public agrrement
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 public agrrement
1/9
KPT/PA/15/1
1
PERJANJIAN PEMBIAYAAN YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA DI BAWAHPROGRAM MYBRAIN15 KEPADA PENJAWAT AWAM LANTIKAN TETAP
PERJANJIAN ini dibuat pada ......................haribulan.....................tahun.................... ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA yang diwakili oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (kemudian daripada
ini disebut sebagai KERAJAAN) sebagai pihak pertama,
DENGAN..........................................................................No.KP.....................................................
dialamat...........................................................................................................................................
(kemudian daripada ini disebut PEGAWAI) sebagai pihak kedua.
BAHAWASANYA:-
(a) KERAJAAN telah bersetuju untuk memberikan Pembiayaan Yuran Pengajian Secara
Separuh Masa kepada PEGAWAI bagi mengikuti kursus pengajian seperti yang
ditetapkan dalam SURAT TAWARAN PROGRAM yang dinyatakan dalam Fasal 10
Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut sebagai SURAT TAWARAN
PROGRAM).
(b) PEGAWAI telah menerima SURAT TAWARAN PROGRAM dan bersetuju untuk
menerima pembiayaan tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat
terkandung di dalam Perjanjian ini dan SURAT TAWARAN PROGRAM tersebut.
(c) PEGAWAI pada tarikh PERJANJIAN ini adalah dalam perkhidmatan awam dan badan
berkanun peringkat persekutuan / negeri
(d) PEGAWAI pada tarikh PERJANJIAN ini adalah dalam perkhidmatan Kerajaan yang
berkhidmat tanpa menikmati Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh atau Cuti Belajar
Tanpa Gaji.
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:
1. Definisi dan Tafsiran
1.1 Definisi
-
7/23/2019 public agrrement
2/9
KPT/PA/15/1
2
Di dalam PERJANJIAN ini, melainkan konteksnya mengkehendaki maksud yang
lain, perkataan-perkataan di bawah diberi maksud seperti yang berikut:
PEGAWAIertinya seseorang yang diambil bekerja secara tetap dan disahkan
jawatannya dalam perkhidmatan awam dan badan berkanun peringkat
persekutuan / negeri;
PEMBIAYAAN ertinya sejumlah nilai tajaan yang akan dikeluarkan oleh
KERAJAAN kepada PEGAWAI merangkumi bantuan-bantuan seperti yang
dinyatakan dialam SURAT TAWARAN PROGRAM;
PENGAJIANertinya kursus peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran
yang akan diikuti oleh PEGAWAI seperti yang dinyatakan di dalam SURAT
TAWARAN PROGRAM;
TEMPOH PEMBIAYAAN ertinya tempoh pembiayaan seperti dinyatakan di
dalam SURAT TAWARAN PROGRAM; dan
SURAT TAWARAN PROGRAM ertinya surat tawaran pembiayaan daripada
Kementerian Pendidikan Tinggi kepada PEGAWAI.
1.2 Tafsiran
(a) Tajuk-tajuk dan tajuk-tajuk kecil kepada peruntukan-peruntukan dan
bahagian-bahagian di dalam PERJANJIAN ini dimasukkan bertujuan
untuk memudahkan pembacaan sahaja dan tidak boleh diambil kirasebagai sebahagian daripada PERJANJIAN atau untuk dibuat
pertimbangan dalam mentafsir PERJANJIAN ini;
(b) Rujukan kepada mana-mana statut atau peruntukan statutori adalah
merangkumi rujukan-rujukan kepada statut atau peruntukan statutori yang
dipinda dan digubal semula;
(c) rujukan kepada lampiran, fasal, subfasal atau jadual adalah rujukan
kepada lampiran, fasal, subfasal atau jadual dalam PERJANJIAN ini.
