publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/sumbangan buddha...

28

Upload: vananh

Post on 04-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa
Page 2: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

Publication of the

Buddhist Maha Vihara123, Jalan Berhala, Brickfields50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-22741141 Fax: 603-22732570E-Mail: [email protected]: www.buddhistmahavihara.com

www.ksridhammananda.com

Permission to reprint for free distribution can beobtained upon request.

Published for Free Distribution

1st Print –Dec 2007 ( 3,500 copies)

Persatuan Sasana Abhiwurdhi Wardhana Societymerakamkan penghargaan kami kepada

Rakan-rakan SeDhamma,Universiti Sains Malaysia

diatas usaha penterjemahan mereka ini..

Printed by:UNIPRINTS MARKETING SDN BHD (493024-K)

Page 3: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

SYAIR TENTANG SEHARI YANGDIGUNAKAN DENGAN

MEMUASKAN HATI

Jangan seseorang mengenang kembali perkarayang telah berlaluAtaupun tertanya-tanya berkenaan dengan masahadapan.Masa yang lampau telah berlaluMasa hadapan masih belum sampai lagi.Tetapi pada masa kini biar dia lihatDengan mendalam setiap dan segala dhammaYang boleh ditembusi dengan latihanSecara kuat dan kukuh.Hari ini usaha mesti dilakukanEsok kematian mungkin akan datang - siapa tahu?Tiadanya tolak ansur dengan KematianDapat menghalang dia (Kematian) bersamatenteranya.Bagi dia yang selalu bersemangatTeguh pada siang mahu pun malam'Pencinta kesunyian yang sempurna'Dialah dinamakan Pertapa Suci.

01

Page 4: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

SUMBANGAN BUDDHA KEPADAMANUSIA

Di antara semua pengasas-pengasas agamadi dalam dunia ini tidak seorang pun kecualiBuddha mendakwa dirinya sebagai manusia.Walaupun manusia, beliau adalah seorang insanyang luar biasa. Beliau telah menyempurnakandalam kelahiran tak terpermanai kesemua sepuluhDasa Paramita atau 10 Kesalihan Boddhisatta.

Dasa Paramita terdiri daripada : -

Dana - kedermawan (wakaf)Sila - kesusilaanNekkhamma - peninggalan kehidupan duniawiPanna - kearifanViriya - kegigihanKhanti - kesabaranSacca - kebenaranAdhitthana - tekadMetta - kasih sayang suciUpekkha - ketenangan hati.

02

Page 5: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

Beliau adalah seorang ACCHARIYAMANUSSA - seorang manusia yang luarbiasa.Beliau tidak menganggap dirinya sebagai tuhan1

malah beliau tidak menyuruh pengikut-pengikutnya menganggapnya sebagai tuhan atauseorang dewata. Tetapi beliau boleh diberipenghargaan sebagai Devatideva, Guru kepadadewata ataupun Raja kepada dewata.

Kebanyakan guru-guru agama menganggap dirimereka sama ada sebagai tuhan, penjelmaantuhan ataupun diilham oleh tuhan. Buddha tidakmendapat sebarang ilham atau kuasa luaran darimana-mana tuhan kerana beliau mengaitkansemua kesedaran, kearifan dan pencapaiannyakepada usaha, ketekunan serta kebijaksanaanmanusia. Setelah menyempurnakan DasaParamita, Buddha mendedahkan bahawa hanyamanusia dan bukannya tuhan atau dewata-dewata yang boleh mencapai matlamat agung kita, iaitum

