diadakan secara percuma di

beberapa surau dan masjid. Dan jika anda lebih berkemampuan, beberapa

universiti dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta ada menyediakan

kursus bahasa arab khusus untuk golongan umum.

Alhamdulillah, Malaysia adalah negara yang sangat subur dari segi

perkembangan ilmu-ilmu Islam. Bagi saya, anda boleh mempelajari kesyumulan Islam dan Al-Quran hampir dimana – mana. Jika anda ingin mempelajarinya

secara akademik, beberapa universiti menawarkan program asas Islam dengan

mengkhususkan beberapa topik tertentu seperti syariah dan sebagainya.

MEMPELAJARI BAHASA ARAB.

MENGHADIRI KULIAH, WACANA DAN SEMINAR.

Page 120: qiraat

Kuliah agama juga banyak diadakan. Anda hanya perlu memilih penceramah

yang sesuai dengan citarasa anda. Ia banyak dianjurkan di masjid, surau, rumah

persendirian, kelab, pertubuhan NGO serta persatuan tertentu.

Golongan ulamak yang berkaliber dan berautoriti juga semakin bertambah.

Tidak kira apa jua gelarannya – Ustaz, Syeikh, Profesor, Tuan Guru, Kiai, ulama dan sebagainya, semua bergerak atas landasan sama iaitu mem’bumi’kan Al-Quran

dalam masyarakat.

Bagi sesetengah orang, menghafaz adalah satu tugasan yang begitu sukar.

Saya tidak menafikannya, kerana saya sendiri pernah mengalami waktu

‘berhempas-pulas’ menghafaz Al-Quran. Itupun mengambil masa 6 tahun! Tetapi,

anda boleh menggerakkan proses tersebut perlahan-lahan dengan menghafaz surah pendek dari juzu’ 30. Untuk lebih mudah, mulakan dahulu dengan surah

Ad-Duha ke bawah, kemudian baki juz 30, seterusnya beralih ke surah-surah

popular seperti Surah Yasin, Sajadah, Insan, Mulk dan lain-lain.

Sebagai langkah penjagaan hafazan, anda boleh mengulangi setiap hafazan baru ketika solat samada solat wajib atau solat sunat. Ada juga cara yang lebih

efektif, iaitu mengulangi hafazan tersebut di tengah malam dalam solat tahajjud. Teknik ini memang amat berkesan kerana Allah sangat suka membantu hamba

yang ‘berjumpa’ denganNya secara eksklusif dalam waktu yang cukup tenang, jauh

dari kesibukan dunia. Kedudukan hamba sebegini dinilai tinggi menurut pandangan

Ilahi seperti yang dinyatakan :

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat

yang terpuji. Surah Al-Isra’, 79

MENGHAFAZ AL-QURAN.

Page 121: qiraat

Cara terakhir ini merupakan perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan.

Ia memerlukan latihan, pengorbanan, kefahaman dan penghayatan yang betul.

Dengan kesibukan dunia serta kilauan tarikannya, ditambah dengan peranan

syaitan dan tenteranya yang sering membayangkan dalam diri kita bahawa ibadah

itu sangat berat dan sukar, kerap-kali juga kita bakal tumbang di tengah jalan.

Tetapi kita tidak berhak berputus asa. Kita masih belum sampai ke jalan

mati. Peluang masih terbuka luas untuk kita terus berusaha mengalahkannya. Allah

tidak pernah membebankan kita dengan tugas yang tidak mampu dilaksanakan.

Kita hanya memerlukan keazaman yang kuat, terus berusaha dan bertawakkal lang-

sung kepada Allah.

Teringat saya sepatah pesan Rasul, doa itu senjata mukmin. Berdoalah

dengan sepenuh hati dan pengharapan, kerana Tuhan akan lebih mudah

membantu hambanya yang memohon terus kepadaNya. Elok juga kita renungi

dan amalkan doa yang tercatat dalam Al-Quran ini iaitu :

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana

Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah

Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Surah Al-Baqarah, 286.

MENGAMALKAN KANDUNGAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN.

Page 122: qiraat

A pabila membicarakan kaedah mem’bumi’kan Al-Quran dalam

masyarakat moden, perkara pertama yang saya kongsikan ialah petikan

dari syair matan Imam Syatibi yang amat bermakna iaitu :

”Sesungguhnya tali Allah kepada kita ialah Al-Quran, maka berjihadlah untuk

memahaminya dengan jihad yang besar dan bersungguh-sungguh”.

Maksud matan di atas sebenarnya hendak

memberitahu kita akan kepentingan Al-Quran

dalam kehidupan. Ia diumpama seperti ’peta

jalan’ kepada simpang-siur kehidupan,

melaluinya kita diberitahu dari mana kita datang

dan ke manakah arah tepat yang patut dituju.

Dalam ertikata lain, ia adalah ’kitab pintar’ yang

tepat dan relevan untuk semua waktu dan

keadaan..

Berdasarkan kebijaksanaan itulah, kita perlu

sentiasa berdamping dengan Al-Quran kerana ia bakal membuahkan seribu satu

kebaikan dalam kehidupan. Rasulullah pernah bersabda dalam konteks ini:

Sesungguhnya di dalam jasad ini ada seketul daging,

apabila ia elok maka eloklah keseluruhan jasad, dan apabila ia rosak maka rosaklah keseluruan jasad, tahukah

bahawa itulah hati. Baginda menambah lagi : Bacalah Quran , kerana sesungguhnya Allah tidak mengazab hati

yang menyimpan Al-Quran.

Dalam bab ini saya akan mendatangkan beberapa teknik, rahsia dan adab-adab untuk berdamping ’mesra’ dengan Al-Quran. Kebanyakannya dipetik dari

amalan Rasulullah, para sahabat, Tabi’in, ulama solafussoleh dan imam-imam yang

handal, seperti Imam Nawawi dan lain-lain di mana kesemua mereka menjadikan

Ia diumpama

seperti ’peta jalan’ kepada simpang-siur

kehidupan, melaluinya kita diberitahu dari mana

kita datang dan ke

manakah arah tepat yang patut dituju.

