oleh : muhammad toriq bin yaacob abdul razak bin mohd zain kajian perkembangan tahfiz...menghafaz...

41
1 PERKEMBANGAN TAHFIZ AL-QURAN : SUATU KAJIAN DI DARUL QURAN Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain 1. SEJARAH Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merupakan institut pengajian Tahfiz al-Quran tertua dan pertama di Malaysia. Darul Quran ditubuhkan pada tahun 1966 hasil cetusan idea Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Penubuhan Darul Quran bertujuan antara lainnya adalah untuk melahirkan huffaz, qurra’ dan duat yang berwibawa. Pada peringkat permulaan, iaitu dari tahun 1966 hingga tahun 1978, pengajian ini diwujudkan dalam bentuk Kelas Pengajian Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urus setia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Pada tahun 1972, Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran ini ditukar nama kepada “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat”. Pada awal tahun 1979 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz Al-

Upload: phungtuong

Post on 09-Aug-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

1

PERKEMBANGAN TAHFIZ AL-QURAN : SUATU

KAJIAN DI DARUL QURAN

Oleh :

Muhammad Toriq bin Yaacob

Abdul Razak bin Mohd Zain

1. SEJARAH

Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merupakan

institut pengajian Tahfiz al-Quran tertua dan pertama di Malaysia.

Darul Quran ditubuhkan pada tahun 1966 hasil cetusan idea

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj. Penubuhan Darul Quran bertujuan antara lainnya

adalah untuk melahirkan huffaz, qurra’ dan duat yang berwibawa.

Pada peringkat permulaan, iaitu dari tahun 1966 hingga tahun

1978, pengajian ini diwujudkan dalam bentuk Kelas Pengajian

Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas

pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir

Masjid Negara dan Urus setia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia. Pada tahun 1972, Kelas Pengajian Tahfiz

Al-Quran ini ditukar nama kepada “Maahad Tahfiz Al-Quran

Wal-Qiraat”. Pada awal tahun 1979 Maahad Tahfiz Al-Quran

Wal-Qiraat diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan

Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana

Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz Al-

Page 2: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

2

Quran Wal-Qiraat dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan

Cenderasari, Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di

bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH)

Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri

sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-

Qiraat dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Cenderasari,

Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan

Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Hal Ehwal

Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.

Pada tahun 1983 nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah

ditukar kepada Institut Pengajian Tahfiz al-Quran (IPTQ). Pada

tahun 1984, IPTQ telah dijadikan sebagai sebuah Cawangan di

Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri

dengan mempunyai organisasinya yang tersendiri. Pada Tahun

1990, pengambilan pertama pelajar perempuan melibatkan

seramai 12 orang telah diadakan. Kemudiannya, pada Tahun

1992, IPTQ dipindahkan ke sebuah bangunan yang disewa di

Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar-pelajar lelaki.

Manakala pelajar-pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan

Ledang sehinggalah kemudiannya pada tahun 1994, pelajar-

pelajar perempuan juga turut berpindah ke Taman Tun Dr. Ismail,

manakala pelajar lelaki pula dipindahkan ke Batu 14 Sg.

Semungkis, Hulu Langat, Selangor. Pada tahun 1997, IPTQ telah

dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia dan diberi nama Darul Quran. Akhirnya setelah

Page 3: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

3

beberapa kali berpindah tempat dan dengan persetujuan kerajaan

negeri Selangor pada masa tersebut, maka pada 1 November

1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks

Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Kampus tetap ini mampu untuk menempatkan pelajar seramai

1000 orang pada satu-satu masa dan mempunyai kemudahan serta

infrastruktur yang lebih baik untuk kemudahan pelajar dan

kakitangan.1 Jadual 1 menunjukkan lokasi perpindahan Darul

Quran bermula dari tahun 1966.

Jadual 1 : Lokasi Perpindahan Darul Quran

Bil Tahun Lokasi

1 1966 Dewan Syarahan Masjid Negara

2 1980 Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur

3 1992 Taman Tun Dr. Ismail (Pelajar Perempuan) Sg. Semungkis

Hulu Langat Selangor (Pelajar Lelaki)

4 1998 Kompleks Darul Quran, Ampang Pecah, Kuala Kubu

Baharu,Selangor

2. PERKEMBANGAN PROGRAM PENGAJIAN

2.1 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UIAM

Program pensijilan ini mula diperkenalkan pada tahun 2000.

Program ini dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran

JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM aliran sains

agama dan dijalankan dalam tempoh selama 18 bulan.

Page 4: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

4

2.2 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN pertama

kali dijalankan pada tahun 2012 melibatkan seramai 22 orang

pelajar. Angka ini telah meningkat pada tahun-tahun berikutnya

menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar seramai

184 orang. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara

JAKIM dan UNITEN dan proses pembelajaran dan pengajaran

dijalankan sepenuhnya di kampus UNITEN.

2.3 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-CUCMS

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-CUCMS pertama

kali dijalankan pada tahun 2014 melibatkan seramai 14 orang

pelajar. Angka ini sedikit menurun pada tahun 2015 di mana

hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat di dalam program ini

menjadikan jumlah keseluruhan pelajar bagi program ini adalah

seramai 22 orang.

2.4 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UTEM

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UTEM pertama kali

dijalankan pada tahun 2016 melibatkan seramai 19 orang pelajar.

Pada tahun 2017 pula, seramai 20 orang pelajar telah mengikuti

program ini. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara

JAKIM dan UTEM dan proses pembelajaran dan pengajaran

dijalankan sepenuhnya di kampus UTEM.

Page 5: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

5

2.5 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-

POLITEKNIK

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-POLITEKNIK

pertama kali dijalankan pada tahun 2017 melibatkan seramai 8

orang pelajar. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara

JAKIM dan POLITEKNIK dan proses pembelajaran dan

pengajaran dijalankan sepenuhnya di kampus Politeknik Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor .

2.6 Program Pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran

Program Diploma Tahfiz al-Quran mula diperkenalkan dan

mendapat perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada

tahun 1983. Program ini menggunakan sistem penggal. Pada

tahun 1999 sistem pengajian program ini diubah mengikut

semester. Sebanyak 6 semester yang menyamai 3 tahun

pengajian telah diperkenalkan. Program ini menawarkan

sebanyak 6 syukbah atau pengkhususan kepada pelajar.

a) Syukbah Qiraat

Merupakan syukbah pertama yang diperkenalkan oleh Darul

Quran sebaik sahaja ia ditubuhkan pada tahun 1966. Di antara

pengkhususan kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah

Qiraat Ilmi, Qiraat Amali, (Ilmi dan Amali), Dhobt al-Quran,

Rasm al-Quran, Tarikh al-Qurra’, Tarikh al-Mushaf, Fawasil dan

Ulum al-Quran.