1 Buddhisme menotak konsep kewujudan suatuentiti yang dikenali sebagai tuhan yangmerupakan Pencipta Atam.

03

Page 6: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

Pencerahan Kebuddhaan (Enlightenment). Setiaporang mempunyai keupayaan untuk menjadiBuddha jika ia berazam untuk mencapainya danberusaha bersungguh-sungguh. Menurut Buddha,kedudukan manusia adalah agung. Manusia ialahtuannya sendiri dan tiada mahkluk, kuasa atauentiti lebih tinggi yang dapat menentukannasibnya. Beliau menasihati pengikut-pengikutnya supaya bernaung di bawah dirimereka sendiri dan jangan mencari perlindunganatau pertolongan di bawah naungan orang lain.Beliau mengajar, menggalak serta mendorongsetiap orang untuk memperkembangkankerohanian diri mereka sendiri danmengusahakan pelepasannya sendiri daripadasegala bentuk belenggu. Ini adalah keranamanusia mempunyai kebolehan untukmembebaskan dirinya melalui usaha,kebijaksanaan serta keyakinan pada keupayaandirinya sendiri.

Buddha bukan sahaja seorang guru agamatetapi juga seorang pengubah sosial sebab beliaumengkritik dan juga berusaha menyingkirkanbanyak unsur-unsur sosial negatif yang berleluasa

04

Page 7: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya inginmembentangkan beberapa daripada sumbanganBuddha kepada umat manusia : -

SISTEM KASTA

Semasa hidup Buddha pada kurun ke-6Sebelum Masehi (S.M.), sistem Kasta adalahsuatu faktor hidup yang dominan dalammasyarakat. Buddha membantah bersungguh-sungguh terhadap sistem kasta kerana iamenghalang kemajuan manusia. Pada masa itumenurut kepercayaan agama (orang Hindu)semua orang dibahagikan kepada empat kategori,misalnya 4 kasta atau kelas :

a) Brahmin - Mereka adalah kelas paderi dandipercayai memegang kunci ke syurga. Merekadianggap dilahirkan daripada mulut MahaBrahma iaitu pencipta alam semesta ini.

b) Khattiya - kelas pemerintah. Mereka terdiridaripada kerabat-kerabat Diraja. Merekadipercayai dilahirkan daripada pusat MahaBrahma.

05

Page 8: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

c) Vaishyas - Mereka adalah peniaga-peniagadan dipercayai dilahirkan daripada lutut Maha Brahma.

d) Sudras - Mereka ialah hamba abdi atau orangsuruhan kepada tiga kasta yang tersebut di atas.Mereka langsung tiada kebebasan dan dipercayaidilahirkan daripada kaki Maha Brahma.

Merujuk kepada apa yang tersebut di atasBuddha bersabda : -

Bukan berdasarkan kelahirannya2 seseorang itu Harija3,Bukan berdasarkan kelahirannya seseorang itu BrahminBerdasarkan perbuatannya, seseorang itu HarijaBerdasarkan perbuatannya, seseorang itu Brahmin

2 Konsep ini menyatakan Kasta seseorang ituadalah berdasarkan kelahirannya. Meskipunberusaha bersunguh-sungguh untuk meningkatkantaraf pelajaran, ekonomi dan sosialnya, kastanyatidak akan berubah.

3 Harija adalah satu kasta yang paling rendah dandipandang hina.

06

Page 9: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

Dalam Buddhisme kasta atau warna kulittidak menghalang seseorang daripada menjadiseorang Buddhis ataupun memasuki OrderSangha4. Buruh yang membersihkan jalan,nelayan, tukang gunting dan juga Harija bersama-sama dengan Brahmin-Brahmin dan putera-putera raja, semuanya dilayani samarata tanpamengira asal-usul mereka.

KEBEBASAN BERFIKIR

Ramai orang suka mengatakan bahawa"kami ialah ahli fikir bebas (free-thinker) dankami tidak mempunyai agama". Tetapi jikaseseorang itu ialah ahli fikir bebas maka sudahpasti ia mestilah seorang Buddhis kerana Buddhamenggalakkan kebebasan berfikir. Kebebasanberfikir bagi diri sendiri yang dibenarkan olehBuddha tidak dapat dijumpai dalam sejarahm

4 Order Sangha adalah perkumpulan bhikkhu-bhikkhu, iaitu mereka yang telah meninggalkankehidupan duniaan mencari Kebenaran bagikebaikan diri serta manusia.

