relevan peperiksaan dimansuhkan dikaitkan web viewpenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah...

31
RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN DENGAN PENERIMAAN PELAJAR LEMAH WAKTU PEPERIKSAAN: SATU KAJIAN KES May 2 2012 KURSUS AT09D - DIPLOMA PENDIDIKAN (SAINS PERTANIAN) KUMPULAN C DISEDIAKAN OLEH: JOANNA DHAYAAL (20112007269) NURULHIDAYAH AZIZ (L20112007266) SITI NURWASILAH REMLI (20112007303) SITI ROSMAINI MOHD RASHID (20112007274) PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR (KPD 4033)

Upload: phungdan

Post on 30-Jan-2018

245 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN DENGAN PENERIMAAN PELAJAR

LEMAH WAKTU PEPERIKSAAN: SATU KAJIAN KES

May 2

2012

KURSUSAT09D - DIPLOMA PENDIDIKAN(SAINS PERTANIAN)

KUMPULAN C

DISEDIAKAN OLEH:

JOANNA DHAYAAL(20112007269)

NURULHIDAYAH AZIZ(L20112007266)

SITI NURWASILAH REMLI(20112007303)

SITI ROSMAINI MOHD RASHID (20112007274)

PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR (KPD 4033)

Page 2: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

PENYELIDIKAN RINGKAS

RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN DENGAN

PENERIMAAN PELAJAR LEMAH WAKTU PEPERIKSAAN: SATU KAJIAN KES

1. PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan

Kajian ini bertujuan mengkaji relevan peperiksaan dimansuhkan dikaitkan dengan

penerimaan pelajar lemah dalam peperiksaan. Penumpuan diberikan terhadap masalah pelajar

lemah yang harus mengharungi peperiksaan tanpa mengira potensi sebenar mereka. Masalah

ini diukur dengan kajian soal selidik yang bersandarkan kepada pengalaman atau pemerhatian

guru di sekolah. Kajian ini juga mengambil data pemerhatian guru yang mengajar di bandar

dan di luar bandar bagi mengambil reaksi yang menyeluruh. Seramai 40 orang responden

telah diambil daripada kalangan guru GSTT DPLI yang mengajar lebih 3 tahun sebagai

kajian pemerhatian.

Peperiksaan yang telah dilansungkan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah

berlansung sejak zaman awal kemerdekaan lagi. Penambahbaikannya dari tahun ke tahun

sentiasa dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa. Namun begitu, peperiksaan,

pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam

pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya sesetengah guru apabila

mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar

atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud

sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan mempunyai makna yang

lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua

faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat

membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Kajian ini akan

menerangkan secara ringkas mengenai tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu sendiri dan

bagaimana sistem peperiksaan ini dimansuhkan bagi mendekati penilaian kepada setiap tahap

murid dengan lebih berkesan.

1

Page 3: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

1.2. Penyataan Masalah

Saban tahun setiap sekolah di Malaysia membuat Hari Penyampaian Hadiah ataupun

dipanggil Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang Sekolah. Program ini dijalankan setiap

tahun bagi mengangkat dan memberi pengikhtirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang

dari segi akademik terutama dalam peperiksaan besar. Pada hari anugerah tersebut jugalah

kita akan melihat pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dalam akademik ini menaiki pentas

dengan perasaan gembira serta diiringi suara kebanggaan guru dan sekolah. Namun

pernahkah kita sedar di manakah letaknya pelajar yang lain terutama pelajar di kelas akhir?

Apakah sumbangan mereka terhadap sekolah? Adakah mereka tidak mampu untuk membawa

kecemerlangan sepanjang lima tahun di sekolah tersebut? Inilah persoalan jika pengikhtirafan

hanya diberikan kepada hasil peperiksaan semata-mata.

Nyatanya perkara ini telah berlansung sejak zaman persekolahan bermula. Kajian melihat

persoalan ini memberi impak kepada negara di mana potensi individu tidak dapat

dikembangkan di sekolah sepenuhnya. Keadaan realiti sekarang telah melihat beberapa

kejayaan yang dibina oleh bekas-bekas pelajar lemah dalam kerjaya yang berbeza. Walaupun

golongan ini tidak mampu menjadi seorang yang professional, namun mereka juga dapat

menjadi rakyat yang menyumbang dalam kemajuan negara. Alangkah baiknya golongan

mereka ini mendapat pendedahan awal di dalam zaman persekolahan. Jika sekolah tidak

dapat membina sesuatu kepada golongan ini, maka zaman persekolahan bagi mereka

hanyalah tempat untuk belajar membaca, menulis dan mengira sahaja yang seharusnya telah

mereka dapati dalam sekolah rendah sahaja.

Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan keputusan

peperiksaan dimansuhkan relevan atas pelajar yang lemah dalam peperiksaan. Kelemahan

peperiksaan di sekolah dilihat dari aspek cara pelajar menjawab dan bagaimana peperiksaan

boleh menilai potensi sebenar pelajar yang selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Reaksi pelajar lemah dalam peperiksaan ini kemudian dikaitkan bersama

bagaimana menilai potensi mereka secara telus bagi melahirkan generasi yang unggul. Kajian

ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh manakah penilaian sebenar pelajar dapat dinilai

tanpa peperiksaan.

