generated by foxit pdf creator © foxit software ... filepencemaran yang nyata. punca- punca utama...

24
AG30503:Pengurusan lembangan saliran Ini adalah karya pelajar 1. Pengenalan Perubahan gunatanah akibat tindak-tanduk manusia walaupun kadangkala secara langsung mahupun tidak langsung telah membawa satu kesan negatif yang mendadak kepada pelbagai komponen kitaran hidrologi dan hakisan tanih itu sendiri (Arnell, 1989). Di kawasan tropika lembap hakisan luar tapak merupakan hakisan yang paling dominan. Hal ini kerana sebahagian besar hakisan luar tapak adalah berkaitan dengan pertambahan dalam pencerobohan populasi manusia di kawasan lembangan saliran atau kawasan tadahan yang akhirnya menyebabkan dalam penghasilan endapan akibat pertambahan dalam tindakan manusia. Sedimen telah di takrifkan sebagai “sesuatu yang dienap di dasar cecair: keladak: mendapan” ( Kamus Chambers, Edisi 1972). Secara umumnya, konteks ancaman sedimen di lembangan saliran merupakan bahan peroi dengan kehadiran endapan yang memberi gangguan kepada imbangan antara pengangkutan endapan dan pemendapan pada dasar dan tebing sungai. Di Malaysia, pembangunan fizikal yang dijalankan di sepanjang lembangan saliran dan sungai-sungai telah mewujudkan ancaman sedimen serta kualiti air yang merosot dan seterusnya akan ke tahap kritikal jika langkah kawalan efektif tidak di laksanakan. Laporan Jabatan Alam Sekitar (1995), mendapati kualiti air sungai di Malaysia merosot pada kadar 0.55 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Daripada 115 buah sungai utama yang di monitor, 48 batang sungai yang bersih, 53 yang sederhana tercemar dan 14 tercemar teruk. Contoh yang paling sesuai seperti lembangan Sungai Langat dan sungai Klang yang mengalami pencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian, pengurangan litupan tumbuhan, perlombongan, buangan domestik dan buangan sisa kumbahan manusia dan ternakan yang menyebabkan hakisan, pemendapan sedimen dan juga pencemaran organik berlaku di sungai-sungai. Pencemaran logam berat seperti kandungan tembaga dan raksa juga dikenalpasati mengancam sungai- sungai. Comment [N1]: Pengenalan kebiasaannya menyentuh tentang isu yang ingin dikaji secara umum. Tidak perlu nyatakan definisi di sini coz sub taju definis ada dibahagikan seterusnya Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Upload: vonhi

Post on 30-Mar-2019

332 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Ini adalah karya pelajar 1. Pengenalan

Perubahan gunatanah akibat tindak-tanduk manusia walaupun kadangkala secara

langsung mahupun tidak langsung telah membawa satu kesan negatif yang mendadak kepada

pelbagai komponen kitaran hidrologi dan hakisan tanih itu sendiri (Arnell, 1989). Di kawasan

tropika lembap hakisan luar tapak merupakan hakisan yang paling dominan. Hal ini kerana

sebahagian besar hakisan luar tapak adalah berkaitan dengan pertambahan dalam

pencerobohan populasi manusia di kawasan lembangan saliran atau kawasan tadahan yang

akhirnya menyebabkan dalam penghasilan endapan akibat pertambahan dalam tindakan

manusia.

Sedimen telah di takrifkan sebagai “sesuatu yang dienap di dasar cecair: keladak:

mendapan” ( Kamus Chambers, Edisi 1972). Secara umumnya, konteks ancaman sedimen di

lembangan saliran merupakan bahan peroi dengan kehadiran endapan yang memberi gangguan

kepada imbangan antara pengangkutan endapan dan pemendapan pada dasar dan tebing

sungai.

Di Malaysia, pembangunan fizikal yang dijalankan di sepanjang lembangan saliran dan

sungai-sungai telah mewujudkan ancaman sedimen serta kualiti air yang merosot dan

seterusnya akan ke tahap kritikal jika langkah kawalan efektif tidak di laksanakan. Laporan

Jabatan Alam Sekitar (1995), mendapati kualiti air sungai di Malaysia merosot pada kadar 0.55

peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Daripada 115 buah sungai utama yang di

monitor, 48 batang sungai yang bersih, 53 yang sederhana tercemar dan 14 tercemar teruk.

Contoh yang paling sesuai seperti lembangan Sungai Langat dan sungai Klang yang mengalami

pencemaran yang nyata.

Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah,

pembangunan perindustrian, pengurangan litupan tumbuhan, perlombongan, buangan

domestik dan buangan sisa kumbahan manusia dan ternakan yang menyebabkan hakisan,

pemendapan sedimen dan juga pencemaran organik berlaku di sungai-sungai. Pencemaran

logam berat seperti kandungan tembaga dan raksa juga dikenalpasati mengancam sungai-

sungai.

Comment [N1]: Pengenalan kebiasaannya

menyentuh tentang isu yang ingin dikaji secara umum. Tidak perlu nyatakan definisi di sini coz sub taju definis ada dibahagikan seterusnya

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 2: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

2. Sedimen

a. Definisi

Pendefinisian sedimen adalah terlalu luas. Antara pentakrifan yang telah diberikan ialah

sedimen di takrifkan sebagai himpunan zarah longgar ataupun peroi seperti lumpur, pasir dan

kelikir. Dalam konteks ancaman sedimen di lembangan saliran, apabila pengaliran sungai yang

mengandungi lumpur atau pasir, terkawal halajunya seperti semasa mengalir ke tasik atau laut

atau melimpah di dataran, endapan yang terdahulunya terkandung dalam ampaian oleh

pergerakan air, tenggelam oleh graviti tersendiri ke bawah (Charles Lyell, 1838)

Sedimen ialah partikel bahan organik atau bukan organik yang terkumpul atau

terakumulasi secara longgar yang banyak terdapat pada alur sungai. Dalam kata lain, sedimen

merupakan bahan atau partikel yang terdapat di permukaan bumi (di daratan ataupun lautan),

dan boleh mengalami proses angkutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Air dan angin

merupakan agen pengangkut yang utama.

