negeri sabah [ no. bil:jkm.c. 115/45 pt. 4/2 ] · pdf filepans. 37, pans. 45 dan pans. 46,...

24
NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 1/1993 PENGURUSAN RUMAH KERAJAAN 1. PENDAHULUAN 1.1 Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan menurut peruntukan-penmtukan PANS. 1 . (c), PANS. 2(2), PANS. 8, PANS. 20, PANS. 21, PANS. 25, PANS. 32, PANS. 33, PANS. 34, PANS. 35, PANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, 1982, untuk menetapkan syarat-syarat dan garis panduan peruntukan rumah Kerajaan dan kediaman oleh pegawai-pegawai. 1.2 Pekeliling ini meliputi semua pegawai yang mendiami rumah Kerajaan, termasuk pegawai- pegawai pinjaman dan pegawai-pegawai Persekutuan yang mendiami rumah Kerajaan Negeri. 2. PENUBUHAN JAWATANKUASA INDUK RUMAH KERAJAAN 2.1 Bagi maksud menguatkuasakan peraturan-peraturan tentang pengurusan rumah Kerajaan dan untuk menyelaraskan tugas-tugas semua Jawatankuasa Perumahan di seluruh Negeri, sebuah Jawatankuasa Induk Rumah Kerajaan telah ditubuhkan dengan ahli-ahlinya seperti berikut:- Pengerusi - Pengarah Pejawatan Negeri Ahli - Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya - Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan - Bendahari Negeri - Pengarah Kerja Raya - Peguam Besar Negeri Setiausaha - Seorang Pegawai Tadbir daripada Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen 2.2 Antara fungsi Jawatankuasa Induk tersebut ialah:- (a) Mengesyorkan pembentukan dan pindaan dasar-dasar Rumah Kerajaan; (b) Melantik Pengerusi, Setiausaha dan Ahli-ahli Jawatankuasa Perumahan di seluruh Negeri; (c) Memastikan semua Jawatankuasa Perumahan serta semua Jabatan yang mempunyai Rumah Khas Jabatan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan dalam Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, 1982 dan mematuhi semua peraturan yang berkuatkuasa tentang Rumah Kerajaan; (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti semua Jawatankuasa Perumahan termasuk pungutan sewa rumah dan sewa ekonomi; (e) Menyemak, kadar sewa rumah dan sewa ikonomi dari semasa ke semasa;

Upload: phamthuan

Post on 31-Jan-2018

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

NEGERI SABAH

[ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ]

PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 1/1993

PENGURUSAN RUMAH KERAJAAN

1. PENDAHULUAN

1.1 Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan menurut peruntukan-penmtukan PANS. 1 . (c), PANS.2(2), PANS. 8, PANS. 20, PANS. 21, PANS. 25, PANS. 32, PANS. 33, PANS. 34, PANS. 35,PANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, 1982, untukmenetapkan syarat-syarat dan garis panduan peruntukan rumah Kerajaan dan kediaman olehpegawai-pegawai.

1.2 Pekeliling ini meliputi semua pegawai yang mendiami rumah Kerajaan, termasuk pegawai-pegawai pinjaman dan pegawai-pegawai Persekutuan yang mendiami rumah Kerajaan Negeri.

2. PENUBUHAN JAWATANKUASA INDUK RUMAH KERAJAAN

2.1 Bagi maksud menguatkuasakan peraturan-peraturan tentang pengurusan rumah Kerajaan danuntuk menyelaraskan tugas-tugas semua Jawatankuasa Perumahan di seluruh Negeri, sebuahJawatankuasa Induk Rumah Kerajaan telah ditubuhkan dengan ahli-ahlinya seperti berikut:-

Pengerusi - Pengarah Pejawatan Negeri

Ahli - Setiausaha Tetap,Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya

- Setiausaha Tetap,Kementerian Kewangan

- Bendahari Negeri

- Pengarah Kerja Raya

- Peguam Besar Negeri

Setiausaha - Seorang Pegawai Tadbir daripada Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen

2.2 Antara fungsi Jawatankuasa Induk tersebut ialah:-

(a) Mengesyorkan pembentukan dan pindaan dasar-dasar Rumah Kerajaan;

(b) Melantik Pengerusi, Setiausaha dan Ahli-ahli Jawatankuasa Perumahan di seluruh Negeri;

(c) Memastikan semua Jawatankuasa Perumahan serta semua Jabatan yang mempunyai Rumah KhasJabatan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan dalam Bahagian E, Perintah Am NegeriSabah, 1982 dan mematuhi semua peraturan yang berkuatkuasa tentang Rumah Kerajaan;

(d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti semua Jawatankuasa Perumahan termasukpungutan sewa rumah dan sewa ekonomi;

(e) Menyemak, kadar sewa rumah dan sewa ikonomi dari semasa ke semasa;

Page 2: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

(f) Meluluskan permohonan penyewaan rumah persendirian yang dikemukakan oleh JawatankuasaPerumahan;

(g) Meluluskan permohonan pengecualian membayar sewa rumah;

(h) Melantik Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja untuk membantu kerjanya.

3. PELANTIKAN JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN PEMBAYARAN ELAUN KHAS

3.1 Selepas menerima pencalonan daripada Pegawai Daerah (bagi rumah Kerajaan di daerah) dandaripada Ketua Jabatan (bagi Rumah Khas Jabatan), ahli-ahli seperti berikut boleh dilantik olehJawatankuasa Induk Rumah Kerajaan dengan dibayar elaun tertentu:

Elaun KhasJawatan Kota KinabalulSandakanlTawau DaerahlRumah

Khas Jabatan

Pengenisi (Pegawai Daerah RM100.00 sebulan RM50.00 sebulanatau Pegawai Gred 3 dan keatas)

Setiausaha (Pegawai Gred RM75.00 sebulan RM30.00 sebulan6 dan ke atas)

Ahli

(i) Wakil JKR ) hendaklah RM50.00 setiap kali RM20.00 sebulan) dicalonkan menghadiri mensyuarat menghadiri mensyuarat

(ii) Wakil BN ) oleh Ketua) Jabatan

(iii) Ahli yang ) Masing-masinglain yang )Mantik oleh )J/K Induk )

3.2 Pembayaran Elaun Pengerusi, Elaun Setiausaha dan Elaun Menghadiri Mesyuarat terpulangkepada budibicara Jawatankuasa Induk Rumah Kerajaan dan boleh dihentikan pada bila-bilamasa jika ahli-ahli yang berkenaan didapati tidak berkesan atau tidak dapat menjalankantugasnya. Ini bermakna setiap ahli Jawatankuasa Perumahan berkewajipan untuk memastikanJawatankuasa Perumahan yang berkenan adalah bertanggungjawab dan berdedikasi.

4. TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS SEMUA AHLI JAWATANKUASA PERUMAHAN

4.1 Tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Perumahan adalah seperti berikut:-

(a) Menentukan bahawa pengurusan rumah Kerajaan di bawah kawalannya dijalankan dengankemas dan licin mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa atau mengikut arahanyang diberi oleh Jawatankuasa Induk Rumah Kerajaan;

(b) Memastikan tugas-tugas semua ahli Jawatankuasa dijalankan dengan sempuma bagimewujudkan sebuah Jawatankuasa yang cekap, produktif dan berdedikasi;

(c) Mengadakan dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perumahan dari semasa kesemasa mengikut keperluan;

(d) Menerima laporan-laporan daripada ahli-ahli tentang tindakan yang telah diambil olehnya;

(e) Memastikan semua permohonan rumah Kerajaan dipertimbangkan oleh mesyuarat, dankeputusan memperuntukkan sesebuah rumah Kerajaan dibuat dengan saksama mengikutperaturan-peraturan yang sedia wujud;

Page 3: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

(f) Memastikan semua penghuni rumah Kerajaan mematuhi semua peraturan mengenaikediaman di rumah Kerajaan, dan tidak ada berlaku sebarang penyelewengan berkenaanperumahan di ba kawalannya;

(g) Membuat laporan setiap enam bulan kepada Jawatankuasa Induk dan mengemaskinikanmaklumat-maklumat yang diberikan kepada Jawatankuasa Induk;

(h) Bertindak sebagai penyelaras di antara Jawatankuasa Perumahannya dengan JawatankuasaInduk dan,

(i) Mengadakan lawatan dari semasa ke semasa ke rumah-rumah Kerajaan bersama-samadengan ahli-ahli lain untuk memastikan bahawa semua rumah Kerajaan digunakan mengikutperaturan.

4.2 Tanggungjawab Setiausaha Jawatankuasa Perumahan adalah seperti berikut:-

(a) Mengadakan sistem fail dan rekod Jawatankuasa Perumahan yang lengkap, teraturkemaskini;

(b) Menyediakan surat-menyurat Jawatankuasa Perumahan;

(c) Mengeluarkan notis mesyuarat, agenda serta minit mesyuarat yang lalu sebelum mesyuaratdiadakan;

(d) Menulis minit mesyuarat dan memastikan tindakan susulan dibuat terbadap setiap keputusanmesyuarat Jawatankuasa Perumahan;

(e) Menyemak surat-surat permohonan rumah Kerajaan dan menyenaraikannya mengikutperaturan dan keperluan dengan adil dan saksama;

(f) Memastikan surat arahan potongan sewa rumah atau. penghentian potongan sewa rumahdibuat dengan serta-merta;

(g) Memastikan pihak Bendahari Negeri memungut sewa ekonomi bagi penghuni-penghuniyang bertugas di Jabatan-jabatan Persekutuan atau. Agensi-agensi Kerajaan; dan,

(h) Mengirim salinan semua minit mesyuaratnya kepada Setiausaha, Jawatankuasa IndukRumah Kerajaan.

4.3 Tanggungjawab Wakil Jabatan Kerja Raya adalah seperti berikut:

(a) Memastikan rekod-rekod perumahan adalah lengkap dan kemaskini;

(b) Memastikan semua penghuni rumah Kerajaan/rumah sewa Kerajaan telah mengisi 'SuratAkuan Masuk Rumah' dan 'Surat Akuan Keluar Rumah' mengikut tempoh yang ditetapkan;

(c) Memastikan borang masuk dan keluar rumah yang telah lengkap diisi diterima olehSetiausaha dengan kadar yang segera;

(d) Memeriksa rumah-rumah yang telab dikosongkan dan menghantar laporan kepadaSetiausaha tentang keadaan rumah yang berkenaan, lengkap dengan tempoh yang diperlukanuntuk membaikpulih, jika perlu;

(e) Memaklumkan Jawatankuasa, jika disyaki sebarang penyelewengan telah berlaku;

(f) Melaporkan dengan serta-merta mana-mana rumah Kerajaan yang telah dikosongkan atauditinggalkan kosong kepada Setiausaha;

(g) Memaklumkan Setiausaha tiga bulan sebelum tarikh penyewaan sesebuah rumahpersendirian tamat; dan,

Page 4: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

(h) Menghubungi pihak Lembaga Letrik Sabah dan Jabatan Air, jika bekalan elektrik dan airmasih dibekalkan ke rumah yang telah dikosongkan,

4.4 Tanggungjawab Wakil Bendahari Negeri Sabah adalah seperti berikut:

(a) Memastikan sewa rumah dikutip sepenuhnya oleh Ketua Jabatan

(b) Memastikan sewa ekonomi dikutip dari Jabatan-jabatan Persekutuan atau Agensi yangmempunyai kakitangan yang tinggal di rumah Kerajaan Negeri;

(c) Melaporkan sebarang masalah mengenai kutipan sewa rumah atau. sewa ekonomi kepadaJawatankuasa Perumahan

(d) Melaporkan sebarang penyelewengan kewangan berhubung dengan perumahan kepadaJawatankuasa Perumahan;

(e) Mengemaskinikan rekod hasil kutipan sewa rumah dan sewa ekonomi;

(f) Memaklumkan Jawatankuasa tentang sebarang cadangan atau. maklumat yang diperlukanoleh Jabatan Bendahari Negeri; dan,

(g) Memaklumkan Jawatankuasa jika ada penghuni rumah Kerajaan atau rumah sewaKerajaan yang telah mendapat kelulusan pinjaman perumahan.

