punca kelemahan umat islam - perspektif mahathir mohamad

Upload: egahmulia

Post on 30-May-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    1/20

    PERSPEKTIF MAHATHIR MOHAMADPUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM

    Idris Zakaria

    PENGENALAN

    DATUK Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) adalah PerdanaMenteri Malaysia yang keempat (seterusnya disebut Mahathir) Mahathirdilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 1981menggantikan Tun Hussein Onn iaitu Perdana Menteri Malaysia yangketiga. Malaysia menghadapi arus kemajuan yang sangat pesat dibawah kepemimpinannya. Dasar-dasar yang diperkenalkan beliau daritahun 1981 hingga 31 Oktober 2003 telah berjaya menentu dan mele-takkan asas dan hala tuju pembangunan negara dalam pelbagai aspekterutamanya di bidang ekonomi dan teknologi. Beliau adalah master

    plannerbagi negara Malaysia moden. Selama 22 tahun menjadi PerdanaMenteri dan 29 tahun dalam kerajaan, beliau dilihat sebagai seorangpemikir-intelektual yang berjaya menterjemahkan idealisme beliau kealam realiti. Status dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan jugaPresiden UMNO telah diperalatkan sepenuhnya untuk merealisasikanimpian beliau kepada Melayu-Islam dan Malaysia umumnya.

    Mahathir telah lama memahami masalah-masalah kelemahan orang-orang Melayu-Islam di Malaysia dengan jelas. Inilah yang dianalisis beliaudalam bukunya The Malay Dilemma yang dihasilkan antara tahun 1969-1972. Selain The Malay Dilemma, beliau juga menulis beberapa buah bukulagi seperti The Challenge, Jalan Ke Puncak, A New Deal For Asia, Krisis Mata

    Wang Malaysia: Bagaimana dan Mengapa la Berlaku dan WarisanKepimpinan. Cara yang lumrah digunakan untuk menyatakan idea dankritikannya ialah melalui ucapan-ucapan penting yang biasanya ditulis olehbeliau sendiri.

    Selain buku dan ucapan-ucapan, beliau juga mengemukakan idea dankritikannya terhadap orangMelayu atau umat Islam dalam bentuk tulisanpopular dalam akhbar The Straits Times sejak 1947 lagi. Pemikiran dan gayakepemimpinannya sangat berkesan dan ini terbukti dengan banyakperubahan dan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia. Pencapaiannya diakuioleh pemimpin-pemimpin dunia khasnya dunia Islam dan merekamenjadikan Malaysia sebagai negara contoh (Dr. Ilyas Harun. 1998.).

    Mahathir telah berjaya menukar negara Malaysia sebagai sebuah negarapertanian kepada negara industri tanpa mengetepikan langsung perananpertanian tersebut. Kemewahan dan kemakmuran negara Malaysia telahmendorong berjuta orang pekerja asing dari Indonesia, Filipina, China,Nepal, Myanmar, India, Pakistan dan seterusnya membanjiri sektor perusa-haan, pembinaan, perladangan dan sebagainya. Hal ini berlaku sejak lebihdari sepuluh tahun yang lalu dan ia masih berterusan hingga kini.

    1

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    2/20

    Warganegara asing yang datang mencari rezeki di Malaysia me-ngangap Malaysia adalah `lubuk emas'. Pemerhati-pemerhati asing seringmenyebut bahawa pembangunan negara Malaysia sangat cepat. Mahathirterbukti tidak berminat untuk menurut idea-idea komunis atau sosialismahupun kapitalis, iaitu mazhab-mazhab ekonomi dunia. Beliau merancangkemajuan Malaysia menurut acuan Malaysia sendiri iaitu dengan berasaskan

    realiti dan tuntutan sejarah serta ekonomi domestik. Islam turutdirealisasikan dalam acuan tersebut. Tujuan makaiah ini ditulis adalah untukmembahaskan pandangan dan kritikan Mahathir Mohamad terhadapkelemahan umat Melayu-Islam khasnya di Malaysia. Beliaumembincangkan punca-punca kelemahan i tu yang ditinjau daripelbagai dimensi. Mungkin dalam banyak penilaian beliau, kelemahanini juga relevan terhadap umat Islam dl luar Malaysia. Di bawah inidibahaskan beberapa pandangan beliau, baik yang disampaikan dalambentuk ucapan atau tulisan.

    LATAR BELAKANG SOSIAL

    Mahathir Mohamad mengambil alih politik dan pentadbiranMalaysia pada 16 Julai 1981. Sejak 1970-an lagi, gelombang dan minat

    golongan muda di Malaysia ialah kepada Islam. Gelombang sosial ini

    bergerak kuat setelah berlaku kejayaan revolusi Iran pimpinan

    Ayatullah Ruhollah Khomeini yang juga menggambarkan yang islam

    boleh bangkit melawan malah menggantikan sistem-sistem Barat.

    Islam boleh memberi tenaga pilihan baru dan bertenaga untuk

    membentuk politik dan pentadbiran negara. Pengaruh kejayaan itu

    menyerap ke seluruh dunia, Barat dan Timur. Momentumnya kuat

    justeru ia digerakkan oleh generasi muda siswa-siswi di pusat-pusat

    pengajian tinggi. Pelajar-pelajar universiti dan kolej-kolej di KualaLumpur "Sering mengadakan pertemuan dakwah, atau pertemuan lain

    yang diselitkan dakwah. Wanita-wanita muda dan dewasa di sana-sini

    berpakaian dakwah (pakaian tutup aurat) dan suara salam keislaman

    terdengar di mana-mana. Kadang-kadang rumah-rumah di kawasan

    Melayu dikunjungi oleh anak-anak muda yang tidak dikenali oleh tuan

    rumah, dan setelah memberi salam anak-anak muda itu menjemput

    tuan rumah berkumpul di surau terdekat kerana ada khabar yang

    hendak disampaikan." (Rahman Shaari. 1984. 49).

