psv tajuk 5, portfolio

18
PENILAIAN PORTFOLIO Perkembangan / Olahan idea Lakaran dan penyelidikan Lukisan Kajian Eksprementasi Bahan dan Teknik Proses dan penghasilan Disediakan oleh: Suher bin Sulaiman Muhamad Muzammir bin MuhamadYusuf Thayalan a/l Sellamuthu

Upload: suher-sulaiman

Post on 20-Nov-2015

368 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Penilaian Portfolio

Penilaian PortfolioPerkembangan / Olahan ideaLakaran dan penyelidikanLukisan KajianEksprementasi Bahan dan TeknikProses dan penghasilanDisediakan oleh:

Suher bin SulaimanMuhamad Muzammir bin MuhamadYusufThayalan a/l Sellamuthu

Portfolio PSV merupakan satu fail kerja yang berterusan mengikut keperluan semasa proses PdP. Guru menilai hasil usaha murid secara spesifik dan menyeluruh.

PengenalanDalam PSV, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan.Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar.Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.Rakaman Proses PembelajaranRakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat:Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar.Contoh hasil kerja pelajar.Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran PSV berlaku.Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain.Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seniDari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

lni disebabkan portfolio PSV, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik.Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Bentuk PortfolioPortfolio PSV lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan.Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek:1. KajianPemerhatian dan pengamatan.

Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan.

Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan.2. LakaranEksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif.

Pewujudan idea.

Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk.3. Rangka SebenarMerangka reka cadang atau model.

Menentukan alatan dan bahan.

Prototaip (jika berkaitan).4. Persembahan PortfolioRingkas, menjimatkan, menarik dan tepat.

Mengikut urutan.

Bersih, kemas dan mudah digunakan.Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:JurnalDiariLaporanKompilasi catatan yang dijilidBeberapa helaian kertas yang di kokotAtaupun mungkin disket/cakera padatTerdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajarUntuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiriUntuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahuikemajuan pembelajaran pelajarMemberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiriMenentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio:1.Menentukan tujuan portfolio.

2. Menentukan kandungan portfolio.

3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.

4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.

5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar.PERANCANGAN PORTFOLIOSebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.

a. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.b. Menentukan isi kandungan portfolio.c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai3 Peringkat Dalam Menilai Portfolio:1.Penilaian AwalMengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala:Contoh:

Sangat Tinggi (5) Tinggi (4) Sederhana (3) Rendah (2) Sangat Rendah (1)Kriteria penilaian:

- Pemikiran dan isi- Struktur dan organisasi- Strategi pengurusan- Variasi isi yang sesuai- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan3. Senarai ciri-ciri paling pentingIni akan menentukan markah portfolio4. Penentuan gredMengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.Berdasarkan maklumat, penerangan serta penjelasan yang diutarakan, portfolio pendidikan seni amat penting untuk dilaksanakan di sekolah. Ia bukan sahaja menekankan kepada proses meningkatkan pengalaman pembelajaran murid, malah boleh dijadikan bahan sumber serta rujukan dari masa ke semasa oleh pihak lain yang ingin menilai perkembangan pembelajaran murid.

PENUTUPSEKIAN,

TERIMA KASIHDisediakan oleh:

Suher bin SulaimanMuhamad Muzammir bin MuhamadYusufThayalan a/l Sellamuthu