Page 123: qiraat

ayat berikut sebagai penggerak motivasi :

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab

Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu sebenarnya mengharapkan perniagaan yang tidak akan

rugi. Agar Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaanNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri .

Surah Fatir, ayat 29-30.

Ini adalah antara salah satu persoalan yang kerap ditimbulkan. Untuk

mengetahuinya, ada baiknya kita meneliti dulu ’clue’ yang diberikan oleh Hassan bin Ali, salah seorang cucu Rasulullah. Beliau menyatakan :

Sesungguhnya orang sebelum kamu menganggap Quran sebagai risalah dari Tuhan mereka, oleh itu mereka menelitinya di malam hari dan

mengamalkannya di siang hari.

Mengikut kebiasaan sesetengah golongan salaf, mereka mengkhatamkan

Al-Quran setiap 2 bulan sekali atau sebulan sekali, malahan sesetengahnya yang

khatam setiap 10 hari atau 8 hari. Tetapi kebanyakannya mengkhatamkan bacaan

Al-Quran sekali seminggu seperti yang dilakukan oleh beberapa sahabat besar

seperti Abdullah b. Mas’ud, Zaid bin Tsabit dan Ubay bin Kaab.

Ada juga sahabat lain menunjukkan contoh lebih hebat. Saidina Uthman

misalnya sering mengkhatamkan Al-Quran sekali sehari. Jika itu kita rasakan sukar

untuk diikuti, perhatikan satu lagi ’hobi’ beliau yang lebih ekstrem :

mengkhatamkan Al-Quran dalam satu rakaat solat.

BERAPA KALIKAH IA PERLU DIBACA?

Page 124: qiraat

Masa terbaik untuk membacanya ialah ketika solat. Jika anda di luar

sembahyang, bacaan terbaik ialah pada waktu malam. Kemudian pada sepertiga akhir malam, waktu antara Maghrib dan Isyak dan juga selepas subuh. Tetapi

anda tidak pula dilarang membacanya selain dari waktu tersebut.

Seeloknya bacaan itu dimulakan pada malam Jumaat, dan dikhatamkan pada

malam Khamis berdasarkan kebiasaan Saidina Uthman yang sentiasa melazimi

pembacaan sedemikian.

Mengapa waktu malam dipilih? Ini alasannya :

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu,

mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.

Surah Al-Isra’, ayat 79.

Imam Nawawi amat menggalakkan bacaan pada waktu malam kerana ia lebih

mengkhusyukkan hati dan menjauhkan fikiran dari perkara yang melalaikan. Tetapi

sebenarnya, ulama besar ini mengejar sesuatu yang lebih hebat dari itu. Mereka

telah dimotivasikan dengan hadis yang menyatakan bahawa pada waktu malam,

ada satu saat di mana Allah akan menerima doa para hambanya.

Disebabkan itulah, tidak kira walau sesibuk manapun, para ulama-amilin tetap

mewajibkan bacaan Al-Quran dalam aktiviti qiamullail mereka tidak kira samada 10

ayat atau 1000 ayat, kerana menyedari betapa besarnya pahala dan ’kedudukan

yang terpuji’ tersebut.

Menurut ulama’, hari yang paling ’afdhal’ ialah pada hari Arafah (sehari

sebelum hari Raya haji), kemudian hari Jumaat, Hari Isnin, Khamis, dan awal bulan

BILAKAH WAKTU TERBAIK MEMBACANYA?

BILAKAH PULA HARI TERBAIK MEMBACANYA?

Page 125: qiraat

Zulhijjah. Dan untuk menambah pengetahuan anda juga, bulan yang paling

digalakkan membaca Al-Quran ialah bulan Ramadan kerana pada bulan ini, pesta

tawaran pahala yang begitu hebat bermula, apatah lagi pada 10 hari akhirnya yang

sentiasa disebut-sebut sebagai ’malam seribu bulan’ (Lailatul Qadar) bakal

berlangsung.

Sebelum membaca Al-Quran, kita amat digalakkan untuk bersiwak atau menggosok gigi serta berada dalam keadaan bersih, suci dan berwudhu’. Begitu

juga ketika membacanya, kita disunatkan untuk mengadap kiblat. Amalan ini

bersempena dengan galakan yang dinyatakan Nabi : Sebaik-baik majlis adalah yang dihadapkan ke arah kiblat.

Sebaiknya ketika hendak memulakan bacaan, kita disunatkan membaca

’Isti’azah’ sebagai menuruti perintah Allah :

Apabila kamu membaca Al Qur'an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang

terkutuk. Surah An-Nahl, 98.

Selepas itu diikuti dengan membaca ’Basmalah’ terutamanya pada

pembacaan di awal surah.Proses pembacaan hendaklah dijalankan dengan penuh

sempurna, menuruti hukum Tajwid, secara khusyu’ dan meneliti setiap maknanya.

Itulah antara cara yang digalakkan oleh Al-Quran sendiri :

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran mendapat pengajaran.

Surah Sad, 29.

PERSIAPAN SEBELUM MEMBACANYA.

Page 126: qiraat

Kita sudah sampai pada perbincangan untuk meneliti bagaimanakah

Rasulullah membaca Al-Quran. Baginda Rasul membacanya secara Tartil, iaitu

pembacaan secara terang dan teratur, dengan menyebut perkataan satu persatu

secara sempurna. Demikianlah yang dinyatakan oleh Ummu Salamah apabila

mendengar bacaan Rasul.

Bagaimana pula dengan alunan suara dan ’pitching’ ketika membaca

Al-Quran? Saya menyarankan agar anda menggunakan suara terbaik anda.

Alunkanlah Al-Quran seolah-olah anda sedang mendendangkan lagu yang paling

disukai di hadapan kekasih yang disayangi. Suara alunan terbaik yang pernah anda

lakukan. Gesaan ini datangnya dari Rasulullah S.A.W : ’Hiasilah Al-Quran dengan suaramu’.

Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri kerap membaca Al-Quran dengan alunan

suara yang begitu lunak dan lembut hingga menyebabkan ramai para sahabat yang

ternganga, asyik dengan kemerduan suaranya. Abdullah bin Mughaffal, seorang

sahabat pernah menyatakan bahawa Rasulullah telah melagukan Surah Al-Fath dalam peristiwa pembukaan kota Mekah. Kita juga perlu membacanya sedemikian.

Cuma, pastikan setiap lenggok yang ingin anda lagukan itu tidak terkeluar dari kod

bacaan Tajwid yang ditetapkan.

Selain itu, sunat bagi kita untuk mengulangi bacaan ayat tertentu untuk

tujuan tadabbur. Nabi sendiri dalam salah satu peristiwa pernah mengulang-ulang

ayat ini dalam solat malamnya sehingga subuh :

Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Maidah, 118.

MENCONTOHI CARA BACAAN RASULULLAH.

Page 127: qiraat

Yang penting, pengulangan itu bertujuan agar bacaan kita tidak hanya

berlegar pada bahasa lisan, tetapi sampai kepada bahasa ’renungan’. Ia perlu

di’baca’ sebegitu supaya hati kita mampu menjadi ’gedung utama’ untuk Allah

menempatkan sebanyak mungkin cahaya hidayah didalamnya.

Bacaan secara memandang mashaf lebih baik dari bacaan tanpa

memandangnya. Itu yang digalakkan oleh majoriti ulama muktabar seperti Imam

Al-Ghazali dan lain-lain. Mungkin antara fadilatnya ialah kerana ingin mendapatkan

2 pahala, iaitu pahala bacaan dan pahala memandang mashaf.

Kita juga amat digalakkan membaca Al-Quran secara berkumpulan. Bacaan

secara beramai-ramai ini banyak kelebihannya. Selain dari proses ”check and

balance” (semakan bacaan) berjalan lebih efisien, tadarus memiliki kelebihan lain

yang lebih hebat iaitu sebagai teknik menarik perhatian ’makhluk cahaya’. Itulah

yang digambarkan Rasulullah S.A.W iaitu :

Tidak berhimpun satu kumpulan dalam salah satu rumah

Allah untuk membaca Al-Quran dan bertadarus dengannya, kecuali mereka akan mendapat ketenangan,

diselubungi rahmat, dilingkungi oleh Malaikat dan Allah menyebut mereka dikalangan makhluk yang berada

disisiNya.

(Riwayat Muslim).

Perhatikan ganjaran terakhir itu : Nama kita disebut-sebut Tuhan! Saya rasa

tidak ada tahap kehormatan yang paling tinggi selain kemuliaan ini.

Bagaimanakah pula kaedah mengkhatamkan Al-Quran? Menurut Baginda

Rasul, kita amat digalakkan untuk berpuasa pada hari khatam tersebut. Sebaiknya

acara tersebut diadakan dalam satu majlis kerana Rasulullah menyatakan, rahmat

akan turun pada waktu tersebut. Malah, ada hadis yang menyatakan doa majlis

KETIKA MEMBACANYA.

Page 128: qiraat

Khatam akan di’amin’kan oleh 4 ribu Malaikat. Ini merupakan salah satu faedah

kecil dari sejumlah faedah besar yang akan dinikmati oleh mereka yang akrab

dengan Al-Quran.

Tahukah anda ayat Al-Quran boleh digunakan untuk perubatan dan

perlindungan? Rasulullah sendiri selalu mengamalkan perlindungan ini ketika

hendak tidur : baginda menghembus kedua belah tapak tangannya dan membaca 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas), kemudian baginda menyapu apa yang tercapai dari badannya, bermula dari kepada, muka dan

bahagian hadapan badannya. Ia dilakukan sebanyak 3 kali. Disamping itu, kita

juga disunatkan membaca Ayat Kursi sebagai tambahan perlindungan, kerana

masyhur bahawa ayat ini mempunyai kuasa ‘gegaran’ yang boleh membuatkan

syaitan lemah-longlai dan menggeletar!

Ada juga hadis yang sangat panjang menceritakan tentang bagaimana Surah Al-Fatihah digunakan sebagai medium perubatan. Seorang yang telah terkena

sengat binatang bisa mampu dipulihkan hanya dengan bacaan 7 ayat tersebut.

Lelaki itu amat berterima kasih dan memberikan beberapa ekor kambing sebagai

balasan. Dan yang hebatnya, Rasul membenarkan para sahabat untuk menerima

ganjaran tersebut.

Sebenarnya, banyak lagi ayat Al-Quran lain yang boleh digunakan sebagai

penawar dan penyembuh penyakit. Anda boleh mendapatkan salah satu buku yang

membicarakannya secara khusus iaitu kitab ’Tibb Nabawi’ (Perubatan cara Nabi)

karangan Imam Hafiz Az-Zahabi, atau buku yang dikarang oleh ulama Malaysia

iaitu Doa dan Rawatan Penyakit, karangan Prof. Dato’ Dr. Haron Din dan Dr.

Amran Kasimin.

Kita disunatkan untuk membaca Surah Kahfi pada Malam Jumaat kerana

ada hadis yang menyatakan kelebihannya : Barangsiapa membaca Surah Kahfi

AL-QURAN SEBAGAI KUASA PENYEMBUH DAN PELINDUNG.

KELEBIHAN DAN FADHILAT SURAH POPULAR YANG KERAP DIBACA.

Page 129: qiraat

pada malam Jumaat nescaya dia akan diterangi cahaya diantaranya dan antara Baitullah.

Ada juga gesaan lain untuk membaca surah Hud pada hari Jumaat. Tetapi

secara umumnya, anda boleh membaca apa jua surah berdasarkan minat dan

keperluan, kerana kesemua surah Al-Quran menjanjikan sejuta keistimewaan

kepada umat Baginda Rasulullah S.A.W.