2

Page 4: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

1.3. Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengenalpasti penerimaan pelajar lemah dalam menjawab

peperiksaan. Melalui beberapa persepsi guru yang berpengalaman. Objektif kajian ini ialah:

1.3.1. Mengetahui reaksi sebenar pelajar lemah dalam menjawab peperiksaan

1.3.2. Mengkaji perhubungan reaksi pelajar tersebut dengan kelemahan peperiksaan

1.3.3. Mengkaji relevannya pemansuhan peperiksaan

1.4. Soalan-soalan Kajian

*Sila rujuk lampiran

1.5. Definisi Konsep

1.5.1. Peperiksaan

Peperiksaan atau ujian adalah bahan bertulis yang bercetak atau dirakam untuk

mengukur sesuatu kemahiran. Ia juga memberi maksud proses penyerahan satu set terpiawai

soalan-soalan yang perlu dijawab, atau satu instrumen yang perlu dikendali untuk pengukuran

tahap seseorang individu. Pengujian biasanya melibatkan pengukuran namun definisi

pengukuran menggambarkan konsep yang lebih luas berbanding peperiksaan. Pengukuran

memberi maksud sebagai proses memperoleh penjelasan numerik tentang setakat mana

individu mempunyai sesuatu ciri yang disukat dengan menggunakan alat (alat ujian atau

peperiksaan).

1.5.2. Pengujian

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati

perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala

bernombor, atau satu system yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka

30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian kecerdasan (1Q test) dan 80/100 bagi ujian

pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh system berkategori

pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personality, atau rabun warna bagi ujian

penglihatan.

3

Page 5: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang

dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah

Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan

contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau

ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripanya akan dijadikan dasar untuk membuat

penilaian atau pengadilan (Raminah 1991:2).

Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai

markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa

baguskah prestasi murid yang diuji. Secara ringkasnya pengujian ialah satu prosedur yang

sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku bertujuan menentukan pencapaian murid

dalam sesuatu pembelajaran. Ia boleh terdiri daripada pemerhatian, ujian lisan mahupun

bertulis.

1.5.3. Penilaian

Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara,

Stufflebeam et.al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating

obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini

menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi mennetukan sama ada sesuatu objektif yang

telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat

pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberi ujian, adakah guru berkenaan

mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan

penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu, tetapi

hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Secara ringkasnya penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir

hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif

pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.

4

Page 6: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

1.5.4. Pelajar lemah

Pelajar yang tidak begitu menyerlah dalam pelajaran atau tidak dapat menguasai

pelajaran yang diberikan kepadanya. Secara umumnya, mereka ini menguasai kemahiran asas

pembelajaran (3M) iaitu membaca, mengira dan menulis namun mereka adalah pelajar yang

jarang sekali memperoleh ‘A' dalam pelajaran. Dengan kata lain, mereka ini seringkali

dirujuk sebagai ‘pelajar tidak pandai'.

‘Pelajar tidak pandai' ini disebabkan oleh pelbagai punca. Ada di antara pelajar ini yang

sememangnya sudah sedia menghadapi masalah ketakupayaan pembelajaran (learning

disabilities). Ada pula yang menghadapi masalah sikap dan tidak ketinggalan juga pelajar

yang sememangnya tidak menyukai sesuatu matapelajaran akibat daripada pengalaman

pembelajaran yang tidak baik atau tidak menyeronokkan.

1.6. Kepentingan Kajian

Pendidikan adalah sangat penting. Kenyataan ini dipersetujui oleh semua pihak. Oleh

kerana itu, tidak hairanlah pada setipa masa, dunia pendidikan negara mendapat perhatian

yang tinggi. Seringkali kita mendengar betapa pelbagai pandangan diutarakan bagi

memperbaiki sistem pendidikan negara. Namun sehingga kini usaha untuk merealisasikan

pandangan-pandangan itu masih terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya.

Rungutan-rungutan yang diterima pula mempunyai pelbagai sifat. Daripada rungutan

terhadap pendidikan itu sendiri sehinggalah kepada mutu guru, kandungan pelajaran, kaedah

pengajaran, tumpuan pendidikan dan peperiksaan serta penilaian sekolah. Segala rungutan ini

akhirnya amat mengelirukan masyarakat dan menimbulkan ketidakyakinan ibu bapa terhadap

dunia pendidikan itu sendiri.

