hamzah fansuri 2012

22
Menurut Abdul Hadi, Hamzah Fansuri merupakan penyair yang tersohor di alam Melayu abad ke-16 yang menjadi buah mulut kalangan sarjana di Nusantara. Beliau merupakan intelektual dan ahli sufi yang terkemuka dan dianggap perintis dalam pelbagai bidang keilmuan. Hamzah berjaya merintis tradisi baru dalam penulisan sastera Melayu-Indonesia, khususnya di bidang penulisan sastera yang bercorak Islam di abad ke 16 dan ke 17 (2001: 117). Beliau merupakan Bapa Sastera Melayu dan orang yang pertama menulis dalam bahasa Melayu tentang banyak aspek tasawuf (Muhammad Bukhari: 123). Sehingga kini belum lagi ditemui syair yang mendahului syair Hamzah Fansuri dan Hamzah dianggap pelopor bentuk tersebut (Voorhoeve: 278). Mengikut Syed Naguib al- Attas, syair Hamzah Fansuri terawal yang masih wujud dianggap berasal dari seorang ahli mistik Sumatra abad ke-16 (lihat Siti Hawa Haji Saleh: 123). Hamzah Fansuri juga disifat sebagai seorang muslim yang sangat bertakwa yang disanjungnya ialah khalik yang mencipta alam semesta dan menentukan takdir-Nya (Muhammad Naquib al-Attas, 1970: 322). Dia ialah seorang ahli tasawuf, zahid dan mistik yang mencari penyatuan dengan khalik dan menemuinya di jalan isyk (cinta) (V.I Braginsky, 1994: 15) Al-Qusyayri telah menerangkan empat puluh sembilan keadaan dan kedudukan (ahwal dan maqamat) bagi golongan sufi secara terperinci 49 maqamat (kedudukan) dalam bukunya sufinya yang tekenal yang bertajuk al-Risalah al-Qusyayriyyah fi ‘Ilm al-tasawuf (al-Qusyayri, 1993: 91-350).

Upload: fakirkelana

Post on 01-Feb-2016

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TASAUF

TRANSCRIPT

Page 1: hamzah fansuri 2012

Menurut Abdul Hadi, Hamzah Fansuri merupakan penyair yang tersohor di alam Melayu abad ke-16 yang menjadi buah mulut kalangan sarjana di Nusantara. Beliau merupakan intelektual dan ahli sufi yang terkemuka dan dianggap perintis dalam pelbagai bidang keilmuan. Hamzah berjaya merintis tradisi baru dalam penulisan sastera Melayu-Indonesia, khususnya di bidang penulisan sastera yang bercorak Islam di abad ke 16 dan ke 17 (2001: 117). Beliau merupakan Bapa Sastera Melayu dan orang yang pertama menulis dalam bahasa Melayu tentang banyak aspek tasawuf (Muhammad Bukhari: 123).

Sehingga kini belum lagi ditemui syair yang mendahului syair Hamzah Fansuri dan Hamzah dianggap pelopor bentuk tersebut (Voorhoeve: 278). Mengikut Syed Naguib al-Attas, syair Hamzah Fansuri terawal yang masih wujud dianggap berasal dari seorang ahli mistik Sumatra abad ke-16 (lihat Siti Hawa Haji Saleh: 123). Hamzah Fansuri juga disifat sebagai seorang muslim yang sangat bertakwa yang disanjungnya ialah khalik yang mencipta alam semesta dan menentukan takdir-Nya (Muhammad Naquib al-Attas, 1970: 322). Dia ialah seorang ahli tasawuf, zahid dan mistik yang mencari penyatuan dengan khalik dan menemuinya di jalan isyk (cinta) (V.I Braginsky, 1994: 15)

Al-Qusyayri telah menerangkan empat puluh sembilan keadaan dan kedudukan (ahwal dan maqamat) bagi golongan sufi secara terperinci 49 maqamat (kedudukan) dalam bukunya sufinya yang tekenal yang bertajuk al-Risalah al-Qusyayriyyah fi ‘Ilm al-tasawuf (al-Qusyayri, 1993: 91-350).