Sedimen adalah penghasilan daripada penyepaian (disintegration) dan penguraian

(decomposition) batu bata. Penyepaian adalah meliputi semua proses di mana batu-batan

pecah kepada partikel kecil tanpa sebarang perubahan kimia disebabkan perubahan suhu.

Penguraian pula menunjukkan proses pemecahan batu-batan akibat tindakan kimia yang

meliputi proses pengkarbonan, pengoksidaan dan larutan.

b. Pengkelasan sedimen

1) saiz butiran

Pengelasan sedimen dilakukan berdasarkan saiz butiran. Pengkelasan meliputi

batu kelikir (128-4096 mm), pasir (saiz 0.125-2 mm), kelodak ( saiz 0.004-0.062 mm),

tanah liat (saiz 0.00025-0.062 mm) ( Ponce 1989).

Comment [N2]: SR

Comment [N3]: Di mana anda rujuk pernyataan

ini???????????

Comment [N4]: 1.Kena baca Abdul Aziz, A.L. et al. 2000. Pengangkutan Enapan dan Kualiti Air Sungai Batu Pahat. Chan Ngai Weng (ed). Rivers: Towards Sustainable Development. Minden : Penerbit USM. Ms 272 -278

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 3: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

2) Pepejal terampai (SS)

Pepejal terampai adalah salah satu petunjuk kepada pencemaran sungai kesan

dari hakisan tanah oleh pembangunan fizikal dan juga perlombongan. Pepejal terampai

biasanya mengandungi lumpur, bahan organik dan pasir yang di angkut dari permukaan

tanah yang terdedah oleh air larian permukaan ke dalam sungai. Kadar luahan sedimen

bagi kawasan perbandaran dan pembinaan biasanya di antara 150 hingga 800 ton/km2

setahun manakal kawasan lapang atau kawasan yang sedang di bersih untuk dimajukan

pula mengeluarkan sedimen di antara 10,000 hingga 60,000 ton/km2 setahun. (

SEATEC, 1987).

3) Oksigen Terlarut ( DO)

Oksigen terlarut merujuk kepada jumlah oksigen yang terdapat dalam air.

Oksigen memasuki badan air melalui tindakan fotosentesis oleh tumbuhan akuatik.

Jumlah oksigen dalam air juga bergantung kepada suhu air, kemasinan dan tekanan

(Smith, 1990). Kehilangan oksigen dalam air boleh disebabkan oleh suhu yang tinggi,

peningkatan kandungan bahan organik dan tindakan aerobik mikroorganisma yang

menggunakan oksigen terlarut untuk menguraikan bahan organik tersebut.

4) Logam berat

Beberapa parameter logam berat seperti Arsenik, Kalsium, Kadmium, Ferum,

Plumbum dan Zink yang didapati wujud. Kandungan logam berat dalam air biasanya

berpunca dari pelbagai faktor seperti punca semulajadi (luluhawa batuan metamorfik

dan igneus dan jenis tanih sesuatu kawasan), faktor antropogenik (air larian permukaan

dari proses perlombongan dan kawasan Bandar) serta juga dari sumber berpunca

seperti sumber air buangan domestik dan effluan industri (Connell et al., 1984)

Comment [N5]: Apa kaitan dengan topik yang ingi dibincangkan ??????

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 4: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

3. punca dan sumber sedimen

Punca-punca sedimen wujud dari dua aspek iaitu pertama, sumber tak berpunca seperti

larian air permukaan (dari kawasan pertanian Bandar, kawasan pembangunan), atmosfera dan

pengairan. Kedua, sumber berpunca seperti kawasan ternakan, kawasan setinggan, industri dan

buangan domestik.

1) Faktor Petempatan

Faktor utama ancaman sedimen selalunya di kaitkan dengan faktor perkembangan

pembangunan. Kawasan pembangunan termasuklah kawasan Bandar, kampung tradisional dan

kawasan perindustrian. Kawasan petempatan dan bandar yang masih menggunakan sungai

sebagai kawasan buangan bagi 80 hingga 90 peratus dari kegunaan air mereka (Jamaluddin,

1989).

2) Faktor perindustrian

Air buangan dari kawasan perumahan dan perindustrian sering di salirkan terus ke

dalam sungai melalui longkang dan parit. Semakin tinggi jumlah penduduk atau semakin besar

kawasan perindustrian yang ada, semakin banyak air buangan di keluarkan. Contoh yang nyata

ialah kawasan perniagaan dan pasar Bandar Kajang yang membelakangkan Sungai Jeloh sering

kali menggunakan sungai tersebut sebagai kawasan buangan sampah pejal dan kotoran. Ini

adalah salah satu sebab mengapa kualiti air di stesen Bandar Kajang dan West Country

tercemar pada hampir keseluruhan parameter yang dikaji terutamanya BOD.

Kawasan perindustrian yang di bina di kawasan lembangan saliran, contohnya kawasan

perindustrian kawasan Bangi, Balakong yang terletak di kiri kanan sungai tersebut termasuk

juga kilang-kilang haram. Industri kecil-kecilan ataupun kilang-kilang haram biasanya

mengeluarkan air buangan tanpa di rawat terlebih dahulu. Air buangan ini di salurkan melalui

longkang atau parit semulajadi yang mengalir terus ke dalam sungai. Pembuangan sisa- sisa ini

menyumbang kepada pencemaran BOD, COD dan juga pepejal terampai. Selain itu, kandungan

logam, berat seperti ferum, arsenik dan plumbum telah menunjukkan kehadirannya di dalam

sungai.