    Hal-hal seperti ini berlaku di pusat pengajian tinggi. Usrah-usrah

    diadakan saban hari. Anak-anak muda berilmu ini kembali kepadakefahaman dan penghayatan Islam. Golongan agamawan yang sudah

    sekian lama menabur bakti dalam bidang dakwah terus memberi

    sokongan. Parti politik pembangkang yang berasaskan agama pun turut

    menumpang tuah pada situasi ini. lnilah latar belakang sosial

    keagamaan yang dihadapi oleh Mahathir sewaktu menjadi Timbalan

    Perdana Mentcri dan seterusnya Perdana Menteri. Bagaimana ia

    2

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    3/20

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    4/20

    menghadapi cabaran pendatang-pendatang Cina ini, hingga

    terpaksa mengalah. Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh orang

    Melayu, orang Cina boleh boleh melakukannya, tetapi dengan

    lebih baik dan lebih murah. Lama kelamaan pendatang-

    pendatang Cina yang mempunyai keazaman yang kuat dan rajin

    bekerja mula mengambil tempat perniagaan-perniagaan kecil dansemua kerja mahir yang dahulunya diusahakan oleh orang

    Melayu. Apahila kejayaan mereka mulai bertambah dari

    pengalaman yang diberolehi di negara asal mereka. Pendatang-

    pendatang Cina ini tidak lama kemudian telah mewujudkan corak

    hubungan yang serupa antara pegawai-pegawai dan pedagang-

    pedagang seperti terdapat di Negeri China." (Dilema Melayu,

    halaman 30)

    Justeru, menurut Mahathir lagi, orang Melayu hanya boleh majudengan melakukan `pembaharuan'. Sebagai contohnya, beliau menegaskan

    bahawa tidak ada gunanya menyuruh orang Melayu menceburi bidangperniagaan sekiranya mereka tidak mempunyai daya motivasi niaga yangbaik, tidak tahu fungsi dan nilai sistem kewangan dan sebagainya (MahathirMohamad: 1996: 172)

    MAHATHIR DAN PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM

    Mahathir berpegang kepada hakikat bahawa `perubahan pemikiran' perludilakukan. Perubahan inilah yang akan seterusnya mempengaruhi sikap,budaya dan kehidupan umat Islam. Di bawah diperturunkan antara perkara-perkara penting yang menurut Mahathir perlu diubah, jika tidak umat Melayu-Islam akan kekal selamanya dalam kemunduran.

    Tafsir semula al-Quran

    Mahathir telah mencetuskan satu idea yang dianggap kontroversi di

    kalangan sebahagian umat Islam. Idea beliau ialah mencadangkan supaya al-

    Quran dikaji atau lebih tepat ditafsir semula. Merujuk kepada satu ucapan

    yang telah disampaikan di Majlis Pelancaran al-Quran Mushaf Malaysia, pada

    18 April 2003, Mahathir dipetik sebagai berkata:

    "Sesungguhnya al-Quran adalah Panduan Yang terpenting untuk

    umat Islam. Jika hari ini umat Islam berpecah dan bermusuh

    sesama sendiri, sebabnya bukanlah Islam dan al-Quran tetapitafsiran yang berbeza-beza yang dibuat oleh ulama di zaman

    dahulu dan sekarang. Sebagai manusia biasa mereka tidak

    mungkin bebas daripada kecacatan dan kesilapan. Apabila

    kesilapan mereka jelas dan terang tentu akan membawa kepada

    perpecahan dan kelemahan kepada umat Islam. Jadi tafsiran

    mereka berkenaan surah dan ayat al-Quran perlu dikaji dan

    dipinda supaya umat Islam dapat kembali kepada al-Quran dan

    4

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    5/20

    Islam yang sebenar dan mereka kembali bersatu dan hidup

    bahagia sebagai khalifah di bumi ini. Pengembalian umat Islam

    kepada ajaran Islam yang sebenar hendaklah dibuat secara

    hikmah seperti yang dikehendaki oleh Islam.

    Kenyataan ini menjelaskan niat dan tujuan sebenar Mahathirmengemukakan cadangan tersebut adalah berdasarkan senarioperpecahan yang ketara sedang berlaku dalam masyarakat Islam padahari ini. Antara punca perpecahan itu ialah disebabkan kepelbagaianpenafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran. Kadang-kadang jelasterdapat individu yang membuat tafsirannya sendiri. Walaupun ladiakui alim namun tidak semestinya dia sentiasa benar dan betul. Danini berlaku di serata dunia Islam.

    Bagi tujuan untuk menjadikan al-Quran sebagai tempat rujukan

    dan semakan, tafsiran hendaklah dibuat oleh sekumpulan ulama yang

    tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain daripada kepentingan

    umat Islam dan agama Islam, dan mereka tidak boleh takbur dengananggapan bahawa mereka sebagai pewaris Nabi, tidak mempunyi

    kecacatan atau kelemahan apa-apa seperti yang ada pada manusia

    lain. Mereka yang sering mendakwa mereka adalah pewaris Nabi

    tetapi tidak mempunyai sifat-sifat ulama yang sebenar (Mahathir

    Mohamacl. 18 April 2003).

    AI-Quran bukan hanya hiasan walaupun penulisannya perlu

    mencerminkan penghargaan yang tinggi oleh umat Islam. A1-Quran

    adalah rujukan yang penting bagi umat Islam. Penyembunyian

    sebahagian besar daripada isi kandungan al-Quran atau lebih buruklagi percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentu dalam al-

    Quran adalah se jenis pengkhianatan kepada agama Islam.

    Mahathir juga berkata, ramai yang menentang segala pendapatyang berbeza sedikit dengan tafsiran yang katanya tradisional yangdibuat terdahulu. Kononnya ini adalah percubaan untuk mengubah al-Quran. Sebenarnya tidak ada perubahan yang dibuat kepada al-Qurankerana al-Quran mengandungi wahyu daripada Allah. Yang perlu di-buat ialah pindaan kepada tafsiran mengikut perkembangan zaman.Pertahanan di zaman Nabi memerlukan kuda perang, pesawatpengebom dan jet pejuang. Desakan agama Islam supaya orang Islambersedia untuk mempertahankan diri tidak berubah. Ini yang menjadi pokok.Kelainan tafsiran hanyalah berkenaan dengan jenis senjata yang disediakan.

    Ini adalah kerana ayat-ayat al-Quran terbahagi kepada beberapabahagian, ada yang tepat, jelas dan mutlak tanpa penafsiran terperinci, adayang berupa perumpamaan yang terbuka kepada bermacam macamtafsiran. Tanpa pentafsir, isi kandungan al-Quran tidak akan difahamidengan tepat. Apatah lagi mereka yang tidak faham bahasa Arab, tidak

    5

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    6/20

    mungkin mereka mendapat panduan hanya kerana boleh membaca al-Quran.

    Malang bagi kita orang Islam sejak wafatnya Nabi, rujukan kepadaBaginda tidak dapat dibuat lagi untuk tafsiran yang satu dan tidak berbeza-beza. Rujukan sekarang perlu dibuat kepada pentafsir yang terdiri daripada

    mereka yang memahami bahasa Arab, bahasa al-Quran dan yang telahmengkaji serta meneliti latar belakang ayat-ayat dan perkataan yangterdapat dalam al-Quran. Tetapi kita dapati, sebilangan alim ulama kerapmembuat tafsiran yang berbeza-beza. Demikianlah perbezaan ini, sehinggaagama Islam yang satu yang dibawa oleh Nabi mengikut wahyu yangditerimanya sudah berpecah kepada beratus-ratus fahaman yang didakwasebagai Islam. Namun alhamdulillah, al-Quran tidak berubah walaupun adayang cuba menulisnya semula. Umat Islam tidak menerima sebarangpindaan kepada al-Quran.