5. SURAT-SURAT URUSAN JAWATANKUASA PERUMAHAN

5.1 Bagi maksud menyeragamkan dan melicinkan proses pengurusan rumah Kerajaan, borangpermobonan dan surat-surat seperti berikut hendaklah digunakan oleh semua JawatankuasaPerumahan, selain borang-borang yang ditetapkan dalam Bahagian E, Perintah Am NegeriSabah, 1982

(a) Borang Permohonan Untuk Rumah Kerajaan (Borang PPNS. 1/1993/1)

(b) Surat Peruntukan Rumah Kerajaan (Borang PPNS. 1/1993/2)

(c) Surat Penerimaan Peruntukan Rumah Kerajaan (Borang PPNS. 1/1993/3)

(d) Surat Arahan Memotong Sewa Rumah Daripada Gaji Pegawai (Borang PPNS. 1/1993/4)

(e) Surat Pengesahan Potongan Sewa Rumah (Borang PPNS. 1/1993/5)

(f) Surat Pengesahan Butir-butir Pegawai Yang Telah Mengosongkan Rumah KerajaanPPNS. 1/1993/6)

(g) Surat Arahan Menghentikan Potongan Sewa Rumah (Borang PPNS. 1/1993/7)

5.2 Borang permohonan dan surat-surat tersebut boleh dipesan daripada Pencetak Kerajaan Negeri

6. GARIS PANDUAN MEMPERUNTUKKAN RUMAH KERAJAAN

6.1. Sebagaimana ditetapkan dalam PANS. 2, Bahagian E, Kerajaan tidak bertanggungjawabmenyediakan rumah kediaman bagi pegawainya. Peruntukan rumah kediaman kepada pegawaiadalah atas budibicara pihak Kerajaan dan tertakluk kepada adanya rumah kediaman yangkosong dan sesuai.

6.2 Dalam proses mempertimbangkan permohonan bagi rumah Kerajaan, garis panduan berikutdigunakan oleh Jawatankuasa Perumahan:

(a) Terdapat rumah Kerajaan kosong yang sesuai dengan kelayakan pemohon.

Page 5: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

(h) Pemohon yang datang dari luar daerah yang tidak ada tempat tinggal seperti pegawai yangbertukar dari sebuah daerah ke daerah yang lain dan membawa keluarganya (mengikutPeki Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 5/1982, Daerah-daerah Penampang, Tamparuli,Tuaran dan dianggap teermasuk di dalam lingkungan kawasan Daerah Kota Kinabalu).

(c) Pemohon berkahwin yang bergaji kecil, isteri atau suami tidak bekerja, mempunyajbilangan anak yang ramai dan dijangka akan mengalami kesusahan kewangan sekiranyaterpaksa menyewa tempat tinggal sendiri dari luar.

(d) Keutamaan hendaklah diberikan kepada pemohon yang bertugas di sesebuah Jabatan KerNegeri.

(e) Berdasarkan giliran, iaitu pegawai yang memohon lebib awal didahulukan. Faktor-faktoryang lain seperti tempat tinggal tetap, bentuk pelantikan, jawatan hakiki, tempohperkhidmatan, taraf kelamin dan sebagainya,

(g) Pemohon yang menolak sesuatu peruntukan rumah Kerajaan tidak akan dipertimbangkanuntuk peruntukan rumah yang lain dalam tempoh enam bulan yang berikutnya.

6.3 Mulai tarikh kuatkuasa pekeliling ini, semua penghuni hendaklah diberi kelulusan mendudukirumah Kerajaan dari setahun ke setahun (termasuk penghuni yang telah diperuntukkan rumahKerajaan sebelum tarikh tersebut). Permohonan penyambungan kediaman hendaklahdikemukakan oleh penghuni yang berkenaan tiga bulan sebelum tamat tempohnya denganmemberikan butir-butir bahawa dia telah mematuhi semua peraturan mendiami rumah Kerajaandan telah membayar semua sewa rumah yang dikenakan.

7. PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK DIPERUNTUKAN RUMAH KERAJAAN.

7.1 Seperti yang ditetapkan dalam PANS. 25, Bahagian E dan Pekeliling Perkhichnatan NegeriSabah 1/1983, seseorang pegawai atau isterinya/suaminya yang telah diberi pinjaman perumahandi bawah Skiin Bantuan Pinjaman Perumahan Kerajaan, tidak boleh diperuntukkan rumahKerajaan di daerah yang sama. Ini juga bermakna seseorang pegawai yang telah diberi pinjamanperumahan Kerajaan dan kemudian menjual rumah tersebut juga tidak layak diperuntukkanrumah Kerajaan di daerah yang sama. Dalam hubungan ini, setiap Jabatan/Kementerianhendaklah mempunyai senarai pegawainya yang mempunyai pinjaman perumahan Kerajaan.Sebelum mengemukakan sesuatu permohonan rumah Kerajaan, Ketua, Jabatan wajibmenentukan bahawa pemohon tidak mempunyai rumah di daerah yang sama.

7.2 Pemohon atau isterinya/suaminya yang mempunyai rumah di daerah yang sama (mahupun rumahtersebut tidak dibeli di bawah Skim Bantuan Pinjaman Perumahan Kerajaan) atau seseorangpemohon bujang yang mempunyai tempat tinggal bersama-sama dengan ahli keluarganya atausanak saudaranya juga, tidak layak diperuntukkan rumah Kerajaan.

7.3 Kecuali seperti yang dibenarkan mengikut perenggan 9 dalam pekeliling ini, pegawai-pegawaiyang berkhidmat di sesebuah Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun atau Pihak BerkuasaTempatan tidal layak diperuntukkan rumah Kerajaan.

8. KADAR BAYARAN SEWA RUMAH

8.1. Seperti yang ditetapkan dalam PANS. 8, Bahagian E, semua penghuni rumah Kerajaandikehendaki membayar sewa rumah atas kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa kesemasa, melainkan pegawai berkenaan telah dikecualikan daripada membayar sewa mengikutPANS. 18, Bahagian E.

