puisi berdiri aku amir hamzah

9
PUISI ‘BERDIRI AKU’ OLEH AMIR HAMZAH Puisi moden kedua yang kami pilih dan boleh diketengahkan untuk menjadi teks KOMSAS ialah puisi ‘Berdiri Aku’ oleh Amir Hamzah. Dalam penelitian ekpresif, mengetahui latar belakang pengarang merupakan hal yang mesti dilakukan. Hal ini kerana kita akan mengetahui dengan lebih baik menegenai isi sesebuah puisi yang disampaikan tanpa mengenal atau mengetahui siapa yang menyampaikannya atau siapa yang mencipta sesebuah puisi tersebut. Amir Hamzah lahir di Tanjung Pura pada 28 Pebruari 1911, dan meninggal pada tahun 1946. Beliau mendapat pendidikan di H.I.S, A.M.S dan meneruskan pengajian di Sekolah Hukum Tinggi. Beliaua dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang taat dengan agama Islam, dan banyak mempelajari kesusastraan Melayu Lama, sehingga dalam karyanya banyak menggunakan bahasa Melayu Lama dan bahasa daerahnya, contohnya pada puisi “Berdiri Aku”. Amir Hamzah tergolong dalam salah seorang pendiri dan pemimpin Pujangga Baru. Pada puisi ‘Berdiri Aku’ ini, Amir Hamzah mampu mengungkapkan ekspresi jiwanya tentang pemikiran terhadap pencarian makna hidup dan tujuan utama manusia dalam kehidupan ini. Pengalaman tersebut menjadi gambaran yang melahirkan hasil kereativiti yang berupa karya sastera dalam puisinya yang bertajuk ‘Berdiri Aku’.

Upload: shizuka-jijie-sbp

Post on 19-Jun-2015

4.377 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Puisi berdiri aku amir hamzah

PUISI ‘BERDIRI AKU’ OLEH AMIR HAMZAH

Puisi moden kedua yang kami pilih dan boleh diketengahkan untuk menjadi teks KOMSAS

ialah puisi ‘Berdiri Aku’ oleh Amir Hamzah. Dalam penelitian ekpresif, mengetahui latar

belakang pengarang merupakan hal yang mesti dilakukan. Hal ini kerana kita akan

mengetahui dengan lebih baik menegenai isi sesebuah puisi yang disampaikan tanpa

mengenal atau mengetahui siapa yang menyampaikannya atau siapa yang mencipta sesebuah

puisi tersebut.

Amir Hamzah lahir di Tanjung Pura pada 28 Pebruari 1911, dan meninggal pada

tahun 1946. Beliau mendapat pendidikan di H.I.S, A.M.S dan meneruskan pengajian di

Sekolah Hukum Tinggi. Beliaua dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang taat dengan

agama Islam, dan banyak mempelajari kesusastraan Melayu Lama, sehingga dalam karyanya

banyak menggunakan bahasa Melayu Lama dan bahasa daerahnya, contohnya pada puisi

“Berdiri Aku”. Amir Hamzah tergolong dalam salah seorang pendiri dan pemimpin Pujangga

Baru.

Pada puisi ‘Berdiri Aku’ ini, Amir Hamzah mampu mengungkapkan ekspresi jiwanya

tentang pemikiran terhadap pencarian makna hidup dan tujuan utama manusia dalam

kehidupan ini. Pengalaman tersebut menjadi gambaran yang melahirkan hasil kereativiti yang

berupa karya sastera dalam puisinya yang bertajuk ‘Berdiri Aku’.

Page 2: Puisi berdiri aku amir hamzah

KRITERIA DAN CIRI-CIRI PUISI

BERDIRI AKU

Berdiri aku di senja senyap

Camar melayang menepis buih

Melayah bakau mengurai puncak

Berjulang datang ubur terkembang

Angin pulang menyeduk bumi

Menepuk teluk mengempas emas

Lari ke gunung memuncak sunyi

Berayun-ayun di atas alas

Benang raja mencelup ujung

Naik marak menggerak corak

Elang leka sayap tergulung

Dimabuk warna berarak-arak

Dalam rupa maha sempurna

Rindu-sendu mengharu kalbu

Ingin datang merasa sentosa

Mengecap hidup bertentu tuju.

Karya: Amir Hamzah

Page 3: Puisi berdiri aku amir hamzah

Makna Rangkap :

Rangkap 1: Penyajak mengungkapkan tentang apa yang dirasakannya pada apa yang

dilihatnya. Penantian dan perenungan diri terhadap apa yang dilihatnya tentang peristiwa

atau kejadian di pantai menjadi pengalaman yang mendorongnya untuk melakukan sesuatu.