Secara ringkasnya, ahwal dan maqamat itu antaranya adalah seperti, al-Tawbat (bertaubat), al-Mujahadah (bermujahadah), al-Khulwah dan ‘Uzlah (berada di tempat sunyi dan mengasingkan diri untuk beribadat), al-Taqwa (taqwa), al-wara‘ (warak), al- Zuhd (zuhud), al-Samt (diam atau tidak banyak bercakap),

Page 2: hamzah fansuri 2012

al-Khawf (takut), al-Raja’ (harapan), al- Huzn (sedih), al-Jaw‘ wa tarq al-shahwat (Lapar dan meninggalkan Syahwat), al-Khusu‘ wa altawadu‘ (khusuk dan tawaduk), Mukhalafah al-nafs (menyalahi hawa nafsu), al-Hasad (dengki), al- Qana’ah (memadai atau cukup dengan apa yang ada), al-tawakkul (tawakal), al-Syukr (syukur), al- Yaqin (yakin), al-Sabr (sabar), al-Muraqabah (pemerhatian), al-Rida (reda), al-‘Ubudiyyah (pengabdiyan), al-Iradah (kemahuan), al-Istiqamah (tetap pendirian), al-Ikhlas (ikhlas), al-Sidq (benar),al-haya’ (malu), al-Hurriyyah (kebebasan), al-Zikr (zikir), al-Futuwwah (Tidak menyakiti, berbuat baik, mengikuti sunnah Nabi, kesetian, menzahirkan nikmat dan menyembunyikan kesusahan dan lainlain), al-Firasah (firasat), al-Khuluq (akhlak), al-Jud wa al-sakha’ (murah hati atau suka bersedekah), al- Ghirah (cemburu terhadap kebaikan), al-Walayah (kewalian atau kepimpinan), al-dua’ (doa), al-Faqr (kemiskinan), al-Tasawwuf (tasawwuf, adab akhlak atau menjaga akhlak), al-Adad (adab), Ahkam alsafar (hukum-hukum musafir), al-Suhbab (persahabatan), al-Tawhid (tauhid),

Page 3: hamzah fansuri 2012

al-Khuruj min al-Dunya (keluar daripada dunia yang fana), al- Ma‘rifah Allah (mengenal Allah), al-Mahabbah (kasih sayang), al-Syawq (rindu kepada Allah), al- Sima‘ (mendengar ajaran agama).

Maqamat (Kedudukan) Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri cuba menghuraikan dan menganalisis maqamat yang cuba ditonjolkan oleh Hamzah Fansuri dalam syairnya berdasarkan 49 maqamat yang dinyatakan oleh al-Qusyayri dalam bukunya “al-Risalah al-Qusyayriyyah” seperti yang tersebut di atas. Oleh kerana maqamat itu banyak, maka beberapa maqamat yang lebih dominan sahaja dalam syair Hamzah diketegahkan. Ia adalah seperti yang berikut:

(1) Taubat: Hamzah Fansuri cuba mengambil dalil atau bukti daripada ayat al-Qur’an tentang perlunya sesaorang hamba itu bertaubat sekiranya ia megakui bahawa Allah (s.w.t) adalah tuhannya. Firman Allah dalam surah al-Tahrim, ayat 8, yang mafhumnya:

“Wahai orang yang beriman! Bertaubatkan kepada Allah dengan taubat yang sebenar-sebenarnya”. Ini dapat dilihat dalam syairnya yang berikut:

Dalil ini bahawasanya min AllahYa ’ayyuha al-lazina ’amanu tubu ’ila AllahJika engkau da’im mengatakan Rabbi AllahMangkanya dapat menafikan ma siwa Allah(Abdul Hadi W.M, 2001: 368)

Allah meminta sekelian hambanya yang mukmim supaya bertaubat. Ini kerana setiap anak Adam itu pasti melakukan kesalahan, seperti sabda Nabi (s.a.w) ( ( وخیر خطاءین آدم ابن كل

التوابین الخطاءین “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-sebaik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat”.

Tujuan bertaubat adalah supaya hamba Allah itu dapat membersihkan daripada dosanya dan supaya Allah (s.w.t)

Page 4: hamzah fansuri 2012

memasukkannya dalam golongan orang-orang yang bersih. Sememangnya Allah (s.w.t) sukakan hambanya yang bertaubat seperti firman-Nya { { المتطھرین ویحب التوابین یحب لله إن (al-Baqarah: 222). Maksudnya “Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersih”. Konsep ini diungkapkan oleh Hamzah seperti dalam syairnya yang berikut:

Qala Allah Ta‘ala pada sekalian musliminYokya kau taubat dari dosa mu ajma‘inHafaz-kan ’inna Allah yuhibbu al-tawwabinSupaya masuk ke dalam ma‘na mutatahhirin(Abdul Hadi 2001: 371)

Allah subhanahu wata‘ala meminta hamba-Nya bertaubat daripada dosanya yang lalu. Sebanyakmana hambanya bertaubat tidak mencukupi. Ini kerana hamba-Nya itu sentiasa melakukan dosa sama ada kecil atau besar. Amalan bertaubat ini menjadikan manusia itu sentiasa berhubung dengan Allah yang maha kekal yang mana seseorang itu tidak dapat lari daripada-Nya. Ini dijelaskan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Taubat syari‘at dari dosa laluAkan hakikat tiada ia kafiJika belum dari adamu kau lariManakan wasil dengan tuhan yang baqi(Abdul Hadi W.M, 2001: 368)