9. BAYARAN SEWA EKONOMI

9.1 Seseorang pegawai yang mendiami rumah Kerajaan Negeri, tetapi kemudian dipinjamkan untukberkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, mana-mana Badan Berkanun atau Pihak BerkuasaTempatan, boleh memohon untuk dibenarkan terus mendiami rumah yang berkenaan dengansyarat bahawa pihak Kerajaan Persekutuan atau Badan Berkanun atau pihak BerkuasaTempatan

Page 6: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

yang berkenaan dikehendaki membayar sewa ekonomi kepada Kerajaan Negeri mengikut syarat-syarat dan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

9.2 Sekiranya masih terdapat kekosongan rumah Kerajaan setelah pemohon-pemohon dari Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dipertimbangkan, maka rumah yang terdapat kosong bolehlahdiperuntukkan kepada pemohon yang bertugas di sesebuah Jabatan Persekutuan dan berasal dariSabah. Dalam hal ini, keutamaan adalah diberikan kepada pemohon Jabatan Persekutuan dalamperkhidmatan penting seperti Pegawai Perubatan.

9.3 Jawatankuasa Perumahan tidak boleh membenarkan seseorang penghuni yang dipinjamkan keAgensi yang lain terus tinggal di rumah Kerajaan atau memperuntukkan rumah Kerajaan kepadaseseorang pegawai yang berkhidmat di Jabatan Persekutuan tanpa persetujuan secara bertulisterlebih dahulu daripada pihak tersebut untuk membayar sewa ekonomi yang akan dikenakan.

9.4 Adalah menjadi tanggungjawab seseorang penghuni untuk memaklumkan JawatankuasaPerumahan apabila dia dipinjamkan ke Agensi yang lain atau dilantik sebagai pegawaiPersekutuan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penghuni dikenakan bayaran sewaekonomi yang berkenaan.

9.5 Jawatankuasa Perumahan hendaklah memberikan butir-butir yang diperlukan oleh BendahariNegeri untuk membolehkan pihak Bendahari Negeri memungut bayaran sewa ekonomi dariJabatan-jabatan, Persekutuan atau Agensi-agensi yang berkenaan.

10. PENYEWAAN RUMAH PRIVET

10.1 Kerajaan tidak menyewa rumah privet untuk diperuntukkan kepada pegawai-pegawainya, kecualidalam keadaan seperti berikut:

(a) Pegawai yang boleh diperuntukkan rumah sewa Kerajaan adalah dihadkan kepada pegawaiyang syarat-syarat pelantikannya atau perjanjian perkhidmatannya jelas menyatakanbahawa dia akan diberi kemudahan perumahan oleh Kerajaan;

(b) Pegawai Kerajaan yang ditukarkan kesesebuah daerah yang tidak mempunyai rumahKerajaan atau kekurangan rumah Kerajaan.

10.2 Kecuali bagi mereka yang layak diberi perumahan tanpa sewa, kadar bayaran sewa rumah bagipegawai yang menduduki rumah yang disewa oleh Kerajaan adalah atas kadar yang ditentukanoleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

10.3 Semua permohonan dan pembaharuan penyewaan rumah privet (bersama-sama dengan butir-butir rumah, pemilik dan penghuni) hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa Perumahan danhendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa lnduk Rumah Kerajaan. Permohonan penyewaan rumahprivet hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa lnduk Rumah Kerajaan dua bulan sebelumtarikh tamat penyewaannya dengan pengesahan Jawatankuasa Perumahan bahawa tidak terdapatrumah Kerajaan yang lain yang boleh diperuntukkan kepada pegawai yang berkenaan.

10.4 Seseorang pegawai yang menduduki sesebuah rumah privet tanpa kelulusan penyewaan olehJawatan.kuasa Induk Rumah Kerajaan terlebih dahulu akan bertanggungjawab atas segalapembayaran sewanya dan perbelanjaan yang lain.

10.5 Jawatankuasa Perumahan hendaklah mengemukakan kepada Jawatankuasa Induk RumahKerajaan senarai rumah yang telah disewa oleh Kerajaan sebelum tarikh pelaksanaan pekelilingini bersama-sama dengan butir-butir rumah, pemilik dan penghuni rumah untuk keputusan sama,ada penyewaan rumah yang berkenaan perlu disambung. Tindakan ini hendaklah diambil olehsemua Jawatankuasa Perumahan yang mengendalikan rumah sewa Kerajaan selewat-lewatnyapada 31 Mac 1993.

11. KENYATAAN SEPARUH TAHUN

Page 7: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

11.1 Semua Jawatankuasa Perumahan dikehendaki mengemukakan Kenyataan Separuh Tahun padasetiap 30 Jun dan 31 Disember bersama-sama dengan laporannya serta maklumat-maklumatmengikut Borang PPNS. 1/1993/8.

11.2 Kenyataan Separuh Tahun ini hendaklah dikemukakan kepada:

(a) Setiausaha, Kerajaan Negeri,Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen,Jabatan Ketua Menteri,88502 Kota Kinabalu.

(b) Bendahari Negeri,Bahagian Akaun,88595 Kota Kinabalu.

(c) Bendahari Negeri,Bahagian Audit Dalam,88595 Kota Kinabalu.

(d) Pengarah Kerja Raya,Cawangan Bangunan,88522 Kota Kinabalu.

12. TARIKH KUATKUASA

12.1 Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 1993.

13. PINDAAN KEPADA PERINTAH AM NEGERI SABAH 1982

13.1 Pindaan yang perlu kepada PANS. 3 (Lampiran "E" 1) dalam Bahagian E akan dibuat dengankuatkuaasa ke belakang mulai tarikh kuatkuasa pekeliling ini.

14. AM

14.1 Jika terdapat apa-apa keraguan tentang pelaksanaan pekeliling ini, pertanyaan bolehdikemukakan kepada Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen, Pejabat Perjawatan Negeri, JabatanKetua Menteri.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

(DATUK S. SIPAUN, J.P.)Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jabatan Ketua Menteri,88502 KOTA KINABALU.

Tarikh: 17 Februari 1993.

s.k. Setiausaha Tetap,Kementerian Kewangan,88593 KOTA KINABALU.

Setiausaha Tetap,Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya,88999 KOTA KINABALU.

Page 8: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Pengarah Kerja Raya,Jabatan Kerja Raya,88582 KOTA KINABALU.

Bendahari Negeri,Perbendaharaan,88595 KOTA KINABALU.

Peguam Besar Negeri,Jabatan Peguam Negeri,Tingkat 9, Bangunan Yayasan Sabah,88990 KOTA KINABALU.

s.k. Pengarah Audit,Jabatan Audit,88990 KOTA KINABALU.