07

Page 10: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

sendiri tentang Kebenaran. Pelepasannya tidakagama lain, iaitu Kebebasan kepada keinsafannyabergantung kepada kurniaan tuhan atau sebarangkuasa luaran sebagai suatu ganjaran kepadakelakuannya yang baik dan ketaatannya. Bhagavatidak pernah berkata kepada pengikut-pengikutnya, 'Berdoa dan percaya'. Beliaubiasanya bersabda, 'Datang dan mengerti, datangdan menyelidik. Jangan percaya apa jua semata-mata kerana keimanan (blind faith)'.

Dalam Buddhisme keimanan membuta tuliini (blind faith) dikritik. Buddhismemenggalakkan penerimaan sesuatu selepasterdapat keyakinan berdasarkan pengetahuan danpemahaman. Walaupun seorang Buddhisbernaung di bawah Buddha sebagai gurunya, iatidak menyerah diri atau mengorbankankebebasan untuk berfikir bagi diri sendiri. Tanpamengorbankan kebebasannya sendiri diameningkatkan kerohanian sehingga menjadiseorang Buddha. Sesiapa yang ingin mencapaim

08

Page 11: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

pelepasan Nibbana5, hanya perlu bergantungkepada diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh dogmadan keimanan membuta tuli.

Jika anda membaca atau merujuk kepadaKalama Sutta, anda boleh memahami sejauhmana kebebasan berfikir yang telah diberikanoleh Buddha kepada pengikut-pengikutnya.

Buddha bersabda : -

"Jangan percaya kepada sesuatu semata-matakerana anda sendiri pernah mendengarnya".

"Jangan percaya kepada tradisi hanya keranamereka telah diamalkan turun-temurun".

"Jangan percaya kepada sesuatu yangberdasarkan khabar angin".

5 Nibbana - alam kebahagiaan makluk dimanatidak terdapat penderitaan lagi. Nibbana bukanlahsatu lagi alam kewujudan, tetapi merupakan satukeadaan dimana tiada lagi juzuk kewujudan.

09

Page 12: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

"Jangan percaya kepada sesuatu semata-matakerana ia didapati tertulis di dalam kitab sucianda".

"Jangan percaya kepada sesuatu semata-mataberdasarkan autoriti guru-guru anda dan orang-orang lebih tua".

"Tetapi selepas peninjauan dan analisis, apabilaanda mendapati bahawa sesuatu perkara itumenyetujui dengan alasan yang munasabah,membantu dalam mencapai sesuatu yang baikserta menguntungkan semua pihak, barulah andamenerimanya dan hidup berdasarkannya".

Perkembangan rohaniah hanya wujud jikakebebasan berfikir dibenarkan. Perkembanganmental tidak boleh berlaku jika keimananmembuta tuli (blind faith) berleluasa. Kebebasanberfikir membawa kepada perkembangan mentalmanakala terlalu berpegang kepada dogmamembawa kita menuju kepada kebuntuan dankemunduran.

10

Page 13: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

TARAF WANITA

Buddha meningkatkan taraf wanita danmenyedarkan golongan wanita tentangkepentingan mereka terhadap masyarakat.Sebelum kelahiran Buddha, wanita tidak diberikedudukan yang berpatutuan di dalammasyarakat. Mereka tidak dilayan dengan baik.Semasa abad keenam S.M. kaum wanita dikawaloleh pembatasan Brahmin yang ketat dan tempatmereka dihadkan kepada bilik dapur sahaja.