Baru-baru ini kita didengarkan pelbagai usaha bakal dijalankan untuk memperbaiki

pendidikan negara. Perkara yang terbaru yang dibangkit adalah usaha untuk memansuhkan

peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah

Rendah (PMR) serta penukaran Sekolah Teknik kepada Kolej Teknikal bagi penumpuan

kepada potensi kemahiran pelajar. Persoalannya adakah ini suatu usaha bagi mencungkil

potensi setiap pelajar terutama daripada golongan pelajar lemah dan wajarkah peperiksaan

dimansuhkan bagi golongan lemah akademik. Persoalan ini melambangkan kepentingan

5

Page 7: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

kajian ini dalam mengkaji hubungan pemansuhan peperiksaan melalui reaksi pelajar lemah

dalam menjalani peperiksaan.

1.7. Tempat Kajian

Kajian dilihat secara menyeluruh dengan pemerhatian guru yang mengajar di sekolah luar

bandar dan luar bandar. Tujuannya adalah untuk mengesan kelemahan peperiksaan secara

rambang dengan mengambil kira pelajar lemah di luar bandar mahupun pelajar di bandar.

1.8. Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian diambil daripada kalangan guru-guru GSTT yang telah mengajar lebih

daripada 3 tahun. Kajian mengambilkira pemerhatian guru-guru tersebut melalui pengalaman

mereka mengenai keberkesanan peperiksaan terhadap pelajar lemah serta reaksi mereka.

Populasi ini dikatakan bersesuaian adalah kerana sejumlah besar guru ini mengajar di kelas

akhir di mana jumlah pelajar lemah besar di dalam kelas tersebut. Selain itu, pengalaman

guru itu sendiri yang berpindah beberapa sekolah dalam tempoh 3 tahun dapat memberi

gambaran yang lebih meluas mengenai tajuk kajian ini.

Sampel kajian pula memfokuskan kepada pelajar lemah yang selalunya terdiri daripada

kelas akhir. Ini kerana kajian memerlukan reaksi pelajar tersebut dalam menjawab

peperiksaan dan bagaimana peperiksaan yang mereka duduki membantu meningkatkan

potensi dalam pelbagai bidang mengikut kesesuaian kemahiran dan keupayaan pelajar.

Pelajar-pelajar lemah ini terdiri daripada kedua-dua gender iaitu lelaki dan perempuan, etnik

yang berbilang serta latar belakang soaio ekonomi yang rendah, sederhana dan tinggi.

1.9. Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan dan halangan kajian iaitu kekangan masa kajian. Masa yang

diperuntukan bagi menghasilkan kajian ini adalah tidak mencukupi bagi memperincikan

setiap dapatan dan soal selidik yang dijalankan. Selain itu, pandangan dan perasaan mengenai

peperiksaan bagi pelajar lemah ini tidak dapat dikaji secara dekat melalui lisan dan

sebagainya. Kajian ini juga tidak dapat menyediakan hipotesis memandangkan tidak

mendapat sorotan literature yang berkaitan dan sah. Oleh yang demikian, kajian ini

dijalankan secara mudah dan terletak di peringkat awal di mana dikenali peringkat eksplorasi

dan pencarian maklumat sahaja.

6

Page 8: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

1.10. Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang direka

bagi menjawab persoalan kajian secara total. Borang soal selidik lebih bersesuaian dalam

kajian ini adalah kerana ia mengambil masa yang lebih cepat dengan memberi keputusan

pemerhatian secara kuantitatif. Setiap soalan dijawab dengan pilihan jawapan yang

disediakan dan dapat dinilai melalui kiraan kuantiti pilihan jawapan yang mempunyai

kekerapan yang tinggi. Kaedah ini juga dapat membandingkan pilihan jawapan majoriti dan

minoriti sekaligus memudah cara penilaian kajian yang dijalankan.

2. DAPATAN KAJ IAN

2.1. Pendahuluan

Dapatan kajian yang dibincangkan adalah berdasarkan analisis data yang telah

ditetapkan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office

Excel. Pada bahagian ini huraian adalah berdasarkan statistik yang akan menyentuh aspek

latar belakang responden guru serta pengalaman atau pemerhatian guru yang mengajar di

bandar dan di luar bandar. Kemudian, perbincangan akan berkisar kepada reaksi sebenar

pelajar lemah dalam menjawab peperiksaan. Seterusnya perbincangan akan menyentuh

wajarkah peperiksaan dimansuhkan bagi golongan lemah akademik. Akhir sekali, huraian

adalah berdasarkan pemansuhan peperiksaan melalui reaksi pelajar lemah dalam menjalani

peperiksaan.

Secara umumnya huraian dalam dapatan ini akan menjawab soalan kajian yang telah

ditetapkan seperti berikut:

1. Latar belakang pendapatan keluarga pelajar lemah dalam peperiksaan

2. Reaksi pelajar lemah dalam menjalani peperiksaan

3. Sebab pelajar kelas akhir tidak mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan

4. Sesuaikah pelajar lemah diberi peperiksaan yang sama dengan kelas-kelas yang lain?

5. Sesuaikah pelajar lemah diletakkan bersama dengan pelajar kelas yang lain?

6. Wajarkah pelajar lemah diasingkan?

7. Adakah pelajar lemah patut diajar silibus yang berbeza?

8. Releven peperiksaan awam dimansuhkan.

7

Page 9: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

2.2. Latar belakang Responden

Seramai 40 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) telah terlibat dengan kajian ini.