Diedarkan kepada: Semua Jawatankuasa Perumahan,Semua Setiausaha Tetap,Semua Ketua Jabatan Negeri,Semua Pegawai Daerah,Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil,Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun Negeri,Semua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan Negeri.

Page 9: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Borang PPNS. 1/1993/1

BORANG PERMOHONAN UNTUK RUMAH KFRAJAAN

Pengerusi,Jawatankuasa Perumahan

………………………………………….

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………

1. Nama Pegawai (huruf besar) : ……………………………………………………………………...……..

Kad Pengenalan: ………………………………..………..…… Tarikh Lahir:……………………………...(salinan KIP disertakan) (salinan surat lahir disertakan)

2. Jawatan Hakiki:………………………………………………………………………………………………..

(salinan suratpelantikanl'kenaikan pangkat disertakan)

Gred: …………………………....Gaji Pokok: ……………………………………………………………..

3. Jawatan yang disandang sekarang jika berlainan daripadajawatan hakiki): ………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………….. (Sertakan salinan surat lantikan memangkulsurat lantikan pinjaman)

4. Tetap, Sementara, Kontrak atau Dipinjamkan: …………………………………………………………...

5. Tarikh mula berkhidmat dan tempat pengambilan: ................................................................................

………………………………………………………………………………………………………………..

6. Kampung Halaman/Tempat Tinggal Tetap: …………………..…………………………..………………(senakan bukti sepert salinan sijil-sijil persekolahan, kelulusan pinjaman, perumahan resit air/elektrikdan sebagainya)

7. Jabatan tempat bertugas dan alamat: ……………………………………………………………………...

……………………………………………………………….……………………………………………..

Persekutuan/.Negeri: ……………………………………………………………………………………...

8. Daerah tempat bekeda sebelum permohonan ini: ………………………………………………………...

GAMBAR UKURANPASPORT

PEMOHON

Page 10: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

9. Daerah tempat bekeda sekarang: …………………………………………………………………………(sertakan salinan surat arahan pertukaran)

10. Tarikh ketibaan di daerah sekarang:………………………………………………………………………

11. Tempat tinggal sekarang dan letaknya (sertakan salinan resit elektrik/air yang kemaskini)

…………………………………………………………………………………………………………….

Hubungan dengan pemilik rumah: ……………………………………………………………………….

12. Berkahwin,Bujang,Janda atau Duda: ………………………………………………………………….

13. Tarikh ketibaan ahli-ahli keluarga: .........................................................................................................

14. Nama isteri/suami dan jika bekerja, butir-butir tentang jawatan, gred gaji, gaji pokok, nama majikan/Jabatan dan alamat majikan: ......................................................…………………………………...........

………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………...…….

15. Nama dan umur anak yang akan tinggal bersama (sertakan surat-surat lahir): ......................…...…........

…………………………………………………………………………………………………….………..

………………………………………………………………………………………………….…………..

………………………………………………………………………………………………….…………..

……………………………………………………………………………………………………………..

16. Adakah tuan/puan tinggal di rumah Kerajaan di daerah lain? Jika ada, sebutkan daerah, nombor rumah,kadar sewa rumah dan tempoh mendlami rumah tersebut: ………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………..

17. Adakah tuan/puan bersedia berkongsi rumah: ......................................................……..………...........

18. Adakah tuan/puan atau suami/isteri tuan/puan diberi pinjaman perumahan? Jika ada, nyatakan di manaletaknya rumah itu, mana institusi kewangan yang meluluskan pinjaman tersebut, dan sama adapinjaman

itu diberi di bawah Skim Bantuan Pinjaman Perumahan Kerajaan: ……………………………………...

……………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………..

19. Nyatakan sebab-sebab memohon rumah Kerajaan: ................................................................……...............

………………………………………………………………….…………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………..

Page 11: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

20. Saya mengaku bahawa butir-butir yang diberikan diatas adalah betuI dan benar sepanjang pengetahuansaya. Saya faham tindakan tatatertib boleh diambil terhadap saya jika terdapat apa-apa butiran yangpalsu yang telah diberikan oleh saya.

Tempat: ................................................................. Tandatangan: ..............…...............................

Tarikh:.................................................................. Jabatan: ...........................................................

UNTUK KEGUNAAN KETUA JABATAN

Dikemukakan. Saya berpuashati bahawa butir-butir yang diberikan adalah betul dan benar.

Bagi Ketua Jabatan Persekutuan (potong jika tidak berkenaan)

Jabatan saya akan membayar sewa ekonomi atas kadar yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri jika pemohontersebut diperuntukkan rumah Kerajaan.

. ………. ................................................. .

Tandatangan Ketua Jabatan

Nama:

Jawatan:

Rujukan:

Tarikh:

UNTUK KEGUNNAN JAWATANKUASA PERUMAHAN SAHAJA

Nota: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan hendaklah menghantar salinan borang permohonan ini, sama ada pemohon diperuntukkan rumahKerajaan atau tidak, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (u.p.: Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen).

Tarikh Diterima: ......................................................................

Bil. Daftar: ...........................…………………………..............

Page 12: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Borang PPNS. 1/1993/2Rujukan :

Tarikh : Jawatankuasa Perumahan .....…............

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………

Tuan/Puan ...................................................................…...

Melalui ……………………………………………………

…………………………………………………………….

…………………………………………………………….

Tuan/Puan,

Peruntukan Rumah Kerajaan

Saya diarah memaklumkan bahawa Jawatankuasa Rumah Kerajaan …………………………………………..

…………………………………………………………… yang bermesyuarat pada ……………………………..

………………………………….telah meluluskan peruntukan rumah Kerajaan JKR No: ……………………

……………………………………………………………………kepada tuan/puan bagi tempoh setahun mulai

…………………………………………………………………………………………………………………….

2. Peruntukan rumah tersebut di atas, dan penyambungannya pada setiap tahun adalah tertakluk kepadaperaturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Selain itu, sekiranya tuan/puan atausuami/isteri tuan/puan mempunyai rumah sendiri di bawah Skim Bantuan Pinjaman Perumahan Kerajaan didaerah tempat tuan/ puan seperti ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 5/1982, makaperuntukan ini dengan sendirinya dibatalkan. Tuan/puan dinasihati supaya memberikan perhatian terhadapperuntukan-peruntukan dalam PANS. 25, Bahagian E.