Page 6: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

6

b) Syukbah Dakwah

Merupakan Syukbah kedua dijalankan di Darul Quran pada tahun

2001. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di dalam

syukbah ini ialah Pengantar Dakwah, Psikologi dakwah,

Metodologi Dakwah, Komunikasi Dakwah, Pengurusan Islam,

Pengucapan Dakwah, Bimbingan dan Kaunseling Islam,

Kepimpinan Islam.

c) Syukbah Syariah

Merupakan Syukbah ketiga dilaksanakan di Darul Quran pada

tahun 2008. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di

dalam syukbah ini ialah Pengantar Ilmu Syariah, Fiqh Ibadah,

Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh al-Munakahat, Fiqh al-

Muamalat dan Fiqh al-Jinayah.

d) Syukbah Hadith

Merupakan Syukbah keempat dilaksanakan di Darul Quran pada

tahun 2009. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di

dalam syukbah ini ialah Ulum al-Hadis, Tadwin al-Hadith,

Hujjiyah al-Sunnah, Jarh wa Ta’dil, Takhrij al-Hadith, Kajian

Teks al-Hadith, Kajian Hadis Hukum dan kajian Hadis Dha’if

dan Maudhu’.

Page 7: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

7

e) Syukbah Muamalat

Merupakan Syukbah kelima dilaksanakan di Darul Quran pada

tahun 2010. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di

dalam syukbah ini ialah Fiqh al-Muamalat, Qawaid Fiqhiyyah,

Prinsip Ekonomi Islam, Ekonomi Perbandingan, Sistem

Kewangan Islam, Institusi Ekonomi Islam dan Perbankan Islam.

f) Syukbah Pengurusan Halal

Merupakan Syukbah terbaru yang ditawarkan di Darul Quran

pada tahun 2014. Antara pengkhususan kursus yang ditawarkan

ialah Fiqh al-‘At’imah wa Al-Zabaih, Pengenalan Kepada Industri

Halal, Usul Al-Fiqh, Pensijilan Halal, Qawa’id Fiqhiyyah,

Pengurusan Halal dalaman, Tafsir Ayat dan Hadith Ahkam,

Perundangan dan Penguatkuasaan Halal.

Pelajar lepasan Diploma Tahfiz Darul Quran Jakim berpeluang

melanjutkan pengajian mereka di Peringkat Ijazah pertama di

universiti awam di dalam mahupun luar negara. Jadual 2

menunjukkan laluan menyambung pengajian graduan Program

Diploma Tahfiz al-Quran :

Page 8: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

8

Jadual 2 : Laluan Menyambung Pengajian Graduan Program Diploma

Tahfiz

Universiti Tempatan/Luar

Negara

Universiti Malaysia (UM) Tempatan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Tempatan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tempatan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM)

Tempatan

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Tempatan

Universiti Pendidikaan Sultan Idris (UPSI) Tempatan

Universiti Teknologi Mara (UITM) Tempatan

Universiti Utara Malaysia (UUM) Tempatan

Universiti Malaysia Sabah (UMS) Tempatan

Universiti Putera Malaysia (UPM) Tempatan

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tempatan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tempatan

Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Tempatan

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Tempatan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM kampus

di Darul Quran)

Tempatan

Maahad Qiraat al-Azhar al-Syarif, Mesir Luar Negara

Universiti Islam Madinah, Arab Saudi Luar Negara

Universiti Mu’tah, Jordan Luar Negara

Universiti Yarmouk, Jordan Luar Negara

Universiti al-Bayt, Jordan Luar Negara

Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim,

Pekan Baru, Sumatera, Indonesia

Luar Negara

Universiti Islam al-Raniry, Banda Acheh,

Indonesia

Luar Negara

Page 9: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

9

2.7 Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah

Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah telah diperkenalkan di Darul

Quran pada tahun 2009 di bawah kawal selia Universiti Sains

Islam Malaysia. Beberapa siri Memorandum Perjanjian (MoA)

telah dimeterai dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

yang membolehkan kedua-dua pihak menjalankan kerjasama bagi

melaksanakan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan

Sunnah Dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM) di Darul Quran.

2.8 Program Pengajian Jangka Pendek

Darul Quran turut melaksanakan pengajian di peringkat sijil yang

dijalankan dalam jangka masa yang pendek.

a) Sijil Tinggi Tarannum al-Quran

Program Sijil Tinggi Tarannum al-Quran mula diperkenalkan

pada tahun 2007 melibatkan bilangan pelajar seramai 26 orang.

Pelajar bagi program ini adalah terdiri daripada qari dan qariah

yang telah diperakui oleh jabatan agama negeri masing-masing

dan mempunyai kemahiran tarannum sekurang-kurangnya di

peringkat daerah. program ini dijalankan selama 2 bulan. Jumlah

keseluruhan pelajar setakat ini seramai 247 orang.

Page 10: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

10

b) Sijil Kemahiran Malaysia

Bagi tahfiz kemahiran, Darul Quran telah melaksanakan program

Sijil Kemahiran Malaysia dengan kerjasama Jabatan

Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui pembinaan kurikulum

standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS) bagi

mewujudkan SKM dalam bidang pengurusan masjid, pengurusan

tahfiz, pengajaran tahfiz, pengajaran al-Quran Braille dan

pengurusan mutawwif. Bermula tahun 2015, Darul Quran telah

melaksanakan SKM Pengurusan Masjid tahap 3 dengan

pengambilan pertama seramai 20 orang perantis dan seterusnya

pada tahun 2016 pengambilan kedua dilaksanakan pada bulan

April seramai 24 orang perantis. Seramai 43 orang graduan telah

menamatkan program sehingga jayanya sehingga Oktober 2017.

Ini melibatkan graduan tahun 2016 seramai 20 orang dan graduan

tahun 2017 seramai 23 orang. Sebagai kesinambungan, Darul

Quran akan meneruskan program Diploma Kemahiran Malaysia

(Pengurusan Masjid) Tahap 4 dengan jangkaan pengambilan

seramai 43 orang perantis untuk memberi peluang kepada mereka

meneruskan peningkatan tahap kemahiran seperti yang dirancang.

Selain itu, selaras dengan perkembangan pendidikan tahfiz di

negara ini, Darul Quran akan melaksanakan satu lagi program

SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pengurusan Tahfiz

Tahap 3 yang dijangka bermula pada julai 2018.

Page 11: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

11

c) Pensijilan Tahfiz Al-Quran Orang Kelainan Upaya Masalah

Penglihatan (OKUMP)

Program Pensijilan Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah

Penglihatan mula diperkenalkan pada tahun 2008 dengan

pengambilan seramai 18 orang pelajar. Program ini mengambil

masa selama 6 bulan. Calon yang berkelayakan di peringkat sijil

akan ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat diploma pada

tahun berikutnya. Bilangan pelajar keseluruhan program ini

adalah seramai 48 orang.

d) Sijil Asas Tahfiz

Sijil ini merupakan penjenamaan semula daripada Pensijilan

Tahfiz Al-Quran Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan

(OKUMP) dan diperkenalkan pada tahun 2016 yang melibatkan

calon di kalangan OKUMP. Pada tahun 2017, pengembangan

diteruskan kepada kategori pelajar luar negara yang tidak

memiliki kelayakan setara untuk menyambung pengajian ke

peringkat diploma, terutama dari negara minoriti Islam seperti

Vietnam dan Filipina. Seterusnya, program pengajian ini dibuka

pula penyertaannya kepada pelajar di kalangan muallaf (cina,

india dan peribumi Sabah dan Sarawak) dan orang asli. Program

ini mengambil masa selama 12 bulan (2 semester).