Menurut Rasulullah, terdapat beberapa surah tertentu yang memiliki fadhilat

tersendiri untuk dijadikan amalan. Disini kami menyatakan kelebihan serta fadhilat 8 surah-surah bertaraf ’superstar’ tersebut. Ia amat penting untuk diketahui agar

anda merasa lebih bermotivasi dan bersemangat untuk terus melazimi dan

menghafaznya.

Surah yang menjadi ‘darah daging’ umat melayu ini menjadi surah wajib

dibaca pada malam Jumaat. Tahap popularitinya yang sangat tinggi itu disebabkan

gelaran yang disandangnya iaitu ‘ jantung Al-Quran’. Pujian ini terakam dalam salah

satu hadis Nabi yang mulia

“Surah Yasin adalah jantung Al - Quran, barangsiapa yang

membacanya kerana inginkan keredhoan Allah, maka sudah pasti akan diampunkan segala dosanya”

Surah yang diturunkan di Mekah ini membicarakan 3 topik utama :

1. Keimanan kepada hari Kiamat

2. Kisah penduduk satu negeri 3. Dalil yang dikemukakan untuk menunjukkan keesaan Allah.

Bagi saya, surah Yasin banyak menjanjikan fakta serta ilham yang begitu

besar bagi mereka yang sedang mencari-cari makna kewujudan dan kekuasaan

Tuhan.

SURAH YAASIN

Page 130: qiraat

Bagi mereka yang selalu mengerjakan solat subuh berjemaah pagi Jumaat,

anda tentu amat menyukai surah Sajadah. Surah sepanjang 3 muka ini memiliki

satu keistimewaan utama iaitu ayat sujud (ayat 15). Ia juga mempunyai kelebihan lain yang disebutkan Rasul iaitu satu surah yang

diberikan 2 sayap pada hari Kiamat, ia akan melindungi para pembacanya dari

kesusahan hari tersebut. Kini, imam di kebanyakan masjid pasti membacanya

ketika solat subuh pagi Jumaat kerana mencontohi sunnah Nabi S.A.W.

Surah bermakna ‘manusia’ ini merupakan ‘pasangan kembar’ bagi Surah

Sajadah. Ia dibaca pada rakaat kedua dalam solat subuh hari Jumaat dengan

berlandaskan sunnah Nabi yang sering mengamalkannya sedemikian.

Bagi saya, surah ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Kandungannya menerangkan salur-galur kehidupan di syurga dengan begitu terperinci, bermula

dari kerusi khas untuk ahli Syurga yang begitu empuk, gelas minuman

bergemerlapan, arak ‘halal’ yang tidak memabukkan hinggalah minuman unik

digelar ‘salsabila’. Alangkah indahnya Syurga yang digambarkan. Sebaiknya anda

menelitinya sendiri untuk mengetahui perincian setiap nikmat yang bakal diperolehi.

Bukankah semua umat Islam bercita-cita menjejak kaki ke Syurga?

Surah Mulk, yang bermakna ‘kerajaan’. Ia sering dimasukkan dalam senarai

surah yang kerap dibaca oleh umat Islam. Walaupun secara fizikalnya ia

dikategorikan sebagai surah yang agak pendek (30 ayat), tetapi ia memiliki manfaat

sebesar raksasa : menjadi ‘peguam’ yang bakal mempertahankan kita dari azab

kubur kelak. Antara gelaran yang diberikan Nabi kepada surah ini ialah ‘Maa’niah’

dan ‘Munjiah’, bermaksud pelindung dan penyelamat.

SURAH SAJADAH

SURAH AL-INSAN

SURAH AL-MULK

Page 131: qiraat

Manfaat yang begitu besar itu ada disebutkan dalam hadisnya iaitu : Surah Al-Mulk adalah surah yang melindungi dan menyelamatkan anda dari seksa

kubur. Maka kita harus segera menempah ‘peguambela’ ini sebanyak mungkin

untuk membantu kita dari seksaan azab kubur kelak!

Surah yang bermaksud ‘hari Kiamat’ ini memiliki satu kelebihan unik yang tidak

ditemui pada surah lain. Walaupun isinya banyak memperihalkan tentang keadaan

kehidupan abadi (hari Kiamat), tetapi Rasulullah mempunyai pandangan berbeza

terhadapnya.

Ia dianggap sebagai ‘Surah kekayaan’. Kelebihan ini dimeterikan dalam salah

satu pujian Rasul : Barangsiapa yang membaca Surah Al-Wa’qiah pada setiap

malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan. Salah seorang sahabat nabi, Ibnu

Mas’ud sangat menggalakkan anak-anaknya mengamalkan surah Al-Waqi’ah untuk

mengelakkan kemiskinan.

Surah ini juga memperihalkan keadaan hari Kiamat dengan segala macam

aneka ketakutan dan kegelisahannya. Melaluinya, hari Kiamat digambarkan dengan

begitu terperinci, lengkap dengan beberapa petikan dialog tentang bagaimana

reaksi cemas manusia ketika menghadapinya.

Disamping itu juga, surah ini merakamkan rahsia agung, teknik Nabi Muhammad menerima dan menghafaz Al-Quran. Cara yang menakjubkan itu

boleh anda pelajari pada ayat 16 hingga 19. Bukan itu sahaja, rahsia saintifik

tentang perbezaan identiti manusia juga dinyatakan, iaitu keunikan perbezaan cap jari. Anda amat digalakkan menyelidiki sendiri faktanya dalam ayat keempat.

Bagi mereka yang selalu membacanya, saya menyarankan agar anda berhati-

hati pada hukum tajwid yang selalu ’terlepas pandang’ iaitu bacaan ‘Saktah’

pada ayat 27.