Allah (s.w.t) telah mengutus Rasul-Nya kepada sekelian manusia supaya menusia itu bertaubatdaripada dosanya mensyirikkan Allah (s.w.t). Sssungguhnya bertaubat itu adalah perbuatan yang dikasihi oleh Allah (s.w.t). Orang yang bertaubat dengan sebenar-benarnya ibarat orang yang suci bersih seperti tidak ada dosanya lagi, sebagaimana sabda Nabi (s.a.w)yang berbunyi ( لھ ذنب ال كمن ذنبھ من التائبون ) . Maksudnya “Orang yang bertaubat dari dosanya seperti orang yang tiada dosa (suci daripada dosa)”. Ajaran Islam ini dinyatakan dalam syairnya seperti berikut:

Page 5: hamzah fansuri 2012

Ketahui Inna Allah arsala ‘abdahuMenyuruh berkata pada sekelian ummatahu’Al-ta’ibu min al-zanbi ka-man la dzanba lahuInilah perbuatan yang dikasih Rabbahu(Abdul Hadi W.M, 2001: 371)

(2) Zuhud: Sa‘id Hawwa menerangkan tiga tanda orang yang zuhud. Pertama, dia tidak gembira dengan apa yang dia ada dan bersedih di atas kehilangannya. Kedua, dia tidak merasai apa-apa ketika dipuji atau dikeji. Ketiga, Hatinya sentiasa mendampingi Allah dan merasai kelazatan taat kepadaNya (Tanpa Tarikh: 316). Sabda Nabi (s.a.w) { pوتي قي الرجل رأیتم إذا ومنطقا الدنیا في زھدا أ

الحكمة فاقتربوان } یلّقّ فإنھ منھ ّ◌ (al-Suyuti, Jil.1: 84). Maksudnya “Apabila kamu melihat seorang lelaki yang di beri sifat zuhud di dunia ini, maka hampirilah dia, kerana dia memahami kebijaksanaan”. Ahli makrifah yang bijaksana telah berkata “Apabila iman telah menyentuh luaran hati maka ia mencintai dunia dan akhirat. Tetapi apabila iman telah memasuki ke lubuk hati, dia membenci dunia” (Sa‘id Hawwa:316).

Hamzah Fansuri telah memetik hadis Nabi (s.a.w)yang berbunyi: (العبادة كل الدنیارأس وترك الخاطئة رأس الدنیا حب ). Maksudnya “Cintakan

dunia adalah punca segala keburukan, dan meninggalkan dunia merupakan punca segala amal ibadat. Hadis ini digambarkan dalam syairnya yang berbunyi:

Hadis masyhur terlalu bayyinahMengatakan dunya kesudahan sayyi’ahHubb al-dunya ra’s khati’ahTark al-dunya ra’s kull al-ibadah (2001: 364)

Hamzah mengingatkan manusia supaya tidak tergoda dengan perhiasan dunia yang sementara ini. Hati yang meninggalkan keseronokan dunia ini ialah hati yang bertakwa dan takutkan Allah (s.w.t), seperti katanya:

Emas dan perak jangan kau sayangSupaya dapat mahbub kau amang (takut) (2001: 383)

Page 6: hamzah fansuri 2012

Hamzah juga meminta manusia supaya berzuhud dan tinggalkan kekayaan dan kemewahan dunia yang kelihatan bercahaya. Ini kerana berapa banyak kalkatu mati disebabkan oleh cahaya. jika mahu selamat di akhirat nanti. Kemewahan dunia adalah fatamorgana yang membahayakan kehidupan manusia. Ia sebagai kalkatu yang mati disebabkan kepanasan cahaya lampu. Oleh itu, sekiranya manusia ingin mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t), ia mesti meninggalkan kemegahan bangsa dan kekayaan dunia yang sementara itu. Hal ini diungkapkan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Jika hendak jangan berbahayaTinggalkan bangsa dan kayaJangan waqif di pulau cahayaSupaya hampir dengan Mulia Raya (2001: 397)

(3) Meninggalkan syahwat: Nafsu syahwat adalah musuh manusia yang sentiasa mendorong manusia melakukan perkara keburukan seperti firman Allah (s.w.t) lagi { زینة األرض على ما جعلنا إنا

عمال أحسن أیھم لنبلوھم لھا } (al-Kahf:7). Maksudnya “Kami jadikan apa yang ada dimuka bumi ini sebagai perhiasannya, untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya”. Firman Allah lagi {