Page 12: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

12

e) Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

Sijil Tahfiz Malaysia (STM) mula diperkenalkan pada tahun

2011. Penganugerahan sijil ini adalah sebagai satu pengiktirafan

kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-

Quran. Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran

yang mendapat pendidikan sama ada di sekolah, maahad tahfiz

swasta mahupun institusi tahfiz persendirian. Program ini

bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam di Malaysia

untuk menghafaz al-Quran dan memberi pengiktirafan kepada

golongan yang tidak mendapat pendidikan tahfiz secara formal

untuk mendapatkan sijil khas tahfiz.

3. KERJASAMA INSTITUSI

Darul Quran telah berupaya untuk melebarkan jaringan kerjasama

pendidikan bagi program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana

Muda, Diploma Tahfiz al-Quran, program pengajian sijil dan

program-program pengajian lain. Bagi Program Pengajian

Diploma Tahfiz al-Quran, sebanyak 14 buah Maahad Tahfiz al-

Quran Negeri (MTQN) yang telah menjalinkan kerjasama (MoU).

MTQN tersebut ialah :

3.1 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)

ITQAN merupakan maahad tahfiz yang dikelola oleh kerajaan

Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam

Negeri Sembilan (MAINS).2 Kerjasama antara ITQAN dan Darul

Page 13: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

13

Quran telah pun bermula pada tahun 1997. Namun MoU secara

rasmi bagi kerjasama melaksanakan Program Pengajian Diploma

Tahfiz al-Quran telah diadakan pada tahun 18 Mei 2009.3

3.2 Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

ITQAS merupakan institusi pengajian tinggi agama yang pertama

di bawah kerajaan negeri Sabah yang ditadbir oleh Jabatan Hal

Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).4 Penubuhannya

adalah dimulakan pada tahun 1995. Kerjasama antara ITQAS dan

Darul Quran telah pun bermula pada tahun 1997. Namun MoU

secara rasmi bagi kerjasama melaksanakan Program Pengajian

Diploma Tahfiz al-Quran telah mengadakan MoU dengan Darul

Quran pada 19 Mei 2009.5

3.3 Maahad Tahfiz Majlis Agama Islam & Adat Istiadat

Melayu Kelantan (MTQN Kelantan)

MTQN Kelantan bermula sebagai Kelas Pengajian Tafaqquh di

Masjid Muhammadi, Kota Baharu pada pertengahan tahun 80-an.

Mufti Kerajaan Negeri Kelantan pada masa itu, iaitu Sahibul

Samahah Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim telah diamanahkan

untuk mengawasi perjalanan Kelas Tafaqquh tersebut.

Pada penghujung tahun 1992 Kelas Pengajian Tafaqquh tersebut

telah ditukarkan kepada Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran MAIK

melibatkan beberapa perubahan ke atas sukatan pelajaran sesuai

Page 14: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

14

dengan peredaran dan perkembangan sistem pembelajaran pada

ketika itu. Pada tahun 1993 satu permohonan telah diajukan

kepada Pengarah Institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran Pusat Islam

Malaysia Kuala Lumpur bagi mewujudkan program bersama

Diploma Tahfiz Wal Qiraat dan permohonan tersebut telah

diluluskan. Pada tahun 2007 nama Kelas Pengajian Tahfiz Al-

Quran MAIK ditukarkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran

MAIK6. Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan MoU

dengan Darul Quran pada 18 Mei 20097.

3.4 Institut Pengajian Islam Terengganu (INSPI)

Bermula dengan institusi yang dikenali dengan nama Markas

Pengajian Islam (MARPA) telah ditubuhkan pada tahun 1984

bertujuan untuk melahirkan bilal, imam dan agamawan yang

berwibawa. Pada awal tahun 2010, MARPA telah dinaiktaraf dan

dikenali sebagai Institut Pengajian Islam.8.Pada tahun yang sama

INSPI mula meneroka langkah mengadakan kerjasama dengan

Darul Quran. MoU pertama antara INSPI dengan Darul Quran

ialah pada 12 Oktober 20119

3.5 Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS)

IKMAS ditubuhkan hasil pertemuan tidak rasmi di kalangan

Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik

Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke-

5 pada tahun 1994 di Pulau Langkawi, Kedah. Lanjutan daripada

Page 15: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

15

pertemuan tersebut mesyuarat Jemaah Menteri pada 21

September 1994 telah bersetuju membina sebuah institusi yang

diberi nama Pesantren ASEAN yang dipersetujui pembinaannya

di Sarawak. kerajaan negeri Sarawak berbesar hati

menganugerahkan tanah seluas 30 ekar di Telaga Air untuk

pembinaan kompleks tersebut. Pada 12 September 2001,

kompleks ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua

Menteri Sarawak.10 IKMAS mula melaksanakan program

pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran

pada 14 April 2011.11

3.6 Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR)

IQDAR memulakan sejarahnya pada tahun 1985 sebagai Maahad

Tahfiz Al-Quran Kedah (MTQN Kedah) yang dikelola secara

bersama oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dengan

Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).Sejak tahun 1992 MTQN

Kedah mula meneroka langkah bagi mengadakan kerjasama

dengan Darul Quran. Walau bagaimanapun, setelah tertubuhnya

Institut Agama Islam Negeri Kedah (KUIN), YINK meletakkan

Maahad ini di bawah pentadbiran KUIN sebagai salah satu bidang

pengajian. Pada tahun 2011, pihak KUIN membuat keputusan

untuk mengadakan kerjasama dalam mengendalikan Kursus

Diploma Tahfiz Al-Quran. Lanjutan daripada itu, pihak YINK

bersetuju untuk membuka peluang pengajian dengan lebih luas

iaitu dengan mengadakan kerjasama dengan Darul Quran, Jakim.

Page 16: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

16

Tahun 2015 merupakan tahun terpenting bagi institusi tahfiz

negeri Kedah apabila MTAQ-YINK diberi penjenamaan baru

dengan nama IQDAR iaitu singkatan kepada Institut Al-Quran

Darul Aman12. MoU pertama Darul Quran Jakim dengan pihak

MTAQ-YINK telah dimeterai pada 10 Disember 2012.13

3.7 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang (MTQN Pahang)

Bermula dengan titah di Raja Ke bawah Duli Yang Teramat

Mulia Tengku Mahkota Pahang supaya diwujudkan sebuah

institusi seperti Akademi al-Quran bertujuan melahirkan huffaz

dan qari serta qariah yang berwibawa, MTQN Pahang memulakan

langkah membentuk kerjasama dengan pihak Darul Quran

JAKIM pada tahun 1996 bagi melaksanakan program Diploma

Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat.14 MoU pula dilaksanakan sekitar

tahun 2008.15

3.8 Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak,

Institut Latihan dan Tadbiran Negeri Perak (INTIM)

INTIM adalah sebuah institut yang dibangunkan di bawah Jabatan

Agama Islam Perak (JAIPK) untuk menyediakan keperluan

latihan kepada anggota JAIPK khususnya dan agensi-agensi di

bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak serta

masyarakat Islam di negeri Perak. Fokus utama kewujudan

INTIM adalah bagi mengendalikan latihan-latihan dan juga

Page 17: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

17

pengurusan Maahad Tahfiz al-Quran Kerajaan Negeri

Perak.16Justeru, bagi mengembangkan pendidikan tahfiz, pihak

INTIM telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan Darul

Quran pada 22 Mei 2008.17 Langkah kerjasama pada awalnya

telah dimulakan sejak tahun 1995.