SURAH AL-WAQI’AH

SURAH QIYAMAH

Page 132: qiraat

Bagi saya, surah ini popular kerana ia selalu dibaca ketika solat Jumaat. Melalui surah ini, Allah secara sinis menyindir sikap degil golongan yahudi yang

sering meninggalkan ajaran Taurat dan melanggar perintah Allah. Mereka telah

disamakan seperti keldai, binatang yang dianggap sebagai simbol kebodohan,

memikul buku-buku besar dan bermanfaat di atas pundaknya tetapi tidak

memahami kandungannya.

Perumpamaan ini amat menarik untuk dipanjangkan kepada mereka yang

memiliki Al-Quran tetapi masih tidak dapat menyediakan waktu untuk

memahaminya. Renungi dan amat-amatilah kiasan Tuhan ini!

Surah yang mengambil salah satu Nama Allah ini mempunyai gelaran yang

begitu istimewa iaitu ‘Pengantin Al-Quran’. Mungkin Rasulullah memberikan gelaran

tersebut disebabkan kecantikan lenggok dan gaya bahasanya. Ini kerana kita

seperti sedang ‘menyanyi’ jika membaca surah ini kerana ayatnya diatur dengan

susunan khas yang begitu mudah untuk diiramakan.

Tetapi, untuk menghafaznya, anda akan menghadapi sedikit kekeliruan kerana

ayat ‘Fabiayyi Aa’laa’i Robbikumaa Tukazzibaan’ diulang-ulang sebanyak

31 kali. Namun hafazan yang agak sukar itu berbaloi kerana melaluinya, anda

berpeluang mengenali sifat utama Allah S.W.T : Maha Pengasih, Lemah lembut,

Sopan, Mengambil berat, Prihatin, Empati, Melindung dan segala macam lagi sifat

Penyayang Tuhan kepada semua makhluk dibawah jagaanNya.

SURAH JUM’AH

SURAH AR-RAHMAN

Page 133: qiraat

K etika merekabentuk kuiz ini, saya teringatkan perbualan dengan seorang

kenalan yang kononnya menganggap dengan berulang alik ke masjid,

berpuasa dan menunaikan zakat sambil mengerjakan umrah sekali setahun, dia layak menempah bilik di syurga. Saya kemudiannya mengatakan tidak semudah itu untuk membeli tiket syurga.

Tetapi atas beberapa alasan ringan dia membantah. Lalu saya bertanyakan

padanya soalan-soalan berikut :

“Pernahkah anda khatam Al-Quran sebulan sekali?” - Tidak

“Pernahkah anda melazimi puasa sunat Isnin Khamis?” - Tidak

“Pernahkah solat anda mencapai tahap ‘syok’ seperti Saidina Ali yang

sangat khusyuk sehingga anak panah yang dicabutkan dari tubuhnya pun

tidak terasa?” - Sangat tidak pernah.

“Adakah anda menghafaz nama Allah Asmaul Husna serta mengetahui

maknanya?” - Hanya sedikit sahaja. “Adakah sedekah anda mencapai 1/100 dari pendapatan tahunan anda ?” -

Kurang dari itu.

“Adakah tahap pengetahuan anda mengenai kehidupan Rasul dan sahabat melebihi dari gosip artis, cerita politik dan filem wayang terbaru ?” - Jauh sekali.

“Pernahkah anda beristighfar sekurangnya 70 kali sehari seperti

Rasulullah ?” - Suku dari itu. “Bagaimanakah ingatan anda kepada Rasulullah? Adakah anda melazimi

selawat?” - Kadang-kadang, ketika selepas solat sahaja. “Bagaimanakah persekitaran kehidupan anda? Adakah ia dipenuhi dengan

kegiatan ilmu atau tontonan televisyen, gosip akhbar dan radio sahaja?” -

Malu hendak menjawab. “Kalau mahu dikira, berapa peratuskah waktu 24 jam anda digunakan untuk

dunia dan berapakah darinya digunakan untuk ibadah?” - Takut nak kira. “Soalan terakhir “Adakah anda merasakan sejak akhir-akhir ini, anda semakin

dekat atau semakin jauh dari Allah ?” – Terus terdiam.

Page 134: qiraat

Jika jawapannya semua ‘tidak’ atau berunsur negatif sahaja, maka anda perlu

memerhatikan semula ayat dibawah ini :

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang

sabar. Surah Ali-Imran, ayat 142

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan

mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya

Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Surah Al-Ankabut, 2 - 3.

Nampaknya kita ingin membeli syurga

dengan harga yang terlalu murah. Kalau mahu

jujur, kita sering sekali beribadah kepada

Allah dengan ibadah yang ‘serba sisa’. Waktu

solat diambil dari sisa waktu menonton

televisyen atau sisa waktu berhibur. Sedekah dikeluarkan dari sisa duit kecil dari poket. Zikir diucapkan hanya kerana taubat dari maksiat,

bukan zikir kerana syukur. Umrah hanya

dilaksanakan setelah puas mengelilingi dunia. Masjid hanya dikunjungi setelah

sampai usia pencen. Quran hanya disentuh ketika bulan Ramadan, dan banyak

lagi.

Mungkin kita tidak bersetuju dengan beberapa kenyataan ini. Saya tidak

kita ingin membeli

syurga dengan harga yang terlalu murah. Kalau mahu

jujur, kita sering sekali beribadah kepada Allah

dengan ibadah yang

‘serba sisa’.

Page 135: qiraat

bermaksud semua umat islam sebegitu tetapi inilah realiti sebahagian besar dari

kita. Ibadah dilakukan serba sisa, tetapi cita-cita menempah syurga menggunung

tinggi. Kita melakukan amal ibadah, tetapi ibadah kita yang sedikit itu mengandungi

terlalu banyak virus seperti perasaan riya' (berbangga serta kurangnya keikhlasan)

dan perasaan 'ujub (takjub akan kehebatan diri sendiri).

Hakikatnya, kita perlu meneliti kembali

urutan diari kehidupan. Saya tidak mengatakan

anda perlu menempah tiket ke Palestin untuk

menjadi pejuang. Kita masih belum bersedia

untuk berhadapan dengan situasi sebegitu.

