psk form 1 ppt
DESCRIPTION
PSK Pertengahan Tahun Tingkatan 1TRANSCRIPT
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Mei 20141 jamSEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) NURUL ITTIFAKKG. NERING, 16800 PASIR PUTEH,KELANTAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNMEI 2014
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 1Satu jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan.
BAHAGIAN A(15 markah)
Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan identiti diri?
A. Kekuatan dan kelemahan diri seseorangB. Kemahiran yang dipelajari sepanjang hayatC. Persamaan potensi yang dimiliki oleh setiap individuD. Gambaran keseluruhan individu dan matlamat yang ingin dicapai
2. Identiti diri dapat dibina dengan mengembangkan ..........................
A. potensi diriB. peribadi diriC. motivasi diriD. perwatakan diri
3. Antara yang berikut yang manakah merupakan faktor penting bagi seseorang untuk mencapai matlamat hidup?
Imempunyai identiti diriIImementingkan diri sendiri IIIberusaha mengembangkan potensi diriIVmengetahui kekuatan dan kelemahan diri
A.I, II dan IIIB. I, II dan IVC.I, III dan IVD. II, III dan IV
4.Apakah faedahnya pada diri sendiri jika seseorang itu mengembangkan potensi dirinya?
A.menggembirakan hati keluargaB.berjasa kepada bangsa dan negaraC.menjadi pewaris negara yang bergunaD. mengetahui kekuatan dan kelemahan diri
5. Antara yang berikut yang manakah ciri yang berkaitan dengan aspek intelek?
Imengarang eseiIImenghafal teksIIIingatan yang baikIVbersikap penyayangA.I, II dan IIIB. I, II dan IVC.I, III dan IVD. II, III dan IV
6.Antara yang berikut, yang manakah ciri yang berkaitan dengan aspek rohani?
IbersembahyangIIberakhlak muliaIIIbertindak pantas dan tangkasIVbersyukur dengan pemberian Tuhan
A.I, II dan IIIB. I, II dan IVC.I, III dan IVD. II, III dan IV
7.Antara yang berikut, yang manakah ciri yang berkaitan dengan aspek emosi?
Ibersabar dengan kerenah rakanII menyayangi anggota keluargaIIIberceramah tentang penyalahgunaan dadahIVmengawal diri bagi mengelakkan pergaduhan
A.I, II dan IIIB. I, II dan IVC.I, III dan IVD. II, III dan IV
8.Potensi diri merujuk kepada .......................
A.minat, kemahiran dan intelekB.latihan, kemahiran dan ilmuC. bakat, kebolehan dan kekuatan diriD.bakat, identiti diri dan usaha berterusan
9.Apakah peranan rakan sebaya?
A. berkongsi kemewahanB. saling mengambil kesempatanC. memberi nasihat yang membinaD.mendorong melakukan vandalisme10. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan diari?
Imeluahkan perasaanIImencatat peristiwa pentingIIImenunjukkan keyakinan diriIVmengenal pasti matlamat dan potensi diri
A.I, II dan IIIB. I, II dan IVC.I, III dan IVD. II, III dan IV
11.Antara yang berikut yang manakah merupakan aktiviti sihat yang boleh dilaksanakan bersama rakan?
IberkelahIImelawat muziumIIIbermain badmintonIVmengunjungi siber kafe
A.I, II dan IIIB. I, II dan IVC.I, III dan IVD. II, III dan IV
12.Mengapakah kita perlu bijak memilih rakan?
A.memajukan ekonomi negaraB.menggugat perkembangan mentalC.mengelakkan diri daripada terpedayaD.menjauhkan diri daripada penyakit kronik
13.Antara yang berikut yang manakah merupakan punca remaja terlibat dengan gejala peras ugut?
Idisayangi ibu bapaIIkurang didikan agamaIIIpengaruh rakan sebayaIVkepincangan rumah tangga
A.I, II dan IIIB. I, II dan IVC.I, III dan IVD. II, III dan IV
14.Seseorang yang mempunyai bakat harus ..................
A.mengembangkan potensi dirinyaB.menunjuk-nunjuk kekuatan dirinyaC.menyembunyikan kelemahan dirinyaD.berpuas hati dengan pencapaian dirinya
15.Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang berjaya?
A.pasifB.gigihC.kecewaD.putus asa
BAHAGIAN B(35 markah)
1. Senaraikan ciri-ciri POSITIF rakan sebaya yang sesuai untuk dijadikan kawan.
CIRI-CIRI RAKAN SEBAYA
[5 markah]
2. Nyatakan sama ada tindakan berikut WAJAR atau TIDAK WAJAR.
i. Kita perlu patuh kepada ajakan kawan tanpa berfikir sama ada betul atau salah. ______________
ii. Kita boleh memilih rakan yang berada dan yang menguntungkan diri kita. ______________
iii. Sebagai seorang rakan yang baik kita perlu bersikap ikhlas, rajin dan bertimbang rasa dalam semua perkara.______________
iv. Shih Yih mengajak kawannya ponteng sekolah dan pergi melepak di pusat permainan video. _____________
v. Rina selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru malah meniru dari kawannya.______________
vi. Amin mengajak rakannya untuk memecahkan paip di dalam tandas sekolah. ______________
vii. Samy berani mengatakan tidak kepada ajakan negatif kawannya untuk melakukan perbuatan vandalisme di sekolah dan menasihati rakannya supaya tidak melakukan kesalahan tersebut. ________________[7 markah]
3. Baca konflik rakan anda di bawah. Cadangkan tindakan yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan konflik tersebut.
KonflikTindakan saya ialah
Rakan karib anda menghadapi masalah keluarga tetapi dia tidak pernah menceritakannya kepada anda. Namun, pelajarannya semakin merosot.
Rakan anda mengadu bahawa dia selalu dipukul oleh ayahnya. Ayahnya seorang yang panas baran dan cepat marah.
Rakan anda menceritakan bahawa dia tidak dapat menumpukan perhatian ketika mengulangkaji pelajaran di rumah kerana ibu bapanya sering bertengkar.
Rakan anda tidak membeli makanan semasa waktu rehat di sekolah kerana ibu bapanya mempunyai masalah kewangan.
Rakan anda memberitahu bahawa dia ternampak sekumpulan pelajar senior sedang merokok di dalam tandas.
[10 markah]
4. Keluarga asas terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Suaikan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga.
Anggota KeluargaPeranan dan Tanggungjawab
Ayah Menjaga barang mainan dengan baik
Ibu Menunjukkan sikap yang baik kepada adik
Kakak
Mencari nafkah untuk keluarga
Abang
Menguruskan rumah tangga
Adik
Menjaga keselamatan adik
[5 markah]5. Nyatakan cara kamu membantu ahli keluarga berdasarkan situasi berikut.
SITUASITINDAKAN
1
Adik menghadapi masalah ketika membuat kerja sekolah.
2
Adik menangis kerana inginkan susu. Ibu pula sedang memasak di dapur.
3
Ayah sedang mengangkat barang dari kereta.
4Kakak demam. Dia tidak larat untuk membasuh kasut sekolah.
[8 markah]