المأوى ھي الجنة فإن الھوى عن النفس ونھى ربھ مقام خاف من وأما } (al-Nazi‘at: 40-41). Maksudnya “Adapun orang yang takut kepada kedudukan (kebesaran) tuhannya dan menegah dirinya daripada hawa nafsu, maka baginya (Allah sediakan) syurga ma’wa”. Orang yang tidak takutkan Allah (s.w.t) dan menurut hawa nafsu sentiasa melakukan maksiat, menjadi penderhaka, memakan makanan yang haran, melakukan zina. Ini dinyatakan oleh hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Perbuatan ma‘siat da’im kau cariTiada kau takut akan jadi ‘asiRizqi mu haram lagi kau zaniManakan sampai kau pada ilahi (2001: 370)

Orang yang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya, didapati sesat dalam pekerjaannya dan tersasar daripada jalan yang diredai Allah (s.w.t). Mereka berkawan dengan nafsu dan

Page 7: hamzah fansuri 2012

tamakkan keduniaan. Nafsu adalah musuh manusia, oleh itu, ia harus dilawan dan ditanggani mengikut lunas-lunas Islam supaya manusia hidup bebas daripada cengkaman nafsu dan disayangi oleh Allah. Konsep ini dijelaskan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Aho segala kita yang menyembah hawaKerjamu itu terlalu ghawa (2001: 375)

Mencari dunia berkawan-kawanOleh nafsu kamu tertawanNafsu itu yogya kau lawanMangkanya supaya engkau bangsawan (2001: 386)

Hamzah juga menasihati hamba Allah (s.w.t) supaya tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah (s.w.t) di dunia ini. Sesiapa yang terpikat dengan keajiban dunia ini dan menghampirinya, nescaya di akhirat nanti dia tidak mendapat apa-apa pembelaan daripada Allah (s.w.t). Seperti firman Allah (s.w.t) {.. نصیب من اآلخرة في لھ وما منھا نؤتھ الدنیا حرث یرید كان ومن } (al-Syura: 20). Maksudnya “Sesiapa yang mahukan kebaikan dunia kami berikan kepadanya kebaikan itu, dan di akhirat kelak dia tidak memperolehi apa-apa bahagian”. Hal ini dinyatakan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Dengarkan hai anak dagangJangan gila mencari larangBuang diri di tengah padangSupaya cepat lekas kau datang (352)

Dengarkan firman dari habib (388)Eloknya dunya terlalu ‘ajibBarang siapa kepadanya qaribWa-ma-lahu fi al-’akhirah min nasib

(4) Tawakkal: Banyak terdapat ayat-ayat dalam al- Qur’an yang meminta supaya manusia bertawakal dan bergantung kepada diri sendiri. Firman Allah (s.w.t) { المؤمنون فلیتوكل لله وعلى } (al-Imran: 160). Maksudnya “Dan kepada Allahlah orang-orang mukmin

Page 8: hamzah fansuri 2012

bertawakal”. Orang mukmin bertawakal kepada Allah (s.w.t) dan bukan kepada yang lain.

Hamzah Fansuri menerangkan bahawa ilmu Allah tentang pembahagian rezki kepada hambanya sudah diketahui sebelum ia dilahirkan dan sebelum langit dan bumi dijadikan. Manusia perlu bertawakal kepada Allah, dan jangan meminta kepada makhluk yang lain. Orang yang bertawakal kepada Allah nescaya ia memperolehi darjat yang tinggi. Hamzah melahirkan ajaran Islam ini dalam syairnya seperti berikut:

Rizqimu mawjud di dalam ma‘lumatLagi belum lahir al-‘ard wa al-samawatJika lagi engkau muhtaj ke rumah makhluqatManakan dapat beroleh ‘ali al-darajat (370)

Orang-orang mukmin yang bertakwa sentiasa bertawakal kepada Allah. Firman Allah (s.w.t) { مؤمنین كنتم إن فتوكلوا وعلىلله } (al-Ma’idah: 23). Maksudnya “Dan kepada Allah kamu bertawakal sekiranya kamu orang-orang yang mukmin”. Jika orang mukmin bertawakal kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang maka sudah pasti dia digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang sabar. Hal ini dinyatakan dalam oleh Hamzah dalam syairnya yang berikut:

Dalil ini dibawa imam al-muttaqinYa‘ni fatawakkalu ’in kuntum mu’mininJika tawakalmu kepada Arhama al-RahiminMangkanya dapat ke dalam qawm al-sabirin (370)

(5) ‘Ubudiyyah dan Istiqamah: Tauhid dan ubudiyah (penghambaan) merupakan permulaan dan pengkabisan. Ia adalah air kepada kehidupan, udara kepada manusia, dan roh kepada yang hidup yang meresapi dalam segenap bahagian anggota, termasuklah juga dalam niat dan amalan (Said Hawa, tanpa tarikh: 305). Ubudiyah merupakan kedudukan yang paling tinggi yang berpaksikan tauhid. Daripada kedudukan ini lahirnya ikhlas, syukur, benar, zuhud, takut, harapan, taqwa, dan kasih sayang serta kecintaan kepada Allah (s.w.t) (Ibid: 303). Orang