Tetapi kita perlu menyusun kembali prioriti kehidupan dengan pengisian yang berkualiti

tinggi serta seikhlas mungkin.

Kuiz dibawah mungkin boleh mencetuskan sedikit pedoman untuk kita

menilai kembali tahap hubungan dengan Ilahi.

Setiap pertanyaan yang diajukan dalam kuiz ini

amat berguna untuk menyedarkan sesetengah dari kita agar tidak terus terlelap

dengan sikap ’Rileks’, iaitu menerima peng’Islam’an dan Al-Quran sebagai rutin biasa. Kita bukan sekadar khalifah yang mencari rezeki, tetapi kita juga

menyandang status ‘hamba’ yang perlu sentiasa menjalankan proses ‘auditing’ –

pemeriksaan tahap iman dan kualiti amalan yang dikerjakan seharian.

Kuiz atau soal selidik ini saya bina dengan bantuan sahabat saya iaitu

En. Sabri Mamat, seorang yang amat berkemahiran dalam bidang kaunseling

islam. Setiap jawapan soalan ini dibahagikan kepada 5 skala untuk menilai diri

anda, iaitu :

Sila bulat / tandakan nombor skala yang sesuai dengan diri anda, dan

selamat menjawab…..

Kita melakukan

amal ibadah, tetapi ibadah

kita yang sedikit itu

mengandungi terlalu banyak

virus seperti perasaan

riya' (berbangga serta

kurangnya keikhlasan) dan

perasaan 'ujub (takjub

akan kehebatan

diri sendiri).

( 1 ) TP – Tidak Pernah (2 ) SS – Sekali Sekala (3) AK – Agak kerap

( 4 ) K - Kerapkali ( 5 ) S - Sentiasa

Page 136: qiraat

Bil. Item Soalan TP (1)

SS (2)

AK (3)

K (4)

S (5)

1 Setiap hari saya membaca sekurang-kurangnya semuka ayat Al-Qur’an

2 Saya sering berpuasa sempena mendapat apa-apa kejayaan.

3 Saya mengamalkan solat sunat utama seperti Qabliyyah dan ba’diyyah sebelum solat fardhu

4 Saya menghafal Asmaul Husna dan memahami makna 99 namaNya.

5 Di bulan Ramadhan, saya mempertingkatkan bacaan Al-Qur’an

6 Saya menunaikan kesemua solat fardhu sepanjang hari

7 Saya segera mengqadha’kan solat jika terluput waktunya kerana terlupa

8 Saya mengamalkan berpuasa sunat isnin dan khamis

9 Saya memperuntukkan sejumlah wang sebagai sedeqah dari pendapatan saya

10 Saya mencukupkan solat tarawih sepanjang ramadhan

11 Saya berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal

12 Saya menunaikan solat tahajjud di malam hari

13 Saya mengamalkan solat jamak dan qasar ketika musafir dan mengetahui cara-caranya.

14 Saya menambah pengetahuan saya mengenai sejarah Rasul dan para sahabat.

15 Saya melakukan solat berjamaah di surau/masjid

16 Saya menunaikan solat fardhu pada waktunya

17 Sejak usia baligh, saya tidak pernah cuai menunaikan puasa Ramadhan dengan sempurna.

18 Saya selalu menghadiri program peningkatan ilmu dan agama di surau atau masjid

19 Saya membanyakkan zikir ketika datangnya bulan Ramadhan

20 Saya akan beristighfar bila menyedari melakukan kesilapan

( 1 ) TP – Tidak Pernah (2 ) SS – Sekali Sekala (3) AK – Agak kerap

( 4 ) K - Kerapkali ( 5 ) S - Sentiasa

Page 137: qiraat

( 1 ) TP – Tidak Pernah (2 ) SS – Sekali Sekala (3) AK – Agak kerap

( 4 ) K - Kerapkali ( 5 ) S - Sentiasa

Bil. Item Soalan TP (1)

SS (2)

AK (3)

K (4)

S (5)

21 Saya akan melafazkan ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda mensyukuri nikmat ataupun kejayaan.

22 Saya melazimkan diri menambah ilmu melalui kuliah, ceramah dan diskusi agama.

23 Setiap hari saya berusaha menghampirkan diri kepada Allah

24 Saya mengamalkan bacaan surah-surah penting (spt Yasin, Sajadah, Mulk, Ar-Rahman dsb) sebagai amalan ibadat harian saya

25 Saya mengamalkan bacaan doa-doa tertentu (spt doa makan, tidur, wudhu’, tidur dsb) setiap hari

26 Saya akan susuli solat saya dengan wirid ringkas setiap kali selepas menunaikannya.

27 Saya membaca al-Qur’an dengan bertajwid secara sempurna.

28 Saya sentiasa mengawasi diri dari melakukan kemasiatan kepada Allah

29 Saya sering mempertingkatkan diri melakukan sebanyak mungkin solat Rawatib.

30 Saya mengerjakan solat jenazah secara sempurna

31 Saya mengetahui cara menjadi imam dan selalu mengimamkan solat

32 Saya mengetahui makna Surah Al-Fatihah secara umum

33 Saya akan menilai diri sendiri (dari segi baik/ buruk) segala perbuatan saya sepanjang hari sebelum tidur

34 Saya mengaitkan segala yang dikecapi dalam kehidupan kepada Allah

35 Saya melazimi amalan berselawat kepada Rasulullah sebagai tanda ingatan kepadanya

36 Saya mewajibkan diri membaca sekurangnya sebuah buku agama dalam sebulan

37 Saya menjadikan amalan mengkhatamkan bacaan Al-Quran sekurangnya setahun sekali.

38 Saya sentiasa melazimkan diri menghafaz dan memahami hadis Rasulullah

39 Saya sering merasakan hidup saya dari hari ke hari semakin hampir dan taat kepada Allah

40 Saya sering cuba memahami kandungan Al-Quran melalui pembacaan makna dan tafsirnya.

Page 138: qiraat

Apabila selesai menjawab kesemua soalan, anda dikehendaki

mencampurkan kesemua skor yang ditandakan berdasarkan nilainya, iaitu :