    Demikian juga percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentuditolak oleh masyarakat Islam. Selagi kita dapat kekalkan teks al-Quran

    tanpa diubah apa-apa, kita dapat mengurangkan kesesatan hasil daripadatafsiran al-Quran oleh orang-orang yang berkepentingan atau orangyang jahil. Al-Quran tidak silap. Tetapi pentafsir, sebagai manusiabiasa, walaupun tcrpelajar dalam bidang agama dengan mendalam masihboleh membuat tafsiran yang salah.

    Menurut Mahathir, perpecahan di kalangan umat Islam sekarang bukandisebabkan oleh ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadis-hadis yang sahih tetapi kerana tafsiran yang berbagai-bagai danbertentangan oleh orang-orang yang terpelajar. Islam tidak salahbahkan al-Quran juga tidak salah, yang salah ialah pentafsir yang ber-niat tidak baik. Pentafsir seperti inilah yang kerap rnenyebabkan umatIslam keliru, sesat dan berpecah. Mereka ini suka menjual ayat al-Quran dengan harga yang murah (Mahathir Mohamad. 18 April 2003).

    Islam dan ilmu sekular

    Umat Islam masih terkongkong dalam dilema pelajaran. Maksud

    dilema ini menurut Mahathir ialah konflik dalam diri sendiri sewaktu

    menanggapi hakikat ilmu-ilmu adalah aset untuk kemajuan diri,

    bangsa, agama dan negara. Namun terdapat umat Islam yang masih

    yakin bahawa ilmu-ilmu keduniaan iaitu selain dari ilmu-ilmu agama

    adalah sekular. Sekular bermakna ilmu sesat dan menyesatkan. Oleh

    itu apabila anak-anak mahu disekolahkan, mereka ingin memastikan

    agar anak-anak tidak memilih ilmu-ilmu yang sesat ini "kerana pela-

    jaran sekular ini bukan sahaja tidak berfaedah tetapi mungkin

    melemahkan kepercayaan rnereka kepada agama Islam." (Mahathir.

    1976. 9). Dari segi sejarahnya, sikap ini bermula apabila penjajah

    British memperkenalkan sistem pelajaran mereka. Orang-orang

    Melayu atau umat Islam menentukan sikap bahawa ilmu-ilmu ini

    6

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    7/20

    adalah western education atau pelajaran Barat. Fahaman ini sangat

    berkesan dalam membentuk sikap orang Melayu sehingga sikap ini

    menjadi sebahagian daripada peribadi mereka (Ibid).

    Mahathir juga berpendapat bahawa keyakinan ini berpanjangan

    hingga ke hari ini. Apakah benar pelajaran-pelajaran bukan agamayang diperkenalkan oleh Barat itu berasal dari Barat dan apakah ia

    bertentangan dengan agama Islam? Bagi Mahathir Islam tidak ada apa

    yang diistilahkan sebagai sekular dan ilmu-ilmu yang diterima oleh

    Barat itu pun berasal dari dunia Islam. Dalam Islam ada ilmu-ilmu yang

    tidak ada kaitan dengan agama seperti perubatan, matematik,

    pertanian, perhutanan, sains dan teknologi dan lain-lain. Terbukti dunia

    Islam dahulu maju dan berjaya dengan ilmu-ilmu itu. Sekarang ilmu-

    ilmu itulah juga yang dibawa ke negara ini (walaupun ada perubahan

    tertentu - penulis). Ada ilmu agama yang sudah sedia ada dan ada ilmu

    yang disebut sebagai sekular itu. Jadi kita boleh menjadi bangsa yang majudan umat yang berjaya seperti pada zaman keemasan Islam dahulu. Tetapi

    masalahnya umat Melayu mengetepikan ilmu-ilmu yang diperkenalkan itu.

    Di sinilah masalahnya dan ia terus dihadapi oleh umat Islam. Ilmu-ilmu yang

    berkesan untuk memajukan negara tidak dikuasai oleh umat Islam.

    Sedangkan bangsa Barat yang mengambil ilmu-ilmu dari dunia Islam terus

    maju sehingga membentuk Renaissance dan seterusnya zaman moden.

    Kini, umat Melayu bertambah lemah lagi justeru sikap dan penafsiran

    sekular tadi. Hal iniperlu ditukar jika ingin maju. Ilmu-ilmu yang memajukan

    umat perlu dituntut.

    Ilmu Islam yang sempit

    Menjadi kebiasaan bagi kumpulan agamawan apabila berbicaratentang Islam, perkara yang banyak difokuskan secara konsisten ialahmasalah syariat contohnya, hukum-hakam, ibadat, akhlak dan akidah. Inilahyang diajar, ditulis dan diperkatakan sepanjang masa. Kesannya, padafahaman publik, inilah dia ilmu-ilmu Islam atau Islam itu sendiri. Ilmu laindari perkara-perkara ini sudah tidak Islam. Mahathir mengkritik fahaman ini.Beliau mendakwa ulama-ulama tidak menerangkan ilmu-ilmu Islam yangsebenar. "Dalam al-Quran berkali-kali disebut berkenaan dengan alamsekeliling, bukit-bukau, awan dan hujan yang menyuburkan bumi. Tetapi

    jarang sekali alim ulama menjelaskan mengenai perkara-perkara ini, seolah-olah ajaran Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran, ada yang pentingdan ada yang boleh diketepikan." (Ucapan Mahathir di Majlis Maulidur Rasul1419 Hijrah. Berita Harian. 7 Julai 1968).

    Katanya ada ulama yang hanya memberi perhatian terhadap beberapahukum tertentu seperti soal seks dan wanita. "Ajaran Islam yang dibawaoleh Nabi Muhammad s.a.w. tidak terhad kepada ibadat tertentu sahaja."Beliau menyoal apakah umat Islam dapat hidup sempurna jika hanya tahu

    7

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    8/20

    beribadat sahaja tetapi tidak tahu (tiada ilmu) bercucuk tanam, menternak,menangkap ikan atau mengeluarkan bahan makanan secara besar-besaranuntuk jutaan umat? Apakah umat Islam juga tidak perlu menguasai danrnengembangkan ilmu perubatan dan kesihatan? Apakah umat Islamtidak perlu menguasai semua ilmu yang boleh menolong menyelamatdan mempertahankan umat Islam dan negara Islam? Inilah puncanya

    menurut Mahathir umat Islam lemah dan terkebelakang berbandingbangsa-bangsa lain. Umat Islam tidak menurut al-Quran secaramenyeluruh. Hanya mengambil bahagian-bahagian tertentu sahajaseperti i lmu-ilmu di atas dan meninggalkan yang lain. Mahathirmenyeru umat Islam khasnya ulama supaya dapat menerangkan Islamsecara menyeluruh seperti yang termaktub dalam al-Quran.

