psv menggambar

5
1.0 PENGENALAN Sistem Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada tersurat atau tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara(FPN).Justeru itu, guru sebagai input seharusnya cemerlang terlebih dahulu sebelum menentukan output iaitu murid yang cemerlang sebagaimana yang dikehendaki oleh FPN. Jelas ,matlamat Pendidikan Seni Visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Malahan Pendidikan Seni Visual juga memberi peluang kepada pelajar memperkembangkan minat dan bakat.Maka pada keseluruhannya Pendidikan Seni Visual memain peranan dalam memperkembangkan sifat yang kreatif, ekspresif dan aktif.Namun demikian, sifat-sifat ini tidak akan berkembang dengan sendirinya tanpa panduan daripada guru.Justeru, guru Pendidikan Seni di sekolah harus memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti pengetahuan seni dan psikologi kanak-kanak. Bagi Pendidikan Seni Visual(PSV), guru seharusnya memainkan peranan sebagai ‘moderator ataupun pemudahcara bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.Maka jelas, pendidik seni seharusnya dapat bertindak sebagai moderator yang kompeten dan berupaya menerap serta menyediakan diri dalam menyampaikan ilmu secara berkesan menerusi pelbagai bahan. Dengan kata lain pendidik seni harus memperlengkapkan diri sebagai moderator yang kreatif, inovatif dan inventif.Guru Pendidikan seni harus bersikap proaktif terutamanya dalam penyampaian ilmu bukannya sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja.Zalina Yahya (Utusan Malaysia, 15 hb Mei 1999), dalam artikel yang bertajuk (Guru Abad 21 Peranan Lebih Kompleks dan Mencabar), “Sebagai arkitek sosial , guru ................... dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara,Justeru itu .................... setiap guru harus mula menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baru dalam memasuki abad ke 21.......”. Maka sudah jelas bahawa guru pendidikan seni seharusnya sentiasa meneroka ilmu-ilmu baru khususnya yang berkaitan dengan teknologi komputer seperti kemahiran menggunakan internet, membina laman web, blog, perisian dan seumpamanya.Ini disebabkan kesanggupan dan

Upload: noormazrita-azam

Post on 29-Jul-2015

127 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: psv menggambar

1.0 PENGENALAN

Sistem Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada tersurat

atau tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan

Negara(FPN).Justeru itu, guru sebagai input seharusnya cemerlang terlebih dahulu sebelum

menentukan output iaitu murid yang cemerlang sebagaimana yang dikehendaki oleh FPN.

Jelas ,matlamat Pendidikan Seni Visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis,

kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Malahan Pendidikan Seni Visual

juga memberi peluang kepada pelajar memperkembangkan minat dan bakat.Maka pada

keseluruhannya Pendidikan Seni Visual memain peranan dalam memperkembangkan sifat

yang kreatif, ekspresif dan aktif.Namun demikian, sifat-sifat ini tidak akan berkembang

dengan sendirinya tanpa panduan daripada guru.Justeru, guru Pendidikan Seni di sekolah

harus memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti pengetahuan seni dan psikologi

kanak-kanak.

Bagi Pendidikan Seni Visual(PSV), guru seharusnya memainkan peranan sebagai

‘moderator’ ataupun pemudahcara bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.Maka jelas, pendidik

seni seharusnya dapat bertindak sebagai moderator yang kompeten dan berupaya menerap

serta menyediakan diri dalam menyampaikan ilmu secara berkesan menerusi pelbagai bahan.

Dengan kata lain pendidik seni harus memperlengkapkan diri sebagai moderator yang kreatif,

inovatif dan inventif.Guru Pendidikan seni harus bersikap proaktif terutamanya dalam

penyampaian ilmu bukannya sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja.Zalina Yahya

(Utusan Malaysia, 15 hb Mei 1999), dalam artikel yang bertajuk (Guru Abad 21 Peranan

Lebih Kompleks dan Mencabar),

“Sebagai arkitek sosial , guru ................... dipertanggungjawabkan untuk

merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara,Justeru itu

.................... setiap guru harus mula menyesuaikan diri dengan persekitaran

pembelajaran baru dalam memasuki abad ke 21.......”.

Maka sudah jelas bahawa guru pendidikan seni seharusnya sentiasa meneroka ilmu-ilmu baru

khususnya yang berkaitan dengan teknologi komputer seperti kemahiran menggunakan

internet, membina laman web, blog, perisian dan seumpamanya.Ini disebabkan kesanggupan

dan kemampuan pendidik seni bagi menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan

mereka akan menjamin mutu produk modal insan yang akan dikeluarkan oleh bidang seni.

Page 2: psv menggambar

Peranan guru pendidikan seni juga penting dalam menentukan kemajuan murid dan

sekolah sekaligus ia bertangunggjawab memastikan mata pelajaran seni dapat dimanafaatkan .

Dua peranan penting bagi menentukan seseorang guru pendidikan seni di sekolah, iaitu

memastikan mata pelajaran seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan

berkesan.Kedua-duanya menggunakan kemahiran pendidikan seni yang berguna kepada

kemajuan sekolah dari segiu aspek fizikal dan kemudahan.Bagi guru pendidikan seni

berperanan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan adalah

berkesan,berpengetahuan dan berkemahiran dalam pendidikan seni, malah haruslah berkualiti

diri dari segi kepimpinan, kreatif dan berwawasan dan komunikasi serta hubungan dengan

pelajar harus berkesan.Namun demikian,guru pendidikan seni cemerlang pada

keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka

terhadap perkembangan individu, simpati dan empati serta mampu menjadi contoh kepada

guru-guru lain dan para pelajar.