Bagi setiap jawapan (1 : Tidak Pernah) yg dipilih, anda

memperolehi 1 markah

Bagi setiap jawapan (2 : Sekali sekala) yang dipilih,

anda memperolehi 2 markah

Bagi setiap jawapan (3 : Agak Kerap) yang dipilih, anda

memperolehi 3 markah

Bagi setiap jawapan (4 : Kerapkali) yang dipilih, anda

memperolehi 4 markah

Bagi setiap jawapan (5 : Sentiasa) yang dipilih, anda

memperolehi 5 markah

Kemudian, bandingkan jumlah skor tersebut dengan interpertasi di bawah

iaitu :

Ketika ini, pertempuran antara iman dan nafsu yang berterusan dalam diri

anda lebih hebat dari perang dunia kedua. Anda merasakan diri anda menjadi

medan sasaran empuk untuk nafsu bermaharajalela. Memang kadangkala anda

merasa sukar untuk melawan ajakan nafsu, kerana anda seolahnya sedang

melawan raksasa besar yang tidak kelihatan. Ditambah pula, ketika anda sedang

berusaha untuk membuat kebaikan, iblis laknatullah beserta tenteranya sering

menggambarkan pada diri anda bahwa perkara itu sangat sulit.

Jangan lemah dan putus asa dengan rahmat Allah! ‘Generator’ iman dalam

hati anda perlu dihidupkan. Anda perlu terus menerokai diri , menampal beberapa

kekurangan diri dan mengikat hati anda dengan Al-Quran agar hati yang keras

mampu dilunakkan dengan sapaan ayat-ayatnya. Sememangnya pada tahap ini,

CARA PEMARKAHAN.

SKOR 1 – 93 : RENDAH

Page 139: qiraat

anda perlu mengetahui kelemahan anda, menutup setiap lubang yang boleh

dimasuki syaitan serta mengeluarkan segala keraguan-keraguan batil darinya.

Saat ini juga, anda akan menyedari bahawa jiwa manusia memang seperti

mesin yang sentiasa mengalami kerosakan dan perlu diselenggara serta diperbaiki.

Kerosakan ini memang perlu segera diperbetulkan. Dan suis kejayaannya dimulai

dengan kesedaran bahawa Allah akan sentiasa membantu anda. Anda tidak perlu

terlalu gusar kerana jalan buntu tidak pernah wujud dalam Islam, yang penting anda

harus terus mencari keampunan Ilahi.

Dan semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan kepada anda untuk

terus bersemangat membaiki prestasi diri dalam mendekatkan diri kepadaNya.

Tahap keimanan ini memang perlu sentiasa ditambah dan dipacu agar ia selalu

menjadi produktif dengan amalan yang disukai Tuhan.

Berada di kedudukan ini merupakan satu kemajuan yang sangat baik dan

bermakna. Kesedaran ‘bertuhan’ sudah mula mekar berkembang dalam lubuk hati

anda. Cuma, anda perlu berusaha lebih keras untuk terus rapat dengan Tuhan

secara sukarela. Ia boleh saja dilakukan

dengan memperbanyakkan siraman rohani

dalam amalan dan menggemburnya dengan

baja keimanan dan kesungguhan.

Namun saya tidak nafikan, kadang-kala

anda akan bergelut dengan nafsu yang tiba-

tiba menjadi kuat dan terpaksa melakukan

sedikit kompromi dengan tuntutannya

sehinggakan keinginan iman akan sedikit

diabaikan. Jangan risau. Memang pada

tahap ini, anda akan mengalami beberapa

kekalahan kecil dalam pertempuran antara iman dan nafsu. Cuma, anda perlu

berhati – hati agar ‘nafsu’ itu tidak memenangi banyak ‘pertempuran kecil’ sehingga

kadang-kala anda

akan bergelut dengan nafsu yang tiba-tiba

menjadi kuat dan terpaksa melakukan sedikit

kompromi dengan

tuntutannya sehinggakan keinginan iman akan

sedikit diabaikan

SKOR 94 – 146 : SEDERHANA

Page 140: qiraat

berjaya memenangi ‘peperangan besar’.

Maka dalam peperangan besar ini, anda perlu mengalahkan tentera nafsu dan

syaitan. Jadikan diri dan hati anda selaku kerajaan ‘Rahmaniyyah’- tempat

turunnya rahmat Allah. Bangkitkan potensi terbaik anda ketika beribadah selagi

hayat dikandung badan, dan jadikan setiap detik yang dilewati sebagai detik yang

sentiasa bermanfaat, kerana sesungguhnya waktu adalah sama seperti helaan

nafas yang apabila disedut, tidak akan kembali.

Semoga Allah akan mengurniakan kepekaan yang tinggi kepada anda untuk

terus melakukan memperkemaskan amalan, agar setiap kebaikan akan bertambah

dan setiap kekurangan anda akan diampunkan Tuhan.

Tahniah dan bersyukurlah! Anda sedang berada di jalan yang lurus (Sirotol

Mustaqim). Ruhiyyah dan jasadiyyah anda telah berjaya diaktifkan dengan baik, dan

anda sedang mengikuti jalan selaku seorang muslim dengan cara yang benar-benar

membahagiakan. Memang saya akui, tidak ramai yang mampu berada di

kedudukan ini. Kedudukan di mana

seseorang itu telah menjalani kehidupan

‘beragama’ dengan cukup dinamik, konsisten

dan sistematik. Nampak gayanya, anda telah

menjadikan diri anda sebagai ‘lombong pahala’ yang amat besar.