3. Tuan/puan adalab dikehendaki memberitahu Jawatankuasa ini selewat-lewatnya tujuh hari daripadatarikh surat ini, sama ada tuan/puan menerima atau tidak tawaran ini dengan memenuhi Borang PPNS. 1/1993/3 yang dikembarkan bersama-sama dengan pengesahan Ketua Jabatan tuan/puan. Sekiranya jawapantidak diterima dalam tempoh tersebut, maka tuan/puan dianggap sebagai tidak menerima tawaran ini, dandengan itu, tawaran ini dibatalkan. Nama tuan/puan akan dikeluarkan daripada senarai menunggu rumahKerajaan.

4. Jika tuan/puan menerima tawaran ini, kunci rumah tersebut boleh didapati daripada JabatanKedaRaya

………………………………………….……….pada waktu pejabat.Tuan/puan adalah dikehendak menduduki

rumah berkenaan selewat-lewatnya 14 bari daripada tarikh surat ini. Sewa rumah sebanyak RM ………………akan dipotong daripada gaji tuan/puan mulai dari tarikh tuan/puan mengambil kunci rumah tersebut, tetapihendaklah tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan di atas.

5. ‘Surat Akuan Masuk Rumah' yang telah lengkap diisi bendaklah dikemukakan kepada JawatankuasaPerumahan ini dengan kadar segera bagi memastikan tuan/puan telab menduduki rumah yang diperuntukkandalam tempoh yang telah ditetapkan.

6. Sepanjang tempoh tuan/puan menduduki rumah Kerajaan di atas, tuan/puan dikehendaki membuatlaporan kepada Jawatankuasa Perumahan ini, jika berlaku salah satu perkara berikut, iaitu sekiranya tuan/puan

6.1 dinaikkan pangkat atau diturunkan pangkat;

6.2 diarah bertukar ke jabatan/daerah lain;

6.3 dipinjamkan ke Agensi Kerajaan/Jawatan Persekutuan;

Page 13: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

6.4 dilantik sebagai pegawai Persekutuan;

6.5 berkursus yang melebihi tempob 3 bulan;

6.6 mendapat pinjaman perumahan Kerajaan;

6.7 menerima Imbuhan Tetap Perumahan;

6.8 berhenti kerja, bersara, dipecat atau digantung kerja;

6.9 telah berpindah ke rumah lain; dan,

6.10 telah mendapat kelulusan cuti tanpa gaji melebihi 1 bulan.

7. Tuan/puan dinasihati agar mengambil tindakan yang perlu untuk mendapatkan pembekalan elektrik,;sebagainya dengan menghubungi pihak-pihak berkenaan dan bertanggungjawab sendiri atas bayaran-bayaaranseperti ditetapkan dalam PANS. 22, Bahagian E.

8. Sila kemukakan satu salinan Penyata Bayaran Gaji anda yang menunjukkan bermulanya potonganrumah tersebut di perenggan 4 di atas. Penyata Gaji hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa ini tidaklewat daripada tempoh dua bulan selepas tuan/puan menerima kunci rumah.

9. Sekiranya tuan/puan pegawai yang berkhidmat di sesebuah Jabatan Persekutuan, sila dapatkanpersetujuan Ketua Jabatan tuan/puan untuk membayar sewa ekonomi sebanyak RM…………………………….sebulan sebelum anda boleh menduduki rumah Kerajaan yang ditawarkan.

10. Sila ambil perhatian bahawa ahli-abli Jawatankuasa Perumahan berhak melakukan pemeriksaan keatasyang diperuntukkan kepada tuan/puan tanpa sebarang notis.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

Saya yang menurut perintah,

Pengerusi,Jawatankuasa Perumahan ............................................................................

S.k. Bendahari Daerah,

……………………………………………………………………………………………………………..

Jurutera Bahagian/Jurutera Daerah/Pegawai Kerja Daerah,

Jabatan Kerja Raya . ..............................................................................................…………...........................

Bendahari Negeri,Perbendaharaan,88595 KOTA KINABALU. (u.p.: Bahagian Audit Dalam)

Pengarah Audit,Jabatan Audit,88990 KOTA KINABALU.

Setiausaha Kerajaan Negeri,Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen,Jabatan Ketua Menteri,88502 KOTA KINABALU.

Pengarah Kerja Raya,Cawangan Bangunan,88582 KOTA KINABALU.

Lampiran: Borang PANS. 1/1993/3.

Page 14: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Borang PPNS. 1/199313

Jawatankuasa Perumahan ...................................................……………………………………………………………..……………………………………………………………..……………………………………………………………..……………………………………………………………..

Tuan,

Penerimaan Peruntukan Rumah Kerajaan

Saya ………………………………………..………….. No. Kad Pengenalan …………………...……………..

Menerima tawaran rumah Kerajaan JKR No . …………………………………………………………………...

yang ditawarkan kepada saya melalid surat tuan bil.: …………………………………………………………...

…………………………………………….. .betarikh ………………………………………………………….

dan akan mendudukinya pada ……………………………………………………………………………………

2. Saya dengan ini mengaku bahawa saya akap mematuhi segala syarat dan peraturan yang terkandungdalam Perintah Am Negeri Sabah Bahagian E dan juga pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaandari semasa ke semasa.

3. Bersama-sama ini saya sertakan satu senarai butir-butir ahli keluarga saya yang akan menduduki rumahKerajaan tersebut.

4. Saya mengaku saya hendaklah mengosongkan rumah ini-

4.1 jika saya tidak mematuhi salah satu daripada syarat yang terkandung dalam Bahagian E, PerintahAm Negeri Sabah atau pekeliling-pekeliling Kerajaan Negeri yang dikeluarkkan dan semasa kesemasa, atau

4.2 apabila saya tidak layak lagi menduduki rumah tersebut; atau

4.3 apabila dikehendaki oleh Kerajaan pada bila-bila masa.

Tarikh ....................................................... . ........................................................................Tandatangan

Jabatan .......................................................

………………………………………………

…………………………………..………….

Lampiran.

GAMBAR UKURANPASPORT

PEMOHON

Page 15: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

PENGESAHAN KETUA JABATAN

Adalah disahkan bahawa Encik/Puan ................................................………...................................................