Ringkasan maklumat latar belakang responden, seramai 30 responden adalah guru perempuan

dan 10 guru lelaki. Komposisi mengikut kaum pula melibatkan guru kaum Melayu seramai

40 orang. Dari segi pola mengajar di sekolah responden pula, kebanyakan responden

berpengalaman di sekolah bandar seramai 25 orang dan sekolah luar bandar seramai 15

orang.

2.3. Sikap Pelajar terhadap peperiksaan

Pelajar negara ini cukup sinonim dengan peperiksaan dan dianggap tunjang utama

dalam menentukan kecemerlangan individu serta institusi pendidikan. Peperiksaan menjadi

ukuran kebijaksanaan dan kejayaan negara melahirkan pelapis generasi masa depan lebih

berwibawa, selain dianggap aset kecemerlangan. Justeru, apabila ada cadangan

memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah

(PMR), pelbagai pihak tampil melontarkan pandangan.

Ada bersetuju kerana berasakan sistem berorentasikan peperiksaan sudah lapuk dan

tidak relevan dengan konsep pendidikan alaf baru tetapi tidak kurang yang membantah.

Profesor Pendidikan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, peperiksaan sedia ada tidak

perlu dimansuhkan supaya tahap penguasaan dan pemahaman pelajar boleh dinilai.

Menurutnya, peperiksaan adalah teras dalam menentukan institusi persekolahan sudah

bersedia mencapai sasaran atau masih memerlukan sokongan demi melancarkan proses

pembelajaran.

Falsafah pendidikan menggariskan tiga kaedah asas menilai prestasi pelajar iaitu

penilaian rujukan kendiri seperti memperbaiki pencapaian, penilaian rujukan norma

(membandingkan prestasi) dan penilaian rujukan kriteria (pembelajaran pada tahap

dijangkakan).

Menurutnya, jika pelajar boleh memberi tindak balas positif terhadap kaedah asas itu,

bermakna mereka berkemampuan menjalani proses pembelajaran. Justeru, masyarakat perlu

jelas dan memahami matlamat utama peperiksaan serta tidak melihatnya sebagai mekanisme

menyusahkan pelajar.

8

Page 10: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan sikap sebenar pelajar lemah dalam

kajian ini terhadap peperiksaan dan sikap mereka dalam menjawab peperiksaan. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar perempuan adalah lebih positif berbanding pelajar

lelaki dalam menjawab peperiksaan. Kebanyakkan pelajar perempuan akan cuba sedaya

upaya untuk menjawab soalan peperiksaan walaupun tidak tahu jawapan atau tidak membuat

ulangkaji berbanding dengan pelajar lelaki yang cenderung untuk berbincang ataupun sekadar

melihat-lihat soalan dan akhirnya tidur.

Pelajar menunjukkan kecenderungan untuk tidak membaca soalan sebaliknya hanya

melihat kertas soalan seterusnya menjawab soalan sekadar pengetahuan mereka dengan

bilangan seramai 29 orang guru berpendapat begitu. Seramai 31 orang guru berpendapat,

pelajar juga sukar untuk memahami kehendak soalan. Guru-guru ini berpendapat bahawa aras

soalan yang disediakan adalah terlalu tinggi untuk pelajar lemah sewaktu peperiksaan.

Seharusnya pelajar lemah diberikan soalan peperiksaan yang berlainan dengan pelajar kelas

yang lain agar sesuai dengan tahap aras pelajar-pelajar tersebut.

Dalam kajian ini juga 26 orang guru menyatakan bahawa pelajar berasa bosan dan

tidur sewaktu peperiksaan. Ini adalah disebabkan pelajar tidak membuat ulangkaji, seterusnya

menjawab soalan berdasarkan pengetahuan sedia ada, lalu masa peperiksaan yang panjang

membuatkan pelajar bosan seterusnya tidur sementara menunggu waktu peperiksaan tamat.

Pelajar juga didapati tidak berminat untuk menjawab soalan berbentuk subjektif

berbanding soalan objektif. Jika ditinjau secara lebih lanjut antara bentuk soalan objektif dan

soalan subjektif, ianya menunjukkan perbezaan kedua-dua bentuk soalan tersebut. Soalan

objektif mempunyai pilihan jawapan yang membuatkan pelajar boleh membuat pilihan

jawapan dan dapat menjawab semua soalan walaupun jawapan yang diberikan salah. Dengan

pilihan jawapan juga adakalanya mengingatkan pelajar akan pelajaran yang diajar guru

sewaktu di dalam kelas berbanding dengan soalan subjektif, pelajar harus mempunyai

pengetahuan atau membuat ulangkaji terlebih dahulu sebelum menjawab soalan.