Comment [N6]: Rujukan Utama : 2.Douglas, I. 2000. Sediment: A Major River Management Issue. Chan Ngai Weng (ed). Rivers: Towards Sustainable Development. Minden : Penerbit USM. Ms 15 – 22

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 5: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

3) Pembangunan guna tanah

Pembangunan gunatanah meliputi pembandaran, infrastruktur, perumahan dan

pertanian. Proses pembangunan tanah atau pembukaan hutan kepada pembangunan fizikal

termasuk pembandaran, industri dan struktur ini telah menyebabkan hakisan tanah. Dalam

kebanyakan kes, larian air permukaan di atas tanah yang terdedah untuk di jalankan

pembangunan, telah menyebabkan hakisan berlaku dan ini menjana kepada pertambahan

kandungan pepejal terampai di dalam sungai.

4) Hakisan tanah

Hakisan tanih dapat di kelaskan kepada dua jenis. Pertama ialah hakisan geologi yang

biasa; iaitu yang wujud dipermukaan bumi di mana sahaja terdapatnya aliran tenaga sama ada

dalam bentuk air, angin ataupun ais. Kedua adalah hakisan cepat. Ini adalah disebabkan

terutamanya aktiviti manusia yang menganggu perseimbangan antara tanih, litupan tumbuhan

– tumbuhan dan tenaga menghakis agen geologi yang berbagai-bagai. Jenis yang kedua inilah

yang biasanya dianggap sebagai hakisan tanih yang sebenar-benarnya (Faniran & Areola,

1978).

Agen-agen hakisan termasuklah air, glasier, salji, angin, tumbuhan-tumbuhan, haiwan

dan juga manusia. Hakisan akibat air merangkumi kemusnahan permukaan bumi oleh air hujan,

air sungai, air bawah tanah dan air laut.

Faktor – faktor yang mempengaruhi hakisan air.

Sejak tahun 1930 banyak kajian yang telah dibuat untuk menentukan faktor-faktor yang

mempengaruhi hakisan. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi hakisan air ada terkandung

dalam satu persamaan yang di sebut Persamaan Kemerosotan Tanih Sejagat (USLE) merupakan

model yang emprikal yang telah diperkenalkan oleh (Wischmeir dan Smith, 1965). Universal Soil

Loss Equation (USLE) di gunakan untuk menganggarkan kadar hakisan tanah di lapangan.

Persamaan ini telah di perkenalkan lebih 4 dekat dan kemudian diperkenalkan untuk kegunaan

tanah yang lain. Kaedah ini dianggap paling praktikal dan komprehensif dalam menganggarkan

jumlah hakisan pada sesuatu kawasan.

Comment [N7]: Rujuk Artikel ini dahulu : 1.Ward. A.D & Elliot. W.J. (ed). 1995. Environmental Hydrology. New York: Lewis Publ. 177 – 204 BARU MERUJUK TESIS C JAMES. Kalau nak rujukkpun bukan 80% c james digunakan tanpa menganalisis

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 6: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Persamaan seperti berikut:

A=R*K*L*S*C*P

Di mana;

A = jumlah tanih yang hilang ( dalam ukuran tan seekar)

R = faktor hujan (kadar hakisan dalam setahun hujan yang normal)

K = faktor kehakisan-tanih ( kadar hakisan bagi satu unit indeks-hakisan bagi satu jenis

tanih. Terletak di cerun 9 peratus dan 72.6 kaki panjangnya.

L = faktor panjang- cerun (nisbah tanih yang hilang dari gradient kawasan kepada

yang hilang dari gradient cerun 9 peratus.

C = faktor pengurusan-penanaman (nisbah tanih yang hilang dari kawasan yang

ditanami tanaman tertentu dan diuruskan secara tertentu).

P = faktor amalan kawalan –hakisan (nisbah tanih yang hilang dari kawasan berkontur,

Berteres kepada yang hilang dari penanaman mengikut barisan lurus dan dari atas

ke bawah cerun.

Perbincangan mendalam tentang faktor yang mempengaruhi hakisan air.

Faktor hujan (R)

Kehilangan tanih banyak berkaitan dengan kekuatan titisan air hujan yang memecahkan

permukaan tanih dan menyebabkan larian air (runoff) permukaan berlaku (Morgan). Faktor

hujan ialah satu ukuran daya hakisan hujan tertentu. Daya hakisan atau tenaga tersedia adalah

berkaitan dengan kuantiti dan keamatan hujan. Hujan sebanyak 2 inci sejam akan

menghasilkan sebanyak 6 juta paun-kaki tenaga kinetik. Faktor hujan adalah hasil tambah

tenaga kinetik di darabkan dengan keamatan selama 30 minit yang maksimum bagi setiap

Comment [N8]: Setiap parameter ini perlu dijelaskan. Rujuk buku pengantar Geografi Fizikal

oleh Jamaluddin M. Jahi dan Ismail Ahmad. Lihat bahagian Hakisan 1.Rujuk juga Ward. A.D & Elliot. W.J. (ed). 1995.