*telah/belum mendapat pinjaman di bawah Skim Bantuan Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk membina/membeli rumah di ……………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………… (alamat rumah dibeli/dibina). Rumah ini *telah/belum siap untuk diduduki.

2. Saya jugamengesahkan pegawai ini berjawatan dalam Gred …………………

dan gaji beliau adalah dibayar oleh .....………...................................................................................................

……………………………………………………………………………………………………………………(BahagianICawangan Jabatan yang membuatpotongan sewa rumah).

**3. Jabatan saya juga bersetuju membayar sewa ekonomi sebanyak ....……………..........................................

sebulan mulai tarikh pegawai ini mengambil kunci rumah Kerajaan JKR No .................................………........seperti tersebut di atas.

Tarikh ....................................................................... ………………………………………….Tandatangan Ketua Jabata)

Rujukan Jabatan ....................................................... Nama

Jabatan …………………………………………….. Cop Jabatan

……………………………………………………..

……………………………………………………..

*Potong mana yang tidak berkenaan.

**Perlu diisi oleh Ketua Jabatan Persekuttuan. Potong jika tidak berkenaan.

Page 16: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

NAMA PENGHUNI-PENGHUNI YANG MENDUDUKI RUMAH KERAJAAN

1. Rumah Kerajaan JKR No . ………………………………………………………………………………

Jalan…………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

2. Nama Pegawai yang diperuntukkan rumah ………………………………………………………………

Umur ………………………… tahun pada ………………………………………………………………

3. Alamat tempat bekerja …………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

4. Nama isteri/suami ……………………………………………………………………………………….

5. Pekerjaan isteri/suami ……………………………………………………………………………….…..

6. Alamat tempat bekerja isteri/suami ……………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………..

7. Bilangan ahli keluarga yang tinggal bersama

Nama Pertalian Umur Pekerjaan(jika ada)

Peringatan:

Mereka yang dibenarkan mendiami rumah Kerajaan adalah seperti ditetapkan dalam Perintah Am NegeriSabah 12, Bahagian E.

Diluluskan oleh Jawatankuasa Perumahan pada ………………………………………………………………...

Tandatangan ……………………………………………………………………………………………………...

Nama Pegawai ……………………………………………………………………………………………………

Tarikh …………………………………………………………………………………………………………….

Cop Pejabat ………………………………………………………………………………………………………

Diedarkan: Penghuni;Jabatan Kerja Raya;Jawatankuasa Perumahan;Ketua Jabatan.

Page 17: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Borang PPNS. 1/1993/4Rujukan :

Tarikh : Jawatankuasa Perumahan .....…............

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………

………….....................................................................…...

…………………………………………………………….

…………………………………………………………….

Tuan,

Arahan Memotong Sewa Rumah Daripada Gaji Pegawai

Rumah Kerajaan JKR No . ..............…………..................

Jalan …………………………………………………………

Saya diarah memaklumkan bahawa Encik/Puan yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan tuan telahdibenarkan untuk menduduki rumah Kerajaan seperti di atas.

Potongan sewa rumah sebanyak ............................... sebulan hendaklah dibuat daripada gaji pegawai tersebut

2. Perlu dimaklumkan bahawa kebenaran yang diberikan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yangterkandung dalam Perintah Am Negeri Sabah Bahagian E dan Pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan olehKerajaan dari semasake semasa. Tuan adalah juga diminta menarik perhatian pegawai ini khususnyakepadaPANS. 9 hingga 17 Bahagian E, tentang tanggungjawab pegawai ini sebagai penghuni rumah Kerajaan.

3. Sila ambil perhatian tentang PANS. 20 dan 37, Bahagian E berkenaan tanggungjawab Ketua Jabatanuntuk memotong sewa rumah daripada gaji pegawai dan Ketua Jabatan hendaklah memberitahu Jawatankuasaini tiga bulan sebelum seseorang pegawai itu bersara. Tuan adalah juga dikehendaki memberitahuJawatankuasa itu apabila pegawai ini mendapat jawatan baru, mendapat pinjaman perumahan Kerajaan,bertukar, berhenti kerja, diberi kelulusan cuti tanpa gaji melebihi satu bulan, berkursus melebihi tiga bulan,digantung kerja, dipecat atau meninggal dunia.

4. Setelah potongan sewa dibuat bagi bulan pertama, sila penuhi borang berkembar(BorangPPNS.1/1993/5 Pengesahan Potongan Sewa Rumah) dan kembalikan kepada Jawatankuasa ini denganseberapa segera.

*5. Sewa ekonomi sebanyak RM ……………………sebulan hendaklah juga dibayar mulai tarikh sepertitersebut dalam perenggan 1 di atas. Pihak Bendahari Negeri akan membuat tuntutan tersebut untuk dibayaroleh Jabatan tuan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

Saya yang menurut perintah,

Pengerusi,Jawatankuasa Perumahan ................................................................................................

Page 18: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

sk Setiausaha Kerajaan Negeri,Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen,Jabatan Ketua Menteri,88502 KOTA KINABALU.

Bendahari Negeri,Perbendaharaan,88595 KOTA KINABALU. (2) (u.p. Bahagian Audit Dalam)

(u.p. Bahagian Akaun)Pengarah Audit,Jabatan Audit,88990 KOTA KINABALU.

Penghuni

*(Digunakan jika penghuni ialab seorang pegawai yang berkhidmat di Jabatan Persekutuan. Potong jika tidak berkenaan)

Page 19: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Borang PPNS. 1/1993/5

Pengerusi,Jawatankuasa Perumahan ................................................

……………..……………………………………………..

…………………………………..………………………..

Pengesahan Potongan Sewa Rumah

Rumah JKR No ………………………………………….

Jalan ..…………………………………………….............

1. NamaPenghuni .......................................................................................................................................

2. Jawatan …………..………………………………….. Gred …………………………………………….

3. GajiPokokBulanan ……………………………..…………………………………………………………

4. Kadar sewa runah bulanan ………………………………………………………………………………..

5. Tarikh sewa rumah mulai dipungut ……………………………………………………………………...

6. (i) tempoh kutipan sewa yang tidak dibuat melalui lembaran gaji

dari ……………………………………….. hingga ……………………………………………………..

(ii) jumlah kutipan

(iii) Cara kutipan sewa dibuat

(a) jika dibuat melalui lembaran gaji,

No. Baucar lembaran gaji: ......................................................................................................