    Kuasai ilmu selain agama

    Sudah menjadi kelaziman dan keyakinan umat Islam bahawa ilmu-

    ilmu yang perlu dituntut adalah ilmu Islam dan ilmu Islam itu pula

    adalah ilmu usuluddin, syariat, akidah dan akhlak Islam. Inillah jenisilmu yang sudah `diregister' sebagai ilmu Islam. Selain dari jenis ilmu

    ini, tidak dianggap ilmu islam. Mahathir berkata, umat lslam tidak

    seharusnya terlampau taasub menimba ilmu mengenai agama sahaja

    dan mengabaikan ilmu duniawi dalam bidang sains dan teknologi yang

    seketika dahulu pernah dikuasai umat Islam. Masyarakat bukan Islam

    menurutnya yang maju di dunia ini bukan kerana mereka memiliki

    kuasa ghaib. Mereka juga adalah manusia biasa seperti umat Islam

    tetapi menguasai pelbagai bidang kemahiran termasuk mencipta

    senjata. Umat Islam akan berputih mata tanpa berupaya berbuat apa-

    apa untuk saudara mereka terutama rakyat Palestin yang terus ditindasselagi mereka tidak bangkit untuk memajukan diri sejajar tuntutan

    fardu kifayah. Kita ditindas dan kita lemah.

    Jika kita mahu menentang musuh, bukan dengan perasaan marah

    meletupkan bom pada badan kerana tindakan itu tidak akan memberi

    kesan kepada Islam itu sendir i kecuali berbalas dendam dan

    pembunuhan terus berlaku. Jadi, "Menguasai pengetahuan megenai

    agama sahaja tidak cukup untuk melawan balik penindasan terhadap

    umat Islam kerana penguasaan ilmu yang terhad dan tidak boleh

    digunakan untuk mempertahankan diri.

    "Berikutan dengan serangan terhadap Iraq, ramai umat Islam di

    seluruh dunia berdoa untuk menghentikan serangan itu, tetapi Amerika

    Syarikat teruskan juga hasrat menyerang Iraq dan memperoleh

    kejayaan." Akibat kejayaan itu "Sesetengah kita merasakan Tuhan tidak

    makbulkan doa kita, tetapi ini tidak benar, sebenarnya kita tewaskan

    diri kita sendiri. Islam menyeru kita supaya sentiasa bersedia untuk

    8

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    9/20

    mempertahankan diri. Dalam soal Iraq, jelas umat Islam tidak bersedia

    untuk semua itu. Mahathir juga membidas sebahagian umat Islam yang

    masih percaya bahawa mereka boleh mempertahankan diri dengan

    hanya menggunakan kuda dan lembing, sedangkan musuh

    menggunakan senjata automatik, jet pejuang dan lain-lain senjata

    canggih!

    "Kita perlukan senjata (canggih) untuk menanam rasa takut di

    kalangan musuh kita. Sesetengah kita membeli senjata yang dijual oleh

    musuh dan sudah pasti mereka tidak memberikan kita senjata terbaik,

    sebaliknya yang sudah ketinggalan. Dan apabila anda mempunyai

    senjata yang kurung baik, anda tidak dapat memenuhi kehendak

    aguma iaitu untuk mempertahankan ummah." Beliau berkata demikian

    sewaktu menutup Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda Islam di

    Kuala Lumpur pada 16 September 2003. (Berita Harian. 17 Sept. 2003)

    Semak semula tafsiran lama

    Mahathir sangat prihatin terhadap keadilan yang perlu diamalkan

    dalam perundangan. Ada aspek-aspek tertentu dalam tafsiran lama

    yang memaparkan ketidakadilan terhadap sosial. Menurutnya ada

    sesetengah orang Islam yang menganggap adil sekiranya

    penguatkuasaan undang-undang Islam menyebabkan mangsa dihukum

    dan bukannya penjenayah yang dihukum. Oleh itu apabila seorang

    gadis dirogol tetapi tidak dapat mengemukakan saksi-saksi, dia masih

    dianggap bersalah kerana `zina' kalau dia hamil. Sementara perogol

    tidak dibawa ke pengadilan dan dihukum, gadis itu pula mesti direjamsampai mati kerana hukuman zina adalah rejam sampai mati. Jadi si

    penjenayah itu lepas dan orang seperti tidak ambil berat terhadap

    perogol. Di sini timbul masalah keadilan dalam undang-undang Islam

    dan inilah cara berfikir yang telah sekian lama menguasai pemikiran

    umat Islam. Hal ini memerlukan perhatian semula. Tafsiran lama yang ,

    tidak adil ini adalah sesuatu yang malang terhadap umat Islam.

    Islam amat menekankan persoalan keadilan. Namun apa yang berlakusepanjang sejarah perundangan Islam ialah kelemahan manusia dalammembuat penafsiran. Lebih buruk lagi apabila hal ini diperhatikan oleh non-

    Muslim atau mereka membandingkan dengan undang-undang kontemporariBarat dan bahan Barat yang lain. Umat lain termasuk orang-orang Melayusendiri "Agak kurang toleran dan tidak begitu menghiraukan pandanganorang lain apabila mengamalkan ajaran Islam termasuk dalam mentafsir danmelaksanakan undang-undang Islam." (Sedutan teks ucapan MahathirMohamad di Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Da1am DuniaKontemporari di IKIM, Kuala Lumpur pada 24 Sept. 2000)

    Pengertian mengikut sunah Rasulullah s.a.w.

    9

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    10/20

    Umat Islam mencari model pembangunan tamadun dan

    peradaban. Ini mungkin bertolak dari sikap mahu mengamalkan Islam

    atau cara menghadapi cabaran-cabaran dunia kini. Oleh itu, rata-rata

    kefahaman umat Islam ialah berusaha menghidupkan kembali sunah

    Rasulullah s.a.w. Ini juga adalah sebagai merealisasikan ajaran-ajaran

    al-Quran. Niat dan sikap ini adalah baik. Namun ia mengundangbeberapa persoalan yang juga ditanyakan oleh Mahathir. Apakah perlu

    kita ikut segala bentuk tindakan yang telah dibuat oleh Rasululloh

    s.a.w. atau para sahabat Baginda? Apakah ajaran Islam yang sebe-

    narnya bermakna kita perlu ikut dan turut tiru sepenuhnya semua

    sunah itu? Dalam hal ini Mahathir mempunyai analisis yang menarik

    bagi membuka fikiran sebahagian umat Islam yang rigidcara berfikir.

    Menurut beliau kita tidak perlu ikut persis apa yang dilakukan oleh

    Rasulullah s.a.w. itu justeru masyarakat, masa, budaya dan sebagainya

    yang berlainan. Apakah makna apabila kita menyebut yang Islam itu

    sesuai dengan semua zaman dan tempat tiba-tiba kita menyeru semua

    umat Islam supaya meniru kehidupan dari kurun ke-7 hingga kepada

    kejatuhan kerajaan Turki? Kalau hendak tiru yang lama, bermakna Islam

    tidak sesuai pada zaman ini. Inilah yang dibangkitkan oleh Mahathir dalam

    ucapannya sewaktu merasmikan The World Islamic Civilization Festival

    1994 di Kuala Lumpur 17 Jun 1994 dahulu.