Environmental Hydrology. New York: Lewis Publ. 177 – 204

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 7: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

hujan dalam tahun berkenaan. Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan indeks hujan ini

dan ia berdasarkan kepada data hujan antaranya ialah:

i. R = 9.28*P – 8838

Dimana

P= Purata tahunan kerpasan

(Sumber: morgan,1974,1994)

ii. R =0.276*P* I30

Dimana

P = purata tahunan kerpasan

I30 = keamatan hujan selama 30 minit (menggunakan 75 mm/jam nilai

maksimum yang disarankan oleh Wischmeir & Smith 1978)

( sumber: Foster et. Al, 1981: Morgan, 1994)

iii. R =0.5*p*1.75(unit metrik)

Dimana,

P = purata tahunan kerpasan

( Sumber: Roose, 1975: Morgan,1994)

Jadual 1 Stesen-stesen hujan dan nilai R hujan di Daerah Kota Kinabalu.

Stesen Hujan Puranta Tahunan Hujan

1990 - 2006

Nilai R

Kota kinabalu Airport 50

56’ 1160 03’

2784.60 1275.24

Babagon- penampang 50

54’ 1160 07’

3755.50 1951

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 8: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Kabang-papar 50 45’

1150 55’

3046.80 1457.70

Tuaran- Stesen Pertanian

60 10’ 1160 15’

2116.60 810.30

Kota belud-Tamu Darat

60 21’ 1160 27’

3010.18 1432.24

Ranau- Stesen Pertanian

50 58’ 1160 42’

2133.30 821.92

Sumber: jabatan Metereologi Kota Kinabalu, 2007

Persamaan Morgan, 1974 ini dipilih kerana ia telah terbukti Berjaya dalam kajian-kajian lepas di

Malaysia untuk Negara yang beriklim tropika. Persamaan yang di gunakan adalah:

R = [(9.28 x P) – 8838] x 0.075

Dimana,

P = Purata tahunan kerpasan

I30 = Keamatan hujan selama 30 minit (75mm)

Faktor keterhakisan – tanih (K)

Faktor ini merujuk kepada ketahanan relatif berbagai jenis tanih terhadap hakisan. Faktor tanih

yang mempengaruhi faktor keterhakisan tanih ialah:

a) Mempengaruhi kadar infiltrasi, keterlapan air dan jumlah kapasiti air.

b) Menghalang penyebaran, percikan, lelasan, daya pengangkutan hujan dan air larian.

Walaupun ketahanan tanih terhadap hakisan bergantung kepada kedudukan

topografinya, kecuraman cerun dan banyaknya gangguan oleh manusia, tetapi adalah

dipercayai sifat-sifat tanihlah yang lebih penting. Keterhakisan tanih berubah mengikut tekstur

tanih, kestabilan agregat, kekuatan ricihan, kapasiti infiltrasi dan kandungan bahan organik dan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 9: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

juga bahan kimia tanih tersebut. Dari segi tekstur tanih, telah pun ditunjukkan bahawa kumin-

kumin besar adalah tahan diangkut dan kumin halus pula tahan tercungkil. Kumin paling tidak

tahan terhakis ialah kelodak dan pasir halus. Dengan demikian, tanih yang tinggi kandungan

kelodaknya mudah terhakis. Kekuatan ricihan adalah satu ukuran kejelekitan dan ketahanan

terhadap daya-daya ricihan.

Kadar infiltrasi dipengaruhi oleh perkara-perkara seperti saiz, kestabilan liang dan juga

profil tanih. Nilai K adalah meliputi pelbagai aspek seperti tekstur tanih, struktur, keterlelapan,

dan kandungan organik pada tanih tersebut. Nilai K meliputi pelbagai aspek seperti tekstur

tanih, struktur, keterlelapan, dan kandungan organic pada tanih tersebut.

Terdapat parameter K yang boleh dirujuk kepada satu nomograf antaranya;

i. Peratus tanah (soil)

ii. Peratus mendapan (silt)

iii. Peratus pasir halus ( fine sand)

iv. Peratus pasir kasar (coarse sand)

v. Peratus kandungan organik

vi. Struktur tanah

vii. Jenis resapan

Jadual 2 Nilai Faktor K

Bil Association Parent Material K Value

1 Westorn Sulphic alluvium, Sulphidic peat and

alluvium

0.005

2 Kinabatangan Alluvium 0.26

3 Sapi Alluvium and Peat 0.005

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 10: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

4 Dalit Moderate hills and minor valley floors :

slopes 0-200

0.23

5 Lokan Very hight hlls : Slope >250 0.23

6 Tanjung Aru Alluvium 0.26

7 Klias Alluvium and Peat 0.005

8 Crocker Mountains 0.32

Panjang cerun (L) dan gradient cerun (S)

Panjang cerun ditakrifkan sebagai jarak dari titik permulaan aliran daratan ke titik di

mana pemendapan mula berlaku atau di mana air larian memasuki alur. Air larian dari bahagian

cerun menambahkan jumlah jumlah air larian di bahagian bawa cerun seterusnya

menambahkan hakisan di bahagian bawah cerun. Kajian ini telah menunjukkan bahawa hakisan

air bertambah sebanyak kuasa 0.5 panjangnya cerun dan ini digunakan sebagai asas pengiraan

faktor panjang L.

Bagi gradien cerun pula (S), sekiranya ia bertambah, maka halaju air larian juga

bertambah dan ini sudah tentulah akan meninggikan kuasa hakisan. Kalaulah halaju air larian

bertambah sebanyak dua kali ganda, maka kuasa hakisan atau tenaga kinetik bertambah

sebanyak empat kali ganda dan ini akan menyebabkan penambahan sebanyak 32 kali bagi

bahan-bahan (yang sama saiz kuminnya) yang boleh di angkut.

