pss cemerlang (nota)

12
PUSAT SUMBER SEKOLAH, SK AMPANG PECAH, LOT 1817, JALAN HAMZAH, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN. PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PSSSKAP 1

Upload: sufikatira

Post on 23-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: PSS Cemerlang (Nota)

PUSAT SUMBER SEKOLAH,SK AMPANG PECAH,

LOT 1817, JALAN HAMZAH,44000 KUALA KUBU BHARU,SELANGOR DARUL EHSAN.

PENGURUSAN PUSAT SUMBER

SEKOLAH

PSSSKAP 1

Page 2: PSS Cemerlang (Nota)

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit perkhidmatan yang menyeluruh bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum. Pusat Sumber Sekolah adalah nadi di sesebuah sekolah yang menjadi penggerak kepada semua aktiviti sekolah. Pusat Sumber Cemerlang adalah berasaskan perancangan yang jelas dan cara pelaksanaan program dan aktiviti berkesan supaya mencapai matlamatnya. Secara tidak langsung prestasi akademik sekolah akan meningkat.

Konsep PSS

PSS dilihat sebagai pusat akses maklumat dalam pelbagai bentuk dan diuruskan secara sistematik. Seluruh kemudahan dan sumber maklumat di sekolah dirangkaikan di bawah satu sistem pengurusan PSS.

KE ARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG

1. KEMUDAHAN FIZIKAL, PERALATAN DAN BAHAN

1.1 Lokasi PSS, Bilik Media dan Bilik Bahan Bantu MengajarTerletak di tempat yang strategik, mudah dikunjungi dan mempunyai tunjuk arah yang berkesan. Tidak berada di bangunan belakang atau di tingkat teratas.

1.2 Susun Atur Bilik/Ruang/SudutBilik dan ruang mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% enrolmen pelajar. Termasuk bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan bacaan, bahan rujukan, tayangan, belajar secara individu dan kumpulan, akses kendiri, kerja dan kemudahan tambahan lain yang berkaitan.

1.3 PerabotKelengkapan perabot yang mencukupi, sesuai dan memuaskan termasuk kaunter, rak bahan, kerusi, meja, papan maklumat dan lain-lain.

1.4 Bahan CetakMempunyai pelbagai bahan cetak yang menepati kualiti dan kuantiti. Termasuk buku, akhbar, majalah, jurnal, risalah, peta, carta dan lain-lain mengikut nisbah terkini yang diedarkan oleh BTP.a. Buku (SM 1 : 15 , SR 1:8)

PSSSKAP 2

Page 3: PSS Cemerlang (Nota)

b. Akhbar (SM – 3 judul, SR – 2 judul)c. Majalah (SM- 5 judul, SR -2 judul)d. Cartae. Petaf. Risalah / Brosur

Jenis-jenis buku juga perlu diambilkira :a. Sekolah menengah

40% buku fiksyen, 60% buku bukan fiksyenb. Sekolah rendah

40 % buku bukan fiksyen, 60 % buku fiksyen

1.5 Bahan Bukan CetakKoleksi pelbagai bahan bukan cetak termasuk model, glob, transparensi, slaid, kaset audio dan video, CD dan lain-lain serta berfungsi.

1.6 PeralatanMempunyai peralatan elektronik yang mencukupi termasuk OHP, pelbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dan lain-lain serta berfungsi dengan baik.

1.7 KeselamatanMempunyai alat pemadam api yang berfungsi, pelan keselamatan yang jelas dan dipamerkan, peraturan keselamatan beserta arahan kecemasan yang dipamerkan, pintu kecemasan dan peti pertolongan cemas yang mudah diambil dan lengkap.

2. PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN

2.1 Struktur Organisasi Melantik Guru Perpustakaan dan Media Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi Pusat Sumber

Sekolah yang lengkap, iaitu JK Induk, JK Kerja dan Pengawas Pusat Sumber.

2.2 Rancangan TahunanMenyediakan rancangan tahunan yang lengkap yang dikemukakan dalam mesyuarat JK Kurikulum/Induk atau mesyuarat guru supaya semua aktiviti akan dimasukkan dalam takwim sekolah. Rancangan tahunan Panitia Mata Pelajaran termasuk dalam rancangan tahunan PSS.

