soalan pt3 sains - drveenasfort.files.wordpress.com · soalan1% bacapetikandibawah! pencemaran...

11
UJIAN BULAN JULAI SMK SUKAU 2014 SAINS TINGKATAN 3 DISEDIAKAN OLEH PANITIA SAINS PT 3 NAMA:_________________________ NO IC:____________________________ ARAHAN: KERTAS JAWAPAN DISEDIAKAN OLEH PELAJAR SENDIRI.

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  •  UJIAN  BULAN  JULAI  

    SMK  SUKAU  2014  

     SAINS  

     TINGKATAN  3  

     DISEDIAKAN  OLEH  PANITIA  SAINS  PT  3  

     NAMA:_________________________  NO  IC:____________________________  

     ARAHAN:    

    KERTAS  JAWAPAN  DISEDIAKAN  OLEH  PELAJAR  SENDIRI.  

                 

  • Soalan  1  Baca  petikan  di  bawah  Pencemaran ammonia Sungai Langat punca bekalan air terjejas 20 Februari 2014.

    KUALA LUMPUR: Peningkatan paras ammonia di Sungai Langat menyebabkan Loji Penapisan Air (LPA) Batu 11 Cheras terpaksa menghentikan operasi pada 28 Januari lalu diikuti LPA Bukit Tampoi pada 29 Januari mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

    Dalam satu kenyataan media, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Md Khairi Selamat berkata, kadar bacaan pencemaran ammonia di Sungai Langat didapati melebihi 1.5 mg/l yang melebihi piawaian air minum yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Menurut Md Khairi, Luas selaku urusetia Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah menjalankan siasatan bersepadu dan mengambil tindakan sesuai bagi menangani masalah ini.

    "Peningkatan mendadak tahap ammonia di kedua-dua LPA tersebut disebabkan oleh kegagalan loji rawatan kumbahan Kompleks Federal Reserve Unit (FRU) di samping punca daripada kawasan-kawasan lain.

    "Keadaan ini ditambah dengan faktor penurunan aliran air sungai yang disebabkan oleh ketiadaan hujan di sekitar kawasan tadahan Sungai Langat beberapa minggu yang lepas," jelas beliau.

    Keadaan ini, katanya menyebabkan kadar pencairan (dilution) berkurangan di dalam sungai dan telah meningkatkan kadar kepekatan ammonia di hulu sungai sehingga mencecah 12.5 mg/l.

    Pihak IWK, tambahnya telah mengambilalih operasi loji rawatan kumbahan berkenaan dan tindakan pembersihan serta pengoperasian loji telah dijalankan, manakala limpahan air kumbahan telah dapat dikawal.

    LPA Batu 11 Cheras telah beroperasi semula pada 2 Februari hasil pelepasan air dari Empangan Langat yang membantu meningkatkan kadar pencairan, namun dihentikan semula pada 4 Februari oleh kerana kadar ammonia meningkat.

    "Kadar tersebut kemudiannya menurun kembali pada 7 Februari 2014 disebabkan terdapatnya hujan di kawasan tadahan pada malam sebelumnya.

    "Bagaimanapun, bacaan ammonia yang tidak konsisten tersebut menyebabkan kedua-dua LPA masih belum boleh beroperasi untuk merawat air," jelas beliau.

    Menurut Md Khairi, pihaknya telah memohon SPAN dan IWK untuk meningkatkan lagi kualiti pelepasan efluen loji rawatan kumbahan walaupun telah mematuhi piawaian yang ditetapkan untuk membantu mengurangkan paras ammonia di dalam sungai.

    Dalam masa yang sama, ujarnya pemantauan kadar tersebut dilakukan dengan berterusan melalui pensampelan di titik pemantauan.

    "Pelepasan air dari empangan juga dilakukan untuk meningkatkan kadar pencairan di dalam sungai bagi membantu menurunkan paras ammonia.

  • "Dalam masa yang sama, penggunaan kolam-kolam berhampiran dengan LPA Bukit Tampoi telah dilakukan untuk meningkatkan kadar aliran air sungai," katanya. KKM juga, ujar beliau telah diminta untuk menetapkan had piawaian kualiti air minum ke tahap yang sesuai pada waktu-waktu tertentu dan sedang melakukan semakan.

    "Pihak Luas kesal dengan situasi yang berlaku dan bersimpati di atas kesulitan yang dialami penduduk oleh kerana kualiti air sungai yang telah menyebabkan gangguan bekalan air.