Faktor topografi adalah menggabungkan dua faktor iaitu kedalaman kecerunan dan

panjang kecerunan tersebut. Hakisan tanih akan meningkat apabila cerun semakin dalam dan

panjang kerana ia akan meningkatkan halaju dan kadar larian air dipermukaan. Kedalaman dan

kepanjangan kecerunan boleh digunakan dalam satu indeks, dimana ia akan menerangkan

nisbah kehilangan tanih seperti yang di tentukan oleh (Wischmeier dan Smith 1978)

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 11: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Faktor pengurusan-penanaman (C)

Faktor pengurusan dan penanaman merupakan nisbah perbandingan kehilangan tanah bagi

sesuatu kawasan tanah yg tidak diusahakan secara berterusan. Faktor C akan berubah setiap

tahun dan ia bergantung kepada perubahan kegunaan tanah, pembukaan tanah dan

pembangunan kawasan. Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai C terhadap hakisan ialah

seperti jenis tanaman, kualiti tumbuhan tutup bumi dan pertumbuhan akar, keluasan kawasan

tanaman, dan lain-lain. kesan gabungan tanaman dan jujukan tanaman, amalan penanaman

dan saling tindak faktor-faktor ini dengan masa turunnya hujan. Masa turunnya hujan menjadi

mustahak di kawasan yg kadangkala ditanami dan kadangkala terdedah.

Jadual 3. Kalisifikasi jenis guna tanah yang digunakan untuk menentukan Nilai C dalam

Kawasan Kajian.

Kod Guna Tanah Jenis Guna Tanah Nilai C

1U Bandar 0.005

1X* Lombong Dan Kuari 1

2H* Pelbagai Hortikultur 0.2

2M* Perkebunan pasaran 0.2

3GM Getah Matang 0.2

3GS Getah Tua 0.2

3H* Kolam ikan dan keladi 0.1

3X* Dusun 0.2

4P* Kawasan padi 0.1

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 12: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

6* Lalang, Kawasan yang tidak diuasahkan 0.001

7F* Hutan 0.001

7S* Kawasan belukar 0.01

8* Hutan paya gambut 0.001

9 Tanah terbiar 1

W* Air 0

Sumber: Hashim, (2004) dan *Lan Kuok choy, (2000)

Faktor amalan kawalan hakisan (P)

Faktor P ialah faktor amalan pemuliharaan adalah nisbah kehilangan tanah bagi tapak cerun

yang belum mempunyai amalan pemuliharaan. Faktor P juga merupakan salah satu daripada

parameter yang paling penting dalam USLE. Pemeliharaan terhadap ciri tanah adalah penjagaan

terhadap struktur tanah iaitu mengekalkan keadaan secara praktikal. Secara amnya

pemeliharaan tanah adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan kepada peringkat tertentu

di mana kadar kehilangan tanah boleh diatasi dengan pembangunan tanah. Ia juga bertujuan

mengekalkan dan meningkatkan struktur fizikal tanah serta kandungan bahan organik dalam

tanah dengan mengurangkan kehilangan tanah subur dan menggantikan tanah yang hilang.

Pengawalan terhadap hakisan mesti dilakukan semasa aktiviti guna tanah dibuat. Aktiviti guna

tanah ini termasuklah bercucuk tanah dan pembangunan kawasan.

Nilai untuk setiap P adalah dalam lingkungan 0 hingga 1 dan ia bergantung kepada

aktiviti pengurusan tanah yang terdapat pada kawasan kajian. Nilai P ini ditentukan

berdasarkan kajian lepas (Hashim, 2004) dan Lam Kuok Choy, 2000 yang mana mereka telah

memberi nilai P untuk setiap jenis klasifikasi jenis guna tanah.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 13: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Jadual 4: Klasifikasi jenis guna tanah yang digunakan untuk menentukan nilai P dalam

kawasan kajian.

Kod Guna Tanah Jenis Guna Tanah Nilai P

1U Bandar 1

1X* Lombong dan kuari 1

2H* Pelbagai Hortikultur 0.25

2M* Perkebunan pasaran 0.25

3GM Getah Matang 0.25

3GS Getah Tua 0.25

3H* Kolam ikan dan keladi 0.1

3X* Dusun 0.5

4P* Kawasan padi 0.25

6* Lalang, kawasan yang tidak diusahakan 1

7F* Hutan 0

7S* Kawasan belukar 1

8* Hutan paya gambut 1

9 Tanah terbiar 1

W* Air 0

Sumber: Hashim, (2004) & * Lam Kuok Choy, (2000)

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 14: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Purata Hakisan Tanih Tahunan

Bagi pengiraan kadar kehilangan tanih tahunan, pengiraan tersebut perlu dibuat berdasarkan

pengkelasan risiko hakisan tanih Lam Kuok Choy, 2000 seperti pada jadual 5.

Jadual 5 Klasifikasi risiko Hakisan Tanah (Lam Kuok Choy,2000)

Jumlah kehilangan hakisan tanih t/ha/thn Risiko

<10 Rendah

11 – 50 Sederhana

50 – 100 Sederhana tinggi

101 – 150 Tinggi

>150 Sangat tinggi

Hasil pengelasan dan analisis statistik tersebut adalah merujuk kepada jadual 6 dimana

ia mengambil luas kawasan, purata,standard deviation, jumlah kehilangan tanih dan peratus

kehilangan tanih. Bagi penukaran dalam bentuk hektar setiap jumlah akan di darab dengan 100

(10x10 meter persegi) dan kemudiannya di bahagikan dengan 10,000.