Page 9: hamzah fansuri 2012

yang benar-benar beriman sentiasa menjaga shahadat, sembahyang, puasa, zakat, dan haji yang merupakan rukun Islam. Rukun Islam ini yang menjadi tiang ibadat bagi setiap muslim seperti yang dinyatakan oleh Hamzah Fansuri dalam syairnya yang berbunyi:

Shahadat dan salat amal yang ‘azim (364)Puasa dan zakat hajj bi-al-ta‘zimInilah fardu pada sekelian salimSupaya dapat ke dalam jannat al-na‘im

Manusia dijadikan oleh Allah untuk beribadat kepada-Nya. Ia diminta supaya menyembah Allah(s.w.t) dengan penuh penghambaan sehingga betul-betul yakin dengan kebesaran-Nya. Firman Allah (s.w.t) { یأتیك حتى ربك واعبد { الیقین (al-Hajar: 99). Maksudnya “dan sembahlah tuhan kamu sehingga kamu didatangi perasaan yakin”. Menyembah Allah (s.w.t) ini pastinya berlaku siang malam dan secara berterusan. Hamba yang saleh akan berpuasa pada siang hari dan melakukan sembahyang pada malamnya. Hal ini dinyatakan oleh Hamzah dalam syairnya yang berbunyi:

Siang hari hendak kau sa’im (377)Malamnya yogya kau qa’imKurangkan makan lagi dan na‘imNafi dan isbat kerjakan da’im

Pada lima waktu tatkala qa’im (406)Malam dan siang kurangkan na’imMangka dapat mahbub-mu da’imKerjakan salat lagi sa’imItulah makna bernama qa’imPada segala malam kurangkan na’imMenafikan ‘alam kerjakan da’im (357)

Orang-orang yang benar-benar beriman dan sentiasa melakukan ibadat, mereka merasai akan kehadiran Allah (s.w.t) dan mencintai-Nya. Hati mereka sentiasa berhubung dengan Allah

Page 10: hamzah fansuri 2012

dan sentiasa mengingati-Nya, seperti kata Hamzah Fansuri dalam syairnya yang berbunyi:

Mahbub-mu itu tiada ber-ba‘id (386)Pada aynama tuwallu jangan kau ghafilFa samma wajh Allah sempurna wasilInilah jalan orang yang kamil

(6) Murah hati: Islam mengajar penganutnya supaya banyak bersedekah dan bermurah hati. Orang yang bersifat pemurah samalah dengan Ali bin Abu Talib. Orang yang terlalu bakhil tidak akan dapat menjadi wali Allah dan jauh daripada rahmat Allah (s.w.t). Rasulullah (s.a.w) adalah seorang yang pemurah dan suka bersedekah. Hamzah Fansuri telah memgambarkan sifat pemurah ini dalam syairnya dengan menggunakan perkataan sakhi. Ia menggambarkan dalam syairnya bahawa orang yang pemurah itu adalah kekasih dan wali Allah (s.w.t):

Barang siapa sampai kepada sifatnya sakhiBeroleh warith dari baginda ‘AliMereka itu yang balhilnya qawiManakan dapat menjadi wali (365)

Sabda rasul al-sakhi habib AllahYakni yang sakhi itu wali AllahBarang siapa bakhil da‘im ba‘id Allah

Nabi (s.a.w)pernah bersabda ( فبكلمة یكن لم فإن تمر، بشّق ولو النار اتقوا Maksudnya “Takutlah api neraka walaupun dengan sebelah . (طیبةbuah tamar, sekiranya tiada juga, maka dengan perkataan yang baik” (Muhammad ‘Abdul ‘Aziz al-Khuli, t.tarikh: 124). Sabda Rasul (s.a.w) lagi berbunyi ( عدو البخیل فاسقا، ولوكان لله حبیب السخي

زاھدا كان ولو لله ) . Maksudnya “Orang yang pemurah itu adalah kekasih Allah walaupun ia seorang yang fasiq, dan orang yang kedekut itu adalah seteru Allah walaupun ia seorang yang zuhud”. Hal ini dapat diperhatikan dalam syair Hamzah Fansuri seperti berikut:

Al-Sakhi habib Allah wa-law kana fasiqan

Page 11: hamzah fansuri 2012

Al-Bakhil aduww Allah wa-law kana zahidanBarang siapa sakhi kariman kamilinIalah sampai kepada amalan salihin (365)