    "Luas sedang mengambil tindakan sedaya-upaya bersama pihak-pihak terlibat yang lain untuk menangani situasi ini dengan kadar segera. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan untuk memainkan peranan dan tugas masing-masing," katanya.    Berdasarkan  petikan  di  atas,  Apakah  pencemaran  yang  dialami  oleh  penduduk  di  sekitar  sungai  Langat?  (1  Markah)    Jelaskan  Punca  pencemaran  itu?  (3  Markah)    Sebagai  seorang  pelajar,  apakah  tindakan  anda  untuk  membantu  menjaga  sungai-‐sungai  yang  lain  daripada  tercemar  seperti  sungai  langat  ini.    (2  Markah)                                                                

  • Soalan  2.  Anita  sedang  menyidai  pakaiannya  dengan  dua  cara  pada  jam  10.30  pagi.    

     Cara  1  

     

     Cara  2  

    (i) Manakah  yang  lebih  cepat  kering?  Berikan  alasan  anda.  (3  Markah)    

    Tiba-‐tiba  awan  mendung  mulai  berarak  dan  hujan  mulai  turun.  Anita  membawa  selimutnya  yang  belum  kering  itu  ke  dalam  rumah.      

    (ii) Sebagai  kakak/abang  kepada  anita,  apakah  cadangan  anda  kepadanya  untuk  mempercepatkan  selimutnya  cepat  kering  jika    dijemur  dalam  rumah.  (3  Markah)  

                                             

  • Soalan  3.  

    Buaya

    Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Ibu buaya adalah lebih ganas daripada buaya yang lain. Induk buaya betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan pada tanah atau di bawah seresah daun. Dan, induk tersebut menunggu dari jarak sekitar 2 meter dari dalam air. Di musim bertelur buaya amat buas menjaga telurnya. Di Malaysia dan Indonesia ada 3 jenis buaya yang terkenal:

    1. Buaya muara 2. Buaya air tawar Irian 3. Buaya sepit

    Makanan utama buaya adalah haiwan-haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptilian dan mamalia, kadang-kadang juga memangsa udang dan sotong bergantung pada spesiesnya.  Jelaskan  ciri-‐ciri  haiwan  dalam  kelas  reptilia.  (3  Markah)    Berikan  satu  contoh  lain  dalam  kelas  haiwan  yang  sama  dengan  buaya.  (1  Markah)    Pada  waktu  pagi,  Buaya  akan  berjemur  di  bawah  matahari  untuk  meningkatkan  suhu  badannya.  Ini  bertujuan  untuk  meningkatkan  kadar  metabolisme  dalam  buada  dan  mempercepatkan  penghadaman  makanan  dalam  perut  buaya.  Mengapakah  buaya  tidak  berjemur  pada  waktu  tengah  hari?  (2  Markah)                                  

  • Soalan  4.      

     Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar  Shukor  Al  Masrie  bin  Sheikh  Mustapha    pada  27  Julai  1972)  merupakan  doktor  bedah  ortopedik  dari  Malaysia  dan  merupakan  angkasawan  Malaysia  yang  pertama  ke  angkasa  lepas  setelah  diumumkan  oleh  Dato'  Seri  Abdullah  bin  Haji  Ahmad  Badawi      pada  25  September  2007(Selasa)  tepat  jam  12.00  tengah  hari.  Beliau  berlepas  ke  angkasa  pada  10  Oktober  2007  dengan  menaikiSoyuz  TMA-‐11  yang  dilancarkan  oleh  Stesen  Angkasa  Antarabangsa(ISS).  Beliau  menyertai  program  ini  di  bawah  perjanjian  bersamaRussia  menerusi  program  Angkasawan,  dan  telah  kembali  ke  Bumi  bersama  ahli-‐ahli  Ekspedisi  15,  Fyodor  Yurchikhin  dan  Oleg  Kotovselepas  sembilan  hari  berada  di  stesen  berkenaan.    Misi  selama  11  hari  ini  telah  berjaya  dilangsungkan  dari  10  Oktober  2007  jam  9.21  malam  waktu  Malaysia  dan  selamat  kembali  ke  bumi  pada  21  Oktober  2007  pada  jam  6.44  petang  waktu  Malaysia.  Beliau  merupakan  orang  Islam  pertama  yang  menjalani  ibadah  berpuasa  dan  menyambut  Hari  Raya  Aidilfitri  di  angkasa  lepas.  Semasa  sidang  akhbar  NASA  dengan  ahli-‐ahli  Ekspedisi  16  pada  23  Julai  2007,  Shukor  menyatakan  bahawa  beliau  berharap  untuk  membawa  pelbagai  kultur  sel  hidupan  untuk  dipelajari  semasa  penerbangannya.    Berdasarkan  kepada  pengetahuan  dan  pemahaman  anda  dalam  Bab  penerokaan  angkasa  lepas  dalam  sains  tingkatan  3,  jawap  soalan-‐soalan  berikut.    Bagaimanakah  angkasawan  ke  angkasa  lepas?  (2  markah)    Huraikan  dua  nilai  yang  boleh  kita  pelajari  daripada  penerokaan  angkasa  lepas.  (4  Markah)                            

