pt-bahagian 4[1]

Upload: muhd-aqilazmihassan

Post on 07-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian tindakan murid autisme

TRANSCRIPT

5.0KUMPULAN SASARANKajian dalam menangani masalah sebutan bagi subjek Autistik ini melibatkan seorang subjek dari Kelas Aktif. Subjek yang dipilih adalah seorang subjek lelaki berbangsa Cina. Subjek tersebut adalah daripada golongan keluarga berekonomi sederhana yang tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah. Subjek S1 adalah dalam kategori Autistik yang menampakkan ciri-ciri seperti lambat bertutur, tidak fokus, Namun, Subjek ini juga didapati lambat menggerakkan mata dan kepala mereka ke arah bunyi yang diberikan seolah-olah subjek kelihatan seperti orang pekak. Subjek juga tidak memberikan sebarang respon apabila nama dia dipanggil dan subjek juga dilihat terlalu diam berbanding murid lain yang sebaya dengan mereka berdasarkan maklumat dan pemerhatian pengkaji, maklumat terperinci tentang subjek adalah seperti dalam Jadual 5 dan 6 di bawah. Jadual 1Demografi Subjek Kelas AktifNo.NamaJantinaBangsa

1.Subjek 1 (S1)Lelaki Cina

Jadual 2Kategori Subjek kajian kelas AktifNamaUmurKategoriPencapaian AkademikMasalah Sampingan

S19AutistikLemahPertuturan

Berdasarkan maklumat di atas menunjukkan S1 subjek Autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan mereka sendiri dan memerlukan satu sistem komunikasi yang berkait dengan pengalaman, persekitaran dan interaksi mereka dengan orang dewasa (Light dan Drager, 2007). Hal ini menunjukkan kanak-kanak autistik memerlukan pengajaran secara individu. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran masteri dengan menggunakan Boneka tangan haiwan amat sesuai digunakan kerana menekankan pembelajaran secara individu. Kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan mereka secara automatik (Ministry of Education British Columbia 2000) seperti kanak-kanak tipikal yang lain tetapi dapat membentuk satu bentuk komunikasi mereka sendiri. Biasanya, mereka akan menggunakan pergerakan tubuh badan dan ekspresi sebagai medium komunikasi. Oleh itu, guru-guru perlu memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bentuk komunikasi kanak-kanak ini. Aktiviti-aktiviti seperti memandang muka guru semasa guru mengajar, memandang satu kedudukan (tidak memerlukan bertentang mata) dan meletakkan tangan pada tempat yang diarahkan serta memberi pujian dapat membantu mereka membentuk kemahiran bertutur secara tidak langsung. Di samping itu, strategi pemusatan murid dan bahan seperti boneka tangan boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik. Murid-murid digalakkan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan manakala guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh penggunaan skrip sosial sebagai bahan pengajaran. Berdasarkan kajian , apabila kanak-kanak autistik yang diajar menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakan dan pengukuhan, interaksi mereka dengan rakan sebaya dan orang dewasa didapati meningkat secara tidak langsung (Ganz, Kaylor, Bourgeois dan Hadden, 2008) selain dapat menggalakkan pertuturan.

17