3.9 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Perlis (MTQN Perlis)

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perlis telah

ditubuhkan pada tahun 1989. Dari awal penubuhan MTQQ

beroperasi di alamat KM. 3, Jalan Abi Tok Hashim, 01000

Kangar, Perlis berhampiran Sekolah Rendah Islam I, Yayasan

Islam Perlis. Pada 14 Januari 2013, Maahad tahfiz ini telah

berpindah ke bangunan Institusi Pengajian Tinggi Islam

Perlis.18MTQN Perlis telah menjalinkan kerjasama MoU dengan

Darul Quran pada 22 Mei 2008.19 Langkah kerjasama pada

awalnya telah dimulakan sejak tahun 1999.

3.10 Institut al-Quran Sayyidina Ali (IQSA)

Pada tahun 1983 sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) telah

ditubuhkan buat kali pertamanya di Masjid Al-Amin, Kelemak,

Alor Gajah, Melaka dan pada tahun 1989, IQSA dipindahkan ke

Bangunan MAIM, Jalan Pasar Baru Melaka. Bermula pada tahun

1992, IQSA telah berpindah ke Masjid Al-Azim Negeri Melaka.

Institusi tahfiz ini terus berkembang sehinggalah pada tahun

2010. Program Diploma Tahfiz IQSA telah berpindah di bawah

Page 18: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

18

kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pada tahun yang

sama, IQSA memulakan operasinya di Masjid Sayyidina Ali,

Bukit Katil dengan pengambilan kumpulan pelajar pertamanya

sejumlah 14 orang. Pada tahun 2015, IQSA telah mewujudkan

cawangannya di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung

Bidara. Sehingga kini, IQSA telah menerima pelajar sejumlah 343

orang dan 54 orang dari mereka telah melanjutkan pelajarannya di

Mesir dan beberapa Universiti Tempatan dan luar negara yang

lain.20 IQSA telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan

Darul Quran pada 15 Mac 2011.21 Langkah kerjasama awal

dengan Darul Quran telah mula dijalinkan sejak tahun 1991.

3.11 Institut al-Quran Terengganu (IQT)

IQT atau dikenali dengan nama sejarahnya sebagai Maahad

Tahfiz al-Quran mula ditubuhkan pada 15 April 1984 di Masjid

Abidin dengan kumpulan pelajar pertama institut tersebut ialah

seramai 15 dengan dibimbing oleh 5 orang guru. Pengetua

pertama IQT ialah Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Syeikh Ismail

bin Mohamad al-Hafiz iaitu bagi tahun 1984 hingga tahun 1993.

Pada 2 Januari 2007, Maahad Tahfiz al-Quran ini mula dikenali

sebagai Institut al-Quran Terengganu. Sejarah berkembangan

IQT telah menunjukkan bahawa institusi ini pernah berpindah ke

sebuah bangunan di Kampung Pengadang Baru, Kuala

Terengganu dan seterusnya pernah beroperasi di premis

sementara di Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Islam

Page 19: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

19

Terengganu (JHEAT) dan sehinggalah pada tahun 2008, IQT

mula bertapak di Padang Midin, Marang, Terengganu.22

Manakala pada 18 Mei 2009, IQT mula mengorak langkah

melaksanakan perjanjian persefahaman dengan Darul Quran.23

Langkah kerjasama awal dengan Darul Quran telah mula

dijalinkan sejak tahun 1999.

3.12 Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Sejarah Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bermula pada

tahun 1997 sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab.

Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan

meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada

pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan Maahad Johor

sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai institut

pendidikan tinggi.24 Bagi mengembangkan pengajiannya,

MARSAH telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan

Darul Quran pada 22 Mei 2008.25 Langkah kerjasama awal

dengan Darul Quran telah mula dijalinkan sejak tahun 1986.

3.13 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang

(KITAB)

KITAB telah mula ditubuhkan pada 12 Mei, 2004 dan

memulakan pengambilan pelajar pertamanya pada Mei, 2005.

Lokasi KITAB di Bangunan Tahfiz, Kompleks Masjid Negeri

Pulau Pinang, Jalan Air Hitam, Pulau Pinang yang merupakan

Page 20: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

20

tempat asal Maahad Tahfiz Wa Al Qiraat Negeri Pulau Pinang.

Maahad ini kemudiannya dinaikkan taraf sebagai KITAB. Sejak

tahun 1996, maahad ini menjalankan kursus Diploma Tahfiz al

Quran Wa Qiraat dan mula menawarkan pelbagai program

pengajian setelah dinaiktaraf sebagai kolej26. KITAB secara

rasminya mengadakan MoU bagi Program Pengajian Diploma

Tahfiz al-Quran Wal Qiraat ialah pada 6 Julai 2007.27

3.14 Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Ad-din Perak

(MTQ ADDIN)

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN adalah merupakan

institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh

berasaskan kebajikan. Maahad ini ditubuhkan pada 17 Disember

1993 di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar. MoU pertama MTQ

ADDIN dengan Darul Quran adalah pada 20 Disember 2014.28Ini

adalah merupakan rentetan daripada Keputusan Mesyuarat

Lembaga Darul Quran JAKIM pada 24 Mac 2014 telah

meluluskan permohonan Yayasan ADDIN untuk mewujudkan

program kerjasama pendidikan di peringkat Diploma Tahfiz al-

Quran. Kini MTQ ADDIN dikendalikan di bawah Yayasan

ADDIN yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh

Mohamah Nor B. Mansor Al-Hafiz.29 Jadual 3 menunjukkan

tahun kerjasama MoU antara Darul Quran dengan Maahad Tahfiz

al-Quran Negeri (MTQN)

Page 21: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

21

Jadual 3 : Tahun MoU antara Darul Quran dengan MTQN

4. FASA-FASA PERKEMBANGAN DARUL QURAN

Fasa berkembangan Darul Quran dibahagikan kepada lima fasa.

Fasa pertama ialah pengajian tahfiz hingga diploma tahfiz.Fasa

kedua ialah fasa kerjasama pengajian dengan negeri. Fasa ketiga

pula ialah fasa perkembangan program pengajian diploma tahfiz.

Bagi fasa keempat pula, fasa ini merupakan fasa perkembangan

program pensijilan tahfiz. Manakala fasa terakhir ialah fasa

perkembangan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi bagi

program Pengajian Ijazah Sarjana Muda.