  • Soalan  5.  Dalam  foto  sistem  suria,  matahari  kelihatan  sangat  besar.    Adakah  matahari  merupakan  bintang  yang  terbesar  dalam  alam  semesta?  Berikan  alasan  anda.  (2  Markah)  Jelaskan  ciri-‐ciri  bintang.  (2  Markah)  Apakah  perbezaan  bintang  dengan  matahari?  Jelaskan  alasan  anda.  (2  Markah)    Soalan  6  Ramlan  ingin  memasang  lampu  mentol  di  dalam  rumahnya.  Beliau  mempunyai  2  cara  dalam  pilihannya.  Pilihan  yang  pertama  beliau  adalah  memasang  dalam  bentuk  litar  sesiri  dan  yang  kedua  adalah  litar  selari.  

         Anda  adalah  seorang  pakar  elektik  dan  diminta  untuk  memberikan  cadangan  kepada  ramlan  bagaimana  cara  terbaik  memasang  lampu  kalimantang  dalam  rumah.    Berikan  alasan  anda.(3  markah)      Berikan  2  cara  lain  untuk  menjimatkan  elektrik  dalam  kehidupan  seharian.  (2  Markah)                                        

  • Soalan  7  Baca  petikan  di  bawah    Mata  ialah  organ  deria  bagi  deria  penglihatan.    Apabila  anda  melihat  pada  sesuatu  objek,  sinar  cahaya  dari  objek  memasuki  mata.  Sinar  cahaya  akan  dibiaskan  oleh  kornea,  gelemair,  kanta  dan  gelemaca.  Imej  dibentuk  pada  retina,  impuls  dihasilkan  dan  dihantar  ke  oleh  saraf  optik.    Lukiskan  carta  alir  bagi  lintasan  cahaya  bagi  mata  berdasarkan  petikan  diatas.                        Lukiskan  lintasan  cahaya  dalam  mata                          abuniera  suka  menonton  tv  secara  dekat.  Apakah  kesan  jangka  panjang  jika  abuniera  meneruskan  tabiatnya  ini.                        

  • Soalan  8.  

       Pele  suka  mengumpul  haiwan-‐haiwan  yang  ada  dibelakang  rumahnya.  Sebagai  kawan  baik  pele,  kelaskan  setiap  haiwan-‐haiwan  di  atas  mengikut  kelas  haiwan  yang  sama.  (2  Markah)    Jelaskan  perbezaan  Vertabrata  dan  Invertabrata.  (2  Markah)    Bagaimanakah  ikan  bernafas?  (1Markah)    Bagaimanakah  Cacing  bernafas?  (1  Markah)    Lengkapkan  ayat  dibawah.  Mamalia  melahirkan  anak  manakala  burung  bertelur.  Persamaan  kedua-‐dua  kelas  ini  adalah  _____________________________________.  (1  Markah)                                      

  • Soalan  9.    

       

    Vincent  seorang  pemuda  yang  bijak  pandai.  Pada  suatu  hari  yang  sangat  sejuk,  beliau  melihat  wayar  telefon  di  depan  rumahnya  tergantung  seperti  dalam  gambar  di  atas.      Berdasarkan  pengetahuan  anda  dalam  sains,  lukiskan  apa  yang  akan  terjadi  kepada  wayar-‐wayar  itu  pada  waktu  hari  yang  sangat  panas?                        

    (2  Markah)    

    landasan  kereta  api  dan  jambatan  jalan  raya  mempunyai  celahan-‐  celahan  kecil  di  antara  setiap  bahagian  tertentu.  Jelaskan  tujuan  celahan-‐celahan  ini  dibina.  

    (2  Markah)                  

  •  Soalan  10  

     Gizi  seimbang  ialah  gizi  yang  mengandungi  semua  kelas  makanan  dalam  nisbah  yang  betul.  Ianya  penting  untuk  mengekalkan  kesihatan  badan  dan  mengelakkan  pelbagai  penyakit.  Faktor  yang  menentukan  gizi  seimbang  seseorang  adalah  seperti  berikut.  

    1. Umur  2. Saiz  3. Jantina  4. Pekerjaan  5. Iklim  6. Keadaan  kesihatan.  

     Huraikan  dengan  ringkas  bagaimana  Faktor  Umur  mempengaruhi  pengambilan  makanan.  (2  markah)    Nizam  mengamalkan  amalan  makanan  yang  tidak  seimbang.  Adakah  Nizam  akan  menjadi  sihat?  Berikan  alasan  Anda.  (2  Markah)    Arun  seorang  yang  suka  memakan  daging-‐daging  sahaja    dan  mengalami  kesukaran  untuk  membuang  air  besar.  jelaskan  penyakit  itu  dan    cara  paling  mudah  untuk  mengubati  penyakit  tersebut.  (2  Markah)