2. Persetujuan PEGAWAI
2.1 PEGAWAI akan dengan bersungguh-sungguh mengikuti dan meneruskan
PENGAJIAN dan menghadiri semua kursus-kursus latihan yang disyaratkan
yang berkaitan dengan PENGAJIANnya untuk mendapatkan Ijazah Sarjana /
Ijazah Kedoktoran yang dikehendaki oleh KERAJAAN seperti yang dinyatakan di
-
7/23/2019 public agrrement
3/9
KPT/PA/15/1
3
dalam SURAT TAWARAN PROGRAM dan bahawa PEGAWAI akan
menyempurnakan PENGAJIANnya dalam masa yang ditetapkan dalam SURAT
TAWARAN PROGRAM atau dalam sesuatu masa yang lebih lama lagi
sebagaimana yang diluluskan oleh KERAJAAN kemudiannya;
2.2 PEGAWAI dalam tempoh PENGAJIANnya, akan sentiasa mematuhi apa-apaperaturan dan tatatertib sebagaimana berkuat kuasa di universiti, kolej atau
institusi dan juga akan mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa ke
atasnya dari semasa ke semasa;
2.3 PEGAWAI hendaklah mengemukakan laporan kemajuan PENGAJIAN setiap
semester PENGAJIANnya atau apa-apa laporan yang membawa maksud yang
sama kepada KERAJAAN, jika diarahkan berbuat sedemikian; dan
2.4 PEGAWAI yang telah menamatkan PENGAJIAN dengan jayanya hendaklah
memaklumkan kepada pihak KERAJAAN dalam tempoh 30 hari atau apa-apa
tempoh lain yang dibenarkan KERAJAAN dari tamat PENGAJIAN.
3. Tanggung jawab KERAJAAN
3.1 Bahawa KERAJAAN bersetuju akan memberikan PEMBIAYAAN kepada
PEGAWAI (selepas ini disebut PEMBIAYAAN) untuk membiayai PENGAJIAN
PEGAWAI di universiti, kolej atau institusi seperti yang dinyatakan di dalam
SURAT TAWARAN PROGRAM; dan
3.2 Bahawa KERAJAAN akan membayar PEMBIAYAAN tersebut kepada pihak
berkuasa universiti, kolej dan institusi sepertimana yang dinyatakan dalam
SURAT TAWARAN PROGRAM.
4. Syarat-syarat Semasa Pengajian
4.1 Kursus Pengajian
Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa semasa atau bila-bila masa
dalam tempoh pengajian, PEGAWAI
(a) Tidak boleh menukar bidang kursus PENGAJIAN atau tajuk penyelidikanatau tempat PENGAJIAN ke universiti, kolej atau institusi selain daripada
ditetapkan oleh KERAJAAN atau melanjutkan tempoh atau
menangguhkan PENGAJIAN tanpa mendapat kebenaran secara bertulis
daripada KERAJAAN;
(b) Hendaklah menunjukkan usaha dan mencapai kejayaan yang
memuaskan di dalam PENGAJIANnya;
-
7/23/2019 public agrrement
4/9
KPT/PA/15/1
4
(c) Tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua cara
sekalipun pada pendapat KERAJAAN mungkin menjatuhkan nama
baiknya atau nama baik Malaysia dan / atau tidak boleh mengambil
bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak
selaras dengan kepentingan PEGAWAI atau kepentingan Malaysia; dan
(g) Tidak boleh semasa dalam TEMPOH PEMBIAYAAN dan / atau
PENGAJIAN meletakkan jawatan dalam perkhidmatan yang disandang
oleh PEGAWAI kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu
daripada KERAJAAN.
4.2 Disiplin
(a) PEGAWAI hendaklah dalam Tempoh Pengajian mematuhi semua
undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa ke atasnya
dari semasa ke semasa;
(b) PEGAWAI hendaklah dalam Tempoh Pengajian sentiasa mematuhi apa-
apa peraturan termasuk peraturan tatatertib sebagaimana yang berkuat
kuasa di universiti, kolej atau institusi dari semasa ke semasa;
(c) PEGAWAI tidak boleh dalam Tempoh Pengajian melakukan perbuatan
salah laku yang melanggar peraturan tatatertib, undang-undang yang
berkuat kuasa, atau peraturan-peraturan oleh universiti, kolej atau institusi
atau apa-apa perkara yang disifatkan oleh KERAJAAN sebagai perkara
yang menjatuhkan nama baik KERAJAAN atau Malaysia; dan
(d) PEGAWAI adalah turut tertakluk kepada apa-apa perundangan dan apa-
apa peraturan lain sebagaimana yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa yang terpakai kepada PEGAWAI awam.