4.1 Fasa Pengajian Tahfiz hingga Diploma Tahfiz (1966 -

1983)

Pengajian ini bermula di Masjid Negara pada tahun 1966 yang

dikendalikan sepenuhnya oleh Dato’ Haji Muhammad Noor bin

MTQN Tahun

KITAB, Pulau Pinang 2007

MTQN Pahang 2008

INTIM, Perak 2008

MTQN Perlis 2008

MARSAH, Johor 2008

ITQAN, Negeri Sembilan 2009

ITQAS, Sabah 2009

MTQN Kelantan 2009

IQT, Terengganu 2009

INSPI, Terengganu 2011

IKMAS, Sarawak 2011

IQSA, Melaka 2011

IQDAR, Kedah 2012

MTQ ADDIN, Perak 2014

Page 22: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

22

Ibrahim, Mufti Kelantan. Beliau telah mengendalikan kelas

pengajian bagi semua mata pelajaran termasuk sesi kelas tasmik

al-Quran. Bilangan pelajar pada tahun 1966 tersebut ialah seramai

8 orang sahaja. Mereka ialah Zainal Abidin bin Ahmad

(Terengganu), Ismail bin Muhammad (Terengganu), Mohsein bin

Syeikh Ahmad (Negeri Sembilan), Othman bin Mohd Nor

(Kedah), Syafie bin Ayob (Selangor), Kamaruddin bin Hj. Amri

(Perak), Abu Hasan bin Lebai Din (Perlis) dan Sallehudin bin

Omar (Pahang). Kesemua pelajar disediakan dengan kemudahan

tempat tinggal dan bantuan sara hidup daripada kerajaan negeri

masing-masing. Pengambilan pelajar luar negara yang pertama

diadakan ialah pada tahun 1977 iaitu 2 orang pelajar lelaki dari

negara Thailand manakala pada tahun 1980, hanya seorang

pelajar luar negara daripada negara yang sama. Jumlah

pengambilan pelajar pada fasa ini ialah seramai 39 orang.

Kesinambungan daripada kelas tahfiz ini, program pengajian telah

dinaiktaraf sebagai Sijil Tahfiz al-Quran. Selanjutnya pada tahun

1983 Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperakukan Program

Diploma Tahfiz al-Quran. 30

4.2 Fasa Kerjasama Pengajian Dengan Negeri (1996-2014)

Darul Quran seterusnya meluaskan program pengajiannya dengan

mengadakan kerjasama dengan negeri-negeri. Graduan negeri

yang pertama berjaya dilahirkan ialah pada tahun 1996 iaitu

seramai 18 orang pelajar lelaki. Sehingga tahun 2015, seramai

Page 23: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

23

1868 graduan negeri-negeri yang berjaya dilahirkan melibatkan

14 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN).31

4.3 Fasa Perkembangan Program Pengajian Diploma Tahfiz

(2001-2014)

Lanjutan daripada kewujudan Program Pengajian Diploma Tahfiz

tersebut, Darul Quran telah melalui fasa-fasa pengembangan

Program Pengajian Diploma Tahfiz kepada beberapa bidang

pengkhususan. Program Pengajian Diploma ini telah pun

berlangsung melibatkan pengkhususan bidang Qiraat bermula

daripada penubuhan Darul Quran pada tahun 1966. Bidang

pengkhususan seterusnya yang diperkenalkan ialah bidang

Dakwah (2001) sebagai Syukbah Dakwah, bidang Syariah (2008)

sebagai Syukbah Syariah, bidang Hadith (2009) sebagai Syukbah

Hadith, bidang Muamalat (2010) sebagai Syukbah Muamalat dan

bidang Pengurusan Halal (2014) sebagai Syukbah Pengurusan

Halal.32 Perancangan pada tahun 2018 pula, Darul Quran akan

meneruskan program Diploma Kemahiran Malaysia (Pengurusan

Masjid) Tahap 4 iaitu program pengajian lanjutan daripada Sijil

Kemahiran Malaysia (Pengurusan Masjid) Tahap 3.

Page 24: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

24

4.4 Fasa Perkembangan Program Pensijilan Tahfiz (2000-

2017)

Seiring dengan fasa perkembangan Program Pengajian Diploma

Tahfiz, program pensijilan tahfiz turut berkembangan dengan

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran kerjasama JAKIM-UIAM

adalah yang pertama dilaksanakan pada tahun 2000. Program ini

ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM aliran sains agama dan

dijalankan dalam tempoh 18 bulan. Selanjutnya pada tahun 2007,

program pengajian berbentuk kursus pengajian jangka pendek

mula diperkenalkan melalui program Sijil Tinggi Tarannum al-

Quran (STTQ). Pelajar bagi program ini adalah terdiri daripada

qari dan qariah yang telah diperakui oleh jabatan agama negeri-

negeri. Program ini dijalankan selama dua bulan. Pada tahun

2008, satu program pengajian sijil khas pula diperkenalkan iaitu

program Pensijilan Tahfiz al-Quran OKUMP yang mengambil

masa selama enam bulan. Calon yang berkelayakan di peringkat

ini adalah layak untuk ditawarkan mengikuti program pengajian

di peringkat diploma pada tahun berikutnya. Bagi memberi

pengiktirafan kepada semua penghafaz al-Quran sama ada di

sekolah, maahad tahfiz swasta mahupun institusi tahfiz

persendirian, Sijil Tahfiz Malaysia (STM) diperkenalkan pada

tahun 2011. Penganugerahan sijil ini adalah sebagai satu

pengiktirafan kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz

30 juzuk al-Quran. Selanjutnya, Darul Quran meneruskan

kesinambungan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi dari

Page 25: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

25

aspek program pengajian. Ini dapat dilihat daripada Program

Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN dan Program

Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-CUCMS yang masing-masing

mula melaksanakan program tersebut pada tahun 2012 dan 2014.

Pada tahun 2015 pula, Darul Quran mula merintis pengajian

tahfiz kemahiran dengan memperkenalkan Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM). Program pengajian ini adalah hasil kerjasama

antara Darul Quran dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran,

Kementerian Sumber Manusia. Pada tahun 2016 pula, Darul

Quran mengadakan pula kerjasama dengan UTEM bagi Program

Pensijilan Tahfiz al-Quran. Lanjutan daripada itu, Darul Quran

terus memberi perhatian kepada pendidikan tahfiz kemahiran

dengan mengadakan kerjasama dengan Politeknik Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia melalui Program Pensijilan Tahfiz

pada tahun 2017.33

4.5 Fasa Perkembangan Kerjasama Dengan Institut

Pengajian Tinggi Bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana

Muda (2009-2017)

Bagi program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Darul

Quran telah memulakan langkah dengan mengadakan program

pengajian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam

Malaysia (USIM) pada tahun 2009. Program Pengajian Ijazah

Sarjana Muda Quran Sunah di Darul Quran ini adalah di bawah

kawal selia USIM. Tahun 2017 pula menyaksikan Darul Quran

Page 26: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

26

terus komited untuk meluaskan rangkaikan kerjasama dengan

Institut Pengajian Tinggi ini termasuk dengan beberapa siri

Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan dalam tahun

yang sama antaranya ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan

Universiti Teknikal Melaka (UTeM).34

Ini menunjukkan bahawa Darul Quran telah berada pada landasan

yang betul bagi mengarusperdanakan pendidikan tahfiz selari

dengan dasar dan hasrat kepimpinan kerajaan bagi melahirkan

125000 orang huffaz profesional pada tahun 2050 akan datang.