9

Page 11: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

2.4. Analisis Item Kajian

Secara umumnya kebanyakan item dalam kajian ini boleh diterima. Item-item yang

digunakan adalah mudah dan ringkas yang membolehkan responden dapat menyampaikan

maklumat dengan tepat dan jelas. Kebanyakan item ini biasanya adalah daripada pemerhatian

atau pengalaman guru-guru semasa waktu peperiksaan yang dijalankan di sekolah.

2.5. Analisis Kajian

Daripada jawapan responden yang diterima, prestasi pelajar lemah dibentukkan

daripada dua kajian yang melibatkan pelajar lemah di sekolah bandar dan pelajar lemah di

sekolah luar bandar yang kemudiannya disatukan untuk melihat keberkesanan kajian dalam

mencapai objektif.

A B C D E F G H I J K0

5

10

15

20

25

30

35

Sebab pelajar lemah tidak mencapai prestasi yang baik dalam peperik-

saan

A. Pelajar tidak membaca soalan

B. Pelajar bosan dan tidur

C. Pelajar tidak dapat memahami soalan

D. Soalan tidak bersesuaian dengan tahap pelajar

E. Pelajar tidak cukup ilmu

F. Pelajar malas menjawab soalan

G. Soalan berbentuk subjektif

H. Soalan berbentuk objektif

I. Pelajar kurang penumpuan

10

Page 12: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

J. Soalan aras tinggi

K. Masa tidak cukup

Latar belakang pendapatan keluarga pelajar lemah dalam peperiksaan, 73% responden

guru menyatakan kebanyakan pelajar lemah berasal dari keluarga berpendapatan sederhana.

Pada masa kini, ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi

anak-anak dalam pembelajaran. Ini membuatkan pelajar lemah dalam pembelajaran dan tidak

mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan.

Sewajarnya pelajar lemah diberi peperiksaan yang berlainan dengan kelas-kelas yang

lain kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Soalan-soalan

yang perlu disediakan untuk pelajar lemah mestilah berbeza dengan pelajar kelas lain

bersesuaian dengan aras pengetahuan mereka. Pelajar lemah tidak perlu diletakkan bersama

dengan pelajar kelas yang lain, sebaliknya diletakkan bersama pelajar-pelajar lemah yang lain

tetapi dalam bilang yang sedikit antara 10-15 pelajar dalam satu-satu kelas agar guru dapat

memberi tumpuan dan membantu pelajar-pelajar tersebut menangani masalah dalam

pembelajaran.

Sememangnya wajar pelajar lemah ini diasingkan dan diajar silibus yang berbeza.

Silibus yang berbeza di sini bermaksud silibus dengan aras yang rendah yang dapat difahami

oleh pelajar lemah tersebut. Ini disebabkan terdapat guru-guru yang perlu membuat

penerangan atau arahan yang berulang-ulang kali kerana pelajar tidak dapat memahami

kehendak soalan atau objektif pembelajaran yang hendak disampaikan pada hari tersebut.

Oleh itu, releven peperiksaan awam dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di

negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

Bagaimanapun pada masa yang sama kementerian wajar mencari kaedah lain yang lebih

sesuai untuk mengukur tahap pencapaian pelajar. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan (UPSR

dan PMR) itu akan membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan

kokurikulum dan sukan. Kegiatan sukan dan kokurikulum yang sebelum ini dianggap

mengganggu masa pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, terlalu

fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan sehingga mengetepikan usaha melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

11

Page 13: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara serta mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara

harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan

berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali

gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan

terdidik. Bukannya menjurus kepada peperiksaan, kerana sebahagian besar mengarah kepada

mahu mendapat keputusan terbaik.

2.6. Hipotesis

`Sampel terdiri daripada masing-masing 40 orang responden guru yang

berpengalaman mengajar di sekolah luar bandar dan sekolah bandar. Analisis serentak

dijalankan bagi membincangkan reaksi sebenar pelajar lemah dalam menjawab peperiksaan

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman guru sewaktu peperiksaan berlangsung.

2.7. Kesimpulan

Kementerian Pelajaran mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini

menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Pada masa ini,

sistem pendidikan yang sedia ada terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru

terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan

usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awam saja.

Bagaimanapun KPM tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan

peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain. Pengurangan peperiksaan di peringkat

sekolah membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata

pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan

cara pendidikan pelajaran.

Walau bagaimanapun, setiap pelajar perlu dinilai prestasi mereka setiap tahun, sama

ada dalam bentuk peperiksaan awam atau berasaskan sekolah. Dalam sistem persekolahan

sekarang sudah ada penilaian dibuat secara berkala, tiga bulan sekali dan ada yang setiap

12

Page 14: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

bulan tetapi kerana sistem itu menjurus kepada peperiksaan, sebahagian besar mengarah

kepada mahu mendapat keputusan terbaik.

Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan

daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR). Selain itu,

kerajaan juga perlu memastikan 100% pelajar di peringkat sekolah rendah menguasai

kemahiran 3M ini, selepas itu barulah kerajaan boleh mansuhkan dua peperiksaan awam yang

dilihat berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Pemansuhan itu juga katanya akan memberi lebih banyak masa kepada guru untuk

mengajar secara lebih berkesan dan tidak terikat dengan jadual peperiksaan. Bagaimanapun

katanya, pada masa yang sama kementerian wajar mencari kaedah lain yang lebih sesuai

untuk mengukur pencapaian pelajar. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan

membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan kokurikulum dan

sukan. Kegiatan sukan dan kokurikulum yang sebelum ini dianggap mengganggu masa

pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan

dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan kokurikulum

dan sukan, katanya.

Keadaan ini memberikan petunjuk bahawa peperiksaan wajar dimansuhkan tetapi

digantikan dengan kaedah yang lain yang dapat mengukur pencapaian pelajar tanpa

mengabaikan juga pelajar lemah. Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid

yang diajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi

kandungan pelajaran yang diajarkan, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi

pengajaran.

Pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran seperti membuat kerja kursus yang

mampu merangsang minda kerana ia secara tidak langsung mampu melahirkan pelajar yang

lebih kreatif dan inovasi, tambahnya lagi. Jika dilihat dari aspek pembelajaran ketika ini

ianya dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk

memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

13

Page 15: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

3. PERBINCANGAN

Perbincangan yang dibuat adalah berfokuskan kepada keseluruhan kajian ini berdasarkan

analisis data dan dapatan kajian.

Pada keseluruhannya dapatan kajian telah dibincangkan secara total dalam bahagaian

dapatan. Dapatan memperlihatkan betapa keputusan peperiksaan dimansuhkan amat relevan

terutama ke atas pelajar lemah. Peperiksaan dianggap sebagai penilaian sementara dan tidak

dapat mencapai FPK secara total. Peperiksaan yang terdapat dalam sistem pendidikan

sekarang perlu diubah dan mempunyai pendekan yang realistik dan adil bagi setiap kategori

pelajar. Ini kerana setiap pelajar adalah asset kepada negara dan perlu memberi laluan yang

bertepatan dengan keperluan negara.

Secara logiknya, negara ini memerlukan rakyat yang pelbagai dalam membangunankan

negara ke arah negara maju. Sebagai contoh negara kita memerlukan tenaga kerja yang

professional dan mahir dari setiap bidang iaitu akademik, perubatan, teknikal dan sebagainya.

Setiap daripada bidang tersebut perlu mengandungi kemahiran dalam kerjaya walaupun

bekerja sebagai pekerja kolar biru. Oleh yang demikian, sistem pendidikan di Malaysia perlu

bersedia melahirkan rakyat ataupun pekerja yang mahir kerana telah didedahkan sejak di

alam persekolahan lagi. Contohnya, pelajar tersebut amat berminat dengan bidang jahitan,

dan tidak berminat dengan mata pelajaran akademik yang lain. Dalam kes pelajar tersebut

pihak sekolah perlu kembangkan potensi terhadap kemahiran jahitan bukan hanya tertumpu

terhadap teori yang terdapat di dalam kertas peperiksaan.

Walaupun pelajar lemah ini tidak menyerlah dalam pelajaran dan mungkin, setiap kali

peperiksaan hanya mendapat markah ‘cukup makan' namun ini tidak bermakna mereka tidak

mempunyai potensi atau kemampuan untuk berjaya. Namun malangnya, dalam keadaan kini,

potensi atau keupayaan pelajar ini tidak dikenalpasti kerana dunia pendidikan kita lebih

banyak menumpukan kepada pelajar yang berkeupayaan tinggi. Hasilnya, jarang sekali kita

mendengar masalah atau nasib pelajar lemah ini terbela setelah gagal atau hanya mendapat

markah minima dalam peperiksaan utama.

Oleh kerana inilah maka kajian menimbulkan persoalan diskriminasi dunia pendidikan

terhadap pelajar-pelajar lemah ini. Apakah yang terjadi kepada mereka selepas tidak

memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan? Adakah program-program atau

perancangan yang khusus dilakukan untuk pelajar ini? Atau mungkinkah mereka hanya

14

Page 16: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

dibiarkan menentukan nasib mereka sendiri? Jika ini benar terjadi maka tidak hairanlah

pelbagai masalah yang berkait dengan dunia remaja semakin berleluasa kini.

Dalam dunia pendidikan negara ini, terdapat perancangan tertentu untuk pelajar yang

kurang menyerlah dalam pelajaran. Jika tidak masakan kerajaan memperkenalkan sekolah

vokasional atau sekolah kemahiran yang lainnya. Namun, berapa ramaikah pelajar lemah

yang berpeluang memasuki sekolah begini? Pasti tidak semua pelajar mempunyai peluang

yang sama untuk memasuki sekolah kemahiran itu. Apa pula yang terjadi kepada pelajar yang

tidak terpilih itu? Ini pastilah menimbulkan persoalan terhadap perlaksanaan dasar-dasar atau

perancangan yang tidak menepati sasaran yang dikehendaki.