4.3 Hasutan dan Tunjuk Perasaan
PEGAWAI tidak boleh pada bila-bila masa dalam Tempoh Penajaan;
(a) Mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjukperasaan seperti dan tidak terhad kepada menyedia, mencetak,
membahagi atau mengedar apa-apa dokumen di mana-mana tempat oleh
apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang pada pendapat
KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu
institusi pendidikan;
-
7/23/2019 public agrrement
5/9
KPT/PA/15/1
5
(b) Menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil
apa jua bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan, sesuatu
penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk
perasaan yang pada pendapat KERAJAAN, adalah memudaratkan
kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan; atau
(c) Membuat apa-apa kenyataan:
i) di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana
tempat yang pada pendapat KERAJAAN boleh memudaratkan
kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan; dan
ii) di laman web/ media cetak/ media elektronik yang pada pendapat
KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau
sesuatu institusi pendidikan.
4.4 Menyertai Politik dan Pertubuhan
(a) PEGAWAI tidak boleh mengambil bahagian sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam kegiatan berunsur politik atau apa-apa
kegiatan yang pada pendapat KERAJAAN boleh menjejaskan
pengajiannya atau nama baik KERAJAAN;
(b) PEGAWAI tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat
kelulusan bertulis daripada KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budibicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; dan
(c) PEGAWAI tidak boleh menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian
dalam kegiatan-kegiatan apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang tujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah, pada pendapat
KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih
dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN dan
KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak
memberi kelulusan itu.
4.5 Syarat-Syarat Lain
(a) PEGAWAI tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau
perbuatan yang boleh menjejaskan Pengajiannya.
-
7/23/2019 public agrrement
6/9
KPT/PA/15/1
6
b) tidak boleh menerima apa-apa biasiswa, dermasiswa atau apa-apa jua
cara dan bentuk tajaan lain bagi tujuan PEMBIAYAAN PENGAJIANnya;
(c) PEGAWAI tidak boleh dalam Tempoh Pengajian mengambil bahagian
dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak selaras
dengan kepentingan PEGAWAI atau kepentingan Malaysia. Sekiranya
PEGAWAI telah mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan dan
kemudiannya telah diberitahu oleh KERAJAAN bahawa kegiatan tersebut
adalah tidak selaras dengan kepentingannya atau kepentingan Malaysia
maka PEGAWAI hendaklah berhenti serta-merta daripada mengambil
bahagian selanjutnya;
(d) PEGAWAI tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang boleh
menyebabkan PEGAWAI ditamatkan Pengajian dan/ atau dibuang dari
universiti, kolej atau institusi oleh pihak berkuasa universiti, kolej atau
institusi; dan
e) PEGAWAI bertanggung jawab untuk memulangkan apa-apa bayaran
yang terlebih bayar oleh KERAJAAN. Bayaran yang terlebih bayar oleh
KERAJAAN tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh enam puluh (60)
hari dari tarikh notis diberikan oleh KERAJAAN.
5. Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian
Sekiranya PEGAWAI
5.1 Di dalam tempoh PENGAJIANnya -
(a) Gagal Pengajian kerana tidak mencapai markah lulus/ syarat siswazah
yang ditetapkan oleh universiti, kolej atau institusi; atau ditamatkan
PENGAJIAN oleh universiti, kolej atau institusi;
(b) Menarik diri atau meninggalkan Pengajian sebelum sempurnanya
Pengajian itu tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada
KERAJAAN;
(c) Melakukan pelanggaran mana-mana perkara di bawah Fasal 4PERJANJIAN ini atau mana-mana peruntukan dalam PERJANJIAN ini;
(d) Dalam Tempoh Pengajian dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan
kerana salah laku, kecuaian, tidak mengendahkan kewajipan-
kewajipannya atau atas apa-apa sebab sekalipun yang menyebabkan
PEGAWAI boleh dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan;
-
7/23/2019 public agrrement
7/9
KPT/PA/15/1
7
(e) Dalam Tempoh Pengajiannya dengan KERAJAAN enggan atau oleh
kerana salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak sesuai berkhidmat
atau terus berkhidmat dengan KERAJAAN;
(f) Dalam Tempoh Pengajiannya, berhenti daripada atau meninggalkanperkhidmatan atau apa-apa pekerjaan lain yang telah diarahkan atau
dipersetujui oleh KERAJAAN tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan
bertulis daripada KERAJAAN; atau
5.2 Tidak menamatkan PENGAJIANnya dalam tempoh seperti yang dinyatakan
dalam SURAT TAWARAN PROGRAM atau apa-apa tempoh lanjutan lain yang
dibenarkan KERAJAAN kemudiannya,
maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, KERAJAAN boleh menurut budi bicara
mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PEGAWAI hendaklah
bertanggungjawab bagi pihak dirinya apabila diminta dalam tempoh enam puluh (60)
hari dari tarikh diminta oleh KERAJAAN-
(a) membayar balik kepada KERAJAAN sejumlah wang sehingga seperti
yang telah dikeluarkan oleh KERAJAAN kepadanya atau ditetapkan
kemudiannya oleh KERAJAAN; dan
(ii) ke atas semua kos dan perbelanjaan termasuk dan tidak terhad kepada
kos guaman atas dasar peguamcara-anakguam, untuk menuntut,
menyaman atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah
PERJANJIAN ini.