(7) Khusuk dan Tawaduk (Tunduk dan Rendah Diri) : Firman Allah (s.w.t) { { للمؤمنین جناحك واخفض (al-Hajr: 88). Maksudnya “Dan rendahkanlah sayap kamu (khuduk dan tawaduklah) kepada orang-orang mukmin”. Sabda Nabi (s.a.w) ( قلبھ في من الجنة یدخل ال

إیمان من ذرة مثقال قلبھ في من النار یدخل وال كبر، من ذرة ثقال ..) (Sahih Muslim, No. 91, Bab Tahrim al-kibr wa bayanih. Maksudnya “Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takabur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah”. Firman Allah { ھونا األرض على یمشون الذین الرحمن وعباد } (al-Furqan: 63). Maksudnya “Dan hamba kepada Allah yang maha penyayang itu, mereka berjalan (di atas muka bumi) dalam keadaan tunduk dan hina”. Hamzah telah menyatakan dalam syairnya bahawa sifat takabur dan besar diri (ghurur) adalah sifat kesyaitanan. Mereka yang bersifat demikian dibenci oleh Allah (s.w.t). Untuk mendampingi Allah (s.w.t) seseorang itu perlu membuang sifat takabur dan besar diri seperti mana yang digambarkan oleh Hamzah dalam syairnya yang berikut:

Takabbur dan ghurur kerja syaitaniYaitu jauh dari rahmaniEmas dan perak alat nafsaniDi manakan sampai kepada rabbani (365)

Hamzah Fansuri sentiasa mengangap dirinya asing (gharib), hina lemah (da‘if) miskin dan tidak bertakbur dan kenal hakikat dirinya. Sifat tawaduk dan rendah diri dapat dilihat dengan jelas dalam banyak syairnya seperti:

Hamzah gharib terlalu hinaDimanakan dapat sampai kepada Rabb al-‘alamin (2001: 375)

Hamzah miskin orang ‘uryaniSeperti Ismail jadi qurbaniBukannya ‘Ajami lagi ‘Arabi (2001: 387)

Page 12: hamzah fansuri 2012

Hamzah Fansuri sungguh pun hinaTiada radi akan Tur Sina (2001: 400)

Hamzah Fansuri sungguhpun da‘ifHaqiqat hampir kepada Zat al-Syarif (2001: 409)

Hamzah juga menasihati manusia supaya jangan bersifat takabur dan sentiasa mengenal diri dan menginsafi diri. Ini dapat dilihat dalam bait syairnya yang berbunyi:

Kenal dirimu hai anak jamuJangan lupa akan diri kamuIlmu haqiqat yogya kau ramuSupaya terkenal ‘ali adamu (386)

(8) Ahkam Safar (Hukum Musafir): Manusia dimuka bumi ini ibarat suatu perjalanan (musafir) menuju ke akhirat. Dunya baginya adalah sementara dan akhirat jua yang kekal abadi. Firman Allah وأبقى خیر ولآلخرة } } (al-Duha: 4). Maksudnya “Akhirat itu lebih baik dan lebih kekal abadi”. Pesan Nabi (s.a.w) dalam hadisnya (... .( غریب كأنك الدنیا في كن Maksudnya “Jadikan diri kamu di atas dunia ini seperti orang asing...”. Barang siapa yang menyayangi dunia yang hampir dan sementara ini (qarib) dia tidak akan menjadi hamba Allah (s.w.t) yang dikasihi, kerana kebergantungannya kepada dunia melebihi kebergantungannya kepada Allah (s.w.t). Hal ini dijelaskan oleh Hamzah dalam syairnya yang berbunyi:

Hadis ini dari Nabi al-habibQala: kun fi al-dunya ka’annaka gharibBarang siapa da’im kepada dunya qaribManakan dapat menjadi habib (365)

Dalam masa berkelana di bumi Allah ini, manusia harus mengenali dirinya. Dari mana dia datang dan ke mana dia akan pergi dan kembali. Manusia juga perlu mempunyai pegangan dan akidah yang kukuh ibarat mengharungi lautan dengan kapal dan

Page 13: hamzah fansuri 2012

berkemudi. Hal ini dijelaskan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Kenali dirimu hai anak dagang (384)Jadikan markab tempat berulangKemudi tinggal jangan goyangSupaya dapat hampir kau pulang

Dalam meneruskan perjalanan hidup yang sementara ini, Hamzah meminta supaya seseorang itu mesti berbekalkan ilmu yang secukupnya. Ini kerana dengan berbekalkan ilmu yang cukup, seseorang itu dapat mengharungi perjalanan kehidupan dengan mudah. Hal ini dapat dilihat dalam syair Hamzah seperti yang berikut:

Anak mu‘allim tahu akan jalanDa’im belayar dilaut nyamanMarkab-mu tiada berpapanOlehnya itu tiada berlawan (384)