Bulan : ………………………………………sebanyak ……………………………………..

Atau

(b) jika bayaran secara tunai:

No. Reist: ……………………………………sebanyak ……………………………………..

Atau

(c) Lain-lain:................................................................................................................................

7. Potongan melalui lembaran gaji mulai bulan ………………………………………………………………

Perakuan Ketua Jabatan

Adalah disahkan bahawa butir-butir di atas telah direkodkan. PANS. 20(l) dan (2) dan PANS. (2 1), BahagianE dilaksanakan dan diambil perhatian.

Page 20: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

………………………………………………………….Tandatangan Ketua Jabatan

Nama:

Jawatan:

Jabatan:

Rujukan Jabatan:

Tarikh:

sk Setiausaha Kerajaan Negeri,Jabatan Ketua Menteri,88502 KOTA KINABALU. (u.p. Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen)

Bendahari Negeri,Perbendaharaan,88595 KOTA KINABALU. (u.p. Bahagian Audit Dalam)

Pengarah Audit,Jabatan Audit,88990 KOTA KINABALU.

Penghuni

Page 21: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Borang PPNS. 1/1993/6Rujukan :

Tarikh : Jawatankuasa Perumahan .....…............

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………

…………......................................................................…...

…………………………………………………………….

…………………………………………………………….

…………………………………………………………….

Tuan/Puan

Butir-butir Pegawai yang telah mengosongkan Rumah Pegawai

Nama ……………………………………………………. No. JKR …………………………………………..

Jalan ……………………………………………………………………………………………………………..

Saya diarah memaklumkan bahawa Encik/Puan ………………………………………………………………..yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan tuan telah menduduki rumah Kerajaan seperti yang tersebut di atas

mulai ……………………………………. dan telah meng6songkannya pada ………………………………….

2. Untuk memudahkan Jawatankuasa ini mengambil tindakan sewajamya, dapat kiranya pihak tuanmemberikan butir-butir pegawai berkenaan seperti berikut:

2.1 Nama jawatan;

2.2 Gred jawatan semasa masuk rumah;

2.3 Gred jawatan semasa keluar rumah;

2.4 Tarikh kuatkuasa perubahan gred j awatan, kalau (2.2) berlainan dengan (2.3);

2.5 Kadar bayaran ImbuhanTetap Perumahan yang diterima dan sejak bila (jika ada);

2.6 Sewa bulanan yang dipungut;

2.7 Tarikh mula dan tarikh akhir sewa dipungut;

2.8 Sama ada pegawai mendapat Pinjaman Perumahan Kerajaan; jika ada, sila nyatakan lokasirumah;

2.9 Sama ada pegawai telah bertukar tempat kerja keluar dari daerah ini semasa tempoh mendudukirumah;

2.10 Tarikh berkursus melebihi tiga bulan, berhenti kerja; digantung kerja dipecat, mendapat jawatanbaru, meninggal dunia atau bersara; dan,

2.11 Sama ada pegawai tersebut telah mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh menduduki rumahKerajaan di atas. Jika ada, sila nyatakan tempohnya.

Page 22: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Sekian.

"BERKHDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

Saya yang menurut perintah,

Pengerusi,Jawatankuasa Perumahan . ...........………………………………………...........

sk Setiausaha Kerajaan Negeri,Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen,Jabatan Ketua Menteri,88502 KOTA KINABALU.

Bendahari Negeri,Perbendaharaan,88595 KOTA KINABALU. (u.p. Babagian Audit Dalam)

Page 23: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Borang PPNS. 1/1993/7Rujukan :

Tarikh : Jawatankuasa Perumahan .....…............

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………………………….

…………………………………………………………….

…………………………………………………………….

…………………………………………………………….

Tuan,

Arahan Menghentikan Potongan Sewa Rumah

Rumah Kerajaan No. JKR ..............................................................................................

Jalan ………………………………………………………………………………………

Rumah Kerajaan yang tersebut di atas telah dikosongkan oleh …………………………………………………

Pada …………………………………………………………..

2. Potongan sewa rumah pegawai tersebut sebanyak RM ………………………..sebulan boleh dihentikanmulai ………………………………..

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

Saya yang menurut perintah,

Pengerusi,Jawatankuasa Perumahan ...................................................................................................

s.k. Setiausaha Kerajaan Negeri,Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen,Jabatan Ketua Menteri,88502 KOTA KINABALU.

Bendahari Negeri,Perbendaharaan,88595 KOTA KINABALU.

Pengarah Audit, (u.p. Bahagian Audit Dalam)Jabatan Audit,88990 KOTA KINABALU.

Penghuni

Page 24: NEGERI SABAH [ No. Bil:JKM.C. 115/45 Pt. 4/2 ] · PDF filePANS. 37, PANS. 45 dan PANS. 46, Bahagian E, Perintah Am Negeri Sabah, ... (d) Menyelaraskan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Borang PPNS. 1/1993/8(Untuk Kegunaan Jawatankuasa Perumahan)

MAKLUMAT PEMILIK

Nama (Jabatan/Individu):

Sekiranya Individu: No. Kad Pengenalan :

Sewa: RM .................................................................................

Alamat surat menyurat:

_________________________________________________________________________________________

MAKLUMAT PENGHUNI

No. Pekerja:

No. Kad Pengenalan:

Nama:

Jabatan:

Jawatan: Gred Gaji : ……………….

Lokasi Rumah:…………………………………………………………………. Stesen: ………………………..

Surat Rujukan Masuk Rumah: ...........................................................................................................................

No. Rumah: ....................................Kelas: ................................................Kadar Sewa: RM …………………

Tarikh Masuk: Tarikh Potongan :

Tarikh Keluar:

Tandakan ( ) di kotak yang berkenaan.

Status: Tetap Sementara

Dipinjamkan Dipinjamkan Kontrak

Pinjaman Perumahan: Ada Tidak ada

Jika ada: Tarikh Pinjaman Diluluskan: Lokasi Rumah : ………………………………………..

Status Kakitangan: Negeri Persekutuan

Jika Persekutuan atau Dipinjamkan: Kadar Sewa Ekonomi: RM .......................................................................

………………..……………………………Tandatangan PengerusilSetiausaha

Jawatankuasa Perumahan………………..……………………………