    Dalam ucapannya Mahathir menyebut "But when we talk of recreating

    the Islamic civilization, we do not mean to build a .fair copy of the Muslim

    world from the 7th century until decline of the Turkish Sultanate. Even when

    we are enjoined to seek guidance from the sunnah of Prophet (s.a.w.), we

    are not expected to reproduce exactly the achievements and the lifeof the

    Prophet. Indeed the golden period of Islamic civilization was not brought

    about by the reproduction of the life and times of the Prophet in Makkah

    and Madinah. The Islamic civilization was then result of following the true

    teachings of Islam which the people in the lifetimes of the Prophet were not

    able to benefit from fullybecause of time. In size and in span of knowledge

    and achievements, the Islamic civilization that was built after the demise of

    the Prophet was, far greater than the Muslim world in the Prophets time.

    This is because the application of Islamic teachings and creed over the

    centuries was able to bring about the maximum results. " (Mahathir

    Mohamad 1995. Islam and the Muslim Ummah. Selected speeches. 9).Jadi

    kita perlu ikut ajaran Islam yang menjawab masalah-masalah kontemporari.

    Pakaian tidak menentukan pegangan agama

    Salah satu budaya umat Melayu malah umat Islam umumnya ialahkeyakinan bahawa pakaian adalah parameter atau ukuran kehebatankomitmen agama seseorang. Lazimnya nilai keislaman sesorang itudipandang dari sudut cara ia berpakaian. Jika la berjubah atau seringberserban ke mana sahaja dia pergi, itu dikira hebat walaupun ilmu

    10

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    11/20

    agamanya tidak setinggi mana. Umat Melayu ada keyakinan ini. Oleh itusesiapa yang membudayakan dirinya dengan berjubah, berserban atauberketayap putih selalu, adalah dianggap tinggi keislamannya. Diadihormati melebihi daripada seorang profesor pengajian Islam di pusat-pusat pengajian Islam yang suka memakai baju kemeja biasa atau batik. Inisangat lumrah dalam budaya orang-orangMelayu, hingga siswa-siswi di

    universiti pun akan menghorrnati individu hebat itu daripada mahagurunyasendiri. Sebaliknya pula jika individu idola itu menukar budaya denganmemakai batik atau berkemeja dan bertali leher, maka rasa hormat tadiakan menurun. Oleh itu mempertahankan budaya jubah, berserban danberketayap putih menjadi kemestian justeru dipandang tinggi lagi mulia,walaupun ilmu Islamnya berputar-putar di sekitar akidah atau akhlak sahaja.

    Perkara budaya bercirikan kearaban itu ada baiknya, namun Islamtidak menetapkan corak kearaban itu sebagai satu kehebatan dankemuliaan. A1-Quran hanya menetapkan garis panduan berpakaian tetapitidak menetapkan bahawa semua umat Islam perlu ikut patuh pakaiankearaban itu. Orang Arab sendiri pun menurut Mahathir ada yang beragamaNasrani tetapi masih juga orang Arab dan memakai jubah. Pada zaman NabiMuhammad s.a.w. dan para sahabat umpamanya "tidak ada perbezaanantara pakaian orang Arab yang bukan Islam termasuk orang jahiliahdengan orang Arab yang telah menerima agama Islam, melainkan dari segimenentukan pegangan kepada agama Islam. Yang menentukannya ialahiman dan takwa. Tetapi ramai orang Melayu Islam sanggup bermusuh-musuhan dengan orang Islam saudara sesama mereka sambil memegangkuat kepada rupa bentuk yang dianggap Islam oleh mereka" (UcapanMahathir di Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat MelayuIslam. 29-31 Januari 2002. Kuala Lumpur).

    Umat Islam dan budaya mahu hidup mudah

    Islam berjaya membentuk minda dan budaya orang Melayu-Islam.Tetapi orang Melayu juga terus dipengaruhi oleh nilai-nilai hidupkemelayuan yang diwarisi turun-temurun. Mahathir menyebut "Sesuatuyang terdapat orang Melayu dahulu dan masih ada pada mereka sekarangialah kegemaran kepada yang mudah. Kerana kegemaran ini, negeritergadai. Apabila dijanji oleh saudagar Cina kutipan cukai yang tinggi dantetap, Raja-raja Melayu memberi monopoli cukai dan penjualan candukepada saudagar-saudagar Cina. Kemudian datang British yang berjanjidengan menggunakan nasihat mereka, pentadbiran negeri Melayu akanlebih tertib dan political pension tetap serta kemudahan-kemudahan hidupyang luar biasa akan dinikmati oleh Raja-raja Melayu. Dengan janji inikuasa penuh diberi kepada penjajah untuk mentadbir mengikut kehendakmereka.

    Kehidupan memang menjadi lebih mudah tetapi negeritergadai

    11

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    12/20

    Sikap ambil mudah ini berterusan. Orang Melayu Islam suka yangmudah dan senang. Kemudahan-kemudahan yang disediakan pihakpemerintah di bawah Dasar Ekonomi Baru seperti lesen, permit-permitperniagaan dan lain-lain yang berpotensi membuat keuntungan jika seriusbekerja dan bersusah payah, tetapi jalan mudah dilakukan iaitu menjuallesen, permit, saham dan lain-lain kepada bukan Islam. Mereka mendapat

    untung cepat dan mudah tanpa bersusah payah. Tindakan ini akhirnyamemberi kekayaan kepada orang lain. Dan Melayu itu akan meminta-minta lagi. Jika tidak dilayan, ia akan menganggap kerajaan itu zalim, tidakmahu membawa orang-orang Melayu. Maka minda orang-orang MelayuIslam perlu dibuka dan menerima nilai-nilai dan ajaran Islam yang lebihbaik." (Ucapan Mahathir di Persidangan Isu dan Proses Pembukaan MindaUmat Melayu Islam).

    Umat Islam tidak boleh jadi kaya kerana ia bermaknamaterialisme

    Satu perkara yang lumrah diyakini oleh orang Melayu ialah mereka

    tidak perlu bekerja kuat untuk mencari kesenangan hidup atau memilikiharta. Itu dianggap materialisme. Itu semua dunia belaka! Oleh itu orangIslam perlu hidup seadanya sahaja. Tidak perlu tekun bekerja atauberusaha menjadi kaya. Biarlah kekayaan negara dibolot oleh bukan Islamkerana dunia untuk orang bukan Islam. Mahathir membetulkan perspektifumat Islam ini. Dalam bukunya Menghadapi Cabaran (1976) di bawah tajuk`Kerohanian dan cabaran moden' Mahathir memberi penjelasan. "Di sinipatut ditegaskan bahawa keduniaan tidak semestinya bemaknamaterialisme. Manusia tidak dapat mengelakkan daripada mempunyaiharta. Pengemis pun ada harta, walaupun ia mempunyai sehelai kain dipinggang. la mesti dihargai dan sayang kepada hartanya ini. Tetapi initidak bermakna dia tamak kepada kebendaan ataupun dia materialistik.