Buat kali pertamanya dalam sejarah dunia,Buddha mengasaskan Sangha Bhikkhuni dalamtahun ke-5 Pencerahan Kebuddhaan beliau.Dengan tertubuhnya Sangha Bhikkhuni, kaumwanita berupaya melepaskan diri daripadabelenggu berkaitan dengan masyarakat Indiadahulukala dan menikmati kebebasan sempurna.Order ini adalah suatu kurniaan yang besarkepada mereka. Kaum wanita setelah memasukiSangha Bhikkuni - permaisuri, puteri, janda,hamba wanita mahupun perempuan jalangsemuanya adalah sama darjat tanpa mengira kastaatau pangkat mereka. Mereka mendapat

11

Page 14: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

ketenangan jiwa serta ketenteraman yangsempurna selepas memasuki Order tersebut.

Pada suatu ketika, Raja Kosala berasa tidakpuas hati sebab buat pertama kalinya, isteri beliauPermaisuri Mallika melahirkan seorang anakperempuan. Raja itu menganggap bahawa adalahbernasib buruk untuk mendapat seorang anakperempuan. Buddha telah menolak dakwaantersebut dengan mengatakan, "Si Raja, seoranganak perempuan mungkin kelak nanti terbuktilebih mulia daripada seorang anak lelaki." Inimenunjukkan bahawa Buddha memberikan suatukedudukan yang tinggi kepada wanita 25 abadyang lalu dan golongan wanita terhutang budikepada Buddha.

BELAS KASIHAN TERHADAP PESAKIT

Pada suatu hari, semasa Buddha sedangberjalan di dalam Vihara, beliau ternampakseorang Bhikkhu yang sakit tenat. Bhikkhu itudibiarkan begitu sahaja sebab ia telah dihinggapisuatu penyakit kulit yang mengerikan. Buddhamembantu merawat Bhikkhu yang sakit itu

12

Page 15: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

dengan tanganNya sendiri. Kemudian dalamsuatu perhimpunan agama, Buddha menjelaskanberkenaan dengan kepentingan menghulurbantuan kepada mereka yang menderita. Beliaubersabda, "Sesiapa yang melayani pesakit, jugamelayani saya." Berdasarkan prinsip ini,Maharaja Asoka buat pertama kalinya dalamsejarah tamadun manusia menubuhkan hospital-hospital bukan sahaja untuk manusia tetapi jugauntuk haiwan. Beberapa sutta penting yang diajaroleh Buddha adalah berkaitan dengan rawatankepada pesakit-pesakit.

AHIMSA- tanpa kekerasan atau tanpa kekejaman

Buddha menasihatkan siswa-siswaNyamengamalkan kasih sayang suci, bukan sahajaterhadap manusia tanpa mengira kasta,kepercayaan atau warna kulit tetapi juga kepadahalwan. Tiada seorang pun yang berhakmemusnahkan nyawa mahluk hidup lain sebabnyawa adalah sesuatu yang sangat berhargakepada semua. Semasa hidup Buddha,pengorbanan binatang adalah satu amalan biasa diIndia. Semasa pengorbanan, banyak binatang

13

Page 16: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

seperti kambing, lembu dan lain-lain dibunuh dandipersembahkan kepada dewa-dewa dan dewi-dewi yang berlainan. Kadang kala manusia pundibunuh dan dipersembahkan. Mereka yangmenjalankan pengorbanan tersebut mempercayaibahawa dewata dan roh yang berlainan itu akanmerasa gembira dengan persembahan tersebut.Selepas itu, mereka percaya mereka akandikurniakan lebih banyak kebahagiaan sertakekayaan dan akan dilahir semula dalam syurgaselepas kematian. Buat kali pertamanyaBuddhalah yang menentang pengorbananbinatang dan menasihati siswa-siswaNya untukmenentang pengorbanan binatang dan untukmengamalkan kasih sayang suci terhadap semuamahluk hidup.

Semangat bertoleransi adalah satu daripadakebudayaan dan tamadun Buddhis yang palingdihargai. Tidak terdapat satu contoh punpenganiayaan, Perang Jihad atau pertumpahandarah untuk menukar agama orang lain ke dalamBuddhisme sejak 2,500 tahun dahulu. Memaksaorang lain memeluk agama tidak terdapat dalamBuddhisme.

