pt new
TRANSCRIPT
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
PENGGUNAAN WARNA DALAM KEMAHIRAN
MENULIS HURUF BESAR BAHASA MELAYU MURID
BERMASALAH PENDENGARAN
MALATHI A/P RAMAKASNA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
1.0 PENDAHULUAN
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri
mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku social ataupun cirri-
ciri fizikal.Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak
memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan
pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti
maksimum.Menurut Kirk ( 1989 ), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-
kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan.
Individu bermasalah pendengaran merupakan seorang yang kehilangan satu
deria penting iaitu pendengaran. Ini menyebabkan mereka lebih banyak
menggunakan deria penglihatan untuk teruskan kehidupan. Kekurangan yang
1
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
dialami turut mempengaruhi proses pembelajaran dan sedikit sebanyak
mempengaruhi pencapaian akademik mereka. ( Hardman, 1996 )
Seseorang yang dikatakan pekak tidak dapat memahami pertuturan melalui deria
pendengaran dengan ataupun tanpa menggunakan alat pendengaran. Ini bermakna
mereka mengalami kepekakan yang amat teruk iaitu kehilangan pendengaran
sebanyak 90dB hingga 120dB. (Safani Bari, 1999).
Quigley (1984), mendefinisikan cacat pendengaran sebagai kanak-kanak atau
orang dewasa yang tahap pendengarannya teruk, terutamanya saraf sensorinya
rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. Ia disebabkan faktor dalaman dan
luaran. Oleh itu, mereka tidak dapat belajar mendengar bunyi atau mendengar
secara spontan.
Menurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka
yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.
Terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk mengenalpasti kanak-kanak
yang bermasalah pendengaran.
Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-
masalah komunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam
Mojuntin Ebin (1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami
kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa.
Abdullah Yusof ( 1993 ), pelajar masalah pendengaran seringkali melakukan
kesalahan struktur ayat kerana mereka menyusun ayat berdasarkan pemerolehan
bahasa mereka. Ini menimbulkan implikasi dan perkembangan bahasa terhadap
2
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
mereka di dalam menguasai bahasa.Pemahaman bahasa penulisan adalah secara
signifikan lebih lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya yang normal
Penggunaan bahasa dalam penulisan oleh murid-murid bermasalh
pendengaran sangat lemah ( Izani hj Daud ). Mereka juga menggunakan
perbendaharan kata yang terhad, membuat banyak kesilapan dalam ejaan, tanda
bacaan dalam guna huruf besar yang tidak betul dalam penulisan mereka ( Paridah
awing, 1991 )
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Selepas menjalani praktikum fasa pertama dan fasa kedua, saya telah
menghadapi pelbagai masalah dan rintangan disamping memperoleh banyak faedah
serta panduan yang sewajarnya untuk mendidik murid-murid khususnya murid-murid
berkeperluan khas masalah pendengaran.
Antara masalah yang seringkali dihadapi oleh saya ialah masalah murid-
murid tidak dapat menguasai penggunaan huruf besar walaupun telah didedahkan
kepada mereka. Namun setiap kali latihan di dalam kelas terdapat juga kesalahan
dalam penggunaan huruf besar.
3
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
Soalan latihan atau ujian yang sering dikemukakan ialah “ Salin semula ayat-
ayat yang diberi dengan menggunakan ejaan, tanda baca dan huruf besar di tempat
yang sesuai”. Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak
langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap
kali kesalahan ini berulang. Jadi saya mengambil keputusan untuk
mempertingkatkan penguasaan huruf besar dalam kalangan murid. Jika murid dapat
menulis semula ayat yang diberi tanpa sebarang kesalahan huruf besar, sekurang-
kurangnya mereka tidak akan kehilangan kesemua markah.
Semasa menjalani praktikum, walaupun setiap hari sebelum murid mula
menulis saya mengulangi perkara yang sama iaitu permulaan ayat, selepas noktah
dan kata nama khas mesti ditulis dengan menggunakan huruf besar tetapi masih
terdapat murid yang leka dan menganggapnya tidak penting kerana mereka tidak
mengetahui bahawa kesalahan huruf besar tergolong dalam kesalahan tatabahasa.
REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN
4
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
Guru merupakan seorang insan yang menerangi hidup murid-murid dengan
membekalkan ilmu sebagai bekalan masa hadapan untuk meneruskan kehidupan
yang penuh dengan cabaran dalam era globalisasi ini. Seorang guru perlu memiliki
sifat-sifat tertentu untuk mendidik anak bangsa dengan cemerlang. Seorang guru
juga berperanan sebagai wadah ke arah pembentukkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif untuk menarik minat murid meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam mendidik
murid-murid. Aziz Saleh (1993), menjelaskan,tanpa ABM proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi tidak menarik. Murid-murid akan lebih menumpukan perhatian
jika alat bantu mengajar yang dibawa oleh guru terdiri daripada pelbagai bentuk dan
berwarna-warni. Guru juga harus menggunakan alat bantu mengajar yang berbeza
untuk setiap langkah supaya murid tidak berasa bosan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai membolehkan murid
memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa proses pemngajran dan
pembelajaran dijalankan.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan satu pendekatan yang dapat membolehkan murid-murid menumpukan
perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ellington, Percival
dan Race (1993) penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa
kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. Murid-
murid lebih memberi perhatian terhadap tayangan yang ditayangkan melalui LCD
projector kerana tayangan berwarna-warni berserta dengan animasi yang bergerak.
5
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
Murid-murid akan teruja serta menumpukan perhatian sehingga tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru yang bertauliah perlulah melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan strategi supaya murid
dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Guru perlu menjadi lebih
kreatif jika pendekatan yang digunakan oleh guru tidak berkesan dengan
menggunakan pendekatan atau strategi yang lain untuk membolehkan murid lebih
memahami dan seterusnya menjadi murid yang cemerlang.
6
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Saya ingin memberi perhatian tentang masalah dalam kemahiran menulis
huruf besar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran
Bahasa Melayu. Sewaktu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, saya telah
mendapati masih terdapat dalam kalangan murid-murid tidak dapat menulis ayat
dengan lengkap iaitu menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti
semasa menulis jawapan pemahaman, menyalin semula ayat, membina ayat-ayat
mudah dan sebagainya. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana
penggunaan huruf besar adalah penting dalam penulisan. Jika masalah ini tidak
diatasi kemungkinan besar murid-murid ini akan menghadapi masalah serta peratus
markah dalam matapelajaran Penulisan Bahasa Melayu semasa mereka berada di
Tahap 2 akan merosot. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3, dalam
setiap rancangan mengajar terdapat kemahiran menulis yang menitikberatkan
penggunaan tanda baca.
2.1 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Saya bercadang untuk melakukan tinjauan awal terhadap murid-murid
bermasalah pendengaran tahun 2 sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu berlangsung. Tujuan tinjauan awal ini ialah untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh murid-murid sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.2 KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN
Saya telah memilih fokus kajian berdasarkan beberapa kriteria pemilihan
fokus kajian. Di antara kriteria pemilihan fokus kajian ialah kebolehtadbiran. Kajian
7
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
ini boleh ditadbirkan di sekolah kerana saya akan menjalani latihan praktikum di
sekolah murid-murid bermasalah pendengaran. Kajian ini juga boleh ditadbirkan di
sekolah aliran perdana. Kajian ini juga memainkan peranan yang penting kerana
melalui kajian ini murid-murid dapat mengikuti kelas matapelajaran Bahasa Melayu
dengan sistematik dan berkesan tanpa sebarang halangan dan rintangan.
Seterusnya, kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang
tersendirinya. Murid-murid bermasalah pendengaran tahun 2 dapat menguasai
kemahiran menulis huruf besar dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan warna
sebagai bahan yang utama.
Terdapat kebolehgunaan dalam kajian ini kerana data-data serta hasil yang
dikenalpasti dalam kajian ini dapat digunakan dalam kajian yang seterusnya. Saya
hanya akan menjalankan kajian ini terhadap murid-murid bermasalah pendengaran
tahun 2 dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
Dengan menggunakan dapatan kajian yang dijalankan, guru-guru dapat
meningkatkan kawalan kelas. Guru dapat mengetahui cara-cara kawalan kelas yang
spesifik untuk murid-murid berkenaan seterusnnya dapat membantu dalam proses
pengajaran.
Selain itu, kolaborasi juga telah menjadi kriteria pemilihan fokus kajian yang
dijalankan oleh saya. Saya akan mendapatkan kolaborasi daripada pihak guru yang
mengajar matapeljaran Bahasa Melayu di sekolah itu disamping mendapat
kolaborasi daripada ibu bapa murid-murid.
Akhir sekali, kajian ini mempunyai kerelevanan kepada sekolah. Hasil
dapatan kajian boleh digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran menulis huruf besar .
8
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan warna.
Objektif Khusus
Murid dapat menulis huruf besar pada permulaan ayat, selepas
noktah dan pada kata nama khas melalui penggunaan warna.