    Pengemis pun akan cuba menambah hartanya. Begitu juga

    seorang yang sudah pun ada harta akan cuba menambah lagi harta itu

    Percubaan untuk menambah kekayaan belum menjadikan seseorang itu

    orang yang materialistik.

    Tetapi pengemis atau jutawan menjadi seorang materialis apabila

    dia sanggup membuat apa sahaja untuk menambah harta dan

    kekayaan dan kehidupannya dikuasai oleh usaha merebut kekayaan

    semata-mata. Orang seperti ini tidak akan memulangkan balik kepada

    masyarakat sebahagian daripada kekayaannya, sama ada secara

    sukarela atau tidak, untuk menolong golongan yang tidak bernasib

    baik. Mereka akan cuba mengelakkan daripada sebarangtanggungjawab terhadap masyarakat kerana tamak.

    Apa yang jelas daripada keterangan ini ialah memiliki harta atau

    mencari kekayaan tidak menjadikan seseorang itu materialis jika dia

    tidak tertaasub dengan kekayaan sehingga lupa dan tidak mempunyai

    12

    http://pinggang.la/http://pinggang.la/
  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    13/20

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    14/20

    mengingatkan bahawa sebenarnya kaya dan miskin, raja atau rakyat,pemimpin atau penganut adalah sama. Dengan ini perasaan sombong danbongkak yang mudah menguasai jiwa orang yang terlalu pandai atau terlaluberkuasa atau terlalu kaya dihindarkan. Masyarakat menjadi lebih adil dantenteram dan bahagia kerana tidak terdapat perasaan sombong danbongkak yang membawa kepada salah faham dan ketegangan.

    Puasa yang diwajibkan kepada seluruh orang Islam menyedarkan

    mereka tentang keazaban orang yang diserang kelaparan (iaitu orang

    miskin). Di dalam bulan puasa bukan sahaja seorang Islam merasai

    tekanan kelaparan tetapi ia dikehendaki menyingkirkan fikiran, niat

    dan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang dilarang oleh agama

    dan masyarakat. Ini adalah suatu latihan jiwa yang kuat dan berkesan.

    Dalam keadaan haus dan lapar dia dikehendaki mengawal perasaan--

    perasaan yang liar yang boleh merosakkan dirinya dan masyarakat.

    Sudah tentu latihan ini akan menambah keupayaan orang Islam meng-

    hadapi cabaran hidup dengan jayanya dan menjadikan masyarakatmereka lebih tertib dan aman. Ibadat zakat pula menolong mengu-

    rangkan perbezaan golongan-golongan dalam masyarakat supaya

    ketenangan dan pemusuhan tidak berlaku.

    Zakat membentuk dan menyuburkan perasaan tanggungjawab dan

    timbang rasa di kalangan orang Islam, yang akan mengurangkan hasad

    dengki yang biasanya membawa kecelakaan dalam masyarakat.

    Akhirnya fardu haji menggolongkan semua latihan ini supaya lebih

    berkesan dan menyedarkan tentang persaudaraan umat Islam yang

    tidak membezakan kulit atau bangsa ataupun lain-lain perbezaan yangwujud di kalangan manusia.

    Apa yang jelas dari ibadah yang diwajibkan oleh Islam ialah

    amalan yang menyedarkan tiap-tiap orang Islam tentang sikap dan

    tanggung-jawab kepada masyarakat dan kepada Tuhan. Sikap dan

    tanggungjawab ini cuma berkesan jika seseorang itu memainkan

    peranan nya yang penuh dalam masyarakat. Jika dia menarik diri

    daripada masyarakat, bertapa dan beribadat seorang diri maka sudah

    tentu dia tidak boleh memainkan apa-apa peranan. Dengan perkataan

    lain seorang Islam tidak dituntut supaya menolak terus semua yang

    berunsurkan keduniaan dan mengasingkan diri daripada masyarakat.

    Apa yang dikehendaki ialah supaya keduniaan tidak membolot semua

    fikirannya sehingga sikapnya kepada orang lain tidak bertimbang rasa,

    tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan." (Mahathir

    Mohamad. Menghadapi Cabaran. 1976-1985).

    STRATEGI PENGUKUHAN ISLAM DAN KEMAJUAN ORANG MELAYU

    14

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    15/20

    Mahathir bertolak dari hakikat bahawa Melayu di Malaysia adalahMusiim keseluruhannya justeru salah satu definisi Melayu adalah bangsayang beragama Islam. Dan Melayu berada dalam keadaan yang tidakkukuh kedudukannya oleh sebab kuasa ekonomi berada di tangan bangsamendatang. Melayu hanya tinggal kuasa politik dan pentadbiran negara.

    Itu pun terpaksa dikongsi dengan non-Melayu. Dalam keadaan begini,Melayu terus berpecah dalam beberapa kelompok politik dan seringbercakaran. Masa, tenaga dan fikiran banyak dibazirkan untukmenyelesaikan hal-hal ini. Justeru, tindakannya ialah memperkasakan danmemperkukuhkan Melayu dan memajukan mereka yang dengannya Islamyang kuat dapat ditegakkan. Dengan lain perkataan, Mahathir berusahamengukuhkan perpaduan Melayu sebagai platform memajukan agamaIslam. Islam tidak boleh tegak dan teguh dalam masyarakat yang miskin,tiada jati diri, lemah dan mundur. Islam boleh maju dan kuat bersamamasyarakat yang maju dan kuat juga.

    Inilah antara tindakan strategik Mahathir melalui pelbagai rancangan

    pembangunan negara, walaupun ada pemimpin dan intelektual Melayusendiri yang menentangnya. Parti pembangkang Melayu sendirimenuduhnya sebagai Firaun yang zalim. Apa yang dilakukan didakwabertentangan dengan Islam. Wawasan 2020 tidak Islamik, lebih baik`wawasan akhirat'. Projek kereta nasional tidak menguntungkan, Mahathirmenggunakan wang rakyat untuk membuat projek-projek mega dansebagainya. Jambatan Pulau Pinang juga projek membazir tetapi kumpulanyang menuduh itulah yang menggunakannya. Tuduhan-tuduhan sepertiinilah yang sering dilemparkan kepada beliau. Melayu-Islam perlu bukaminda jika mahu berubah ke arah kemajuan seperti bangsa-bangsa lainyang maju di dunia ini.

    Mahathir percaya bahawa minda orang Melayu sudah pun terbuka.Tetapi kebanyakan yang memasuki minda ini adalah yang tidak membina.Umpamanya fundamental atau asas Islam amat mudah. Apa yangdiwajibkan sedikit sahaja. Untuk menjadi orang yang beragama Islam apayang diwajibkan ialah naik saksi bahawa tidak ada tuhan yang disembahmelainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Tetapi kita sukamenokok tambah berbagai-bagai syarat sebelum orang yang sudah punIslam diterima sebagai orang Islam. Dengan ini perhubungan antara orangMelayu Islam dengan orang Melayu Islam yang lain menjadi tegang danburuk.