14

Page 17: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

Banyak sutta tentang keburukan yang bakalditerima hasil daripada membunuh dan akibatkammanya telah diberikan oleh Buddha."SEMUA mahluk gentar pada saat kematian,semua mahluk takut kepada hukuman, ingatilahbahawa anda adalah seperti mereka dan janganmembunuh dan melakukan penyembelihan". Jikatiada apa jua pun, walaupun hujah yangmunasabah, dapat menggerak hati nuraniseseorang, biarlah perasaan bahawa semuamahluk hidup benar-benar sayang pada nyawamereka menimbulkan perasaan belas kasihandalam dirinya. Oleh itu, dengan perasaan belaskasihan ini, diharapkan dia dapat mempraktikAhimsa. Begitulah Buddha bersabda. Pencerahanyang dibawa oleh AjaranNya menerangi jalanuntuk manusia melepaskan diri daripadabelenggu samsara (kitaran hidup dan mati yangsemulajadi) dan akhirnya mencapai Nibbana.

15

Page 18: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

MENGAJAR KITA BERDIKARI

Buddhisme mengajar bahawa seseoranghanya boleh memperolehi pelepasannya menerusiusahanya sendiri tanpa bergantung kepadapertolongan suatu kuasa luar yang ghaib. Buddhatidak meletakkan tuhan yang mahakuasa danghaib pada tahap yang lebih tinggi daripadamanusia, sebaliknya beliau telah meningkatkannilai serta status manusia. Buddha mengajarsiswa-siswaNya bahawa mereka tidak perlumencari sumber luar untuk mendapat bantuanbagi mencapai matlamat mereka. Bergantungkepada orang lain untuk memperolehi pelepasanadalah negatif tetapi bergantung pada diri sendiriadalah positif. Bergantung kepada orang lainbermakna menyerah diri tanpa sebarang usaha.Buddha menunjukkan dengan jelasnya bahawakita sendiri yang harus berusaha. Buddhabersabda, "Kamu harus berusaha sendiri, sebabTathagata hanya mengajar caranya." Ini bermaknaBuddha menunjukkan jalan kepada pelepasanatau Nibbana dan terpulang kepada kita untukmengikut jalan itu untuk menyelamatkan diri kita.Itulah sebabnya Buddha selalu menasihati

16

Page 19: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

pengikut-pengikutnya, "Setiap Individu sebenarnyapenyelamat dirinya sendiri. Tidak ada penyelamatlain selain daripada diri sendiri. Denganpengawalan diri yang cukup, penyelamat kitayang sukar dicari itu pun telah diperolehi." Kitaadalah penentu nasib kita sendiri, pembina nerakaatau pencipta syurga kita sendiri. Kita adalahwaris Kamma, jasa dan cela kita sendiri, sebabtiada orang lain boleh bertanggungjawab atasnasib kita.

Kebebasan berfikir dan toleransi yangditunjukkan oleh Buddha telah menakjubkanpenyelidik sejarah agama-agama di dunia.Semasa hidup Buddha, di Nalanda terdapatseorang yang terkemuka dan kaya bernama Upali.Beliau telah dihantar oleh gurunya Mahavirauntuk bertemu dengan Buddha dan berdebatdengan Bhagavat tentang beberapa aspek tertentudalam teori Kamma. Pendapat Buddha mengenaihal ini adalah berlainan dengan pendapatMahavira. Upali pada akhir perbincangannya itu,telah yakin bahawa pendapat Buddha adalah betuldan pendapat gurunya adalah salah. Jadi, iameminta Buddha menerimanya sebagai seorang

17

Page 20: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

siswa Beliau. Tetapi Buddha meminta Upaliuntuk menimbangkannya semula dan jangantergesa-gesa sebab "menimbang dengan telitiadalah penting untuk seorang yang ternamaseperti anda." Apabila Upali mengulangihasratnya sekali lagi, Buddha memintanya terusmenghormati dan menyokong guru-guruagamanya yang lama seperti biasa, walaupun iakini menjadi siswa Buddha.