Jadual 6: Kadar hakisan tanih (RKLSCP) berdasarkan pengkelasan Lam Kuok Choy, 2000

Risiko hakisan

tanih

jumlah AREA

(meter2)

AREA

(Hektar)

MEAN STD Jumlah

kehilangan

tanih (SUM)

(%)

Rendah 390,572 3,9057,200 3906 1 3 457958 7

Sederhana 151,971 1,5197,100 1520 22 10 3382690 50

Sederhana

tinggi

18,480 1,848,000 185 68 14 1254830 18

Tinggi 4,464 446,400 45 120 14 536859 8

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 15: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Sangat tinggi 4,036 403,600 40 290 239 1172450 17

Jumlah 5,6952,300 5,695 502 6,804,787 100

Daripada jadual di atas menunjukkan pembahagian kadar hakisan tahunan kepada 5

kategori utama berdasarkan kelas risiko hakisan tanih oleh Lam Kuok Choy, 2000 iaitu rendah,

sederhana, sederhana tinggi, tinggi, dan sangat tinggi. Bagi jumlah keseluruhan kehilangan

tanih bagi kawasan kajian adalah sebanyak 6.8 juta tan/hektar/tahun. Sebanyak 7 peratus atau

4.6 juta tan dihasilkan di kawasan yang rendah risiko hakisan tanih iaitu meliputi keluasan

sebanyak 3,906 hektar kawasan kajian.

Bagi kawasan sederhana risiko hakisan tanih menghasilkan 3.4 juta tan setahun dengan

keluasan 1,520 hektar, manakala 18 peratus atau 185 hektar adalah meliputi kawasan yang

berpotensi sedehana tinggi. Bagi kategori yang mempunyai kadar kehilangan tanih yang tinggi

adalah sebanyak 5.4 juta tan/setahun dengan keluasannya 45 hektar telah dihasilkan untuk

kelas risiko hakisan yang sangat tinggi Cuma meliputi 40 hektar dalam kawasan kajian dan

menghasilkan 17 peratus kehilangan tanih adalah terdiri daripada kawasan yang berpotensi

sangat tinggi kadar hakisanya.

Bedasarkan kajian yang telah di jalankan oleh Saudara James Anak Anthony Collin telah

membuat analisis berkaitan “kadar kehilangan tanih berdasarkan gunatanah” di kawasan kajian

Lembangan Sungai Likas dan Sungai Inanam. Walaupun ianya hanya merujuk dua buah sungai

namun kita masih boleh mengaitkan dengan jenis guna tanah yang di kawasan lain.

Jadual 7: kadar kehilangan tanih untuk setiap jenis gunatanah kawasan kajian

GUNA TANAH AREA

(HEKTAR)

RANGE MEAN STD KADAR

KEHILANGAN

TANIH (SUM)

(%)

Bandar & Kawasan

bersekutu

1,800 60 0 1 26,501 0.40

Dusun 5 125 20 23 9,839 0.20

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 16: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Getah matang 28 229 22 23 60,449 0.90

Getah tua 2,886 1,174 15 22 4,393.380 64.60

Hutan 8 26 4 4 3,684 0.50

Hutan paya gambut 288 0 0 0 33 0.00

Kawasan belukar 121 44 2 3 19,548 0.30

Kawasan padi 32 754 12 33 37,074 0.54

Kolam ikan & keladi 1 0 0 0 0 0.00

Lalang, kawasan yang

tidak diusahakan

5 17 1 2 320 0.00

Lombong & kuari 70 2,958 64 138 451,189 6.63

Pelbagai Hortikultur 389 4,476 46 96 1,791,110 26.32

Perkebunan pasaran 61 741 2 17 11,659 0.20

Jumlah 5,695 188 6,804,787 100

Merujuk jadual di atas kita dapat membuat kesimpulan jenis guna tanah telah

mempengaruhi kadar hakisan di sesuatu kawasan. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan

kadar hakisan berdasarkan jenis gunatanah pertanian dan bukan pertanian.

Jenis Gunatanah Keluasan (ha) Kadar Hakisan

Gunatanah pertanian 3,402 6,303,513

Gunatanah bukan pertanian 2,293 501,235

Jumlah 5,695 6,804,748

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 17: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Kesan akibat sedimen

Sedimen ialah bahan peroi yang mudah diangkut oleh air. Dalam konteks lembangan

saliran apabila sedimen yang hadir dalam alur sungai akan memberi kesan kepada sungai.

Sungai akan semakin cetek. Sebelum wujudnya sedimen dalam alur sungai, sungai boleh

menampung air hujan yang banyak namun apabila wujud pembangunan atau gunatanah

menyebabkan sedimen telah wujud dalam alur sungai akibatnya sungai semakin cetek. Secara

kesimpulannya, jika hal ini berlaku kemampuan sungai untuk menampung jumlah air yang

sepatutnya tidak akan berlaku menyebabkan banjir. Hal ini, jika tiada pengurusan yang

sistematik akan menyebabkan banjir besar.

Seterusnya menyebabkan air tercemar. Hal ini berlaku apabila sedimen yang terdapat di

dasar sungai akan mengakibatkan perubahan pada warna air. Jika hal ini berlaku, peranan

sungai sebagai pusat rekreasi semula jadi akan hilang peranannya. Selain itu, jika kawasan

yang tercemar dengan kandungan PH yang tinggi ianya berbahaya untuk digunakan. Sebagai

contoh seperti pencemaran yang berpunca dari aktiviti perkilangan dan kumbahan yang berlaku

di Sungai Langat pada September 2006. Pencemaran ini telah mengakibatkan pembersihan air

Salak Tinggi terpaksa ditutup dan bekalan air ke kawasan sekitarnya terpaksa dihentikan

selama enam hari.

Perubahan ekosistem air juga boleh disebabkan oleh wujudnya sedimen dalam

lembangan saliran. Kejadian ini berlaku apabila air sungai telah bertukar warna kesan akibat

kehadiran sedimen. Apabila air yang keruh akan mengurangkan intensiti penembusan cahaya,

oleh itu, tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam sungai akan mati kerana tidak dapat

melakukan fotosintesis. Selain itu, ikan juga mengalami kesukaran mencari makanan seterusnya

akan menyebabkan kerosakan insan.