Dari aspek melahirkan graduan-graduan tahfiz, rajah 1

menunjukkan perkembangan Darul Quran dalam melahirkan

graduan berkualiti kepada negara. bermula dengan fasa graduan

hafiz al-Quran dan ilmu Qiraat, fasa graduan hafiz al-Quran

dengan kurikulum dini, fasa graduan hafiz al-Quran dengan

kurikulum profesional dan fasa graduan hafiz al-Quran dengan

kurikulum kemahiran. Jadual 4 pula menunjukkan perkembangan

Darul Quran.

Page 27: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

27

Melahirkan Graduan Hafiz al-Quran dan Ilmu Qiraat

Melahirkan Graduan Hafiz al-Quran dengan Kurikulum Dini

Melahirkan Graduan Hafiz al-Quran dengan Kurikulum Profesional

Melahirkan Graduan Hafiz al-Quran dengan Kurikulum Kemahiran

Rajah 1 : Fasa Kelahiran Graduan Tahfiz Darul Quran

Jadual 4 : Perkembangan Darul Quran

Tahun Perkembangan Darul Quran

1966-1987 Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran dan Ilmu

Qiraat di Masjid Negara

1972 Kelas pengajian ditukar nama kepada Maahad Tahfiz

al-Quran Wal Qiraat

1977 Pengambilan Pertama Pelajar Luar Negara

1979-1980 Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat diletakkan di

bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam,

BAHEIS,JPM

1980-1983 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dipindahkan

ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Cenderasari, Kuala

Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah

kelolaan INDAH, BAHEIS, JPM

1983

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah ditukar

kepada Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Wa al-

Qiraat (IPTQ)

Program Diploma Tahfiz al-Quran mula

diperkenalkan dan mendapat perakuan daripada

Jabatan Perkhidmatan Awam

1984 IPTQ dijadikan sebagai sebuah Cawangan di

Page 28: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

28

Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan

Perdana Menteri

1990 Pengambilan pertama pelajar perempuan

1992-1994 IPTQ dipindahkan ke sebuah bangunan yang

disewa di Taman Tun Dr. Ismail bagi

penempatan pelajar-pelajar lelaki. Manakala

pelajar-pelajar perempuan pula ditempatkan di

Jalan Ledang sehinggalah kemudiannya pada

tahun 1994, pelajar-pelajar perempuan juga turut

berpindah ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala

pelajar lelaki pula dipindahkan ke Batu 14 Sg.

Semungkis, Hulu Langat, Selangor

1997 IPTQ telah dinaikkan taraf sebagai salah satu

bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(Jakim) dan diberi nama Darul Quran

1998 Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di

Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala

Kubu Bharu, Selangor

1999 sistem pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran

ini diubah mengikut semester

2000 Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-UIAM

2001 Syukbah Dakwah, Program Diploma Tahfiz al-Quran

2007

Menjalinkan MoU dengan KITAB, Pulau Pinang

Sijil Tinggi Tarannum al-Quran

2008

Mengadakan MoU MTQN Pahang

Mengadakan MoU INTIM, Perak

Mengadakan MoU MTQN Perlis

Mengadakan MoU MARSAH, Johor

Syukbah Syariah, Program Diploma Tahfiz al-Quran

Pensijilan Tahfiz Al-Quran Orang Kelainan Upaya

Masalah Penglihatan (OKUMP)

2009

Mengadakan MoU ITQAN, Negeri Sembilan

Mengadakan MoU ITQAS, Sabah

Mengadakan MoU MTQN Kelantan

Mengadakan MoU IQT, Terengganu

Syukbah Hadith, Program Diploma Tahfiz al-Quran

Menjalinkan MoU dengan USIM bagi Program

Pengajian Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah telah

diperkenalkan di Darul Quran

2010 Syukbah Muamalat, Program Diploma Tahfiz al-

Page 29: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

29

5. DARUL QURAN PERINTIS DINAMIK

Melihat kepada fasa-fasa perkembangan Darul Quran, jelaslah

bahawa Darul Quran telah sekian lama merintis pengajian tahfiz

di Malaysia dan bersedia untuk mengorak langkah memaju dan

memartabatkan pendidikan tahfiz. Ini adalah selari dengan hasrat

kerajaan yang kini giat merangka empat model kurikulum tahfiz

melalui DPTN yang merangkumi tahfiz turath (pengajian tahfiz

al-Quran bersama kitab turath), tahfiz sains (pengajian tahfiz al-

Quran bersama mata pelajaran sains), tahfiz dini (pengajian tahfiz

al-Quran bersama mata pelajaran agama Islam) dan tahfiz

kemahiran (pengajian tahfiz al-Quran bersama modul kemahiran).

Darul Quran telah sedia merintis kurikulum tahfiz dini melalui

program-program pengajian diploma tahfiz al-Quran yang

ditawarkan. Manakala bagi kurikulum tahfiz profesional pula

Quran

2011

Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

Mengadakan MoU INSPI, Terengganu

Mengadakan MoU IKMAS, Sarawak

Mengadakan MoU IQSA, Melaka

2012 Mengadakan MoU IQDAR, Kedah

Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN

2014

Syukbah Pengurusan Halal, Program Diploma Tahfiz

al-Quran

Mengadakan MoU MTQ ADDIN, Perak

Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-CUCMS

2015 Sijil Kemahiran Malaysia

2016 Sijil Asas Tahfiz

2017 Mengadakan MoU dengan UPSI, UPNM, UTEM,

POLITEKNIK

Page 30: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

30

dapat dilihat daripada program-program pensijilan tahfiz yang

melibatkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam

dan Swasta. Bagi kurikulum tahfiz kemahiran pula, Darul Quran

telah sedia melaksanakan program Sijil Kemahiran Malaysia

(SKM) melalui kerjasama dengan kerjasama Jabatan

Pembangunan Kemahiran (JPK). Bagi kurikulum tahfiz turath

pula Darul Quran sedang giat melaksanakan perbincangan dan

kerjasama dengan institusi di negeri-negeri seperti Jabatan Agama

Islam Negeri dan institusi-institusi tahfiz swasta.

5.1 Darul Quran Merintis Model Kurikulum Tahfiz Dini

Darul Quran telah merintis model bagi Kurikulum Tahfiz Melalui

DPTN iaitu tahfiz dini terutamanya melalui program pengajian

Diploma Tahfiz al-Quran. Program ini menawarkan sebanyak 6

syukbah atau pengkhususan kepada pelajar. Syukbah pertama

ialah Syukbah Qiraat. Syukbah ini merupakan syukbah pertama

yang diperkenalkan oleh Darul Quran sebaik sahaja ia ditubuhkan

pada tahun 1966. Di antara kursus yang ditawarkan di dalam

syukbah ini ialah Qiraat Ilmi, Qiraat Amali, Dhobt al-Quran,

Rasm al-Quran, Tarikh al-Qurra’, Tarikh al-Mushaf, Fawasil dan

Ulum al-Quran.

Syukbah kedua ialah Syukbah Dakwah yang merupakan syukbah

kedua dijalankan di Darul Quran pada tahun 2001. Di antara

kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah Pengantar

Page 31: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

31

Dakwah, Psikologi dakwah, Metodologi Dakwah, Komunikasi

Dakwah, Pengurusan Islam, Pengucapan Dakwah, Bimbingan

dan Kaunseling Islam, Kepimpinan Islam.