Kajian ini memandang, semua anak atau pelajar adalah istimewa. Ini bermakna, tidak

kira mereka itu pandai atau tidak, mereka adalah istimewa. Istimewa di sini pastinya ada

kaitan dengan keupayaan si anak atau pelajar itu. Keupayaan ini tidak semestinya merujuk

kepada keupayaan untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Ini juga

bermakna, kita sebagai golongan dewasa hendaklah bijak mengenalpasti keupayaan anak atau

pelajar itu dan seterusnya membangunkan keupayaan tersebut ke tahap tertinggi.

Misalnya, jika pelajar tidak mampu cemerlang dalam pelajaran, maka keupayaan lain

yang dimiliki pelajar tersebut mestilah dikenalpasti. Kemungkinan besar pelajar ini pandai

dalam lukisan atau musik. Maka, kelebihan itulah yang perlu digilap. Inilah yang berlaku

kepada beberapa insan ternama di dunia. Misalnya, siapa yang tidak mengenali Albert

Einstein (14 Mac 1879-18 April 1955). Einstein menghadapi masalah disleksia yang

menyebabkan beliau mempunyai daya ingatan yang tidak baik dan sentiasa gagal menghafal

walaupun satu perkara yang mudah seperti mengingati bulan-bulan dalam satu tahun.

Walaupun Einstein mungkin tidak dapat belajar dengan baik namun sumbangan beliau dalam

dunia saintifik dan teori sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Begitu juga dengan penulis terkenal Agatha Christie (15 September 1890-12 Januari

1976). Walaupun menghadapi masalah dalam pembelajaran, namun ini tidak menghalang

beliau untuk menjadi kreatif dan belajar untuk menulis. Hasilnya, beliau telah berjaya

menulis pelbagai buku misteri yang terjual sehingga 4 billion naskah di seluruh dunia. Malah

tulisan-tulisan beliau itu telah menjadi sumber ilham ramai penulis muda di seluruh dunia.

Contoh yang disebutkan di atas menunjukkan betapa manusia mempunyai pelbagai

keupayaan dan keupayaan itu perlulah digilap. Dalam dunia pendidikan negara, perbezaan

15

Page 17: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

keupayaan ini sememangnya diakui wujud namun sejauhmana usaha-usaha untuk

mengenalpasti dan memupuk perbezaan keupayaan itu dilaksanakan masih lagi menjadi tanda

tanya.

Apa yang sangat diperlukan kini adalah usaha-usaha campur tangan awal (early

intervention) dalam pengenalpastian keupayaan pelajar. Ini haruslah dilakukan seawal

mungkin dan seterusnya kaedah pendidikan yang menjurus kepada keupayaan itu mestilah

dilaksanakan dengan segera. Jika ini dapat dilakukan maka keupayaan semua pelajar dapat

digembeleng dan diarahkan kepada jalan yang baik. Seterusnya ini membuktikan betapa kita

mengiktiraf ‘keistimewaan' yang dimiliki setiap pelajar.

4. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, peperiksaan sememamngnya wadah yang penting bagi menilai tahap

pencapaian pelajar namun ia tidak boleh dilihat sepenuhnya sebagai penanda aras yang jitu.

Peperiksaan yang sedia ada perlu digubal mengikut keupayaan pelajar bagi mengelakkan

berlakunya diskriminisi terhadap pelajar terutama pelajar lemah akademik. Berdasarkan

kajian pemerhatian ini, pelajar yang lemah tidak berminat lansung untuk menjawab kertas

peperiksaan mereka. Ini menggambarkan tahap motivasi mereka rendah dengan keputusan

yang sering gagal dan tahap soalan tidak dapat membantu mereka berfikir. Kekangan-

kekangan ini membawa peperiksaan itu sendiri tidak dapat menilai golongan pelajar ini

dengan telus.

Oleh yang demikian, peperiksaan wajar dimansuhkan bagi menilai setiap potensi pelajar

melalui kerja dan tugasan yang diberikan. Perkara yang utama ialah setiap tugasan yang

diberikan adalah bersesuaian dengan tahap dan minat mereka. Dengan cara ini, secara tidak

lansung potensi setiap pelajar dapat dilihat dan diasah bagi persediaan ke alam pekerjaan.

Kemahiran telah dibentuk dalam alam persekolahan pastinya pelajar dapat

mengaplikasikannya dengan mudah ketika bekerja di luar. Selain itu, motivasi diri pelajar

lemah dapat ditingkatkan dengan kemahiran yang mereka miliki.

Pemansuhan peperiksaan juga memberi senario baru dalam suasana pembelajaran di

sekolah. Ini dapat dinyatakan dengan melihat gaya pembelajaran pelajar yang akan berubah

dari belajar untuk mendapatkan A semata-mata kepada belajar memahami sesuatu ilmu dan

mampu mengaplikasikannya secara nyata. Ilmu yang sebegini dianggap lebih bernilai

16

Page 18: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

berbanding hanya tertera di atas kertas peperikaan. Selain itu, objektif guru juga dapat

mencapai ke tahap maksima di mana guru tidak mengejar silibus atas desakan peperiksaan

yang kadang-kadang menyebabkan pembelajaran berjalan dengan cepat walaupun tidak

mendapat pemahaman murid yang maksimum.