6. Hak KERAJAAN
Walau apapun peruntukan lain di dalam PERJANJIAN ini, KERAJAAN boleh dengan
memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada PEGAWAI untuk menamatkan
Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab, dan selepas tamat tempoh satu (1) bulan
tersebut, maka Perjanjian ini adalah terbatal dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak
KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, segala faedah dan tanggungan PEGAWAI di bawah
PERJANJIAN ini adalah terhenti.
7. Alamat dan Penyerahan Notis
7.1 PEGAWAI adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada KERAJAAN melalui
notis bertulis, pertukaran alamat PEGAWAI, jika ada.
-
7/23/2019 public agrrement
8/9
KPT/PA/15/1
8
7.2 Sebarang notis bertulis, tuntutan dan/ atau proses pemula mahkamah perlu
dihantar kepada PEGAWAI di bawah PERJANJIAN ini dianggap telah
disampaikan dengan sempurna sekiranya ia ditinggalkan atau dihantar melalui
pos berdaftar di alamat yang berada di dalam rekod Kerajaan atau seperti
dimaklumkan kepada Kerajaan menurut Perenggan 7.1 di atas.
7.3 Pengemukaan rekod rasmi yang mengandungi catatan bahawa notis bertulis,
tuntutan dan/ atau proses pemula mahkamah telah diposkan akan menjadi bukti
penyerahan dokumen tersebut kepada PEGAWAI.
8. Masa sebagai intipati kepada Perjanjian
Masa di mana-mana disebut dalam PERJANJIAN ini adalah merupakan intipati kepada
PERJANJIAN ini.
9. Pemakaian Undang-Undang
9.1 PERJANJIAN ini hendaklah dalam segala hal ditadbirkan dan ditentukan serta
ditafsirkan berdasarkan undang-undang Malaysia.
9.2 KERAJAAN berhak untuk memulakan prosiding berkenaan perlanggaran di
bawah Fasal 5PERJANJIAN ini terhadap PEGAWAI di mana-mana mahkamah
di Malaysia.
9.3 Pihak-Pihak bersetuju dalam mengiktiraf serta menerima sebagai muktamadsegala keputusan dan award oleh mahkamah Malaysia berkenaan sebarang
pertikaian yang timbul dari PERJANJIAN ini.
10. Lampiran
Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa SURAT TAWARAN PROGRAM
KPT(B).................................................................................................................bertarikh..
...................hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.
-
7/23/2019 public agrrement
9/9
KPT/PA/15/1
9
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan-tandatangan dan meteri-meteri mereka pada haribulan dan tahun
yang mula tertulis di atas:
Ditandatangan dan dimeterikan...........................................(t.t. pegawai diberi kuasa)
oleh.........................................................................................................................bagi
pihak KERAJAAN
dihadapan :
Nama saksi (Huruf Besar)..............................................................................................
Alamat............................................................................................................................
Pekerjaan Saksi........................................ Gred Jawatan (jika berkaitan).....................
No. Kad Pengenalan Saksi............................................................................................
Tandatangan Saksi........................................cap jawatan dan jabatan
KERAJAAN
(Nama Pegawai Yang Diberi Kuasa Dengan Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan)
Ditandatangan dan dimeterikan..............................................................(t.t. pegawai )
oleh........................................................................................................................
dihadapan :
Nama saksi (Huruf Besar)..............................................................................................
Alamat............................................................................................................................
Pekerjaan Saksi........................................ Gred Jawatan (jika berkaitan).....................
No. Kad Pengenalan Saksi............................................................................................
Tandatangan Saksi........................................cap jawatan dan jabatan
PEGAWAI
(Nama Pegawai Dengan Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan)