menggambar (teknik, alat dan bahan)
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
BIDANG MENGGAMBAR
TEKNIK, ALAT DAN MEDIA
NORLELA BT ABDUL RAHMAN SAHARUDIN BIN MOHD SHAH ZARINAH BT. MD. SHARIF
NORIDAH BT HAMDAN NOR AZIZAH BT ABDUL MOIN
PENSYARAH
EN MANSOR BIN BIN ABDULLAH
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar
adalah satu bidang yang mengasaskan perkembangan persepsi dan kemahira
seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan mrid terhadap aspek melukis serta
kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan
teknik. Di samping itu ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi
dalam sesuatu hasil karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang menggambar
ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang
murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai
alat bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali
dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi focus utama
bidang menggambar ini.
Selain itu, bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan
kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan,susunan dan kesannya.
Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan pengalaman
mereka dalam aktiviti hasil kerja seni aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai
satu proses pembelajaran murid.
DEFINISI MENGGAMBAR
Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata
Ia mengandungi komposisi artistic yang dihasilkan melalui aplikasi warna di
atas permukaan rata
.* Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental
seseorang
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang
sesuatu objek.
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik
Representasi visual yang dihaslkan dalam bentuk dua dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecederungan terhadap
sesuatu imej atau objek.
PENGENALAN DAN PENEROKAAN ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di
kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti
perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai
keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan.
Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat
penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya
alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Di
bawah ini adalah alatan asas bagi seorang guru seni yang perlu sediakan untuk
digunakan di bengkel seni
Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan
berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur,
berbagai jenis warna dan berbagai saiz.
Boleh gunakan kertas surat khabar
Majalah
Kertas tisu
Kertas sampul surat
Kertas pembungkus hadiah
Sugar paper
Toilet paper
Kadbod
Alatan dan media yang berbagai yang digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya
supaya dapat menghasilkan satu hail kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan
jalinan, bentuk dan ton.:
Alat tulis yang berwarna atau tidak berwarna
media kering atau basah
gunting berbagai saiz
gam
bahan-bahan buangan
Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan
disatukan dalam hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang
boleh digunakan bagi aktiviti menggambar:
berbagai jenis pensil
warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
kapur berwarna
oil pastel
artline atau marker
berbagai jenis pen
gouche, akrilik, cat minyak
stensil
kolaj
capan, cetakan
lilin
berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran,
dan buah-buahan
penyedut minuman
gunting, pisau lipat, gam
berbagai jenis berus lukisan
palet/pembancuh warna
TUJUAN MENGGAMBAR
Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR bidang
menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran secara
berperingkat. Hasil pembelajaran adalah berbeza mengikut tahap umur murid iaitu dai
tahun satu hingga ke tahun enam. Berikut ialah hasil pembelajaran yang perlu dicapai
oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar:
Asas Menggambar
Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar
Menggunakan asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi
murid
Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi dan fantasi murid
manual berbantukan komputer
Menggambar berdasarkan tema,pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara
manual dan berbantukan komputer
Jika dilihat seara keseluruhannya, setiap hasil pembelajaran tersebut boleh dibahagikan
mengikut aras-aras yang tertentu seperti berikut:
Aras pengetahuan
Aras kefahaman
Aras aplikasi
Aras analisa
Aras sintesis
Aras penilaian
(a) ARAS PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN
Pernyataan berikut ialah apa yang murid perlu capai dalam aras pengetahuan dan
kefahaman:
Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
Menyatakan perasaan,idea an imaginasi diri melalui kegiatan menggambar
Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif
dan berfungsi
Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam
penghasilan
(b) ARAS APLIKASI DAN ANALISA
Setelah mengetahui dan memahami apa yang dipelajari murid akan beralih ke tahap
atau aras aplikasi dan analisa seperti berikut:
Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan
meneroka dan mencuba secara spontan
Menggunakan bahan asas an bahan gentian dalam kegiatan menggambar
Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira
Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan proses menghasilkan karya
seni visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan
Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya
secara kreatif
Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam
penghasilan karya
Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya seni visual
(c) ARAS SINTESIS DAN PENILAIAN
Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek
yang disukai dan yangtidak disukai
Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
Menghargai alam persekitaran serta menghayatiunsur flora dan fauna untuk
penghasilan
Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka dalam penghasilan karya
secara kreatif
Mengamalkan nilai-nilai urni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan,
kebersihanserta mengutamakan keselamatan
Meningkatkan minat, daya kraetiviti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual
Mengenali serta menghargaihasil kerja sendiri dan rakan
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan
teknik untuk menghasilkan sesuatu kerja
Mengumpul dan merekod aklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio
Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasikan elemen Asas Senireka dalam
penghasil karya
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan matapelajaran lain dalam uasaha
mewujudkan idea yang kreatif
Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif
Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsure-unsur budaya tanah air
melalui kegiatan seni visual
Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan
merekod pengalaman pembelajaran portfolio.
TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBAR
Antara teknik-teknik menggambar adalah:
Lukisan
Kolaj
Catan
Gosokan
Stensilan
Percikan
Montaj
Gurisan
Cetakan
Capan
Resis
Mozek
LUKISAN
PENGENALAN AKTIVITI LUKISAN
Definisi Lukisan
lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna
paling sedikit
lukisan adalah lanjutan beberaa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual
kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan
lukisan adalah satu karya seni atau hasil seni yang dihasilkan di atas sesuatu
permukaan rata
penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti
pensel, arang, pensel warna, pastel, pen dan dakwat
proses melakukan garisan, melorek, ton dang menggosok juga dinamakan lukisan
aplikasi garisan, rpa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja
dinamakan lukisan
lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresi dan nyata.
Alat, Media Dan Bahan
Berikut adalah senarai bahan-bahan yan sering digunakan bagi menghasilkan sesebuah lukisan:
Pensil H Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B-8B) Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna Terdiri daripada berbaga jenis warna
Arang Dapat member kesan legap dan mudah
mendapat kesan
Pen dan dakwat Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
dan jelas
Soft pastel Didapati dalam pelbagai warna dan
mempunyai kesan lembut
Krayon Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker Menghasilkan kesan garisan yang tebal
Merker Pelukisan (Rendering Marker) Menghasilkan kesan garisan yang tebal
Kapur Kesan garisan yang tebal dan muda tanggal
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
(a) Menentukan Tema Atau Subjek
Apabila seorang guru ingin memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, mereka
perlu mengambilkira tema atau subjek yang ingin dilukis oleh murid-muridnya. Murid-
murid biasanya mempunyai reaksi yang spontan terhadap alam persekitaran dan apa
yang berlaku dalam situasi harian mereka tema atau subjek yang ingin dilukis terbahagi
kepada tiga iaitu:
(i) Lukisan figura – imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda – objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan landskap – pemandangan di luar studio atau di dalam studio
(b) Penerokaan alat, media dan teknik
Terdapat berbagai jenis alat, media dan bahan yang digunakanuntuk kegiatan membuat
lukisan. Di antara conto-contohnya ialah seperti berikut:
(i) Pensil
Ianya dibuat dari campuran tanah liat dan arang. Pensil dihasilkan mengikut gred
tertentu. Pensil yang dikategorikan dalam jenis keras ialah dari jenis H. pensil yang
lembut dikategorikan dalam jenis B, ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah
tajam. Manakala pensil jenis B pula sesuai digunakan ntuk membuat lorekan atau
menghasilkan ton. Perlu diingatkan semakin besar nilai H (H,HB,2B), semakin keras
kesan pensil iaitu garisan yang dilakar adalah tajam dan kurang gelap. Semakin besar
nilai B (B-6B), semakin lembut dan gelap kesan pensil lorekan yang dihasilkan. Garisan
yang dihasilkan dengan media pensil dipengaruhi 3 faktor iaitu:
Gred
Tekanan pensil
Kelajuan pensil
(ii) Arang
Pensel arang dihasilkan dari batang kayu terbakar. Ia merupakan media melukis yang
tertua sekali didunia. Ianya digunakan oeh pelukis abad ke-17 dan ke-18 pada dinding
gua. Keistimewaan arang berupaya untuk menunjukkan kesan tekstur permukaan yang
dilukis. Kesa arang dapat menunjukkan jalinan dan ton dengan baik. Kelebihan arang
dalam menghasilkan lukisan ialah:
Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi
Mempunyai kesan kegelapan yang tinggi
Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis
Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat
Dapat menghasilkan ton lorekan dengancepat dan menarik
Melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat
Dihalusi dengan meyapu air diatasnyaroti segar bertindak sebagai pemadam
Hasil perlu disembur dengan ‘fixertive’ (pemati)
Mudah digunakan, cepat dan spontan
(c) Gabungjalin Pelbagai Aspek
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kirsa beberapa aspek
seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1,2,3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, teknik conteng, teknik titik, teknik campuran)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
LUKISAN
Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-
menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya.