2.3 Dokumen dan Rekoda. Pengurusan PSS perlu ada pelbagai rekod dan dokumen:

Fail kuasa Peraturan-peraturan

PSSSKAP 3

Page 4: PSS Cemerlang (Nota)

Buku stok perolehan Rekod pinjaman Rekod penggunaan Semakan stok dan hapus kira Belanjawan perbelanjaan Penyenggaraan Aktiviti dan kajian Pencapaian dan kejayaan

b. Pengelolaan koleksiSemua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan baik seperti indek, pengelasan, pengkatalogan dan automasi. Katalog buku dan bahan bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi memudahkan pengguna.

c. Pengelolaan perabot, kelengkapan serta peralatan perlu direkodkan dan dikelolakan dengan baik.

2.4 KeceriaanKeadaan di dalam dan di luar PSS perlu kemas, ceria dan berinfomasi terutama dari segi hiasan, kebersihan, keselesaan, kekemasan dan kreativiti untuk menarik minat pengunjung. Keadaan persekitaran sekolah juga perlu ceria dan bermaklumat.

Perlu ada tanda arah ke PSS dan dalam PSS.

2.5 Penglibatan Warga Sekolah dan KomunitiPenglibatan warga sekolah dan komuniti dapat membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan PSS yang berkesan.

3. PENGGUNAAN PSS

3.1 Waktu Operasi Dibuka sepanjang waktu persekolahan Dibuka waktu hujung minggu dan cuti sekolah

3.2 Jadual WaktuJadual waktu penggunaan PSS yang lengkap untuk bilik tayangan, bilik komputer dan lain-lain perlu disediakan dan dipamerkan di tempat yang mudah dibaca oleh pengguna.

3.3 Urusan PinjamanSemua urusan pinjaman yang melibatkan guru, murid/pelajar serta warga sekolah lain perlu diurus dengan sempurna dan direkodkan. Urusan ini meliputi pinjaman secara individu dan kelompok. Statistik pinjaman ditunjuk melalui graf dan dipamerkan.

PSSSKAP 4

Page 5: PSS Cemerlang (Nota)

3.43.5 Penggunaan TVP

Penggunaan TVP secara on-air atau off-air perlu digalakkan. Jadual waktu khas disediakan dan penggunaannya direkodkan.

3.6 PameranMenganjurkan aktiviti pameran dari masa ke masa. Pameran ini meliputi pameran bertopik, bertema, semasa, terkini dan lain-lain. Setiap pameran ada tindakan susulan seperti kuiz, mengarang dan lain-lain.

3.7 Aktiviti Galakguna Menjalankan pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS berasaskan sumber seperti kuiz, syarahan, jejak ilmu dan sebagainya.

3.8 Pembelajaran KendiriPerlu disediakan bilik/ruang/sudut pembelajaran kendiri. Bahan-bahan yang disediakan juga hendaklah bersesuaian dan segala penggunaan direkodkan.

3.9 Bahan Promosi/PublisitiMengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi orientasi, ceramah buku, penerbitan brosur, buletin, senarai bahan baru , laman web dan lain-lain.

3.10 Kemahiran MaklumatMengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan ICT kepada pelajar dan guru dari masa ke masa.

3.11 Menghasilkan Bahan dan PerisianSentiasa memberi kemudahan kepada guru dan murid/pelajar untuk menghasilkan bahan dan perisian bagi membantu proses P&P. Bahan yang telah siap mestilah diletak di stok berpusat.

3.12 Khidmat Nasihat dan BimbinganPSS mempunyai perkhidmatan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pengguna bagi mencapai hasrat mudah guna. Pengguna yang mempunyai masalah mengakses maklumat tidak menjadikan masalah tersebut sebagai penghalang ke PSS. Setiap perkhidmatan yang diberi direkodkan.

PSSSKAP 5

Page 6: PSS Cemerlang (Nota)

4. PROGRAM GALAKAN MEMBACA (PROGRAM NILAM)

Pengurusan ProgramProgram perlu diurus dengan sistematik :a. Jawatankuasa di peringkat sekolah – struktur organisasi mesti ada dan

dipamerkanb. Pembahagian tugas – mesti ada senarai tugas

Pelaksanaan TugasPerlu ada senarai tugas dan diedarkan kepada semua guru. Semua guru dan murid/pelajar terlibat.

Dokumen dan RekodRekod pengguna diurus dengan baik, termasuk rekod murid/pelajar, rekod guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, rekod guru kelas/tingkatan dan rekod sekolah. Rekod-rekod ini disebarkan supaya diketahui oleh warga sekolah. Program ini membentuk budaya mencatat/merekod.