Murid dapat mempertingkatkan daya ingatan mereka terhadap
penggunaan huruf besar melalui warna
4.0 SOALAN KAJIAN
Bagaimanakah murid dapat menguasai penggunaan huruf besar
pada permulaan ayat, selepas noktah dan kata nama khas?
Bagaimanakah murid dapat mempertingkatkan daya ingatan
mereka terhadap penggunaan huruf besar.
9
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 3 Dedikasi yang terdiri
daripada satu lelaki dan dua orang perempuan. Murid-murid ini seringkali
tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf-huruf besar. Murid-murid
yang normal juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi
murid berkeperluan khas masalah pendengaran. Murid-murid kelas ini terdiri
daripada dua Melayu dan seorang berbangsa Cina. Ketiga-tiga murid ini
menghadapi masalah pendengaran tahap teruk dan salah seorang
daripadanya merupakan murid autisme. Murid tersebut hanya akan mengikuti
pengajaran dan pembelajaran jika pengajarannya menarik perhatiannya. Jika
tidak murid tersebut akan menjalankan aktiviti yang disukainya seperti
melukis.
10
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Aktiviti dijalankan setiap kali matapelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti
yang memerlukan murid menulis, murid perlu mulakan dengan warna kerana warna
dapat meningkatkan daya ingatan murid. Saya akan menggabungkan warna merah
dengan pensel agar murid tidak lupa bahawa setiap kali mereka mula menulis,
warna merah mesti didahulukan.
Kajian yang dijalankan adalah selari dengan model spiral
Kemmis iaitu:-
Rajah 1: Model Spiral
11
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
Kitaran pertama
i) Proses merancang
ii) Pelan tindakan
iii) Pengumpulan data
iv) Refleksi
Langkah-langkah dalam kitaran pertama
Murid diperkenalkan dengan penggunaan huruf besar.
Membaca ayat mudah dengan penggunaan huruf besar.
Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf
besar di tempat yang sesuai dengan menggunakan warna.
Kitaran kedua
i) Perancangan semula
ii) Pelan tindakan
iii) Pengumpulan data
iv) Refleksi
Langkah-langkah dalam kitaran kedua
Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar.
Menyalin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai.
Membaca petikan mudah yang diberi tanpa huruf besar.
12
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
Salin semula petikan dengan menggunakan warna pada
huruf besar di permulaan ayat, selepas noktah dan kata
nama khas.
13
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
6.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA
- Pemerhatian terhadap sikap dan tindak balas murid dalam
kelas. ( Rujuk Lampiran 1 )
sikap murid akan dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
- Soal selidik ( Rujuk Lampiran 2 )
borang soal selidik diberi kepada guru untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur.
- Ujian pengesanan
diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian
dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar
dalam ayat.
- Semakan buku latihan
14
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai
tahap perkembangan murid dalam menguasai penggunaan
huruf besar.
6.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA
Setelah mengumpul data yang berkaitan dengan kajian, saya akan mula
menganalisis hasil dapatan saya. Saya akan menganalisis maklumat pemerhatian
dengan menggunakan senarai semak. Melalui ini saya dapat mengetahui dengan
lebih terperinci tentang masalah yang dihadapi oleh murid. Saya akan menganalisis
keputusan ujian pengesanan dengan memberi markah kepada setiap murid serta
akan menilai murid berkenaan.
7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
15
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
7.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1. - Mengenalpasti masalah
dan pengumpulan data
awal.
2. - Menulis proposal kajian
3. - Merancang kajian
4. - Laksanakan tindakan 1
5. - Analisis tindakan 1
6. - Analisis pencapaian murid
7. - Laksanakan tindakan 2
8. - Analisis tindakan 2
9. - Analisis pencapaian murid
10. - Refleksi
11. - Menulis laporan kajian
16
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
7.2 KOS KAJIAN TINDAKAN
BIL BAHAN KOS
1. Kertas A4 RM 50.00
2. Bahan Cetak RM 50.00
3. Ink printer RM 150.00
4. Lain-lain RM 50.00
JUMLAH RM 300.00
17
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
8.0 SENARAI RUJUKAN
1. Alis bin Puteh (2009), Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan,
Penerbitan Seri Kota, Shah Alam, Selangor.
2. Mok Soon Sang ( 2010), Penyelidikan dalam Pendidikan, Perancangan
dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Penerbit Multimedia SDN.BHD,
Ipoh, Perak.
3. S.Jay Kuder ( 2003 ), Teaching Students With Language And
Communication Disabilities, Second Edition, Pearson Education, United
States of America.
18
DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3
19