(9) Makrifah Allah (Mengenal Allah (s.w.t): Sabda nabi (s.a.w) ( القامع والعقل الدینوالیقین ودعامة أساسھ، البیت دعامة إن ) ��

با المعرفة (lihat al-Qusyayri, 1993: 311). Maksudnya “Tiang rumah adalah asasnya, tiang agama adalah mengenali Allah, yakin kepadanya, dan menjauhkan daripada melakukan maksiat”. Manusia diminta mengenali tuhannya melalui pemerhatian tentang kejadian dirinya dan makhluk lain seperti langit, bumi, laut, unta, pokok dan lain-lain lagi. Firman Allah (s.w.t) { ینظرون أفال

وألى بسطت كیف األرض وإلى رفعت كیف السماء وإلى خلقت كیف اإلبل إلى نصبت كیف الجبال ...} (al-Ghasyiyah: 17). Maksudnya “Tidakkah kamu

melihat kepada unta bagaimana ia dijadikan, dan kepada langit bagaimana ia diangkat, dan kepada bumi bagaimana ia dihamparkan, dan kepada bukit bagaimana ia dipasakkan?..” Dengan demikian manusia akan dapat mencari Allah dan megenali Allah (S.W.T yang maha tinggi (‘ali) seperti kata Hamzah dalam syairnya:

Kenal dirimu hai anak jamuJangan lupa akan diri kamu

Page 14: hamzah fansuri 2012

Ilmu hakikat yogya kau ramuSupaya terkenal ‘ali adamu (2001: 386)

Sesiapa yang mengenali hakikat kejadian dirinya daripada lemah kepada kuat dan lemah, dari mana dia datang dan ke mana dia akan pergi, pasti akan mengenali siapa penjadinya. Sabda Nabi (s.a.w) ( ربھ عرف فقد نفسھ عرف من ). Maksudnya ”Sesiapa yang mengenali dirinya, maka sesungguhnya dia telah mengenali siapa tuhannya”. Tuhan itu adalah satu, tidak menjelma dalam diri manusia, tidak bertempat dan tidak boleh disifatkan bentuknya. Hakikat tuhan ini dinyatakan oleh Hamzah dalam syairnya seperti berikut:

Man ‘arafa nafsah sabda Baginda RasulFa-qad ‘arafa rabbah tiada dengan hululWahid-kan olehmu fa‘il dan maf‘ulJangan di-takhsis-kan maqam tempat nuzul (2001: 361)

Tuhan itu adalah satu dan tidak dapat dilihat (satir). Pengakuan “tiada tuhan melainkan Allah (s.w.t)” adalah pada zahirnya tetapi pada hakikatnya menafikan tuhan itu bersifat fana’ (musnah seperti makhluk lain) dan mengiktiraf bahawa Allah (s.w.t) itu kekal selama-lamanya. Sesiapa yang menafikannya, maka ia menjadi kafir. Pengakuan seperti itu sudah cukup (kafa’) untuk mengenali Allah. Hal ini dinyatakan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

La ilaha illa Allah ma’nanya zahirBarang yang munkir menjadi kafirDengan hakikat insan terlalu satirManakan jauh pada sekelian nazir

La itulah yang bernama fana’Dalamnya ’ithbat ’illa Allah al-baqa’Mengenal Allah demikian pun kafa’Mitsal ular Musa hakikatnya asa (366-367)

Hamzah menerangkan hakikat dan konsep Allah (s.w.t) yang sebenar, dimana ianya selari dan tidak bercangggah dengan

Page 15: hamzah fansuri 2012

syariat Islam dan pengangan Ahli Sunnah dan Jamaah. Antara hakikat Allah (s.w.t) yang dikemukanan oleh Hamzah dalam Syairnya adalah seperti dalam bait-bait berikut:

Mengatakan diri Tuhan tidak bermaqam (2001: 360)

Kalam itu datang dari ma‘syuqMengatakan dirinyala tahta wa-la fawq Jangandii‘tiqadkan seperti makhluk (2001: 360)

Dzatnya itu tiada berkiri kananZuhurnya da’im tiada berkesudahanTiada berjihat belakang dan hadapan (2001:360)

Baca: Wa Allah khalaqakum wamata‘malun (2001: 366)

Wa huwa ma‘akum ini maknanya dalam (366)Wa huwa al-mawjud terlalu baqiWahuwa al-awwal seperti ‘ali

Wahuwa al-akhir da’im nurani (2001: 355)Tuhan kita yang bersifat hayat

Terlalu suci dari situ jihat (2001: 360)Tuhan kita itu yang empunya ‘alam

Menunjukkan kita ma‘rifat yang dalam (2001: 411)Tuhan kita itu tiada bermaqamLahirnya nyata dengan rupa insanma‘rifah nafsah suatu burhan

faqad ‘arafa rabbah terlalu bayan (2001: 373)Tuhan kita itu tiada ia ba‘id

Terhampir pulang dari habl al-warid (2001: 374)Tuhan kita itu tiada bermitsal

Bukannya bintang dan syamsul hilal (2001: 375)

Page 16: hamzah fansuri 2012

Tuntuti ilmu haqiqat al-wusulKerana ilmu inilah pada Allah qabul

i‘tiqad-mu jangan ittihad dan hulul (374)Laysa kamithlihi syay’ maknanya bayanDalam Taurat, Injil Zabur dan FurqanWahuwa al-sami‘ al-basyir pada sekelian awam

Demikian sekarang, al-’an kama kana (361)La ’ilaha ’illa Allah maknanya ZahirBarang mungkir menjadi kafirDengan hakikat insan terlalu satir

Manakan jauh pada sekalian nazir (366)La itulah yang bermakna fana’Dalamnya ithbat ’illa Allah al-baqa’

Mengenal Allah demikian pun kafa (367)

Melalui bait-bait syair di atas dapat disimpulkan bahawa Allah (s.w.t) tidak bertempat, tidak di atas dan tidak di bawah, tidak di kanan dan tidak di kiri, tidak di hadapan dan tidak dibelakang.Allah (s.w.t) tidak seperti makhluk. Allah itu kekal selama-lamanya, tidak mati dan tidak berkesudahan. Allah terlalu hampir dengan hambanya dan dialah yang menjadikan hambanya. Allah (s.w.t) juga tidak boleh dibuat perbandingan, tidak seperti binatang, bukan seperti Matahari, dan bukan seperti bulan.

Allah (s.w.t) yang menjadikan manusia dan pekerjaannya.. Allah (s.w.t) maha mendengar dan Dia jualah yang mengajar manusia dan memberi ilmu. Allah itu tidak berubah, dahulu sekarang dan akan datang sama sahaja.

Allah bersifat dengan kesempurnaan dan bertentangan dengan manusia yang bersifat lemah. Allah (s.w.t) sebenarnya tidak bersatu dan tidak menjelma dalam diri manusia. Bukti kewujudan Allah ialah wujudnya manusia. Sesiapa yang mengenali hakikat dirinya, maka dia telah mengenali Allah. Ini kerana hakikat

Page 17: hamzah fansuri 2012

manusia itu makhluk yang lemah, fana, ada kesudahan, maka hakikat Allah bukan seperti dirinya dan sudah pasti bertentangan sama sekali.

Syair-syair Hamzah Fansuri khususnya dalam lampiran buku Tasawuf Yang Tertindas oleh Abdul Hadi Wiji Muthari, banyak mengandungi maqamat kesufian (kedudukan) yang menjadi pegangan dalam ajaran kesufian yang juga merupakan ajaran syariat Islam dan Sunnah Nabi (S.A.W). Antara maqamat yang dapat dilihat dalam syairnya adalah seperti taubat, bermujahadah (Mujahadah), mengasingkan diri untuk beribadat (khalwah dan ‘uzlah), zuhud, takut, lapar dan meninggal syahwat, khusuk dan tawaduk, tawakkal, yakin, memerhati Allah (muraqabah) melalui amalan yang saleh, penghambaan (‘ubudiyyah), istiqamah, bebas, zikir, murah hati, doa, kemiskinan (faqr), ahkam safar (perjalanan hidup), pesahabatan (suhbah), tauhid, meninggalkan dunia (al-khuruj mi al-dunya), mengenal Allah (ma‘rifah Allah), kasih sayang (mahabbah), kecintaan (syuwq), dan takwa.

Kesemua maqamat tersebut berdasarkan bukti daripada al-Qur’an dan hadis Nabi (S.A.W). Dalam kajian yang singkat ini pengkaji telah membicarakan sebahagian kecil daripada maqamat yang terdapat dalam syair Hamzah Fansuri. Kesemua maqamat tersebut adalah merupakan ajaran Islam yang cuba diketengahkan oleh Hamzah melalui kaedah syair yang difikirkan boleh menarik minat dan memberi kesan yang tersendiri. Hal ini diakui oleh Sa’id Abd al-‘Azim bahawa tasawuf pada umumnya mempunyai tiga fenomena utama yang kesemuanya digalakkan oleh al-Qur’an. Pertama, mengambil berat tentang jiwa, muraqabah, dan penyucian jiwa terhadap dosa. Kedua, memperbanyakkan zikir kepada Allah (s.w.t). Ketiga, zuhud daripada dunia tanpa terikat dan terpikat dengan kemewahannya (2007: 22).