Media pensel Media
pensel
Teknik garisan Teknik lorekan dan garisan
Teknik titik
teknik campuran
Teknik coreng/conteng
teknik gossokan
MONTAJ
(a) Definisi montaj
Menapal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk
menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media
cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema
Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui
proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi
satu komposisi ilustrasi
Satu imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
Satu hasil seni menagndungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam
gamba foto majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej
Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose
dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk
menghasilkan satu hasil karya montaj
Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara
bertindih di antara satu sama lain
Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fotografi daripada sumber-
sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto
Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen
CATAN
• Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air,
cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi
• Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
• Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada
kandungan dan penyampaian gambar
KOLAJ
• Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas,
bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan
seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih
• Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan
dan penyampaian gambar.
CETAKAN
• Cara menghasilkan karya dengan mencetak.
• Terdapat pelbagai jenis cara cetakan
• Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.
• Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat
cetakan dicetak di atas permukaan kertas
• Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform
• Gambar diukir kemudian warna disapukan di atas permukaan dan dicetak di atas
kertas.
• Poliform adalah bahan yang mudah diukir.
• Cara dan sifat bahan yang diukir akan memberikan kesan yang berlainan.
GOSOKAN
• Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas
sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling
• Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan
RESIS
• Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya
warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum
• Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk
melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.
• Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna
air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap.
Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan
• Peringkat sek rendah guna krayon
• Proses batik - teknik resis
STENSILAN
• Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
• Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan
warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh
kertas.
• Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk
yang dihasilkan
PERCIKAN
• Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan
bertitik)
• percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas.
• Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy
apabila warna kedua dipercikkan
GURISAN
• Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar
sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
• Cara melakukannya
permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang
tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam
seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil
• Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan
CAPAN
• Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan
• Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat
ke atas sesuatu permukaan.
• Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang.
• jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.
MOZEK
• Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan
seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti
kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
• Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada
mozek yang dihasilkan
• Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan
kepada gambar yang dihasilkan.
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
Ekspresi Diri
Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mengekspresikan diri dengan lebih baik
dalam penghasilan karya.
1. Pilih objek atau susunan objek yang sesuai dan menarik
2. Tentukan sudut pandangan, komposisi, perspektif, ton, bentuk dan pencahayaan
yang terlibat
3. Pilih media yang sesuai dengan pilihan kertas
4. Lakarkan garisan datar titik lenyap
5. Bahagikan ruang tertentu bagi objek-objek dalam lukisan
6. Lukis lakaran kasar objek-objek
7. Gunakan teknik-teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk
dan ruang serta baying (chiarascuro)
8. Perincikan bahagian-bahagian objek yang dijadikan focus supaya membentuk
jalinan dan ton yang berkesan
Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merpaka media yang amat dominan dan
digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus an dakwat adalah
atau bahan yang popular di kalangan pelukis.
Panduan unutk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan, eknik
dalam penghasilan karya.
1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan eknik kerana ia adalah
asas yang paling penting dalam kerja mengambar. Maklumat ini memudahkan
proses mengekspresi diri dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan
proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya
2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh
tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar
3. Pastikan anda telah mengeksplorasi alat dan bahan mengikut teknik yang
berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.
4. Anda perlu menguasai kefahaman dalam beberapa criteria di baeah untuk
mendapatkan sentuhan gambar yang amat menarik dan bermakna:
Asas seni reka
Perspektif
Teknik memilihsudut pandangan
Teknik mengukur objek mengikut kadar
5. Anda perlu menguasai dan mengaplikasikan kemahiran ilusi menggambar untuk
mempraktikkan penguasaan di atas dengan lebih mudah dan berkesan
6. Anda perlu memilih sudut pandangan serta aspek-aspek pecahanruang yang
sesuai dalam kerja menggambar
7. Ana perlu medapatkan ukuran yang tepat kerana ia menjadi criteria enting dan
menarik dalam kerja menggambar