Pada kedudukan ini, anda hanya perlu

menuju ke tahap yang seterusnya iaitu menyegarkan ibadah anda dengan

keikhlasan, atau yang selalu disebut sebagai ‘Lillaahi Ta’aala’. Anda perlu

tempatkan diri anda di kedudukan ‘maqam musyahadah dan muroqabah’ seperti

yang dijelaskan Rasul “Anda beribadah kepada Allah seolah-olah anda sedang

melihatNya, dan jika anda tidak mampu merasakan sedemikian, ketahuilah bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda”. Kedudukan ‘maqam Ihsan’ inilah

Kedudukan di mana

seseorang itu telah menjalani kehidupan

‘beragama’ dengan cukup dinamik, konsisten dan

sistematik.

SKOR 147 – 200 : TINGGI

Page 141: qiraat

yang sering dicari oleh para A’rifin, suatu tahap di mana semua ketaaatan dinilai

sebagai anugerah dari Allah. Tahap yang sudah mengecapi nikmat ketenangan

zahir dan batin dengan setiap nafas helaan zikir telah bertukar menjadi rahmat

keampunan dari Tuhan.

Untuk itu, anda amat digesa untuk

mencari kesalehan yang sejati iaitu

keikhlasan dan kerendahan hati dalam beribadah. Ia akan mudah dicapai apabila

anda menumpukan usaha untuk

meningkatkan kualiti roh, agar ia sentiasa

sihat dan kuat dalam beramal ibadah. Setiap

hari, anda perlu menyucikannya dengan

proses penyucian batin iaitu dengan

memperbanyakkan istighfar, mengawal hawa

nafsu dan menjauhi sebarang bentuk

kemaksiatan. Cahaya Ilahiyah yang telah bersinar dalam diri anda perlu terus diterangkan. Dan ia akan terus terpancar dengan persiapan, mujahadah, disiplin,

keimanan yang tinggi dan daya juang yang berterusan. Ketika itu, anda akan

mencapai ‘Fauzun Azim’. Itulah kemenangan mutlak terbesar, Keredhoan Allah.

Saya akan perturunkan satu ayat Al-Quran dan satu hadis dari Rasulullah

yang sangat sesuai dengan 3 kedudukan di atas. Ayat yang begitu tepat untuk

menggambarkan tingkatan manusia ini boleh anda dapati dalam Surah Fatir, ayat

32. Terjemahan ayatnya adalah seperti berikut :

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri,

dan ada diantara mereka di kedudukan pertengahan, dan diantara mereka ada yang lebih berlumba-lumba membuat kebaikan dengan izin Allah. Itulah kurniaan yang amat besar.

Setiap hari, anda

perlu menyucikannya dengan proses penyucian

batin iaitu dengan memperbanyakkan

istighfar, mengawal hawa

nafsu dan menjauhi sebarang bentuk

kemaksiatan

SEBAGAI RENUNGAN TAMBAHAN…..

Page 142: qiraat

Rasulullah S.A.W dalam salah satu hadisnya telah bersabda dengan nada sebegini: Sesiapa yang

keadaannya pada hari ini lebih baik daripada semalam,

maka dialah orang yang beruntung. Sesiapa yang hari ini

sama dengan semalam, maka dialah orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam, maka

dialah orang yang mendapat kutukan.

Page 143: qiraat

1. Al-Quran Al-Karim

2. Al-Jami’ Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi

3. Asbabun Nuzul Al-Quran, Abu Hasan Ali bin Al-Wahidi

4. Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul, Jalaluddin As-Suyuti

5. Manahilul Irfan fii Ulumil Quran, Muhammad Abdul Azim Az- Zarqani

6. At-Tibyan fii Ulumi Al-Quran, Muhammad Ali As-Sabuni

7. Mabahith fii Ulumil Quran, Syeikh Manna’ Qatthan

8. Al-Burhan fii Ulumil Quran, Muhammad bin Abdullah Az-Zarkasyi

9. Al-Itqan fii Ulumil Quran, Jalaluddin As-Suyuti

10. At-tajwid Al-Muyassar, Dr. Abdul Aziz Al-Qari

11. At-Taisir fii Al-Qiraat As-Sab’, Abu Amr Ad’Daani

12. Qabasun min Nuuril Quran Al-Karim, Muhammad Ali As-Sabuni

13. Wujuhu Al-I’jaz Al-Quran, Mustafa Ad-Dibagh

14. Alij Nafsaka bil Quran, Muhammad Izzat Mohd Arif

15. An-Nisa’ fil Quran, Abdul Mun’im Al-Hasyimi

16. Shahih Bukhari

17. Shahih Muslim

18. Riyadus Solihin, Imam Nawawi

19. Fathul Baari, Ibnu Hajar Al-Asqolani

20. Sirah Ibnu Hisyam, Ibnu Hisyam

21. Al-Isobah fii Tamyizi As-Sohabah, Ibnu Hajar Al-Asqolani

22. At-Tafsir wal Mufassirun, Dr. Muhammad Husain Az-Zahabi

23. I’jazul Quran, Abu Bakar Al-Baqilani.

Page 144: qiraat

Ebook 145 Fakta Menarik & Menakjubkan

mengenai Al-Quran yang jarang anda ketahui walaupun

membacanya setiap hari!! Berharga RM 20

Ebook KAEDAH JIBRIL

Kaedah mudah & praktikal menghafaz surah Al-Quran khusus

untuk gol. Awam yg sibuk setiap hari! Berharga RM 25

Ebook QURANOLOGY

Panduan efektif memahami Teks dan konteks Al-Quran, agar

Anda teruja membacanya! Berharga RM 25

Video panduan KAEDAH JIBRIL

Video penerangan bergambar Oleh Ustaz Asraff mengenai Kaedah ini secara terperinci.

Berharga RM 20

4 PRODUK HEBAT BERHARGA :

1 tiket percuma ke seminar kaedah hafazan super utk sicilik

‘KAEDAH XXX’ (berharga RM 125)

Dan

1 tiket DISKAUN seminar sama berharga RM 25 sahaja

(Harga asal RM 125) Layari :