    Sebaliknya jika pemikiran terbuka membolehkan Melayu Islam inimenerima ajaran Islam yang mengambil kira keadaan yang berubahsepanjang masa, maka orang Islam tidak akan ketinggalan zaman. Hanyaberkenaan memahami fardu ain dan fardu kifayah, sunat dan wajib punminda yang terbuka boleh menjadikan Islam sesuai untuk semua zaman dantamadun.

    Tetapi dengan diwajibkan ibadat-ibadat baharu seperti qiamullil,tazkirah, kuliah subuh dan lain-lain, agama yang mudah yang memberi cukup

    15

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    16/20

    masa untuk kerja-kerja lain yang penting menjadi fardu ain dan fardukipayah, sunat dan wajib pun minda yang terbuka boleh menjadikanpenghalang kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dan kerja-kerja yangpenting bagi kesejahteraan dan keselamatan umat islam.

    Demikian juga dengan jihad, yang diutamakan ialah perang.

    Sebenarnya yang di suruh ialah penyediaan alatan perang supaya

    mengerunkan musuh. Tidak ada gunanya berperang jika tentera Islam

    tetap akan kalah kerana tidak ada persediaan dan serba kekurangan.

    Tetapi asyek dengan serangan mati syahid yang merugikan Islam;

    Sebenarnya yang benar-benar berjihad ialah mereka yang membiayai,

    mencipta, mengeluar alatan peperangan yang Iebih kuat dan lebih

    canggih daripada tentera musuh.

    Minda yang terbuka tentulah memberi penghargaan kepada

    mereka yang mempelajari sains dan teknologi, memperkayakan

    masyarakat Islam, mencipta dan mengeluarkan senjata yang canggih,menyusun bala tentera yang gagah dan ditakuti oleh musuh kerana

    kekuatan serta mempunyai kekuatan yang mencukupi dan mampu

    menyelamatkan umat Islam sebagai orang yang berjihad di jalan Allah.

    Ingatlah Sayidina Usman berjihad dan membekalkan unta untuk

    pasukan tentera Islam pada zaman Nabi.

    Justeru, penguasaan ilmu sains dan teknologi dan perolehan hasildaripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripadamereka yang secara buta tuli menyerang musuh dan mengundangmalapetaka kepada umat Islam yang lain.

    MELAYU ISLAM MESTI AKUI DAN BAIKI KELEMAHAN

    Minda yang terbuka hendaklah terbuka kepada yang benar dannyata sekarang. Yang benar dan nyata sekarang ini ialah kedaifan orangMelayu Islam dan ketidakmampuan mereka. Yang benar dan nyata ialahkita sendiri terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk membangundan memperkayakan negara kita. Yang benar dan nyata ialah banyakurusan dalam masyarakat dirancang dan dilaksanakan oleh kaum lain.

    Dari segi hubungan antarabangsa yang benar dan nyata ialahMelayu Islam tidak dapat mendirikan negara yang dapat membantu danmenolong menyelamatkan orang-orang Islam yang tertindas dan daif,terutama yang terdiri daripada orang Islam. Dan banyaklah lagikelemahan orang Melayu dalam menangani hubungan antarabangsa.Minda yang terbuka perlu pertamanya mengenal pasti dan mengakuikelemahan yang ada pada Melayu Islam dan keduanya mengenal pastiapa yang perlu diubah dan diamal untuk mendapat manafaat daripadaminda yang terbuka. Pendekatan dan kemampuan menilai yang terbuka.Pendekatan dan kemampuan menilai antara yang baik dan yang burukperlu menjadi kebolehan yang ada pada orang Melayu Islam. Dalam

    16

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    17/20

    menilai sifat-sifat yang ada pada diri sendiri tidak ada tempat bagiperasaan malu mengenai kelemahan diri dan kesombongan yang tidakberasas. Demikian juga setelah mengenal pasti kualiti yang lemah yangada pada diri sendiri tidak perlu perasaan malu untuk menerima danmengamal nilai yang ada pada orang lain, walaupun mereka daripadakaum dan bangsa yang kita kurang senang dengan mereka.

    Yang jelas ialah minda yang terbuka ialah suatu sikap yang baik yang perludimiliki orang Melayu Islam. Namun minda yang terbuka harus disampingioleh keupayaan menilai dan memililh yang jernih dan membuang yang keruh.

    Yang benar dan nyata harus diakui walaupun pedih dan yang benar dan nyataharus memandu pemikiran yang terbuka. Akhirnya perubahan perlu diterima

    jika minda yang terbuka hendak dihasilkan nikmat, termasuk perubahanbudaya bangsa tanpa menghilangkan identiti bangsa. (Mahathir. 2002.Ucapan Perdana: 10-13)

    MAHATHIR DAN TINDAKAN PERUBAHAN

    Tidak banyak pemimpin negara-negara dunia yang menguasai

    serentak idealisme dan realisme. Sejarah pemikiran dunia merakamkan

    kumpulan pemimpin yang menguasai realisme biasanya berjaya

    melestarikan idea dan gagasannya. Sementara kelompok idealis hanya

    mampu memperkasakan kelemahan dan status-quo kuasa politik atau

    kekayaan. Pemimpin yang realis adalah orang yang memahami dengan

    baik persoalan-persoalan semasa rakyat dan serta mampu menyusun

    strategi untuk menghadapinya. Mahathir seperti yang telah terbukti,

    adalah seorang pemimpin dan negarawan yang tercanturn dalam

    dirinya idealisme dan realisme serentak. Kefahaman tentang Islam,

    sejarah umat Islam, bangsa Melayu, membawa kepada ideologi-ideologi moden serta cabaran-cabaran terkini seperti gagasan

    globalisasi dan pelbagai macam idea tentang ekonomi politik dunia,

    mata wang serta prospek serta persediaan masa hadapan ummah dan

    lain-lain sering dibincang oleh Mahathir di dalam negara dan di

    peringkat antarabangsa.

    Bagi Malaysia, itulah gagasan serta idealisme yang telah

    direalisasikan oleh Mahathir. Segala kelemahan umat Melayu diubati

    melalui pelbagai bentuk tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

    Wawasan 2020 adalah platform panjangnya untuk merubah minda,

    psikologi dan hala tuju masa hadapan umat Islam Malaysia. Terdapatbanyak tindakan praktikal yang telah dilakukan oleh Mahathir menukar

    realiti dan kehidupan umat lslam di Malaysia. Di sini, penulis hanya

    memetik contoh tindakan Mahathir melawat perusahaan dan kemajuan

    sains dan teknologi di Jepun dan Korea sekadar contoh, dan beliau

    kerap melawat negara-negara tersebut.