Guru pendidikan seni berperanan dalam menyebarkan kualiti pengajaran pendidikan

seni yang berkesan, sebagai contoh pendidikan seni haruslah menarik minat pelajar,berkesan,

mudah diingat dan digunakan oleh pelajar serta guru harus bijak menggunakan kemahiran dan

pengetahuan sedia ada pelajar.Guru pendidikan seni juga harus sentiasa menunjukkan minat

yang mendalam semasa penyampaian pengajaran dan pembelajaran kerana ia boleh

menyebabkan rasa minat, seronok dan semangat dikalangan pelajar.Bukan itu sahaja, guru

seni yang baik juga akan membuat penilaian keberkesanan pengajaran , memberi motivasi dan

insentif kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

Secara khususnya, peranan, tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin

mencabar.Namun demikian, sebagai guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang , cabaran

dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah .Kerja-kerja yang ada kaitan dengan

tugas dan yang berkaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi

guru pendidikan seni yang cemerlang.Kebiasaannya guru yang cemerlang sentiasa mahu

melakukan kerja dengan berkualiti.Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang

ialah sikap amanah dan bertanggungjawab.Justeru itu, tahap kesempurnaan tugas datang dari

diri yang ikhlas dan sentiasa mahu meningkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap

terbuka, berfikiran secara fleksibal, kreatif dan inovatif.

Page 3: psv menggambar

2.0 ARTISTIK

PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

Semua kanak-kanak memiliki perkembangan artistik dan justeru itu, perkembangan

artistik kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka

dibesarkan.Persekitaran sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu

memperkembangkan artistik, kognitif kanak-kanak secara positif.Terdapat banyak kajian

mengenai perkembangan artistik kanak-kanak antaranya, Corrado Ricci yang berbangsa Italy

dalam tulisannya”Art of Little Children”, yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak

mengikut perkembangan artistik mereka.

Terdapat pelbagai model yang memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak

antaranya Lowenfeld (1975), Chapman (1972).Kedua-dua model ini walaupun secara

umumnya adalah berbeza tetapi masih mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang

sama.Antara persamaan-persamaan ialah:

a. Pada peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak faktor sosialekonomi yang

dipengaruhi amat terbatas.Ini kerana, kanak-kanak lelaki dan perempuan melukis

dengan cara yang lebih kurang sama.

b. Perkembangan artistik kanak-kanak boleh dilihat melalui lukisan mereka daripada

catan.Ini kerana, mereka menggunakan krayon, pensil dan pen.Alatan ini lebih mudah

dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.

c. Lukisan kanak-kanak juga mempunyai elemen dua peringkat serentak tidak

semestinya satu peringkat perkembangan sahaja.

2.1 TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK.

Terdapat beberapa teori tentang perkembangan artistik kanak-kanak antaranya Teori

Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day(2001),”Stage of development are useful

norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for

education”. Ia membawa maksud Peringkat pembangunan seni adalah norma yang berguna

yang boleh menyedarkan guru,tetapi mereka tidak harus dianggap sebagai matlamat untuk

pendidikan.Hurwitz dan Day juga merumuskan bahawa peringkat perkembangan artis kanak-

kanak terbahagi kepada 3 iaitu, peringkat manipulatif, membuat simbol dan peringkat pra-

remaja.Manakala bagi Lowenfeld dan Britain (1982),menyatakan bahawa perkembangan

Page 4: psv menggambar

artistik kanak-kanak merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun, meliputi 5 peringkat iaitu

Scribbling, Preschematic,Schematic, Dawning Realism,Pseudonaturalistic dan Adolescent

Art in High School.

Namun demikian,kajian perkembangan artistik mefokuskan kepada Proses Artistik

Kaedah Chapman bagi menghasilkan karya seni iaitu, kaedah Penjana Idea (Inception of

Idea),Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) dan Kemahiran menggunakan

bahan (Execution in a Medium).

2.2 PROSES ARTISTIK MENGGUNAKAN KAEDAH CHAPMAN.

Laura H.Chapman di dalam bukunya Approches in Art Education (1978), menjelaskan

bahawa proses kreativti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan prose

penghasilan karya ataupun proses artistik.Chapman memperjelaskan bahawa proses artistik

tidak bersifat statik, ia bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.Maka, sebagai guru pendidikan

seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada

satu cara dan pemahaman tersebut hendaklah diaplikasikan ke atas murid di dalam

kelas.Pelbagai cara dan kaedah boleh diterapkan selagi proses penghasilan karya dijelaskan

dengan baik kepada murid.Terdapat 3 fasa dalam Proses Artistik Kaedah Chapman bagi

menghasilkan sesuatu karya iaitu :

2.2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Bagi kaedah penjanaan idea, pengkarya hendaklah menetapkan objektif, haluan dan

tujuan penghasilan sesuatu karya.Maka di dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) guru

pendidikan seni hendaklah sentiasa membimbing dalam menetapkan hala tuju penghasilan

karya selain menerangkan kaedah menjana idea.