Dalam kurun ketiga sebelum masehi,terdapat seorang Maharaja Buddhis yang mulia diIndia bernama Asoka. Beliau mengikuti contohpersefahaman dan toleransi yang mulia ini danmenghormati serta menyokong semua agama-agama lain dalam empayar beliau yang besar itu.Pada suatu batu bersurat beliau yang dapat dibacasehingga masa kini, Maharaja Asoka menasihati : -

"Seseorang tidak harus hanya memuliakanagamanya sendiri dan menyalahkan agama lain,tetapi dia juga harus menghormati agama lainuntuk sebab-sebab tertentu (jika ia betul). Denganberbuat demikian, seseorang membantuagamanya sendiri untuk berkembang di samping

18

Page 21: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

berkhidmat kepada agama-agama lain. Jika diaberbuat sebaliknya, seseorang diumpamakanmenggali kubur agamanya sendiri dan jugamembawa kecelakaan kepada agama lain. Sesiapayang memuliakan agama sendiri dan memburuk-burukkan agama orang lain, berbuat demikiansesungguhnya kerana takwa kepada agamanyasendiri, dengan berfikir "Saya akan mengagung-agungkan agama saya sendiri." Tetapi denganberbuat demikian, sebaliknya dia melemahkanagamanya sendiri dengan lebih banyak lagi. Jadi,toleransi adalah sesuatu yang sihat. Biar semua(individu) mendengar dan sanggup mendengarkepada ajaran yang diberi oleh orang lain."

19

Page 22: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

SEPULUH KEWAJIPANSESEORANG RAJA

Pertama - Kemurahan hati, sifat liberal dan sifatkedermawan (dana). Pemerintah tidak harusmempunyai nafsu kuat dan terlalu terikat kepadakekayaan serta harta benda tetapi harus bermurahhati demi kebajikan rakyat.

Kedua - Mempunyai moral yang tinggi (sila). Diatidak harus membinasa nyawa, menipu, mencuri,mempergunakan orang, berzina, berdusta danmengambil minuman yang memabukkan. Diamesti sekurang-kurangnya mengamalkan LimaPeraturan Hidup iaitu Panca Sila.

Ketiga - Sanggup mengorbankan segala-galanyademi kebaikan rakyat (paricagga), dia mestibersedia untuk melepaskan semua keselesaanhidupnya, dan juga sanggup menggadaikannyawanya demi kepentingan rakyat.

Keempat - Mempunyai kejujuran dan ketulusanhati (ajjava). Dia mesti bebas daripada ketakutanatau sifat bias semasa perlaksanaan tugas-

20

Page 23: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

tugasnya, mesti ikhlas dalam tujuannya dan tidakharus menipu orang ramai.

Kelima - Baik hati dan bersifat lemah lembut(maddava). Dia mesti memiliki perangai yangramah tamah.

Keenam - Kebiasaan berjimat cermat (tapa).Beliau mesti mengamalkan cara hidup yangsederhana dan tidak terjerumus dalam hidup yangmewah. Beliau harus mampu mengawal dirinya.

Ketujuh - Bebas daripada kebencian, dendam danpermusuhan (akkodha). Beliau tidak harusmenyimpan dendam terhadap sesiapa pun.

Kelapan - Tanpa kekerasan (ahimsa), yangbermakna beliau bukan sahaja tidak melakukansesuatu yang jahat kepada orang lain tetapi jugaharus cuba untuk mengekalkan keamanan denganmengelakkan dan menjauhkan diri daripadapeperangan dan segala yang melibatkankekerasan serta kebinasaan nyawa.

21

Page 24: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

Kesembilan - Kesabaran, ketabahan, toleransi(khanti). Beliau mesti dapat menanggungkesengsaraan, kesukaran dan cemuhan tanpamenjadi marah.