Penubuhan Sekolah Teknik & Vokasional ke Kolej Teknikal amat bertepatan dengan

kehendak sekarang terutama kepada pelajar lemah ataupun pelajar yang tidak dapat

menguasai akademik secara lancar. Sebaliknya di dunia realiti ataupun alam pekerjaan pelajar

yang mempunyai kemahiran lebih diutamakan berbanding yang mempunyai kelulusan

peperiksaan yang baik. Perkara ini turut dikatakan sebagai modal insan yang ingin dilahirkan

oleh kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020 dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu melahirkan manusia seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek.

5. RUJUKAN

Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.

Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita memahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 –15.

Amir Hasan Dawi (2009), Sekolah Dan Masyarakat, Tanjong Malim: Quantum Books

Amir Hasan Dawi (2002), Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Edisi Kedua. Tanjong Malim: Quantum Books

Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2012), Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Edisi Ketiga. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Norayati A.Rashid….[et. al.], Falsafah dan pendidikan di Malaysia (siri pendidikan guru). Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

17

Page 19: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

6. LAMPIRAN

Borang Kaji SelidikRELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN DENGAN

PENERIMAAN PELAJAR LEMAH WAKTU PEPERIKSAAN: SATU KAJIAN KES

A. Maklumat Asas Respondeni. Umur:.............................................................................................................

Sila tandakan ( / ) dipetak yang disediakan.

B. Pengalaman Mengajar C. Mengajar Sekolah

D. Matapelajaran Mengajar

E. Bidang Pengkhususan

18

A 1-3 TahunB 3-5 TahunC 5-10 TahunD 10-15 TahunE 15 Tahun Keatas

A BandarB Luar Bandar

A Bahasa Melayu, Inggeris,TamilB MatematikC SainsD Pendidikan MoralE Pendidikan Jasmani dan KesihatanF Pendidikan SeniG Kajian Tempatan dan Pendidikan SivikH Kemahiran Hidup

Page 20: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

F. Maklumat Sekolah

i. Maklumat Murid

A 100-500B 500-1000C 1000-1500D 1500 ke atas

ii. Bilangan Guru dan Staff

A 1-50B 50-100C 100 ke atas

iii. Bilangan Bilik Darjah

A 1-50B 50-100C 100 ke atas

G. Pelajar kelas akhir

i. Bilangan pelajar kelas akhir bagi setiap darjah/tingkatan

A 1-15B 15-20C 20ke atas

ii. Latarbelakang pendapatan keluarga majoriti pelajar kelas akhir

iii. Sebab pelajar kelas akhir tidak mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan

19

A RendahB SederhanaC Tinggi

No.

Soalan Ya Tidak

A Pelajar tidak membaca soalanB Pelajar bosan dan tidurC Pelajar tidak dapat memahami soalanD Soalan tidak bersesuaian dengan tahap

pelajarE Pelajar tiada cukup ilmuF Pelajar malas menjawab soalanG Soalan berbentuk subjektifH Soalan berbentuk objektifI Pelajar kurang penumpuanJ Soalan aras tinggiK Masa tidak mencukupi

Page 21: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

Jgkjkjwqwhfklhwqlfhqkjfgjhbcmnxbcvkjdvkldbvjhbdsvkjbh

H. Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

c

Cadangan lain bagi meningkatkan prestasi pelajar kelas akhir semasa peperiksaan:

......................................................................................................................................

......................................................................................................................................

......................................................................................................................................

20

No.

Soalan Ya Tidak

A Anda pernah mengajar pelajar kelas akhir

B Pelajar kelas akhir malasC Pelajar kelas akhir kurang memberi

perhatian semasa P&PD Pelajar kelas akhir tidak berminat

belajarE Pelajar kelas akhir tidak pandai

membaca, menulis dan mengiraF Pelajar kelas akhir baik tingkah lakunyaG Anda dapat menghabiskan silibus bagi

pelajar kelas akhir pada masa yang ditetapkan

H Pelajar kelas akhir gemar soalan objektif dalam peperiksaan

I Pelajar kelas akhir tidak suka peperiksaan

J Adakah pelajar kelas akhir patut dinilai dengan peperiksaan

K Sesuaikah pelajar kelas akhir diberi peperiksaan yang sama dengan kelas-kelas lain.

L Adakah wajar pelajar kelas akhir diasingkan

M Sesuaikah pelajar kelas akhir diletakkan bersama dengan pelajar-pelajar kelas lain

N Adakah pelajar kelas akhir patut diajar silibus yang berbeza

O Perlukah bentuk soalan diubah untuk pelajar kelas akhir

Page 22: RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN Web viewPenumpuan diberikan terhadap masalah pelajar lemah yang harus mengharungi ... tempat untuk belajar membaca, ... atau dirakam untuk

.....................................................................................................................................

21