psk t3

17
TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI (T3) PILIHAN KERJAYA Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan: a) Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan. Contoh: PMR, SPM, STPM, diploma, ijazah dan lain-lain. b) Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus dalam sesuatu bidang. Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi memenuhi kerjayanya. c) Kemahiran - Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan. Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya 1) Internet. 2) Iklan di surat khabar. 3) Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor. 4) Program karnival atau Minggu Kerjaya. Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang 1) Kelayakan akademik. 2) Minat dan potensi 3) Pengalaman/kemahiran. 4) Pengaruh persekitaran. 5) Faedah sampingan. 6) Taraf hidup. Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya 1) Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan. 2) Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan kursus yang hendak diambil.

Upload: ramkumar1967

Post on 10-Apr-2016

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota psk tingkatan 3

TRANSCRIPT

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI (T3)

PILIHAN KERJAYA

Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:

a) Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan.

Contoh: PMR, SPM, STPM, diploma, ijazah dan lain-lain.

b) Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus dalam sesuatu bidang. Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi memenuhi kerjayanya.

c) Kemahiran - Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan.

Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya

1) Internet.2) Iklan di surat khabar.3) Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor.4) Program karnival atau Minggu Kerjaya.

Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang

1) Kelayakan akademik.2) Minat dan potensi3) Pengalaman/kemahiran.4) Pengaruh persekitaran.5) Faedah sampingan.6) Taraf hidup.

Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya

1) Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan.2) Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan kursus yang hendak

diambil.3) Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.4) Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.5) Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam aktiviti kokurikulum.6) Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang diceburi.

1 (a) Namakan satu contoh kerjaya yang berkaitan dengan minat dan potensi yang berikut.

i) Peribadi realistik :

ii) Peribadi konvensional :

iii) Peribadi berdaya usaha :

iv) Peribadi penyelidik :

vi) Peribadi sosial :

(b) Bagaimanakah cara anda mendapatkan maklumat mengenai pelbagai peluang kerjaya yang

ditawarkan?

UNIT 2: KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL

Setiap pelajar pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia membuat keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.

Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan bagi membantu pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.

Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai.

Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa membuat keputusan.

PILIHAN JURUSAN

SAINS

Enam mata pelajaran teras.

Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan,

TEKNIKAL

Enam mata pelajaran teras.

Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan,

SASTERA

Enam mata pelajaran teras.

Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.

AGAMA

Enam mata pelajaran teras.

Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.

KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL

Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain.

Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.

Meringankan beban masalah.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.

Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling.

Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.

Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.

TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP KELUARGA

Patuh dan taat terhadap ibu bapa.

Hormat kepada ibu bapa dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

Menjaga maruah diri dan keluarga.

Saling membantu dalam keluarga.

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP KELUARGA

Mencari nafkah untuk keluarga.

Memberi perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga.

Memberikan pendidikan dan didikan agama secukupnya.

Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.

AMALAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA

Memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna.

Menjadikan diri contoh yang baik kepada anggota keluarga.

Saling menyayangi antara anggota keluarga.

Peka terhadap perasaan setiap anggota keluarga.

Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.

CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DAN MELINDUNGI KELUARGA

Memaklumkan kepada setiap ahli keluarga setiap kali keluar dari rumah.

Tidak berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri.

Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.

Tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

KEPERLUANAHLI KELUARGA

KEPERLUAN FIZIKAL

· Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan, hiburan dan perubatan.

KEPERLUAN MENTAL

· Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan berhubung sesuatu perkara.

KEPERLUAN EMOSI

· Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-kata perangsang.

KEPERLUAN ROHANI

· Didikan agama dan nilai-nilai murni.

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

· Pemeliharaan alam sekitar- Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.

· Pemuliharaan alam sekitar- Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.

LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.

ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Alam Flora Sdn. Bhd.

JABATAN ALAM SEKITAR

PERANAN

Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.

Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar negara.

TANGGUNGJAWAB

Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.

Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.

AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR

PENEROKAAN HUTAN

Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN

Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR

PENCEMARAN UDARA

PUNCA

Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.

KESAN

Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.

PENCEMARAN AIR

PUNCA

Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian

KESAN

Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.

PENCEMARAN DARAT

PUNCA

Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.

KESAN

Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.

PENCEMARAN BUNYI

PUNCA

Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.

KESAN

Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.

CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM

Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

KESAN-KESAN BENCANA ALAM

Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

KAUM CINA

Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian angpau.

KAUM MELAYU

Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah, memakai inai untuk pengantin.

KAUM INDIA

Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.

KAUM IBAN

Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah mayat, melukis tatu.

KAUM KADAZAN

Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin, adat moginupus.

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun.

Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan malapetaka berlaku.

Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran.

KAUM MELAYU

Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.

Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.

KAUM CINA

Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.

Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.

KAUM INDIA

Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut.

Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.

KAUM IBAN

Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.

Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.

KADAZAN

Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.

Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

YANG DIPERTUAN AGONG- MAJLIS RAJA-RAJA

KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA

BADAN PERUNDANGAN- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

BADAN EKSEKUTIF- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan Bukan Berkanun.

BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo

( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen)

PERUNDANGAN (Legislatif)

Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang undang-undang.

PELAKSANA (Eksekutif)

Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan melaksanakan arahan.

KEHAKIMAN (Judisiari)

Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan awam.

SURUHANJAYA DIRAJA

Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam.

Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan.

Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab.

Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan akademik.

Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara terbuka.

KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA

Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.

Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan menteri.

Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia.

Kementerian Kewangan

Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara.

Kementerian Pertahanan

Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

Kementerian Kerja Raya

Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia.

Kementerian Luar Negeri

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Kementerian Belia dan Sukan

Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka.

Kementerian Pengajian Tinggi

Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman.

Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.

Kementerian Kesihatan

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

Kementerian Pelancongan

Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

TEMA 6-CABARAN MASA DEPAN

MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT

ANCAMAN DALAMAN

Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.

Kumpulan militant atau puak ekstremis.

Kegiatan jenayah.

Kebanjiran pendatang asing.

Kegiatan rasuah.

Pemalsuan dokumen.

Penyalahgunaan teknologi.

ANCAMAN LUARAN

Kegiatan lanun di perairan negara.

Kekacauan politik.

Pengaruh budaya barat.

Masalah alam sekitar.

Serangan mata wang.

Serangan penyakit-penyakit kritikal.

Jenayah siber atau bahan-bahan porno.

KESAN-KESAN ANCAMAN DALAMAN

Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya.

Merosakkan masa depan generasi muda.

Meningkatkan kadar jenayah.

Menggugat keselamatan negara.

Menjejaskan ekonomi negara.

KESAN-KESAN ANCAMAN LUARAN

Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas.

Merosakkan akhlak dan moral remaja.

Menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Mengancam nyawa manusia.

Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno.

SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Mengecam keganasan.

Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan.

Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

Menyeru ke arah keamanan.

Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia.

Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB)

Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang.

Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia.

Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.

MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (IHL) DIPRAKTIKKAN

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen Geneva 1949.

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk melindungi orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian, tawanan perang, hal-hal berkaitan agama.

Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM IHL

Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan dengan penuh rasa kemanusiaan.

Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan tidak berupaya.

Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan perubatan.

Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan.

Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap tawanan.

Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi.

Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam dengan tentera.

PERTUBUHAN YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

MERCY Malaysia.

Yayasan Salam Malaysia (SALAM)

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

Membunuh orang awam semasa peperangan.

Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri.

Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan.

Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan.

Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan.

Membunuh musuh yang telah menyerah diri.