psikologi pendidikan : jenis - jinis tingkah laku bermasalah

8
JENIS – JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH Tingkah laku bermasalah di definisikan sebagai aksi murid yang dianggap mengganggu kerana menghalang proses kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah boleh berbentuk positif atau negatif. Tingkah laku bermasalah positif seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada distruktif, disruptif, bergantung, hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri. TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF 1. Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal, kanak – kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atas meja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untuk melihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan ini akan menyebabkan murid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam makmal. 2. Tingkah Laku Murid Cepat Belajar

Upload: abdul-razak-bin-ismail

Post on 13-Jun-2015

6.078 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

TRANSCRIPT

Page 1: PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

JENIS – JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku bermasalah di definisikan sebagai aksi murid yang dianggap

mengganggu kerana menghalang proses kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran. Tingkah laku bermasalah boleh berbentuk positif atau negatif.

Tingkah laku bermasalah positif seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas

dan proaktif. Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada distruktif, disruptif,

bergantung, hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF

1. Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu

Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,

kanak – kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atas

meja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untuk

melihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan ini akan menyebabkan

murid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkah

laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam

makmal.

2. Tingkah Laku Murid Cepat Belajar

Murid – murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu

konsep dengan depat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, murid –

murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberi

penumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenis

gangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akan

menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Page 2: PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

3. Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas

Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti

intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan

mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah

tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik,

sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Mereka cepat

mencapai pemahaman terhadap konsep – konsep yang di sampaikan. Ini

menyebabkan mereka akan merasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaran

guru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini akan menyebabkan

mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. Ini bermakna

proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar

pintar cerdas tidak dipenuhi.

4. Tingkah Laku Murid Proaktif

Murid – murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak denagn penuh

semangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.

Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal,

mereka ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku ini

boleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan boleh

berlaku.

TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF

1. Tingkah Laku Destruktif

Tingkah laku destruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10

hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah

laku seperti vandalisme iaitu merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui

perbuatan fizikal seperti tumbuk menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti

seseorang yang lain.

Page 3: PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

2. Tingkah Laku Disruptif

Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan

kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran,. Jenis – jenis tingkah

laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif, perubahan yang melampau,

kebisingan, pergerakan pelajar tang tidak perlu, mengganggu rakan, gelak

ketawa yang kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak menolak atau tumbuk

menumbuk di dalam kelas.

3. Tingkah Laku Bergantung

Merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada

orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasan

atau membuat sesuatu keputusan. Individu – individu yang tergolong dalam

kumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat pergantungan

berlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri.

4. Hiperaktif

Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau

aktif berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak boleh

duduk diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudah

melenting dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak,

pemakanan dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapat

belajar secara optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalu

keseorangan.

5. Tingkah Laku Bimbang

Kebimbangan boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan kurang senang

disebabkan oleh kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Perasaan ini berkait rapat dengan emosi ketakutan.

Page 4: PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

6. Tingkah Laku Murung

Kemurungan merujuk kepada satu – satu keadaan yang amat sedih. Ia

boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Pelajar yang mengalami kemurungan tidak

berupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenung

dan berkhayal.

7. Pengunduran Diri

Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yang

kurang selamat atau mengancam. Kadangkala, pengunduran diri juga dilakukan

untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu – satu masalah. Di

dalam bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar tidak

berupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar – pelajar yang tidak

mempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan mengundur

diri apabila guru memilih pemain – pemain bagi satu permainan.

8. Tingkah Laku Pengasingan Diri

Amalan pengasingan diri mungkin disebabkan oleh personaliti pelajar

sendiri yang tidak gemar bercampur gaul dengan rakan – rakan di dalam kelas.

Dia mungkin tidak diterima oleh pelajar – pelajar lain. Pelajar seperti ini juga

didapati mempunyai harga diri yang rendah yang akan mengakibatkan masalah

– masalah lain yang mana pelajar berkenaan akan cenderung menunjukkan

tingkah laku antisosial bagi tujuan mendapatkan perhatian atau layanan guru.

CARA – CARA GURU MENGATASI TINGKAH LAKU

BERMASALAH

1. Belajar Sambil Bermain.

Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang

kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan

Page 5: PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

terkawal. Secara tidak langsung murid berminat untuk belajar bersama-sama

tanpa menganggu murid yang lain.

2. Main Peranan

Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelas

tanpa mempunyai skrip. Murid ini perlu diarahkan menjadi pelakon. Sudah tentu

mereka akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan murid -

murid lain.

3. Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan

Teknik ini menumpukan kepada kemahiran guru sendiri untuk

memotivasikan murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalam

proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalan

perlu dilakukan terutamanya di dalam set induksi.

4. Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Guru mesti menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan demonstrasi di hadapan murid.

5. Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal

tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-

kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya.

Page 6: PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

6. Peneguhan Negatif

Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu

menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti

denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani ‘time out’. Peneguhan

negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan

menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.