Syukbah Syariah pula merupakan syukbah ketiga dilaksanakan di

Darul Quran pada tahun 2008. Di antara kursus yang ditawarkan

di dalam syukbah ini ialah Pengantar Ilmu Syariah, Fiqh Ibadah,

Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh al-Munakahat, Fiqh al-

Muamalat dan Fiqh al-Jinayah.

Syukbah seterusnya ialah Syukbah Hadis merupakan syukbah

keempat dilaksanakan di Darul Quran pada tahun 2009. Di antara

kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah Ulum al-

Hadis, Tadwin al-Hadith, Hujjiyah al-Sunnah, Jarh wa Ta’dil,

Takhrij al-Hadith, Kajian Teks al-Hadith, Kajian Hadis Hukum

dan kajian Hadis Dha’if, dan Maudhu’.

Syukbah seterusnya ialah Syukbah Muamalat (2010). Di antara

pengkhususan kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah

Fiqh al-Muamalat, Qawaid Fiqhiyyah, Prinsip Ekonomi Islam,

Ekonomi Perbandingan, Sistem Kewangan Islam, Institusi

Ekonomi Islam dan Perbankan Islam.

Syukbah terkini yang ditawarkan bermula tahun 2014 pula ialah

Syukbah Pengurusan Halal dengan antara kursus yang ditawarkan

Page 32: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

32

ialah Fiqh al-‘At’imah wa Al-Zabaih, Pengenalan Kepada Industri

Halal, Usul al-Fiqh, Pensijilan Halal, Qawa’id Fiqhiyyah,

Pengurusan Halal Dalaman, Tafsir Ayat dan Hadith Ahkam,

Perundangan dan Penguatkuasaan Halal.

Dengan perkembangan program pengajian ini, Darul Quran telah

berjaya melahirkan ramai graduan huffaz. Sehingga tahun 2017,

graduan yang telah berjaya dilahirkan dari program ini ialah

seramai 5395 orang yang turut merangkumi graduan daripada

hasil kerjasama dengan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri iaitu

seramai 2288 orang. Jadual 7 menunjukkan jumlah graduan

program pengajian Diploma Tahfiz bermula daripada tahun 1966

hingga 2017.

Jadual 7 : Graduan Program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Darul

Quran, Jakim dan Graduan Diploma Tahfiz al-Quran kerjasama Jakim

dan Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN)

Tahun Jumlah Graduan Darul Quran Jumlah Graduan MTQN

1966 - -

1970 8 -

1971 - -

1973 12 -

1977 9 -

1978 - -

1980 - -

1981 2 -

1983 - -

1984 5 -

1985 - -

1986 13 -

1987 13 -

1988 10 -

Page 33: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

33

1989 14 -

1990 15 -

1991 27 -

1992 21 -

1993 41 -

1994 26 -

1995 53 -

1996 22 18

1997 36 20

1998 46 44

1999 39 90

2000 35 61

2001 41 98

2002 120 155

2003 50 66

2004 79 122

2005 93 140

2006 155 88

2007 130 78

2008 149 84

2009 218 70

2010 216 110

2011 191 93

2012 192 113

2013 195 95

2014 215 157

2015 203 166

2016 205 192

2017 208 228

Jumlah 3107 2288

5.2 Darul Quran Merintis Model Kurikulum Tahfiz

Profesional

Darul Quran juga telah merintis pendidikan tahfiz profesional. Ini

dapat dilihat daripada program pensijilan-pensijilan tahfiz yang

diperkenalkan bagi melahirkan graduan-graduan dalam bidang

Page 34: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

34

kedoktoran, farmasi dan kejuruteraan. Ini jelas daripada graduan

yang dilahirkan daripada Program Pensijilan Tahfiz al-Quran

JAKIM-UNITEN, graduan daripada Program Pensijilan Tahfiz

al-Quran JAKIM-UIAM dan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran

JAKIM-CUCMS. Program pensijilan JAKIM-UIAM mula

diperkenalkan pada tahun 2000. Program ini dilaksanakan secara

kerjasama di antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program ini ditawarkan kepada

pelajar lepasan SPM aliran sains agama dan dijalankan dalam

tempoh selama 18 bulan. Manakala Program Pensijilan Tahfiz

JAKIM-UNITEN pertama kali dijalankan ialah pada tahun 2013.

Program ini dijalankan secara kerjasama di antara JAKIM dan

UNITEN dan proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan

sepenuhnya di kampus UNITEN. Hasil daripada kedua-dua

program pengajian ini Darul Quran telah melahirkan seramai

1635 yang turut merangkumi 133 orang daripadanya ialah

graduan Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN manakala

bagi Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-CUCMS dijangka akan

melahirkan graduan sulungnya seramai 3 orang pada tahun 2018.

Jadual 8 menunjukkan jumlah graduan program pengajian

Diploma Tahfiz bermula daripada tahun 1966 hingga 2017.

Page 35: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

35

Jadual 8 : Jumlah Graduan Program Pengajian Pensijilah Tahfiz al-

Quran JAKIM-UIAM dan JAKIM-UNITEN

Tahun Graduan JAKIM-UIAM Graduan JAKIM-UNITEN

2000 - -

2001 7 -

2002 14 -

2003 19 -

2004 43 -

2005 104 -

2006 89 -

2007 120 -

2008 139 -

2009 104 -

2010 117 -

2011 97 -

2012 128 -

2013 126 22

2014 128 30

2015 91 23

2016 90 22

2017 86 36

Jumlah 1502 133

5.3 Darul Quran Merintis Model Kurikulum Tahfiz

Kemahiran

Bagi tahfiz kemahiran, Darul Quran telah melaksanakan program

SKM dengan kerjasama JPK melalui pembinaan kurikulum

standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS) bagi

mewujudkan SKM dalam bidang pengurusan masjid, pengurusan

tahfiz, pengajaran tahfiz, pengajaran al-Quran Braille dan

pengurusan mutawwif. Bermula tahun 2015, Darul Quran telah

melaksanakan SKM Pengurusan Masjid tahap 3 dengan

Page 36: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

36

pengambilan pertama seramai 20 orang perantis dan seterusnya

pada tahun 2016 pengambilan kedua dilaksanakan pada bulan

April melibatkan seramai 24 orang perantis. Seramai 43 orang

graduan telah menamatkan program sehingga jayanya sehingga

Oktober 2017. Ini melibatkan graduan tahun 2016 seramai 20

orang dan bagi tahun 2017 pula adalah seramai 23 orang. Sebagai

kesinambungan Darul Quran akan meneruskan program Diploma

Kemahiran Malaysia (Pengurusan Masjid) Tahap 4 dengan

jangkaan pengambilan seramai 43 orang perantis untuk memberi

peluang kepada mereka meneruskan peningkatan tahap kemahiran

seperti yang dirancang. Selain itu, selaras dengan perkembangan

pendidikan tahfiz di negara ini, Darul Quran akan melaksanakan

satu lagi program SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia bidang

Pengurusan Tahfiz Tahap 3 yang dijangkakan bermula pada Julai

2018. Jadual 9 menunjukkan jumlah graduan Program SKM di

Darul Quran.