Kesepuluh - Tidak menentang dan menyekat(avirodha) iaitu beliau tidak harus menentangkehendak rakyat, tidak harus menyekat sebarangyang penting untuk kebajikan rakyatnya. Dalamertikata lain, beliau mesti memerintah rakyatbeliau dalam keadaan yang harmoni dengankehendak rakyat.

Semasa hidup Buddha, ada pemerintah yangmenguasai negara mereka dengan tidak adilseperti hari ini. Rakyat ditindas dandiekploitasikan, diseksa dan dianiayai, cukai yangterlampau tinggi dikenakan dan hukuman yangzalim telah dijatuhkan. Buddha berasa sedihmelihat tindakan-tindakan yang tidakberperikemanusiaan tersebut dan telahmenurunkan Sepuluh kewajipan seseorangpemerintah. Ini adalah untuk membimbingpemerintah serta meningkatkan kebajikan rakyat.

22

Page 25: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

Oleh itu kita boleh nampak bahawapenentangan sistem kasta, kebebasan berfikir,taraf wanita, belas kasihan terhadap pesakit, tanpakekerasan (Ahimsa), tanggungjawab ke atas dirisendiri (berdikari), toleransi agama dan sepuluhkewajipan seseorang pemerintah adalah beberapadaripada sumbangan Buddha kepada manusia.Kejayaan setengah-setengah idea ini dalam duniahari ini telah menampakkan kepentingansumbangan Buddha kepada manusia.

Buku ini diterjemahkan olehRakan-rakan SeDhamma, Universiti SainsMalaysia.

23

Page 26: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

SERVICES AVAILABLE ATTHE BUDDHIST MAHA VIHARA

• Booking for Dana (Alms Giving) and Bana (Sermons)• Blessing Services / Funeral Services by Monks• Booking of Facilities for religious functions / events• Marriage Registration• Full Moon and New Moon Day Services• Sunday Dhamma Classes• Sri Dhamma Library• Tape Library• Bookshop• Correspondence Course • Kindergarten - Tadika Sudharma• PARAMA Business & I.T. Training Centre• Weekly Activities

• Chanting Tuesday & Friday 7.30 p.m.• Special Talk Friday 1.00 p.m.• Dhamma Talk Friday 8.00 p.m.• Meditation Monday & Thursday 8.00 p.m.• Service & Talk Sunday 8.30 a.m.• Dhamma School Sunday 8.30 a.m.

DONATION IN CASH OR KIND CAN BE MADE FOR:• Buddhist Propagation • Education Fund• Project Buddho Africa• Full Moon and New Moon services sponsorship • General Maintenance of the Buddhist Maha Vihara• Illumination (lighting) of the Main Shrine Hall• Illumination (lighting) of the Awkana Buddha & Cakra• Monks Dana• Monks Requisites• Welfare Fund• Special Religious Events - Wesak

- Annual Blessing Service- Annual Merit Offering- Kathina Pinkama (ceremony)- Monks’ Novitiate Programme

MAY THE BLESSINGS OF THE NOBLE TRIPLE GEMBE WITH YOU AND YOUR FAMILY

Page 27: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa

I / We would like to make a donation to the Buddhist MahaVihara.

Name :

Address :

Amount : RM

Towards : The cost of reprinting this book

Others, please specify

All cheques can made payable to: BUDDHIST MAHAVIHARA or TT to “BUDDHIST MAHA VIHARA”ACCOUNT NO. 0061-10-003018-0, EON BANK BERHAD,BRICKFIELDS, KL. Kindly send us a copy of your BANKSLIP so that we can send you an OFFICIAL RECEIPT.

DONATION FORM

Buddhist Maha Vihara123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,Malaysia.Tel: 603-22741141 Fax: 603-22732570

Page 28: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Sumbangan Buddha Kepada... · semasa zaman hidupnya. Berikutnya, saya ingin membentangkan beberapa