putrajaya 11 nov

2
PUTRAJAYA 11 Nov. - Kebanjiran pekerja asing di Malaysia kini berada pada tahap yang sangat serius apabila dianggarkan sebanyak 6.7 juta golongan terbabit mencari rezeki di negara ini dalam pelbagai sektor. Richard Riot Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, daripada jumlah tersebut, didapati hanya sebanyak 2.1 juta pekerja asing mempunyai permit dan selebihnya memasuki negara ini secara haram. Beliau berkata, kebanjiran pekerja asing gagal dibendung ekoran permintaan tinggi tenaga kerja dalam pelbagai sektor selain sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan di negara ini. “Jumlah 6.7 juta pekerja asing itu adalah anggaran jabatan perangkaan kerana kita tiada jumlah sebenar golongan terbabit, kiraannya adalah mengikut nisbah iaitu seorang pekerja asing yang mempunyai permit dijangka membawa sekurang-kurangnya seorang pekerja yang tiada permit. “Itu adalah anggaran kementerian, manakala hasil pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan baru-baru ini pula menunjukkan jumlah berbeza iaitu berlaku peningkatan kebanjiran pekerja warga asing di negara ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Menurut Richard, rakyat negara ini perlu ada perasaan bimbang dengan kebanjiran pekerja asing ketika ini kerana golongan berkenaan mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi sekiranya terus diberi peluang. “Ketika ini mungkin mereka menguasai bidang separuh mahir contohnya dalam bidang pertanian, buruh dan sebagainya, namun siapa sangka suatu hari nanti golongan ini akan menguasai bidang profesional pula. “Oleh itu saya sarankan agar rakyat negara ini tidak terlalu memilih pekerjaan dan para majikan juga perlulah bersikap adil dengan menawarkan gaji yang sesuai kepada pekerja tempatan,” katanya.

Upload: hakimah-suib

Post on 11-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

HH

TRANSCRIPT

Page 1: Putrajaya 11 Nov

PUTRAJAYA 11 Nov. - Kebanjiran pekerja asing di Malaysia kini berada pada tahap yang sangat serius apabila dianggarkan sebanyak 6.7 juta golongan terbabit mencari rezeki di negara ini dalam pelbagai sektor.

Richard Riot

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, daripada jumlah tersebut, didapati ha-nya sebanyak 2.1 juta pekerja asing mempunyai permit dan selebihnya memasuki negara ini secara haram.Beliau berkata, kebanjiran pekerja asing gagal dibendung ekoran permintaan tinggi tenaga kerja dalam pelbagai sektor selain sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan di negara ini.“Jumlah 6.7 juta pekerja asing itu adalah anggaran jabatan perangkaan kerana kita tiada jumlah sebenar golongan terbabit, kiraannya adalah mengikut nisbah iaitu seorang pekerja asing yang mempunyai permit dijangka membawa sekurang-kurangnya seorang pekerja yang tiada permit.“Itu adalah anggaran kementerian, manakala hasil pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan baru-baru ini pula menunjukkan jumlah berbeza iaitu berlaku pe-ningkatan kebanjiran pekerja warga asing di negara ini,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.Menurut Richard, rakyat negara ini perlu ada perasaan bimbang dengan kebanjiran pekerja asing ketika ini kerana golongan berkenaan mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi sekiranya terus diberi peluang.“Ketika ini mungkin mereka menguasai bidang separuh mahir contohnya dalam bidang pertanian, buruh dan sebagainya, namun siapa sangka suatu hari nanti golongan ini akan menguasai bidang profesional pula.“Oleh itu saya sarankan agar rakyat negara ini tidak terlalu memilih pekerjaan dan para majikan juga perlulah bersikap adil dengan menawarkan gaji yang sesuai kepada pekerja tempatan,” katanya.Sementara itu mengulas mengenai majlis konvokesyen ILJTM, Richard berkata, institut berkenaan merupakan sebuah jabatan kerajaan di bawah kementeriannya yang berfungsi sebagai pengeluar utama tenaga mahir negara bagi memenuhi permintaan industri.“Sekarang kebolehpasaran pelajar lepasan ILJTM semakin meningkat, namun saya menyarankan agar pelajar di peringkat sijil menyambung pelajaran ke peringkat diploma untuk menimba pelbagai kemahiran selain memperluaskan peluang untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya.Dalam pada itu katanya, kementerian menyasarkan untuk melahirkan sebanyak 115,000 pekerja mahir dalam pelbagai sektor bagi tempoh lima tahun akan datang sebagai memenuhi permintaan tenaga kerja di negara ini.

Page 2: Putrajaya 11 Nov

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kebanjiran-pekerja-asing-8232-di-malaysia-sangat-serius-1.23718#sthash.aFuZ8FuU.dpuf