Jadual 9 : Jumlah Graduan Program SKM di Darul Quran

Tahun Jumlah Graduan

2016 20

2017 23

Jumlah 43

Dari aspek kerjasama pula ternyata Darul Quran telah

menjalinkan kerjasama erat dengan institusi agama negeri-negeri

melalui program pengajian Diploma Tahfiz, melebarkan

kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi melalui program-

Page 37: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

37

program khasnya program Pengajian Pensijilan Tahfiz serta turut

memberi ruang kerjasama dengan pusat-pusat tahfiz swasta dan

persendirian melalui Sijil Tahfiz Malaysia. Justeru, tahun-tahun

mendatang, Darul Quran akan terus melebarkan sayap

kerjasamanya dengan Institut Pengajian Tinggi selain

menggarapkan peranan sebagai agensi tahfiz pusat yang

berperanan menyusun dan penyelaras kurikulum tahfiz peringkat

nasional, pengiktirafan tahfiz serta melebarkan ruang pendidikan

tahfiz turath termasuk dengan menjalinkan perbincangan dan

kerjasama institusi di negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam

Negeri dan institusi tahfiz swasta.

Bagi program Sijil Asas Tahfiz pula, Darul Quran merancang

untuk meluaskan penyertaan program ini kepada Muallaf dan

Orang Asli. Ini adalah bagi membuka peluang kepada pelajar

dalam kalangan Muallaf dan Orang Asli menyambung pengajian

dalam bidang tahfiz secara formal sehingga mampu menghafaz

al-Quran secara sistematik, menguasai asas ilmu pengetahuan

Islam dan juga Bahasa Arab seterusnya melanjutkan pengajian ke

peringkat Diploma. Sijil Asas Tahfiz juga dirancang untuk dibuka

ruang kepada pelajar luar negara. Ini adalah selaras dengan

perkembangan semasa, Darul Quran telah menjalankan program

pengajian diploma mengikut standard MQA dan segala aspek

yang digariskan perlulah dipatuhi bagi memberi jaminan kualiti

Page 38: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

38

kepada program, termasuklah syarat kemasukan kepada pelajar

OKUMP dan luar negara.35

Darul Quran juga sedang giat untuk mengusahakan pengambilan

pelajar luar negara. Graduan luar negara Darul Quran akan

berperanan sebagai duta di negara masing-masing bagi membawa

jenama Darul Quran. Darul Quran telah menghasilkan 160

pelajar luar negara sejak tahun 1977 dan graduan-graduan ini

telah berkecimpung dalam pelbagai bidang pekerjaan dengan

membawa jenama Darul Quran sebagai contoh Us. Dr. Ahmad

bin Mohd Zaki Napalen (al-Hafiz) yang telah berjaya membina

sebuah Madrasah Darul Maarif di Wilayah Satul, Thailand dan

menjadi Mudir Am di Madrasah tersebut dan Us. Mohamed

Qusairy bin Thaha (al-Hafiz) sebagai pengetua Darul Quran,

Singapura serta seorang graduan Darul Quran daripada Kemboja

yang telah menyumbang khidmat bakti di Institusi Tahfiz al-

Quran di Kemboja.36

Darul Quran juga berperanan penting sebagai Penyelaras Teras 5

Pengiktirafan Institusi dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

(DPTN). Melalui Teras ini, Darul Quran berperanan antara lain

adalah untuk mewujudkan badan khusus bagi menilai dan

mengawal tahfiz di Malaysia.

Page 39: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

39

1 Nordin Ahmad.(2016). Memperkasakan Darul Quran Ke Arah

Memartabatkan Pendidikan Tahfiz di Malaysia. Kompilasi Kertas Kajian

Pendidikan Tahfiz Siri 1 2016.Darul Quran. Selangor

2 Sedek Ariffin & Siti Sarah Wahidah Wahid (2014). Kajian Metodologi

Hafazan al-Quran. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

3 Unit Pengajian Tinggi & Pembangunan Modal Insan, JHEAINS, 2017

4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,

http://www.jheains.sabah.gov.my/index.php?lang=en, 14 Jun 2017

5 Pejabat Pengetua, ITQAS, 2017

6 Maahad Tahfiz al-Quran Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu

Kelantan, http://maahadtahfiz.e-maik.my/v2/, 14 Jun 2017

7 Unit Akademik, MTQN Kelantan, 2017

8Institut Pengajian Islam Terengganu,

http://www.yit.gov.my/index.php/en/institut-pengajian-islam-inspi, 14 Jun

2017

9 Pejabat Pengetua, INSPI, 2017

10 IKMAS, http://ikmassarawak.wixsite.com/ikmas/borang-permohonan-

diploma, 14 Jun 2017

11 Bahagian Akademik IKMAS,2017

12 Institut Al-Quran Darul Aman, http://iqdar.edu.my, 14 Jun 2017

13 Bahagian Pengurusan & Kewangan, IQDAR, 2017

14 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang,

http://www.tahfizpahang.edu.my/index.php?lang=my, 14 Jun 2017

15 Temu bual dengan Penolong Pengarah Kanan Unit Dasar, Darul Quran, Puan

Norhayati binti Ab Lateh pada 13 Mac 2018

16 Jabatan Agama Islam Perak, http://jaipk.perak.gov.my, 14 Jun 2017

17 Unit Pengurusan Akademik Darul Quran, 2017

Page 40: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

40

18 Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Yayasan Islam Perlis,

http://mtqqperlis.blogspot.my/?m=1, 14 Jun 2017

19 Pejabat Pengetua MTQN Perlis, 2017

20 Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Sayyidina Ali,

http://www.mtqmsa.edu.my/?vce, 14 Jun 2017

21 Unit Pentadbiran, IQSA, 2017

22 Institut al-Quran Terengganu, http://iqt.terengganu.gov.my/index.php/en/,

14 Jun 2017

23 Pusat Pengajian al-Quran, IQT, 14 Jun 2017

24 Kolej Pengajian Islam Johor,

http://www.marsah.edu.my/v6/index.php/ms/info/latarbelakang/pengenala

n, 14 Jun 2017

25 Unit Pengurusan Akademik Darul Quran, 2017

26 KITAB, http://kitab.edu.my, 14 Jun 2017

27 Pejabat Rektor KITAB,2017

28 Bahagian Pengurusan dan Kewangan, MTQ ADDIN

29 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN, 2017

30 Darul Quran. (2016). Sambutan Jubli Emas Darul Quran. Selangor. Darul

Quran.

31 Ibid.

32 Ibid.

33 Ibid.

34 Ibid.

35 Kertas Cadangan Menetapkan Syarat Khas Kelayakan Masuk Bagi Program

Diploma Tahfiz al-Quran Untuk Pelajar Orang Kelainan Upaya Masalah

Penglihatan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (C08/29/2016)

Page 41: Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan

41

36 Kertas Cadangan Dasar Pengambilan Pelajar Luar Negara Darul Quran

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Mesyuarat Lembaga Darul Quran Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (C08/29/2016)