Akhir sekali, kehadiran sedimen dapat membunuh ikan-ikan kecil kerana telah

menganggu tempat pembiakan ikan. Perkara ini terjadi apabila sedimen telah menutupi dasar

kelikir yang merupakan tempat pembiakan ikan kecil dan siput akan musnah seterusnya

kawasan tersebut akan hilang fungsi sebagai pusat pembiakan ikan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 18: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Pengurusan Sedimen

Dalam pengurusan sedimen kita perlu melaksanakan beberapa langkah agar punca

sedimen masih dalam kawalan. Antaranya mengurangkan erositiviti hakisan. Dalam

mengurangkan erositiviti hakisan, melindungi permukaan tanah dengan kanopi atau sungkupan

merupakan perkara penting. Ini adalah bertujuan bagi mengurangkan jumlah dan kadar larian

air dipermukaan tanah. Selain itu juga prinsip yang seterusnya adalah mengurangkan panjang

dan kecuraman cerun, contohnya aktiviti membuat teres bagi meningkatkan kekasaran

permukaan bumi.

Seterusnya ialah mengurangkan kerentanan tanah. Hal ini, boleh dilakukan dengan

memperbaiki pengurusan tanah seperti menambahkan bahan organik dan ini adalah bertujuan

untuk mengurangkan kadar keterhakisan tanih tersebut. Prinsip ini sesuai dijalankan terhadap

jenis tanih yang mudah terhakis dimana dengan menambahkan bahan organik dalam tanih

tersebut maka ia akan mengurangkan kadar keterhakisan tersebut. Selain itu, ia juga dapat

mengurangkan pembajakan terutamanya untuk kawasan pertanian.

Selain itu, kaedah agronomi merupakan salah satu kaedah amalan hakisan tanah.

Kaedah ini harus diberi keutamaan kerana tidak menelan belanja yang banyak dimana ia boleh

mengurangkan impak titisan hujan, menambahkan infiltrasi dan mengurangkan larian air

dipermukaan. Kaedah agroponi ini adalah berdasarkan peranan tumbuh-tumbuhan dalam

mengurangkan kadar hakisan. Jadual di bawah adalah merupakan saranan untuk kaedah

agronomi bagi setiap jenis gunatanah.

Jadual 8. Saranan untuk kaedah agronomi bagi setiap jenis gunatanah kawasan kajian

Jenis Gunatanah Langkah Pengawalan

Hutan Penanaman pokok

Silvikultur

Pengurusan Hutan Terkawal

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 19: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Hutan Belukar

Tanaman rumput

Tanaman pokok renek

Rumput Hydroseeding

Kawasan Pembinaan Tanaman tutup bumi

Sungkup bumi

Hydroseeding

Kawasan pertanian Sungkupan

Ø Secara semula jadi

Ø Sintetik

Pengurusan tanaman

Ø Tanaman kepadatan tinggi

Ø Tanaman tutup bumi

Ø Tanaman campuran

• Tanaman berselang

• Putaran tanaman

Kaedah agronomi biasanya boleh mengawal hakisan sekiranya digunakan dari awal lagi tetapi

sekiranya sesuatu kawasan itu sudah mengalami hakisan yang teruk, maka kaedah mekanikal

ini amat sesuai sekali diaplikasikan dikawasan tersebut. Jadual 10 dibawah merupakan saranan

bagi kaedah mekanikal untuk kawasan kajian yang mengalami hakisan yang teruk.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 20: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Jadual 10. Langkah pengawalan kaedah mekanikal yang disarankan bagi setiap jenis gunatanah

utama kawasan kajian.

Jenis gunatanah Langkah pengawalan

Tanah bukan pertanian Teres

Jalan air

Struktur

Kawasan pembinaan Jalan air

Teres

Struktur

Kawasan pertanian Teres

Jalan air

Struktur

Pembajakan Konservatif

§ Pembajakan kontur

§ Rindging

§ Pembajakan minimum (no-Till)

a) Contoh Spesifik

Membajak dan menanam tanaman mengikut kontur merupakan amalan

pemuliharaan yang baik. Di cerun-cerun yang landai, mencukupi ditanam mengikut

kontur kerana ini setidak-tidaknya boleh mengurangkan larian air permukaan.

Keberkesanan penanaman mengikut kontur bergantung kepada kecuraman dan

panjangnya cerun. Batas kontur mestilah cukup kuat untuk menahan air dari bergerak

mengikut cerun. Kaedah ini tidak memadai bagi cerun yang melebihi 180 meter

panjangnya dan 10 gradiennya. Sekiranya gradiennya meningkat sampai 5.50, maka

panjangnya mestilah 30 meter sahaja. Selain itu, juga kaedah barisan tanaman

mengikut kontur yang mana tanamannya harus diselang selikan akan mengurangkan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 21: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

kelajuan air larian jika melalui kontur yang merentasi cerun. Talian air juga dibina

supaya air mengalir mengikut aliran yang disediakan merentasi cerun dan talian air ini

ditanam dengan rumput untuk mengurangkan kelajuan larian dan memerangkap tanah

yang diangkut.