Pencapaian dan PengesahanPerlu ada beberapa peratus murid/pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan Pembaca. Pencapaian ini dipamerkan supaya menjadi motivasi kepada orang lain.

Pengiktirafan Pengiktirafan pencapaian semua murid/pelajar direkodkan ke dalam buku rekod yang disediakan dan adanya sistem pengiktirafan yang formal. Contohnya mengeluarkan sijil. Pengiktirafan dibuat di peringkat sekolah, PKG, daerah dan seterusnya negeri. Pengiktirafan diberi mengikut tahap.

5. PROGRAM PENINGKATAN PUSAT SUMBER

5.1 Rancangan Pembangunan Jangka PanjangMempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit dan menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun (matlamat, objektif, pengunjuran, carta Gantt, laporan pencapaian, kajian kemajuan dan lain-lain).

5.2 Naik Taraf Kemudahan IT di PSSMempunyai perancangan yang khusus untuk meningkatkan kemudahan bilik/ruang, peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT terkini bagi menampung keperluan semasa.

5.3 Pengautomasian

PSSSKAP 6

Page 7: PSS Cemerlang (Nota)

Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik (urusan rekod, sirkulasi, OPAC, lain-lain yang berkaitan ) dan berfungsi.

5.4 KewanganSumber kewangan PSS ialah :a. Peruntukan daripada Kementerian Pelajaran (Bantuan PCG)

Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 bertarikh 17 Oktober 2002 (KP.1573/17/Jld.14(5)) dan Surat Pekeliling Bil.25 Tahun 2004 (KP.1574/17/Jld(25) bertarikh 11 Februari 2004.

b. Wang SUWA

c. Sumber TambahanMelaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untuk menambah sumber kewangan seperti Hari Kantin, Jogathon dan lain-lain yang sesuai.

Menggunakan sumber kewangan dengan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan PSS. Rekod kewangan perlu disediakan dengan sempurna.

5.5 Latihan KemahiranMerancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan dengan teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS.

5.6 Penilaian dan KajianUntuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian keperluan perlu dijalankan secara berterusan.

5.7 Program PenggredanDapat menentukan taraf kedudukan dan pencapaian PSS tertentu. Bertujuan ke arah peningkatan tahap yang tertinggi.

5.8 Pembantu Tadbir N9

Membantu kerja-kerja perkeranian di PSS seperti membuat proses teknik bahan buku dan bukan buku, memasukkan data NILAM, mengawas kaunter sirkulasi dan lain-lain. Pembantu Tadbir N9 juga boleh mempastikan perpustakaan sentiasa dibuka untuk kemudahan murid dan guru.

PSSSKAP 7

Page 8: PSS Cemerlang (Nota)

PENILAIAN PUSAT SUMBER CEMERLANG

Kemudahan fizikal, peralatan dan bahan 10%

Pengurusan dan pengelolaan 15%

Penggunaan PSS 45%

Program Gerakan Tabiat Membaca 20%

Program Peningkatan PSS 10%

Kriteria khusus (Bonus)

:CIRI-CIRI PSS CEMERLANG

1. Sekolah dilihat sebagai satu keluarga, apa juga program yang diadakan pasti semua akan terlibat secara total dari Pengetua/Guru Besar hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan, murid/pelajar dan ibu bapa.

2. Pengetua/Guru Besar berfikiran terbuka – sentiasa bersedia dan mahu menerima idea baru/luar semata-mata untuk kecemerlangan sekolahnya.

3. Mempunyai perancangan strategik, inovatif dan kreatif

4. Semua warga sekolah memahami konsep, peranan dan fungsi PSS.

5. Menjadikan PSS sebagai payung kepada segala aktiviti pemerolehan, penghasilan dan penggunaan sumber.

6. Penglibatan panitia mata pelajaran dalam Jawatankuasa PSS secara langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

7. Mengadakan pelbagai program bagi memastikan PSS digunakan ke peringkat optimum untuk mencapai kecemerlangan akademik.

8. Keseluruhan kawasan/ruang yang ada digunakan sepenuhnya bagi menjana pemikiran aktif dan kreatif pelajar.

9. Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai masalah, tetapi sebagai cabaran dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif.

10. Peka dengan teknologi baru. Perkembangan dan kemudahan teknologi baru digunakan sepenuhnya sama ada untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan mewujudkan laman web.

PSSSKAP 8

Page 9: PSS Cemerlang (Nota)

11. Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini seperti CD-ROM dan internet tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional seperti carta, pita vedio dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap diurus dan dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum

PSSSKAP 9