    17

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    18/20

    Pada pertengahan tahun 2000, Mahathir telah membuat lawatan kerjake Jepun. Selain dari acara-acara rasmi, Mahathir melawat syarikat-syarikatmultinasional Jepun. Beliau melawat kilang Yamazaki Mazak di Nagoya, iaitusebuah kilang pengeluar mesin berkomputer dan peralatan mesin denganmenggunakan teknologi terkini termasuk kilang siber pertama di dunia dibidang ini. Perjalanan dan kerja di kilang ini boleh dipantau oleh petugasnya

    biarpun dari bilik tidur di rumah. (Wingguan Malaysia. 18 Jun 2000).

    Sempena lawatan ini beliau turut menyaksikan upacara menan-datangani perjanjian antara SME Aerospace, anak syarikat SME Industriesdan Mazak bagi pembelian mesin untuk pembuatan komponen industriaeroangkasa di Malaysia. lndustri ini digerakkan sendiri oleh Mahathir.Kemudian, Mahathir melawat Matsushita Multimedia Center di Tokyo. Di sini,Mahathir tertarik dengan ciptaan sistem penginapan digital 2003 atau H111House yang sedang dibangunkan olch syarikati berkenaan. Di sini, ciptaantelefon selular bagi mengawal selia fungsi rumah, bilik air yang bolehmemproses data kesihatan diri dan sistem keselamatan tercanggih.

    Teknologi ini disarankan oleh Mahathir dipindahkan ke Koridor Raya

    Multimedia (MSC) di Putrajaya. Mahathir juga turut menguji sistempengangkutan gabungan bas kereta api yang menggunakan teknologiIntelligent Multimode Transit System (IMTS). Pengangkutan bergerak tanpapemandu. Perjalanannya dikawal di pusat kawalan. Semua jumpaan dankemajuan ini dicatat oleh Mahathir untuk direalisasikan di Malaysia.

    Pada pertengahan tahun 2002 pula Mahathir mengadakan lawatankerja ke Korea Selatan. Mahathir juga kerap ke Korea Selatan sama seperti

    Jepun di atas. Di samping memenuhi tujuan-tujuan hubungan dua buahnegara dari sudut kepentingan politik, Mahathir juga melawat dan meninjauteknologi-teknologi terkini terutama sekali pusat penyelidikan danpembangunan (R&D) syarikat pengeluar kereta Hyundai di Gyeonggi-do. Disini Mahathir melihat sendiri kepesatan industri kereta Korea. Dalam masakurang sedekad, keluaran syarikat ini telah menembusi pasaran duniamelalui model-model kereta yang cantik menawan para pembeli. Di sini,lima memorandumpersefahaman (MoU) ditandatangani iaitu MATRADEdan KITA, Naza Kia Sdn. Bhd. dan Kia Motors Corporation serta LGChem Invesment Ltd. dan Innobiologies Shd. Bhd. Lawatannya itutelah berjaya memindahkan teknologi serta etika kerja Korea keMalaysia. Selanjutnya syarikat-syarikat Korea telah dibenarkanberoperasi di Malaysia. Tindakan praktikal ini adalah usaha Mahathiruntuk memindahkan kepandaian teknologi Timur ke Malaysia. (UtusanMalaysia. 23 Mei 2002).

    KESIMPULAN

    Mahathir bersemangat tinggi untuk mengubah nasib dan realiti

    kehidupan umat Islam di Malaysia. Beliau juga berhasrat menjadikan

    Malaysia negara Islam model kepada negara-negara Is1am di dunia.

    dan ini telah menjadi kenyataan. Sewaktu saya berada di England,

    Mesir, Indonesia, Jordan dan di lain-lain negara di Timur, masyarakat

    18

  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    19/20

    dunia terpegun dengan Mahathir dan Malaysia umumnya justeru

    pembangunan pesat dalam segenap bidang kehidupan rakyat

    Malaysia. Sewaktu makalah ini ditul is, Malaysia masih unggul

    walaupun Mahathir sudah berhenti menjadi Perdana Menteri. Kejayaan

    pembangunan Malaysia diteruskan oleh penggantinya Datuk Seri

    Abdullah Ahmad Badawi. Dianggarkan kira-kira dua juta rakyatIndonesia. Myammar, Thailand, China, Pakistan, Filipina dan lain-lain

    datang mencari kehidupan di Malaysia. Mereka menganggap Malaysia

    adalah `lubuk emas'.

    Siapa yang lebih penting dari realiti itu ialah umat Islam telah

    ditingkatkan kualiti kehidupan mereka dengan cara menghakis sedikit

    demi sedikit segala kelemahan yang telah disebutkan di atas.

    Memang sukar untuk membentuk manusia menjadi bangsa yang maju,

    tetapi adalah mudah untuk menjadikan mereka susah dan lemah.

    Mahathir percaya kepada kekuatan ilmu terutamanya sains danteknologi. Umat Islam dikikis psikologi mereka yang selamanya lemah

    dan kagum dengan peradaban Barat yang materialis dan sekular.

    Beliau memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur. Contoh, Jepun dan

    Korea yang sudah lama terkenal dengan kemajuan industrinya. Umat Islam

    dibentuk minda mereka supaya meniru kemajuan sains dan teknologi Jepun

    serta Korea. Dan inilah yang kini sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia

    sekarang.

    RUJUKAN

    Dr. Mahathir Mohamad. 1976. Menghadapi Cabaran. K.L. Pustaka Antara.

    Dr. Mahathir Mohamad. 1999.Jalan Ke Puncak_Subang Java. Pelanduk.

    Dr. Mahathir Mohamad. 1999. The Malay Dilemma- K.L, Singapore. Time BooksInternational.

    Dr. Mahathir Mohamad. 2002. Ucapan Perdana Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. K.L,DBP.

    Dr. Mahathir Mohamad. 1995. Islam and The Muslim Ummah. Selected speeches by Dr.Mahathir Mohamad, Prime Minister Of Malaysia. Vol. 1. edited by HashimMakaruddin. Subang Jaya. Pelanduk Publication.

    Dr. Ilyas Harun. 1998. Mahathir: Negarawan Unggul AbadIni. K.L. Iteko.

    Rahman Shaari. 1984.Zaman Mahathir. K.L. Limma Enterprise Sdn. Bird.

    Sivamurugan Pandian. 2005. Legasi Mczhathir. K.L. Utusan Publication & Distributors

    Sdn. Bhd.

    Utusan Malaysia, 23 Mei 2002.

    Mingguan Malaysia, 18 Jun 2000.

    19

    http://ini.k.l.iteko.rahman/http://ini.k.l.iteko.rahman/http://ini.k.l.iteko.rahman/http://ini.k.l.iteko.rahman/http://ini.k.l.iteko.rahman/
  • 8/14/2019 Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

    20/20

    Berita Haran 17 Sept. 2003.

    Berita Harian 7 Julai 1968.

    BIODATA

    PROF. DR. IDRIS ZAKARIA merupakan Pensyarah Falsafah dan PemikiranIslam, Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.