b) Penanaman teres

Pembinaan ters ini adalah bertujuan bagi mengurangkan panjang dan curam

cerun untuk penanaman. Terdapat beberapa jenis teres boleh diaplikasikan antaranya

teres bertangga. Teres ini dibina dari atas ke bawa dan cerun-cerun tinggi ini akan

kelihatan seperti terdiri daripada beberapa anak tangga di mana birainya hampir

mendatar kedudukanya. Dinding diantara birai-birai itu adalah tegak. Ada dua cara yang

boleh diaplikasikan antaranya bagi kawasan penanaman kelapa sawit atau getah perlu

jauh jaraknya. Dinding-dinding yang tidak berapa menegak itu pula ditanam dengan

rumput atau tumbuhan menjalar. Kedua, bagi kawasan untuk penanaman sayur seperti

Kundasang dan Cameron highland misalnya, maka birai-birai dibina rapat-rapat. Dinding

di antara birai-birai itu pula dilindungi oleh benteng simen bagi mengelakkan hakisan

yang akan mengikut sedimen ke kawasan yang rendah seterusnya mengalir ke kawasan

lembangan saliran.

c) Halangan vegetatif

Melalui kaedah ini penanaman vegetasi akan dilakukan mengikut barisan yang

tetap pada kontur. Barisan vegetasi ini akan memperlahankan air larian dan akhirnya

menjadi menjadi teres hidup semulajadi. Tanaman jenis rumput adalah amat sesuai

diaplikasikan contohnya rumput vetiver yang merupakan halangan vegetatif yang

berjaya di Negara Tropika. Ini kerana rumput ini mempunyai batang yang padat serta

kuat dapat menapis air larian yang mengandungi partikel tanah atau sedimen. Oleh itu,

sedimen akan terhalang dari terus ke kaki cerun atau ke kawasan lembangan saliran.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 22: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Pengurusan secara perundangan

1) Peruntukan perundangan

Dalam mengawal sumber-sumber pencemar dari berlaku, beberapa set perundangan

telah digubal seperti Akta Pemuliharaan Tanah, 1960, Akta Perhutanan Negara, 1984, Akta

Jalan, parit dan Bangunan, 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, Akta Kerajaan Tempatan,

1976, Akta Perikanan, 1985 dan Kanun Tanah Negara, 1965. Akta-akta ini antara lain berupaya

untuk mengawal selia segala projek pembangunan yang dijalankan, kawalan hakisan dan

kelodakan dan juga kawalan pencemaran air.

2) Komitmen kerajaan Negeri

Segala kuasa tentang pembangunan tanah adalah terletak di bawah bidang kuasa

kerajaan negeri. Oleh itu, pemantauan dari semasa ke semasa paling penting agar

pembangunan yang dijalankan mengikut piawaian yang telah diluluskan oleh EIA dapat

dipatuhi. Pembangunan mapan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat dapat dilaksanakan

sepenuhnya.

3) Pengurusan dan Pemantauan

Jabatan Alam Sekitar bertindak dengan kuasa undang-undang melalui Akta Kualiti Alam

Sekeliling, 1974 bagi mengawal pencemaran yang dikeluarkan. Selain itu, bagi memastikan

kualiti air sentiasa baik dan terjamin, pengurusan kawasan tadahan dan kawalan gunatanah

harus diutamakan. Perlu adanya keseimbangan dalam pembangunan di antara alam sekitar dan

ekonomi.

Kesimpulannya, perubahan gunatanah oleh aktiviti manusia sama ada secara sengaja

atau tidak akan member kesan negatif yang teruk terhadap alam sekitar bergantung kepada

keseriusan gangguan tersebut. Sesetengah kawasan yang mengalami gangguan yang teruk

akan menjadikan kawasan tersebut kemerosotan kekal. Dengan kesan negatif akibat daripada

hakisan dan sedimen maka pembangunan akan datang perlu mengambil kira alam sekitar dan

langkah-langkah mitigasi perlu dijalankan demi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Selain itu, dalam pembinaan sesuatu projek perlu mengambil kira pemindahan endapan dan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 23: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

saliran yang baik bagi memastikan tiada kesan terhadap kejadian banjir akibat pemendapan.

Seterusnya agensi-agensi yang memantau perlu memainkan peranan untuk memastikan

pemaju mengikut undang-undang demi menjaga alam sekitar yang lestari.

RUJUKAN

Abdul Aziz, A.L. et al. 2000. Pengangkutan Enapan dan Kualiti Air Sungai Batu Pahat. Chan Ngai

Weng (ed). River: Towards Sustainable Development. Minden : Penerbit USM. Ms 272-278

Douglas, i. 2000. Sediment: A Major River Management Issue. Chan Ngai Weng (ed). River:

Towards Sustainable Development. Minden: Penerbit USM. Ms 15-22

F.H.M Van De Ven et al.1991. Hydrology For The Water Management Of Large River Basins. UK.

IAHS Publication.

Gregory, K.J. & Walling, D.E. 1973. Drainage Basin Form and Process: A Geomorfological

approach. Norwich:Edward Arnold. Ms 59-74

Richard C Selley. 1995. Sedimentologi Gunaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Katiman Rustam, et al.1998, Pembangunan, Perbandaran dan Alam Sekitar. Bangi Selangor.

UKM

Newson, M. 1995. Land, Water and Development: River Basin systems and Their Sustainable

Management. London: Routledge. P 47-52

Wan Ruslan Wan Ismail.2004. Hakisan Tanih dan Kemerosotan Tanah: Beberapa Kes di

Malaysia. Bangi. Pusat pengajian Siswazah. Ms 155-168

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 24: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software ... filepencemaran yang nyata. Punca- punca utama pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah pembangunan tanah, pembangunan perindustrian,

AG30503:Pengurusan lembangan saliran

Ward. A.D & Elliot. W.J. (ed).1995. Environmental Hydrology. New York: Lewis Publ. 177-204

Http:// Sciencedirec. Estimation Of Soil Erosion and Sediment Yiel Using GIS. Oktober 2000.

Http:// Sciencedirec. Pengenalpastian Kawasan Tanah Runtuh Dengan Kaedah ‘ Universal Soil

Loss Equation’ (USLE). Februari 1996.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.