Rangkap 2: Penyajak mengungkapkan hubungan antara kehidupan manusia dengan

peristiwa alam. Pada baris pertama dan kedua dalam rangkap 2 iaitu ‘Angin pulang

menyejuk bumi’, ‘Menepuk teluk mengempas emas’ menunjukkan bahawa angin laut

(peristiwa alam) dapat dimanfaatkan oleh nelayan (kegiatan manusia) untuk membawa

perahunya ke daratan dengan membawa hasil lautnya.

Rangkap 3: Penyajak menjelaskan tentang pelangi yang terbentang indah di langit dengan

keindahan warna-warni yang dapat membuatkan siapapun terpesona apabila melihatnya.

Pelangi itu sesuatu tidak dapat disentuh, namun hanya dapat dilihat saja. Hal ini juga

merupakan gambaran penyajak tentang kehidupan ini yang menggambarkan tentang cita-

cita manusia, keinginan dalam berusaha dan melihat sesuatu tentang dunia.

Rangkap 4: Penyajak mengungkapkan kegelisahan jiwanya dengan ungkapan bahawa 

dalam semua peristiwa yang terjadi merupakan gambaran daripada kehidupan manusia

sebagai sesuatu yang sempurna. Perasaan penyajak tentang kegelisahan rasa rindu yang

mendalam dalam di hatinya dan perasaan untuk mencapai keinginan yang didambakan iaitu

kebahagiaan, dan kesejahteraan dalam kehidupannya.

Tema Sajak Berdiri Aku

Sajak ‘Berdiri Aku’ ini merupakan gambaran tentang kesedihan yang ditampilkan oleh

penyajak dengan suasana sunyi. Kesedihan yang melanda penyajak adalah disebabkan

oleh perpisahan dengan kekasihnya dan terpaksa berkhawin dengan anak pak ciknya.

Perasan sedih yang mendalam digambarkan oleh penyajak dengan suasana sunyi pantai

pada hari petang. Dengan demikian penyajak hanya mampu melihat keindahan alam sekitar

kerana kebahagiaannya dan harapan telah hilang.

Page 4: Puisi berdiri aku amir hamzah

Persoalan

1. Persoalan tentang kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.

-Penyajak sentiasa bersabar dalam penantiannya dan menghadapi cabaran hidup.

2. Perasaan duka atau sedih kerana hidup bersendiri.

-Kesedihan yang mendalam perasaan digambarkan oleh penyajak dengan

perasaannya yang dipermainkan ombak dan angin. Sehinggakan penyajak hanya

merenungi hidupnya yang mampu dilakukan.

3. Berserah kepada Tuhan.

-Sebagai orang yang memiliki agama yang kuat dalam setiap akhirnya penyajak hanya

menyerahkan semua yang dialaminya ini kepada Tuhan.

Nada atau Diksi

Perkataan seperti, ‘senyap’, ‘mengurai’, ‘mengempas’, ‘berayun-ayun’ dan ‘sayap’ tergolong

dalam kategori kata bermaksud kesunyian. Perkataan tersebut membentuk makna tersendiri

yang ingin digambarkan penyajak. Perkataan maha sempurna dalam akhir rangkap

merupakan makna konotasi daripada Tuhan yang Maha Sempurna manakala perkataan

mengecap bermaksud yang ingin dirasakan.

Bentuk

1. Puisi Berdiri Aku oleh Amir Hamzah ini terdiri daripada empat rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap antara 4 baris dalam setiap rangkap.

3. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 4 hingga 5 patah perkataan.

4. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 9 hingga 10 suku kata.

Contohnya:

Rangkap 2 baris 1

A/ngin/ pu/lang/ me/nye/duk/ bu/mi/ (9 suku kata)

Rangkap 4 baris 4

Me/nge/cap/ hi/dup/ ber/ten/tu/ tu/ju/ (10 suku kata)

5. Rima akhir adalah bebas.

Rangkap 1 ialah a-b-c-d

Rangkap 2 ialah d-e-f-e

Rangkap 3 ialah d-c-d-c

Rangkap 4 ialah g-h-g-h

Page 5: Puisi berdiri aku amir hamzah

HURAIAN DAN PENELITIAN TENTANG KELEBIHAN

Setiap karya mempunyai kelebihannya tersendiri. Sajak ini terdiri daripada pemilihan

perkataan yang menarik kerana genre ini nempunyai perkataan yang sedikit tetapi berupaya

mewakili maksud yang mendalam. Puisi ini dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di

dalam penguasaan aspek bahasa, keindahan dan kehalusan bahasa. Puisi ini

mengutamakan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan

dengan itu, puisi ini diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

(a) Menerapkan kesabaran dan keyakinan diri dalam menghadapi ujian hidup;

(b) Mengaplikasikan hubungan antara alam sekitar dengan kehidupan;

(c) Membangkitkan kesedaran tentang perlunya mempunyai cita-cita dan usaha gigih dalam

melakukan sesuatu;

(d) Memupuk semangat kasih sayang dan keberanian menghadapi dugaan hidup.

Penulis pada umumnya mengharapkan karyanya dapat mendorong pembaca

mencontohi perbuatan baik tentang apa yang diceritakannya. Dalam puisi yang bernafas

keagamaan kesan moral dan psikologi yang ingin dicapai ialah supaya pembaca

berkeinginan melakukan perubahan spiritual untuk mendekati Tuhan seperti yang terdapat

dalam puisi oleh Amir Hamzah iaitu ‘Berdiri Aku’. Perkataan seperti ‘mengurai puncak’,

‘berjulang datang’, ‘mengempas emas’, ‘memuncak sunyi’, ‘sayap tergulung’ dan  lain-lain

menunjukkan bahawa keindahan  yang  pelbagai ini sebenarnya merupakan kebesaran

Tuhan.

Page 6: Puisi berdiri aku amir hamzah

ASPEK-ASPEK LAIN YANG ADA DALAM TEKS DAN PERLU DIBERI KUPASAN : NILAI

MURNI DAN GAYA BAHASA

Gaya Bahasa

1. Personifikasi

Personifikasi bermaksud gaya bahasa perbandingan dengan memberikan ciri-ciri

peribadi manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan dan

peristiwa tidak bernyawa. Penyajak menghidupkan perkataan angin yang bertujuan

membangkitkan rasa kesunyian dan keseorangan yang dialaminya. Kesepian yang

dirasai oleh penyajak hanya mampu digambarkan dengan melihat pemandangan

sekitarnya saja. Personifikasi seperti :

Angin pulang menyejuk bumi

Menepuk teluk menghempas emas

Lari ke gunung memuncak sunyi

Berayun-ayun diatas alas

2. Metafora

Metafora bermaksud perbandingan yang terdiri daripada abstrak dan konkrit yang jelas

pada perkataan benang raja mencelup ujung dan dalam rupa maha sempurna.

Penyajak membandingkan apa yang dilihat dan dialami dengan perkataan benang raja

dan maha sempurna.

3. Hiperbola

Hiperbola bermaksud mengunakan perbandingan yang melampau atau kiasan yang

berlebih-lebihan terhadap sesuatu perkara. Contohnya, dalam perkataan rindu-sendu

mengharu kalbu yang menggambarkan kesedihan dan rindu yang mendalam. Gaya

bahasa yang digunakan membuat makna puisi itu lebih mendalam dan lebih padat.

Nilai dan Pengajaran

1. Ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian.

-Dalam sajak ini, penyajak merupakan seorang yang sangat tabah dalam

menjalani ujian hidup suka dukanya.

2. Keredhaan dengan ketentuan dari yang Maha Kuasa.

-Penyajak menyelitkan nilai keredhaan dalam sajak ini iaitu dapat kita lihat

perasaan penyajak yang mendalam dalam di hatinya dan perasaan untuk

mencapai keinginan yang didambakan iaitu kebahagiaan, dan kesejahteraan

dalam kehidupannya.

Page 7: Puisi berdiri aku amir hamzah

3. Kita janganlah cepat berputus asa dan tabah menghadapi ujian daripada-Nya.

-Kita sebagai hambanya janganlah cepat berputus asa dengan sesuatu perkara

yang berlaku. Kita perlulah mempunyai semangat untuk meneruskan hidup dan

tabah menghadapi ujian tersebut.

4. Hidup perlu diteruskan walau apapun cabaran yang mendatang dalam hidup kita.

KESIMPULAN

Puisi sebagai bentuk komunikasi sastera tidak akan terlepas dari peranan pengarang

sebagai pencipta sastera. Pendekatan ekspresif merupakan pendekatan yang mengkaji

ekspresi perasaan atau temperamen penulis iaitu pada puisi “Berdiri Aku” karya Amir

Hamzah pengkajiannya mengenai pendekatan ekspresif, merupakan usaha untuk

memahami karya sastera ini secara lebih baik sebagai satu kesatuan yang padu dan

bermakna.

Berdasarkan pendekatan ekspresif dengan kajian psikologi sastera, dapat dikatakan

bahawa puisi ‘Berdiri Aku’ karya Amir Hamzah merupakan hasil cipta karya penulisnya dari

pengalaman pada jiwanya dan pemikiran pengarangnya pada situasi setengah sedar lalu

dituangkan kedalam bentuk secara sedar. Amir Hamzah mampu mengungkapkan ekspresi

kejiwaannya tentang hidup dan kehidupan duniawi di dalam puisi ‘Berdiri Aku’.

Kajian psikologi sastera pada puisi ‘Berdiri Aku’ ini juga menitik beratkan pada tokoh dan

perwatakan tokoh, dan aspek pemikiran dan perasaan penyajak itu sendiri ketika mencipta

karya ini. Perasaan gelisah, kesepian, pencarian, kerinduan, serta harapan kebahagian

merupakan gambaran dari perasaan hasil dari pemikiran penyajak yang diterapkan pada

tokoh dengan perwatakannya.