7 kaedah (adab-adab) salafus soleh dengan nas-nas ......7 kaedah (adab-adab) salafus soleh dengan...

9
7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan Nas-Nas Mutashabihat al-Imam Hujjat al-Islam al-Mujaddid Abu Hamid Muhammad al-Ghazali al-Shafi’e al-Ash’ari (505H) Kitab: Iljam al-’Awam ‘an Ilm al-Kalam www.penuntutilmu.com 1 Abdullaah Jalil Universiti Sain Islam Malaysia (USIM)

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan

    Nas-Nas Mutashabihat

    al-Imam Hujjat al-Islam al-Mujaddid

    Abu Hamid Muhammad al-Ghazali

    al-Shafi’e al-Ash’ari (505H)

    Kitab: Iljam al-’Awam ‘an Ilm al-Kalam

    www.penuntutilmu.com 1

    Abdullaah Jalil Universiti Sain Islam Malaysia (USIM)

  • Pendahuluan • Imam al-Ghazali telah menggariskan panduan

    yang sangat jelas dan mantap bagi orang awam khasnya dalam beradab dengan nas-nas mutashabihat agar tidak tergelincir dari hakikat pegangan generasi Salafus Soleh di dalam kitabnya “Iljam al-‘Awam ‘an ‘Ilm al-Kalam”.

    • Kitab “Iljam al-Awam” adalah kitab terakhir yang ditulis oleh beliau di dalam bidang aqidah bagi mempertahankan manhaj ASWJ Al-Ashairah di dalam perkara ini.

    • Kitab ini ditulis bagi menolak dakwaan golongan Hashwiyyah (Mujassimah/Mushabbihah) yang mengambil makna-makna zahir nas-nas Mutashabihat sehingga mereka menyifatkan Allah dengan sifat-sifat anggota dan jisim tetapi menyangka bahawa mereka berpegang dengan pegangan Salafus Soleh.

    www.penuntutilmu.com 2

  • Imam al-Ghazali berkata di awal kitab ini: “ Amma ba'd (Adapun selepas tu): sesungguhnya engkau telah bertanya kepadaku - semoga Allah memberi petunjuk kepadamu - tentang khabar-khabar (al-Quran dan al-Sunnah) yang boleh membawa kepada sangkaan Tashbih kepada orang-orang yang lemah dan jahil dari kalangan al-Hashwiyyah yang sesat apabila mereka mengiktiqadkan pada Allah dan sifat-sifatNya dengan sesuatu yang Maha Tinggi lagi Maha Qudus (Suci) Dia daripadanya seperti rupa, tangan, kaki, turun, berpindah, duduk di atas Arash dan tetap di atasnya dan apa yang seumpamanya lantaran mereka mengambil makna-makna zahir khabar-khabar (al-Quran dan al-Sunnah), dan (dalam masa yang sama) mereka menyangka bahawa apa yang mereka i'tiqadkan adalah mereka i'tiqad para Salaf......”

    www.penuntutilmu.com 3

  • Berikut adalah tujuh (7) prinsip yang telah

    ditakhrijkan oleh beliau berdasarkan al-Quran dan al-

    Sunnah serta amalan dan perkataan para Salafus Soleh

    berkenaan hal ini.

    www.penuntutilmu.com 4

  • Imam al-Ghazali: 7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan

    Nas-Nas Mutashabihat

    1 al-Taqdis

    (Mentaqdiskan)

    التقديس

    Mensucikan Allah daripada

    jismiyyah (sifat-sifat jisim) dan

    perkara-perkara yang berkaitan

    dengannya.

    2 al-Tasdiq

    (Membenarkan)

    التصديق

    Beriman dengan sabdaan Nabi

    dan apa yang Baginda sabdakan

    adalah haq; dan Baginda dalam

    sabdaan Baginda adalah benar; dan

    apa yang Baginda katakan adalah

    benar dalam bentuk yang Baginda

    katakan dan maksudkan.

    3 al-I’tiraf bi al-‘Ajz

    (Mengiktiraf

    kelemahan)

    بالعجز االعتراف

    Hendaklah seseorang itu mengakui

    dan mengiktiraf bahawa

    pengetahuan maksud hakikat

    sebenar adalah di luar

    kemampuannya; dan pengetahuan

    maksud hakikat sebenar itu

    bukanlah tanggungjawab dan

    pekerjaannya (tidak diperintah oleh

    Shara’ untuk mengetahuinya). www.penuntutilmu.com 5

  • 4 al-Sukut

    (Berdiam diri)

    السكوت

    Tidak bertanyakan makna sebenarnya

    dan tidak mendalami maknanya; dan

    hendaklah dia tahu bahawa

    pertanyaannya mengenai maknanya

    adalah bid’ah; dan pendalaman

    maknanya boleh membahayakan

    agamanya; dan dia boleh terjebak

    dalam kekufuran oleh sebab itu.

    5 al-Imsak

    (Menahan)

    اإلمساك

    Tidak menukar bentuk nas-nas

    mutashabihat tersebut dengan

    ditambah dan dikurangkan

    sebahagiannya; atau dikumpulkan

    atau diasingkan; dan tidak

    menukarkannya

    (menterjemahkannya) ke bahasa yang

    lain ; bahkan nas-nas (al-Quran dan

    hadis) tersebut tidak dibaca melainkan

    dengan bentuk, lafaz dan ibarat

    (susunan) yang asal.

    Imam al-Ghazali: 7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan

    Nas-Nas Mutashabihat

    www.penuntutilmu.com 6

  • 6 al-Kaff

    (Menegah)

    الكف

    Menegahkan dirinya daripada

    menyelidik dan memikir

    tentangnya.

    7 al-Taslim li ahlih

    (Menyerahkan

    kepada yang

    ahli)

    التسليم ألهله

    Kalaulah seseorang itu tidak mampu

    memahami nas-nas tersebut kerana

    kelemahan dirinya, hendaklah dia

    tidak mengi’tiqad yang demikian

    (kelemahan) kepada Rasulullah ,

    para anbiya’, siddiqin dan awliya’.

    Imam al-Ghazali: 7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan

    Nas-Nas Mutashabihat

    www.penuntutilmu.com 7

  • Nas Arab

    www.penuntutilmu.com 8

  • Sedikit Ulasan • Pada pandangan penulis, huraian al-Imam al-

    Ghazali adalah huraian yang terbaik dalam menggambarkan kaedah dan adab-adab para Salafus Soleh apabila mereka berdepan dengan nas-nas Mutashabihat. Ia adalah karamah ma’nawiyyah yang dikurniakan Allah kepada beliau.

    • 7 kaedah ini adalah merupakan hakikat pegangan para Salafus Soleh yang perlu dipegang dengan kukuh oleh masyarakat awam agar mereka tidak tergelincir ke dalam fitnah-fitnah ahli-ahli bid’ah al-Hashwiyyah yang masih wujud sehingga hari ini.

    • Akhir kata, marilah kita sama-sama membaca al-Fatihah dengan niat sebagai hadiah kepada imam kesayangan kita – al-Imam al-Ghazali - dan semoga Allah mengurniakan kita limpahan kurniaan yang telah Dia kurniakan kepada al-Imam al-Ghazali agar kita terus berada di atas jalan Ahli Sunnah dan Jamaah (al-Ashairah dan al-Maturidiyyah) sehingga bertemu-Nya. Amin.

    www.penuntutilmu.com 9